08/02/2012

#AmanKampus Menakluk Melaka? - Laporan Daripada 1P & YY -3rd Day




Blog Double-Y

Hari ketiga Kembara Aman Kampus dimulakan dengan aktiviti kemasyarakatan di mana hari ini peserta Kembara Aman Kampus dapat mendekati golongan warga emas yang dipinggirkan keluarga mereka. Sessi 1 jam ini membuatkan ramai peserta kembara sebak serta menangis bila mendengar rintihan warga emas penghuni Rumah Kenangan Cheng, Melaka.

Warga emas Rumah Kenangan Cheng gembira bila ada sekumpulan anak muda sudi melawat dan meluangkan masa bersama mereka. Mereka tidak meminta wang ringgit, cukuplah sekadar bertanyakan khabar keadaan mereka. Mereka hanya perlukan seseorang untuk bercerita dan berborak, mereka hanya memerlukan kasih sayang.

Kini mahasiswa Kembara Aman Kampus sedar bahawa dalam menempuh pancaroba kehidupan ianya tidak semudah menurunkan bendera, ianya juga tidak semudah merempuh pintu kaca dan tidak semudah berbaring di atas jalanraya.

Sepanjang pemerhatian saya, penghuni Rumah Kenangan Cheng terjaga rapi, sekalung tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menguruskan penghuni yang menetap di sana.

Foto-foto menarik & sebak yang sempat kami rakamkan :








Selanjutnya [Klik Sini]

Blog 1Peluru


Hari ketiga program Aman Kampus:

Kali ini Aman Kampus menginjak bumi bersejarah Melaka. Selepas sarapan peserta2 dibawa mengunjungi rumah orang2 tua Seri Kenangan di bandar Cheng untuk bertanya khabar & menyelami hati penghuni2 di rumah tersebut.

Ada banyak elemen melankolik & menyentuh perasaan selama mereka bergaul mesra dengan penghuni2 warga emas di sini... Nantikan ulasan lengkap berserta video di blog 1PELURU malam nanti.

Sekarang peserta2 Aman Kampus sedang mengadakan sesi 'Picture Hunt' di Dataran Pahlawan sebelum bertolak menuju ke Pasir Gudang, Johor selepas solat Zohor.








Selanjutnya [Klik Sini]

K7L : Hati nak pergi namun apakan daya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan di sini..hehe..semoga berjaya program Aspirasi di sana..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk