Terdapat dua isu yang dibangkitkan ketika sesi temuramah bersama Ketua Pemuda Negeri Pulau Pinang Saudara Ir Shaik Hussein Mydin. Mari dengarkan isu apa yang dibicarakan oleh beliau :
Dan ini pula petikan daripada rakan blogger Mat Kilau Penang mengenai surat terbuka daripada Ketua Pemuda Negeri Pulau Pinang Saudara Ir Shaik Hussein Mydin buat Lim Guan Eng :
Salam,
Pemuda Umno Pulau Pinang mengalu-alukan jawapan Lim Guan Eng mengenai pembangunan di Bayan Mutiara.Namun begitu jawapan yangg diberikan Lim Guan Eng masih tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan dan AMAT MENGELIRUKAN.
Pemuda Umno Pulau Pinang inginkan penjelasan Lim Guan Eng sahaja bukannya membuat fitnah. Persoalan baru yang timbul daripada jawapan Lim Guan Eng adalah seperti berikut;
1. Mengapakah hanya dua pemaju mengambil bahagian dalam proses tender tersebut?Adakah pemaju lain tidak mampu atau sudah tahu bahawa tiada peluang?
2. Mungkinkah harga yang lebih baik dapat diperolehi jika proses tender RFP dibuat semula memandangkan hanya 2 pemaju yang mengambil bahagian? Ini adalah perkara biasa dalam sebarang proses tender.
3. Pemuda tidak pernah mempertikaikan proses panggilan tender yang dibuat secara tender terbuka, yang dipertikaikan adalah proses selepas itu sehingga ditawarkan kepada pemaju, mengapa tidak telus? Siapa yang menilai tender dan bagaimana penilaian dibuat?
4. Pemuda mahu jawapan konkrit dimanakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang telah diluluskan dahulu, bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara? Namun begitu pemuda mengalu alukan kenyataan Lim Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.
5. Pemuda masih ingin laporan teknikal mengenai kadar harga tanah yg dijual pada harga 240 sekaki persegi yang dirasakan rendah, ini adalah kerana pada Mei 2011 Business Times melaporkan bahawa pemaju asal Queensbay, CP Land Sdn Bhd telah menjual 40 hektar tanah miliknya di Queensbay pada kadar harga 420 sekaki persegi, untuk makluman turut dilaporkan bahawa Quenssbay Mall juga dijual kepada Capitamalls Asia pada harga 657 juta, satu harga yg amat tinggi. Pemuda hanya ingin melihat laporan teknikal penilaian tanah dan kaedah penilaiannya. Teluskah Lim Guan Eng untuk mempamerkannya dalam semua akhbar tempatan?
6. Lim Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju perlu membina rumah mampu milik di PULAU bukan Bayan Mutiara, kenyataan ini mengelirukan rakyat. Boleh LGE jelaskan?
7. Mampukah Lim Guan Eng memastikan rumah mampu milik dibina di pembangunan Bayan Mutiara dan menentukan berapa harganya dan bilangannya? Secara anggaran kasar jika nilai pembangunan kasar (GDV) adalah RM10 billion, maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah sebanyak RM3 billion. Jika sebuah rumah mampu milik adalah 100 ribu maka Lim Guan Eng perlu memastikan sekurang kurangnya 30 ribu rumah mampu milik dibina disitu namun benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?
8. Lim Guan Eng masih belum menjawab mengapakah PDC tidak membangunkan tanah tersebut dengan kepakaran dan pengalaman yang ada? Apa gunanya PDC PROPERTIES Sdn Bhd yang melaksanakan banyak pembangunan PDC sebelum ini?
9. Mengapakah perunding daripada Singapura dilantik bagi projek perumahan di Batu Kawan? Apa gunanya PDC Consultancy Sdn Bhd yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran.
10. Mampukah Lim Guan Eng menjawab semua persoalan diatas secara Kompeten,Akauntabel dan Telus dengan menyiarkan didalam semua akhbar tempatan tanpa sebarang politik?
Pemuda Pulau Pinang hanya inginkan kepastian untuk kepentingan rakyat.
Ir.Shaik Hussein Mydin,
KP UMNO PP
K7L : Lim Guan Eng tak berani punya...
0 ulasan:
Post a Comment