28/01/2016

Kenyataan Anwar - Akui DAP Pakar Kelirukan Rakyat?



Anwar sebagai Ketua Pembangkang bukannya tidak tahu tentang DAP. Pada tahun 1986 lagi dia telah keluarkan kenyataan bahawa DAP ini merupakan ancaman kepada rakyat Malaysia khususnya melayu.

Namun kerana kuasa dia telan dan jilat semula apa yang pernah diperkatakan. Kepada yang hanya percaya apa Anwar cakap. 

Baca keratan akhbar di atas yang mana Anwar sendiri ada menyebut tentang DAP yang memang menolak keharmonian berbilang kaum di Malaysia. 

Tengok sahaja Teresa Kok dan Tony Pua, tak habis-habis menyakitkan hati orang Islam dan Melayu. Apapun pasal DAP, Anwar yang cakap macam itu. Anda nilai sendiri.

K7L : Kalau pernah cakap dulu..tak mustahil dia sebenarnya tahu apa agenda DAP..

DAP Tak Mahu Beri Dana Pada Calon PKR - Melainkan Mereka Atas Tiket DAP?



PRN Sarawak yang ke 11 akan berlangsung tidak lama lagi. Pihak Pembangkang PKR dilihat sudah tiada isu untuk diketengahkan di PRN Sarawak hingga ada cadangan daripada mereka untuk meletakkan calon, muda dan cantik yang baru keluar dari Universiti.

Namun begitu, tindakan ini mendapat bangkangan. Kerana 'orang-orang lama' sudah lama tunggu untuk dicalonkan menjelang PRN kali ini.

Maklumat terkini yang diterima dari Sarawak memberitahu PKR menderita dan merana dalam usaha mencari penaja dan penderma untuk PRN ke 11 SARAWAK. DAP sudah tidak mahu lagi menghulur dana kepada PKR kerana ahli DAP tidak mahu PKR guna dana mereka.

PKR dilihat tiada berpotensi untuk menang. Lalu DAP berhasrat untuk mengambil peluang dari PRN ini untuk kuasai pembangkang Sarawak. Mereka percaya dan yakin untuk menang dua pertiga berdasarkan kajian dan pelan terancang mereka.

Kini DAP letakkan syarat kepada ahli PKR yang mahu dicalonkan supaya lompat parti dan bertanding bawah lambang DAP. Jadi mungkinkah PKR akan terkubur di Sarawak? Jangan lupa kisah Baru Bian dan Wong Ho Leng.

Baru Bian dikatakan calon KM jika Pakatan menang ketika itu namun Wong Ho Leng juga dijanjikan untuk jadi KM jika menang, Akhirnya mereka dua dua kalah dan BN tetap dengan pendirian untuk satu nama sahaja.

Apapun semoga PKR Sarawak terus berkubur dengan baiknya.

K7L : DAP tak ada calon sampai ambil calon orang lain?..

Tony Pua DAP Hina Pensyarah Melayu - Melayu Nak Diam?



Tony Pua memperlekehkan pensyarah Melayu.

Naib Presiden Ilmuan, Dr Mohamad Khazani Abdullah berkata kenyataan Pua yang menyifat pensyarah-pensyarah Melayu dipilih bukan berasaskan kelayakan adalah suatu pemikiran songsang dan merbahaya.

“Amat malang sekali, apabila pimpinan utama DAP seperti Tony Pua membuka pekung pemikiran yang songsang dan merbahaya ini.

“Pemikiran sebeginilah yg disaksikan sejarah apabila Hitler dan Nazinya melakukan kekejaman pembersihan bangsa Yahudi di Eropah.

“Pemikiran ini juga menjadi asas kepada pelbagai kekejaman di seluruh dunia melibatkan pembersihan etnik, di Afrika, di Bosnia, di Myanmar dan pelbagai tempat lagi.

“Adakah Tony Pua akan memastikan tiada orang “Melayu” menjadi guru dan pensyarah jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah nanti?,”katanya dalam satu kenyataan.

 

Dr Mohamad Khazani (foto) berkata kenyataan Pua itu mencerminkan pemikiran DAP adalah rasis.

“Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

“Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

“Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan.

“Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi,”katanya lagi.

K7L : Tolak DAP!...

Lim Kit Siang Membisu Isu BTN - Kenapa Tak Komen?



BTN sedang usahakan untuk dapat timbal balas pelbagai pihak berkenaan penjenamaan semula BTN. Pembangkang dan puak liberal pun dijemput sama untuk beri pandangan. Lihat TMI di SINI

Ahli parlimen DAP dari Kepong memberi komen yang baik dan menggalakan. Nampaknya banyak imej buruk terhadap BTN lahir dari hasad dengki dan gambaran buruk Lim Kit Siang.

Beliau masih menutup minda dan hati untuk berdegil menuntut BTN ditutup dan menggunakan G25 yang sokong khalwat dan liwat sebagai asas hujah. Baca di SINI

Tepat sekali analisa RPK tentang sikap dan perangai buruk DAP di SINI dan SINI. Padan mereka susah nak dapat sokongan Melayu dan undi DAP akan menurun sebab DAP.

Oleh sebab masih in-denial maka mereka hanya salahkan UMNO dan bukan diri sendiri. Kini kita hanya menunggu apa kata Lim Kit Siang selepas Ahli parlimen DAP kata bagus?

Tapi rasanya kemungkinan besar Ahli parlimen Kepong akan ditukar selepas ini.

K7L : Cakap banyak...

Amanah Kelantan Ditanam Hidup-Hidup Oleh PAS?



Pas Kelantan mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan beberapa penghulu yang didapati cenderung menyokong Parti Amanah Negara (PAN), atau terlibat secara langsung dengan program anjuran parti itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan keras itu diambil bagi memastikan semua penghulu serta pemimpin akar umbi menyokong penuh kerajaan negeri yang memerintah.

“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan, sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.

“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Penghulu 2016, di sini hari ini.

Penyampaian watikah kepada 790 penghulu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penghulu yang disingkirkan kerana menyokong PAN.

Beliau berkata, selain pecat, antara tindakan lain boleh dikenakan terhadap penghulu yang menentang kerajaan negeri ialah amaran dan digantung tugas.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Presiden Pas memberitahu, keputusan kerajaan negeri mengarahkan premis menjual vape dikosongkan sebelum 1 Februari ini adalah muktamad walaupun menerima bantahan.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung memorandum bantahan peniaga yang diserahkan kepada kerajaan negeri baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai hakisan di sekitar Pantai Pulau Kundur serta beberapa kawasan lain akibat fenomena air pasang besar, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sedang memantau keadaan di lokasi kejadian.

“Kita minta JPS pantau dan sediakan laporan supaya kita boleh hantar hasil laporan itu kepada Kerajaan Pusat untuk tindakan susulan seperti membina benteng atau meletakkan batu,” katanya.

K7L : Padan muka..

Guru Cemerlang Ugut Bom Pemimpin Negara? - Tak Bijak!



Guru yang juga seorang penjawat awam di Johor mengugut akan BOM dan POTONG KAKI Perdana Menteri Malaysia. Benda ini bukanlah satu benda yang baik malahan ianya datang daripada seorang guru.

Pertama sekali bukan semua guru tidak bijak seperti dia ini. Marah macam mana sekalipun negara ini ada undang-undang. Kalau kita diugut bunuh atau apa-apa sudah tentu kita pun akan membuat laporan.

Inikan pula ugutan berbaur ancaman kepada pemimpin negara. Ramai kakitangan awam hidup dalam dunia 'dilema siber'. Adakah akaun media sosial hak peribadi atau separuh hak tersebut melibatkan kerjayanya sebagai kakitangan awam.

Sudah sampai masanya setiap Kementerian dan Jabatan serta agensi berperanan dalam menangani isu ini bagi mendidik kakitangan awam tahu apa yang boleh dan tak boleh dalam melayari dunia siber.

Pihak polis sewajarnya mengambil ugutan guru ini sebagai serius kerana ianya merupakan satu ancaman bunuh kepada pemimpin negara.

K7L : Mengajar di pedalaman Sarawak mahu?.. kata guru cemerlang kan.....

27/01/2016

Cerita Pasal Minyak Turun - Video Wajib Tonton!



Harga minyak dunia dilihat turun kerana permintaan dan bekalan pasaran (market supply and demand) tetapi fakta-fakta game changer yang telah mengubah lanskap pasaran.

Ikuti video berikut:


Belum lagi cerita potensi perang berlaku di Timur Tengah, Balkan dan juga Laut CIna Selatan. Tengok elok-elok dan faham dengan mata hati.

K7L : Jangan semua benda nak salahkan kerajaan..

Konsep Tabbayun - Tabung Haji Dan Fitnah



 

Sejak dua menjak ini kita banyak sangat menerima berita-berita panas yang tidak tahu akan kepastiannya. Apa yang perlu kita beringat sekarang adalah menyebarkan berita yang tidak ada kepastian sebenarnya akan mengundang kekeliruan dan salah faham.

Sebab itu konsep tabayyun perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia. Hairan! Suka betul sebar menyebar berita yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal. Apapun sama-sama kita muhasabah diri dan hadam konsep tabayyun.

Konsep Tabayyun

1. Mari lah kita sama sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah dgn bersungguh sungguh melaksanakan perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya

2. Allah telah beri nikmat yg terlalu byk pd manusia antara nya nikmat deria kita

3. Kesemua bahagian deria kita akan dipersoalkan oleh Allah

4. Surah Israq ayat 36 - dan jgn lah engkau mengikut jika engkau tidak mengetahui nya sesungguhnya semua deria akan disoal

5. Fitnah zaman teknologi ini semakin mudah disebarkan dan diperolehi hinggakan tidak mampu ditapis

6. Ditambah kan dgn sikap sambil lewa kita utk tidak menyemak fakta fakta nya

7. Oleh itu ia boleh mengundang firnah, kecelakaan dan kemusnahan

8. Sebab itu Islam menggunakna konsep Tabayyun

9. Tabayyun bermaksud, menyiasat, memeriksa, menilai, tidak tergesa gesa meyebarkan sesuatu maklumat

10. Tabayyun juga menyuruh umat islam berhati hati dgb menggunakan konsep Tabayyun bagi mengelak fitnah

11. Fitnah adalah api, racun dan barah yg akan menghancurkan perpaduan umat islam

12. Tabayyun lah supaya kita tidak menyebar fitnah

13. Seburuk buruk manusia adalah mereka yg menyebarkan fitnah

14. Sekeji keji manusia adalah mereka yg berjalan menaburkan fitnah bagi memecahkan rumah tangga dan hubungan sesama manusia

15. Dalam menjaga hubungan antara manusia konsep Tabayyun ini sgt penting utk diaplikasikan

16. Apabila kita semua mempraktik kan konsep Tabayyun ini kita dapat memerangi berita berita palsu yg akan menyebabkan fitnah

17. Ingatlah Al Quran dan hadis telah mengingatkan org yg menabur fitnah itu tempat nya adalah dineraka jahanam yg terbawah sekali dan adalah syaitan yg bertopengkan manusia.

18. Konsep Tabayyun - hanya berkata kata perkara yg benar, merujuk perkara yg tidak kita ketahui kepada pakar, sentiasa ingat mengingati sesama kita untuk memeriksa maklumat maklumat yg kita terima


K7L : Berhenti sebarkan.. biarkan ia mati di situ..

ADUN PKR Pulau Pinang Beri Amaran Kepada Rakyat Sarawak?




Rakyat Sarawak mungkin tidak tahu bahawa di Pulau Pinang, kerajaan dibawah pentadbiran DAP mengabaikan pembangunan rakyat di kawasan pedalaman.

Apa yang menarik ialah kawasan DUN Menanti adalah dibawah kendalian ADUN PKR, rakan DAP dalam Pakatan Harapan!

ADUN PKR Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin menangis kesedihan semasa sidang DUN Pulau Pinang kerana luahan dan persoalannya mengenai pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, semua 28 kawasan di DUN Penanti adalah kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti pengangkutan, mesin ATM dan banyak lagi.

"Saya sedih sangat...sebab kerajaan ini (Pulau Pinang) sepatutnya...DAP adalah satu parti yang sosial demokrat...apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Sebelum memerintah, DAP menabur janji manis kepada rakyat di kawasan tersebut; slogan UBAH menjadi bahan kempen. Namun apa yang terjadi, selepas menang, DAP meminggirkan kawasan tersebut.

Berbalik kita kepada keadaan atau senario politik di Sarawak, DAP menabur janji kepada rakyat seolah-olah segala masalah rakyat akan selesai apabila mereka (DAP) diberi peluang untuk memerintah.

Sedangkan rakyat di Sarawak tidak tahu keadaan sebenar; keluhan bukan setakat dari penyokong BN, malah rintihan penduduk di DUN PKR Pulau Pinang turut diabaikan oleh DAP.

DAP Sarawak fokus kepada kawasan pedalaman Sarawak yang mana menurut mereka semua kawasan pedalaman akan penuh dengan projek pembangunan sekiranya DAP atau Pakatan Harapan diberi peluang memerintah.

Bagaimana rakyat di Sarawak mahu percaya dengan janji manis DAP? Kawasan rakan sepakatan (PKR) diabaikan, inikan pula mahu membangunkan kawasan di Sarawak yang sekarang ini berada di dalam kawasan Barisan Nasional Sarawak.

Apa kemampuan DAP Sarawak? Walhal kawasan bandar yang dimegah-megah oleh DAP sebelum ini dibangunkan menggunakan peruntukan projek dari kerajaan Pusat dan Negeri Sarawak (Barisan Nasional).

Penyokong PKR Sarawak pula jangan jadi seperti PKR Pulau Pinang. Bukti video diatas sudah cukup untuk mengajar bahawa DAP bukan sekadar berjanji kosong, malah mereka (DAP) juga hanya mementingkan agenda parti, bukan membantu rakyat.


K7L : Jangan Pilih DAP!

Apa Pula Kata Bank Negara Malaysia Pasal Surat Kepada Tabung Haji?



Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :

1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.

Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut - iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.

4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.

Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata - ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion - yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion - atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.

Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.

Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.

K7L : Apa lagi mereka nak burukkan?..

Tabung Haji - Datuk Azeez Jawab Dan Beri Penjelasan!



Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamaed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH adalah imbuhan bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya Abdul Azeez berkata, siapapun yang dilantik TH sebagai ahli lembaga pengarah pasti akan ada ‘modal’ lain yang digunakan pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini juga mengundang pelbagai fitnah.

“Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.

“Orang di luar sana akan tetap mengata saya, sebagai contoh jika saya lantik peguam lain seperti Tan Sri Shafee Abdullah nanti orang akan cakap sebab kulit sama (kroni). Niat saya ikhlas untuk menjaga pencarum dan jemaah kita dengan meletakkan pengamal undang-undang dalam TH,” kata Abdul Azeez kepada BNBBC.my.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, pelantikan Apandi tiada sebarang ‘conflict of interest’ memandangkan pemegang jawatan itu hanya akan menerima elaun kehadiran tanpa sebarang gaji.

“Beliau adalah sebagai ahli lembaga pengarah sahaja dan lantikan pula bulan lalu, kalau saya lantik bulan depan, lagi orang akan melihat ia sebagai ‘rewards’ kepada beliau. Selagi saya ni UMNO dan Barisan Nasional fitnah akan berterusan saya harap Allah beri hidayah kepada mereka,” katanya.

Untuk rekod pelantikan Apandi berkuatkuasa 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pencarum TH tidak terlalu bimbang dengar khabar angin apabila TH dikatakan kekurangan dana.

“Dividen akan diumumkan sebelum Tahun Baru Cina. TH tidak menghadapi masalah tekanan kewangan, rugi, duit hilang dan sebagainya, semuanya ini fitnah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kebocoran surat peringatan daripada Bank Negara kepada beliau, Abdul Azeez berkata perkara itu akan dilaporkan kepada pihak polis dalam masa terdekat.

“Saya yakin GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) yang lain juga ada terima surat berkenaan dan saya pun sudah balas kepada (Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara). Hari ini saya sudah drafkan laporan polis meminta disiasat bagaimana mereka boleh menerima surat yang disifatkan sebagai sulit,”

“Saya juga sudah ada Peguam Negara di TH jadi saya akan minta nasihat daripada beliau,” kata Abdul Azeez secara berseloroh.

K7L : Macam-macam cara orang nak jatuhkan sekarang ini...

Penjelasan TH - Simpanan Selamat - Jangan Percaya Spekulasi!



Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendeposit-nya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat.

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) .

Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus TH adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan – Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik.

Tahun 2015 adalah mencabar dan hasil daripada Strategi Alokasi Aset dan Pengurusan Risikonya ia telah dapat menjana pulangan pendapatan yang baik. Walaubagaimanapun TH juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Oleh yang demikian dalam menetapkan kadar bonus TH mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Contohnya aset tunai sahaja pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM10.7 bilion.

Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. TH juga tidak pernah lari dari tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke 5.

Merujuk kepada surat BNM yang menyatakan nilai aset TH lebih rendah dari liabiliti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mencabar dan kelembapan pasaran saham. Untuk mengukuhkan kedudukan TH, BNM memberi cadangan agar mengkaji semula polisi rizab TH.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam berkaitan kerajaan, TH sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan langkah dan keperluan risiko dipatuhi. TH mengambil maklum saranan BNM untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

Untuk makluman pendeposit, nilai Aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama potfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan tidak mengambil kira potfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH.

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti TH, dimana ia mengambil kira kesemua nilai saksama potfolio pelaburan TH.

Ingin saya sarankan agar para pendeposit lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui media sosial. Oleh yang demikian saya ingin menegaskan bahawa TH tidak menghadapi masalah kewangan.

Tabung Haji juga tidak pernah lupa objektif penubuhannya dalam membantu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. Prestasi cemerlang TH serta pemberian subsidi haji dan bonus kepada pendeposit saban tahun membuktikan kedudukan Kewangan TH adalah kukuh.

Insyallah, TH akan mengumumkan bonus pada awal bulan Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun.

Tan Sri Ismee Ismail
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji

K7L : Ada pihak yang sengaja bimbangkan pendeposit Tabung Haji...

26/01/2016

BN - PKR - Amanah Atau DAP - Pemimpin Mana Kau Mahu?



Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, nescaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, nescaya rakyatnya akan sengsara. 
Oleh kerana itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
orang2 yang zalim” (At Taubah:23)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang
menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan
melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia
muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)

Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, nescaya dia tidak akan memperoleh bau syurga”.
(HR. Bukhari)


Pilih pemimpin yang mahu mencegah dan memberantas kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi, dan skandal seks.

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia
merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka
hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu,
maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah
selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang mampu mempersatukan umat, bukan yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri. Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan dalam Al Qur’an:

” … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian, orang-orang Muslim, dari dahulu … .”
(QS. Al Hajj :78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir menukil satu hadis yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah
maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.”
Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa
dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat,
walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian
dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas
kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba
Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda:

adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu
hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh
Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan
berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang
sebelum kamu itu rosak/binasa kerana apabila
orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka
bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri,
mereka berikan kepadanya hukum’.

(HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan
sebagai saksi kerana Allah. Dan janganlah rasa benci
mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah,
kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu menjual aset negara atau kekayaan didalam Malaysia untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

K7L : Kami pilih Barisan Nasiona.. Kami Sokong DS Najib Razak...

DAP Mula Cari Ahli PAS Selangor Untuk Jadi Jentera PRU14?



DAP yang telah hilang keyakinan terhadap PAS di Selangor bagi menarik pengundi-pengundi Melayu apabila secara halus dan senyap mula merayap ke akar umbi bagi menawarkan ramai Melayu membuka cawangan-cawangan DAP. 


Apa yang menghairankan Keris semua perkara di atas seolah-olah tidak ternampak oleh BN terutamanya UMNO dalam melakukan gerakan secara agresif dan besar-besaran bagi menggempur kerajaan negeri di bawah pakatan dan seterusnya memastikan kemenangan BN pada PRU 14 kelak.

Atau mereka terlalu asyik dengan bermain politik sekitar parti sahaja dengan percubaan untuk menonjolkan diri bagi ‘terlihat jelas’ oleh pucuk pimpinan dalam soal kepastian mereka terpilih sebagai calon PRU 14 di kawasan masing-masing? Demikian itu tugas bagi menyerang dan melemahkan kerajaan negeri bukanlah satu agenda yang utama!

Desas-desus mengatakan kumpulan DAP melayu ini sedang berusaha untuk menjadikan ahli PAS sebagi ahli mereka dengan menggunakan alasan 'PAS tidak kuat', 'PAS tidak relevan' dan 'PAS tiada kuasa untuk mempertahankan melayu'. Sungguh keji taktik DAP untuk meraih undi melayu, rakan dalam pakatan pun dirosakkan demi untuk melawan UMNO. 

Adakah ini yang rakyat Malaysia mahu? Kuasa PR bukan kepada Anwar Ibrahim namun ia seakan memberi kuasa mutlak kepada DAP. Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor. Pemimpin utama diterajui oleh orang melayu namun sistem pemerintahan dan pelaksaanan dikawal oleh DAP. Anda pilih, anda dapat!

K7L : Jangan terpengaruh dengan dakyah DAP!..Mereka penindas melayu!..mereka anti-melayu!

Pegawai JPJ Yang Jadi 'Orang Tengah' Sindiket Kereta Klon Akan Ditangkap?


 

Sindiket pengklonan kereta memperoleh bantuan orang dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Timbalan Ketua Pesuruhjaya Malaysia (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, lapor The Star.

Memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin menumpaskan sindiket pengklonan kereta, Mustafar mendedahkan daripada 21 orang suspek yang ditahan terbabit dengan sindiket itu, lapan adalah pegawai JPJ.

Nampaknya pihak JPJ akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat tanpa mengira pangkat atau status. SPRM juga bekerjasama dengan skuad khas JPJ yang terdiri daripada 25 orang anggotanya untuk mengenal pasti pegawai yang terbabit dalam pemalsuan cukai jalan dan dokumen pendaftaran kereta.

Maka kita akan lihat ramai yang akan kena mungkin. Yelah! Entah berapa ramai yang telah ditipu oleh sindiket sebegini. Kasihan juga mereka yang teraniaya. Kes penipuan kereta sebegini pun bukanlah baru.

K7L : Kita pun tak payah beria nak pakai kereta mahal tapi beli murah..

Guan Eng Jual Penang Secara Senyap-Senyap?



BENARKAH Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.

Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.

Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah dedah WakeUp Malaya yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.Lim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

“Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

“Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

“Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,” soal WakeUp Malaya.

Selanjutnya, sila baca “Misteri Nombor Plat ‘PENANG’ Di Hong Kong Terjawab



Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.
Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.

Selanjut, sila baca “Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…
Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.

“Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.

“Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,”lapornya.

Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.

Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.

Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.

“Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.

“Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.

“Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

“Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.


K7L : Siapa yang merompak rakyat?... 

Apabila Syarikat Yang Sokong DAP Cuba Masuk Tender Sarawak?



Penyokong kuat DAP, Sunway Group sudah berani membida projek Lebuhraya Borneo Utara di Sarawak. Hebat penyokong parti 'cauvinist' Cina ini. 

Mereka tidak malu-malu untuk secara terang-terangan menyokong perjuangan parti DAP tetapi pada masa yang sama mereka masih mengharapkan kontrak dan projek daripada Kerajaan Pusat. Muka tebal dan tidak tahu malu.


Masih mahukan projek Kerajaan tetapi terang-terang sokong musuh BN. Harap sangat mereka tidka dapat. Jika tidak mana tahu mereka juga 'menderma' kepada DAP untuk dana politik.

Tidak mustahil mereka memang mahukan LGE jadi PM dan terus menyokong sebab mereka nak banyak lagi projek. Hati-hati banyak musang sekarang ini. Apapun lawan DAP dan konco-konconya leboh baik daripada lawan sesama sendiri.





K7L : Banyak hal..

Isu Kedah - MB - Mukhriz - Harap Selesai Terus!



Keris bersetuju dengan pandangan yag ditulis oleh mentor blogger MiM yang berpegang kepada aspirasi parti yang berteraskan kepada sebarang permasalahan parti yang mesti menggunakan saluran dalaman parti. Selesaikan secara berhemah dan dengan segera di dalam parti.

Sebelum ini beliau telah menulis, DS Mukhriz Mahathir memegang 2 jawatan tertinggi di Kedah iaitu :

1. Pengerusi UMNO negeri Kedah
2. Menteri Besar Kedah

Sebagai Pengerusi UMNO negeri, kita rujuk Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

Untuk jawatan Menteri Besar Kedah pula, kedudukan Mukhriz Mahathir hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Oleh kerana tiada sidang DUN Kedah sekarang, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah kerana Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ketika ini memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.

Dalam masa yang sama, politik ini ibarat viscous cycle tetapi dalam masa yang sama, seperti satu trend di mana kepimpinan UMNO tidak lagi menggunakan saluran dalaman parti untuk mengemukakan permasalahan.

Akibatnya, timbul pelbagai spekulasi yang tidak enak tentang parti UMNO dan pakatan pembangkang akan tepuk tangan keriangan kerana rakyat tidak lagi fokus kepada betapa teruk dan tidak efesiennya Pembangkang.

Ironinya, ahli-ahli parti diminta dan dimomokkan supaya menghormati kepimpinan, tidak menegur secara terbuka dan menggunakan saluran dalaman parti. Jangan ajar ahli untuk buat benda yang sama.

Kita pun tak suka ahli buat begitu. Maka jangan hapuskan lagi kepercayaan yang ada. Sepatutnya pertemuan dua muka antara pihak yang tidak berpuashati dengan YAB Presiden lebih baik.

Tidak mahu salahkan siapa-siapa namun mohon selesaikan dengan baik dan segera.

K7L : Harini kita lawan sesama sendiri lebih galak daripada melawan pembangkang.

22/01/2016

13 Perkara Yang Dipersetujui Oleh Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Sarawak



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyenaraikan 13 perkara yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dalam penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adenan berkata adalah dipersetujui bahawa:

* Para Pegawai Undang-undang Negeri diberi tauliah oleh Pendakwa Raya mengikut Kanun Tatacara Jenayah untuk membuat pendakwaan bagi kesalahan mengikut Ordinan negeri daripada peringkat seseorang itu dikenakan pertuduhan di mahkamah rendah, hinggalah ke peringkat rayuan.

* Penurunan kuasa dibuat kepada pegawai negeri untuk mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam pelantikan pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuk perkhidmatan perguruan dan perubatan.

* Jawatan dalam Jabatan Imigresen Sarawak diperkemas bagi menambah baik fungsi penguatkuasaan di negeri ini melalui penambahan 100 jawatan baharu, dengan pengisian sepenuhnya dibuat menjelang akhir Februari 2016.

* Nisbah guru kelahiran Sarawak yang berkhidmat di negeri ini dinaikkan kepada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah guru di Sarawak menjelang 2018, dan untuk memastikan sasaran ini tercapai, guru sementara dari pasaran terbuka dipertimbangkan dari semasa ke semasa dan mereka ini mendapat Diploma Pendidikan semasa tempoh mengajar.

* Kuasa warden trafik bagi Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak diberi kepada Majlis Bandaraya Miri, selain Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

* Rundingan perlu dibuat dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu permohonan permit perikanan laut dalam dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian Permit Perikanan Laut Dalam untuk dipertimbangkan.

* Rundingan perlu dibuat dengan kerajaan negeri dalam merangka undang-undang persekutuan yang mempunyai kaitan atau memberi kesan terhadap kerajaan negeri Sarawak seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

* Perancangan projek persekutuan di Sarawak memberi keutamaan kepada Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Sarawak, berdasarkan kelulusan bajet. Pelaksanaan projek ini perlu dirujuk/dirundingkan antara kementerian dan kerajaan negeri seperti dalam menentukan lokasi sekolah, hospital dan pelaksanaan projek pembangunan lain.

* Kementerian mengambil langkah perlu untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar daripada kalangan rakyat Sarawak bagi Program Ijazah Perubatan. Rakyat Sarawak akan diberi lebih banyak peluang untuk mengikuti program pengajian asasi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

* Bidang berkaitan yang boleh diperturunkan kuasa dikenal pasti untuk diperturunkan kuasa Ketua Pengarah mengikut Seksyen 49 Akta Kualit Alam Sekitar 1974 kepada pegawai/jabatan negeri.

* Pembangunan projek perumahan di Sarawak dilaksanakan semula melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama bagi memastikan agensi negeri terlibat sepenuhnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek berkenaan di Sarawak.

* Pembangunan sukan di Sarawak diuruskan secara bersama dengan kerajaan negeri. Kementerian Belia dan Sukan kini dalam proses memperkemaskan Akta Pembangunan Sukan 1997, yang dijangka selesai menjelang akhir 2016.

* Kerajaan negeri melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua jawatan akan dipindahkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50 peratus daripada kos yang terlibat seperti yang diputuskan Majlis Kewangan Negara.

Adenan berkata syarat penurunan kuasa pentadbiran ini telah dipersetujui dalam fasa pertama rundingan penurunan kuasa antara kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan, manakala rundingan fasa kedua akan menyentuh tentang hak negeri ini (pencerobohan persekutuan terhadap kuasa negeri), dan fasa ketiga mengenai permohonan royalti minyak dan gas.

K7L : Tahniah!.. BN Kekal Sarawak!

Kisah Misteri No Plat PENANG Di Hong Kong Tededah?



Misteri nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang digunakan oleh Lim Guan Eng jika beliau berada di Hong Kong telah pun berjaya dibongkar. 

Plat terbabit digunakan oleh sebuah BMW 7-Series sebelum ini tetapi sekarang ianya digunakan oleh sebuah Mercedes Benz S-Class yang terbaru.

Ianya dimiliki Datuk Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, yang membuat pelaburan secara ekslusif di luar Malaysia. 

Sumber

Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?

Ini kerana, Lim Guan Eng kerap berkata yang buruk mengenai Malaysia kepada media dan pelabur di Hong Kong dan berkata Malaysia akan bangkrap dan beliau risau apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysia. 

Datuk Cheah Cheng Hye adalah pengurus dana serta pengerusi dan CIO bersama Value Partners, sebuah syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong dengan fokus kepada Tanah Besar China. Sekarang, Cheah menguruskan dana Value Partners Classic Fund dan dana lain di dalam kumpulan.

Pada tahun 2013, Cheah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.

K7L : Siapa dia?

Tony Pua Kaki Fitnah Cuba Ajar Tantawi Jangan Fitnah LGE?



Pemfitnah utama DAP untuk memfitnah kerajaan adalah Tony Pua. Kalau dalam PKR mereka ada Rafizi Ramli. Dalam PAN mereka ada seluruh ahli sebagai pemfitnah dan penipu rakyat.

Agak lucu apabila orang yang gemar fitnah dan jadikan ia sebagai profesion cuba mengajar Tantawi. Walhal apa yang tantawi katakan itu ada benar jika tidak masakan LGE tidak berani menyaman Tantawi?

Keris sediakan surat terbuka untuk Tony Pua yang ditulis tahun lepas. Baca dan fikir sendiri. Siapa yang memfitnah paling banyak?


Salam sejahtera,

Mari kita dengar semula tuduhan Tony Pua yang dengan bangganya membuak-membuak, menyalak-nyalak dan menjerit-jerit di sini

Sebagai orang politik, kelantangannya itu menjadikan Tony Pua hero baru DAP dari Oxford. Ramai orang mempercayainya buta-buta dan menelan bulat-bulat fitnah Tony Pua.

Selepas lebih setahun segala macam penghinaan, penipuan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan Tony Pua ke atas 1MDB, akhirnya menuju ke klimaks minggu lalu. CEO 1MDB, saudara Arul Kanda menerima cabaran Tony Pua untuk berdebat satu lawan satu.

Satu Malaysia tersentak dengan keberanian Arul Kanda. Namun, satu dunia terkejut dengan kebaculan, ketakutan dan kehinaan Tony Pua yang tiba-tiba menjadi kecut, takut dan malu untuk berhadapan dengan Arul Kanda! Tony Pua dan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kelam-kabut. Lim Guan Eng, DS Dr. Wan Azizah dan Mohd. Sabu terpaksa mengeluarkan surat siaran media mengumumkan pengganti Tony Pua. Kasihan mereka sungguh kelam-kabut.

Jika jawatan sebagai ahli PAC menghalang untuk berdebat, letaklah jawatan itu. Susahkah meletak jawatan PAC itu? Anda sudah terlanjur menghuru-harakan negara dengan segala macam fitnah ke atas 1MDB, mengapa tiba-tiba anda takut ke hadapan untuk mempertahankan fitnah-fitnah anda itu? Janganlah menjadikan jawatan dalam PAC sebagai alasan. Itu bukan cara DAP yang rakyat ketahui ! Cara DAP ialah anda tidak akan melangkah ke belakang.

Sebagai wakil rakyat malah lulusan Oxford yang anda bangga-banggakan semasa kempen PRU 2008 dahulu, anda patut rasa sangat-sangat malu dengan sikap anda yang tidak berani berdepan dengan cabaran yang anda sendiri laung-laungkan. Sekiranya anda seorang wakil rakyat yang bermaruah dengan menjual kononnya generasi Oxford terhebat di Malaysia, kamu patut meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Saya tidak pernah membaca karektor pemimpin berbangsa Cina yang takut berdebat seperti anda!

Sebelum ini, Datuk Chua Soi Lek pun tidak lari apabila diasak supaya berdebat dengan Lim Guan Eng. Manakala TS Koh Tsu Koon walaupun kerajaannya tewas dalam PRU 2008, tetapi masih maju ke hadapan berdebat dengan Lim Guan Eng. Jadi mengapa anda memberi pelbagai alasan?

Saya percaya ahli-ahli DAP sendiri telah menunjukkan kemarahan dan kebosanan dengan sikap memalukan anda itu. Sebab itulah dalam Kongres DAP Selangor dua minggu lalu, undi anda jatuh merosot di tangga ke-8 dengan hanya undi 495. Ronnie Liu pun berjaya mendapat 649 undi manakala Gobind Singh jauh di hadapan dengan 736 undi. Anda semakin tidak relevan di dalam DAP dan politik nasional. Ianya ditambah lagi ketakutan anda untuk menyahut cabaran debat ini, anda telah memalukan dan menjatuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin DAP yang lain.

Dengan kemajuan rasionalisasi hutang syarikat 1MDB melalui bisnes anak syarikat 1MDB dalam Edra dan IPIC, saya percaya tempoh 6 bulan boleh dicapai untuk melangsaikan hutang-hutang 1MDB. Anda pasti cemburu kerana syarikat 1MDB semakin berjaya mengurangkan jumlah hutang perniagaannya daripada RM42 Bilion kepada RM37 Bilion (Ogos, 2015). Sementara Edra akan melangsaikan sekurang-kurangnya RM16 Bilion-RM20Bilion dalam masa terdekat. Manakala, IPIC pula akan menyelesaikan sekurang-kurangnya RM11 Bilion-RM12 Bilion. Aset-aset tenaga 1MDB di Pakistan, Bangladesh, Abu Dhabi dan Mesir pula tidak terusik.

Saya percaya, masa sudah tidak memihak kepada fitnah-fitnah anda. Mungkin anda boleh bawa beribu emel-emel dari Sarawak Report, mungkin anda boleh membuat salinan beratus-ratus artikel dari AWSJ, NYT, Malaysiakini, The Malaysian Insider, tetapi saya yakin anda akan bergetar-getar apabila Arul Kanda hanya akan membawa satu fail dokumen berstatus Primer berbanding dokumen-dokumen anda yang dipungut dari sumber Sekunder malah barangkali sumber dari kedai kopi atau group whatssapsahaja.

Hari ini, ketidakpastian pasaran ekonomi dalam negara sudah terjawab bilamana anda gagal mempertahankan segala tuduhan-tuduhan anda ke atas 1MDB. Rakyat sudah dapat jawapannya, ahli perniagaan sudah tahu jawapannya, iaitu semua tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah politik semata-mata. Apakah buktinya? Buktinya Tony Pua tidak berani mempertahankan segala tuduhan-tuduhannya sejak berbulan-bulan lamanya dengan tidak berani berdebat dengan Arul Kanda.

Tony Pua sudah tidak relevan! Saya mencadangkan supaya anda meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Di luar negara, anda kelihatan sangat terok kerana anda telah memalukan Parlimentari dan Demokrasi negara Malaysia.

University City,
Persiaran Wharton School
Dan Graduate Education School,
Pennyslavania, USA.

November 6, 2015.
K7L : Fitnah banyak ada hati nak ajar orang?..

Nasrudin Ugut Guan Eng Dengan Skandal Terowong?



Cerita pasal LGE tak teruskan niat untuk saman Nasrudin Tantawi adalah kerana bimbang skandal terowong didedahkan? Skandal apakah itu? Keris cuba cari sedikit maklumat tentang perkara itu.

Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini


Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. 

Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?

Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilaiRM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun.Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar.

Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion.

Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.

Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiapkilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia.

Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis
Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun.

Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut.

Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?

Misteri Disebalik Tender Terbuka?

Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain.

Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yangmempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012.

Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.

SM Mohamed Idris vs Lim Guan Eng

NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip ‘semak dan imbang’ dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan.

Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.

SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.

Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.

Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telahmempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.

Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat?

Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.

Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.

Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP

Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini.

Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

To be fair, apakah Lim Guan Eng DAP berani menangkis pendedahan yang memalukan beliau ini? Atau anak Lim Kit Siang DAP itu akan menunding pihak lain seperti biasa dan buat-buat tidak nampak isu besar yang mempertikai integriti beliau ini?


K7L : Ada goyang?..

Berhenti Biasiswa JPA Hanya Satu Kajian Awal - Cuba Jangan Percaya Bulat-Bulat!



Malaysiakini sekali lagi menjadi lidah penyebar fitnah nombor satu apabila memutar belitkan berita seolah-olah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa biasiswa Japabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibekukan. 

Namun begitu carian tajuk berkenaan hari ini mendapati Malaysiakini sudah memadamkan berita berkenaan. Malaysiakini dah 'delete' setelah penipuan mereka terbongkar.

Malah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Pengangkutan Awam (JPA).

Apa yang berlaku sebenarnya adalah Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, TS Dr Ali Hamsa supaya mengkaji semula langkah menghentikan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang. 

Dr Wee Ka Siong berkata, beliau telah membangkitkan isu itu dalam Kabinet selepas menerima pelbagai aduan daripada pelajar-pelajar cemerlang.

Beliau turut menganggarkan pemberhentian pemberian biasiswa yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan itu akan memberi kesan kepada 700 pelajar cemerlang. Dr Wee berkata, kajian semula harus dijalankan dengan secepat mungkin memandangkan universiti sesetengah negara seperti Australia akan memulakan sesi pengajian seawal Februari ini.

Akhbar Sinchew Daily adalah akhbar yang mula-mula melaporkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsang mendorong kerajaan mulai tahun ini menghentikan pemberian biasiswa untuk semua jurusan di universiti tempatan dan luar negara.



Dr Wee berkata, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memahami beban rakyat bertambah dalam keadaan semasa dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mengkaji pendekatan baharu," katanya. Dr Wee bagaimanapun memberitahu beliau tidak seratus peratus yakin akan wujud perubahan dalam isu biasiswa JPA. Katanya, pelajar mungkin hanya boleh memohon biasiswa JPA selepas pendekatan baharu dikenal pasti kerajaan.

Ssebelum setiap bajet tahunan disediakan, Kementerian Kewangan (MOF) akan memohon setiap kementerian dan agensi-agensi yang berkenaan mengemukan jumlah setiap kementerian dan agensi perlukan untuk perbelanjaan mereke termasuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi untuk tahun berkenaan.

Untuk pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan di umumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Februari ini, begitu juga MOF telah memohon setiap kementerian dan agensi mengemukakan jumlah perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi yang setiap kementerian dan agensi fikirkan boleh dikurangkan atau di tangguhkan kepada tahun yang lain.

Jika JPA mengemukan pemotongan atau pengurangan perbelanjaan yang akan melibatkan pembiayaan untuk biasiswa, itu adalah permintaan JPA dan bukan MOF ataupun Perdana Menteri sendiri. 

Ini bermakna sekiranya Kabinet meminta agar JPA mengkaji semula hasrat mereka untuk menghentikan pemberian biasiswa, ini bermakna, Perdana Menteri dan juga Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan JPA untuk memotong peruntukan untuk biasiswa JPA. JPA akan membentangkan cadangan baru pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

K7L : Jangan percayalah Malaysiakini.. suka tipu pun nak percaya ke?..

21/01/2016

Fakta GST Siri 3 - Harga Buah Juga Turun?


Buah-buahan import sebelum GST ada SST 5%, bila GST 0% cukai. Adakah pada 1/4/15 harganya turun? Jika tidak turun, mengapa saya yang dijadikan mangsa dalam media sosial tapi dibiarkan pula peniaga yang tidak beretika itu? 

Tidak dinafi memang ada ramai peniaga yang tetap beretika dan ramai juga yang tidak mengambil kesempatan, tidak menahan lukah di pergentingan, tidak menangguk di air yang keruh.

Dalam sistem GST, peniaga boleh membuat tuntutan balik 6% terhadap input perniagaan. Contohnya kilang perabot, ada 6% pada kayu, 6% pada bil letrik kilang, 6% pada besi perabot, semua boleh dituntut balik dari Kastam, disebut sebagai input tax credit, ITC. 


Maka GST bukanlah suatu kos kepada produk yang dihasilkan, tidak seperti SST yang merupakan kos sebab tidak boleh dituntut semula; yang kemudiannya kos itu dipindahkan kepada pengguna.

Tuntutan cukai input GST ini membolehkan Kastam dan LHDN mengetahui anggaran output peniaga tersebut yang memberi kesan positif boleh mengurangkan penipuan cukai perniagaan. Tuntutan itu juga mengurangkan kos niaga sekitar 6% yang sepatutnya boleh menurunkan harga barang.

Tetapi bila harga barang tidak turun walaupun peniaga sekarang ini sudah menerima bayaran cukai input dari Kastam, kenapa saya pula yang masih disalahkan oleh media sosial?

Kenapa tidak ingatkan peniaga yang kurang beretika itu? Bila minyak naik, harga barang naik tapi bila minyak turun, kenapa harga barang tidak turun? Sekali lagi puncanya berbalik kepada etika peniaga. 

Dalam ilmu perniagaan yang diajar secara formal di menara gading, subjek etika perniagaan adalah antara topik yang selalunya mesti diambil. 

K7L : Siapa yang tipu? 

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk