31/01/2014

"Bumiputra, Untuk Yang Bukan Bumiputra" - Apa Kata Anda?


Pernah sekali sahaja Keris bersua dengan Zee Kin, seorang anak muda berbangsa cina yang fasih berbahasa Melayu. Apabila bercakap dengannya, terasa seakan dia faham benar apa itu tahaluf siyasi.

Hari ini juga Keris mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia. Mari kita baca nukilan Zee Kin tentang Bumiputra :


Blog lama saya mengenai BUMIPUTRA, Tajuknya "Bumiputra, untuk yang Bukan Bumiputra" - satu perspektif yang "simple". Terima Kasih kepada rakan saya yang terjemahkan blog ini ke bahasa Melayu.
__________________________________

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai hua Qiao dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.

Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota.

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (maaf saya tak jumpa perkataan Melayu yang sesuai). Perbezaan kaum amat ketara ketika itu, tiada orang Cina bercakap bahasa Melayu.

British harus menangani tekanan dari UMNO dan juga dari orang Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang Melayu & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan istimewa, maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju.

Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur ini berakhir?

Saya beranggapan faktor kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada unsur-unsur kesepaduan apa pun. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada orang Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang gambar Queen Victoria. Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, orang Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan menghakis kewujudan orang Melayu. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan tidak selamat dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang orang Melayu dan menghapuskan agama Islam dan budaya Melayu. Perasaan sebeginilah yang mencegah orang Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan orang Cina dan India, memaksa mereka pulang ke negara asal, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal kontrak terbesar antara orang Melayu & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, orang Melayu membuat keputusan bahawa mereka sudah boleh mengenepikan aspek-aspek kerisauan sebelum ini. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana dipelihara oleh perlembagaan.

Nenek moyang kita, yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang), sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan. Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang sama, untuk memberi kerakyatan kepada pendatang yang tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan. Wajarlah orang Melayu menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, orang melayu berpuas hati dengan pemberian kerakyatan dahulu, selagi kedudukan mereka dijamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153.

Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah konsep Kecinaan dan perasaan tidak selamat (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai orang melayu yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).

Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.

Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.
Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, bersepadu dan mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup!

Tidak cukup untuk memberitahu orang Melayu yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Penyelesaian untuk Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.
Sama ada:

1) Kita mengagungkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).

atau

2) Kita mengasimilasikan and "integrasi" budaya kita dengan budaya orang Melayu.

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

-Tai Zee Kin-


K7L : Gong Xi Fa Cai

30/01/2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Anwar Jadi MB Selangor? - DPP Selangor Jadi Tin Kosong?




Apa Kata Bekas KP Pas?


Bekas Ketua Pemuda Pas menulis di laman FBnya juga mengecam tindakkan PKR yang sesuka hati membuat keputusan tanpa berunding bersama sama parti gabungan mereka.

Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia - siakan tenaga rakyat ?

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal - pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan.

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil ... Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan - rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok - elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?

Wah! Marah sungguh dia. Tetapi sehingga hari in Keris hanya tahu dia melalak dalam facebook sahaja. Mana pergi maruah PAS jika di'hanjing'kan oleh PKR begitu sahaja? Nasruddin Tantawi patut mengajak pimpinan PAS lawan PKR yang bajet cool dan melampau kuasanya?

Pas memang perlu angin satu badan dengan permainan politik PKR. Kita fahamPAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Tapi takkan tahap kesal sahaja? Apa calon PAS tak layak bertanding di Kajang?


Apa Respon Pemimpin PAS Lain?




“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

Sampai Bila Mahu Jadi Tin Kosong?


Rakyat nak tengok berani atau tidak Dewan Pemuda PAS Selangor kali ini. Atau mereka hanya berbunyi umpama tin kosong sahaja? Kita tunggu dan lihat. Sampai masa PRK kalau mereka tukar kenyataan memang sah mereka sentiasa 'diliwat tapi tak dihargai'.

Dari dimainkan dan diperkotak katik biarpun PAS masih lebih kuasa di Selangor serta lebih layak jadi MB. Lebih baik PAS kelaur sahaja daripada Pakatan yang tidak utuh itu. Keluar dan jadi MB. Itu lebih baik jika benar Islam mahu dipertahankan.

K7L : Sembang lebih...

29/01/2014

Press Statement Anwar Untuk Jadi MB Dah Tersebar? #MBPonBoleh



Politik Anwar Rakyat Dah Muak

Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.

Anwar 7.5.13: I am not retiring. We only lost because of the Bangalas and blackouts.

Anwar 20.11.13: I never said there were Bangalas. Tu semua fitnah jahat UMNO!

Anwar 27.1.14: I will NOT contest in the Kajang by-election.

Anwar 28.1.14: I hereby declare my candidacy for the Kajang by-election.

Anwar 28.1.14: Khalid will stay as MB. I will not take over.

Anwar xx.2.14: Screw Khalid. I am the best MB for the state. RM2 billion will be 'spent wisely'.


Rakyat sudah boleh agak apa yag ANwar akan cakap sebenarnya. Anwar nak tunjuk dia boleh menang tak kira bertanding di mana sahaja tapi dia silap. Dia bertanding pun tempat 48% kaum cina membuktikan dia sebenarnya takut nak bertanding tempat lain melainkan ada 'deal' dengan DAP atau PAS.

Cerita dia nak jadi MB pun tak perlulah dia nafi. Kalau tak jadi MB pun orang tahu yang dia 'wayang'. Dengar sini Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia tak bodoh ok?

Deal Dengan DAP - Apa Ceritanya?

Keris ada tulis pasal 'deal' Anwar dengan DAP yang mungkin berlaku  [Klik Sini] memandangkan DAP pun sokong Anwar bertanding di Kajang biarpun PAS mengamuk ayam berak kapur. 

Cuba baca :

KUALA LUMPUR: DAP Selangor mengesahkan sokongan tidak berbelah bagi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Kajang.

“Sebagai rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat, DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya kecil nanti, dan tidak akan mengabaikan atau lebih teruk lagi, mengkhianati mereka ketika mereka sangat memerlukan,” kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media lewat malam semalam.

Speaker Selangor, Hannah Yeoh pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang sekaligus membuka jalan untuk satu lagi pilihan raya kecil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun mengakui tidak mengetahui tentang perletakan jawatan serta pencalonan itu dan mengetahui perkara itu menerusi media.

Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, semalam.

DAP Selangor bagaimanapun menyatakan penerimaan mereka terhadap ‘penyertaan’ Anwar di Selangor dan DAP mahu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Selangor lebih maju.

“Jika kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor Pakatan boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi contoh yang sangat baik untuk diikuti negeri-negeri lain,” kata Pua.

Sumber : Astro Awani

Maka tidak mustahil bukan DAP akan diberi keistimewaan oleh Anwar berbanding PAS?

K7L : PAS mengamuk tapi camtu jela bunyinya...

Anwar Tukar Alamat Untuk Jadi Calon - Apa Agenda Sebenar Si Gila Kuasa Ni?



Tukar Alamat Untuk Apa?

DSAI telah menukar alamat KP seperti berikut ;- 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights, 43000 Kajang, SELANGOR.Tukar alamat DSAI dibuat petang semalam, jam 2 pm, 27/1/2014 di JPN KL. 

Hmmm. Nampaknya Anwar dah pun tukar alamat rumah di Kad Pengenalannya hanya untuk 'memenuhi' nafsu politiknya yang haus menjadi Perdana Menteri. Sejak dia diumumkan calon yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Kajang kelak, Keris kerap terfikir apa sebenarnya setan ni mahukan.

Jika kita imbas kembali sejarah dulu, selepas dibebaskan Wan Azizah yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh mengosongkan kerusi untuk beri laluan Anwar untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Kini sekali lagi 'korban' dibuat di tempat yang Anwar tahu dia tidak akan kalah untuk memastikan dirinya menjadi MB Selangor.

Penafian Anwar Sebagai MB Selangor


Bila dia umum jadi calon PRK Kajang, terus desas desus mengatakan dia nak jadi MB tersebar. Macam yang Keris tulis tadi, benda ini tak mustahil langsung sebab ini 'Anwar'. Siapa tak kenal dengan nafsu politik dia?

Anwar nampak terlalu terdesak sehinggakan jadi MB pun cukupla dari tak merasa apa-apa biarpun Putrajaya tidak dapat dicapai. Tapi standard Anwar, dia akan nafikan dan jika dipilih sebagai Menteri Besar dia akan kata 'mereka yang pilih saya terpaksa terima'.

Implikasi Bawa Anwar Masuk Pejabat MB


Memetik kata-kata Ketua Pemuda Kuala Langat, Sdr Jefrizal Jaafar :


Sekali lagi ingin saya mengingatkan rakan rakan bahawa implikasi membawa masuk Anwar Ibrahim utk diangkat menjadi MB adalah satu percubaan bukan sahaja menjadikan beliau orang yang berkuasa di Selangor tetapi akan mengubah perundangan terpenting kepada negeri Selangor terutamanya kuasa Sultan. Ini pandangan peribadi saya selaku Ketua Pemuda Kuala Langat.

Perkara ini jelas apabila Anwar memang gemar tukar perlembagaan lebih-lebih lagi jika punya kuasa 2/3 Dewan. Macam-macam perkara boleh berlaku. Ketika ini apakah Pemuda UMNO Selangor bersedia mempertahankan institusi raja di Selangor?

Keris kira Sdr Zainuri, Ketua Pemuda UMNO Selangor lebih berani dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara bersama pimpinan pemuda-pemuda UMNO Selangor.

Apa Janji Anwar Dengan DAP Selangor?

Kita terlepas pandang yang letak jawatan tu proksi DAP dalam PKR. Kenapa dia boleh letak jawatan dan beri pada Anwar sedangkan dia tak sakit? Mungkinkah jika Anwar dapat jadi MB Selangor maka 'kerusi' Timbalan Menteri Besar yang pernah Dato' Sujak sandang dulu diisi oleh wakil DAP?

Manusia Yang Tak Mahu Majukan Malaysia


Ucapan retorikal politik sahaja yang kita sering dengar dari mulut Anwar. Sehingga hari ini kejutan PRK yang mana ADUN tersebut 'terkorban' dek mahu ikut rentak politik 24 jam Anwar. Ironinya Anwar kerap memperlekeh usaha Kerajaan Pusat dalam pembangunan namun dirinya sendiri tidak mahu majukan negara.

Beritahu Keris apakah dengan berpolitik sepanjang masa mampu bantu rakyat? Ini semua 'sampah politik' yang pentingkan diri sendiri. Orang yang tak mahu fikir tentang orang lain tidak layak digelar pemimpin. Sudah-sudahlah!

K7L : Too much.. omputih koo....

Wikipedia Dah Sahkan Anwar Ibrahim MB Selangor Baru? #Gila


Sumber gambar : CTS

Madness! Gila ke apa ni? Belum bertanding lagi dah mengaku MB? Nampak sangat permainan dia. 

1. Berhenti untuk sentiasa berpolitik

2. Sibuk sangat jadi MB, Parlimen Permatang Pauh pun tak terbela ada hati?

3. Amati subject (2) tu betul-betul.


K7L : Gila betul!...

28/01/2014

Hasan Ali Lawan @AnwarIbrahim Di PRK Dun Kajang? @bn4prk




ANWAR ialah calon PKR untuk pilihanraya kecil DUN Kajang.Ia diumum sebentar tadi dalam PC di Hq PKR dihadir Anwar dan MB Khalid-Agendanews

Itu berita yang sampai kepada kita semua. Bukan satu kejutan namun apakah konspirasi yang sedang disusun oleh puak PKR dan Anwar Ibrahim di Selangor?

Anwar 'Deal' Dengan DAP

Dikhabarkan ini merupakan deal dalam antara Anwar Ibrahim dengan puak DAP untuk pastikan PAS tidak punya kuasa terus dalam Kerajaan Negeri Selangor. Puak PAS yang dianggap hanya sebagai 'tilam tivoli villa' buat PKR dan DAP dalam agenda busuk mereka.

Deal yang Keris dengar adalah jika Anwar jadi Menteri Besar maka PAS hanya dapat 1 sahaja kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sekaligus DAP dan PKR diberi lebih kerusi dan salah seorang pegawai khas Anwar Ibrahim akan dilantik daripada orang DAP. 

Jika difikirkan semula ada logiknya percaturan 'deal' ini dilakukan memandangkan Anwar memang tak suka dengan PAS Selangor.

Siapa Lawan Anwar?

Dengarnya calon rahsia PAS Selangor yang tidak mahu Anwar dapat kuasa adalah Dato' Dr Hasan Ali yang dirasakan lebih layak mengisi kekosongan di Dun Kajang. Memandangkan Anwar sendiri gerun dengan Hasan Ali maka tak mustahil beliau menjadi calon 'rahsia PAS'.


BN pula rasanya boleh juga letak semula calon sebelum ini memandangkan dia sudah dikenali oleh para pengundi di Kajang. Apapun kita tunggu dan lihat siapa yang akan lawan dengan Anwar?

Selangor Untuk Anak Selangor


Apabila Anwar disahkan akan bertanding di Dun Kajang, secara automatiknya Azmin digelakkan oleh Khalid dan rakan-rakan. Namun apa yang dia cakap itu Keris setuju juga. Selangor hanya untuk anak Selangor. 

Tak perlu orang Cherok Tok Kun nak mai tempat kami lepas tu memandai-mandai nak jadi 'King'. Berani Azmin lawan Anwar dalam Pemilihan PKR kelak jika keputusan Dun Kajang tidak memberi manfaat pada Azmin?

K7L : Rasa macam berkarat je menulis.. hahaa I'm back!..


14/01/2014

Berdosa Jadi Blogger Jika Persoalkan Kangkung Dan #SyokSendiri @NajibRazak



Dah lama tak menulis. Maklumlah kami bloggers ini bukan wartawan dan tak berapa #Lifestyle. Keris sebenarnya memang sudah tidak punya hati untuk menulis blog setelah sedar diri Keris tak ada kerja lain selain menyerang pembangkang yang merupakan cara lama dan tak efektif.

Tetapi hari ini kembali menulis semula setelah isu kangkung menajdi hangat dan terasa mana perginya penulis blog yang efektif di bawah kendalian Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia?

Ramai tanya Keris kenapa tak bersama :

1. Dah berapa bulan lantik kenapa tak bergerak lagi?

2. Pendekatan media baru apa yang diguna pakai jika apa-apa bukan dibuat dalam blog tetapi dalam suratkhabar yang 'dibaca' oleh anak muda?

3. Siapa Keris untuk diangkat walaupun pernah menjadi barisan Jentera Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia yang banyak berperang tapi tak dipandang?

4. Siapa yang Syok sendiri sekarang? Kami penulis blog ataupun Pemimpin yang tak perform tapi suka salahkan orang?

5. Sampai bila BN nak jadi lembab dalam pengurusan isu?

Jika dahulu kes pertunangan anak PM, Fitnah Chegubard, Serangan terhadap PTPTN dan banyak lagi antara isu yang 'diuruskan' kami dengan cepat dan berjaya menutup mulut pihak pemfitnah.


Hari ini isu kangkung dah lama tapi masih lagi tiada 'damage control spinning' yang dilakukan. Mana pergi mereka yang diberi amanah menangkis fitnah melalui media sosial? Kalau nak pakai Intsagram sahaja dengan followers berapa kerat dah kata itu medium baru untuk anak muda, Keris rasa kita dah boleh buat kursus baru iaitu 'Kursus Menjadi Blogger Pembangkang Yang Baik'. 

Sebab hari ini mereka melihat bloggers sebagai 'pelacur' yang tahu mengkritik dan mengancam mereka. Bagi bloggers yang punya jawatan dalam UMNO akan dilabel sebagai ancaman dan 'dibenam' serta diugut jika tak menurut.


Keris sudah biasa dengar bekas Jentera UMB di'dosa'kan atas sebab-sebab yang tak masuk akal. Hari ini bukan sahaja UMB malahan kawan-kawan blogger lain juga di'dosa'kan hanya untuk tutup kesalahan 'si perut buncit' yang sudah buat salah.

Sudah jangan persoalkan lagi perihal kangkung tetapi tanya pada diri sendiri siapa yang syok sendiri dalam membuat keputusan. Bloggers tulis tak efektif jadi tak perlu takut dengan kritikan kami. Tapi kalau pemimpin salah buat atau salah cakap confirm #PRU14 ada kesan. Itu beza antara marhaen macam kami yang tak efektif dengan pemimpin yang 'bijak' dan 'efisien'.

Kami tak pandai bergaya baju kot sahaja tapi kami tak mengemis nak bergaya. Kami tak pandai dekati masyarakat sebab itu kami jadi blogger tak efektif. Kami tak pandai menulis sebab itu dulu banyak juga isu kami tangkis. Kami tak reti cari berita sebab itu mata kami pedih kena tear gas hanya untuk dapatkan bukti elak fitnah pembangkang. Siapalah kami?

K7L : Sayang UMNO tapi tak sayang orang UMNO yang buat UMNO macam bapak dia punya...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk