20/02/2012

Siri 1 :: Flat Murah DBKL - Apa Masalahnya?


Gambar Hiasan

Keris ada mendengar rungutan daripada seorang pemandu teksi mengenai isu ini, dia menyatakan baru-baru ini ada wakil daripada seorang pemimpin pembangkang bertemu dengan sekumpulan mereka dan menyampaikan berita yang negatif tentang rumah murah tersebut.

Rasa marah pun ada namun mahu buat bagaimana, pemandu teksi tersebut telah 'diracun' namun Keris telah menerangkan beberapa perkara kepadanya agar tidak lagi timbul kekeliruan. Buat pengetahuan pembaca, Keris cuba mencari maklumat yang penuh dan berkongsi maklumat daripada rakan-rakan agar seluruh rakyat Malaysia dan warga wilayah persekutuan khususnya dapat memahami keadaan sebenar tentang isu tersebut yang sibuk dipertikaikan pemimpin pembangkang.

Keris kongsikan dahulu artikel daripada Krits Online sebagai review awalan sebelum Keris mulakan siri-siri seterusnya.

Baru baru ini saya telah pergi melihat flat yang dijual oleh DBKL di Jelatek dan saya terkejut bahawa kos beli hanya RM35,000 untuk 3 bilik dengan bunga sebanyak 6.5% dalam 25 tahun saya hanya bayar dalam RM50,000++. Ini adalah kerana saya telah pergi melihat flat di Wangsa Maju 2 bilik sekarang RM85,000, belum termasuk loan dan bunga. Kenapa ada perbezaan yang begitu banyak dari DBKL. Luahan rakyat berpendapatan rendah seperti saya telah didengar dan disedar Perdana Menteri. Jangan bising terlalu banyak wahai saudara ku di Pakatan, benda yang elok biar kita terima. -KritisOnline-

Dan sedikit sejarah tentang isu flat murah DBKL ini :

Para penyewa berhasrat mahu membeli rumah DBKL. Ada antara mereka sudah 30-35 tahun menyewa. Ada pemimpin yang telah menjanjikannya untuk dijual. Maka, apabila Menteri Wilayah Datuk Raja Nong Chik sebaik sahaja dilantik telah menjadikan perkara menjual rumah DBKL sebagai agenda pertama beliau. Ia akhirnya telah dipersetuju oleh Perdana Menteri. Keseluruhan rumah yang ingin dijual ialah 44,146 dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 11 Julai 2009. Rundingan dibuat dengan bank untuk membantu penyewa memiliki rumah tersebut namun gagal. Lalu skim khas ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada penyewa yang mampu membayar bulanan namun tidak diluluskan pinjamannya oleh pihak Bank kerana masalah tidak cukup kelayakan.

Dari jumlah yang ingin dijual sebanyak 4,988 telah Berjaya dibeli oleh penyewa. Dengan 716 oleh persendirian manakala 4272 lagi melalui bayaran tunai atau KWSP.

Pada 7 Oktober 2011 kelulusan pertama jemaah Menteri telah diperolehi. Pada 18 Jan 2012 kelulusan terakhir telah diperolehi. Selepas sepuluh hari tanggal 28 Jan 2012 Perdana Menteri telah mengumumkan skim tersebut.

Skim ini adalah satu pembiayaan mudah untuk rakyat di mana berdasarkan Private Sector Initiative (PSI) dengan diwujudkan Special Purpose Vehicle (SPV). DBKL menjual rumah kepada SPV dengan pembiayaan sebanyak 5.5 peratus dikenakan. Manakala SPV akan menjual rumah secara sewa beli atas konsep syariah bernama Ijarah Muntahiyyah Bittamlik. Caj yang dikenakan 1% ke atas pembeli adalah untuk digunakan bagi tujuan pembinaan PPR yang baru dan juga untuk kos penyelenggaran.

K7L : InsyaAllah kita cuba beri penerangan dan penjelasan terhadap beberapa perkara berkaitan rumah flat murah dibawah seliaan DBKL ini dalam masa terdekat ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk