31/05/2012

[Video] Yang Akan Buatkan 17% Peminjam PTPTN Tak Senang Duduk! @rafiziramli



Adat meminjam wajib melunaskan hutang. Apa yang tersirat didalam video ini Keris minta pembaca terjemahkan dan nilai sendiri. 

K7L : Muhasabah diri..mengingati sesama sendiri..

Bukan @NajibRazak Tetapi @tun_mahathir VS @anwaribrahim



Timbul banyak bunyi setelah debat Rafizi dengan KJ tempohari dan seolah-olah pembangkang mahu melihat Anwar berdebat dengan pemimpin no 1 negara, YAB Perdana Menteri. Haha! Siapa  Anwar untuk berdebat dengan PM? Ini Malaysia dan bukannya Amerika Syarikat yang menggunakan debat sebagai satu paltform yang mana akhirnya mereka hanya pandai berbicara tetapi gagal dalam melaksana. 

Jangan ganggu PM yang sedang buat kerja! Keris merasakan YAB Perdana Menteri memang tidak perlu untuk berdebat kerana beliau pelaksana dan bukan orang yang hanya pandai bercakap tetapi umpama tin kosong seperti Anwar. Keris cadangkan jika benar rakyat mahu melihat Anwar Ibrahim berdebat, mari kita bentangkan karpet merah buat Tun Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia yang tahu siapa Anwar Ibrahim selaku bekas Timbalan Perdana Menteri pada era yang sama. Jika kita lihat semula Anwar seringkali berkata "Ketika saya didalam kerajaan", "Ketika saya menyandang Menteri kewangan", "Ketika saya masih dalam UMNO", sekarang kita lihat berani atau tidak jika dia berdebat dengan Negarawan yang memang 'kenal' siapa 'Menteri Kewangan paling teruk buat sejarah Malaysia'.

Berani atau tidak?

K7L : Rakyat mahu melihat pencapaian atau hanya mahu mendengar perancangan yang belum tentu boleh dilaksanakan?..

Kes Naya! Bukti @anwaribrahim Mengorat Budak Lelaki Masa Interview!




Tahniah blogger 1peluru yang telah melancarkan #Vlog yang pertama miliknya. Terbaik! Keris difahamkan ini merupakan video ekslusif dimana beliau mendedahkan pengakuan seorang mangsa yang telah dingorat ketika mahu minta kerja dengan Anwar Ibrahim. 

Ia merupakan susulan selepas pendedahan Double-Y yang telah menunjukkan bukti-bukti Anwar 'mesra' dengan mangsa yang mahu memohon pekerjaan dengannya. Lihat dan nilai sendiri siapa Ketua Umum PKR dan peribadinya yang disanjung puak PAS.

K7L : Geli beb!.....

DAP Mahu PAS Kalah PRU13? @harakah Terus Membisu?



Sehingga ke hari ini DAP semakin lantang bercakap terutamanya Karpal Singh tentang menolak negara Islam. PAS mula menikus dan baru kini Nik Aziz bersuara kepada Karpal Singh. Menurut keratan akhbar di atas Karpal diselar oleh Nik Aziz sebagai orang tua dan baru-baru ini Keris ada disekitar ibukota dan tersrempak dengan sekumpulan pemikir DAP.

Terdengar mereka berbincang iaitu DAP mahu bertanding di kerusi yang mudah mereka menang termasuk kawasan PAS telah menang dan mahu berikan calon PAS kerusi yang sudah tentu kalah. Ini bermakna kerusi milik PAS akan berkurangan daripada DAP dimana yang akan berkuasa biarpun mereka bergabung adalah DAP. DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila kini didalam Pakatan mereka empunya kerusi terbanyak sekaligus membuatkan Anwar Ibrahim hanya bertindak sebagai boneka kerana kuasa milik DAP.

Tak percaya? Cuba lihat ada DAP datang menyokong Anwar ketika dirinya diserang ?Sudah nampak belum niat jahat DAP wahai orang-orang PAS dan PKR?

K7L : Kalau tahu rancangan jahat diorang..rasanya Haji Hadi pun mengamuk...

@KhalidSamad Berjaya Jadikan Shah Alam Medan Maksiat Antarabangsa?




Nah! Ini satu pendedahan dan luahan perasaan penduduk Shah Alam sendiri. Keris memetik artikel rakan blogger di Shah Alam supaya ramai tahu apa yang sedang berlaku di sana sejak Khalid Samad menjadi Ahli Parlimen. PAS bukan parti yang perjuangkan Islam secara total tetapi hanya retorik semata-mata. Malas mahu bercakap panjang mari kita selami luahan mereka :

BERDASARKAN hadis Nabi Muhammad SAW, ... tanda-tanda orang munafik itu terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberi amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Penulis kali ini mahu bercerita mengenai soal munafik. Dalam bahasa lebih mudah munafik juga bererti cakap tak serupa bikin, berbohong atau juga double standard dan lain-lain yang seerti dengannya.

Jika dalam sesama manusia, orang jenis ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Orang kata macam ular. Jika dalam organisasi, ia adalah organisasi putar belit dan lebih teruk daripada memakan riba. Jika ia adalah pertubuhan siasah atau politik, pertubuhan seperti ini kita harus dan wajib menghindarinya.


Khalid Gereja dalam ceramah kempen PRU12 di Shah Alam, berjanji sebaik sahaja pakatan haram menang di Selangor, sebelum ayam berkokok kilang arak akan ditutup. Sekarang apa sudah jadi? Sehingga sekarang kilang arak itu tidak berani diusik. Kononnya sebagai hasil mahsyul negeri bagi keperluan bukan Islam. Ptuuiiihhh!!!

Memang benar ketika BN perintah, terbinanya kilang arak di sebuah daerah dikenali sebagai Shah Alam dan sebuah lagi di daerah Petaling Jaya.

Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor, pelbagai celaan dilontarkan kepada negeri itu oleh puak yang mengakui alim (PAS). Semuanya buruk, jahat, jelek dan bodoh. Negeri itu dicerca secerca-cercanya.


Tindakan sekumpulan Mahasiswa di Shah Alam menggesa kerajaan pakatan haram menutup pusat maksiat pada bulan suci Ramadhan. Lebih menggembirakan apabila Menteri Besar Darul Ehsan membuat kenyataan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan. Pas yang dulu amat sensitif mengenai perkara-perkara maksiat itu, kini tidak tahu sudah hilang ke mana?

Hiburan-hiburan yang mahu diadakan di Selangor itu ditentang habis-habisan. Puak-puak yang mengaku alim (PAS) itu akan mengadakan tunjuk perasaan melalui persatuan-persatuan mahasiswa Islam. Berteriaklah mereka secara bertakbir demi takbir (slogan Pas) secara bergema-gema.

Lebih hebat negeri Darul Aman yang diperintah sepenuhnya oleh alim-alim Pas juga mengambil keputusan yang sama, iaitu: Membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan.

Namun ketika BN perintah, Shah Alam bebas daripada hiburan, tiada panggung wayang, tiada tulisan selain tulisan Melayu sahaja di papan-papan tanda kedai, nama-nama jalan ditulis dalam tulisan Arab berbunyi Melayu atau jawi, yang satu waktu dulu mahu dipadam oleh DAP di Bukit Bintang.

Baca selanjutnya di Shah Alam Rebels


K7L : Shah Alam kini dah jadi tempat maksiat?..

Dokumen Yang Buatkan @anwaribrahim Dan @AzminAli Gelabah!


AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Kenyataan pegawai BPR yang asal :

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR.

Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset?

Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami.

Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu.

Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed.

Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya.

Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih.

Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.

Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.

Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini??

Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man.

Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung?

Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya. seterusnya








Sumber: Pisau.Net

K7L : Agak-agak Azmin nak jawab apa?..

30/05/2012

6 Soalan Yang Semua Umat Islam Tahu Tapi Bukan @IrshadManji





Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah Allah SWT Berjanji setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al- Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak mampu untuk kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan amalan agama Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar  kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al- A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "AMANAH" (Al- Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menerima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara urusan dunia kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Dah faham? Keris berkongdi artikel ini untuk muhasabah diri sesama Islam termasuk diri Keris yang tidak sempurna ini. Apapun selamat beramal.

K7L : Tidak ada yang sempurna melainkan Allah..

Pantun @DrRaisYatim Yang Buatkan Peminat P.Ramlee Tersentuh



Dah lama rasanya Keris tak dengar atau baca bait tulisan Menteri KPKK berpantun. Kali ini beliau menulis tentang Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Nice!

K7L : Orang muda perlu belajar macamana orang lama menulis..

Please RT To Make Malaysians Realized The Truth Behind #Bersih3 @DrRaisYatim @HishammuddinH2O @LiowTiongLai



Sebarkan! Supaya lebih ramai rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah bukti Bersih merupakan satu perhimpunan yang ganas, kotor dan tidak beretika! Malaysia sepatutnya aman dan tidak perlukan dakyah luar seperti Bersih yang tampak seperti gerak kerja Zionis.

K7L : Kongsikan kepada semua. The Truth behind Bersih3!

[Video] Bukti Orang PAS Dayus Dan Tak Malu!



Ini merupakan rakaman yang telah diambil dahulu ketika pilihanraya. Lihat sendiri bagaimana orang-orang PAS mengganggu Puteri UMNO Malaysia ketika mereka melintasi kawasan mereka. Pada pendapat Keris, sebagai orang yang faham batas-batas Islam dan berkopiah sepanjang masa sudah tentu perangai mereka tidak sebegini. 


PAS sudah mula taksub dengan parti dan inilah yang jadi. Bayangkan jika laungan 'ALLAHUAKBAR' dijadikan satu lafaz provokasi terhadap polis atau orang bukan parti PAS. Keris mahu pembaca menilai semula. Apakah mereka ini benar-benar berdiri dengan jiwa Islam?


K7L : Mctheory pernah cakap - Politik Bukan Agama! Islam hanya satu! Hidup jadi penentu!

29/05/2012

Hujah Anak Muda Yang Buatkan @rafiziramli Nampak Tak Cerdik Pasal #PTPTN @xrockybrux




Keris petik artikel MyMassa berkenaan PTPTN memandang isu ini masih menjadi perbualan sehingga membawa kepada perdebatan Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli. Ini merupakan hujah yang diberikan oleh seornag anak muda di Facebook [Klik Sini]. Ini hujah beliau yang berjaya membuatkan Rafizi nampak dirinya kurang cerdik :


Pendakyahraya Weltanschauung

1. Mansuh PTPTN tak bermakna pendidikan percuma.
2. Kalau nak mansuh PTPTN, itu untuk generasi akan datang. Bagi yang dah pinjam, kena bayar.
3. Kalau yang belum bayar ni tak payah bayar, harap yang dah bayar PTPTN pun kena dikembalikan balik wang mereka, secara penuh, bagi semua yang dah bayr, samada baru bayar separuh, ataupun dah habis bayar.
4. Banyak negara welfare state yang tetap tak bagi percuma tertiary education mereka. Ada yang siap ada 'hidden cost' lagi.

5. Kena tanya persoalan asas: apa matlamat kerajaan Malaysia?
6. Nak tumpu semua rakyat dapat pendidikan sekunder (habis SPM) atau nak bagi pendidikan tertiary percuma?
7. Sebab peratus kadar kemasukan ke IPT per jumlah pelajar yang habis SPM masih rendah, dan masih ada yang tercicir dari menghabiskan pelajaran hingga SPM.
8. Lebih baik tumpu dana tersebut kepada pembinaan sekolah, infrastruktur etc yang berkaitan pendidikan rendah dan menengah, untuk memastikan minimum pendidikan rakyat Malaysia ialah SPM.
9. Sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan percuma secara total, maka beberapa perkara perlu diperhalusi. Antaranya:

A. Sumber:

1. (Ini tak terhad kepada pendidikan percuma sahaja, tapi untuk benda lain juga.)
2. Kebergantungan kepada sumber petroleum adalah memudaratkan bagi masa panjang.
3. Sebab petroleum akan habis.
4. Perlu ada sumber yang 'konsisten'.
5. Nak taknak kita kena mengikut jejak langkah negara yang beri pendidikan percuma/welfare state: kadar cukai yang tinggi.
6. Dan mengurangkan beban subsidi dari bidang yang lain. Subsidi gula contohnya. Atau bahan api (jana elektrik).
7. Adakah rakyat sanggup bayar cukai lebih untuk masyarakat dan anak-anak? Berkorban individu untuk kemashlahatan majoriti?

B. Halatuju:

1. Persoalan yang lain: Apakah fungsi universiti/pendidikan tertiary bagi kerajaan?
2. Kilang lahir pekerja mahir, pusat penyelidikan atau apa?
3. Sekiranya ingin melahirkan pekerja mahir/separa mahir, maka lebih elok diperkasakan institusi politeknik, institut kemahiran dan yang berkaitan.
4. Menjadikan universiti sebagai kilang pekerja mahir akan menyebabkan konflik hala tuju universiti tersebut (telah dan sedang berlaku).
5. Contohnya konflik antara pusat R&D, gedung ilmu dan tempat lahir pekerja mahir.
6. Contoh, jika hala tuju untuk lahir pekerja mahir, maka bidang-bidang fundamental perlu dikurangkan (bidang-bidang teori contohnya falsafah, fizik kuantum, linguistik etc)
7. Halatuju menentukan relevan atau tidak pendidikan tertiary percuma di negara ini.
8. Kalau halatuju ialah menjadikan majoriti rakyat Malasia ada degree, mungkin relevan.
9. Kalau halatuju nak lahirkan pelajar berkualiti, pengisian yang lebih penting


Haa! Kan dah kena tepat ke muka Rafizi yang sangat bangga menggelarkan dirinya sebagai akauntan tapi malangnya kantoi apabila anak muda berhujah! Bercakap pasal PTPTN yang akan berbincang hari ini tentang pemansuhan 1%. Keris berpendapat bahawa PTPTN hanya perlu distruktur semula sistem pentadbiran dan penerangan.

Kini konsep ujrah yang digunapakai termasuk SSPN sebenarnya menguntungkan semua pihak maka tidak wajar 1% itu dihapuskan. Keris sendiri pembayar PTPTN dan rasanya 83% yang lain juga tidak punya masalah pembayaran. Ini sebenarnya cuma satu isu yang cuba dipoltikkan. Jelas disini, KPT dan PTPTN perlu beri penerangan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia tujuan, objektif serta konsep Ujrah yang pada Keris masih ramai lagi pihak berlum faham sepenuhnya. 

Kajian semula perlu dibuat kerana tanpa 1% maknanya kerajaan perlu menanggung kos-kos tersebut. Tak salah rasanya pelajar yang sudah lulus tidak membebankan kerajaan dengan membayar 1%. Dengan mengurangkan kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan mungkin dapat membantu orang yang lebih susah daripada kita. Fikir juga PTPTN perlu membayar gaji pekerja mereka, atau kita tidka fikir akan keluarga si pekerja jika PTPTN perlu mengurangkan pekerja kerana tidak punya dana?. Maaf ini cuma pendapat peribadi Keris dan ia tidak menghentam mana-mana pihak.

K7L : Loan kereta 3.5% boleh pulak bayar..yang guna masa belajar kena 1% pun dah bising?..fikir pasal orang juga jangan fikir diri sendiri..

[Video] @AkuAmySearch Masuk UMNO Dengan Mus May Dan Ibnor Riza! #BNPilihanRakyat



Pheewwiiiitttt! Tahniah UMNO kerana kemasukan artis lagenda tanahair masuk UMNO! Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza masuk UMNO tanpa dibayar dan paksaan. Tapi Keris tak pelik jika ada yang kata dibayar dan sebagainya namun begitu impak yang akan diterima oleh BN kali ini menakutkan pembangkang. 



Yang penting mereka tidak dipergunakan sepertimana Bob Lokman pergi merata dan jadi 'Ustaz Ekspress' dan mencaci UMNO. Jika lihat video di bawah mereka tidak menghentam mana-mana oihak tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk bersama-sama dengan UMNO.

Kuala Lumpur - Mengejutkan! Jam 2 petang tadi seramai tiga orang artis terkemuka tanah air telah menghadirkan diri ke pejabat UMNO untuk Majlis Penyerahan Borang UMNO. Dato' Rauf selaku Setiausaha Kerja UMNO Malaysia menjadi wakil untuk menerima borang-borang tersebut daripada Saudara Suhaimi Abdul Rahman, 54 tahun yang juga dikenali sebagai Amy Search bersama Saudara Mustapha Din dan Saudara Ibnor Riza Ibrahim masing-masing berumur 44 tahun dan 54 tahun.

Amy Search juga yang merupakan lagenda rock tanahair merasakan bahawa dirinya serta rakan-rakan masih belum terlambat untuk berjuang bersama UMNO setelah berfikir dalam jangkamasa yang lama. Beliau memetik kata-kata Allahyarham ayahnya,” Kita mesti melihat bagaimana kami dahulu berjuang untuk merdeka sehingga ke hari ini, Kamu ingat suatu ketika dahulu betapa susah untuk kita makan dan sekarang senang. Kalau kita sendiri tidak hargai kemerdekaan kita dengan asyik bercelaru tanpa apa-apa yang kita dapat”.

Mereka juga merasakan kini sudah tiba masa untuk kita semua bersatu dan memikirkan yang terbaik untuk masa hadapan negara. -
KLXpress

K7L : Awie dan Amy ahli UMNO..tensen Nik Aziz......

Wajib Tengok! @AzminAli Dan @niknzami Kena Maki Dengan Orang Upahan @KhalidIbrahim


Ini merupakan bukti bahawa rakyat Selangor telah menolak Azmin Ali yang suatu ketika dahulu sangat popular di kawasan Selangor. Nik Nazmi yang dikatakan calon paling muda dan berkaliber dalam PKR juga telah dimaki kerana isu Padang PKNS. Keris dengar-dengar juga orang cakap terdapat dua tiga orang penyokong Khalid Ibrahim yang dibayar untuk melakukan kekecohan tapi akhirnya penduduk Kelana Jaya sendiri yang marah setelah tidak berpuashati dengan perbincangan dan penjelasan yang diberikan. Khabarnya juga rakyat Selangor memang sudah tidak boleh menerima sebarang janji Pakatan akibat janji-janji lama masih belum tertunai.

Dengar sendiri apa yang mereka maki kepada Azmin dan Nik Nazmi :




K7L : Azmin merupakan orang paling kanan Anwar..ini tanda PKR sedang lemah..Pakatan sedang ditolak oleh rakyat..

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Hentam PAS? - UMNO Bayar Orang Mekah?




Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir. Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?


Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam. Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”. Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan. Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.


Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR. Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik. Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu. Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah. Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta. Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal. Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya? Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah. Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.

K7L : PAS sudah sesat sejak Allahyarham Ustaz Fadzil Noor meninggalkan mereka..

@HRHJohor2 Buatkan @mbnizar Terdiam! - Nizar Harus Mohon Maaf!


Keris terbaca di blog CTS tentang Nizar yang mohon derhaka buat kali kedua cuma kali ini dengan Sulatn Johor pula. Dan dibawah merupakan jawapan yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor berkaitan isu tersebut. 


Keris teringat kembali bahawa institusi diraja di Malaysia ini memang ingin dihapuskan oleh puak kauvinis DAP. Mengapa pula Nizar yang diperguna? Kerana itulah taktik yang digunapakai oleh kaum Quraisy ketika mahu memburukkan Islam. Cara yang sama digunakan iaitu dengan menggunakan orang 'dalam' untuk mengutuk/memberi pandangan songsang supaya irang 'dalam' yang lain menjadi keliru. Melayu sinonimnya menghormati raja mereka sehinggakan ia termasuk didalam rukun negara yang kedua. Namun begitu untuk menjadikan Malaysia ini bukan negara yang dipimpin oleh orang bukan Islam, mereka perlu melenyapkan institusi raja-raja melayu. Sebab itu keperibadian Sultan sudah mula dipolitikkan dan menjadi 'mainan' oleh puak pembangkang. 

Kurang ajar! Biarpun Keris rakyat Selangor namun Keris berdarah Bugis! Darah kesultanan Johor dan Selangor! Nizar harus mengadap Tuanku Sultan Ibrahim dan memohon ampun atau lucutkan sahaja kerakyatannya kerana jika tidka diajar maka lebih ramai golongan tidak beradap ini akan lahir. Nizar perlu sedar jika benar dirinya seorang Melayu yang pandai sejarah, sudah tentu dia tidak akan membuat kenyataan bodoh seperti itu.

Sebagai seorang pemimpin kita harus bijak kerana bukan semua boleh menjadi perkara politik. Jangan cabar institusi raja! Jangan cabar anak Johor dan Selangor sebab buruk padahnya nanti. Rakyat menjunjung titah Sultan. Nizar? Kau cuma orang yang dipilih untuk mewakili rakyat bukan engkau dipilih untuk menjadi Dewa. Kena ingat kedudukan dan dimana bumi dipijak. 

Lihat sahaja nama tweethandle Nizar (YB Nizar @mbnizar). Menunjukkan dirinya memang gilakan kuasa. @NajibRazak @HishammuddinH2O pun tak letak jawatan. Dasar gila kuasa!

K7L : Hei dehaga issengku!...jangan cabar anak bugis!

100 Peguam Calarkan Reputasi @Ambiga_S Dengan Bersih 4.0?



KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang peguam sukarela menawarkan perkhidmatan mereka untuk membantu membuat tuntutan ganti rugi bagi para peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas perniagaan mereka semasa perhimpunan Bersih 1,2 dan 3, kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusuf.

Jamal yang mewakili kumpulan anti-Bersih menggelarkan diri mereka ‘Bersih 4.0′ berkata ramai peguam telah menghubunginya dan mereka menawarkan khidmat secara percuma untuk mewakili peniaga-peniaga yang terjejas untuk menuntut ganti rugi daripada pihak berkenaan.

“Kita ingin menggesa peniaga di Kuala Lumpur, bukan sahaja peniaga kecil atau mereka yang berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, malah siapa sahaja yang turut mengalami kerugian atau masalah boleh berjumpa dengan peguam-peguam ini,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Jamal dan beberapa peniaga yang menyertai sidang media tersebut turut memakai kemeja T, berwarna kuning yang tertera tulisan Bersih 4.0.

Zahrin Ishak, satu-satunya peguam yang hadir, berkata mereka sedang mengumpulkan maklumat mengenai peniaga-peniaga yang telah menjadi ‘mangsa’ yang menanggung kerugian daripada Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.

“Kita harap, perkara ini akan dijadikan iktibar dan tidak diulangi pada masa akan datang,” katanya sambil menambah jenis saman yang akan difailkan adalah sama seperti saman kerajaan terhadap Bersih.

Pada 15 Mei lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Abmiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Bersih 4.0 pula telah menyerahkan memorandum bantahan di hadapan rumah Ambiga dan ia terima oleh Pengerusi bersama Bersih, Datuk A. Samad Said.

Pada mulanya mereka bercadang untuk berniaga pasar malam di hadapan rumah Ambiga namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir kerana mereka tidak mahu melanggar arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.

Memorandum berkenaan menuntut Ambiga bertaubat daripada kesalahannya menganjur Perhimpunan Bersih kerana ia ‘benar-benar’ menyebabkan golongan peniaga mengalami kesusahan dan kerugian.

Jamal berkata himpunan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun depan dan mereka akan melawat stadium berkenaan pada Isnin untuk mendapat kebenaran untuk membuka gerai di sana.

Beliau berkata peniaga Cina secara sukarela turut menderma lima buah motosikal Modenas sebagai hadiah untuk cabutan bertuah.

Terdahulu, pengguna Internet yang melayari laman web sosial Facebook, dan menyukai laman web Bersih 4.0 berpeluang untuk memenangi kereta mewah, Lamborghini Gallardo dan BMW. - KLXpress


28/05/2012

Irshad Manji :: Seksualiti Merdeka :: Zionis :: Anwar Ibrahim



1. Baru-baru ini, bumi Tanah Melayu ini dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran seorang insan bernama Irshad Manji, seorang pendokong idea untuk kembali kepada Al-Quran yang pada mana Allah telah menciptakan manusia termasuk golongan gay dan juga lesbian.

2. Beliau juga merupakan seorang pembela golongan gay dan lesbian dan berhasrat untuk membawa ideanya itu beserta bukunya yang bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta.

3. Sesiapa yang membaca bukunya itu mungkin akan tidak akan terpengaruh, tetapi bagi mereka yang mencari-cari sokongan terhadap gaya hidup gay-lesbian yang dibawa selama ini, buku tersebut akan menjadi pokok hujahan mereka.

4. Manusia memang akan mencari kebenaran yang akan memihak kepada mereka(Selective Truth Theory). Kebenaran yang tidak memihak kepada mereka dianggap sebagai tidak benar, tidak terpakai untuk kondisi mereka, terkecuali dan sebagainya.

5. Tindakan tersebut adalah satu bentuk escapism dan tinggal di dalam dunia yang terbentuk dengan pandangan mata kepala sendiri dan tidak berdiri kepada hakikat.

6. Saya tidak menafikan bahawa benar rasa sayang itu terbit dari dalam hati dan merupakan kurniaan daripada Yang Maha Esa. Tidak perlu takut untuk kita menyatakan kasih sayang kita kepada sahabat kita, samada sama ataupun berlainan jantina.

7. Tetapi Irshad Manji perlu membezakan antara sayang dan juga nafsu syahwat. Cara hidup homoseksual yang beliau bela merupakan pembelaan kepada budaya Hedonisme ataupun budaya berseronok. Gaya hidup gay dan lesbian ini adalah tidak lain dan tidak bukan bersifat nafsu syahwat (lust) dan bukannya sayang.

8. Allah Taala berkuasa ke atas segalanya dan mengizinkan segalanya. Tanpa izinNya, pasti mustahil untuk sesuatu perkara itu untuk berlaku. Tetapi Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran pada mana Irshad Manji telah seru untuk manusia kembali, iaitu di dalam surah Al-Syams ayat 1-10.

1.Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya;
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);5
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
(Surah As-Syams ayat 1-10)


9. Tidak pernah Allah Taala bersumpah sebanyak 7 kali di dalam suatu surah semata-mata untuk menegaskan ayat yang seterusnya, iaitu ilham kebaikan dan kejahatan itu sama-sama Allah Taala ilhamkan, tetapi beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

10. Irshad Manji sepatutnya mengambil pengajaran daripada kitab al-Quran itu dengan menyeluruh dan bukannya menggunakan potongan ayat untuk menyokong fahaman beliau.

11. Konsep cinta yang dipegang oleh Irshad Manji dan sesetengah masyarakat di Malaysia ini pun sudah agak menyimpang.

12. Pada perjumpaan Zionist 1897, mereka telah bersepakat untuk meneruskan idea kuno mereka yang dikenali sebagai The New World Order, seluruh dunia dibawah satu kerajaan.


13. Salah satu daripada cara untuk mengawal dunia ini adalah dengan propaganda. Kilang propaganda mereka yang terbesar terbahagi kepada 2; industri berita dan industri hiburan. Dalam membawa idea menentang fahaman Islam, mereka memperkenalkan Hollywood.

14. Dalam filem-filem Hollywood ini telah diperkenalkan satu konsep 'cinta sejati'.The One True Love. Konsep cinta sejati ini dimainkan dengan filem-filem dewasa ataupun animasi Disney dengan membawa konsep bahawa kasih sayang antara dua insan itu adalah terlalu suci dan lebih daripada segalanya.

15. Dan seringkali kisah cinta ini memaparkan situasi yang romantik yang sangat didambakan oleh pasangan-pasangan kekasih yang menontonnya. Ini adalah satu situasi yang diterima ramai sebagai apa itu 'cinta sejati'.

16. Tetapi kita sebagai umat Islam kita terlupa bahawa cinta yang agung, cinta yang sejati, cinta yang satu itu bukanlah sesama makhluk, tetapi kepada Yang Maha Pencipta, kepada Allah s.w.t. Itulah cinta sejati yang sebenar-benarnya yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 165.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al-Baqarah ayat 165)

17. Jelas di dalam ayat ini menerangkan bahawa jika seseorang itu lebih mencintai sesuatu lebih daripada Allah Taala itu sendiri, maka jatuhlah mereka itu kepada golongan yang melakukan kezaliman (syirik).

18.Maka di sini Irshad Manji perlu mengambil al-Quran itu secara menyeluruh dan bukannya secara sebahagian sahaja.

19. Kehadiran Irshad Manji dengan gaya akademik benar-benar akan mengancam kesejahteraan Islam di dalam negara kita. Anak-anak muda yang semakin hari boleh menerima kehadiran mereka yang mengamalkan gaya seks bebas ini akan lebih memudaratkan.


20. Berpandukan kepada perlembagaan sekalipun, merujuk kepada perkara 11 (4), tindakan Irshad Manji dikira sebagai mengancam keselamatan agama Islam dan boleh dilarang oleh kerajaan Malaysia.

21. Dalam hal ini, Ambiga, Pakatan Pembangkang harus bertanggung jawab dalam hal ini kerana Perhimpunan Seksualiti Merdeka telah menarik perhatian Irshad Manji untuk turun ke negara kita dengan membawa maksud 'memerdekakan' fahaman Islam di negara kita.

22. Sekiranya kerajaan Malaysia hari ini membiarkan perkara sebegini merebak, bukan esok, bukan lusa kesannya akan dirasai, tetapi 20, 30 tahun yang akan datang.

23. Apa yang negara kita lalui pada hari ini telahpun dilalui oleh US dan juga Great Britain awal tahun 80-an. Di mana golongan gay dan lesbian ini ingin mempamerkan gaya hidup seks mereka dan mereka juga dikecam oleh golongan gereja di sana.

24. Tetapi politik US dan GB yang masing-masing mahukan sokongan daripada golongan gay dan lesbian ini telah membenarkan malah menyokong budaya seks sonsang ini. Akhirnya, pada hari ini, masyarakat US dan GB telahpun menerima kehadiran golongan LGBT ini.

25. Barack Obama pun telah menyatakan sokongan beliau terhadap perkahwinan sama jantina ini.

26. Adakah kita mahu meletakkan Malaysia pada landasan yang sama dengan US dan GB. Kesannya sudah terbukti dan pada hari ini, golongan yang tidak percaya kepada Tuhan pula yang semakin berkembang. Atheist sudah mula diterima sebagai suatu perkara yang normal di US dan GB. Di Malaysia, sekiranya kerajaan Malaysia membiarkan perkara ini berterusan tanpa dikawal, dalam tempoh 5, 10 tahun lagi kita boleh menerima pakai golongan atheist pula.



27. Di mana pula kita berdiri ketika itu? Bersama Anwar Ibrahim dan sahabatnya Ambiga? Ataupun ketika itu kita kesal, mengapakah kita boleh tersilap dengan menyokong individu-individu tersebut.



28. Ramai yang mengatakan pengaruh Zionist dalam membentuk The New World Order itu adalah mitos. Tetapi lihatlah apa yang berlaku dan fikir.
29. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara.

Sumber : Salah Ad-Din

K7L : Selamatkan Akidah!!!

Memori #BeeAntBlues : @KhairyKJ Bawa Team Untuk Lawan @razaliibrahim ?


Keris ingatkan @rafiziramli akan menerima cabaran @razaliibrahim tetapi disebabkan Rafizi takut untuk hadir, maka YB KJ yang datang bawak gang dan nyanyi lagu yang sama dinyanyikan oleh YB DRI .


Mana nak jumpa ahli parlimen muda yang macam mereka ini? Sempoi plus tak sombong. Mereka tidak elitis macam sesetengah orang muda dalam Pakatan. Fikirlah~~~

K7L : Menangis Awie dengar YB nyanyi..haha

Haji Hadi Dicabar Oleh Ustaz Fathul Bari! #BilaPRU


Keris pernah menulis tentang 'Fatwa Rusila' yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi untuk menghasut rakyat membenci UMNO. Teringat jug akisah "Calon UMNO diibaratkan Lawan Nabi Muhammad S.A.W [Klik Sini]. Dan banyak lagi fatwa yang dihamburkan daripada kepimpinan PAS yang membawa kepada kemungkaran bukannya kebaikan.

Hari ini Keris kongsi pendapat serta cabaran Ustaz Fathul Bari kepada Presiden PAS.



Dah faham dengan jelas?

K7L : Dulu suka-suka je kapirkan orang...

Anwar Dihalau Dari Masjid - Bukti Pak Syeikh Tak DIterima PAS?




Ini bukti sebenar bahawa bukan semua orang meyokong Anwar sepertimana yang pernah dilakukannya dulu ketika masih bersama UMNO. Ternyata setelah pengkhianatannya kepada rakyat dengan berbagai perkara sumbang, rakyat di beberapa tempat di Malaysia yang dahulunya menganggap Anwar sebagai 'Pak Syeikh' telah mula menyampah dengan dirinya.

Tengok sahaja apabila Anwar dihalau keluar dari masjid! Itu tandanya apa?

K7L : Jangan percaya dengan wajah dia yang 'decent' dengan songkok tu..hanya pandai berpura-pura..

26/05/2012

Wall Street Journal Kutuk @anwaribrahim Sebab Selalu Berpura-pura? #PenipuRakyat


The Wall Street Journal published an editorial on on May 24, 2012 titled “Malaysian People’s Court“. In it the influential newspaper challenges Opposition Leader Anwar Ibrahim to admit to committing “civil disobedience” at the April 28 Bersih Rally and accept the consequences of that action. The paper says rather cynically “If Mr. Anwar wants to practice civil disobedience, he can’t pretend to be innocent at the same time.”

The Wall Street Journal seems to believe that the primary purpose of the gathering on April 28 was to protest the Public Assembly Act, which states in Section 4(2)(c):

“a person commits an offence if he organises or participates in a street protest.”


Keris tidak pelik jika Wall Street Journal memerli kerana ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim berpura-pura 'innocent' . Sebelum ini banyak lagi kes yang dia tidak mengaku dan berpura-pura tidak bersalah. Antaranya ;

1)  Kes kenyataan Anwar Ibrahim tentang menyokong ''keselamatan Israel dengan sepenuhnya''

2) Kes video seks Anwar dengan China Doll yang terang-terang wajahnya

3) Kes liwat I dan kes liwat II

4) Kes Janji Kg Buah Pala 

dan banyak lagi kalau Keris senaraikan mahu penuh entri ini hanya dengan kes dia sahaja. Maka penilaian boleh dibuat oleh pembaca. Bayangkan jika media luar negara sendiri sudah memberi komentar sebegitu rupa. Ini bukti bahawa Anwar hanya pandai berpura-pura. Setiap apa yang dilafazkannya penuh dengan pembohongan. Janji-janji yang disampaikan berbentuk retorik dan omong kosong. Masih mahu pilih dia sebagai pemimpin?

K7L : Lidah bercabang..cuba dengar macamana dia kutuk Malaysia di luar negara!

25/05/2012

Orang Islam Buat Ritual Sembah Jenazah Cara Non-Muslim





Masihkah anda semua ingat cerita pasal Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pakatan yang beragama Islam? Sesat dan syirik itu yang dapat Keris huraikan. Hanya demi undi mereka sanggup berbuat apa sahaja. Bagaimana pula daripada sudut pandangan Islam mengenai isu ini?


K7L : Sekarang sudah faham?..

Pesanan Radhi OAG Kepada Belia Dan Sokongan Kepada #BeeAntBlues #HBN2012



Teringat zaman sekolah bila dengar Radhi perform kat Hari Belia Negara. Persembahan bertenaga beliau masih belum berubah dan dia tetap rockkkkk..Thanks Brother!

K7L : Dapat berbual dengan dia membuatkan Keris rasa semua orang di dunia ini sentiasa ada peluang untuk berubah..chill Radhi!..

@KP_RELA Tergamam Ketika Krew #BeeAntBlues Serang Tempat Rela? @HishammuddinH2O @tunfaisal



Apabila kami Krew #BeeAntBlues daripada UMB datang ke Booth RELA di tapak 'jajahan' KDN, kami disambut dengan mesra oleh KP Rela. Keris dan rakan-rakan terasa dihargai. Terima kasih Tuan!

Di sini juga Keris kongsikan video rakan blogger PenaKSJ tentang ATM. 


K7L : Besok Keris nak daftar RELA!..

Nik Aziz Jampi Air? - #BeeAntBlues Jampi Sejadah?




Ini ada satu kisah dari orang PAS sendiri yang mana mereka bangga membawa pulang air yang telah dijampi ketika mereka berjemaah bersama Nik Aziz. Apa kata Ustaz Fathul Bari ada benarnya juga.. Mari kita dengar komen beliau :






Berbeza dengan program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika aktiviti #BeeAntBlues diadakan malam tadi iaitu Majlis Bacaan Yassin BeeAntBlues bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Syahrin Md Jamaluddin. Turut serta adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato' Razali Ibrahim, Wakil Imam Muda, serta beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia antaranya saudara Tun Faisal, Jamawi Jaafar dan rakan-rakan yang lain.








Sekarang anda bezakan sendiri yang mana satu berada pada landasan yang sebenar?

K7L : Dulu bukan main hebat kapirkan orang?..

24/05/2012

@altimet Mengamuk Apa Di #BeeAntBlues #HBN2012 ?



Wah Ingatkan ada apa di #BeeAntBlues sehingga Altimet mengamuk rupa-rupanya klip video ini memaparkan pesanan Altimet untuk mengajak semua belia di seluruh pelusuk Malaysia untuk hadir ke tapak #BeeAntBlues di #HBN2012!

K7L : Check It Out!

#HBN2012 Malam Ini Apa Ada Di #BeeAntBlues



Jangan lepaskan peluang anda semua beb! Follow @BeeAntBlues #BeeAntBlues dan @Keris7Lok untuk info....

Published with Blogger-droid v2.0.4

23/05/2012

Gempar! @rafiziramli Pula Dicabar Oleh @razaliibrahim ? #BeeAntBlues #HBN2012



Tak Keris sangka Dato' Razali Ibrahim menyahut cabaran kami blogger UMB untuk karaoke di khalayak ramai. Sporting! itu yang Belia mahukan sebagai tanda Pemimpin tidak kisah untuk bersama dengan rakyat tidak kira dimana. Ini mandat peribadi beliau kepada semua belia di Malaysia dan kepada Pemuda Barisan Nasional.


BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.

Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua.

K7L : Terbaiklah! Suara macam Awie Beb!

@NajibRazak Cakap Apa Pasal Tempat Keris Membesar?? #HBN2012



Apa lah dia cakap ni. Hehe. Ya ini merupakan perutusan YAB Perdana Menteri kita kepada belia sempena Himpunan Sejuta Belia 2012. Hari ini bermulalah episod belia menawan Putrajaya. Tempat Keris membesar akan menjadi medan belia dari seluruh pelusuk dunia.

Jika dulu sewaktu kecil tidak pernah berlaku perkara seperti ini, hari ini satu Putrajaya dibanjiri dengan pelbagai lapisna masyarakat sekaligus menjadikan Putrajaya satu tempat yang penting di Malaysia.

Apapun! Jom hadir ke Hari Belia Negara!

K7L : Follow @BeeAntBlues..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk