29/12/2017

DAP Terdesak Guna Taktik Burukkan Askar Untuk PRU14?




Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam satu Sidang Media mendakwa terdapat kem tentera yang akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang terletak dalam Parlimen Sembrong, disandang Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 1,000 anggota tentera bersama pasangan mereka akan ditempatkan di kem tersebut.


Kata beliau, pembinaan kem tersebut bertujuan memberi kemenangan selesa kepada Barisan Nasional (BN) yang menang tipis menentang DAP dengan 103 undi di DUN Paloh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Dakwaan ini paatinya tidak munasabah. Ianya secara nyata menghina angkatan tentera yang mempunyai kebebasan mengundi. Sekiranya dakwaan ini benar kenapa daripada 9 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di kawasan kem tentera di dalam PRU-13, 7 daripadanya dimenangi oleh pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Bagaimana MP DAP ini boleh menuduh BN menggunakan anggota tentera untuk memenangi Pilhan Raya kalau BN gagal memenangi kesemua kerusi Parlimen tersebut?


Kalau ikut bacaan diatas, tidak masuk akal bukan apa yang dilontarkan oleh DAP Johor yang sudah tahu akan kalah tetapi mencari sebab awal. Besok bila kalah teruk isu ini akan dijadikan modal kitar semula untuk menutup kekalahan mereka sendiri.

K7L : Tak guna betul..

Kebodohan Mahfuz Trojan Horse Amanah Dalam PAS Terserlah!



Satu Malaysia tahu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bukan orang yang cerdik. Namun tak adalah kita sangka dia terlalu bodoh. Bagaimana beliau boleh mencabar Perdana Menteri menetapkan Pilihan Raya yang lebih awal selewat-lewatnya 1 Januari 2018. Kata Mahfuz,

Najib mesti berani umumkan tarikh bubar Parlimen dan tarikh hari mengundi, Rakyat Malaysia berhak tahu lebih awal. Beliau tidak perlu takut berdepan ‘hari perhitungan’ daripada Rakyat

Pertama, sebagai orang lama dalam kancah politik negara? Mahfus Omar sepatutnya lebih arif mengenai dua perkara tersebut iaitu tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh Pilihan Raya Imum (PRU).

Kedua, tarikh pembubaran Parlimen perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong manakala penentuan tarikh-tarikh Pilihan Raya iaini tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi adalah prerogatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketiga, Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk menentukan atau mengumumkan tarikh-tarikh Pilihan Raya.

Kenapa Mahfuz Omar sibuk sangat mengenai tarikh-tarikh ini semua? Mahfuz Omar mahukan Perdana Najib umum tarikh PRU supaya dia boleh umum tarikh keluar PAS dan sertai parti lain? Keluar sajalah.

Kesimpulannnya, Sirul, Sirul, Hello ... Hello .

Sumber :  CTS

Rumah Selangorku Jadi Rumah Anganku?





Video ini secara jelas menerangkan apa yang berlaku dengan program Rumah Selangorku. Kata Menteri Besar Selangor dalam ucapannya dalam video di atas, Kerajaan Selangor mahu bina 13 ribu Rumah Selangorku, iaitu rumah mampu milik. 10 ribu rumah sudah dilancarkan katanya lagi. Beliau akan serah kunci kepada 20 ribu pemilik rumah. 

Jangan tanya tanya macam mana Menteri Besar kira, Albert Einstein pun tabik dengan kiraan Azmin Ali.

Menurut rakan Blogger CTS

Tanah sudah dijual kepada pemaju, tetapi pemaju hanya bina rumah mewah, rumah mahal. Adakah Azmin Ali kena tipu dengan pemaju atau Azmin Ali berpakat dengan pemaju untuk menipu Rakyat? Projek Rumah Selangorku yang dilancarkan Azmin Ali masih tidak kelihatan. Perumahan fasa pertama sudah diduduki tetapi itu bukan Rumah Selangorku. Itu rumah mewah. Bukan rumah mampu milik.


Pemohon mengadu mereka ditawarkan rumah. Apa yang mereka dapat hanyalah 'borang' dan 'tawaran' sahaja. Rumah? Rumah tak dapat. Selangor sudah jadi seperti Pulau Pinang, hanya buat rumah berharga RM500 ribu, RM1 juta dan rumah-rumah mewah yang orang Melayu marhaen tidak mampu beli. Persoalan pokok adalah mana Rumah Selangorku?

K7L : Anganku musnah...

Apa Masalah BN Kumpul Dana Untuk Bantu Sekolah?





Keris sangatlah tidak memahami masalah masalah pembangkang yang menimbulkan isu Barisan Nasional membantu mengutip dana untuk sekolah melalui program 'walkathon'. Pembangkang boleh saja menganjurkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak lakukan? Kenapa perlu cemburu dengan apa yang BN buat?

Untuk rekod, BN memperjuangkan pendidikan untuk Rakyat sejak dari merdeka. Parti komponen BN, MCA contohnya menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman sehingga dikenali sebagai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) manakala Gerakan pula berbangga dengan Wawasan Open University.

Bagi pembangkang pula terutama DAP apa yang dapat mereka banggakan? Memekik terlolong membuat kenyataan menyokong pendidikan tetapi parti berkenaan jangan kata Universiti, taska dan tadika pun tidak ada satupun yang pernah mereka bina.

Itu beza MCA dan Gerakan parti komponen BN membantu Rakyat berbanding DAP. MCA dan Gerakan menganjurkan 'walkathon' bagi mengumpul dana untuk pendidikan Rakyat. DAP pula menganjurkan Majlis Makan Malam bagi mengisi dana parti dan tembolok pemimpin mereka. 

K7L : Jual table puluh ribu tak apa?..

Isu Felda - Selesaikan Dan TS Shahrir Laksanakan Tugasnya!



27 DIS: Tan Sri Shahrir Abd Samad mahu menyelesaikan isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak di ibu kota dalam apa cara sekali pun memandangkan ia adalah isu terakhir bagi membersihkan agensi tersebut.

Menurut Pengerusi FELDA itu, bagaimanapun beliau perlukan masa bagi menangani perkara tersebut dengan kaedah terbaik kerana isu itu bukan sesuatu yang mudah selain membabitkan jabatan serta agensi kerajaan lain.

Justeru itu katanya, pengurusan tertinggi FELDA sebelum ini perlu tampil menjelaskan berkaitan pemberian surat kuasa wakil penuh (full power of attorney atau PA) kepada Synergy Promenade Sdn Bhd bagi membangunkan tanah tersebut.

Menurut Shahrir, tindakan awal FELDA bagi mendapatkan semula hak milik tanah itu adalah melalui kaveat persendirian yang diperolehi pada 14 April 2017 dan disusuli laporan polis pada 12 Disember lalu.

Shahrir berkata, Lembaga Pengarah FELDA mahu tindakan undang-undang diambil kerana ada asas penipuan atau ‘fraud’ di dalam urusan pindah milik tanah tersebut.

“FELDA sendiri pun tidak tahu hak milik tanah sudah berpindah kepada syarikat terbabit,” jelas Shahrir lagi.

Mengenai tindak balas syarikat terbabit termasuk menyaman FELDA, beliau menegaskan agensi itu bersedia berdepan tindakan tersebut.

Kita yakin boleh dapat balik (menang) kerana track rekod kita, FELDA menang banyak kes sebelum ini,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Kes-kes atau isu lain berkaitan FELDA sebelum ini sudah diambil tindakan termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes lain yang lebih awal dikesan membabitkan Grand Plaza Service Apartment, Bayswater London yang sedang dalam proses untuk dijual kerana perhotelan bukan aktiviti asas atau core activity FELDA, apatah lagi perniagaan dan asset di luar negara.

Ini diikuti Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching dan The Park City Hotel di London pada 2014 yang pembelian kedua-dua hartanah itu telah disiasat oleh SPRM dan tindakan mahkamah terhadap pembelian hotel di Kuching bakal disusuli awal tahun depan.

Menurut Shahrir, isu pemindahan tanah FELDA di Jalan Semarak berlaku pada Disember 2015 dan November 2016 di mana yang terakhir itu dua bulan sebelum beliau jadi Pengerusi.

“Tetapi isu pembelian harta di London (mahu pun oleh FELDA dan FIC) telah berlaku sebelum pindahmilik tanah di Jalan Semarak dalam tahun 2013 dan 2014,”.

“Jadi tumpuan saya mestilah kepada isu yang lebih awal kerana itu cara saya bekerja. Dan saya lihat isu pindahmilik secara fraud ini sebagai isu terakhir dalam usaha saya mahu membetulkan FELDA dan membawa ia balik ke asal sebagai agensi terunggul,” katanya.

Bagaimanapun tegas Shahrir, Ia mengambil masa kerana kes pemindahanmilik tanah FELDA di Jalan Semarak agak teknikal di segi perundangan kerana ia melibatkan soal perjanjian pembangunan di mana Synergy Promenade Sdn Bhd adalah Pemaju dan turut memegang kuasa wakil (Power of Attorney) bagi pihak FELDA.

Katanya, Lembaga FELDA telah memperolehi nasihat firma guamannya dan perlu mendapatkan nasihat dan pandangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM dan Peguam Negara sebelum FELDA bertindak.

“Kita tidak gopoh dan Perdana Menteri dimaklumkan di setiap peringkat dan akhirnya setelah mendapat nasihat Peguam Negara, Perdana Menteri bersetuju dengan tindakan yang dicadang oleh FELDA,” jelasnya lagi

K7L : Betulkan apa yang perlu diperbetulkan.. bukan cari salah orang..

28/12/2017

Persoalan Di Mana Kit Siang Bwrsekolah Misteri Hingga Kini!



Sebuah badan bukan kerajaan yang pro-Barisan Nasional (BN) hari ini menyeru kepada mana-mana pihak yang pernah menjadi kawan kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika di sekolah rendah supaya tampil dan menjelaskan beberapa perkara kepada orang ramai.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin DAP itu sehingga hari ini bermain taktik politik kerana enggan mendedahkan butiran berkenaan tempat kelahirannya serta di mana lokasi kubur ibu bapanya.

“Saya mohon dan rayu kawan-kawan sekolah rendah yang pernah ajar Lim Kit Siang, tampil ke hadapan, amat penting sehingga ke hari ini, untuk kami tahu di mana sekolah rendah Kit Siang menjalani alam persekolahannya,” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Kenyataan ringkas itu dimuatnaik sebagai status dalam laman sosial Facebook rasm beliau, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dan pemerhati politik tidak tahu mengapa Kit Siang begitu bersungguh-sungguh menyembunyikan identiti tentang dirinya sehingga Kit Siang pernah memarahi seorang wakil media yang bertanyakan soalan kepada beliau berkenaan isu itu.

“Kita bimbang, Kit Siang ada agenda lain yang buruk terhadap negara jika perkara ini terus dirahsiakan kerana bermacam-macam khabar angin dan desas-desus yang kita dengar termasuk Kit Siang ada berketurunan dari komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang melakukan kerosakan dalam negara.

“Cerita pasal kelahiran dan tempat asal Kit Siang pun banyak yang mencurigakan, kita tidak tahu mana satu yang benar dan boleh dipercayai,” katanya.

Oleh itu, Ramesh berharap mereka yang pernah berkawan dengan Kit Siang di peringkat sekolah rendah agar tampil ke depan dan menjelaskan perkara itu demi kebaikan rakyat kerana mereka begitu ingin tahu akan asal usul Kit Siang.

“Kalau boleh, kita ingin tahu sekali asal usul Lim Guan Eng anak kepada beliau. Kita tahu, ada yang kata isteri Kit Siang dikatakan tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, kalau berasal dan lahir di negara ini, mana mungkin perkara itu berlaku.

“Jika mereka belajar di Malaysia dan lahir di sini takkanlah mereka tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kit Siang di dalam Dewan Rakyat pun Bahasa Melayu yang digunakan bukan begitu fasih pun,” kata Ramesh.

Sebelum ini, PMSP ada membuat tawaran wang tunai RM5,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan di mana kubur ibu bapa Kit Siang sebagai salah satu usaha mengenalpasti asal usul dan keturunan Kit Siang yang sebenar bukannya dari maklumat-maklumat bercanggah di internet.

Sumber : PRU14.tv

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?



Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB. Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB. Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.

Isu 1MDB ini sebetulnya sudah selesai dan semua dakwaan pernah dibangkitkan oleh Mahathir telah dibuktikan sebagai tidak benar. Salah satu bukti kemajuan ialah 1MDB bakal selesaikan bayaran kedua sebanyak AS$602 juta termasuk faedah kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada atau sebelum tarikh akhir 31 Disember.

Kalau pun ada ‘skandal’ yang terdedah dalam isu ini, ia adalah melibatkan IPIC, melalui arahan agar 1MDB membayar caj perkhidmatan oleh syarikat itu, kepada Abrar Pjs Investment – syarikat yang sebenarnya tidak wujud. Ini bukan masalah 1MDB kerana 1MDB hanya membayar kepada siapa yang diarahkan IPIC untuk perkhidmatan yang telah diberikan.

Tentang kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jefferson Session berkenaan 1MDB yang dijadikan senjata oleh Pakatan, sebetulnya beliau hanya mengulas laporan yang diterima DoJ berkaitan perkara tersebut dalam forum yang membincangkan tentang penggubahan wang haram – tuduhan yang Mahathir cuba kaitkan ke atas 1MDB melalui laporan yang dibuat oleh pengikutnya sendiri.

Ini tidaklah membuktikan apa-apa kerana walaupun di Amerika Syarikat, masih Mahkamah yang akan membuat keputusan wujud sebarang kesalahan atau tidak, bukan pejabat Peguam Negara.

Tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang pendakwaan terhadap 1MDB mahupun sesen harta yang telah dirampas dari syarikat tersebut, dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana satu dari 7 negara asing dimana laporan mengenai 1MDB dibuat.

Memetik kata Jeff Session sendiri, harta yang dirampas akan dipulangkan kembali kepada negara asal, jika ada, berapa nilai wang yang sudah rakyat kita terima dari kes berkenaan? Tidak ada.

DoJ sendiri perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul bersabit tindakan mereka yang mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng dari 1MDB.

Justeru apa keperluan kerajaan menggunakan isu tanah Felda di Jalan Semarak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari 1MDB?

Sebetulnya, Pakatan, terutama PPBM, sudah nampak isu tanah Felda di Jalan Semarak ini tidak mampu menggugat kerajaan. Semua orang tahu sekarang bahawa dalam isu berkenaan, Felda yang ditipu syarikat yang diberi kuasa memajukan tanah tersebut, bukan kerajaan menipu Felda atau Felda menipu peneroka atau Felda menipu Felda.

Diakhirnya, tindakan pihak pembangkang mahu memburukkan nama baik Perdana Menteri melalui 1MDB bukan sahaja tidak menjadi malah terbukti gagal. Jadi, tidak mustahil dalam beberapa hari ini pembangkang akan mencari dan menggunakan isu baharu pula.

Sebab pembangkang tidak akan mampu hidup sekiranya tiada isu untuk mereka pergunakan bagi memperbodoh rakyat di Malaysia. Namun dalam masa yang sama mereka sudah semakin tumpul dan muflis. 

Semua propaganda dan serangan mereka telah berjaya dipatahkan oleh pasukan kerajaan. Jika rakyat terus percaya kepada pembangkang, nescaya negara kita akan hancur dan dikuasai oleh mereka yang diktator, kronisme dan sekularisme.

K7L : rosak Madey ni...

Mahathir Dan Anwar Punca Kegagalan Ekonomi Dulu?



Menteri Kewangan II Johari Ghani mendedahkan disebabkan kehilangan forex RM31.5 bilion milik BNM kesan daripada salahlaku Mahathir dan Anwar, kerajaan terpaksa memindahkan pegangan saham di dalam Telekom dan Tenaga Nasional Berhad ke BNM dengan harga yang nominal iaitu RM1 seunit saham dan saham tersebut kemudiannya dinilai semula oleh BNM iaitu RM22.30 seunit bagi saham Telekom dan RM19.30 seunit saham TNB yang kemudiannya dijual semula.

Ini bermakna kerajaan telah menjual semua pegangannya di dalam TNB dan Tenaga bagi menutup kerugian BNM.

Tambahan pula, BNM terpaksa menjual sahamnya di dalam Malaysian Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 seunit saham yang kemudiannya membawa kepada keruntuhan MAS.

Satu lagi maklumat yang didedah oleh beliau ialah BNM juga telah menjual sahamnya di dalam MISC dengan harga RM10 seunit saham (bukannya RM8 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini) kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sedangkan harga pasaran saham tersebut ialah RM9.35 seunit.

KWAP dikatakan telah membayar RM2.2 bilion kepada BNM atas 30% pegangannya di dalam MISC pada tahun 1994 – sebahagian daripada usaha BNM untuk menutup kehilangan wang akibat perjudian wang asing.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mirzan Mahathir KPB-Perdana telah menawarkan untuk membeli saham MISC dengan harga RM6.50 seunit pada tahun 1997 – bermakna kehilangan yang besar kepada KWAP dalam tempoh 3 tahun selepas mereka membayar harga yang tinggi bagi membeli saham dari BNM.

Bagaimanapun, disebabkan Krisis Kewangan Asia menyebabkan Mirzan tidak meneruskan usaha kerana berdepan dengan masalah kewangan juga.

Akhirnya, KWAP menjual pegangan sahamnya di dalam MISC kepada Petronas dengan harga yang tidak didedahkan dan lebih tinggi dari RM6.50 seunit sebagaimana yang telah ditawarkan oleh Mirzan. Bagaimanapun harga tersebut berkemungkinan besar lebih rendah dari kos KWAP iaitu RM10 seunit saham tetapi kita tidak mengetahuinya kerana perkara ini tidak pernah didedahkan kepada umum.

Ironinya, Petronas telah digunakan oleh MISC untuk menyelamatkan Mirzan Mahathir disebabkan beliau menghadapi masalah kewangan yang teruk akibat hutang luar yang meningkat.

Begitulah, betapa banyaknya salahlaku peniagaan yang melibatkan sejumlah institusi semasa zaman Mahathir – kebanyakkannya melibatkan anak-anaknya dan kroni beliau.

Dana kerajaan dan Petronas terus dirobek demi faedah Mahathir dan gengnya.

Sumber : LSS

Fuziah Yakin Menang Tanpa PAS Di Kuantan


 

Sangat kelakar penentang utama Mahathir sudah tentulah PKR yang ditubuhkan semata-mata untuk menjatuhkan Mahathir. Namun selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM mereka tetap tidak bubar parti.

Kini secara tiba-tiba ramai pemimpin PKR mengagungkan Mahathir sehingga mereka lupa asas sebenar parti mereka ditubuhkan pada tahun 1998. Dan mereka kuat sejak 2008 adalah kerana sokongan padu PAS.

Kini PAS sudah berjalan sendiri dan tidak lagi bersama PKR, tetapi Fuziah amat yakin tanpa undi orang PAS dia tetap akan menang besar. Kita tunggu dan lihat.

K7L : Kejatuhan PKR bermula pada PRU14..

27/12/2017

Tarif Elektrik Tak Naik, Apa Harga Barang Yang Turun?



Pakatan Harapan terpaksa menelan ludah mereka sendiri bila pengumuman kerajaan semalam untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga akhir tahun 2020, tidak diikuti dengan pengumuman pengekalan atau penurunan harga barang dan perkhidmatan oleh mana-mana pihak.

Tapi cuba kalau tarif naik, tak sempat subuh Pakatan sudah dakwa harga barang dan perkhidmatan naik mendadak disebabkan oleh kenaikan tarif tersebut sekalipun pasaran tidak memberi apa-apa indikasi akan berlakunya kenaikan.


Hanya permainan persepsi sahaja.

Ini sudah tentu mengecewakan Pakatan kerana secara tidak langsung rakyat semakin nampak mereka sebagai penipu besar yang hanya mengambil kesempatan dari usaha rakyat untuk menangani kos sara hidup yang sebenarnya berbeza bagi setiap individu.

Sudahlah penentuan harga minyak secara mingguan sekarang ini, membuktikan dakyah Pakatan kalau harga minyak turun, harga barang juga akan ikut turun, sebagai satu penipuan, pengekalan tarif elektrik semalam turut membuktikan lagi belang mereka yang hanya mahu mengelirukan rakyat.

Sampai masanya rakyat perlu tahu dan menerima hakikat bahawa penurunan mahupun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah ditentukan sebahagian besarnya oleh kuasa pasaran – penawaran dan perkhidmatan.

Kenaikan mahupun penurunan tarif elektrik atau harga minyak hanyalah faktor kecil dalam menentukan perubahan harga barang dan perkhidmatan.



Selama ini Pakatan mengelirukan pemikiran rakyat dengan memberi tanggapan ia adalah kerajaan yang menentukan tinggi rendahnya harga barangan dan perkhidmatan seterusnya kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.

Tujuan perkara ini dibuat, tidak lain untuk mendapatkan undi mudah dengan cara menipu rakyat. Pakatan tahu, mereka sendiri tidak mampu mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana semua ditentukan oleh kuasa pasaran.

Bukti kepada perkara ini boleh dilihat di 2 negeri yang mereka perintah, Selangor dan Pulau Pinang. Jauh dari menurunkan kos sara hidup rakyat, DAP dan PKR masing-masing meningkatkannya pula dengan menaikkan nilai tanah, sewa tapak perniagaan dan sebagainya yang menyumbangkan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

K7L : Hmm.. Peniaga Selangor tahu sengsara berniaga bawah Kerajaan PKR..

"Walaupun Mahal Hospital Kami Tetap Kena Bayar" - Pesakit



Saya terbaca berita seperti gambar di bawah usai solat Subuh di masjid pagi tadi. Setelah membacanya saya cukup sayu dan terus sujud syukur memikirkan tentang nikmat yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia.

Berita ini mengisahkan tentang bagaimana seorang warga Malaysia telah mengalami renjatan jantung (cardiac arrest) ketika berada di Los Angeles, Amerika Syarikat awal bulan ini.


Beliau hadir ke sana bagi menziarahi anaknya yang belajar di sana. Beliau amat beruntung kerana hospital terdekat hanya 2.5 minit saja jaraknya dari tempat jantung beliau terhenti. Jadi dalam tempoh 5 minit beliau telah dibawa ke hospital dan diberikan rawatan intensif.

Akhirnya setelah 5 hari dirawat (termasuk rawatan therapeutic hypothermia), pesakit telah dibenarkan keluar dengan keadaan tiada kecacatan otak! Kes ini, terserlah kehebatan rawatan pasca renjatan jantung US.

Ia mampu dicapai kerana pesakit segera diberi bantuan. Jarak hospital yang kebetulan begitu dekat dan juga bantuan CPR dan akses kepada mesin defibrillation segera telah membantu menyelamatkan pesakit ini.

Di Malaysia, kalau orang collapse, bukan dapat bantuan CPR. Tetapi banyak malaun yg akan keluarkan handphone utk rekod dan upload fb atau youtube sambil kutuk2 orang yang beri bantuan konon menyeksa pesakit atau jadi pengkritik program realiti dengan mengatakan cara buat CPR adalah tidak betul. Itulah macai Malaysia.

Apapun, bukan itu isu yang cuba saya sampaikan. Kos bagi rawatan selama 5 hari ini sahaja telah menjangkau lebih dari RM 800,000! Ini belum masuk bil2 lain yang bakal diterima secara berasingan.

Kos perubatan semenangnya amat mahal, bukan saja di US tetapi di seluruh dunia. Tetapi ramai rakyat Malaysia mengambil mudah perkara ini dan tidak bersyukur.

Sebagai perbandingan, seorang suami kepada rakan saya telah juga mengalami renjatan jantung tahun lepas ketika bermain badminton. Beliau telah dikejarkan ke HKL dan seterusnya ke IJN bagi menerima rawatan serangan jantung. 


Beliau menjalani segala rawatan kardiologi termasuk Therapeutic Hypothermia dan dirawat selama 7 hari di sana. Namun serangan jantungnya adalah sangat major dan akhirnya beliau meninggal dunia.

Saya telefon sahabat saya ini pagi tadi dan bertanya berapakah yang beliau perlu bayar untuk bil IJN arwah suaminya. Sahabat saya kata, beliau tidak dikenakan apa2 bayaran! PERCUMA saja kerana beliau adalah penjawat awam.

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang hendak engkau dustakan cai? Dan paling aku rasa geli bila ada vavi yang tanya, "Ke manakah perginya wang GST kami."

#DARK

Mahathit Mengamuk Bila Tarif Elektrik Tak Naik?



Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi

Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas.

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.

Begitupun, disebalik beberapa faktor yang menyumbang kepada berita gembira ini, satu faktor yang tidak boleh ditepikan ialah peranan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarikat berkenaan yang kerap menjadi sasaran pembangkang untuk memburukkan kerajaan telah berjaya menamatkan penguasaan berat sebelah syarikat Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) yang dilaksanakan bermula pada zaman Mahathir.

Penguasaan berat sebelah bermaksud, syarikat (IPP) untung, rakyat rugi.

Dimana pada waktu itu, syarikat-syarikat tertentu sahaja diberi hak yang pada peringkat awalnya untuk menguruskan stesen janakuasa elektrik tambahan kepada stesen janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia ada, sebelum TNB di akhirnya terpaksa membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik tambahan.

Yang mendapat beban ialah rakyat. Jika tarif tidak dinaikkan sekalipun, kerajaan perlu membayar pampasan berbilion ringgit kepada syarikat IPP dan sekali lagi rakyat juga yang terpaksa menanggung bebannya kerana mengikut persepsi umum, “wang kerajaan adalah juga wang rakyat”.

Atas sebab itulah maka 1MDB ditubuhkan, antara lain untuk menamatkan semua perjanjian tidak masuk akal era Mahathir seperti perjanjian IPP ini,

Selepas 1MDB berjaya melakukannya dengan pelbagai pengambilalihan melalui Edra sejak 2013, dakwaan perjanjian berat sebelah IPP dan kaitan dengan kroni tidak lagi menjadi isu politik buat pertama kali sejak 1994.

Tetapi Pakatan beralih kepada menyerang 1MDB dengan dakwaan kononnya hutang 1MDB akan membebankan rakyat untuk jangka masa Panjang. Fakta bahawa 1MDB Berjaya melepaskan rakyat dari cengkaman tidak adil perjanjian IPP ini yang turut menjadi senjata politik mereka berpuluh tahun lamanya, dilupakan.

Hakikatnya, berlawanan dengan dakwaan Pakatan, 1MDB telah memudahkan hidup rakyat seperti dapat dilihat semalam bila kerajaan bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung sebanyak 38.53 sen setiap kilowatt-sejam (kWj) untuk tempoh tiga tahun.

Perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan kalau perjanjian berat sebelah IPP era Mahathir ini masih lagi berkuatkuasa.

Keputusan semalam sebenarnya selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas dimana Perdana Menteri menjelaskan bahawa dana dari 1MDB akan digunakan untuk menyelesaikan isu daripada perjanjian kuasa berat sebelah yang sebenarnya merugikan rakyat.

“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.

Itupun belum tentu lagi tarif akan naik selepas akhir tahun 2020 kerana ada lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi perubahan tarif seperti harga minyak dunia, arang batu dan sebagainya yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Di akhirnya, lebih banyak pembangkang memfitnah dan memburukkan 1MDB serta Najib, lebih banyak peluang dan kebaikan dari kerajaan ditunjukkan kepada rakyat supaya rakyat boleh membezakan antara batil dan kebenaran dalam pentadbiran Najib serta Barisan Nasional (BN).

Idea dari Najib untuk berbuat baik kepada rakyat melalui 1MDB akhirnya terbukti apabila kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik yang ada untuk kepentingan rakyat. Kita tunggu Pakatan keluar kenyataan untuk menafikan perkara ini – itupun kalau boleh.

K7L : Ini ramai yang tak tahu.. cerita pasal duit je tahunya..

26/12/2017

Menteri Kewangan II Jawab Fitnah Yang Dilemparkan Mahathir?



RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA (2013-2015)

1. Saya merujuk kepada dakwaan Tun Mahathir baru-baru ini dalam video yang dipaparkan di YouTube bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian AS$39.6 bilion antara tahun 2013 dan 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara. Dakwaan ini telah menyebabkan banyak kebingungan di kalangan orang ramai dan saya ingin memperbetulkan fakta-fakta ini.

2. Kerugian yang dikatakan sebanyak AS$39.6 bilion itu sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat perdagangan forex. Aliran keluar ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar kewangan di AS dan penurunan mendadak harga minyak dunia. Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

3. Semua faktor luaran ini telah mendorong pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran stok dan bon kita. Ini seterusnya menyebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk USD berbanding dengan ringgit apabila pelabur asing menukarkan dana sedemikian ke dalam USD dan membawa pulang yang sama ke negara masing-masing. Dalam tempoh ini, BNM menyediakan kecairan USD kepada pelabur asing sebagai pertukaran untuk ringgit dan ini tentunya berbeza daripada aktiviti dagangan forex yang spekulatif yang dilakukan pada awal 1990-an.

4. Sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM telah berfungsi dengan sangat baik dan pasaran kewangan dalam keadaan teratur dan stabil meskipun aliran keluar modal yang besar. Memandangkan asas kita yang kukuh, penurunan rizab dalam tempoh 2013-2015 tidak mempunyai kesan material terhadap fungsi ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat. Malah, BNM terus mencatatkan keuntungan bersih yang sihat sepanjang tempoh itu tidak seperti pada tahun 1993 apabila kerugian operasi bersih dicatatkan disebabkan aktiviti perdagangan forex spekulatif.

5. Saya harus menekankan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penampan penting terhadap kejutan luar dan adalah penting dalam mengekalkan persekitaran operasi yang stabil dalam ekonomi domestik. Sejak itu, rizab antarabangsa Malaysia telah meningkat. Pada akhir November 2017, rizab antarabangsa kita berjumlah AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import tertangguh. Jumlah rizab semasa adalah lima kali ganda lebih besar daripada AS$21.7 bilion yang dicatatkan pada tahun 1997 yang hanya dapat menyokong 3.4 bulan import tertangguh.

6. Dakwaan yang dibuat dalam video bahawa BNM telah cuai dalam menguruskan rizab antarabangsa dalam tempoh 2013-2015 bukan sahaja melulu tetapi juga merupakan usaha untuk menjejaskan mandat institusi BNM untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kewangan negara dengan mewujudkan keraguan dan salah tanggapan di kalangan masyarakat umum. Daripada terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang berpotensi memecahbelahkan kita, adalah lebih baik kita bekerjasama untuk menghasilkan ekonomi yang kukuh dan mampan untuk manfaat generasi masa depan kita.

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
MENTERI KEWANGAN II

K7L : Ada yang memekak pagi tadi pasal benda ini...

Najib Gadai Negara Kepada China - Mahathir



"TIADA tanah tergadai di forest city, TUDUM Sg Besi, mahupun di Tg Malim milik Proton"

1. Di Forest City, hak milik kekal diberikan hanya utk strata title. apartment dan condo. tiada seinci pon hak kekal diberikan untuk landed property.. hanya lease hold.

2. Tanah TUDM BUKAN dijual kpd China. ianya dibangunkan bersama2 syarikat China yg syarikat China hanya pegang 24% pemilikan hartanah.

40% peratus - MOF Inc, 22% adalah milik Credence Resources Sdn Bhd (14% KPRJ Johor, 24% China Railway Engineering Corporation)

Ini bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.

3. Proton sekarang masih dikuasa oleh syarikat bumiputera Syed Mokhtar AlBukhary. syarikat Geely drpd China memegang 49.9%

4. Tanah Felda di jalan semarak dirampas drpd Felda oleh pihak2 yg mencari keuntungan peribadi yg mudah. Felda yg diketuai Tansri Shahrir akan teruskan berjuang utk dapatkan semula hak keatas tanah tersebut - saj

Rujuk

[1] Tiada seinci pun tanah diberikan freehold di forest city
[2] CREC hanya miliki 24%
[3] Geely 49.9%
[4] Shahrir - "Felda akan buat apa saja utk dptkan semula tanah"

K7L : Madey gadai Malaysia banyak kali pada Jepun dan Korea?

Kenapa Harga Rumah Di Pulau Pinang Naik Tinggi Sangat?



Saya paparkan maklumat berikut untuk membuktikan bahawa antara sebab mengapa harga rumah di Pulau Pinang mahal adalah kerana 'charges' atau kenaan yang perlu dibayar oleh pemaju kepada kerajaan negeri, yang kemudiannya dikenakan oleh pemaju keatas pembeli yang membeli rumah.

Kenaan/Charges ini akan menyebabkan kenaikan kos dalam lingkungan RM 120.00/kaki persegi bg setiap rumah.

(Ruj : text ucapan DUN Nov 2017) 

Sumber : Farid Saad




Menurut satu lagi penulis :

If you are from Penang and you are asking why Penang property prices are as high as in the Klang Valley even though the average household income is half of there, this is your answer.

The amount of times and the number of multiples that the DA Penang Govt had increased their charges to developers since 2008 in order to fund the state govt's 500% increase in annual operating expenses is staggering.

Here is the proof.

Development charges which were previously RM5 per sq ft for residential projects are now RM15 per sq ft while development contributions such as for drainage, parking, community facilities, infrastructure and low cost housing have also more than doubled or tripled.

In the tables he shared, drainage contribution have increased from RM10,000 per acre to RM50,000 per acre, car park contribution from RM15,000 per bay to RM25,000 per bay, community facilities contribution RM25 per sq ft to RM500 per sq ft and low cost housing contribution of RM120,000 for Penang developers or RM150,000 for non-Penang developers while previously there were no such contributions.

“These increased charges caused the increase of costs to about RM120 per sq ft for each unit of housing,”.

Developers will simply pass the increased charges from the DAP Penang Govt to the property buyers.

K7L : Hebat Guan Eng tipu rakyat...

Kerajaan Negeri Selangor Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Malaysia?



“Kerajaan Negeri Selangor adalah punca sebenar kenaikan mendadak kos sara hidup terutama di bandar-bandar di Selangor dan terkesan ke negeri-negeri lain”  -Isham Jalil, Political Economist (Harvard)
Kenaikan mendadak berlaku di antara tahun 2008 dan 2011. Pada ketika itu GST belum pun dilaksanakan. Dengar betul-betul apa yang Isham Jalil nyatakan. Pandangan sebegini tidak pula ada yang mahu menerima.

Cuba kalau hentam Kerajaan, terus jadi kera masing-masing melompat keseronokan. Tapi apabila ada yang bijak pandai beri pendapat berasaskan fakta maka ramai yang diam atau memperlekeh.

K7L : Dengar penuh cari di Bernama.

25/12/2017

Disiplinkan Diri Dalam Mendisiplinkan Anak dan Murid



1. Guru terlebih dahulu hendaklah menunjukkan disiplinnya dalam mematuhi SOP rotan/pukul. Jika guru tidak ikut disiplin ini, mcm mana nak harapkan murid ikut disiplin sekolah? Bukankah ada pepatah, "guru kencing berdiri, murid kencing berlari"?

2. Guru wajib ada kesabaran aras menggunung. Bukankah status tugas guru menghampiri tugas nabi dan rasul, iaitu tugas paling mencabar dan menuntut kesabaran tertinggi. Nabi dan Rasul tidak diutuskan membina bangunan pencakar langit beratus tingkat. Itu senang, kerja manusia biasa. Tugas mereka mendidik manusia menjadi manusia, iaitu tugas paling sukar di dunia.

3. Perlu dibezakan antara pendekatan pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid sekolah rendah baru menjengah ke dunia.. Baru tamat zaman bayi dan zaman budak berhingus.. Baru mumayyiz. Lebih kurang sedekad hidup di dunia ini. Baru acah-acah nak jadi orang. Akal pun jauh dari matang. Disiplinkan mereka dgn didikan yg sesuai dengan umur. Sekolah menengah barulah boleh gunakan kaedah yg lebih "keras" jika langgar disiplin.

4. Pukul dan rotan perlulah berperaturan dan bukan ikut hati yg sedang naik hantu. Telah sedia ada peraturan merotan di sekolah yg telah difahami dan dipersetujui oleh guru dan ibu bapa. Jika semua akur pd peraturan itu, tidak akan timbul masalah dakwa dakwi di mahkamah dan saman menyaman antara ibu bapa dan guru.

5. Mendidik dengan hukuman adalah jalan terakhir. Lagipun ia tidak memberikan banyak manfaat malah meninggalkan trauma dan dendam yg akan diingati hingga zaman dewasa, terutama apabila "kesalahannya" itu tidak melayakkannya dihukum. Mungkin ramai yg ada pengalaman ini.

Saya sendiri pernah dibelasah dan diterajang di hadapan kelas hingga terperosok di bawah meja guru semasa darjah 3 oleh seorang guru bahasa Inggeris, hanya kerana tidak mampu membeli workbook yg dijualnya. Saya juga pernah diugut oleh guru untuk dijatuhkan hukuman gantung sampai mati semasa darjah dua! Hanya kerana berlari lalu tersepak kaki murid perempuan hingga dia jatuh. Bayangkan umur baru 8 tahun, diancam dengan hukuman mati! Berminggu berbulan tak lalu makan.. Tak dpt dibayangkan traumanya.. Ingat sampai mati woo.. Ini contoh hukuman yg tidak masuk akal bg "kesalahan" yg dilakukan oleh budak sekolah rendah.

6. Dicadangkan supaya hukuman yg menyakitkan fizikal murid digantikan dgn hukuman yg mendatangkan manfaat kpdnya atau kpd semua. Denda dengan menggandakan latihan pelajaran, hafal ayat Quran, mathurat, zikir dsb.. Boleh juga denda dgn kerja sosial spt cuci tandas, longkang, bantu tukang kebun, jadi cleaner, potong rumput dsb. Kalau tak makan saman juga baru hadiah rotan secara berprosedur.

7. Akhirnya, semua kena sedar tugas mendidik sebenar ialah tugas ibu bapa. Guru dan institusi sekolah adalah pihak kedua yg menjalankan tugas pendidikan, itupun secara embedded krn tugas hakiki mereka ialah menyampaikan pelajaran. Anak-anak di sekolah rendah kebanyakannya tinggal dengan ibu bapa. Mereka berada di bawah tanggungjawab sekolah hanya sekitar 6 jam sehari. Selebihnya ialah tugas ibubapa. Jadi, ibu bapa jangan lepaskan tanggungjawab dgn hanya mengharapkan pihak sekolah mendidik anak-anak mereka.

8. Guru juga manusia biasa, ada salah silap dan ada kekurangan sana sini. Jika ada masalah disiplin anak, berbincanglah secara harmoni. Maaf memaafkan. Tambahan pula guru hari ini pun sudah terlalu banyak beban tugas mereka. Cuti sekolah sekarang pun pun dah macam tak cuti. Tengah malam pun bersengkang mata dengan pelbagai tugasan, dan mereka sangat banyak berkorban masa dan wang ringgit dlm menjalankan amanah. Stress!!

9. Ibu bapa.. Hargailah guru. Jangan tambah tugas mereka dan jangan tambah "dosa" mereka kerana masalah disiplin anak-anak yg tidak ditangani lebih awal di rumah!

10. Ibu bapa yg tidak berdisiplin dalam mendidik anak-anak akan menghasilkan anak-anak yg tidak berdisiplin, yang akhirnya terpaksa didisiplinkan oleh guru disiplin yg terpaksa mendisiplinkan mereka dgn cara yg mungkin tidak berdisiplin!

Sumber : DSM

Propagandist PKR Terdesak Cuba Lagakan PAS Selangor Dengan PAS Pusat?



LAPORAN SERTAI PKR UNTUK GANGGU PERSIAPAN PAS PILIHAN RAYA.

Laporan media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri serta pimpinan PAS Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar.

Pada saya ia adalah satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum yang dijangka kurang dari 3 bulan dari sekarang.

Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan.

Saya telah bercakap dengan Ahli Dewan Negeri PAS Selangor dan mereka amat terkejut dengan khabar-khabar angin tersebut.

Dengan ini, saya menggesa ahli-ahli PAS Selangor supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar-khabar angin.

Mereka juga tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui sumbernya atau kebenarannya.

Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja.

Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya PAS lumpuh.

Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli PAS curiga-mencurigai di antara satu sama lain.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden
Parti Islam SeMalaysia ( PAS )
23 Disember 2017

K7L : Kah Kah Kah.. PAS Selangor kan ikut sangat cakap Azmin.. haaaa...

Mount Erskine - Lim Guan Eng Terus Tarah Bukit Tak FIkir Bencana?



Mount Erskine merupakan satu kawasan kejiranan di Georgetown, Pulau Pinang. Dan apa yang berlaku kini bukit bukau sedang ditarah dengan teruk sekali. Apakah Kerajaan DAP Pulau Pinang lupa akan punca banjir besar berlaku baru-baru ini?

Ini bukanlah satu petanda yang baik untuk rakyat Pulau Pinang. Selamatkan Pulau Pinang daripada puak cauvinis yang berbangsa DAP. Kalau tahu sejarah komunis, orang cina pun komunis pijak. Sebab itu bangsa DAP ini tak boleh diberi kuasa lagi.




K7L : Kalau hujan lebat balik semula.. Guan Eng nak salahkan siapa lagi?

MCA Sokong Keputusan Kerajaan Malaysia Terhadap BaitulMaqdis!


Isu membabitkan Baitulmaqdis yang begitu hangat diperkatakan diseluruh dunia, memang menarik perhatian sesiapa sahaja tanpa mengira apa jua agama dan juga kaum. Masing-masing menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin dalam usaha mereka menuntut Baitulmaqdis dari diserahkan begitu sahaja oleh Amerika kepada Israel.

Jumaat lalu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai kira-kira 2 ribu hadirin membuat himpunan Solidariti terhadap rakyat Palestin yang turut dihadiri oleh Duta Palestin ke Malaysia, Ketua Pemuda PAS dan ramai pemimpin tertinggi NGO di negara ini. Malah, kehadiran ketua NGO dari penganut agama Kristian dan Hindu, turut menampakkan solidariti rakyat Malaysia dalam isu ini.


Membicaarakan solidariti rakyat Malaysia ini, Pemuda MCA semalam telah menyatakan ikrar mereka untuk menyokong apa jua langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mendepani konflik yang paling lama dalam sejarah ketamadunan manusia ini.

Malah, di fahamkan, kepimpinan tertinggi MCA turut menyatakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dan akan bersama-sama kerajaan dalam apa jua tindakan kerajaan dalam isu ini.

Dalam hal ini, mudah untuk disimpulkan bahawa, MCA sanggup mengenepikan perbezaan agama demi memastikan kesejahteraan sejagat dapat ditegakkan. Malah, MCA juga mengutuk sekeras-kerasnya keputusan yang diambil oleh Presiden Donald Trump yang sewenang-wenangnya membuli negara yang menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin.


Tidak pernah dalam sejarah, seorang Presiden Amerika sanggup mengugut negara yang menyokong menghalang pengisytiharan gila Trump ini. Hanya Donald Trump sahaja yang sanggup mengugut negara yang bersama-sama Palestin seperti memotong bantuan kewangan terhadap negara-negara berkenaan hanya semata-mata mahu menghalalkan pengisytiharan berkenaan.

Oleh yang demikian, sebagai salah sebuah rakan parti komponen utama Barisan Nasional yang membentuk kerajaan hari ini, MCA akan kekal komited dan bekerjasama dengan kerajaan dalam memperjuangkan isu Palestin khususnya Baitulmaqdis.

Sumber : Blusamurai

Arab Saudi & Mesir Pun Mahu Tiru Model BR1M



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan pada 2012 dengan matlamat utama adalah untuk mengembangkan ekonomi tempatan selain membantu golongan berpendapatan rendah.

Disebabkan keberkesanan BRIM yang dilaksanakan itu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat pujian daripada pada pakar ekonomi termasuk dari luar negara.

Buktinya pada Ogos 2016, 35 pakar ekonomi United Kingdom (UK) mengakui BR1M merupakan kaedah terbaik membantu mengembangkan ekonomi.

Pakar-pakar ini bukan calang-calang orang, mereka termasuklah Andrew Watt dari Macroeconomic Policy Institute, Guy Standing (Universiti London), Josh Ryan-Collins (New Economics Foundation), Iqbal Asaria (Cass Business School), Nigel Dodd (London School of Economics), Ellen Brown (Public Banking Institute), Biagio Bossone (pengerusi Group of Lecce), Matthias Kroll (World Futures Council) dan Laurence Seidman dari University of Delaware.

Pujian itu diberikan disaat pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan BR1M sebagai dedak dan kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan.

Mahathir bagaimanapun menukar rentak serangan dan kemudiannya memberikan bayangan akan meneruskan BR1M jika PH memerintah.

Kini BR1M yang terhasil dari idea Perdana Menteri, turut menjadi ikutan negara luar dan terbaru, dua kuasa benar benua Arab, Mesir serta Arab Saudi dilaporkan berminat dan mahu mencontohi kaedah yang dipelopori oleh Najib itu.

Ia didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, bahawa Arab Saudi mahu meniru model BR1M yang dilaksanakan Malaysia dan beliau juga difahamkan Mesir pula sedang mengkaji secara serius untuk melaksanakan bentuk bantuan ini kepada rakyatnya.

Justeru apabila dua negara Islam ini turut berminat dengan BR1M, maka dalam hal ini, tiada lagi istilah memberi dedak seperti yang dituduh oleh Mahathir dan Pakatan Harapan.

Negara-negara berkenaan bukannya bodoh sebaliknya mereka sudah mengkaji bagaimana pemberian wang tunai secara terus kepada isi rumah akan menjadi cara yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi lesu dan menjadi satu kaedah paling efektif.

Bukan sahaja Arab Saudi dan Mesir, malah negara jiran kita, Thailand juga telah melaksanakannya. Pada Disember tahun lepas, kerajaan Thailand mengumumkan imbuhan wang tunai kepada kumpulan sasaran di negara itu yang menyerupai BR1M di Malaysia.

Di Thailand, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima dengan seramai 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut.

Melihat kepada fakta-fakta ini, adalah jelas menunjukkan langkah yang diambil oleh Najib untuk memperkenalkan model ekonomi ini telah membawa Malaysia ke landasan yang tepat sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju.

Ia berbeza dengan pembangkang yang sering memburukkan langkah yang diambil oleh kerajaan tetapi mereka tidak pernah memberikan cadangan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi. Sebagai contoh cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pembangkang sering memburukkan GST, tetapi mereka tidak pula mencadangkan cukai baru bagi menggantikan GST untuk memungut hasil bagi tujuan membangunkan ekonomi. Hakikatnya pembangkang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pernah mencari penyelesaian.

Pengajarannya, jangan percaya kepada pembangkang kerana mereka umpama lidah bercabang. Hari ini mereka membangkang apa yang dilakukan kerajaan, esoknya mereka akan menyokong dan meniru langkah yang diambil kerajaan itu.


K7L : Mereka nampak nilai tersebut..

24/12/2017

#DARK Tegur Ahli Majlis Seberang Jaya Pasal Hospital Perlis!



Saya ingin merujuk kepada penulisan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Jaya Saudara David Marshel di dalam portal berita Malaysiakini spt di link berikut: Mkini

David Marshel telah mengatakan bahawa beliau kasihan dengan orang Perlis kerana hospital kerajaan tiada kemudahan dan lebih teruk berbanding sesetengah hospital di pekan negara ini. Ianya adalah berdasarkan pengalaman ibunya yang dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar baru2 ini.

Ibunya telah dimasukkan ke wad kerana serangan jantung (unstable angina) dan telah mendapatkan rawatan mengikut prosedur standard dan menepati standard perawatan mengikut garispanduan klinikal negara mahupun luar negara. Namun beliau tidak berpuas hati kerana rawatan angiogram tidak diberikan dan oleh itu beliau telah membawa ibunya keluar dari hospital untuk mendapatkan rawatan ke hospital swasta di Pulau Pinang.

Di Hospital Swasta tersebut rawatan angiogram telah dilakukan dan didapati ada sumbatan saluran koronari sebanyak 95% dan pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan angioplasti dengan segera.

Beliau seterusnya berkata beliau risaukan nasib rakyat Perlis yang tidak ada khidmat perawatan kardiologi dan kemudian mempolitikkan isu dengan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan hospital yang moden utk rakyat dan sebaliknya mengutamakan Program Permata Negara.

Pertamanya, apa yang semua harus faham adalah hospital2 kerajaan tidak beroperasi seperti hospital swasta. Kita boleh beroperasi seperti mereka tetapi rakyat perlulah membayar wang.

Nilai subsidi perawatan kesihatan rakyat kita adalah setinggi 95%! Ini menjadikan kos perubatan di negara kita adalah yang termurah di dunia.

Setiap pesakit jantung akan distratifikasikan risiko mereka oleh doktor pakar bagi menentukan keperluan melakukan ujian angiogram pada kadar segera (emergency) atau kemudian (elektif).

Pesakit Hospital Kangar akan mendapatkan rawatan susulan dan perlu menjalani ujian Stress Test. Sekiranya mereka menunjukkan tanda2 atau gejala bahaya maka ujian angiogram sudah semestinya akan diaturkan segera.

Bagi pesakit yang tidak mampu untuk menjalani ujian stress test ini (mungkin kerana masalah sendi, atau tidak mampu untuk berjalan/berdiri lama), maka ujian multiple slice computed tomography (MSCT) boleh dilakukan bagi mereka. Malah MRI cardiac juga boleh dilakukan bagi menentukan kewujudan sumbatan saluran darah koronari jantung secara tidak invasif. Kesemua perkhidmatan canggih ini boleh dilakukan di Hospital Kangar!

Jadi apa maksud David dengan mengatakan Hospital Kangar lebih teruk dari hospital di pekan?

Pekan mana yang beliau maksudkan? 😏

Sekiranya pesakit Hospital Kangar memerlukan rawatan angioplasti, mereka akan dirujuk terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang begitu berdekatan dengan Kangar. Malah terdapat Klinik Kardiologi setiap bulan di Hospital Kangar yang dikendalikan oleh Pakar Perunding Kardiologi Kanan dari Hospital Pulau Pinang.

Malangnya, kesemua proses ini tidak sempat untuk dilakukan kerana David Marshel telah membawa keluar ibunya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta.

Tuduhan Kerajaan Persekutuan mengabaikan pemodenan fasiliti hospital di pedalaman dan negeri Perlis khususnya adalah merupakan tuduhan dangkal melulu dan hanya bermotifkan politik. Bagi mereka yang tahu tentang perkembangan bidang kardiologi dan kardiotoraksik negara sudah pasti akan ketawa melihatan kedangkalan beliau.

Tun Dr Mahathir telah memberikan idea pembinaan IJN di Kuala Lumpur. Ia suatu idea yang sungguh bijak dan terpuji.

Sepanjang pemerintahan Tun selama 22 tahun, beliau telah membawa perkhidmatan ini ke 4 negeri di Malaysia iaitu di KL, JB, Pulau Pinang dan Sarawak.

Ia mewakili zon Selatan, Utara dan Borneo. Pada zaman Tun memerintah, rakyat Sabah perlu ke Sarawak untuk rawatan. Orang2 negeri pantai timur spt Kelantan, Terengganu dan Pahang perlulah pergi ke IJN di Kuala Lumpur.

Pembedahan pintasan jantung pertama negara dilakukan di Hospital Universiti (kini PPUM) sekitar tahun 1975. Hanya pada tahun 2001, perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak di Kuching. Sepanjang tempoh itu, mereka terpaksa diterbangkan ke IJN Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Pada zaman Pak Lah, telah dibangunkan pula Jabatan Kardiologi dan Kardiotoraksik di Hospital Serdang pada tahun 2007 bagi mengurangkan beban rakyat yg menunggu di IJN. Beliau juga telah membawa perkhidmatan kardiologi ke Alor Setar Kedah pada tahun 2008. Ini mengurangkan beban rakyat di Lembah Klang dan juga di negeri2 utara. Tidak perlulah bersesak ke IJN atau Penang.

Di bawah kepimpinan DS Najib, beliau menyedari kepentingan perubatan kardiologi demi rakyat dan telah membawa perkhidmatan kardiologi ke negeri2 berikut hanya dalam 7 tahun pemerintahan beliau:

Perak: 2011
Pahang: 2011
Terengganu: 2011
Sabah: 2012
Kelantan: 2015

Malah pembedahan pintasan jantung boleh dilakukan di Pahang semenjak tahun 2012. Ini menguntungkan rakyat2 pantai timur yg tidak lagi perlu pergi ke Serdang atau IJN di Lembah Klang.

Pembedahan pintasan jantung kita disubsidi begitu tinggi oleh kerajaan hingga ia menjadi pembedahan pintasan jantung termurah di dunia pada harga hanya RM 500.

Berkhatan di sesetengah hospital swasta pun kadang kala lebih mahal dari itu. 😝

Sebagai perbandingan, Pembedahan bypass/pintasan jantung di swasta boleh menelan belanja sehingga 25K hingga 35K ringgit. 🤑

Rakyat Sabah juga tidak lagi perlu ke Kuching yg begitu jauh hanya utk rawatan kardiologi kerana kini Sabah sudah ada Sabah Heart Centre.

Hanya dalam 7 tahun pemerintahan, hampir semua negeri sudah ada perkhidmatan kardiologi termasuk sebuah 'IJN baru' di pantai timur. Baki negeri2 seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis hanya menunggu masa sebelum memiliki perkhidmatan kardiologi mereka sendiri. Saya dimaklumkan perancangan terhadap ini sedang rancak diusahakan oleh KKM.

Memanglah kalau boleh kita mahu pusat kardiologi seperti IJN wujud di setiap daerah dan ceruk negara. Namun perkara ini tidak realistik dan tidak berlaku hatta di negara2 maju.

Saya tidak faham mengapa bajet kesihatan dan bajet pendidikan untuk memajukan modal insan spt Permata dicampur adukkan oleh pembangkang. Kedua2 sektor ini adalah amat penting dan merupakan nadi kelangsungan sesebuah negara selain dari bajet pertahanan.

Secara tradisi, kedua2 sektor ini juga adalah penerima alokasi bajet tertinggi dalam setiap pembentangan Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional.

Perlis tidak pernah diabaikan malah keadaan mereka adalah mirip negeri saya Melaka tempat saya bertugas. Malah Perlis bakal mendapatkan sebuah hospital baru di Padang Besar yang akan mula dibina pada tahun hadapan. Juga, sebuah hospital swasta pertama di Perlis juga sudah tersergam indah. Pesakit2 yang mampu dan memiliki insurans kini tidak perlu lagi ke Alor Setar atau Penang utk perkhidmatan swasta selepas ini. Ini juga membantu mengurangkan beban kesesakan pesakit di Hospital Kangar.

Adalah tidak adil dan kelakar membandingkan hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terbanyak dengan sebuah hospital swasta yang semua tahu jelas berorientasikan perniagaan.

Di Hospital swasta, apa saja yang anda mahu boleh dilakukan kerana anda membayar sendiri bil perubatan. Your cash speaks for you.

Lihatlah saja gambar contoh yang saya lampirkan, deposit ribuan ringgit wajib dibayar barulah rawatan akan dapat dinikmati.

Berbanding di Hospital Kerajaan, seorang pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan dari seorang pakar seperti saya dan boleh mendapatkan ubatan semahal RM 3.5K seperti Metalyse, hanya dengan membayar seringgit. Dan hampir keseluruhan rawatan disubsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Ahli Majlis Pulau Pinang ini sepatutnya bertanya apa pula yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kesihatan rakyatnya?

Tak mahu tanggung ke deposit perawatan di perkhidmatan swasta supaya kurang sedikit bebanan rakyat yang terpaksa menunggu di hospital kerajaan?

Takkan sanggup berbelanja ratusan juta hanya untuk feasibility study projek terowong dasar laut bunian yang sampai sekarang langsung tak nampak hasilnya?

#DARK

PUNB Sedia Pembiayaan RM200 Juta Untuk 2018



Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertanggungjawab meningkatkan jumlah dan kualiti usahawan Bumiputera yang terlibat dalam bidang ekonomi strategik melalui sokongan kewangan dan korporat.

Bagi 2018, PUNB menyediakan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang berfokus kepada 500 usahawan syarikat Bumiputera dalam sektor halal dan ekonomi digital. Tumpuan kepada pembangunan industri halal ini adalah berikutan permintaan tinggi khususnya dari luar negara, manakala ekonomi digital adalah masa depan industri Malaysia.

Pembiayaan yang disalurkan oleh PUNB ini juga bukan sahaja membantu usahawan meningkatkan pendapatan mereka malah turut membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara dari semasa ke semasa.

#1MalaysiaNegaraku #NajibRazak
#TerimakasihPM

K7L : Usaha jangan tengok sahaja..

Malaysia Tak Takut Dengan Ugutan US!



Di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.

Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.

Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.

Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.

Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

``Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,'' demikian kata Perdana Menteri.

Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.

Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat "story" dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.

Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.

Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.

Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.

Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.

Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.

Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?

Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.

K7L : Ada tu duduk tepi masjid je.. sebab takut Kit Siang marah..

23/12/2017

7 Taktik Khusus BN Untuk Menang PRU Menurut Mahathir?



1. Persempadanan semula. “Sempadan boleh dipindahkan, pusat mengundi boleh diubah dan nama pengundi hilang atau muncul di senarai lain.” -

Mahathir Menipu : Persempadanan semula mengikut Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan persetujuan majoriti 2/3 Dewan Rakyat untuk menambah kawasan Parlimen manakala majoriti mudah untuk mengubah garis sempadan. Peraturan menyatakan sesuatu perubahan sempadan perlu diwartakan dan dibuka untuk bantahan.

2. Rasuah pengundi. “Aduan terhadap pihak berkuasa tidak disusuli tindakan. Selain wang, perkakas dapur dan pelbagai barangan lain akan diedarkan.”

Mahathir Menipu :Bantuan yang diberikan tidak dengan kewajipan untuk mengundi mana-mana parti. Terdapat juga pengundi yang menerima bantuan tetapi tidak mengundi parti yang memberi bantuan tersebut. Amalan bantuan ini dilaksanakan oleh semua prti politik di negara kita dan tidak bersifat rasuah.

3. Gangguan terhadap parti lawan. “Parti pembangkang diganggu, kesalahan dicari dan pendaftaran dilambatkan atau ditolak.”

Mahathir Menipu : Tidak berlaku semasa PRU ke-13 yang mana pembangkang menghantar hampir calon ke semua kerusi parlimen.

4. Sumber dana pembangkang dihalang. “Penderma mereka diancam, dipaksa dengan penambahan cukai dan dituduh dengan pengubahan wang. Wang mereka dalam bank dibekukan supaya mereka tidak dapat menjalankan perniagaan.”

Mahathir Menipu :Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan peraturan bagi setiap parti mendedahkan derma politik tetapi tidak mendapat persetujuan dari parti pembangkang. Sekiranya penderma didedahkan itu adalah tindakan sukarela daripada parti tersebut.

5. Kemudahan awam dihalang. “Dewan milik awam ditutup kepada parti pembangkang. Hotel boleh menafikan kegunaan dewan mereka untuk pembangkang. Pihak berkuasa tempatan tidak memberi permit untuk perhimpunan anjuran pembangkang. Dalam beberapa kes, penggunaan khemah untuk perhimpunan tidak dibenarkan.”

Mahathir Menipu :Selama ini ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang tidak pernah dihalang kecuali yang mana tidak mengikut prosedur dan peraturan. Malah ceramah Tun M sendiri di seluruh negara tidak pernah dikhabarkan terdapat halangan.

6. Undi bukan rahsia. “Kerajaan akan menyebar khabar angin yang ia mengetahui pilihan pengundi. Ia menjurus kepada ancaman terhadap penyokong pembangkang yang mereka akan dihukum.”

Mahathir Menipu :Sekiranya ini benar, terdapat ahli parti BN yang mengundi pembangkang sudah tentu dapat dikesan dan tidak perlu jentera parti seperti Wanita UMNO untuk menjalankan JR bagi mengesan pengundi.

7. Penggunaan pegawai kerajaan. “Pegawai di agensi dan syarikat milik kerajaan diberitahu supaya memastikan kakitangan mereka mengundi untuk parti kerajaan. Mereka diugut akan dipecat sekiranya gagal berbuat demikian.”

Mahathir Menipu : Dengan teknologi media sosial seperti apa yang ada pada hari ini, belum terdapat individu yang mendedahkan perkara tersebut secara besar-besaran.


K7L : Dasar Penipu Negara...

Tol Naik? - Bagaimana Islam Selesaikannya



Oleh: Zaharudin Muhammad.
Presiden Gerakan Selamatkan Ekonomi Malaysia (GESA).

Dalam dua tulisan saya yang lampau, saya telah menulis tentang bagaimana ekonomi Islam meletakkan target mengsifarkan kos perjalanan. Ia bukan sahaja ekonomi di dalam syariat nabi kita Muhammad saw, tetapi juga syariat nabi-nabi terdahulu. Fakta ini menunjukkan bahawa ia perkara penting justeru pensyaritannya tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. (Untuk maklumat lanjut, sila baca 2 link di bawah).

Apa yang lebih zalim pada hari ini, tanah rakyat digunakan untuk membuat lebuhraya, wang rakyat dijadikan modal kemudian rakyat juga yang kena bayar akhirnya? Persoalan, siapa untung dan siapa rugi? Apa kerja kerajaan yagn dilantik oleh rakyat?

Bagaimana tanah rakyat diambil? Sama ada namanya tanah kerajaan di mana dari perspektif Islam ia adalah milik rakyat dan kerajaan sebagai pengurus. Jika ia tanah milik orang ramai, kebanyakan yang berlaku ialah golongan negotiator (perunding) dan orang tengah yang akan makan banyak, harga yagn dibayar oleh pemunya tanah lebih rendah daripada harga yagn diterima daripada syarikat konsesi / pemaju-pemaju lebuhraya.

Bagaimana wang rakyat dijadikan modal? Ia melalui wang cukai dan hasilan bumi seperti hasil petronas dan seumpamanya. PLUS sebagai contoh, di mana sebahagian pemegang sahamnya adalah Khazanah. Sumber khazanah adalah daripada dana kerajaan, sumber cukai dan sumber petronas yang dipam dan berikan pinjam kepada pemaju lebuhraya dalam bentuk pinjaman dana (sukuk / bon).

Siapa yang untung? Yang paling untung ialah syarikat-syarikat konsesi dan pemegang-pemegang saham serta syarikat-syarikat yang diberikan kontrak pengurusan dan mantainance lebuhraya.

Siapa rugi? sudah tentu rakyat, wang mereka tanah mereka digunakan oleh 1% rakyat yang berkuasa, akhirnya mereka pula kena bayar.

Bagaimana penyelesaian? Kembali kepada Islam. Jika islam berkuasa, maka dasar monopoli (دولة بين الأغنياء) adalah sesuatu yang sangat ditentang oleh dasar ekonomi Islam. Justeru itu, 1 golongan daripada 8 golongan pemanfaat hasilan cukai dan 1 golongan daripada 6 golongan pemanfaat hasil bumi adalah untuk sifarkan kos perjalanan.

Maka, jika terbukti kerajaan telah mengambil hak rakyat ini, perundangan islam akan membatalkannya dengan pembatalah 'fasakh'. Dengan kata lain, jika terbukti ia mengambil hak rakyat, maka semua tol akan dibatalkan dengan cara tidak mengzalimi dan tidak dizalimi. Maksud tidak mengzalimi ialah semua syarikat konsesi akan dibayar semula wang mereka yang actual cost tanpa mengira projection income. Maksud tidak dizalimi ialah, pembatalan itu tidak merugikan kerajaan dan rakyat.

Penguatkuasaan pencegahan berlakunya monopoli dan pengambilan harta orang ramai termasuk di dalam kategori hukum takzir. Maka sangat malang jika orang berkata: laksanakan Islam setelah ekonomi stabil, sedangkan kita faham di atas bahawa hak rakyat dan hak orang ramai serta hak individu pemegang saham dan konsesi tidak akan dapat dibela melainkan dengan undang-undang ini.

Jom kembali kepada Islam, "Ke Arah Rakyat Malaysia Yang Lebih Bebas".

K7L : Khas untuk Mahathir yang kayakan kroninya..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk