31/05/2014

Live : @Armand_PJU Mengamuk Di PDM Kg Bahagia? #PRKTelukIntan




Garang tak garanglah Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia. Bila dia datang puak pembangkang senyap terus dari provok. Haha!

Apapun peratus yang keluar mengundi adalah 23.36%.

Live : Sekitar #PRKTelukIntan Yang Semakin Panas!



Kedua-dua jentera semakin ramai dan peratusan keluar mengundi sudah mencapai 15%. Provokasi berlaku di banyak tempat yang mana pihak pembangkang cuba menaikkan kemarahan jentera BN.






30/05/2014

Analisa Mah Siew Keong Vs Dyana Sofya #PRKTelukIntan



Percubaan terbaik Democratic Action Party atau Dap adalah bila meletakkan seorang calon Melayu bernama Dayna Sofya berumur 27 tahun sebagai calon parti tersebut dalam pertandingan dua penjuru merebut kerusi parlimen P076 Teluk Intan.

Sudah pasti, keperluan meletakkan calon Melayu di P076 Teluk Intan bukanlah kehendak pimpinan Dap kawasan Teluk Intan sebaliknya kehendak pucuk pimpinan tertinggi Dap, dalam konteks ini Lim Kit Siang.

Perbalahan dalaman dikesan namun ditutup serapat mungkin demi kelangsungan agenda Kit Siang terhadap lanskap politik Dap yang memerlukan parti itu dilihat lebih terbuka berbanding PKR dan Pas.

‘Tsunami Cina’ yang pernah dilemparkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) sewaktu mengumumkan kemenangan ‘simple majority’ dalam pilihan raya umum ketiga belas tahun lalu digunakan sebaik mungkin oleh Dap untuk menunjukkan bahawa parti mereka bukan setakat mendapat sokongan padu dari kaum Cina sebaliknya kaum-kaum lain terutama Melayu.

Sebab itu, P076 Teluk Intan menjadi satu ‘test case’ yang amat bermakna kepada Kit Siang dan Dap.

Kit Siang sebagai penasihat utama Dap sudah tidak peduli dengan kehendak pemimpin akar umbi sebaliknya menggunakan kaedah ‘kuku besi’ agar agenda besar beliau berjaya.

Di sebalik pemilihan calon Melayu yang boleh merobekkan pengundi Melayu keluar dari stigma – Umno parti mewakili kaum Melayu, sebenarnya Kit Siang juga meragui pakatan Dap-PKR-Pas yang mana peranan Pas bagi menjaga dan meraih undi kaum Melayu seolah-olah tidak mendapat kepercayaan Dap apatah lagi Pas sudah mula kelihatan ‘mesra’ dengan kepimpinan Umno terutama berkaitan isu agama Islam dan hudud.

Kempen P076 Teluk Intan menyaksikan antara bahan yang popular adalah berkaitan isu hudud.

Calon Melayu muda Dap kelihatan terperangkap apabila tidak konsisten menjawab isu berkenaan hudud. Bukan satu perkara yang baharu, calon muda Dap tersebut akan memberi jawapan berbeza mengikut ‘audience’ yang dihadapi beliau sewaktu berkempen.

Isu utama yang menarik perhatian rakyat Malaysia dibawa oleh calon muda ini tidak lain tidak bukan adalah desakan membuka Universiti Teknologi Mara Malaysia atau UiTM kepada umum tanpa mengira bangsa.

Umum mengetahui bahawa UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang istimewa terpelihara dengan baik di bawah peruntukan perlembagaan persekutuan khas bagi kaum Melayu dan bumiputera.

Desakan bagi membuka UiTM kepada selain dari Melayu dan bumiputera bukanlah suatu yang baharu bahkan demi menjaga hati komponen BN terutamanya MCA, kerajaan persekutuan telah mewujudkan sebuah universiti khusus bagi membela kaum selain Melayu dan bumiputera – dalam konteks ini kaum Cina terutama – iaitu Universiti Tun Abdul Razak atau UTAR, UNITAR dan kini lebih dikenali sebagai UNIRAZAK pada tahun 1997.

UNITAR mendapat status MSC dan adalah pusat pengajian tinggi swasta julung-julung kali diwujudkan dan sehingga kini peluang pendidikan terbuka luas dengan berpuluh lagi pusat pengajian tinggi swasta diadakan demi menampung keperluan dan pengambilan pelajar dari berbagai bangsa dan latar belakang.

Bahkan, pusat-pusat pengajian tinggi swasta ini juga terbela dengan berbagai peruntukan dan geran diberikan oleh kerajaan pusat di bawah kementerian yang berkaitan dengannya.

Justeru, apabila calon muda Dap begitu teruja membawa isu UiTM dalam siri kempennya, beliau tidak lari dari bayang usang perjuangan Dap di bawah Kit Siang yang mahu bukan sahaja UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan bumiputera tetapi lebih menjurus kepada penghapusan kekal hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Tidak hairan jika pro-BN menganggap suara anak muda ini bukanlah suara ‘asli’ atau jati-dirinya tetapi hanyalah suara Kit Siang yang menjadikan beliau sebagai boneka.

Berbalik kepada soal pengundi Teluk Intan, nampaknya tumpuan pemerhati politik adalah terhadap pengundi Cina.

Kecenderungan pengundi Cina dalam PRK P076 Teluk Intan akan menguatkan lagi hujah bahawa ‘Tsunami Cina’ yang pernah disebut oleh Datuk Seri Najib Razak suatu waktu dahulu itu sebenarnya ‘betul’ atau ‘salah’.

Tidak dinafikan, jika menyusuri akar umbi masyarakat kaum Cina di Teluk Intan tidak begitu pusing akan perkara nasional seperti hudud dan UiTM sebaliknya memikirkan apakah faedah bakal diiterima kepada mereka dalam memilih wakil rakyat parlimen.

Manifesto yang dizahirkan oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong amat memberangsangkan dengan berbagai akujanji pembangunan Teluk Intan yang boleh diterima secara langsung oleh pengundi.

Bahkan, dua pemimpin utama BN iaitu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin ada menyebut bahawa kebarangkalian Mah diangkat menjadi menteri penuh begitu tinggi sekiranya menang PRK ini atas kapasiti beliau selaku Presiden Gerakan dan kekosongan sebuah kementerian yang dominan kini dipangku oleh Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Mungkin keyakinan pengundi masyarakat kaum Cina Teluk Intan akan lebih tinggi sekiranya pengumuman itu dibuat sendiri oleh Pengerusi BN atau timbalannya menjelang hari pembuangan undi Sabtu ini.

Jika Mah menjadi menteri, faedahnya sudah pasti turun ke Teluk Intan SERTA kepada masyarakat kaum Cina yang kini tiada pembelaan dalam kabinet menteri persekutuan.

Sebaliknya jika Dyana yang menang, maka benarlah seperti apa yang pernah dikatakan oleh Najib Razak bahawa ‘tsunami Cina’ itu benar-benar wujud walau pun meletakkan calon Melayu mewakili parti yang dianggap sebagai parti rasis atau ‘chauvinist’ oleh segelintir pemimpin lama Umno.

Dap, di bawah kepimpinan Kit Siang tidak kisah siapa calon mereka agar sahaja agenda mereka untuk pemerkasaan parti itu berjaya. selaku wakil rakyat, Kit Siang amat jarang kelihatan di Gelang Patah, itu tidak mengapa. Yang penting, Dap punyai kerusi bagi memperkukuhkan parti mereka sama ada di dewan rakyat mahu pun dewan undangan negeri.


Sumber : KLXpress

Kenapa #Dyana Jumpa @RameshRaoAKS Dan Tony Tan Tengah Malam Bersendirian? #PRKTelukIntan


 

Woohoooo...

Agak aneh apabila melihat gambar di atas. Pertemuan rahsia antara Ramesh Rao dan Tony Tan bekas naib pengerusi DAP Kedah. Ini yang menimbulkan kemusykilan bagaimana mereka boleh bertemu di tengah malam?

Lokasi bertempat di Teluk Intan tanpa pengiring untuk Dyana. Apa yang mereka bincangkan? Berjumpa dengan dua orang musuh kepada Lim Kit Siang merupaka satu perkara yang tidak dijangka.

Khabarnya Dyana Sofea ada 'negotiation' untuk meminta RM2 Juta daripada pihak Ramesh? Dyana cuba untuk menipu orang cina di Teluk Intan yang mana dia lebih pentingkan kedudukan berbanding berkhidmat.

Hmm... Apapun perbincangan dan keputusan antara mereka masih menjadi tanda tanya.

K7L : Senyum je dalam gambar.. settle ke?

A Future Minister or A Flamboyant Beauty Queen?




The good people of Teluk Intan goes to vote tomorrow to determine who would represent them in Parliament in the next few years. In the past general elections the people have chosen DAP but the party failed to bring in any progress nor any changes to Teluk Intan.

The passing of the incumbent MP Seah Leong Peng, could be the best oppurtunity for people of Teluk Intan to make changes and vote in BN to bring progress.

Standing for BN would be Dato Mah Siew Keong an experience and seasoned local politician against a young unknown outsider candidate for DAP Dyana Sofya.


BN brings to the voters of Teluk Intan, wealth of resources and solution to their current worries and woes. While DAP are only harping on their popularity with the non Malay voters without any clear agenda for helping out Teluk Intan.

In fact DAP is banking on the beauty of the young 28 year old to pull in the votes. On many occasion Dyana stutters to answer even the most easiest questions on her involvement with PERKASA and would always blame others rather admitting her own shortcomings.

For Mah, he only wants to serve the people and there is no two way about it. He has shown that he could serve the people, and he would always do it. Mah has vision for Teluk Intan.

The Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, has even mentioned that Teluk Intan would be getting a minister to serve their constituency if BN wins this parliament seat, giving more than just an MP.

One could not help to think that its just an easy choice for Teluk Intan voters to choose Datuk Mah Siew Keong rather than to choose a young naïve beauty queen that acts like no other, simply like a beauty queen.

So people of Teluk Intan, when you go to vote, you know who to choose. Dato Mah Siew Keong your choice never in doubt.

29/05/2014

#ManifestoBN Buatkan #Dyana Lebih Desperado Untuk Berbohong? #PRKTelukIntan



  

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mendahului parti lawan apabila melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kelmarin.

Antaranya, Presiden Gerakan itu mahu memperjuangkan pembinaan sebuah universiti di bandar itu selain berusaha menjadikan ikon Menara Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam manifestonya, beliau juga berjanji menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan dan mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usahanya mentransformasikan bandar itu.

Manifesto BN itu pastinya bukan 'janji bulan bintang' sebaliknya realistik dan mampu dipenuhi jika BN kembali memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah dua penggal dimenangi oleh DAP.

Meneliti pembangunan keseluruhan di Perak, Teluk Intan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri, sepatutnya lebih maju daripada apa yang dinikmatinya sekarang.

Namun pembangunannya tersekat akibat tidak selari dengan kerajaan Pusat setelah dua penggal dicengkam pembangkang.

Wawasan Siew Keong untuk menubuhkan sebuah universiti memang kena pada masanya, ketika bandar-bandar lain di ne­geri ini sudah pun memiliki pusat pengajian tinggi yang terkemuka.

Kampar, umpamanya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Teluk Intan mempunyai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi ikon Tanjung Malim; Tapah sudah mempunyai Universiti Teknologi Mara (UiTM); begitu juga Bandar Baru Seri Iskandar di daerah Perak Tengah sudah tersergam UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Ini bermakna 'bandar-bandar jiran' Teluk Intan masing-masing sudah memiliki pusat pengajian tinggi yang pastinya dicemburui oleh masyarakat di sini.

Penekanan ke arah pendidikan menerusi manifesto untuk menubuhkan sebuah universiti pastinya 'tawaran yang tidak boleh ditolak' oleh pengundi yang sekian lama mengimpikan bandar Teluk Intan berubah wajah.

Ketika calon BN mengumumkan manifes­to­nya semalam, tumpuan kini 100 peratus kepada PRK Parlimen Teluk Intan setelah berak­hirnya PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ahad lalu.

Perkara yang menjadi perbualan adalah kemerosotan peratusan keluar mengundi pada hari pengundian PRK Parlimen Bukit Gelugor apabila 56.04 peratus sahaja yang menunaikan tanggungjawab mereka. Dan seperti dijangkakan persaingan empat penjuru di PRK berkenaan, calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh sebanyak 41,242 undi.

Mungkinkah PRK Parlimen Teluk Intan juga bakal menyaksikan fenomena yang sama iaitu peratusan yang keluar mengundi akan merosot? Hal ini kerana dikatakan pengundi Cina tidak berminat, tidak ghairah untuk mengundi dalam PRK berban­ding Pilihan Raya Umum (PRU).

Tiada fakta konkrit yang mampu menyokong pendapat itu namun mungkin para pengundi merasakan walau parti mana yang menang sekali pun, ia tidak akan me­ngubah apa-apa, sama ada kerajaan negeri apatah lagi kerajaan Pusat.

Jika itu benar, ini pastinya bakal menjadi kelebihan buat BN yang sememangnya mengharapkan undi daripada kaum itu terutama di kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Pasir Bedamar yang majoritinya pengundi Cina merosot pada hari pengundian pada Sabtu ini.

Kemerosotan undi Cina itu mampu menjejaskan majoriti 7,313 undi yang diraih mendiang Seah Leong Peng, calon DAP dalam PRU yang lalu. Ini bermakna undi kira-kira 11,000 pengundi India mampu menjadi penentu siapa yang bakal memenangi PRK ini.

Berdasarkan PRU lalu, masyarakat India yang sebahagian besarnya berdaftar sebagai pengundi di DUN Changkat Jong, memihak kepada pembangkang. Namun hasil pembangunan dan bantuan yang di­nikmati kaum ini, angin perubahan mula dilihat apabila mereka kini semakin yakin dengan BN.

Dalam usaha menarik mereka, BN perlu 'mencari' mereka yang sebahagian besar­nya tinggal di estet-estet. Dekati mereka. Jangan beri ruang kepada pembangkang menyebarkan dakyah.

Jika 65 peratus daripada 11,000 pe­ngundi India memihak BN, sudah pasti akan berlaku kejutan PRK ini seperti yang diramalkan.

Masyarakat India tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Mereka cuma berharap tidak dipinggirkan, taraf ekonomi mereka ditingkatkan dan keperluan asas yang lebih selesa. Jika kena pada kempennya, tidak mustahil pengundi India akan kembali memilih BN.

Bagi pengundi Melayu pula terutama yang berusia atas 50 tahun, undi mereka diyakini masih kekal memihak kepada BN manakala golongan muda pula dilihat ber­belah-bahagi sama ada mahu memang­kah BN atau DAP.

Diakui strategi pembangkang meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, memberikan impak kepada golongan muda, namun tidak bermakna mereka akan bulat-bulat mengundi beliau.

Malah sudah ada yang mengatakan ­pe­ngundi muda Melayu lebih memikirkan siapa yang mampu membawa peluang pekerjaan ke bandar kelahiran mereka de­ngan mengharapkan calon BN, Siew Keong mengubah wajah bandar Teluk Intan yang telah berusia lebih 100 tahun ini.

K7L : Untuk kemajuan atau dendam?..

#PRKTelukIntan Jasad #Dyana Tapi Suara @limkitsiang






Bukti #Dyana Lebih Baik Dari Mah? #PRKTelukIntan



Sekiranya kita ingin bercakap tentang pertandingan yang adil, maka Pilihanraya Kecil Teluk Intan sememangnya tidak adil. Mana mungkin ia adil jika dilihat dari rekod kedua-dua calon yang langsung tidak setara dari segala segi. 

Dato’ Mah Siew Keong, calon BN merupakan seorang yang telah banyak berjasa. Beliau yang merupakan Presiden Gerakan pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dan kemudiannya Pertanian dan Asas Tani. 

Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis di Hilir Perak pada tahu 1995 sebelum menjadi ADUN Pasir Bedamar. Pada tahun 1999, beliau menjadi ahli Parlimen Teluk Intan dan berjaya mengekalkan kerusi itu pada tahun 2004. 

Sepanjang perkhidmatannya, Dato’ Mah telah berjaya menamatkan masalah banjir bagi penduduk di sepanjang Sungai Perak dengan mendapatkan peruntukan untuk pembinaan projek benteng pencegah banjir sepanjang 10km. 

Beliau juga begitu aktif dalam memperjuangkan pendidikan, pertanian dan juga kebajikan masyarakat setempat. Antaranya, beliau telah membina pusat dialisis bersama dengan pertubuhan-pertubuhan tempatan. Beliau juga memainkan peranan utama dalam memperolehi peruntukan bagi pembinaan tokong Cina, Yayasan Perubatan Chung Hua, Kolej Komuniti dan juga Terminal Bas. 

Pendek kata, tiada alasan bagi kaum Cina mahupun mana-mana kaum untuk menolak beliau dan memilih lawannya yang langsung tidak mampu menjanjikan apa-apa. 

Lawannya, iaitu Dyana Sofea calon DAP, hanya mampu berbangga sebagai graduan yang menggunakan hak istimewa Melayu tetapi kini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan itu. Lebih dari itu, kempen Dyana hanya membawa pendekatan klasik DAP iaitu memburukkan kerajaan dengan menyentuh soal jenayah dan harga barang, selain hak bumiputera. 


Bukan sahaja tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan tetapi kredibiliti Dyana juga kini diragui. Ini berdasarkan pemerhatian ramai di mana Lim Kit Siang sentiasa bersama Dyana sepanjang kempen seolah-olah memantaunya. 

Jika kita tidak mengenali Kit Siang, kita mungkin menyangka yang beliau tergila-gilakan Dyana sehingga tidak boleh berenggang darinya. Kita mungkin menyangka yang Dyana bukan sekadar boneka atau maskot DAP, tetapi seolah-olah ‘pet’ atau binatang peliharaan kesayangan Kit Siang. 

Keraguan kita akhirnya terjawab apabila Dyana tidak mampu menjawab soalan wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai Tunku Aziz. Oleh kerana Dyana benar-benar menjadi kelu, Lim Kit Siang telah terpaksa membantunya dengan menepis soalan tersebut. Video ini kini begitu luas tersebar dan tidak dapat dinafikan lagi oleh Dyana ataupun Kit Siang. 

Rupanya, Kit Siang mengawal Dyana sebegitu rupa kerana Kit Siang tahu bahawa setiausaha politiknya itu bukanlah seorang yang berkredibiliti. 

Dyana seharusnya jauh lebih bersedia untuk menangani soalan mengenai Tunku Aziz kerana ia merupakan asas penilaian rakyat terhadap pendiriannya menyertai DAP. Namun, malangnya, Dyana bagaikan langsung tidak pernah mendengar siapa itu Tunku Aziz. 

Kini rakyat tertanya-tanya, jika dipaksa untuk menjawab soalan berikut, apakah Dyana akan menghentam Tunku Aziz sebagai penipu dan pengkhianat parti? Apakah Dyana percaya yang dirinya jauh lebih mengenali DAP dan lebih bijak dari Tunku Aziz? Apakah Dyana akan menyangkal segala tuduhan Tunku Aziz terhadap DAP?

Teruskan MEMBACA DISINI

28/05/2014

Perkasa Buka Mulut Perihal @dyanasmd Berbohong? #PRKTelukIntan




Mengulas mengenai perkara itu, Syed Hassan menegaskan Perkasa tidak pernah berubah seperti Yammy. 

‎"Sayangnya Yammy lambat mengaku bahawa dia pernah berada dalam barisan pimpinan penaja Perkasa sehingga menyusahkan anaknya untuk berkempen. 


"Sedih kami lihat orang Melayu terpaksa menipu takut dikaitkan dengan Perkasa kerana hendakkan undi kaum Cina. Dah terdedah baru nak mengaku. 


Belum jadi wakil rakyat dah berbohong kepada rakyat,"katanya. Klik Sini 


Sebelum itu, calon DAP itu terpaksa 'bersilat' mempertahankan pembohongan beliau. Lihat video di bawah :



Video : You should be ashamed of yourself!

Come on..... calon DAP. There was no misunderstanding at all. It's your own word and you were caught for lying.

If you were not sure, you could have just said it. But you didn't. Even SorosKiniMalaysiaKini was questioning your stand! How low can you go just to please your bosses?

Belum jadi wakil rakyat dah berbohong kepada rakyat. 

Anda baca juga laporan di bawah :

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong hari ini melancarkan manifestonya yang antara lain berjanji untuk membina sebuah universiti di bandar itu dan berusaha menjadikan ikon kawasan berkenaan, Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.



Presiden Gerakan tersebut juga berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usaha mentransformasikan bandar tersebut

Selain itu, beliau berikrar untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia.

Siew Keong menjelaskan, janji dan ikrar yang digariskan itu adalah keperluan penduduk berdasarkan pengalaman yang dilaluinya selama 20 tahun memberi khidmat kepada mereka.
"Sepanjang enam tahun lepas, Teluk Intan telah banyak ketinggalan terutama dalam pembangunan infrastruktur berikutan kegagalan Ahli Parlimen DAP yang dipilih menjalan tanggungjawabnya dan kita akui ada 'jiran' kita yang telah jauh mendahului.

"Melalui tiga teras utama iaitu pembangunan ekonomi, pelanco­ngan dan komuniti, saya bertekad untuk menyambung kembali rancangan yang telah dirangka untuk membangunkan Teluk Intan, yang dulu terpaksa saya ketepikan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun 2008," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran manisfestonya di Pejabat Gerakan Teluk Intan di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Siew Keong juga berikrar, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen di sini, beliau akan terus berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Teluk Intan selain memastikan potensi yang ada di kawasan ini direalisasikan sepenuhnya.

Jelas Siew Keong, beliau yakin mampu melaksanakan segala akujanji yang terkandung dalam mani­festonya itu antara 70 dan 80 peratus.

"Apa yang saya ikrarkan bukan direka-reka kerana semuanya saya rangka setelah membuat semakan dengan pihak-pihak terlibat me­ngenai bantuan yang boleh mereka salurkan untuk penduduk di kawasan sini.

"Ada peluang untuk dapat, baru saya berani suarakan. Saya tidak berani buat janji sedangkan realitinya ia tidak akan dapat dilakukan seperti yang selalu dibuat pembangkang," katanya.

Tambah Siew Keong, melalui pengalamannya sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Ahli Parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 hingga 2008, beliau yakin mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Teluk Intan.

"Saya memohon agar diberikan peluang untuk berkhidmat di kawasan ini sekali lagi. Saya berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan Teluk Intan lebih maju dan membangun pada masa depan," katanya.Utusan Malaysia

K7L : Kenapa perlu kita pilih penipu untuk mewakili rakyat?

Peluang Untuk Rakyat Malaysia Lihat Zuhal, Musytari dan Marikh



KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang untuk melihat planet Zuhal, Musytari dan Marikh melalui teleskop dengan menyertai program 'Sidewalk Astronomy Night 2014' anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa), di sini Sabtu ini.

Angkasa dalam satu kenyataan malam ini berkata sebanyak lima teleskop akan disediakan pihaknya di Tepian Tasik, Taman Tasik Titiwangsa, di sini. "Pada malam itu juga orang ramai berpeluang untuk mencerap permukaan bulan yang pada ketika ini berada dalam fasa bulan baharu," kata Angkasa.

Program dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan bermula pada pukul 8 malam hingga 10 malam. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Angkasa turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai teleskop sendiri supaya membawa alat itu pada malam berkenaan.

Di samping melihat planet dan bulan, pengunjung juga bakal diberi taklimat berkenaan objek cakerawala yang dilihat serta boleh menyertai kuiz dan aktiviti dikenali sebagai 'space glow in the dark'. - Bernama

Jadi kepada rakyat Malaysia yang minat untuk melihat planet selain daripada bumi. Bukti kebesaran ciptaan Allah.

K7L : Subhanallah..

Senarai Jadual Yang DAP Takut Bila Baca #PRKTelukIntan



Berikut adalah jadual bagi Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong. Untuk mudahkan para pengundi untuk bertemu dan berbicara sendiri dengan calon. Undilah Barisan Nasional!




K7L : Moh Pilih BN!

Pemuda UMNO Bakar Kedai Di Changkat Jong? #PRkTelukIntan



Biar betul berita ini? Nampak benor menipunya. Kenapa tipu?

1. Itu adalah kedai perabot bukan Pusat Gerakan DAP

2. Fake Account yang tweet. Dah nampa sangat itu DAP.

3. Pemuda tidak sebodoh itu untuk bakar kedai orang.

4. Orang pertama yang sampai adalah Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas


 

Pemuda UMNO mahupun mana-mana daripada Barisan Nasional tidak akan tergamak melakukan perkara seperti yang dituduh. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya sesuatu perkara itu mereka buat, mereka akan tuduh orang lain.

Mungkinkah teori 'kentut' berlaku di Teluk Intan? Mereka yang kentut, sebaliknya tuduh orang lain pula yang kentut.

K7L : Janganlah desperado sangat wahai puak red bean..

27/05/2014

Wakil Melayu Dalam DAP Hanya Minoriti #PRKTelukIntan



Memang sudah lumrah ahli Melayu dalam DAP dipinggirkan daripada sebarang jawatan penting dalam parti itu, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Menurut Mustafa, jika ada pun pemimpin Melayu yang diberi jawatan dalam parti itu, mereka tidak boleh "bersuara lantang" membicarakan sesuatu isu.

"Kalau ada yang dilantik, mereka hanya berada di jawatan yang tiada kuasa. Mereka hanya jadi hiasan politik sahaja," kata Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pada pemilihan parti semasa kongres kebangsaannya Sabtu lepas, tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih dalam jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), bagaimanapun dua orang - Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari - dilantik anggota CEC kemudian.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP bukan parti anti-Melayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih menganggotai jawatankuasa tertinggi parti itu.

Katanya, DAP adalah sebuah parti yang terbuka kepada semua bangsa.

"Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," Guan Eng.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ahli Melayu dalam DAP memang tidak kuat.

Oleh itu katanya, tidak hairan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan bahawa 'Pas sekutu penting' untuk merealisasikan impian pembangkang menuju ke Putrajaya meskipun parti itu sendiri tidak mengiktiraf masyarakat Melayu dalam parti itu.

"Nak tak nak, orang Melayu pun bukan sepenuhnya menerima DAP, itu sebab mereka memerlukan Pas.

"DAP cuba menjuarai hak semua kaum tetapi orang Melayu tidak dapat terima. Jadi apa yang boleh mereka buat?" ujar beliau.

Tiga pemimpin kanan DAP pusat termasuk Karpal memenangi pemilihan CEC parti itu dengan menduduki tiga tangga teratas.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengekalkan populariti dengan memperoleh undi terbanyak iaitu 1,607 dan disusuli Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung, (1,576) manakala Karpal pula menerima 1,411 undi.

Seorang penganalisis politik berpendapat jaminan yang diberikan oleh DAP untuk meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan menghadapi cabaran besar dalam usaha untuk "menjaga hati" rakan Pakatan Rakyat (PR).

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, tindakan DAP memberi jaminan untuk menampilkan calon Melayu itu adalah usaha "menjaga hati" PKR dan Pas.

Menurutnya, pemilihan calon Melayu untuk PRU13 oleh DAP adalah satu cabaran yang besar memandangkan dalam pertandingan merebut jawatan anggota CEC kesemua lapan pemimpin DAP Melayu gagal meraih kemenangan.

Beliau berkata calon Melayu DAP yang dipilih berkemungkinan akan ditempatkan di kawasan yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk negeri Pulau Pinang, Selangor atau Perak.

"DAP berbuat demikian kerana mahu menjaga hati rakan pembangkangnya.

"DAP juga akan menghadapi cabaran yang besar untuk meletakkan calon yang sudah kalah dalam CEC baru-baru ini.

"Kalau DAP nak tempatkan pun di kawasan bercampur atau di negeri Selangor, Pulau Pinang atau Perak," katanya.

Mengulas lanjut, Siva berkata, bagi meraih sokongan orang Melayu pada PRU13, DAP perlu memperbaiki tahap kepercayaan orang Melayu kepada parti majoriti kaum Cina itu semula.

Beliau juga berkata, ratanya orang Melayu akan lebih memilih parti yang dikuasai oleh kaumnya, begitu juga kaum lain.

K7L : Jadi mana tempat Dyana?

Desakan Pemuda Wilayah! Ingat UMNO Tak Prihatin? @razlanrafii @Khairykj




Pilih Kemajuan Melalui Anak Tempatan Atau Hanya Kuasa Dengan Orang Luar? #PRKTelukIntan



Teluk Intan dan Teluk Anson adalah dua tempat yang sama. Walaupun namanya berbeza namun hakikatnya kawasan ini adalah kawasan yang masih sama seperti dahulu.

Kita melihat kemajuan drastik yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong satu masa dahulu. Namun hakikat atas kemajuan yang semakin berkembang pesat ini jugalah maka beliau kehilangan kerusi kerana masing-masing dikatakan sudah 'bijak' memilih.

Seminggu lagi kempen PRK Teluk Intan akan berakhir. Sekali lagi nama Mah Siew Keong yang merupakan anak jati Teluk Intan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional.

Adakah rakyat tempatan Teluk Intan akan memilih beliau semula?

Mengikut tanda-tanda sepanjang tempoh kempen berlangsung, nampaknya rakyat Teluk Intan sudah terbuka mata. Mereka MUNGKIN sudah sedar siapa yang sepatutnya mereka pilih untuk meneruskan kemajuan di Daerah Hilir Perak ini.

Apa-apa pun semuanya tertakluk kepada rakyat Teluk Intan.

K7L : Salah pilih..menyesal kelak...

3 Penipuan #Dyana - Kenapa Perlu Tipu Untuk Dapat Undi? #PRKTelukIntan



Penipuan 1 - Dyana bukan seorang peguam

Jadi kenapa ada yang mengaku Dyana seorang peguam?



Penipuan 2 - Tunku Aziz keluar ketika Dyana sudah menjadi ahli Dap

21 Januari 2012 dengan 14 Mei 2012 tu lain tahun ke?




Penipuan ke-3? Hmmm.... biar betul calon DAP ni


K7L : Mengapa perlu menipu ya?..

Senarai Repot JPP PKR - Tetap @AzminAli Tidak Didenda?



Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biro politik bertarikh 20hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali dan dihadiri DS Anwar Ibrahim, TS Abdul Khalid bin Ibrahim serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr RADIN SHARIFUDDIN BIN MOHAMAD YASIN (Cabang Selayang)

Beliau telah merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11hb Mei 2014.

Sdr RADIN SHARIFUDDIN BIN MOHAMAD YASIN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

2) Sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY (Cabang Alor Setar)

Sewaktu proses pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014, beliau telah mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri oleh beliau dan telah memasukkan kertas-kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun beliau bukan anggota Cabang Kota Raja.
Sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

3) Sdr ZULKAFLI ABDULLAH (Cabang Kuala Selangor)

Pada 16hb Mei 2014 di hadapan Ibupejabat KEADILAN, selepas sidang media Ketua Umum bersama calon-calon Timbalan Presiden, beliau telah menjerit dan menuduh TS Abdul Khalid bin Ibrahim dengan kata-kata 'rasuah' dan 'penipu'. Peristiwa ini telah dipaparkan di muka depan Sinar Harian bertarikh 17hb Mei 2014.
Sdr ZULKAFLI ABDULLAH dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

4) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

5) Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU (Cabang Selayang)

Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN (Cabang Selayang)

Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) Sdr NORIZAN BIN OMAR (Cabang Selayang)

Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr NORIZAN BIN OMAR akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) Sdr AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)

Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr AZMAN YAAKOB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

9) Sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

10) Sdr TELAI AMBLAM A/L MARIAPPAN (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr TELAI AMBLAM A/L MARIAPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

11) Sdr DK VICKNESVARAN A/L KRISHNAN (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr DK VICKNESVARAN A/L KRISHNAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

12) Sdr M NAGESWARAN A/L MUNISAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr M NAGESWARAN A/L MUNISAMY akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

13) Sdr P CHANDRASEKARAN A/L S PONNIAH (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr P CHANDRASEKARAN A/L S PONNIAH akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

14) Sdr SYED AHMAD PUTRA BIN SYED ISA (Cabang Kota Raja)

Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.

Sdr SYED AHMAD PUTRA BIN SYED ISA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

15) Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD (Cabang Hulu Selangor)

Beliau didakwa membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui Twitter pada 14hb Mei 2014.

Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD akan diberi surat tunjuk sebab.

YB Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

Persoalannya sekarang, mengapa tiga calon Timbalan Presiden PKR tidak dihukum walhal mereka merupakan perancang utama bagi permainan kotor yang mereka buat?

K7L : Parti yang penuh dengan penyelewengan..tetapi suka tuduh orang lain..

26/05/2014

Perangkap & Penipuan RBA Untuk #PRKTelukIntan - Part 2




Dari gambar bikini, sampailah gambar anjing dan video lucah - Red Bean Army meneruskan permainan politik kotor mereka. Jangan terpedaya dengan permainan jahat sebegini.



Apa kata Shen Yee Aun, bekas ahli DAP?

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

sumber Pecah Palak Mikir

Cabaran Buat @LimKitSiang - Berani Berbahas Dengan Mansor? #PRTelukIntan



Ada beberapa perkara yang ingin Keris sentuh :

1. Berani atau tidak DAP untuk berbahas? Jika tidak maka mereka perlu buang 'kebebasan bersuara' jika perbahasana antara Lim Kit Siang dan Mansor tidak dpersetujui.

2. Kalau nak berbahas mesti didalam bahasa Malaysia kerana kita ada bahasa rasmi. 

3. Ini bukti siapa takut siapa

4. Jika tiada orang DAP yang mahu sahut cabaran ini, maka benarlah mereka ini puak kauvinis yang pengecut. Hanya tahu cakap pompang bila berbahas mereka senyap.

K7L :  DAP tahu cakap bahasa Malaysia ke?

BN Goyang Bila Jasa DAP Pada Teluk Intan Terbongkar! #PRKTelukIntan



Sila klik gambar untuk baca senarai apa yang DAP dah buat sepanjang 6 tahun menjadi MP di Teluk Intan. Adakah jasa DAP ini boleh menjadi satu kebanggaan kepada orang Teluk Intan? Mahu beri peluang sekali lagi kepada DAP atau pulang semula kepada BN?

Barisan Nasional tidak pernah kecewakan rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat. Barisan Nasional tak pernah memburukkan lawan dengan menuduh macam-macam tetapi memberi aku janji yang melebihkan rakyat.

Berbeza dengan DAP yang suka kaitkan perkara nasional sebagai bahan kempen mereka. Hari ini kita lihat calon DAP sendiri tidak boleh bercakap dihadapan media. Terbaru Keris dapat berita calon DAP tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan media secara kerap.

Sebab 'mulut' Dyana telah dikunci DAP

K7L : Bisukan Melayu dalam DAP..Multi-racial?..Puiii

#PKRBukitGelugor - Polis Republik Pulau Pinang Suka Hati Macam Sial?



Ini negara republik. Republik Pulau Pinang. Suka hati kami untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Polis Bantuan persendirian di negeri republik kami. 

Suka hati kami sekiranya polis persendirian ini digunakan di merata-rata tempat pembuangan undi untuk merayu undi dan memberi tekanan kepada pengundi-pengundi agar mengundi calon DAP. Apa SPR boleh buat?

 

 


Sumber :  CTS

Rakyat Malaysia perlu lihat, ini jadinya jika DAP dapat kuasa memerintah. Polis Persendirian Kerajaan Pulau Pinang telah dilantik dan semuanya dari kalangan kauvinis. Selepas itu mereka buat ikut suka hati mereka kerana rasa undang-undang ada dalam tangan mereka. 

Baru dapat negeri sekangkang kera dah tunjuk belang. Agak-agak kalau bagi peluang Malaysia apa jadi pada orang Melayu?

K7L : Siapa yang rasis? DAP atau UMNO?

25/05/2014

Tunku Aziz Dedahkan Siapa #Dyana #PRKTelukIntan



Tunku Aziz seiring dengan kata-kata Tun Mahathir yang mana Dyana hanyalah 'window dressing' kepada Dinasti Lim. Syaitan DAP dua ekor ini menjadikan modal 'Melayu untuk jatuhkan Melayu' hasil ajaran Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew menggunakan Othman Wok manakala Lim Guan Eng menjadikan Zairil (Cina yang berlakon melayu) dan Lim Kit Siang cuba 'rosakkan' Dyana Sofea. Kini tiba masa rakyat pilih. Mahu boneka politik atau wakil rakyat?

Pilihanraya adalah untuk memilih siapa yang akan mewakili rakyat. Jika boneka yang dipilih maka hancurlah perkataan wakil rakyat kerana boneka hanya akan menjadi pak turut kepada sesetengan individu, bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Betul Dyana tak kenal Tunku Aziz? 

K7L : Antara kaca dan permata..

Surat Dari Anson Buat Rakyat Teluk Intan - #Dyana Menangis Ketika Baca!



Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga Anson.

Saya rasa terpanggil untuk menulis nukilan ini kerana saya dibesarkan di Teluk Intan. Walau pun kami sekeluarga berpolitik di kampung kami di Bagan Datok, saya dibesarkan di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan setelah bapa saya membeli sebuah rumah di situ pada tahun tujuh puluhan.

PRK parlimen Teluk Intan memberikan satu perspektif baru dalam politik negara apabila DAP meletakkan Dyana seorang calon muda melayu berusia 27 tahun. Dari sudut itu, sebagai seorang yang sukakan pembaharuan & proses peremajaan, saya mengalu-alukannya.

Saya juga tidak cenderung memanggil Dyana seorang pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP adalah hak & prerogatif beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun sebagai seorang anak tempatan, saya ingin mengingatkan diri saya & semua orang kampung saya bahawa pilihanraya bukanlah pertandingan ratu cantik mahu pun pertandingan populariti. Dari perspektif itulah pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu rasional dalam membuat pemilihan. Yang perlu dipilih adalah seorang wakil rakyat yang perlu mewakili rakyat Teluk Intan secara efektif di dalam parlimen.

Maka pilihan yang terbaik harus dibuat. Dyana tidak dinafikan mempunyai personaliti yg menarik, namun secara ikhlas saya melihat bahawa beliau masih perlu melalui dahulu proses pengilangan sebagai seorang ahli politik. Usia beliau di dalam politik baru 2 tahun & saya melihat bahawa beliau belum cukup matang untuk mewakili rakyat Teluk Intan.

Beliau seperti dibonekakan oleh DAP. Jangan tersalah anggap dalam perkara ini kerana sebagai exco beliau negeri Perak, saya lah org yang pertama yang akan menyokong proses peremajaan dalam senario politik negara.

Saya menghormati beberapa pemimpin muda dalam DAP seperti Saudara howard Lee, ADUN Pasir Pinji yang mempunyai tahap intelektual yg tinggi. Namun perkara yang sama tidak dapat saya nyatakan tentang Dyana.

Dalam sidang akhbar & pengucapan umum pun beliau kelihatan begitu 'novice' & 'naive' termasuklah insiden bosnya, Lim Kit Siang yang terpaksa mengambil alih mikrofon daripada Dyana untuk menjawab soalan rakan media tentang kemungkinan apa yang berlaku kepada Yang Mulia Tungku Aziz mungkin akan berlaku kepada Dyana.

Dato Mah pula adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Seorang anak tempatan yg telah berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan sejak 1995 lagi sebagai ADUN Pasir Berdamar. Menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal & Timbalan Menteri.

Benar dia kelihatan tidak begitu menarik berbanding Dyana, tetapi sebagai seorang wakil rakyat, Dato Mah umpama langit & Dyana umpama bumi.

Saya berharap rakyat Teluk Intan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapat seorang menteri penuh kerana secara konvensyennya seorang presiden parti komponen yang besar seperti parti GERAKAN akan dilantik sebagai menteri penuh.

"Dulu dia jadi Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa" kata mereka. Sayugia diingatkan dengan rasa penuh hormat kepada semua Timbalan Menteri, terdapat perbezaan yang ketara antara jawatan menteri & timbalan menteri dari segi kuasa, jurisdiksi & barang harus diingat sebagai seorang menteri, Dato Mah akan berpeluang untuk bersama-sama dengan YAB PM & YAP TPM serta semua ahli kabinet yang lain setiap minggu dalam mesyuarat kabinet.

Bermakna suara & aspirasi rakyat Teluk Intan boleh disampaikan terus kepada YAB PM, TPN & kabinet pada setiap minggu.

Pengundi-pengundi Teluk Intan juga harus mengambil kira bahawa kemenangan DAP di Teluk Intan mahu pun di Bukit Gelugor tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada senario pemerintahan kerajaan persekutuan.

Malah mereka harus mengambil kira bahawa kalau semasa pru 13 mereka memilih DAP dengan harapan pakatan boleh menubuhkan kerajaan pusat & kerajaan negeri.

Namun hakikatnya pada hari ini adalah kedua-dua kerajaan pusat & negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Maka secara logik & rasionalnya.

Adalah lebih menguntungkan untuk Teluk Intan berada bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memudah carakan lagi proses pembangunan sosioekonomi rakyat Teluk Intan apatah lagi dengan keberangkalian yang begitu besar untuk Dato' Mah dilantik sebagai seorang menteri penuh.

Berfikir & bertindaklah secara rasional pada 31hb mei ini kerana peluang keemasan ini bukan datang setiap masa & ketika. Slogan pakatan dalam PRU yang lalu seolah-olah memakan diri sendiri.....

Ini kalilah !!!!!

Nukilan:
Bro Shahrul Zaman Yahya
EXCO Belia negeri Perak.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk