31/01/2018

Pemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?



Baru terbaca tulisan sahabat saya Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Date Line pagi tadi bertajuk “Yang Corot Dan Yang Dominan Dalam Pakatan Harapan Perak”.

Tulisan Dr Muhaimin ini adalah maklum balas beliau kepada komentar Facebook saya pada 22 Januari 2018 bertajuk “Agihan Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak: DAP Mendominasi Pakatan Harapan Perak, AMANAH Pula Di Tempat Tercorot.

Kata Dr Muhaimin, komentar Facebook saya ini: “Sudah beratus-ratus di’likes’, di’share’ dan kemudian disiarkan oleh akhbar politik di talian. Selanjutnya merebak menjadi bualan yang langsung tidak membina negara. Orang kampung kata ‘buang beras’.”

Kata Dr Muhaimin lagi: “Tajuk itu sudah ada unsur propaganda dan provokasi. Pemilihan terma ‘dominasi’ dan ‘corot’ bukan kebetulan tetapi adalah usaha pembenihan doktrin kepada pembaca. Manakala DAP dan AMANAH menjadi objek utama untuk ‘dikerjakan’ sebaik-baik yang mungkin demi kepentingan tertentu.”

Saya hairan dengan Dr Muhaimin ini yang banyak mengkritik saya dari sudut emosi kosong semata-mata dengan menyebut kononnya “‘maklumat’ yang dihuraikan itu adalah mentah dan lebih bersifat imaginasi” atau bahawa “politik tidak semudah itu untuk difahami dan difikirkan, kawan”, 

Disebutkan juga “posting sebegitu hanyalah suatu gerakan mendodoi orang Melayu agar terus tidur nyenyak” dan “tulisan seharusnya membina dan membangkitkan martabat akal dan mengelakkan diri diperhamba dengan kebodohan diri sendiri dan kejahatan sang cerdik pandai”.

Masa sama, tiada sebarang penafian diberikan oleh Dr Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu, malah beliau sendiri mengakui “hujah (AMANAH dikatakan tercorot dalam pengagihan kerusi di Perak) kelihatan agak munasabah untuk AMANAH kecewa...”.

Hanya yang beliau sebutkan adalah:
(1) Kononnya AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit: “Ada eloknya difikirkan tentang kewajaran analogi ‘kecil-kecil cili api’. Begitulah juga dalam politik yang serba memungkinkan. Perlu berfikir secara ‘kuih lapis’, jangan berfikir lurus bendul.”
(2) Kononnya pengagihan kerusi ini masih boleh berubah: “Tarikh penamaan calon masih jauh lagi. Ada seribu satu kemungkinan yang akan berlaku.”

Saya harap Dr Muhaimin dan para pemimpin AMANAH lain, mahupun sesetengah penganalisis politik lain, tidak terus dibuai mimpi yang keterlaluan dengan mengharapkan DAP tidak akan mendominasi Pakatan Harapan Perak.

Usahlah para pemimpin AMANAH terus berimaginasi bahawa AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit dan usahlah para pemimpin AMANAH terus mengharap para pemimpin DAP Perak akan memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Baru semalam, 25 Januari 2018, akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Canning, Wong Kah Woh, selepas pelancaran Pemuda Pakatan Harapan Perak di Ipoh bahawa Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan di Perak dengan 32 kerusi secara keseluruhannya.

Ini kerana, kata Wong Kah Woh, DAP yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang selain dapat merampas lapan kerusi lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Baik, mari kita sama-sama lihat komposisi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang.

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 18 adalah dimiliki oleh DAP, iaitu melalui:
(1) Teh Kok Lim di N17 Pokok Assam
(2) Leow Thye Yih di N18 Aulong
(3) Loh Sze Yee di N22 Jalong
(4) Wong Kah Woh di N25 Canning
(5) Ong Boon Piow di N26 Tebing Tinggi
(6) Lee Chuan How di N27 Pasir Pinji
(7) Cheong Chee Khing di N28 Bercham
(8) Nga Kor Ming di N29 Kepayang
(9) Sivasubramaniam A/L Athinarayanan di N30 Buntong
(10) Teh Hock Ke di N31 Jelapang
(11) Lim Pek Har di N32 Menglembu
(12) Yong Choo Kiong di N33 Tronoh
(13) Wong May Ing di N37 Pantai Remis
(14) Leong Cheok Keng di N40 Malim Nawar
(15) Chen Fook Chye di N41 Keranji
(16) Datuk Ngeh Koo Ham di N50 Sitiawan
(17) Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu di N55 Pasir Bedamar
(18) Sivanesan A/L Achalingam di N57 Sungkai

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 5 adalah dimiliki oleh PKR, iaitu melalui:
(1) Abdul Yunus Jamahri di N9 Kuala Kurau
(2) Chua Yee Ling di N13 Kuala Sapetang
(3) Tan Kar Hing di N44 Simpang Pulai
(4) Chang Lih Kang di N45 Teja
(5) Kesavan A/L Subramaniam di N54 Hutan Melintang

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 1 adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu melalui:
(1) Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di N14 Changkat Jering 

Sekarang mari kita sama-sama lihat pula komposisi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak.

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, lima adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu:
(1) N6 Kubu Gajah 
(2) N16 Kamunting 
(3) N20 Lubok Merbau 
(4) N 23 Manjoi
(5) N35 Manong

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tiga adalah dimiliki oleh PPBM, iaitu:
(1) N51 Pasir Panjang 
(2) N53 Rungkup
(3) N56 Changkat Jong

Akhirnya, mari kita sama-sama lihat pula komposisi bangsa dan agama pemegang 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk Pakatan Harapan menangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak ini.

22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak jika Pakatan Harapan menguasai Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14?

Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kata-kata bahawa gabungan kerusi yang diberi kepada PPBM (14) dan kerusi yang diberi kepada AMANAH (13) adalah lebih tinggi daripada kerusi yang diberi kepada DAP? 

Dr Muhaimin, bila menulis asaskanlah tulisan anda kepada fakta. Tidak baik anda meremehkan komentar saya yang berasaskan kepada fakta sebagai “ada unsur propaganda dan provokasi” dan “usaha pembenihan doktrin”.

Sumber : Dr Kamarul Yusuf

K7L : PAN dan PPBM sudah mula memberontak?..

Abang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam Anwar?



"GAY ARE AS BLESSED AND BEAUTIFUL AS ANY HUMAN BEING ON EARTH" Kata Syed Abdullah, abang kandung kepada Ketua Pemuda PARTI BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut Syed Abdullah lagi, kalau tak support LGBT, kita tidak dianggap sebagai "intelligent people".



Padahal Allah melaknat golongan manusia yang mengamalkan seks songsang begini.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Nabi ﷺ bersabda.

"Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan seperti perbuatan kaum Luth, (baginda mengulanginya sebanyak 3 kali)" [HR Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 no. 7337].

Rasullullah ﷺ bersabda lagi,

"Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya." [HR Tirmidzi 1456, Abu Dawud 4462, Ibnu Majah 2561 dan Ahmad 2727].


Di mana yang kata blessed tu? Di mana yang kata "intelligent people" apabila Allah sudah laknat? Kena laknat 3 kali pula tu. Bahkan Nabi ﷺ kata pelaku kaum Luth ini perlu dibunuh tidak kira samada dia giver ka receiver ka atau apa ka.

 Blessed? Intelligent people? Kalau taubat dan kembali kepada agama baru la blessed dan intelligent.

Sumber : Tun Carlos dan Abu Aqif

Sekarang mari kita lihat apa kata Mahathir pasal Anwar!



K7L : Apa Mahathir nak kata?..

Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?



1. TIDAK BENAR. Tanah Pengkalan Udara Sungai Besi untuk pembangunan Bandar Malaysia TIDAK PERNAH DIJUAL. Di peringkat awal pelaksanaan program Rasionalisasi 1MDB, bukan TANAH yang DIJUAL, tetapi SAHAM pembangunan Bandar Malaysia.

2. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada PENGKALAN UDARA SG BESI? PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT. 1MDB hanya boleh membangunkan BANDAR MALAYSIA selepas tapak penhkalan udara ini dan 7 tapak kemudahan lain (6 milik ATM dan 2 milik PDRM) dibangunkan. Untuk mengalih dan membina semula 8 tapak kemudahan ATM dan PDRM ini, serta memulakan kerja-kerja tanah, 1MDB perlu membelanjakan sehingga RM2.7 bilion.

3. Adakah Pengkalan TUDM Sg Besi ini masih suatu tapak yang STRATEGIK? TIDAK. Ia sudah tidak lagi strategik. JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

4. Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

5. Adakah dakwaan syarikat China menguasai pembangunan Bandar Malaysia ini benar? TIDAK BENAR. Dalam rancangan awal Pelan Rasionalisasi 1MDB, syarikat China hanya diberi peluang memperolehi 24% saham dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui Konsortium bersama syarikat tempatan. Konsortium ini dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) (milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

6. Melalui penjualan saham ini, 76% daripada Bandar Malaysia dimiliki entiti Malaysia, iaitu 40% dimiliki oleh 1MDB, 22% dimiliki oleh syarikat swasta kepunyaan rakyat tempatan, iaitu Credence Resources dan 14% lagi dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Jumlah keseluruhan saham yang dimiliki oleh kerajaan dan syarikat Malaysia ini adalah 76% sedangkan saham yang dimiliki oleh syarikat China, Chinese Railway Engineering Corporation (CREC) HANYA 24%.

7. Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion dan mampu mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang.

8. Bagaimanapun penjualan 60% saham pembangunan Bandar Malaysia kepada Konsortium ini telah dibatalkan pada bulan Mei 2017. Keputusan ini menyebabkan TANAH DAN SAHAM PEMBANGUNAN BANDAR MALAYSIA DIMILIKI SEPENUHNYA (100%) OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA melalui anak syarikatnya, TRX City Sdn Bhd. Jadi ia adalah milik KERAJAAN MALAYSIA sepenuhnya.

9. Nilai Bandar Malaysia ketika perjanjian penjualan saham ini dibuat hanya RM12.35 bilion. Bagaimanapun nilaian terkini Bandar Malaysia adalah jauh lebih tinggi, iaitu meningkat kepada RM20 ke RM30 bilion dan dilihat akan lebih menguntungkan kerajaan.

K7L : Kena terima fakta..bukan telan auta..

Khas Untuk Mereka Yang Ada Terfikir Tukar Kerajaan



Wahai rakyat Malaysia, anda mahukan negara yang lebih baik, tetapi anda tidak mahu menjadi warganegara yang baik. Anda mahukan hak-hak anda daripada negara, tetapi anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang warganegara.

Sebaliknya, anda mahu menukar kerajaan baru dan mengharapkan negara menjadi lebih baik. Anda fikir itu adalah penyelesaian yang betul. Sepintas itulah jalan anda berfikir. Adakah ia akan menyelesaikan masalah selagi mentaliti anda tidak berubah?

Keadaan yang anda keluhkan tentang kerajaan anda adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain. Lebih kurang sama sahaja. Misalnya, tidak ada negara yang akan memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada anda sebagai rakyat.

Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh tentang kerajaan mereka. Anda membandingkan negara lain dengan keadaan negara anda, yang kononnya lebih baik. Tetapi, anda tidak melihat rakyat negara tersebut juga mengkritik pemerintah mereka.

Jadi, di negara mana anda mahu tinggal? Tidak ada negara yang sesuai dengan apa yang anda mahukan. Misalnya, anda mungkin mendapat pendidikan percuma, tetapi cukai yang anda bayar tentulah lebih tinggi untuk membiayainya.

Anda mempercayai pembangkang, sedangkan anda tahu mereka akan berjanji perkara-perkara yang tidak logik untuk berkuasa.

Anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Anda menyalahkan banyak perkara kepada kerajaan atas apa yang berlaku kepada anda. Badan-badan pemerintah pun anda salahkan apabila berlaku sesuatu perkara. Misalnya apabila disaman pihak berkuasa kerana kesalahan jalanraya, anda menyalahkan kerajaan. Ia seolah-olah anda fikir kerajaan baru tidak akan melakukan perkara tersebut. Anda salah anda disaman, di mana-mana negara pun berlaku perkara yang sama, dan rakyat sepatutnya tidak wajar berkata ini semua kerana kerajaan mahu memeras wang rakyat.

Tidak ada kerajaan pun yang boleh memuaskan kehendak-kehendak anda. Hiduplah dalam realiti.

Anda tahu orang-orang bukan Islam tidak akan meredhai kalian sehingga kalian mengikuti cara hidup mereka, tetapi anda menjadikan mereka sekutu politik anda. Dan bukan pula anda yang menguasai mereka dalam pakatan politik itu, sebaliknya mereka yang menguasai anda.

Anda mengeluh hidup tertekan, tetapi anda sendiri adalah sebahagian rakyat yang mengalami obesiti. Betapa kontradiksinya keadaan ini.

Anda mendakwa mahu memperjuangkan agama, tetapi anda menggadaikan agama anda kerana sedikit kesusahan hidup yang anda alami dengan membiarkan orang-orang bukan Islam mempersoalkan agama anda.

Bagaimana tidak masuk akalnya perkara ini?

Wahai rakyat Malaysia, anda mendakwa parti UMNO menggadaikan hak-hak orang Melayu, tetapi anda boleh pula mempercayai DAP yang terang-terangan akan menghapuskan hak-hak orang Melayu. Anda seolah-olah tidak membaca perlembagaan parti DAP yang akan menghapuskan perbezaan kaum di negara ini. Betapa tololnya anda.

Bolehkah anda mengharapkan serigala menggembala kambing walaupun serigala itu kelihatan jinak?

Anda berpolitik kononnya untuk kebaikan negara, tetapi anda telah menghancurkan negara kerana kuat berpolitik. Semua perkara anda politikkan. Anda tidak tahu lagi apa keutamaan anda sehingga menggadaikan hak-hak keistimewaan anda sebagai orang-orang Melayu. Itu bukan lagi berpolitik. Itu bermakna anda telah berjaya dipolitikkkan. Anda telah menjadi mangsa politik.

Anda sememangnya terkeliru.

Anda mahukan pendapatan yang tinggi, tetapi anda tidak sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk kos kehidupan anda. Dalam konsep yang mudah, yang sesiapa pun boleh bayangkan, bagaimana majikan akan menaikkan gaji pekerja tanpa menaikkan harga produk atau caj perkhidmatan mereka?

Anda mahukan pembangunan dan kemajuan, tetapi anda tidak mahu menyumbang kepada negara. Semua negara di dunia ini, yang menuju ke arah kemajuan, melaksanakan cukai-cukai seperti GST untuk membangunkan negara mereka. Dan di sini anda mahukan pembangunan negara, tetapi anda mengeluh apabila dikenakan GST serendah 6%, sedangkan di negara-negara lain, ia lebih tinggi lagi.

Di manakah negara yang semuanya percuma seperti yang anda khayalkan?

Anda mendakwa tiada kebebasan bersuara, walhal setiap hari anda mengkritik, memaki, bahkan memfitnah kerajaan secara terbuka.

Anda mahukan pemerintahan Islam, tetapi anda menyokong pakatan parti yang menentang agama Islam, yang cenderung kepada sekular, liberal, plural, malah pro-LGBT dan seks bebas. Tidakkah ini sangat bertentangan?

Apakah yang sebenarnya anda sedang perjuangkan?

Anda mengeluh kebanjiran pendatang asing, tetapi anda sendiri tidak mahu menjadi buruh kasar, tukang sapu atau pengawal keselamatan.

Siapakah nanti yang akan membina bangunan-bangunan, membersihkan sampah yang anda buang atau menjaga kediaman anda? Ia seperti anda marahkan lalat-lalat, tetapi anda yang membuang sampah yang menjadi makanan lalat.

Wahai rakyat Malaysia, anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Kehidupan anda yang bertambah senang dan makmur membuatkan anda semakin tamak dan meminta lebih banyak lagi. Anda sedang merosakkan negara ini dengan mentaliti negatif seperti ini. Anda semakin manja, mengada-ngada dan bermentaliti subsidi.

Anda mengira harga barangan yang murah pada zaman dahulu,,dan menyatakan betapa nostalgianya kehidupan zaman dahulu, tetapi anda tidak pula mahu memerhatikan berapa gaji pekerja pada zaman itu.

Kekeliruan fikiran sebahagian daripada anda semakin kronik. Apabila keadaan tandas awam kotor, anda membandingkan keadaan itu dengan negara lain, dan anda seperti menyalahkan kerajaan, walhal itu adalah sikap masyarakat itu sendiri.

Apa yang anda nampak hanyalah perkara negatif untuk dikritik, dan melupakan sisi- sisi positif sesuatu keadaan.

Apabila pihak berkuasa bertindak atas sesuatu perkara untuk kebaikan semua, anda mengkritiknya. Bahkan cara pihak berkuasa menangani penjenayah pun anda kritik.

Semuanya serba tidak kena. Apa yang anda mahu sebenarnya? Anda seperti anai-anai yang sedang merosakkan negara anda sendiri.

Wahai rakyat Malaysia, apa yang anda mahu ubah sebenarnya?

Anda sebenarnya sedang lari daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Anda sedang menghancurkan keadaan sedia ada untuk memwujudkan keadaan yang lebih buruk dengan sikap dan pemikiran anda sekarang.

Percayalah, tiada negara atau kerajaan yang akan dapat melaksanakan apa yang anda khayalkan itu. Ia hanya janji-janji palsu pembangkang untuk melekakan anda.

K7L : Bangunlah dari mimpi-mimpi anda.. terima kasih pad ayang menulis..

30/01/2018

Barisan Nasional Beri Keadilan Sebenar Kepada Rakyat, Bukannya Pembangkang



Semalam pembangkang bergaduh lagi. Laungan “mana keadilan untuk kami’ dijerit oleh seorang ahli PPBM yang memanjat naik atas kerusi. Nasib baik kerusi itu tidak terbang ke depan pentas sahaja. Terus balik Wan Azizah dan semua pemimpin pembangkang lari keluar dewan bila ahli ahli di bawah marah dan naik darah.

“Keadilan” yang dicari oleh ahli ahli PPBM itu adalah tentang agihan kerusi Dewan Undangan Negeri yang perlu ditandingi oleh parti PPBM. Mereka menyifatkan beri 6 kerusi sahaja kepada PPBM dan diberi di kawasan yang hitam adalah satu bentuk ketidak adilan kepada PPBM Negeri Sembilan.

Itulah punca kekecohan berlaku. Belum lagi berlaku pilihanraya, pembangkang sudah huru hara. “Keadilan” yang mereka cari dalam pembangkang tiada. Mana ada keadilan dalam pembangkang, yang di atas hanya sibuk mahu kejar kerusi untuk kuasa semata mata. Mereka anggap orang yang keluar parti dan protes sebegitu sebagai sampah sahaja.

Itu dalam parti bunga, dalam parti mata lebam pula sedang dijangkiti virus undi rosak. Kuat kempen undi rosak dilakukan oleh otai otai lama reformis. Mereka protes kuat bila nama Mahathir diumumkan menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi. Otai otai inilah dulu yang kuat melaungkan “keadilan” di Dataran Merdeka ketika Reformasi 1998.

Kini ‘keadilan’ apa yang mereka dapat? Pemimpin yang dulu mereka laungkan sebagai dianaiya,diracun dan ditumbuk matanya kini sudah bersama sama dengan orang yang mereka suruh undur dan gelar “Mahafiraun”. Slogan keadilan yang mereka laungkan dahulu hanyalah laungan retorik dan hampas semata mata.

Mereka yang kena gas pemedih mata dan dipukul dengan cota merasai “keadilan” yang berat sebelah kini bila Anwar Ibrahim dan Mahathir berpakat balik dalam satu pasukan. Keadilan apa jika ambil balik orang lama yang digelar diktator dan Mahafiruan duduk balik di tempat kuasa. Orang orang PKR juga yang cakap, kini mereka sedang menjilat balik cakap mereka dahulu.

Syed Saddiq semasa Reformasi 1998, baru berusia 6 tahun. Masih lagi menyusu botol dan pakai pampers. Mana rasa lagi apa yang otai otai reformis ini rasa. Sekarang orang yang dulu masih menyusu dan pakai pampers ini cakap rindu balik zaman Tun Mahathir? Bukankah itu sesuatu yang kelakar bunyinya.

Tidak ada keadilan dalam pembangkang. Begitu juga dalam DAP. ADUN Tanjung Bungah yang lantang bersuara mengenai kes tanah runtuh disekat peruntukannya oleh Guan Eng. Lebih teruk lagi, tiga hari lepas, 5 pegawai pegawai pejabat ADUN Tanjung Bungah ini menerima surat pemecatan daripada DAP.

Mereka yang dipecat ini hendak makan apa menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini? Guan Eng dan DAP langsung tidak fikir soal kebajikan dan anak anak mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada bulan hadapan. Hanya kerana tidak bersetuju dengan Guan Eng, satu pejabat kena pecat.

Tidak mustahil kalau DAP dan pembangkang menguasai Putrajaya mereka akan bertindak lebih kejam daripada itu. Penang Institute sudah membuat kajian dan mencadangkan agar 700,000 orang kakitangan awam dibuang dari Putrajaya. Inilah keadilan bagi DAP dan pembangkang. Keadilan yang berat sebelah sama sekali.

Hanya Barisan Nasional yang menawarkan keadilan yang sebenar kepada rakyat. Datuk Seri Najib sudah beri jaminan tidak akan buang penjawat awam.

"Saya anggap penjawat awam sebagai benteng dan tulang belakang kerajaan. Justeru, kerajaan berjanji tidak akan mengecilkan atau mengurangkan saiz perkhidmatan awam. Ini kerana ada pihak (pembangkang) yang sudah menguar-uarkan ingin mengecilkan saiz perkhidmatan awam sekiranya memerintah negara ini kerana kononnya dapat menjimatkan perbelanjaan negara," kata Datuk Seri Najib di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Januari 2018.

Datuk Seri Najib semalam meluluskan beberapa projek berimpak besar di Kelantan. Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Biarpun diperintah oleh kerajaan negeri yang berlainan parti, namun pembangunan untuk rakyat diberikan secara adil oleh kerajaan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan Pulau Pinang, ketika dilanda musibah banjir, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun membantu rakyat Pulau Pinang, biarpun negeri itu ditadbir oleh kerajaan DAP. Barisan Nasional melaksanakan dasar yang adil berlandaskan prinsip Islam. Berlaku adil kepada semua pihak yang berhak.

“Jangan berlaku ketidakadilan, kita mesti berlaku adil sebab itulah saya berbeza dengan pendirian pendahulu saya yang menjadi pemimpin selama 22 tahun yang telah meminggirkan Kelantan ini atas perbezaan politik’ kata Datuk Seri Najib.

Hanya Barisan Nasional mampu memberikan keadilan yang saksama kepada rakyat. BR1M diberi tanpa pilih apa warna parti. Diberi kepada semua rakyat yang layak.

Keadilan tidak ada dalam pembangkang. Belum bertanding, mereka sudah bergaduh dan huru hara. Pilihan yang terbaik untuk rakyat adalah Barisan Nasional bukannya pakatan pembangkang.

K7L : Pembangkang hanyatahu cari salah dan naikkan cukai sahaja..

#Video - Orang Lama PKR Kutuk Mahathir Dan Pakatan Harapan?




Siapa tidak kenal dengan Chegubard. Totok Anwar yang memang lantang dalam gerakan reformasinya. Selain daripada Saari Sungib yang steady letak semua jawatan sebab tak puas hati dengan Mahathir masuk Pakatan, Chegubard juga tidak bersetuju.

Nampaknya PKR lama sudah mula menyerang Pakatan Harapan. Apakah kita akan lihat PPBM tak akan menang langsung pada PRU14? Apapun Chegubard steady tempelak Mahathir.

K7L : Kita tengok ada macai mengamuk ke tidak nanti..

Propa Recycle Taktik Baru Pembangkang Di Whatsapp



Antara gerak kerja cytro pro-pembangkang (yang bebetul bekerja dan bukannya kaki tulis merapu kat FB lepas tu mengaku depa cytro pembangkang) adalah menyebar semula bahan propaganda yang mereka hasilkan pada PRU-13 dahulu melalui medium whatsapp.

Ketika PRU-13, pengggunaan whatsapp di kalangan rakyat Malaysia masih rendah tetapi statistik kini menunjukkan rakyat Malaysia antara tertinggi di dunia menggunakan aplikasi ini.

Ada dari kalangan sahabat saya yang bukan berlatarbelakangkan politik tunjuk kepada saya video-video propaganda pembangkang seperti video beri kad pengenalan kepada warga Bangladesh (Malaysia, Truly Asia) dan sebagainya.

Saya faham yang sahabat saya ini tidak pernah melihat video tersebut kerana circle media sosial beliau adalah agak terhad kepada kumpulan tertentu sahaja.

Lebih-lebih lagi apabila Facebook kini menggunakan algoritma yang lebih rigid dengan menghadkan posting-posting yang berkaitan dengan corak minat kita sahaja penuh di timeline kita.

Bagi pihak aktivis media sosial pro-kerajaan pula, mereka telah berulang kali menjawab dan mendedahkan fitnah-fitnah yang cytro pro-pembangkang sebarkan di FB/Twitter/Youtube/Blog pada PRU-13 yang lepas tetapi adakalanya mesej ini tidak dapat menembusi rangkaian mereka yang tidak berminat dengan politik. (Faktor algoritma Facebook)

Pihak cytro pro-pembangkang sedar perkara ini dan mereka mula ‘recycle’ kembali bahan-bahan mereka untuk disebarkan melalui medium Whatsapp dan mereka yang pertama kali melihat bahan propaganda ini agak terkesan.

Political cyberwarfare dengan ini dianggap telah beranjak dari Facebook kepada Whatsapp dengan pelbagai fitnah lama, poster lama dan video lama yang dihasilkan oleh cytro pro-pembangkang digunapakai semula.

Apa yang penting adalah bagi pihak kerajaan dan Barisan Nasional untuk terus menerus menjawab dan mendedahkan fitnah serta tohmahan tersebut walaupun telah berulang kali dijawab dan diterangkan.

Saya percaya menjelang PRU-14, cytro pro-pembangkang akan mula ‘recycle’ kembali isu-isu 1MDB yang telahpun dijawab dengan begitu menyeluruh oleh pelbagai jentera parti dan kerajaan.

#KekalNajib
#KamiGengNajibRazak

SUMBER: Raziz Rashid

Bapak Minta Campur Tangan Asing - Anak Malu Mengaku Orang Malaysia!



Terdesak sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 hingga ke tahap sanggup meminta campur tangan asing dalam urusan negara. Tindakan Mahathir yang bertemu dengan duta-duta besar Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan sikap “desperate” Mahathir hingga sanggup bersekongkol dengan pihak asing untuk merampas kuasa di Putrajaya.

Kononnya untuk membela rakyat tetapi hakikat sebenarnya tindakan pengerusi PH, Mahathir yang bertemu dengan duta duta besar EU itu sebenarnya menunjukkan beliau mengamalkan politik terdesak, hingga sanggup meminta campur tangan asing semata-mata mahu EU memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya untuk melaksanakan sistem pilihan raya yang bersih .

Bukankah sistem itu dilaksanakan sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lalu? Hanya selepas melepaskan memasuki kem pembangkang, Mahathir jadi lupa diri dan mengutuk sistem yang pernah digunakan semasa pemerintahannya dulu. Sistem yang sama menjadikannya PM selama 22 tahun.

Bukan EU sahaja yang menjadi sasaran PH, malah sebelum ini pembangkang telah menggunakan media asing untuk memburukkan negara. Wall Street Jurnal (WSJ) dan Sarawak Report merupakan antara medium yang menjadi lidah mereka.

Malangnya usaha-usaha yang dilakukan untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri tidak berhasil dan kini PH cuba menggunakan EU pula untuk memalukan Najib. Dulu mereka memburukkan nama negara dengan menjadikan 1MDB dan derma RM2.6 bilion sebagai bahan kempen.

Namun apabila ia gagal, mereka kini terpaksa pula mengundang campur tangan asing dari Eropah pula.

Rakyat sepatutnya melihat bahawa pertemuan Mahathir dan pemimpih PH lain dengan duta asing pada 25 Januari lalu, merupakan bukti bahawa PH hipokrit kononnya berjuang untuk menyelamat Malaysia sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk menyelamatkan tengkuk sendiri sahaja.


Dan disaat Mahathir dengan bangganya bertemu dengan duta asing, anaknya pula, Mukhriz Mahathir, dihimpit dengan kontroversi kerana malu mengaku sebagai rakyat Malaysia sebaliknya tidak malu pula mengaku sebagai rakyat Brunei.

Meskipun Mukhriz menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika berucap pada satu ceramah di Baling, baru-baru ini, namun video yang dirakamkan menjadi bukti Mukhriz bersikap tidak patriotik kepada negara.

Mungkin Mukhriz malu untuk mengaku rakyat Malaysia disebabkan bapanya sendiri yang sudah berusia 93 tahun dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Rekod dunia baru akan tercipta jika Mahathir jadi PM semula.

Mungkin Mukhriz malu kerana bapanya sendiri yang sepatutnya berehat di rumah dan bermain dengan cucu-cucu, kini terpaksa ke sana sini semata-mata untuk menjayakan kempen menjatuhkan Najib.

Malu kerana emak yang sudah tua pun diheret untuk berdemonstrasi di depan Sogo. Kemudian bila disoal siasat oleh polis, cakap yang bukan bukan pula. Padahal tiada sesiapa pun yang tidak terlepas dari undang undang negara.

Memang betullah kata Perdana Menteri semalam, jika malu dengan negara sendiri, maka tidak perlu tinggal di Malaysia.

“Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

“Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik,” kata Najib ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan, Kota Bharu semalam.

Jadi renung-renungkanlah. Seseorang yang berasa malu dengan negara sendiri dan seseorang yang tidak malu untuk meminta campur tangan asing, maka layakkah mereka memerintah negara? Apa yang akan berlaku kepada Malaysia kelak?

Lihatlah pula siapa sebenarnya yang menjulang dan mempertahankan hak serta martabat dan kedaulatan negara jika bukan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Geng geng Kerala” ini elok lah pergi beli sebuah pulau mana mana, jadilah Perdana Menteri di pulau itu. Duduklah di pulau itu, hendak buat demonstrasi hari hari pun tidak mengapa. Bawaklah Ambiga sekali ke sana

K7L : Lepas ini tak mengaku Kerala pulak?..

29/01/2018

#UndiRosak Mimpi Ngeri Pakatan Yang Bawa Mahathir Masuk!



 

Di antara sebab kempen tersebut ialah:

1. Undi rosak boleh mewakili rasa tidak setuju terhadap kerajaan dan pembangkang.

2. Undi rosak akan memberi pengajaran kepada ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

3. Undi rosak adalah satu bentuk semak dan imbang bagi parti yang meletakkan calon tidak dikenali pengundi.

Dan kalau lihat komen-komen mereka yang bersama dalam gerakan Undi Rosak ini kita dapat lihat hampir keseluruhan daripada mereka tidak menyokong Barisan Nasional tetapi sudah jelek dengan kepimpinan PH terutama sekali Keluarga Anwar Ibrahim yang menyokong Mahathir.

Gerakan ini juga tanda protes mereka terhadap kemasukan Mahathir serta pecalonannya sebagai PM Harapan. Dan ini sudah tentu menjadi mimpi ngeri buat Pakatan yang mengharapkan tiada yang boikot mereka.

Apapun kalau ligat betul-betul kini gerakan tersebut seolah-olah ditaja oleh tangan ghaib dalam Pakatan  yang mahu menyingkirkan Keluarga Mahathir dan Keluarga Anwar daripada terus berkuasa. 

K7L : Siapa ya?... Aiskrim saya mana tadi?..

#Video PPBM Mengamuk Bila Umum 6 Kerus Untuk NS - Kelakar Kan?



Video dia tas adalah bukti bagaimana gila kuasanya puak PPBM yang sibuk dengan kerusi. PPBM Negeri Sembilan merusuh sebab tak dapat kerusi lebih. Padahal PPBM tubuh baru sangat tapi demand macam dia parti paling dominan.

Mereka nak rempuh pentas masa Wan Azizah berucap dan jerit tak adil tak adil . Yang paling pelik pakar reformasi PKR boleh semua duduk senyap. Lihat sendiri sifat PPBM yang pro Mahathir.

Dengar cerita PPBM hanya dapat 6 kerusi. Parti PAN yang useless pun diberi lebih banyak kerusi dari Parti Bunga di Negeri Sembilan. 

Apapun yang berlaku tempo hari telah membuktikan bahawa Wan Azizah bukanlah seorang pemimpin yang berkemampuan untuk menjaga Pakatan Harapan kerana tak boleh handle crowd. Mahathir pun tak layak sudah sebab tak reti kawal anak buah.


K7L : Jadi sebab inilah Mukhhriz takut mengaku orang Malaysia.

Kenapa Mukhriz Malu Dan Takut Mengaku Anak Malaysia?




Isu Mukriz malu mengaku dia rakyat Malaysia akan berpanjangan. Apatah lagi dia mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan Perdana Menteri Brunei. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Mukriz memang patut malu untuk mengaku dia orang Malaysia kerana segala tuduhan pembangkang selama ini terbukti fitnah dan bohong. Isu 40K Bangla jadi pengundi hantu, isu ringgit jatuh, isu ekonomi Malaysia teruk, Malaysia negara bankrap, wang 1MDB dicuri dan lain lain ternyata adalah cerita bohong. Mana nak sorok muka.

Dia takut dan malu kalau yang bertanya itu ialah orang Arab di Mekah dan Madinah. Mana mungkin Arab Saudi akan melabur di Penggerang kalau Malaysia negara gagal. Kalau Malaysia negara gagal dan kucar kacir, takkan pelabur asing termasuk Arab Saudi datang ke Malaysia. Malaysia kini tersenarai sebagai negara ke 3 teraman di Asia dan ke 26 di dunia.

Mukriz lagi malu kalau orang Arab tahu personaliti yang mereka tanya itu bernama Mukriz Mahathir. Apa dia nak jawab kalau mereka tanya “kenapa berbohong sedangkan kamu berangan untuk jadi Perdana Menteri Malaysia”. 


Dan apa pula mahu dijawab jika ditanya tentang hutang 1MDB sedangakan hutang jangka pendek sebanyak RM 18 Bilion telah pun dibayar. Projek TRX dan Bandar Malaysia pun sedang rancak dilaksanakan. 

Bagaimana pula kalau ditanya sumber kekayaan Mukriz dan adik beradiknya. Kalau mahu menentang rasuah kenapa senyap mengenai skandal rasuah di Pulau Pinang.

Mukriz takut dimalukan. Justeru lebih baik dia tidak mengaku orang Malaysia. Lemahnya jati diri bakal Perdana Menteri negara antah-berantah ini.

Sumber : Mohd Puad Zarkashi

K7L : Sedih aku pasal boboi ni..

Rakyat Malaysia Harus Kecewa Dengan Mahathir Yang Burukkan Malaysia?



Apabila delegasi diplomat terutamanya dari negara-negara barat melawat negara kita, adalah amalan biasa mereka untuk bertemu dengan kedua-dua pihak - kerajaan yang memerintah dan juga pembangkang.

Apabila Presiden Obama dan delegasinya melawat Malaysia pada April 2014, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat telah menemui ahli-ahli pembangkang termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dan apabila Presiden Obama sekali lagi melawat Malaysia pada November 2015, beliau telah bertemu dengan pemimpin NGO yang pro pembangkang seperti Ambiga, Maria China dan C4 Cynthia Gabriel.

Apabila mendiang Leen Kuan Yew membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun 2009, beliau juga menemui Lin Guan Eng.

Oleh itu tidak mengapa apabila pihak delegasi dari Parlimen Kesatuan Eropah bertemu dengan ketua pembangkang Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin pembangkang. 

Ini adalah amalan biasa kepada mereka dan sebagai cara kerajaan negara-negara barat ini menunjukan amalan menghormati prinsip demokrasi (yang dikenali juga sebagai “lalang” atau bermuka dua)

Ini bukanlah sebagai pengiktirafan kepada Tun Mahathir. Dan sebab mengapa Mahathir duduk sementara yang lain berdiri kerana umur beliau pun sudah mencecah 93 tahun. Adakah anda fikir Ahli Parlimen Kesatuan Eropah itu akan duduk dan Mahathir berdiri pula?

Sahabat saya di Wisma Putra memberitahu kepada saya bahawa pihak pembangkang yang membuat permohonan untuk bertemu dengan mereka dan bukan sebaliknya. Mereka menerima undangan tersebut kerana ini adalah amalan yang biasa.

Apa yang tidak normal dan luar biasa ialah jika Tun Mahathir dan rakan-rakannya tidak memprotes cadangan Kesatuan Eropah untuk mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit.

Adakah anda melindungi para peneroka FELDA dan kepentingan industri minyak kelapa sawit kita?

Sumber : LSS

K7L : Zaman Maharthir orang Felda dia pandang ke?..

28/01/2018

#KekalNajib - Facebooker Buatkan Guan Eng Panas Hati?










Aiyoooo!

Guan Eng marah sama Wee Ka Siong sampai kata dia BODOH. Marah sama pengamal media kerana tidak beretika. Marah SPRM kerana siasatan mereka tidak releven!

Aiyooo!

Ini saya nak cakap sikit sama Guan Eng.

Lu sama kawan-kawan lu tuduh 1MDB macam-macam, DS Najib tak pernah kata lu sama BODOH, tapi kita semua tau lu punya tuduhan memang BODOH. Lu punya calon PM pernah tuduh 1MDB hilang 42b, lepas tu tukar lagi 27b, lepas tu tukar lagi. Lu tak rasa calon PM lu BODOH ka?

Lu sama kawan-kawan lu guna media serang 1MDB sampai gagal terbitkan IPO pada tahun 2013 sehingga mengakibatkan 1MDB berlaku masalah aliran tunai, DS Najib tak pernah kata media lu tak beretika, tapi kita semua tau media lu bukan saja tak beretika tetapi FITNAH! Lu punya Sarawak Report, Roket Kini, dan lain-lain tu yang sebenarnya TIDAK BERETIKA.

SPRM siasat 1MDB, Polis siasat 1MDB, PAC yang kawan-kawan lu pun ada siasat 1MDB, DS Njib tak pernah kata semua siasatan tu tak releven, tetapi HAKIKATNYA tiada sebarang salah laku jenayah yan berlaku, cuma salah urus tadbir sahaja.

Sekarang baru lu mau marah sama semua orang mengenai perkara yang LEBIH TERUK lu sama kawan-kawan lu buat terhadap 1MDB walaupun sudah berulang kali DIBUKTIKAN tiada sebarang salah laku kenayah terhadap 1MDB!

Lu pernah dengar ka itu orang putih ada cakap “what you give, you get back”

Sekarang lu rasa la!

#TolakPH
#TolakGuanEng
#SkandalTerowongDAP
#KamiGengNajibRazak

Sumber : Raziz Rashid

Projek Projek Ajaib “Developer Action Party” Di Pulau Pinang



Memang layak DAP digelar sebagai “Developer Action Party”. Banyak silap mata yang berlaku dalam projek projek di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bila disiasat dan kantoi maka dituduh sebagai serangan politik dan diajak pula wartawan minum kopi. Serangan politik apa jika apa yang hasil siasatan itu punyai bukti dan dokumen yang kukuh bahawa terdapat penyelewengan dan rasuah.

Bukan satu dua projek yang dibuat oleh “Developer Action Party” yang telah terbukti ada ‘silap mata” tetapi banyak. Nilainya pula tujuh angka ke atas, bukannya sekupang dua yang hilang.

Buat laluan basikal berharga RM2.4 juta untuk satu kilometer. Kos RM30 juta untuk laluan basikal sejauh 12.5 kilometer. DBKL buat laluan basikal hanya bernilai RM127,000 untuk satu kilometer.

Kalau ikut kos DBKL, untuk 12.5 kilometer hanya melibatkan kos bernilai RM1.58 juta sahaja. Boleh jimat RM28.42 juta. Mengapa kos basikal “Developer Action Party” mahal sangat? RM28.42 juta ini komisyen untuk DAP kah?

Cadang hendak buat LRT bernilai RM24 billion yang harganya lebih mahal dari MRT. Kos projek MRT sejauh 51 kilometer, siap dengan laluan bawah tanah dan stesyen hanya bernilai RM21 billion. Jimat lagi RM2 billion daripada anggaran asal.

Namun di Pulau Pinang, “Developer Action Party’ cadang buat LRT sahaja, bukannya MRT. Kosnya bernilai RM24 billion untuk 30 kilometer sahaja. Satu kilometer kosnya RM800 juta. Mahal sangat berbanding MRT yang ada stesyen dan laluan bawah tanah hanya berkos RM411 juta satu kilometer.

Oleh kerana itulah Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti cakap mengapa tidak buat MRT sahaja berbanding buat LRT. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP tidak boleh jawab. Musykil sungguh, orang Penang kata “awat yang mahai sangat?” Duit itu DAP ‘kedarah’ masuk poket ‘depa’ kah?

Buat kajian kos terowong yang berkali ganda mahal dan kemudian kantoi pula hilang RM236 juta. Kajian kos terowong yang sama di Quebec City, Kanada hanya berkos RM429,645 untuk 7.8 kilometer. Keseluruhan kos terowong “Smart Tunnel” di Kuala Lumpur hanya berjumlah RM1.93 billion sahaja.

Terowong yang mahu dibuat oleh Guan Eng di dasar laut hanya sepanjang 6.5 kilometer, namun kosnya mencecah RM4.63 billion. Jabatan Kerja Raya boleh buat kajian dengan kos yang lebih murah. Namun mengapa Guan Eng pakai syarikat swasta dan bayar RM305 juta. Kos asal hanya RM70 ke RM80 juta sahaja. Boleh jimat RM235 juta.

Jumlah boleh dijimatkan ini sama dengan jumlah duit kajian kos terowong yang dipercayai hilang sebanyak RM235.7 juta bila semua dokumen kajian disemak dan diteliti oleh SPRM. Hilang ke mana wang sejumlah RM235.7 juta ini?

Bila beli rumah banglo Pinhorn pandai pula Guan Eng berjimat. Beli rumah banglo di bawah harga pasaran daripada proksi sendiri. Harga pasaran semasa banglo adalah RM6.5 juta. Guan Eng beli hanya dengan harga RM2.8 juta sahaja. Jimat RM3.7 juta. Pandai pula berjimat bila beli banglo sendiri.

Di Taman Manggis, tanah yang sepatunya dibina rumah untuk rakyat ditukar status tanah untuk buat projek komersial. Phang Li Khoon, proksi Guan Eng dipercayai dapat untung atas angin sampai RM59 juta, Guan Eng dapat jimat RM2.8 juta. Ini cara “Developer Action Party” berjimat di Pulau Pinang.

Mengapa semasa Guan Eng dan kerajaan ‘Developer Action Party’ buat projek projek di Pulau Pinang segalanya menjadi mahal berkali kali ganda? Apakah “kawtim” cara “minum kopi” seperti projek Banglo Pinhorn-Taman Manggis ini terjadi pada semua projek projek di Pulau Pinang?

Semasa buat belanjawan alternatif 2018, bukan main lagi pembangkang hendak berjimat sampai RM20 billion di Jabatan Perdana Menteri. Hendak buang penjawat awam dan tutup kementerian. Hakikatnya, itu semua “poyo’ sahaja. Masa mereka jadi kerajaan di Pulau Pinang, sekupang pun mereka tidak jimat.

Penang Institute boleh buat kajian mahu buang penjawat awam di Putrajaya. Penang Institute yang diberi bajet sampai berjuta juta oleh Guan Eng mengapa tidak buat kajian mengenai semua kos projek Guan Eng ini? Buat kajian untuk berjimat. Mungkin Penang Institute tidak pandai, Guan Eng kena upah syarikat fesyen baru boleh dapat kajian yang menjimatkan.

Banyak lagi projek yang mahu dibuat oleh Guan Eng ketika dalam Bajet 2018 iaitu Daerah Seni bernilai RM30 juta, kompleks sukan bernilai RM100 juta di Pulau Jerjak, stadium hoki di Bukit Mertajam bernilai RM7 juta. Semua projek ini kalau tidak diteliti dan disemak, sudah tentu menelan kos berkali ganda daripada kos asal.

Di Pulau Pinang pula, inilah cara kerajaan “Developer Action Party, DAP” melaksanakan projek projek ajaib. Hanya mementingkan projek pembinaan rumah mewah di lereng lereng bukit sahaja. Kampung rakyat pupus, naiklah kondo dan rumah mewah yang hanya jadi rumah mampu tengok bagi rakyat biasa.

Bagaimana hendak hentikan kegilaan dan kerakusan kerajaan korup “Developer Action Party’ ini?. Rakyat Pulau Pinang boleh menghalangnya. Jangan undi lagi DAP dalam PRU14. Ajar mereka atas kertas undi. Inilah masanya untuk berubah.

K7L : Ini semua poyo!..

Berita Yang Akan Buatkan Pakatan Hilang Modal Burukkan Malaysia!



Tahukah Anda? Berdasarkan ranking terbaru tahun 2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Malaysia telah dinobatkan sebagai negara paling inklusif di Asia berdasarkan Inclusive Development Index (IDI).

IDI adalah cara penilaian terbaru yang lebih lengkap berbanding menilai pencapaian negara berdadarkan KDNK (GDP) semata-mata. Ia mengambil kira GDP per capita, peluang pekerjaan, produktiviti, taraf kemiskinan, jangka hayat hidup, hutang awam, pendapatan median, kesenjangan kekayaan, pelepasan karbon, pembangunan modal insan, penyusutan sumber alam dan kemusnahan akibat pencemaran.

Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian mereka berbanding 103 negara yang lain. Syabas!

#BangkitlahNegaraku #KamiGengNajibRazak

K7L : Jangan mengaku orang Brunei tapi nak bertanding di Malaysia!..

Mukhriz Malu Mengaku Orang Malaysia - Brunei Sahkan Mukhriz Bukan Rakyatnya?





Hampir seluruh berita di Malaysia menulis tentang kenyataan Mukhriz yang mengatakan dia segan untuk menagku sebagai seorang warganegara Malaysia dan berbohong sebagai rakyat Brunei.

Pertama sekali dia sudah langgar Rukun Negara yang menjadi lambang kemakmuran Malaysia. Untuk tidak mengaku sebagai rakyat Malaysia memberi bukti bahawa dirinya bukanlah PM Material kerana dia sendiri tidak bangga dengan negaranya, mana mampu memacu Malaysia dengan baik


Menurut rakan blogger KRO setelah dikritik hebat oleh netizen dimedia-media sosial, Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir cuba membuat 'u-turn' dengan mengatakan bahawa kenyataan beliau telah tersalah tafsir.


Waima Facebook Brunei Darussalam sekalipun malu untuk mengaku Mukhriz Mahathir sebagai Rakyat Brunei walaupun beliau terhegeh-hegeh membuat pengumuman terbuka, Mukhriz Mahathir bertindak seperti gurunya, Joseph Lim Guan Eng untuk taichi kesalahan kepada media kerana tersalah tafsir.

Sepatutnya beliau belajar dari Bapanya sendiri. Gunakan alasan tak ingat, tak tahu dan tak dak siapa bagi tahu. Mukhriz Mahathir kata portal Sinar Harian 'misquoted' sedangkan Sinar Harian adalah penyokong kuat pembangkang terutama PPBM dan berita yang sama turut disiarkan oleh banyak media lain.

Oh! Kami tidak buat fitnah. Kami ada video rakamannya seperti di bawah. Nak nafi lagi?



K7L : Hilang respek dah..politik dan patriotik dua benda yang berbeza tetapi boleh jadi sama..

27/01/2018

Pelaburan China Di Malaysia - Terbongkar Akhirnya?




Sejak akhir-akhir ini tular di media sosial mengatakan banyak projek mega dalam negara kita dibiayai oleh China. Wujud kebimbangan bahawa Malaysia akan tergadai dengan pelaburan-pelaburan dari China.

Tapi apabila mendengar penjelasan dari pakar hubungan antarabangsa barulah saya sedar. Hakikatnya mesej yang tular tersebut palsu atau dibuat tanpa semakan fakta (Bandwagon) Berikut saya gariskan apa kata Profesor Madya Dr. Azmi Hassan Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

1) Sudah lama Malaysia - China bekerjasama, tapi kenapa baru sekarang timbul isu? Sebab pembangkang tahu China boleh jadi sasaran mudah untuk dimanipulasi.

2) Pembangkang menjadikan China sebagai 'kambing hitam' untuk menentang kerajaan sekarang. Strategi sama digunakan pada PRU13, jadikan Amerika Syarikat sebagai kambing hitam.

3) Peningkatan pelaburan China ke Malaysia bukan bermakna kita dijajah, tetapi ia memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

4) China boleh melabur di mana sahaja, tetapi kenapa pilih Malaysia? Sebab Malaysia -China ada hubungan diplomatik yang kukuh sejak dulu lagi.

5) China pilih Malaysia kerana sedar potensi pelaburan dapat dicapai dan ia petunjuk baik bagi ekonomi Malaysia untuk tahun-tahun akan datang

6) China melabur dengan banyak dan sekarang ramai tidak tahu Malaysia merupakan negara ketiga paling besar mengeksport solar panel selepas China dan Taiwan. Ini manfaat.

7) 1MDB juga ialah sasaran mudah pembangkang sebab tadbir urusnya lemah. Sepatutnya bila isu ini timbul, bukan PM yang perlu jelaskan, tapi CEOnya terdahulu yang perlu memberi pencerahan.

8) China beri tumpuan kepada Malaysia sebab ekonomi kukuh dan mereka tidak mahu kita baik dengan Amerika Syarikat, isu Laut China Selatan. China perlukan Malaysia untuk mengimbangi pengaruh AS.

9) Rakyat Malaysia perlu berbangga bila China melabur sebab pemimpin kita mempunyai pemikiran yang strategik.

10) Seluruh dunia ada '1MDB' untuk kepentingan strategik negara masing-masing. China ada 4. Jangan termakan permainan kambing hitam China oleh pembangkang sebab kita yang akan rugi jika menolak pelaburan dari China.

11) Barang naik tiada kena mengena dengan GST. Tujuan GST nak tangkap syarikat2 yang menipu..tapi ia tak dapat dilakukan, sebab salah percaturan dengan memberi peranan itu kepada menteri dan bukan Kastam.

12) Nilai tambah daripada pelaburan China dari sudut jiwa politik...kita dapat kawal China. Jangan 'buli' kita sebab kita ada AS (Isu Laut China Selatan).

13) Ideologi Komunis tak perlu wujud pada waktu ini. Kita kena kawan baik dengan semua orang. Jangan sensitif sangat pasal Komunis waktu sekarang, semangat kita dah kuat.

14) Bila PM bawa pelaburan RM144 billion dengan 14 MoU pada 2 Nov 2016, masa itu pembangkang lihat China sasaran paling bagus untuk dijadikan senjata politik sehingga rakyat terpengaruh. 

K7L : Dulu Jepun melabur di Malaysia, Mahathir tak kata dia jual pada Jepun?..

Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah Penjajahan Lam



Dalam filem Sarjan Hassan sudah ditunjukkan bagaimana watak Buang yang menjadi tali barut pada Jepun. Sanggup khianati orang kampungnya sendiri demi orang asing.

Apa yang dilakonkan dalam filem itu boleh terjadi kembali jika orang Melayu lupa sejarah. Lupa siapa DAP yang sebenar. Lupa apa agenda besar DAP.

Di China, ketika perang candu berlaku pada tahun 1839, ramai orang China digunakan oleh penjajah untuk lawan balik Maharaja China dalam perang. Mereka diketuai oleh Sun Yat Sen, yang akhirnya menamatkan pemerintahan monarki di China.

Dalam masa yang sama dengan kempen menggulingkan "emperor" di China, di Malaysia wujudnya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang berebut menguasai perniagaan dan perdagangan bijih timah.

Pada zaman dahulu lagi, semasa zaman penjajah British, orang Cina merupakan komprador kepada penjajah British. Mereka dijadikan "tools" untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui orang Cina.

Bila "gengster" Cina bergaduh, maka British masuk dan mahu jadi pendamai. Mahu jadi penasihat dan sebagainya. Padahal, kalau dikaji balik benarkah pergaduhan itu benar benar berlaku atau ianya hanya sebahagian permainan penjajah?

Dengan pergaduhan itulah maka selepas itu penjajah laksanakan dasar pecah dan perintah. Secara tidak langsung ada dasar "protectionism" British terhadap orang orang Cina dalam ekonomi negara ini sejak beratus ratus tahun dahulu.

Walaupun ada percubaan dari kerajaan setelah merdeka untuk mengubah situasi ini namun ianya tidak mudah kerana Orang Cina telah menguasai rangkaian ekonomi dan perniagaan sejak beratus tahun melalui dasar British tersebut.

Tidak mudah untuk pecah monopoli dan kartel orang orang Cina dalam ekonomi negara. Ditambah pula orang Cina yang datang dari "mainland", yang memang kuat bekerja.

Dasar Ekonomi Baru, DEB diperkenalkan pada tahun 1971. Namun selepas 50 tahun orang Cina sudah bising minta ianya dihentikan.

Tetapi mereka tidak mahu cerita yang mereka sudah menikmati "privelege" dan perlindungan British sejak beratus tahun dahulu. Mereka sudah berakar umbi dan tidak mudah hendak pecahkan penguasaan mereka.

Ditambah lagi dgn sikap "take easy" orang orang Melayu dan pemimpin pemimpin Melayu yang mudah digula gulakan oleh Orang Cina.

Mahathir dengan "crony capitalism" yang dilaksanakannya juga memburukkan lagi keadaan. Banyak taikun mendapat keistimewaa seperti YTL, Vincent Tan, Eric Cia dan juga Ananda Krishnan.

Majlis hari jadi pun ditaja oleh mereka ini. Rumah diberi lagi di The Mines. Projek IPP dulu "award" pada mereka ini. Bagi sahaja RM4 billion setahun. Buat resort semata mata hendak jaga kuda Mahathir sahaja di Argentina.

Lebih buruk lagi, empat budak Melayu anak didik Daim Zainuddin, Halim Saad, Tajuddin Ramli bukannya membantu Melayu. Mereka kayakan diri sendiri sahaja.

Jika ambil balik Mahathir ke tempat yang dia pernah berkuasa dulu selama 22 tahun, maka kisah penjajahan lama ini akan berulang. Rakyat bawah akan "dicandukan" dengan cara lama.

Kroni akan berkuasa kembali. Konsesi akan dipanjangkan lagi. Projek IPP akan kembali semula. Watak Buang dalam cerita Sarjan Hassan berulang tetapi kali ini bukan berkhidmat untuk Jepun tetapi berkhidmat untuk DAP.

Ingat senang orang Melayu hendak dapat kuasa balik jika DAP sudah perintah? Mahathir pun akan kena guling selepas itu, selepas apa yang DAP hendak tercapai. Maka naiklah selepas itu PM yang sebenarnya dari DAP.

Ingat, DAP sekarang ini memuja cara Sun Yat Sen, tidak mustahil selepas mendapat kuasa di Dewan Rakyat, misi selepas itu adalah sama seperti yang Sun Yat Sen lakukan dahulu.

Hendak menangis air mata darah selepas itu? Baik menyesal dan beringat sekarang sebelum segalanya terlambat. Ayuh kita ingatkan semua orang Melayu. Bangkitlah.

K7L : PM lama akan jadi korupsi kan? Mahathir yang mengaku..

Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Barah Bagi Pembangkang



Penyakit yang melanda pembangkang semakin kronik. Yang di atas gila rebut jawatan dan kuasa. Yang jadi pemimpin di kawasan gila hendak jadi calon. Yang dibawah mahu buat undi rosak. 

Ketika ini, tiga penyakit ini sedang menghantui Pakatan Harapan (PH) iaitu gerakan undi rosak, keluar parti dan protes dalaman. Ia bukan sahaja sedang merebak dalam PH malah semakin membimbangkan pemimpin dalam pakatan berkenaan.

Keadaan ini menjadikan Pakatan Harapan semakin rapuh dan bercelaru. Bagaimana ia mahu menubuhkan kerajaan sedangkan akar umbinya sendiri tidak cukup kukuh untuk menahan parti itu daripada runtuh.

Gerakan undi rosak misalnya, ia dimulakan oleh penyokong PKR dan telah menjadi trending di media sosial. Dengan hashtag #undirosak, gerakan itu mendapat sokongan ramai terutama mereka yang pernah menjadi penyokong reformasi.

Salah satu sebab kenapa #undirosak diwujudkan adalah kerana penyokong reformasi ini tidak berpuas hati selepas Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi PH sedangkan mereka inilah yang sanggup turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi menentang Mahathir, yang telah memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Protes terhadap pencalonan Mahathir itu bukan hanya dilakukan oleh penyokong reformasi malah ada pemimpin dalam PH sendiri yang membantah pemilihan pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai calon Perdana Menteri.

Ia termasuk anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur yang berpendapat bahawa langkah melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism.

Selain Sangeet, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga sebelum ini tidak senang dengan langkah pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH namun beliau kemudiannya terpaksa akur.

PKR Selangor sebelum ini juga membantah pemilihan Mahathir malah tindakan Menteri Besar, Azmin Ali yang menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Mahathir pada PRU-14 ini juga mengundang banyak tanda tanya.

Ini kerana semua tahu Gombak adalah kawasan kuat PAS dan kemenangan Azmin di kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu adalah atas faktor dan sokongan PAS. Jika Mahathir sekali pun bertanding di situ, sudah pasti beliau juga akan kalah.

Namun tamparan paling hebat datangnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar, menolak pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH.

Ini kerana beliau melihat Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan seseorang tokoh muda berkaliber.

Itu belum lagi masuk bab keluar parti beramai-ramai seperti yang berlaku kepada PPBM. Baru-baru ini lebih 100 ahli PPBM bahagian Klang meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Tindakan mereka ini menyebabkan PPBM bahagian Klang lumpuh. Itu tidak termasuk lagi ahli-ahli parti berkenaan di bahagian lain yang telah lama meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan kronisme yang diamalkan oleh PPBM.

Sudahlah ahli PPBM tidak berapa kerat, maka apabila ada ahlinya yang keluar parti maka bertambah sesak nafas parti itu. Jika dulu hendak diadakan mesyuarat bahagian dan cawangan pun sudah tidak cukup orang, kali ini lagi teruk masalah yang dialami PPBM.

DAP juga berdepan isu sama. Tahun lepas, empat wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar dari parti itu. Mereka ialah Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

Kemudian ia diikuti dengan 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.

Namun malangnya suara akar umbi ini tidak dipedulikan oleh pemimpin PH kerana mereka masing-masing sibuk mahu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Mereka sebaliknya lebih sibuk dengan urusan parti Barisan Nasional (BN) daripada memikirkan parti sendiri. Apa yang penting mereka mahu memperjuangkan agenda peribadi, berbanding mengambil kira suara penyokongnya.

Barah yang melanda pembangkang ini semakin parah. Tidak boleh diubat biarpun dua orang calon PM dan TPM dalam pembangkang adalah doktor. Hendak merawat bagaimana, dua orang doktor ini pun sama kena serang penyakit gila kuasa. 

Hendak makan ubat apa kalau ada penyakit gila kuasa? Hospital dan klinik pun tidak mahu terima penyakit itu. Oleh itu, betullah tindakan undi rosak yang dibuat oleh penyokong penyokong pembangkang itu. Undi rosak sebab marah pada pemimpin pembangkang yang gila kuasa. 

K7L : Pakatan tengah panik dengan Undi Rosak.. nak sangat kuda Mahathir kan?..

Senarai Penipuan Yang Perlu Rakyat Peka Dan Prihatin












Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail, berkata portal khas itu bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

"Portal ini adalah inisiatif JSJK dan diilhamkan sendiri oleh Pengarah JSJK Datuk Acryl Sani bagi membantu orang ramai agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa penipuan terutamanya apabila membabitkan transaksi wang menggunakan akaun bank.

"Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

"Mereka hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Noordin, walaupun portal berkenaan masih di peringkat percubaan, namun ia sudah mempunyai 47,000 pelawat dengan 25,000 carian akaun bank dibuat oleh pelayar internet.

"Portal itu baru dilancarkan beberapa hari lalu dan masih dalam tempoh percubaan untuk kita melihat sebarang kekurangan.

"Ia akan ditambah baik dari masa ke semasa sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah JSJK Bukit Aman sendiri dalam tempoh terdekat," katanya lagi.


Untuk orang ramai yang mahu membuat semakan, portal terbabit boleh dicapai di pautan SemakMule.
K7L : Kena tahu dan hargai usaha PDRM..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk