28/02/2013

#ManifestoBukanJanji - Pakatan Hanya Hancurkan Rakyat Selangor!




Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas

Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?

Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!


2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??

Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100?

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!

Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. 

Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Perumahan Selesa?

Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. 

Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya! - 
Hulubalang kanan

K7L : Dasar pembohong!..

Ronnie Liu Kini Goyang Sebab Bekas Pegawai Khasnya?




Kini Ronie seakan tidak cukup tanah untuk mengelak daripada bekas pegawai khasnya. Sekarang rahsia yang disimpan rapi akan terbongkar jua. Apa agaknya yang ada dalam genggaman pegawai khasnya itu?

K7L : Jeng jeng jeng..

#Felda Merugikan Para Peneroka? Mazlan Aliman Wajib Baca!



Dahulu kita akan dengar suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa mengikut 'margin', syarikat-syarikat swasta seperti IOI, IJM dan banyak lagi lebih untung berbanding FELDA. Kononnya kerana sistem pengurusan syarikat-syarikat tersebut lebih baik daripada FELDA.

Tetapi mereka lupa yang sebenarnya faktor pengurusan margin mereka yang rendah. Kenapa ianya rendah? Cuba kita lihat semula perbezaan kawasan FELDA berbanding syarikat-syarikat yang lain.

Kawasan FELDA jika dilihat dengan teliti boleh diumpamakan satu bandar kecil yang maju. Penuh dengan kemudahan seperti jalan yang berturap, terdapat bekalan elektrik yang baik, ada bekalan air, ada sekolah didalam kawasan FELDA malahan di sesetengah FELDA menyediakan prasarana WIFI yang percuma untuk kegunaan para peneroka dan keluarga.

Kalau kita lihat kawasan ladang-ladang milik syraikat swasta ada semua itu? Kebanyakan syarikat perladangan tidak menyediakan prasarana penuh kerana semuanya melibatkan kos yang tinggi. Sebab itu mereka dapat menjana keuntungan besar.

Bak kata omputih jika berbelanja lebih didalam perniagaan sudah pasti risiko untuk menanggung kerugian ada. Masalahnya apa yang cuba dipusingkan oleh penyuara-penyuara sumbang yang mahu memburukkan FELDA seperti Mazlan Aliman tidak menceritakan perihal sebenar.

Segala kemudahan yang disediakan sebenarnya menguntungkan para peneroka dan keluarga. Dalam masa yang sama peningkatan taraf hidup terjamin melalui prasarana yang cukup serta perladangan yang mengikut sistem terkawal.

Jangan cuba nak bohong orang dengan mengatakan FELDA tiada keuntungan. FELDA merupakan satu platform untuk orang Melayu khususnya meningkatkan taraf hidup dengan usaha sendiri. Cuma prasarana disediakan supaya mereka yang tinggal di kawasan FELDA tidak terkepung dalam dunia sendiri.

Seiring dengan kemajuan sedia ada kawasan FELDA menyediakan pelbagai kemudahan seiring dengan pembangunan yang sedang berkembang pesat. Masih nak tuduh FELDA merugikan para peneroka?

K7L : Fakta tetap fakta beb..

[Video] Bukti Pembohongan Anwar Kepada Rakyat Malaysia? #ManifestoBukanJanji





K7L : Nak percaya lagi apa Anwar cakap?..

Bila Khalid Menyalak Dituduh Pula Orang Lain Bising #IsuAirSgor



#IniSemuaPoyo Beb! Kenapa Keris cakap macam tu? Sebab Oppa Khalid Loser sedang beraksi untuk menjadi hero lagi bagi rakyat Selangor dalam menjuarai isu air Selangor di hati rakyat namun semuanya kekal palsu dan penuh penipuan. 
Sebagai watak boneka kepada DAP, Oppa Khalid telah melakukan cubaan menipu rakyat dengan menghasut. Dia yang semakin loser cuba berdolak dalih dalam isu air telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional dan SYABAS akan sabotaj. 

Sabotaj camne? Kini rakyat Selangor sedang dimomokkan dengan berita bahawa gangguan bekalan air akan berlaku pada waktu sepanjang pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hmmm Ada sesuatu yang tersembunyi dalam kenyataan dia.

Dia ingat rakyat Selangor tak bijak? Ya! Kerajaan Barisan Nasional yang kejam inilah yang membantu dan ambil berat tentang isu air walhal Oppa Khalid pula berdolak dalih dalam menangani isu tersebut.

Ini siap yang melawat serta prihatin terhadap rakyat? Kerajaan pusat yang mahu sabotaj dengan mengambil langkah mahu membina Langat 2? Siapa yang menyediakan dana bagi membantu rakyat Selangor supaya tidak terganggu kehidupan seharian jika tiada air?

Teeettt! Bukan itu sahaja malahan Kerajaan Pusat yang membantu dalam projek mitigasi air supaya air tadahan cukup serta dapat mengawal banjir di Selangor! Itu semua niat nak sabotaj? Baru Keris faham sekarang yang ‘membantu’ itu pensabotaj!

Meh sini Keris nak ingatkan Oppa Khalid tentang sabotaj sebenar yang datang dari pihak Kerajaan Negeri. Sewaktu awal-awal dahulu jangkaan negeri Selangor akan menghadapi krisis air, kerajaan Persekutuan mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2 bagi membendung masalah itu.
Namun Kerajaan Negeri bertindak tidak mahu meluluskan pembinaan tersebut dengan menggunakan alasan mahukan penstrukturan semula air. Itu bukan sabotaj namanya? Walhal tak sentuh pun duit Kerajaan Negeri untuk bina Langat 2. 

Sampai sekarang ni pun Oppa Khalid tak cakap berapa titik air akan tambah dengan penstrukturan semula ni.

Lagi nak cerita pasal budaya sabotaj-mensabotaj dari pihak Oppa Khalid. Pihak SYABAS telah berjaya mengurang kadar Non Revenue Water daripada 42% keypads 34%. Pakar Air tak cakap Oppa Khalid ke kalau nak turunkan NRW kepada 15% batang-batang paip tu kena ganti?

Namun apa yang berlaku adalah Kerajaan Negeri tidak meluluskan pinjaman CAPEX tersebut! Itu bukan sabotaj? Bukan Kerajaan negeri yang kena keluar duit, SYABAS nak pinjam BANK! Kenapa tak mahu luluskan? Bukan sabotaj ke namanya tu?

Ketika rumah pam wangsa maju dan pudu hulu mengalami kerosakan, pihak Kerajaan Pusat yang turun membantu dan memberi dana supaya SYABAS selesaikan segera kemelut gangguan air di Selangor.

Kalau diimbas semula, tiada satu pun usaha oleh kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah air. Tapi apa yang Oppa Khalid buat hanyalah menyalahkan SYABAS secara total. ERti kata lain tak membantu tetapi menghasut rakyat untuk menyalahkan SYABAS. Itu bukan sabotaj?

Selama hari ini terlalu banyak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat bagi membendung krisis air Selangor yang dilihat akan menjadi lebih kritikal dari masa ke semasa. Semua ini dilakukan supaya rakyat Selangor tidak mengalami gangguan bekalan air.
Nak dibandingkan dengan Oppa Khalid dan Kerajaan Negeri, mereka hanya tahu menyalahkan SYABAS dan sabotaj usaha-usaha memulihkan air. Daripada cadangan, kajian termasuklah ceramah air liur yang bercakap pasal air, satu pun tidak membantu rakyat Selangor untuk tidak menderita keputusan bekalan air. 

Sekarang siapa yang sabotaj siapa? Keris dah bagitahu yang sebenarnya Barisan Kepimpinan Pakatan Selangor tidak ambil peduli pun pasal rakyat Selangor tak ada air. Tak percaya? Tanya Azmin beb!
(http://youtu.be/XPgz5y-kM-k
Nasihat Keris, Oppa Khalid perlu berhenti menabur fitnah dan menyalahkan orang lain diatas kesilapan diri sendiri. Siapa yang sabotaj siapa sekarang? Kerajaan Pusat tidak sekejam Oppa Khalid yang sanggup buat apa sahaja termasuk melihat rakyat Selangor menderita kekurangan bekalan air. 
Aneh bila tuduh pihak yang sentiasa membantu di dalam membendung krisis air Selangor.

K7L : Rakyat Selangor jangan tertipu..biasanya orang yang cakap tu yang akan buat sabotaj..

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia Akhirnya Ditemui?



Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya sebagaimana yang dilaporan Sinar Harian Online.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.

Di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.
K7L : Al-Quran penuh dengan maklumat dan panduan kepada manusia..

#MPYM13 - Ketibaan Delegasi MPYM(Palestin) Disambut Dengan Penuh



KUALA LUMPUR, 27 Feb - Seramai 11 orang deligasi daripada Palestin hari ini tiba di Malaysia dalam rancangan lawatan mereka selama 10 hari bermula hari ini hingga 9 Mac.

Lawatan ini bermatlamat untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Palestin yang mencakupi aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini kepada kumpulan deligasi.

Ketibaan mereka petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Presiden Malaysia Palestin Youth Movement (MPYM Malaysia), Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin dan Naib Presiden MPYM Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah serta kepimpinan MPYM Malaysia yang lain.

Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin

Shahrul Nasrun berkata ketika ditemubual Media Putrajaya, "Saya mengucapkan selamat datang kepada semua Deligasi MPYM Palestin. Sepanjang kunjungan mereka, kita akan mengadakan 1st Conference For Palestin yang akan diadakan di KLCC pada 2 Mac ini. Mereka juga akan dibawa melawat ke tempat menarik di Malaysia yang akan dikemaskini melalui saluran media sosial dari semasa ke semasa."

Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna

Dalam perkembangan yang sama, Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna berkata "Saya amat kagum dengan perpaduan yang terjalin antara Malaysia dan Palestin yang telah diusahakan oleh Tun Mahathir Mohamad yang kini diwarisi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak".

"Kami akan mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang mana kami rasakan Malaysia sebagai sebuah negara harus dijadikan contoh dari aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial" katanya lagi.

Untuk mengikuti secara langsung pergerakan MPYM sepanjang siri lawatan, anda boleh rujuk hashtag #MPYM2013, Twitter @MediaPjO dan Portal Media Putrajaya. -EH/PjO

K7L : Orang-orang muda Palestin datang nak tengok Malaysia!..

27/02/2013

Kini Pemuda Palestin Dan Pemuda Malaysia Telah Berganding Bahu?



Untuk pemberitahuan. Unit Media Baru PPUM akan terlibat sebagai penyebar maklumat MPYM melalui media baru sepanjang jelajah ini akan diadakan. Di bawah ada sedikit penerangan dan jemputan buat seluruh rakyat Malaysia.

MALAYSIA-PALESTINE YOUTH MOVEMENT (MPYM) is delighted to invite you to Kuala Lumpur Convention Centre for the Conference -

'EVOLUTION FOR PALESTINE' on Saturday 2nd March 2013, 9:00am-5:30pm.

Keynote Address by YAB Dato' Sri NAJIB RAZAK & Closing Speech by YABhg Tun Dr MAHATHIR MOHAMAD.

Presenting papers on Dynamic Transformation of Education, Economy, and Social Development in Palestine.

We look forward to greeting you!
Armand Azha
Deputy President
Malaysia-Palestine Youth Movement

PALESTINE DELEGATION

MALAYSIAN DELEGATION

INVITATION TO “1ST CONFERENCE OF EVOLUTION FOR PALESTINE”

Referring to the subject mentioned above, Malaysia-Palestine Youth Movement (MPYM) will be holding the “1st Conference of Evolution for Palestine” on the 2nd March 2013, (9.30 am to 6.00 pm) at Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.


2. We are pleased to invite the representatives of Societies / Organizations / Universities / Professionals / Students to take part as participants and observers of the conference. 

For your information, the Committee Members of MPYM are the combination of 22 Non Government Organization (NGO) Youth Leaders and social activies. The first 11 members who are lead by Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin, President of Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.

Those who are participated in “2nd Wave Road to Gaza Humanitarian Mission” on the 7th-14th December 2012 held by the association of Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia and Kelab Putera 1Malaysia. Another 11 Committee Members are the youth leaders from Hamas, Fatah, OIC of Gaza and active NGOs in Palestine.



3. Towards making the power and potential of youth development and peacebuilding for Palestine, the Malaysian Palestine Youth Movement presents three-point agendas for dynamic transformation such as Education, Economy and Social Development.

It is also in the spirit of international and regional youth response strategies, where MPYM particularly implemented strategic framework and priority program areas for joint action according to the Millennium Development Goal’s 2015 Plan of Action under United Nation Development Program (UNDP).

#Please Call Or SMS To Join, Seats Are Limited
Brother Halim Tuah: +6012-3883200

K7L : Mari datang!..

Nabil Dan Salleh Yaacob Digelar Najis Kerana Video #ManifestoBukanJanji ?



Video ini memang sinikal sebab itu ramai yang terasa. Tahniah kepada mereka yang buat video ini kerana rakyat Malaysia prlu sedar bahawa yang dijanjikan oleh Pakatan hanyalah manifesto yang mana #ManifestoBukanJanji. 

Berbeza dengan Tranformasi Politik yang dibawa oleh DS Najib Razak. Dimana YAB PM sentiasa menepati janji-janji yang diberikan. Sekarang ada pula pencacai PAS tak bertauliah nak sound Nabil dan Salleh Yaacob?



Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia. - Leman


Kepada Leman, hang pun tak lawak hang tahu dak? Hang dulu pun keluaq awai sebab hang tak lawak! Hang kutuk kerajaan tak najis pulak? Puiii!

K7L : Leman berangan nak jadi MB Kedah?..kui kui kui..

Sejarah Tokoh Barat Mengelilingi Dunia Adalah Palsu?


Mengikut sejarah Barat, Magellan, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alexander de al Buquerqu adalah beberapa nama yang diangkat menjadi tokoh pelayaran dunia Barat serta mubaligh ajaran Kristian yang tersohor. Mereka juga yang mengangkat Ferdinand Magellan menjadi manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Benarkah fakta ini?

Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka. 

Antaranya ialah kesusahan serta keperitan mereka ketika belayar, tekanan dan dilema yang dihadapi oleh anak-anak kapal yang letih belayar, sikap tidak putus asa mencari jalan untuk pulang ketika tersesat di lautan yang luas, kapten kapal yang obses dengan sejarah pelayaran terdahulu dan bermacam-macam lagi. Hal inilah yang turut saya rasakan ketika menonton kisah pelayaran Magellan pada tahun 1520 yang disiarkan di TV1 baru-baru ini.

Jangan kita larut dengan propaganda Barat ini kerana umat Islam lebih awal melakukan aktiviti pelayaran berbanding Barat! Buktinya, rekod pelayaran Ibnu Batutah yang dicatatkan dari tahun 1325 hingga 1354 masih lagi wujud dan digunapakai hingga ke hari ini. 


Pengembaraan Abu Abdullah Muhammad b. Abdullah Al-Lawati Al-Tanji ini bukan sahaja melibatkan pelayaran di laut tetapi turut melibatkan perjalannya di darat yang merangkumi kira-kira 75 000 batu perjalanan.
Ibnu Batutah juga merupakan tokoh Islam yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dan bukannya berbentuk empat segi seperti yang didakwa oleh seorang lagi tokoh pelayaran Barat, Ptolemy. Peta pelayaran lengkap Ibnu Batutah gagal diperoleh oleh orang Barat. 

Oleh itu, tidak hairanlah Magellan tersesat beberapa kali di lautan serta terpaksa mengikut nalurinya sendiri ketika belayar kerana menggunakan peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy. Peta tersebut juga diakui tidak mengikut skala saiz bumi yang asal(diameter bumi kurang 28%). Akhirnya, mereka mencipta pelayaran sendiri dan di akhir pelayaran Magellan, baru dibuktikan bumi itu bulat!

Kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar(Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan) telah ditulis oleh Ibnu Jauzi, seorang juru tulis Sultan Morocco dan karya agung tersebut telah diterjemah ke beberapa bahasa lain. 

Karya ini juga menjadi rujukan utama untuk armada laut kerajaan Abbasiyah dan Uthmaniyyah ketika melakukan pelayaran dan penjelajahan menakluk negara-negara di bahagian dunia yang lain. Secara tidak langsung, proses dakwah agama Islam telah awal lagi dilaksanakan oleh kerajaan Khilafah Islam berbanding orang Kristian Barat. Hasilnya, wujudlah beberapa kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Delhi di India.

Bidang kejuruteraan maritim Islam berkembang mudah kerana galakan pemerintah Islam. Kerajaan Abbasiyah ketika zaman pemerintahan Khalifah Mutawakil (220H/884M) amat menggalakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran dilakukan. 

Dinasti Fatimiyyah(350H/915M) pula telah memonopoli angkatan laut di Afrika Utara dengan pembinaan dermaga-dermaga kapal bersama penciptaan kapal dan alat pelayaran yang lebih maju. Pembinaan kapal oleh Barat turut dipengaruhi oleh seni bina asal yang dipelopori Islam. Selain itu, faktor geografi negara Arab yang strategik (antara Timur dan Barat) memudahkan siri pelayaran dan penjelajahan dilakukan berulang kali.

Agenda asal pelayaran oleh orang Barat sebenarnya bertujuan untuk meneruskan siri Perang Salib. Mereka melakukan pelayaran untuk sampai ke kawasan-kawasan yang dikatakan telah berlaku perkembangan agama Islam dan cuba mengkristiankan masyarakat Islam di sana. 

Jelas bahawa tujuan mereka adalah kerana agama(lihat layar kapal Victoria yang digunakan Magellan-bertanda salib) di samping cuba meluaskan pengaruh kuasa negara asal mereka ke negara-negara luar. Orang Barat sebenarnya hanya mampu mengambil alih fahaman pagan dan animisme, bukannya agama Islam kerana aqidah masyarakat Islam lebih kuat dan Islam lebih awal sampai dari yang mereka jangkakan.

 Masyarakat Islam di Filipina misalnya, melarikan diri ke negara lain yang terdekat iaitu Ambon dan Mindanao apabila kawasan mereka dimasuki oleh pendakyah Kristian dari Sepanyol ini.


Walaupun agama menjadi matlamat utama pelayaran mereka, sistem yang diamalkan oleh Sepanyol tetap zalim berbanding penjajah Barat yang lain. Mereka mengamalkan sistem buruh paksa ke atas rakyat tempatan sedangkan penjajah British mengajar rakyat jajahannya menjadi pegawai. Beza sekali sistem yang diamalkan oleh kedua negara penjajah ini.

Ingin saya tekankan di sini bahawa kebangkitan penjajah Barat dalam bidang pelayaran adalah lewat jika dibandingkan dengan Islam kerana proses pengkolonisasian mereka hanya bermula selepas kejatuhan empayar Andalus yang diikuti dengan siri peperangan Perang Salib. Tidak mustahil jika dikatakan sekiranya empayar Andalus berjaya dipertahankan hingga kini, era kegemilangan Islam akan berterusan dan negara Barat tidak akan berjaya menguasai dunia mahupun mewujudkan sejarah pelayaran yang kononnya dimulakan oleh mereka.


Negara Barat sebenarnya hanya mengambil peluang apabila Kerajaan Abbasiyah bangkit! Ketika Abbasiyah mula cenderung ke arah timur dan mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, Barat mula mengumpul kekuatan untuk bangkit di penghujung pemerintahan kerajaan Islam ini. Sekurang-kurangnya Abbasiyyah tidak bergabung tenaga dengan kekuasaan saki-baki Umayyah di Andalus untuk meluaskan kuasa ke dunia barat. Pada masa yang sama, negara Barat turut membawa bersama ilmu-ilmu hebat milik Islam dan mengatakan ia milik mereka!

Islam terlebih dahulu melakukan eksplorasi dunia yang membawa kepada penemuan bidang ilmu lain seperti ilmu buruj, ilmu kejuruteraan maritim serta ilmu perdagangan. Satu kenyataan yang perlu diingat-tamadun Islam adalah tamadun yang paling awal(660-1924) dan paling lama, kira-kira 1300 tahun, berbanding tamadun Barat yang baru berusia 600 tahun(1400-2008)

K7L : Sejarah Islam selama ini dipadamakan..kerana apa?..

Hadi Awang Samakan Kerajaan Dengan Firaun Sebab Bagi Bantuan #BR1M ?



Memang amat melampaui batas. Sesudah diumpamakan seperti ayam dan lembu, dipanggil dengan gelaran bodoh, dipanggil dengan gelaran ikan bodoh kemudian cakap pemberi BR1M macam Firaun

Dulu pembangkang pernah gelar Tun Mahathir dengan gelaran Mahafiraun. Bermacam macam dipanggil kepada Tun Mahathir, sampai ada yang tuduh bukan bukan kepada Tun M. Akhirnya bila keputusan pilihan raya pada 1999 memihak kepada BN, pembangkang senyap.

Kini, mereka ketandusan idea. Terdesak untuk ke Putrajaya hingga hilang pertimbangan akidah dan agama. Sanggup politik kan kalimah Allah, sanggup benarkan DAP tanding lebih 150 kerusi dan paling teruk menghina penerima BR1M seperti haiwan.

Nik Aziz dan Hadi Awang menghina rakyat Malaysia pelbagai kaum yang menerima BR1M.

Mengguris hati orang Melayu di sawah, menghina masyarakat Cina, mengeji masyarakat India. Guan Eng juga pernah beri RM100 di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim pernah beri RM100 untuk shopping di Selangor dan Nik Aziz sendiri pernah beri duit pada masyarakat orang asli di Kelantan. Apa pula gelaran untuk habuan sebegitu?

Nik Aziz sudah keterlaluan, Hadi Awang sudah hilang pertimbangan. PAS akan diajar oleh rakyat kerana keceluparan mulut mereka. Apa yang berlaku pada 1999 akan berulang kembali. Dalam diam rakyat majoriti akan mengajar kebiadapan Nik Aziz dan Hadi Awang.

K7L: Ini semua dah melampau sangat...

26/02/2013

Bangkang Dari Longkang Buktikan #ManifestoBukanJanji




Kalau tengok dan teliti mesej yang ingin disampaikan melalui video ini. Anda semua akan faham mengapa kuta katakan bahawa manifesto Pakatan hanyalah satu perangkap kepada rakyat dan penuh kepalsuan.

Logiknya ada melalui video tersebut. Kalau dah gaji minimum RM4000, maka harga barangan kedai serta kedai makan sudah tentu akan naik. Sebab pekerja kedai pun dah naik gaji kan? Macamana nak tampung gaji kalau harga tak naik?

Mesej dia mudah sahaja, gaji minimum naik maka harga barang juga akan naik. Ketika itu Malaysia akan menghadapi Inflasi yang teruk. Mungkinkah ini agenda Anwar untuk sekali lagi bersekongkol dengan IMF?

K7L : Siapa tahu angkat tangan!...

[Video] Guru Menangis Kerana Sedih Akan Nasib Anak Cucu Kelantan?


Dirakam 25 Februari 2013 ketika pertemuan bersama guru-guru sekitar negeri Kelantan hari ini, seorang guru wanita tiba-tiba membuatkan dewan sebak apabila beliau meluahkan perasaannya selepas melihat video tindakan tidak bertamadun 'R' tempoh hari.


Melihat video ini terus terang Keris sebak mendengar tangisan derta kebimbangan yang diucapkan oelh cikgu tersebut. Aduhai! Mengapa pembangkang mengajar anak bangsa dengan sifat kebencian?


K7L : Rakyat Kelantan harus #Tukar!....

Aneh! Batu Yang Boleh Hisap Rokok Ditemui!


Batu yang ditemukan oleh warga China bernama Luo Yuanshui dari Provinsi Fujian, sangat aneh. Batu itu boleh menghisap rokok sama seperti manusia.


Pada awalnya, penduduk menyangka bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak berstruktur itu adalah bongkahan batu biasa.

Namun batu itu boleh menghisap rokok hingga habis selama lima minit. Luo sempat cuba memberikan batu itu beberapa rokok yang dihidupkan dan ukuran yang berbeza. Dan batu seberat 2.2 kilogram itu terus menghisapnya hingga habis.



Lelaki China itu menemukan batu perokok itu di Gunung Shangyou. Lou sendiri mengaku tidak sedar menemukan batu itu kerana dia hanya ingin mencari lubang untuk meletak rokoknya buat sementara.


Luo tak sedar memasukkan puntung rokoknya ke sebuah batu dan rokoknya mendadak habis seperti sedang dihisap. Luo mendemonstrasikan kehebatan batu itu didepan penduduk lain. Para penduduk yang mengunjungi kediaman Luo juga terkejut dengan keanehan batu misteri itu.

SUMBER: Dailymail

K7L : Kalau ikut hukum sains..mesti ada ruang rongga yang berupaya menyedut angin luar..(bekas pelajar Biologi???)

Wah! DAP Calonkan Zairil Untuk Gantikan @Khalid_Ibrahim Jika Menang?






Wah! Ini Laporan daripada DAPinsider pasal permintaan DAP  jika Pakatan menang di Selangor. LGE merancang untuk meletakkan Zairil sebagai proksinya di Selangor dengan mengenepikan Azmin Ali yang dikatakan calon utama untuk ganti Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Puiihhh Ingat boleh menang ke? Ini semua kerana LGE menjangkakan calon-calon PKR akan kalah teruk di Selangor dan yang tinggal hanya PAS dan DAP. Malahan kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di Selangor lebih tinggi berbanding PAS dan PKR.

Maka kesempatan ini digunakan sementelahan Zairil yang merupakan Melayu Celup boleh jadi  MB jika diperkenakan Sultan. Apapun permainan politik monopoli oleh DAP di Selangor dah nampak. 

Kemana perginya taring PAS Selangor?

K7L : Dah macam lembu kena cucuk hidung pergi ambil BR1M?.. kah kah kah..

25/02/2013

Bangunan PAS Pengkalan Chepa Mewah Biarpun Penduduk Duduk Reban Kambing! #Tukar


Pintu gerbang PUTIK

Bangunan Pas (PUTIK) di Pengkalan Chepa

Bezakan bangunan PAS yang dibina tersergam indah dan mewah di Pengkalan Chepa dengan rumah rakyat di Pengkalan Chepa. Negara Berkebajikan?


K7L : Tak kesian ke?..

[Video] Fitnah Dajjal Yang Berlaku Di Malaysia?




Sanggup menyuruh orang lain untuk menipu? Inilah sifat 'Syaitan politik' yang sanggup buat apa sahaja termasuk berbohong dalam isu pembunuhan. YB Zul dah terangkan semua. Nak kata apa lagi?

K7L : Kecewa sebab ramai yang tertipu..

Cermin Kereta Pecah Di Palestin Namun Hanya Kalimah Allah Yang Selamat!



Lihat bagaimana kesucian Kalimah Allah terpelihara biarpun cermin kereta pecah. Di Malaysia Kalimah Allah diperjudikan oleh orang-orang yang berkepentingan untuk politik. Siap ada kata 'ALLAH bukan hak mutlak umat Islam'.

Masih nak sokong mereka?

K7L : Fuziah nak saman sebab kejahilannya sendiri?..

[Video] Selepas Nik Aziz Samakan Dengan Binatang - #UAI Samakan Dengan Ikan Pula?



Perigi Timur ada mendedahkan perihal UAI yang terkenal dengan makian dalam ceramah agama yang dia sampaikan. Kali ini kisahnya lain sedikit.


Pendakwah yang sering gunakan perkataan 'bengong serta bodoh' dalam setiap ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang panas sekarang. 

Menurutnya, Mursyidul Am Pas bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.

Apapun tengok sampai habis video versi penyokong bulan, seorang guna ayam dan lembu dan seorang lagi guna haruan dan tenggiri..inilah dia ulamak Pas !!!



K7L : Apa nak jadi sebenarnya ni?..

Fenomena Awan Berlubang - Pernah Anda Lihat? #KuasaAllah


Fenomena awan merupakan salah satu kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Ada satu fenomena awan yang dikenal Punch Hole Cloud atau Fallstreak telah terjadi dan beberapa keping gambar sempat dirakam.

Satu kejadianc iptaan Allah SWT yang luar biasa. Fenomena ini pula disebut Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia terjadi apabila suhu air pada awan berada di bawah titik beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation Particles.

Setelah sedikit particle air mulai membeku, ia akan menyebabkan efek domino yang menyebabkan wap air di sekelilingnya juga membeku dan jatuh ke bumi. Ini menyebabkan adanya lubang besar di awancirrocumulus atau altocumulus.

Lagi gambar fenomena Awan Berlubang :







Sumber

K7L : Indahnya ciptaan Allah..penuh dengan kesenian yang tidak terungkap..

Nah! Nik Aziz Juga Binatang Sebab Dapat BR1M?



Apa cer ni beb? Bila dia dapat tak apa pulak nak ambil? Ini bukti dia hanya pentingkan diri sendiri. Melarang ahli-ahli dengan memburuk-burukan penerima BR1M tapi dia ambil tak apa pula?


Video ini menajdi bukti bagaimana Nik Aziz menghina para penerima BR1M sebagai ayam dan lembu malahan orang PAS yang menerimanya turut terpalit sama. Sebagai seorang yang kononnya arif ilmu agama, mengapa mesti kata-kata penghinaan sebegitu digunakan?

Hanya kerana bantuan kerajaan dia sanggup menyatakan sebegitu rupa. Semoga Allah betulkan minda Nik Aziz dari terus ditenggelami sifat politiknya yang bertopengkan syaitan.

Kena ingat ya yang menerima wang BR1M adalah mereka yang berpendapatan rendah. Orang susah dapat duit terus disamakan dengan binatang. Jahanam punya orang tua!

K7L : Nak maki Keris?..baik maki Nik Aziz sebab dia maki orang susah boleh..

24/02/2013

10 Janji Pakatan Telah Terjawab!



Klik Gambar untuk dibesarkan dan baca. Semuanya tipu belaka dan hanya propaganda yang hanya menjadi manifesto. Melihat kepada sejarah selepas mereka menjajah beberapa negeri, tiada yang tertunai dengan lengkap. 

Bak kata Khalid Ibrahim "Manifesto bukan jani" maka ini buktikan mereka tak telus.

K7L : Undilah Barisan Nasional!

23/02/2013

Ustaz Kazim Elias Dihina Dan Difitnah Cacai PAS?


Biarkanlah mereka Ustaz. Keris sendiri kenal Ustaz sebagai manusia yang tidak berpihak kepada mana-man parti. Sebab itu kenyataan mahupun pandangan Ustaz berbeza dengan mereka yang ada pilihan parti.

Teruskan sahaja perjuangan Ustaz dalam menegakkan ad-din serta memberi dakwah melalui ceramah. Macam Mc cakap, kami dan rakan-rakan sentiasa menyokong Ustaz.

K7L : Pi mampuih la cai-cai PAS yang anggap Nik Aziz macam Nabi!...puihh

Mana Mazlan Aliman Bila Anak Peneroka Terengganu Ditipu PAS?



Petang semalam satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya, Dungun bertujuan menuntut wang bayaran tambahan penyediaan tapak rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) generasi kedua semasa zaman pemerintahan PAS(1999/2004).

Seramai lebih kurang 40 orang anak peneroka generasi kedua telah berhimpun dan menuntut janji-janji PAS yang telah mengambil wang mereka untuk tujuan penambahan penyediaan tapak rumah.

Semasa era pemerintahan Pas, di kalangan pemimpin Pas Dungun telah mengadakan kutipan wang bagi projek penyediaan tapak generasi kedua felda kerteh dgn kadar RM 800-1,300 seramai 1,080 org. Tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan.

Kemana perginya Mazlan Aliman yang kononnya perjuangkan hak peneroka dan anak peneroka? Bila ada kena mengena dengan PAS terus dia hilang tak nampak batang hidung. Sepatutnya dia adalah kan?

Kawan Keris ada hubungi beberapa orang kanan dia dan mereka menjawab Mazlan tak tahu pasal benda itu lagipun itu pasal kerajaan PAS. Mazlan hanya akan bantu jika menentang kerajaan Barisan Nasional sahaja.

Nampak tak perjuangan mereka hanya bertopengkan kejumudan politik? Sebab itu kena faham Mazlan Aliman hanya menjadikan anak peneorka sebagai boneka dia untuk memburukkan kerajaan. 

K7L : Tiada niatpun. Sekarang mana dia untuk bantu anak peneroka di Terengganu?

Anwar Punca Kehadiran Puak Bersenjata Ke Sabah?




KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

Rundingan?
Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.


Sahabat Kamceng Anwar

Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)


Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).




Mereka Berkawan Sejak Sekian Lama

Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).


Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi alaArab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

K7L : Tolak Pakatan!..

Ada Kumpulan Doktor Merancang Untuk Bunuh @NajibRazak ?



Ya Allah! Apa masalahnya ni sampai perlu ugut PM? Ini negara demokrasi! Jika ada apa-apa ubahlah diatas kertas undi. Bukan dengan perangai macam ini. Semalam lebih kurang pukul 12 tengahari sebuah balai polis telah menerima sepucuk surat melalui pos.

Daripada surat bersaiz A4 itu ada tertulis :
""URGENT

Please Protect PM,

Dr T** M*** KU** (NCSM) & buddy group got planning to kill him after 22th feb 2013.""


Namun begitu kesahihan surat tersebut masih disiasat memandangkan ini bukan kali pertama YAB Perdana Menteri menerima ugutan sebegitu. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia berdoa agar keselamatan beliau sentiasa dilindungi oleh Allah.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku. Keris percaya kepada pihak polis dan pihak keselamatan yang akan menyiasat serta memastikan sekirang wujud sebarang rancangan untuk berbuat demikian akan dipatahkan dengan segera.

K7L : Macam-macam sekarang ya?..

Cantik Lagun Ini? Tapi Ada Rahsia Mengapa Ia Bahaya!



Cantik kan? Indah dan tenang sahaja jiwa melihatnya. Lagun ini memang cantik tetapi dikenalpasti sebagai kawasan merbahaya. Namun orang ramai tetap mandi di situ tanpa menghiraukan risiko.

Kenapa ianya kotor dan bahaya? Gambar di bawah menerangkan segalanya.




Macam happy je semua mandi dan bermain kan? Namun baca apa papan tanda yang tertulis dibawah :



Tapi lumrah manusia yang degil. Tak boleh tetap nak buat tapi bila dah kena baru menyesal.





K7L : Tah apa jadi dekat budak-budak ni sekarang..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk