31/12/2011

Isu Video Badrul Amin - Anwar Imam Mahdi Atau Sherlock Holmes?



Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpurapura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuantujuan yang jahat). (Riwayat Tirmizi)


Dengar dengan teliti kata-kata didalam video ini :



TRANSKRIP UCAPAN


kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir”

“kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa”

“apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab”

“sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??”

“dimana agak agak??”

“apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai.”

“apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak”

“apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi”

“sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??”

“dari belah mana??timur..”

“timur itu dimana, bukan di timor leste!”

“timur itu our region, ini ini timur”

“tapi banyak negara di timur ini”

“apakah di indonesia??bukan”

“singapore??oo jauh”

“brunei??lambat sangat”

“aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?”

“sy kata dia ada di??di malaysia.”

“sudah adakah pemimpim itu saudara??”

“tanya sy, sy kata dia sudah ada.”

“pemimpin itu sedang disiapkan”

“dia sedang melalui series of trials ujian”

“dia sedang di uji”

“satu peringkat ke satu peringkat”

“yang kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu llama binasa”

“tetapi, dia seorg yang kuat..makin di uji dia makin kuat!”

“dan sekarang ujiannya peringkat akhir..”

“ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara”

“insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat”

“dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab”

“leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin”

“negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya”

“dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab”

“dia juga dihormati dibarat dan ditimur”

“dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa”

“org hormat pendiriannya”

 “org hormat ketegasannya”

“dan org hormat prinsip agamanya”

“tidak lain tidak bukan”

“sedara anwar ibrahim


Sumber  :Rakyat Tranung

Daripada penilitian Keris mengenai video tersebut, Keris merasakan mana-mana pihak yang mendengarnya akan salah faham sekaligus akan menganggap orang yang disebut-sebut oleh individu didalam video tersebut merupakan imam mahdi dan ianya adalah 'Anwar'. 

Nasihat Keris pada rakyat Malaysia khususnya, jangan dengar cakap dia ini, dulu dia panggil Dr Asri 'The Publicity Boy' sebagai 'Bapak Setan' sehingga menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Keris juga kurang berminat dengan sesetengah hujah yang digunakan oleh Dr Asri namun tidaklah sampai memaki beliau.

Kini seorang manusia yang kononnya bergelar Ustaz memberi kenyataan keliru tentang siapa dan dari mana munculnya Imam Mahdi itu sendiri. Menurut DnoBiz, Nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya


Untuk lebih jelas boleh rujuk kitab-kitab ini:
  • Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti
  • Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami
  • At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani
  • Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jangan buat kenyataan keliru..kelak buruk padahnya!

Kisah Ladang Rakyat Kedah - Part 1



Ladang Rakyat di Gunung Inas, Baling


Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.

Hebat sungguh pentadbiran PAS Kedah. Mereka cuba menutup rahsia projek jahat tanpa sedikit pun di ketahui oleh rakyat. Tahukah anda, balak yang di ambil dari projek Ladang Rakyat, tidak di tender, malah balak yang di ambil adalah di bawah projek Ladang Rakyat, semata-mata untuk membersihkan gunung untuk projek ladang rakyat. Balak berkenaan bukan permit dari kerajaan BN dahulu.

PAS letak nama Ladang Rakyat yang kononnya untuk majukan tanah bagi projek kepala sawit atau getah. Tapi hakikatnya balak adalah punca utama PAS untuk membuat Ladang Rakyat..bukan sahaja Ladang Rakyat di Baling tapi juga di Sik, Pendang dan juga Padang Terap, habis balak di bolot PAS...Balak berkenaan di panggil Balak Anugerah, balak anugerah ni tak perlu di tender. Hanya anugerah dari kerajaan negeri kepada si pemotong balak.

Suka-suka hati nak anugerah, ingat tanah gunung dan bukit tu, hak milik mak bapak depa apa nak anugerah tanpa tender.


Gambar di atas adalah surat yang di edarkan MKK.

Rakyat Baling mula ragui projek Ladang Rakyat, di manakah borang rasmi dari Kerajaan Negeri untuk di edarkan kepada yang nak menyertai projek Ladang Rakyat? Sedangkan MKK sudah edarkan borang perlantikan ukur melalui sebuah syarikat jurukur.

Semasa mahu serahkan borang, perlulah di sertai dengan RM120,00 sebagai bayaran upah kepada Syarikat terbabit. Sedangkan dalam surat berkenaan tiada jaminan untuk dapat menyertai Projek Ladang Rakyat. Hebat sungguh, pemohonan tak di lakukan, terus nak di ukur.

Apakah ini satu projek kebajikan terhadap rakyat? Atau ianya hanya satu lagi projek yang nak perah duit rakyat, tanpa rakyat sedar?

"Anda mempunyai otak, anda boleh menilainya, gunakan Kepala otak untuk berfikir, gunakan kepala lutut"

Ada seorang yang hebat dalam Kerajaan Negeri yang ada kaitannya dengan balak, pernah bersumpah tak pernak makan duit balak Ladang Rakyat SIK, tapi tak pulak bersumpah yang dia tak makan duit balak Ladang Rakyat Baling, Pendang dan Padang Terap, siapakah orang itu?

Sumber : KedahKeKL



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Rakyat Kedah sudah mula sedar dari terus ditipu manusia berselindung disebalik kopiah sedangkan mereka sebenarnya busuk hati!

Rakyat Pendapatan Rendah Terbela - Tahniah Kerajaan Negeri Perak!



Kerajaan negeri sedang mengenal pasti modul baru sebagai usaha membantu golongan yang layak mendapatkan bantuan menerusi program Rumah Mampu Milik (RMM) yang diperkenalkan kerajaan persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam memastikan kejayaan program berkenaan, kerajaan negeri sedia bekerjasama dan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kita sedia bekerjasama dan berbincang dengan kerajaan Pusat melalui agensinya iaitu SPNB untuk menjayakan dasar RMM sebagai membantu rakyat negeri Perak," katanya.

Zambry berkata, sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu rakyat miskin dan tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

"Setakat ini pun kerajaan negeri melalui beberapa agensi seperti Yayasan Bina Upaya sudah membantu golongan miskin yang tidak berumah untuk memiliki rumah sendiri," katanya. - PerakBN


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kalau dengan kerajaan bawah Nizar, jangan mimpi nak dapat macamni..

New Year 2012 - Ala-Ala Vendetta Cemari Sambutan Di Dataran Merdeka?


Khabarnya malam ini di dataran merdeka akan ada segerombolan manusia kurang cerdik yang kononnya melaungkan 'real democracy' dengan cubaan membuat onar secara terbuka. Mereka akan memakai topeng ala-ala filem Vendetta seperti gambar dibawah.


Secara jujurnya Keris merasakan bahawa mereka yang akan menyertai 'flashmob' ini datangya dariapda golongan yang tidak mahukan keamanan dan tidak sayangkan Malaysia. Kerana kesan 'flashmob' yang mereka ingin lakukan boleh menimbulkan ketegangan kerana umum tahu kadang-kadang ada yang buat perangai beruk dan tidak mustahil berlaku pergaduhan. Lepas itu pasti mereka akan salahkan Polis jika ada yang ditahan (Typical PR Minded). 

Kedua, ia juga akan menakutkan pengunjung samada dalam negara mahupun dari luar negara untuk meraikan sambutan tahun baru di dataran. Ia juga boleh memberi persepsi negatif bahawa Malaysia dalam keadaan kucar-kacir sedangkan Malaysia sedang aman damai.Keris berpendapat mereka tidak perlu membuat 'flashmob' sebab jika benar mereka ini 'ramai', sila nyatakan 'perasaan' itu ketika memangkah undi kelak. Silap-silap askar-askar Pami Reja ini belum tentu boleh mengundi. 

Walaubagaimanapun, mengikut sumber yang boleh dipercayai, gerakan 'flashmob' mereka telah gagal beberapa kali ketika mahu ber#Occupy Dataran sehingga memaksa mereka 'berkokok' sesama mereka di Jalan TAR. (Sekali lagi Typical PR Minded).


Sebagai seorang yang mengamalkan demokrasi dan mahukan Malaysia ini aman Keris memohon kepada rakyat Malaysia supaya jangan terpengaruh dengan dakyah songsang mereka. Biarkan Malaysia terus aman tanpa sebarang rusuhan mahupun perarakan jalanan.

Tak mengapalah mari kita dengar lagu dibawah sebagai tanda kita cintakan keamanan dan menolak 'flashmob' anjuran Pami Reja!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kenapa puak pembangkang suka memberi persepsi negatif terhadap Malaysia kepada negara luar?

Madrasah Salihiah Kanchut - Nantikan Apa Bakal Jadi Tengahhari Nanti!



Isu penentangan terhadap cadangan merobohkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Alor Setar untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah akan sampai ke kemuncaknya.

Ia berikutan satu himpunan yang turut diiringi dengan solat hajat akan diadakan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Sememangnya kita 'kagum' dengan ketegasan Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar yang tampil membuat laporan polis bagi menghalang himpunan tersebut diadakan.

Tetapi kita juga ingin bertanya, apakah Dewan Pemuda Pas berkenaan sudah bertemu dengan penduduk di kawasan madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka?

Tidak salah untuk Dewan Pemuda Pas menyokong keputusan Majlis Fatwa Kedah tetapi pernahkah mereka melahirkan cadangan kepada kerajaan negeri di bawah penguasaan pemimpin-pemimpin mereka untuk mengkaji semula cadangan merobohkan madrasah tersebut?

Sebagai anak Kedah penulis juga ingin bertanya, di manakah suara Dewan Pemuda Pas apabila terdapat masjid, surau dan madrasah di negeri itu dicemari oleh syarahan, kuliah dan khutbah berbaur politik?

Penulis bukan sahaja membaca berita mengenai perkara ini, malah mengalaminya sendiri apabila bersolat di sebuah masjid di kawasan Parlimen Merbok setiap kali pulang ke kampung.

Di salah sebuah masjid di kawasan berkenaan, boleh dikatakan setiap minggu mereka menjemput ustaz-ustaz atau penceramah yang menyelitkan unsur politik menyokong pembangkang dalam ceramah atau kuliah mereka. Soalnya, di mana suara Dewan Pemuda Pas dalam perkara ini?

Malahan penulis juga ingin tahu, bagaimana kalau Madrasah Salihiah ini jawatankuasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokong Pas, apakah Dewan Pemuda Pas akan menyokong cadangan merobohkan premis tersebut.

Dan sekali lagi, penulis juga ingin bertanya apakah Dewan Pemuda Pas akan duduk diam kalau cadangan merobohkan madrasah berkenaan datang daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Adakah ketika itu Dewan Pemuda Pas akan meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kedah?

Penulis percaya, Dewan Pemuda Pas begitu beria-ia dalam isu ini kerana merasakan cadangan merobohkan madrasah tersebut sudah mula memberi tamparan kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

Mereka faham jika isu ini tidak dikendali dengan betul, ia boleh mendatangkan bahaya kepada kerajaan Pas yang sememangnya dilihat semakin tidak bermaya di Kedah.

Justeru kita ingin berpesan kepada Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar, janganlah hipokrit, kalau benar kalian adalah pejuang Islam dan begitu menghormati Majlis Fatwa Kedah maka bertindak adil dalam semua perkara termasuklah patuh kepada arahan agar masjid, surau dan madrasah tidak dipolitikkan.

Kepada umat Islam di Kedah, janganlah tergugat dengan tindakan Dewan Pemuda Pas tersebut, dalam sebuah negara demokrasi mereka berhak membuat laporan polis tetapi dalam amalan demokrasi juga rakyat berhak melahirkan pendapat mereka.

Tujuan perhimpunan itu bukan bertujuan membantah apatah lagi menentang Majlis Fatwa Kedah, semua umat Islam di negeri berkenaan sentiasa menghormati majlis tersebut.

Namun begitu kita juga yakin bahawa majlis itu pasti akan menimbang semula keputusannya jika ada usaha bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah untuk mengubah cadangan merobohkan madrasah tersebut.

Tetapi malangnya, kita tidak nampak usaha itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak tegas dengan pendirian beliau untuk meneruskan perancangan yang telah dibuat.

Sebab itulah, dalam melahirkan pendapat dan penentangan terhadap cadangan tersebut tidak ada siapa pun menyalahkan Majlis Fatwa Kedah, sebaliknya merayu kepada Kerajaan Pas Kedah yang pasti mempunyai kuasa menghalang Madrasah Salihiah menjadi 'debu' dan tinggal nama sahaja.

Atas sebab itulah, kepada umat Islam Kedah tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka, ayuh! mari selamatkan Madrasah Salihiah. Jangan biarkan madrasah bersejarah tersebut menyembah bumi hanya disebabkan hasrat mewujudkan sebuah kompleks beli-belah.

Mereka perlu menunjukkan muafakat dan kesatuan dalam soal ini kerana cadangan merobohkan madrasah berkenaan masih boleh dielakkan.

Umat Islam perlu memberi isyarat kepada kerajaan negeri supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga tidak bersedia untuk menimbangkan bantahan yang semakin memuncak setiap hari.

Pembinaan hanya sebuah kompleks beli-belah tidak akan mampu memberi apa-apa pun signifikan pembangunan di Kedah. Apatah lagi di negeri berkenaan sememangnya sudah bersepah kompleks seumpama itu.

Pergi sahaja ke Sungai Petani yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri jelapang padi tersebut, berlambak-lambak premis berkenaan diwujudkan bak kata orang Kedah, 'jenuh nak pi'.

Oleh itu, kenapa perlu lagi kompleks beli-belah hendak didirikan? Banyak sangatkah pelancong atau pengunjung pergi ke kompleks-kompleks beli-belah di negeri tersebut sehinggakan terpaksa merobohkan madrasah bagi 'memenuhi permintaan pelanggan'.

Mungkin umat Islam tidak akan membantah jika tapak madrasah itu mahu dibangunkan kompleks pusat Islam memandangkan Kedah diperintah oleh sebuah parti yang menguar-uarkan mereka memperjuangkan Islam.

Tetapi apa yang hendak dilakukan ialah robohkan madrasah, bina kompleks beli-belah! Apakah mungkin inikah contoh konsep negara berkebajikan yang akan mula menjadi dasar baru perjuangan Pas?

Sukar dipastikan, apa yang nyata umat Islam di Kedah tanpa mengira apa juga fahaman politik dan mempunyai kelapangan harus bersama-sama ke Madrasah Salihiah esok.

Marilah tunjukkan kesatuan, perpaduan dan bantahan kita agar Madrasah Salihiah Kanchut dapat diselamatkan daripada 'keghairahan' perancangan atas nama pembangunan. - Utusan Online


Nantikan laporan selanjutnya di KedahKeKL, Unit Media Kedah, Mat Kilau Penang, dan Cucu Tok Selampit.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: "Melayu akan terusik jika kau ganggu dua perkara, Agamanya dan Isterinya''

Kemelut Kegagalan AMK - Salah Chegubard?


Sebelum membaca artikel ini – artikel ini tujukan khas kepada beberapa tunggak dalam pentadbiran UMNO yang masih terikut cara ortodoks dalam berjuang. Orang sudah melangkau budaya tradisi sedangkan mereka lebih ghairah menyeronokkan diri – memikirkan bahawa apa yang dilakukan sudah hebat sedangkan ia hanya tindakan mengghairahkan diri tanpa tahu erti dan cara perjuangan sebenarnya.

Suara dalam AMK – Angkatan Muda Keadilan di bawah kepimpinan Shamsul Iskandar kini goyah. Umum dalam PKR tahu bahawa mainan politik Anwar dan Azmin – tidak mahu Badrul Hisham Shahrin untuk menerajui AMK atas manipulasi politik wujud. Badrul Hisham bekas kepimpinan Tertinggi Keadilan tidak sehaluan dengan Azmin dan di sinilah politik Chegubard perlu dikebumikan. Tindakan Anwar Ibrahim atas kehendak Azmin merupakan sebab Shamsul Iskandar membuat U-Turn memandangkan Rafizi Ramli – anak buah kepimpinan Anwar – Azmin dan Shamsul Iskandar gagal menyaingi Chegubard. Oleh sebab itu – dalam keadaan Chegubard menerima ramai sokongan – khususnya mereka yang lebih berdaya dalam gerakan reformasi maka perjalanan politik Chegubard harus ditamatkan dengan gaya politik Azmin Ali – menipu dan memanipulasi undi. Satu sikap yang amat sadis dalam membicarakan mengenai demokrasi dalam keadilan.

Chegubard dalam kenyataan beliau selepas tewas dengan mistri memaklumkan – campur tangan Anwar Ibrahim telah menggagalkan bukan saja usaha badrul Hisham Shaharin tetapi demokrasi yang dikatakan wujud dalam PKR. Malah ada yang mengatakan bahawa – amaran telah dikeluarkan oleh Penasihat Parti bahawa sekiranya dilanggar Azmin Ali maka kepimpinan itu terpaksa berdepan dengan Anwar Ibrahim. Begitulah kukuhnya Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim.

Hari ini – mereka yang telah terserap hanya memikirkan politik individualistik PKR gagal menyaingi Chegubard dalam melakukan gerak kerja. Malah hari ini program lancaran SAMM mengenai Asal Bukan UMNO nampak berkesan sedangkan Angkatan Muda Keadilan tercicir dalam langkah dan kesungguhan Badrul Hisham Shahrin. Ketua Angkatan Muda Keadilan hari ini GAGAL dan kegagalan ini cuba dikaitkan dengan peranan Chegubard. Shamsul yang naik atas manipulasi Azmin Ali bakal berdepan dengan kegagalannya. Namun hari ini AMK semakin hilang fokus dan masing-masing hanya melihat apa yang mereka akan terima sekiranya PKR menang.

Insiden ini hanya membuktikan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim hanya mahu agenda mereka tercapai – tidak kira sama ada terpaksa membunuh kerjaya politik Badrul Hisham Shahrin atau tidak. Hari ini AMK yang diberitakan oleh ahli AMK Keadilan sendiri sudah semakin tidak relevan kerana perjuangan adalah berlandaskan agenda Anwar – Azmin.

-Umno Reform-


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Tanya pada PKR..apakah mereka benar-benar demokrasi?

Gempar!!! - Ahli MCA Di Penang Keluar Parti Kerana Protes?


Keris dapat berita mengatakan akan ada beberapa cawangan MCA akan dibubarkan sekaligus ahli mereka akan keluar parti sebagai tanda tidak setuju dengan kepimpinan MCA Pusat dan MCA Pinang sendiri. Mereka ada membantah beberapa keputusan yang dilakukan oleh kepimpinan parti mereka. Masalah apa yang sedang berlaku akan Keris cuba bongkarkan.

Angin bertiup kencang tentang kawasan yang ingin keluar parti itu berada di DUN Batu Maung N37 yang juga merupakan kerusi UMNO, serta N35 Batu Uban dan N36 Pantai Jerejak. Sempat Keris hubungi beberapa orang rakan UMNO di Pulau Pinang dan mereka juga keliru mengapa ia terjadi sedangkan Penyelaras MCA Parlimen Bayan Baru di sana amat membantu dan sangat berjaya dalam mendekati rakyat.

Apakah punca sebenar mereka keluar parti? Apa kata Chua Soi Lek? Takkan DIAM je?. Isu hudud bukan main melompat! Jangan pandang kemelut ini sebagai suatu benda yang remeh!

Mengapa Keris sibuk?. Kerana Keris jentera Barisan Nasional dan mahu Barisan Nasional terus berbakti kepada rakyat!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris cuba siasat mengapa mereka keluar parti!.

30/12/2011

Memori 2011 - 10 Penemuan Terbaru Perubatan Sepanjang 2011



MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.

Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.

Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) – teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan – ke atas sel manusia.

Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.

Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.

Vaksin Malaria yang pertama.

Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah, penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang menghidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.

Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS, S itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.

Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.

Rawatan HIV sebagai pencegahan


Rawatan untuk HIV telah lama dijalankan dengan penggunaan dadah jenis antiretroviral (ARV) yang dapat merendahkan paras virus itu di dalam tubuh manusia, mengekalkan kesihatan pesakit dan mengurangkan risiko penyebaran HIV.

Kajian baru-baru ini mendapati dadah yang sama digunakan bagi merawat jangkitan itu juga dapat memberi perlindungan kepada mereka yang tidak menghidap HIV daripada dijangkiti.

Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Washington yang melibatkan sebanyak 4,758 pasangan heteroseksual yang seorang daripada mereka menghidapi HIV positif, penjangkitan virus kurang sehingga 73 peratus selepas tiga tahun apabila pasangan yang tidak dijangkiti virus tersebut mengambil pil ARV.

Piramid makanan menjadi ‘sepinggan’ makanan.

Jika sebelum ini Garis Panduan Diet untuk Rakyat Amerika (DGA) mencadangkan piramid makanan sebagai diet seimbang yang menyihatkan, kini mereka memperkenalkan MyPlate, carta makanan berbentuk pinggan.

Carta pinggan berwarna-warni itu dibahagikan kepada empat bahagian sama rata iaitu buah, sayur, bijian dan protein serta bulatan kecil di tepi pinggan itu yang mewakili hasil tenusu, menggantikan piramid makanan yang mengelirukan.

Kajian yang dikeluarkan Januari lalu menggalakkan orang ramai untuk merendahkan semua jumlah jenis makanan dan mencadangkan mereka mengurangkan gula, garam dan lemak, menyeimbangkan jumlah pengambilan dengan pembakaran kalori, mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan serta makanan laut dan mencadangkan senaman fizikal selama 150 minit setiap minggu.

Pengarah Institut Perubatan Penjanaan Semula Wake Forest, Dr. Anthony Atala Mac lalu mencipta bahagian badan manusia, uretra iaitu tiub kecil yang bertanggungjawab membawa air kencing keluar daripada badan, yang boleh berfungsi dengan baik.

Atala menghasilkan satu bekas menyerupai tiub uretra dan kemudian membenihkannya dengan sel pundi kencing pesakit lalu membiarkan ia ‘tumbuh’.

Apabila organ buatan manusia itu dialihkan ke dalam badan pesakit, ia kemudian terus menjalankan tugas menyingkirkan bahan buangan itu.

Kaitan aneh antara bakteria dan kanser usus besar.

Oktober lalu, kumpulan penyelidik melaporkan bakteria Fusobacteria yang jarang ditemui tetapi didapati membiak di sel kanser kolon dan dikaitkan dengan kemungkinan tinggi untuk jangkitan kanser.

Membandingkan tisu kolon yang sihat dan sel kanser, penyelidik mendapati Fusobacteria 100 kali lebih banyak berada dalam sel kanser.

Ia merupakan kali pertama Fusobacteria dikaitkan dengan kanser. Kajian sebelum ini mendapati bakteria itu dikaitkan dengan risiko tinggi penyebab radang usus besar berulser, keadaan di mana keradangan itu menghapuskan sel yang melapisi usus besar.

Penemuan efektif mengurangkan berat badan

Berdasarkan kajian terbaru, dadah jenis Onexa dapat mengurangkan sehingga 10 peratus berat badan pesakit yang obes dalam tempoh setahun.

Pil tersebut menggabungkan dua jenis dadah iaitu phentermine yang mengurangkan selera dan topiramate yang berfungsi mengawal serangan epilepsi dengan mengatur caj elektrik antara saraf otak yang turut mengawal fungsi tubuh membakar kalori.

Pesakit yang mengambil pil tersebut turut menunjukkan kemajuan dalam tekanan darah mereka, paras gula di dalam darah dan tahap kolestrol, semua yang dapat merendahkan risiko penyebab serangan jantung.

Anjing boleh menghidu kanser paru-paru

Penyelidik dari Jerman baru-baru ini berjaya melatih sekumpulan anjing selama sembilan bulan untuk membezakan sampel nafas pesakit kanser paru-paru dan mereka yang sihat.

Saintis mendapati anjing-anjing itu dapat menyedari perubahan sebatian yang tidak begitu ketara dalam nafas pesakit kanser tetapi mereka tidak dapat menerangkan apa perubahan tersebut.

Air liur menentukan usia

Penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati usia mayat yang ditemui dapat ditentukan dari bahan genetik mereka iaitu air liur. Pengaruh persekitaran seperti diet, tekanan, pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu malah toksik sekalipun tidak dapat menukar DNA di dalam air liur.

Peramal risiko kematian?

Satu kajian mendapati ujian darah yang ringkas dapat meramalkan siapa yang berkemungkinan untuk meninggal dunia kerana serangan jantung ataupun kanser. Kajian selama 12 tahun terhadap hampir 2,000 orang mendapati mereka yang mempunyai paras enzim digelar katepsin S di dalam darah lebih berkemungkinan besar untuk meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Penyelidik masih tidak dapat menentukan bagaimana katepsin S menyebabkan sakit jantung atau kanser tetapi syarikat perubatan kini sibuk cuba menghasilkan bahan yang dapat menyekat kesannya.

Sumber: www.time.com




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Alhamdulillah semakin maju teknologi didalam perubatan didunia..

Adam Adli Tak Berani Turun Sudut Pidato Di Penang?




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Adam ni bacul ke?

29/12/2011

Tips Cara Pemakanan Bukan Cara PKR!

Keris ingin berkongsi cara pemakanan yang betul dari sudut Islam.

Sedar atau tidak jika silap cara pemakanan maka ia akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit terhadap tubuh.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.  Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya setiap hari. Apa kata kita ikut diet ini? . 

Diet Rasulluah

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM ... SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Ianya tidaklah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut...
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu... dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

WallahuA'lam


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Amalkan..InsyaAllah berkesan..

Menjelang 901 - Bila Lim Kit Siang Mahu Mohon Maaf Pada Rakyat Malaysia?


Di bawah adalah petikan perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

"Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969."

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bila?..Tak mahu cakap banyak..bila?

10 Fakta Tentang Kerajaan PAS Kelantan!


10 fakta eksklusif mengenai Kerajaan PAS Kelantan yang ramai tidak sedar:

1) Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan takut untuk menghadapi PRU sekiranya diadakan dalam tempoh terdekat kerana menyedari sokongan rakyat yang jelas merosot.

2) Kelangsungan PAS Kelantan dan seluruh negara sebenarnya ditunjangi oleh institusi sekolah pondok dan madrasah agama, namun berikutan tindakan PAS menyerahkan maruahnya kepada DAP untuk dilacurkan, kini lebih 80% institusi pondok mulai bangkit menentangnya.

3) Penentangan institusi pondok terhadap Nik Aziz terutamanya bagaimanapun bukanlah sesuatu yang baru. Ini adalah kerana Nik Aziz sendiri dikesan menganut fahaman Wahabbi pecahan Muktazillah.

4) Nik Aziz dipercayai menganut fahaman wahabbi yang mirip syiah kerana beliau sering menyamakan sifat manusia dengan Allah SWT.

5) Nik Aziz tidak pernah menyambut Maulud Nabi kerana beliau menganggap Nabi Muhammad SAW hanyalah sama seperti budak kampung biasa yang lain.

6) Nik Aziz pernah dikatakan menolak Sifat 20 Allah SWT, yang nombor satunya adalah WUJUD. Secara tidak langsung, sebenarnya beliau telah menolak keuwujudan Allah SWT itu sendiri!

7) PAS memiliki struktur latihan ala pengganas di beberapa tempat seperti di Selatan Thai dna Afghanistan bagi melahirkan kader-kader pelampau yang bukan sahaja dapat melindungi keselamatan pemimpin mereka, bahkan boleh dikerahkan pada bila-bila masa untuk turun berdemo dan melawan pihak berkuasa.

8) Sebuah syarikat anak negeri yang dikuasai oleh menantu MB, timbalan MB dan beberapa pemimpin tertinggi PAS negeri ini menguasai semua projek mega terutamanya di Kota Bharu. Modus keuntungan adalah melalui sewaan tapak/premis perniagaan yang terlalu mahal.

9) Kebanyakan exco Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai harta yang mewah dan isteri yang ramai. Tetapi kesemua mereka bijak menyembunyikannya melalui penampilan dan imej yang sederhana ketika berada di depan rakyat. Mereka juga WAJIB mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan air mata serta-merta sekiranya perlu.

10) Semua wakil rakyat PAS diarahkan untuk selalu menghadiri majlis dan kenduri yang diadakan oleh rakyat dengan menggunakan penampilan dan imej yang sangat sederhana bagi mengambil hati dan menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Sumber : MyMassa


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Sememangnya jangan biar diri anda terus ditipu..

Surat Layang Buat Izzah - Salah Azmin Ali?


Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepimpinan tertinggi Keadilan.

Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.

Azmin Ali di dakwa dalang kepada surat layang tersebut untuk menjatuhkan Nurul Izzah!

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT
Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Showdi bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan.

Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!


Sumber:  Dr MiM

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Azmin Ali Kah Dalangnya?

28/12/2011

Orang UMNO - Bank Data UMNO - Bahagian Mana?




Dipetik daripada Kritis-Online

Sebenarnya perkara ini sudah lama saya simpan. Mungkin ada perkembangan yang positif berkaitan dengannya. Namun agak malang sehingga penghujung tahun 2011 ini, menghampiri pilihanraya umum 13 (PRU 13), tidak kedengaran langsung perkhabaran mengenainya.

Jika saya tidak menulis berkaitan dengannya, tidak mengapa. Bukan pun tugas saya sebagai penulis tetap dalam lamanKritisOnline untuk menulis bagi memberi kemenangan pada mana-mana pihak mahu pun menyebabkan kekalahan pada pihak yang lain. Tugasan yang diberi hanyalah untuk menyampaikan berita, mahu pun memberikan analisis pada subjek yang ditugaskan. Pada satu ketika, penerbit mahukan kami menulis secara kritis.

Bertemu sahabat lama

Sekitar bulan Julai yang lalu, sewaktu saya menikmati juadah tengahari di bandaraya Shah Alam, bahu saya telah ditepuk dan yang menepuk bahu saya adalah seorang sahabat lama yang sangat aktif dalam politik UMNO.

Melihat saya menjamu selera berseorangan, beliau menawarkan diri untuk menemani saya. Pucuk dicita, ulam mendatang. Sebagai penulis, didatangi oleh individu yang sarat dengan informasi politik adalah ‘saat keemasan’ yang tidak akan sama sekali saya tolak. Ia mampu mengisi vocabulary politik semasa saya.

Al Kisahnya

Agaknya beginilah perangai ‘orang UMNO’. Datuk Seri Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011 (PAU) bersungguh-sungguh mahukan ‘ahli UMNO’ bukan sekadar menjadi ahli, namun menerapkan semangat sebagai ‘orang UMNO’.

Bagi Najib, ‘orang UMNO’ adalah mereka yang bangga dan sanggup berkorban demi UMNO.

Tapi lain pula dengan ‘orang UMNO’ yang biasa saya jumpa. Mereka sungguh bangga bercerita tentang UMNO tanpa melihat kiri dan kanan, depan atau pun belakang. Dan mereka amat bangga dapat berkongsi cerita tentang UMNO - tidak kira perkara yang diceritakan itu adalah perkara yang baik mahu pun buruk.

Bank-data UMNO

Sahabat lama saya tidak terlepas dari sikap ‘orang UMNO’ yang suka bercerita. Beliau bercerita bahawa beliau baru sahaja selesai sesi penerangan atau maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai UMNO pusat berkaitan satu sistem.

Sistem IT yang diperkenalkan oleh UMNO pusat berbentuk bank-data yang bakal mengumpulkan maklumat dari akar umbi. Dan bahagian di mana sahabat lama saya naungi adalah sebahagian dari jelajah pegawai-pegawai IT UMNO pusat tersebut dalam memperkenalkan sistem terbaru ini.

Setiap bahagian UMNO yang telah pun mengenal pasti ketua-ketua pusat daerah mengundi (PDM) bakal dibekalkan dengan satu nama pengguna (user name) dan satu kata kunci (password). Ia bakal diberikan melalui bahagian UMNO tersebut kepada ketua-ketua PDM dalam bahagian atau parlimennya.

Maka, setiap ketua PDM akan punyai akses bagi memberikan maklumat terutamanya apa yang kurang di PDM mereka. Maklumat ini akan diterima dan diproses oleh UMNO pusat atau 'central war-room' dalam mengatasi masalah PDM tersebut. Yang lebih menarik, apabila ketua PDM tersebut menerima kata-kunci maka dia boleh mengubah kata-kunci tersebut untuk dirinya sahaja. Wa’ima ketua bahagian UMNO pun tidak mampu membuka akaun ketua PDM tersebut atau mampu untuk mengetahui apakah maklumat yang disampaikan oleh ketua PDM tersebut.

Dengan ‘bangganya’ sahabat saya berkata, manakan mungkin ketua bahagian akan senang hati dengan perkara ini. Sudah pasti ketua bahagian akan menapis dahulu apakah maklumat yang mahu ketua PDM sampaikan kepada pusat. Kot-kot perkara yang akan memalukan dirinya selaku ketua bahagian.

Namun dalam hati saya berkata, inilah sebaik-baik perkara yang UMNO patut lakukan kerana birokrasi telah dihapuskan dan pusat bakal menerima fresh first information dari akar umbi sendiri. Justeru, tindakan segera boleh dilakukan dalam menambah-baikkan UMNO terutamanya di peringkat akar umbi.

Itulah kisahnya.

5 bulan kemudian

Saya kira, Disember bakal berakhir dan Januari akan menyusul. Semenjak kisah bank-data UMNO diceritakan oleh sahalabat lama saya sekitar Julai yang lalu, tiada apa-apa perkembangan berkaitan dengannya.

Yang lebih malang, saya sendiri turun bagi mendapatkan maklumat di peringkat PDM-PDM sekitar negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Tidak kurang dari 20 PDM yang saya tanyakan melibatkan hampir 10 bahagian kesemuanya.

Jawapan ketua-ketua PDM adalah…. “tak tahu menahu pun perkara ni!”.

Lantas saya tertanya-tanya, di manakah silapnya?

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris melihat artikel ini untuk menyedarkan orang UMNO itu sendiri..

Lagu Melayu Satu - Ridiculous?





lirik/lagu : Rio Rashid
vokal : Keris 7 Lok & 1peluru

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dirgahayu ras ini tidak akan sirna hilang..di ancala tertinggi kan dijulang.......

MB Kedah Lagi Mewah Dari PM!

Khan Of War ada beritahu Keris tentang kemewahan seorang MB di Malaysia. Setelah dikongsi maklumat bersama, ternyata orang yang dimaksudkan itu adalah 'MB Serba Serbi Tak Tahu' Hj Azizan Abdul Razak. Mulanya tak percaya sebab muka dia baik dan dia memang tak tahu apa-apa (pelik macamana boleh jadi MB sedangkan apa pun tak tahu).


Tapi setelah bukti diberi dan disahkan ternyata dia lebih mewah daripada Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sendiri!. Lihat sendiri perbezaan diantara dia dan YAB PM kita :




VS


Sekarang siapa yang 'pakai' duit rakyat?

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: 'Saya tak taw!'..

@tunfaisal Berbicara Tentang 'Winnable Candidates' ?



Baca juga artikel Keris yang terdahulu tentang 10 ciri-ciri 'Winnable Candidates' di SINI


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dirgahayu ras ini tidak akan sirna hilang..di ancala tertinggi kan dijulang.......

Tahniah @ZambryAbdKadir - KR1M Dalam Kawasan Luar Bandar



Keris dalam perjalanan ke Pulau Pangkor bersama rakan blogger Kulaan Niring dan Asyraf, terlihat pula sebuah kedai KR1M di Bazar Nanas Kampung Selabak. Terasa tertarik untuk membuat 'terjahan' disana.




Menurut kata penyelia merangkap pengurus kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia Bazar Nanas Kampung Selabak, Cik Siti Aishah , kedai ini baru dibuka dua minggu yang lepas dan pengunjung yang datang untuk membeli semakin hari semakin bertambah. Penjualan juga menunjukkan peningkatan sekaligus memberi kesan didalam meringankan beban rakyat.


Keris dan Kulaan Niring sempat 'terjah' dua orang pelanggan dengan berbagai soalan. Mereka memberikan persepsi yang baik selain menyatakan terima kasih kepada kerajaan. banyak jika mahu diceritakan tentang perbualan kami. Nantikan video ekslusif yang akan disiarkan di blog kami tidak lama lagi.


Alhamdulillah, segala usaha kerajaan didalam meringankan beban rakyat terutamanya masyarakat luar bandar semakin berjaya. Keris melihat KR1M sebagai satu kejayaan buat rakyat. Menepati slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dahulukan rakyat! Rakyat sentrik!

27/12/2011

DAP Dominasi PR, Apa Kata Ahmad Atory Hussain?




Keris juga bersetuju dengan pendapat Dr Atory Hussain dimana jika dikaji semula daripada perebutan kerusi yang belum selesai diantara PKR-DAP dan tampak DAP lebih dominan setiap kali berbalah menunjukkan bahawa PKR sedang lemah.

Apatah lagi apabila keputusan perbicaraan Ketua Umum PKR juga kelihatan seakan tidak memihak kepadanya menjadikan PKR lebih goyah dan huru-hara. PAS pula kini menghadapi masalah dalaman yang semakin teruk sekaligus memberikan DAP lebih kuasa dalam bersuara. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menang?

Apapun, Keris menjangka pakatan rakyat ini akan menjadi lebih rapuh menjelang PRU13. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Tunggu keputusan Anwar pada 9hb ni..baru tahu apa jadi..

Gempak! - Stadium Piala Dunia Qatar 2022


Piala Dunia FIFA 2022 adalah Piala Dunia FIFA ke-22 yang mana akan berlangsung di Qatar. Ini adalah pertama kalinya Qatar menyelenggarakan pertandingan berprestij ini. Qatar adalah negara pertama di Timur Tengah yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.











Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bila Malaysia nak masuk Piala Dunia?..

Ini Cara Nak Sambut Perayaan Bukan Islam! Jangan Ikut Isham Rais


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.


Sumber: e-Fatwa


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Jangan terkeliru dengan tindakan orang lain..rujuk kepada yang pakar lebih-lebih lagi apabila ia mengenai hukum Islam..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk