30/08/2013

Ada Orang Cuba Pecahkan Pemuda Sabah - @JamawiJaafar Jadi Mangsa?



Nampaknya sudah ada suara-suara sumbang yang mahu melihat Pemuda UMNO Sabah berantakan. Umum tahu Ketua Pemuda UMNO Tenom sudah mengumumkan bahawasanya dirinya telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggantikan Dato' Razali Ibrahim yang sudah habis umur.

Sudah sekian lama tiada yang berbunyi secara tiba-tiba ada orang bukan daripada Sabah menulis mengatakan Jamawi Jaafar tidak disenangi oleh Pemuda daripada Sabah. Namun begitu tulisan tersebut teramatlah dangkal selepas Pemuda UMNO Sabah sebenarnya menyokong Saudara Jamawi Jaafar untuk bertanding termasuk beberapa nama lain yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Menurut keratan akhbar di atas. "Endorsement" daripada seluruh bahagian di Sabah telah bersetuju dengan Jamawi Jaafar. Nampaknya ada yang cuba hidupkan api yang tidak sepatutnya menyala. Maaf! Keris dah tanya Pemuda Sabah. Mereka semua nafikan tulisan yang mengatakan Jamawi tidak disenangi.

Terus terang Keris katakan jika ada yang tersebar di Media Sosial pasal Pemuda Sabah tak sokong Jamawi, itu semua hanya rekaan. Jangan samakan Pemuda dengan Majlis Tertinggi UMNO. Yang menulis itu tampak buta politik bila dia bertanya berapa ramai pemimpin Sabah mahu bertanding. Cuba nafikan UMNO Sabah? Salah tu. Kita UMNO Malaysia. 

UMNO parti demokrasi! Siapa pun boleh bertanding namun Keris melihat Jamawi merupakan calon Naib Ketua yang mampu memperkukuh dan memperkasakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Pemuda dari Borneo berganding bahu dengan Pemuda dari Semenanjung.

K7L : Haha! Ada juga yang cuba lagakan pemimpin Sabah..

Guan Eng Mengamuk Lepas Baca Komen Anak Muda Cina Tengok #TandaPutera



Kalau ada kaum cina yang rasional macam ni, kenapa pulak ada Melayu yang tak rasional dan mahu filem ini diharamkan? Pelik laa kan? Siap kata Tanda Macai bagai. 

Pembangkang yang politik sangat sampai jumud. Ini sejarah! Pergi tanya orang tua-tua mereka kata ya memang peristiwa-peristiwa tersebut berlaku.

By the way, Meh tengok profile dia kat SINI 

K7L : Ini bukan sokong komunis yang jahat tu!..

29/08/2013

Apakah DS Azalina Mampu Menjadi Tangan Ajaib Mencorak Semula Kepimpinan Wanita UMNO?




Keris memetik artikel ini dengan soalan apakah DS Azalina orang yang layak untuk memipin Wanita UMNO? Kata Mc :

Dalam banyak-banyak pertandingan dalam pemilihan UMNO kali ni, Mc lebih tertarik dengan perebutan tempat Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sememangnya Mc melihat wanita UMNO adalah nadi dalam UMNO. Keahlian wanita dalam UMNO saja dah hampir setengah dari jumlah 3 juta ahli UMNO.

Sememangnya wanita UMNO perlu pemimpin yang agak 'taktikal' dan keras untuk terus membawa wanita UMNO kesatu tahap yang lain.

Apabila Mc mendengar temubual bersama Dato Seri Azalina Othman di Bernama selama tempoh sejam dalam rancangan Hello Malaysia, yang bertajuk Bahang Wanita UMNO, ternyata aura Puteri dan semangatnya sebagaimana beliau lakukan dalam Puteri masih panas.

Bila Dato Azalina umumkan beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO, Mc rasa beliau mampu lakukan. Walaupun ada desas-desus yang memperlekehkan watak beliau.

Beliau telah jelaskan tujuannya melawan Kak Jat bukan mahu memporak perandakan Wanita UMNO tapi mahu mentransformasikan Wanita UMNO ke arah lebih bagus.

Sampai bila kita nak orang pandang wanita UMNO ni golongan makcik-makcik yang lemah. Dengan perubahan pemimpin yang 'laju' macam Azalina, mungkin golongan 'makcik' ni boleh menjadi 'super makcik' dan membantu kempen UMNO dalam PRU yang akan datang.

Kita hanya ada 4 atau 5 tahun lagi untuk merubah apa yang ada sekarang. Tidak mustahil 'tangan ajaib' yang mencorakkan puteri UMNO dulu, dapat di ulang semula di dalam wanita dari sudut yang berbeza.

Itulah harapan orang muda dalam UMNO..mahukan UMNO lebih segar dengan suntikan semangat baharu!!

K7L : Macamana?..

Senarai Nama ADUN Kedah Yang Sokong Syiah? #saveKedah






Humang aih! Tak sangka pasal syiah ni, ada juga yang tak mahu sokong enakmen haramkan syiah? Mari tengok apa rakan Keris kata :


Kedah Ke KL

Bila kita sentuh pasal syiah, Pas tak mengaku dirinya syiah. Tapi bila Kerajaan negeri Kedah nak buat undang-undang untuk membanteras syiah, ada dikalangan Adun Pas yang tak setuju. Kenapa ya?


Bila kita tanya siapa syiah dalam Pas dan siapa sokong syiah, haram sekor pun tak mengaku. Tapi bila orang nak ambil tindakan kepada syiah, ramai pula yang menolak. Pelik sungguh kan?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini.

Selanjutnya


SENARAI NAMA-NAMA ADUN PR YANG TAK SOKONG / BERKECUALI ATAU TIDAK MENGUNDI DALAM MELULUSKAN ENAKMEN PENGHARAMAN SYIAH DI KEDAH
PAKATAN HARAM

PAS:
1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG
2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU
3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT
4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR
5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI
6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU
7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS

DAP:
1) Tan Kok Yew : N11 DERGA
2) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN

PKR:
1) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG
2) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM
3) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL


SENARAI NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG MENYOKONG PENGHARAMAN SYIAH

BARISAN NASIONAL:

1) Mohd Rawi Bin Abd Hamid : N1 AYER HANGAT
2) Nor Saidi Bin Nanyan : N2 KUAH
3) Datuk Abu Hasan Bin Sarif : N3 KOTA SIPUTEH
4) Datuk Mukhriz Tun Mahathir : N4 AYER HITAM
5) Datuk Ahmad Zaini Bin Japar : N5 BUKIT KAYU HITAM
6) Aminuddin Bin Omar : N6 JITRA
7) Badrol Hisham Bin Hashim : N7 KUALA NERANG
8) Kama Noriah Binti Ibrahim : N8 PEDU
9) Datuk Ahmad Bin Sudin : N9 BUKIT LADA
10) Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah : N12 BAKAR BATA
11) Datuk Suraya Binti Yaacob : N19 SUNGAI TIANG
12) Datuk Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail : N21 GUAR CHEMPEDAK
13) Dr. Leong Yong Kong : N22 GURUN
14) Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah : N23 BELANTEK
15) Mahadzir Bin Abdul Hamid : N24 JENERI
16) Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain : N26 TANJONG DAWAI
17) Ali Bin Yahaya : N27 PANTAI MERDEKA
18) Datuk Azmi Bin Che Husain : N30 BAYU
19) Harun Bin Abdul Aziz : N31 KUPANG
20) Chua Thiong Gee : N35 KULIM
21) Norsabrina Binti Mohd Noor : N36 BANDAR BAHARU

K7L : PAS sokong Syiah?..

BN Selangor Perlu Belajar - Ini Jadinya Jika Kita Terus Kalah!





SALINAN surat yang meminta Majlis Daerah Sabak Bernam supaya merobohkan bilik gerakan BN yang selama bertahun-tahun telah menjadi pusat mesyuarat dan pusat aktiviti penduduk sekitar Parit 13, Sungai Panjang. Ini lah perangai sebenar pemimpin pakatan yang selama ini mereka agong-agongkan.

Baru menang dan punya sedikit kuasa, sudah menggunakan kuasa veto untuk memusnahkan semua harta milik BN yang selama ini mereka berbulu tengok. Inilah jadinya apabila Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, dan Pembangunan Desa yang juga ADUN Sabak yang baru menang mula berlagak dan riak dengan kuasa yang baru sekejap diberikan oleh Allah.

Tak sampai 100 hari lagi dia menduduki kerusi ADUN Sabak, semua benda nak dikacau. Semua benda nak buat pembaharuan kononnya.

Dengan alasan untuk membina 2 pintu lot kedai di atas tanah yang sekarang ini terbina bilik gerakan BN, beliau menggunakan kuasanya sebagai exco kerajaan negeri supaya YDP MDSB menurut perintah nya jika tidak mahu ditukarkan ke daerah lain.

Sumber : Jawa Bernam

Wanita Berpecah atau Wanita UMNO Terus Rebah?



Dalam pemilihan kali ini, yang paling akar umbi mahu melihat perubahan adalah daripada sayap Wanita UMNO. Ramai yang menagih kepimpinan yang lebih baik dan lebih 'garang'. Garang itu bukan bermaksud hanya perlu menyingsing lengan ketika berucap.

Kita mahukan pemimpin Wanita UMNO yang membawa pendekatan baru. Dua penggal selepas Rafidah Aziz kita lihat semakin hari semakin lemau Wanita UMNO. Dimanakah silapnya sehingga jadi begini?

Bercakap tentang pertandingan, ada yang bersuara kononnya jika sayap-sayap ada pertandingan maka akan berlaku perpecahan. Haloooo ini bukan Presiden atau Timbalan Presiden. Ini ketua sayap UMNO. Ketua-ketua yang akan menjadikan UMNO lebih kuat!

Kalau nak kata tentang perpecahan, Sepanjang dua penggal bukankah banyak perkara berlaku dalam sayap Wanita UMNO? Cakap sikit pada Keris apakah 'pemberontakan' bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia itu bukan perpecahan? Jika Naib sendiri gagal dikawal wajarkah kepimpinan sedia ada dikekalkan?

Keris menantikan 'Magic Hand' untuk sembuhkan semula sopak-sopak yang ada pada sayap Wanita UMNO. Mahu kaum ibu lebih dihargai dan bukan jadi bahan ejekan. Sampai bila Wanita UMNO akan dipandang rendah oleh rakyat?

Ingat! Jika kita dilihat kukuh dan kuat dari dalam sudah pasti rakyat yang tidak berparti akan memilih UMNO. Kuatkan UMNO dari dalam dan jangan kekalkan liabiliti kepada UMNO. Ini bukan soal setia kepada pemimpin tapi soal UMNO itu sendiri.

K7L : Transformasi UMNO!..itu akar umbi mahukan!..

Ketua Wira Perkasa Mahu Tempat Timbalan Menteri? @NajibRazak



Inilah dia wajah Hero yang cuba tunjuk bagus. Siapa dia nak suruh Perdana Menteri letak jawatan? Dalam banyak-banyak dia tulis Keris hanya bersetuju dengan pemberian BR1M yang sepatutnya tidak diberikan dulu.

Tapi apa wajarnya dia menulis untuk desak PM? Ataupun dia cuba jadi macam pemimpin Hindraf yang secara tiba-tiba dilantik menajdi Timbalan Menteri? Cubaan apa kali ini? apa motif sebenar? 

Kalau benar bercakap tentang berjuang demi Melayu, mungkin saudara Fahmi boleh senaraikan JASA-JASA terhadap orang Melayu melalui sayap Perkasa. Keris petik artikel dari APA sikit untuk pencerahan :

Semalam Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendesak @NajibRazak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana dikatakan telah menggadaikan segala hak dan kepentingan Melayu selama ini.Aku bertanya kepada seorang sahabat yang jugaYDP Perkasa Daerah apakah kenyataan Irwan itu hanyalah pandangan peribadibeliau atau ianya pendirian resmi Perkasa?Maka dijawap oleh sahabat aku tadi kalau ianya datang daripada Irwan beerti ianya juga adalah PENDIRIAN RESMI PERKASA..Ohh okay...(baca kenyataannya DISINI).

Baca selanjutnya Di SINI

K7L : Tenggelam timbul tahu-tahu suruh PM letak jawatan..macam bagus..

Kerana Babak Kencing Tiang Bendera - LGE Takut Siarkan Di Pulau Pinang?




Filem 115 minit mengisahkan pengorbanan besar dua orang pemimpin Melayu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei telah tidak dibenarkan untuk ditayang di Pulau Pinang. 

Adegan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja dalam filem tersebut. Keseluruhan cerita mengenalkan rakyat kepada watak sebenar Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail.

Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?

Takut kerana ada babak kencing dalam filem tersebut? Babak itu khabarnya adalah adegan semula bapa Lim Guan Eng kencing di tiang bendera rumah Dato' Harun. Namun dalam filem tersebut, orang yang melakukan watak kencing itu tiada pun pakai name tag bertulis "Lim Kit Siang".

Oleh itu, mengapa Lim Kit Siang terasa sangat? Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?



Sikap tertutup dan tidak demokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berdepan dengan fakta dari filem Tanda Putera amatlah mengecewakan. Parti yang mendakwa merekalah yang lebih demokratik rupanya takut dengan kebenaran.

Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat. Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei.

K7L : Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera.

28/08/2013

@MBKPutrajaya Tak Sokong MBM? Presiden MBM Cabar Belia Putrajaya? @NajibRazak @Khairykj @TengkuAdnanReal @PutrajayaCorps



Siapa yang tak beri kerjasama? Apakah Presiden MBM cuba cabar belia-belia di Putrajaya? Bukan mmahu buat musuh tapi kalau sarang tebuan dah dijolok takkan tak terima padahnya? Keris tengah panas hati. Nak tahu apa cerita? Meh baca apa KN tulis :


Hari ni gua baru dapat satu cerita pasal Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), si Maliki ni. Dikhabarkan beliau ada ditanya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Seri Aseh tentang keadaan belia-belia dalam Putrajaya. Korang tau apa respon si Maliki ni, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) tak memberi sokongan kepada MBM.

Apa maksud dia dengan MBKPj tidak memberi sokongan kepada beliau. Sokongan macam mana yang beliau maksudkan. Sokongan undi ka sokongan dari segi program dan aktiviti. Gua bertanya atas kapasiti gua sebagai belia Putrajaya yang terlibat secara langsung dengan MBKPj sejak dari penubuhannya sehingga sekarang. Berpuluh program dan aktiviti gua"involved" tak kira sama ada besar atau kecik. Gua juga pernah pergi mesyuarat peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Dia kaitkan MBKPj dengan memberi contoh MBKPj yang tidak memberi sokongan ketika program PM turun melawat ke Pasar Ramadan anjuran MBM. Eh! Gua nak tanya lu sikit la Maliki, lu turun untuk program tu ada inform dengan MBKPj dulu tak pasal program tu. Ada tak wakil si Maliki ni bermesyuarat dengan barisan kepimpinan MBKPj untuk bersama-sama menjayakan program PM melawat Pasar Ramadan. Ada tak? Jawapannya : MANA ADA.

Dah la masuk kampung orang main terjah jer lepas tu kutuk plak orang kampung. Lu tak ada adap ker. Lu pandai-pandai buat "arrangement" ngan Perbadanan Putrajaya, bila tak berjaya nak salahkan orang lain pulak. Sejak dari penubuhan MBKPj dari awal hingga ke hari ini cuba lu senaraikan apa sumbangan MBM kepada MBKPj dalam membantu bagi menjalankan sesuatu program atau aktiviti.

Baca selanjutnya di Kulaan Niring


K7L : Sesuka hati bercakap..bro bukan bertanding ke?..

26/08/2013

Top 10 Pemimpin Yang Akar Umbi Mahu Mereka Berundur Supaya UMNO Lebih Kuat!


Selama lebih 2 minggu Keris telah membuat kaji selidik di kalangan orang UMNO secara verbal dalam majlis-majlis UMNO. Bertanya kepada akar umbi siapa pada mereka perlu undur diri demi kesejahteraan dan kemajuan UMNO.

Mula-mula Keris nak cakap ini dari akar umbi. Bukan Keris suka-suka nak hentam mana-mana pihak. Apapun mari kita lihat siapa 10 nama paling banyak Keris dengar untuk ditukar :

10. Dato' Sulaiman B. Mohd Karli


Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah. 

9. Dato' Shaziman bin Abu Mansor 


Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm

8. Dato' Sri Dr. Ir. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis 


Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.

7.Datuk Zainal Abidin Osman


Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.

6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman


Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.

5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain


Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?

4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee 


Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN? 

3.Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin 


Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat. 

2. Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed


Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Ada ramai ahli-ahli Wanita kata pada Keris, Shahrizat sudah tiba masanya untuk berundur. Terlalu banyak kontroversi yang mana melemahkan sayap Wanita UMNO. Dia juga kalah pada Nurul Izzah dan tidak tercalon pada PRU13 (bukan winnable candidate kot?). Sampai bila persepsi negatif terhadap Wanita UMNO harus ditanggung oleh akar umbi? Banyak kelemahan dia telah menjadi bayangan kepada Wanita UMNO. Nak simpan lagi?

Mungkin ada yang rasa perlu letak orang lain dalam Top 10 ini tapi macam Keris cakap ini semua suara akar umbi. Rais Yatim, Rafidah Aziz, Bushro semua 'gentleman' untuk beri peluang pada orang lain.

Formula baru diperlukan dengan kepimpinan yang lebih efisien. Bukan dengan kekalkan yang kita tahu sudah kalah. Kenapa nak simpan orang yang diberi peluang memimpin namun gagal?

K7L : Kalau UMNO ini Real Madrid agak-agak berapa Coach dan Player ditukar?

P. Waythamoorty Dah Boleh Letak Jawatan Cepat! @NajibRazak



Keris tertarik dengan artikel rakan Keris yang bercakap pasal Timbalan Menteri yang nampak tak ada fungsi. Agaknya dia pun pelik kenapa dia dipilih kot? Mari baca apa Rezqeen Hill tulis :


Tindakan pemimpin Hindraf hari ini yang diberi jawatan ehsan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) dianggap tidak beretika dan tak mengenang budi selepas beliau cuba bertindak menjadi hero untuk kaum india.

P. Waythamoorthy yang berjawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membanteras penjenayah dan kongsi gelap di Pulau Pinang minggu lepas.

Tindakan Moorthy yang cuba menjadi hero kepada keluarga mangsa kononnya mangsa dianiaya kerana mereka yang ditembak mati bukannya penjenayah yang disyaki.

Kelakar dan bodoh bila Moorthy cuba menegakkan benang yang basah apatah lagi sebenarnya si penjenayah menembak ke arah pihak Polis terlebih dahulu. Saya percaya pihak Polis menggunakan SOP (Standard Operation Procuders) biasa apabila menahan orang yang disyaki dan saya lebih yakin & pasti Polis tidak akan menembak mereka jika tiada ancaman.

Bagi saya, Moorthy bercakap seolah-olah beliau di pihak Pembangkang yang tidak mempunyai kepentingan di dalam barisan Kerajaan. Ini sekali gus menunjukkan beliau tidak percaya akan tanggungjawab Polis dengan mempertikaikan tindakan penguatkuasaan yang dilancarkan dan tindakan beliau boleh dianggap sebagai cubaan untuk mencampuri urusan Polis.

Tindakan ini amat bertentangan dengan jawatan sebagai Menteri dalam Kerajaan. Kerana sepatutnya beliau haruslah bersuara & yakin dengan dasar-dasar Kerajaan bukannya mengkritik urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jawapan balas Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta Moorthy melepaskan jawatan jika beliau serius kononnya untuk memperjuangkan nasib kaum India yang 'tertindas' dan dianiaya oleh Kerajaan.

Pada hemah saya, Moorthy patut ikut saranan daripada Zahid Hamidi dan Karpal Singh. Jangan duduk di dalam kabinet jika ingin bersuara dan menghentam dasar kerajaan.

Sama jugalah kepada mana-mana individu dalam kerajaan tu. Lebih baik lepaskan jawatan kalau nak mengkritik je kerjanya.

Mari Doakan Ustaz Kazim Elias Selamat Jalani Pembedahan Dan Cepat Sembuh




Keris mendapat berita daripada page Ustaz Kazim Elias yang beliau menjalani pembedahan malam tadi. Pasal apa Keris tak tahu tapi mari kita sama-sama doakan supaya pembedahan tersebut berjaya dan beliau cepat sembuh.

K7L : Inilah orang yang dicerca ketika dia berusaha selamatkan akidah di Malaysia.. 

25/08/2013

Apa Ada Di #HariKopersai13 Kat Kedah?



Gambar-gambar menarik untuk tatapan pembaca blog di Hari Koperasi Negara. Bagi yang jauh dan tak dapat datang tentunya mahu melihat apa sebenarnya yang ada di Hari Koperasi ni. Betul?

Check it Out!









K7L :  Sempat lagi pergi ni!..

@HarapanEsok Tak Perlu Salahkan Anak Cina! Kita Buat Cadangan Supaya Malaysia Lebih Bersatu!



Di sini Keris nak tegur sikit pasal artikel oleh Harapan Esok. Berdasarkan gambar diatas dia menulis :

Gambar ini telah menceritakan segala-galanya yang mana kumpulan muzik dari luar negara lebih berjiwa Malaysia daripada anak muda Cina..

Terus terang Keris katakan Keris kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Mengapa kita perlu 'ditch-out' mereka walhal yang buat perangai hanyalah kelompok kecil. Apa yang perlu kita buat adalah mendekati mereka.

Salah satu cara untuk mendekati adalah dengan pendekatan 'Penghapusan Sekolah Vernakular'. Keris memertik artikel daripada wartawan Berita Harian berkenaan cadangan yang amat baik ini.

Menurut Imlan Adabi :

Sekarang masa sesuai untuk menukar sekolah vernakular Tamil dan Cina menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa bagi membendung isu perkauman.

Jurang kaum di sekolah menengah semakin meluas. Pelajar yang datang dari latar belakang berbeza sukar menerima percampuran di sekolah menengah. Perbezaan cara belajar dan bergaul di sekolah jenis kebangsaan, menyukarkan mereka menerima dasar pelbagai kaum di sekolah menengah.

Moral ceritanya, pengalaman berbeza menyebabkan mereka sukar menerima konsep perpaduan. Selagi wujud sekolah jenis kebangsaan, perasaan perkauman akan terus terbawa-bawa hingga dewasa.

Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu bukan memeranjatkan. Pengundi Cina kawasan bandar menyokong DAP dan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang. Dianggarkan 95 peratus Cina tidak sokong calon Barisan Nasional (BN) menyebabkan gabungan parti kerajaan itu hanya menang 133 kerusi Parlimen, susut tujuh kerusi berbanding 140 yang dimenangi pada PRU-12. 

Beberapa tokoh BN yang pernah berjasa kepada kaum Cina menerima kekalahan tidak sewajarnya. Hanya 1.5 peratus daripada 30,000 pemilih Cina mengundi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di kawasan Parlimen Bukit Katil pada 5 Mei lalu. Sokongan itu terlalu kecil kerana kawasan Parlimen Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu, 40.75 peratus pengundi Cina, sekali gus memberi kemenangan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti 5,447 undi.

Perasaan kecinaan yang menebal sukar dibendung selagi sistem pendidikan tidak diubah. Sebab itu Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura tidak membenarkan sekolah jenis kebangsaan wujud kerana bimbang perkauman menjadi bara yang menakutkan.

Lee Kuan Yew ketika mengetuai kerajaan Singapura bimbang sekolah vernakular boleh menghancurkan perpaduan nasional. Ketika pelbagai pihak mendesak sekolah Mandarin diperkenalkan di Republik yang majoriti penduduk keturunan Cina, Kuan Yew berkata: “Hanya saya yang boleh mengajar kaum Cina!”

Menerusi buku memoir ‘LKY From Third World To First Bab 11 Many Tongue, One Language,’ Kuan Yew memberi amaran kepada Dewan Perniagaan Cina Singapura yang menuntut Mandarin sebagai bahasa rasmi.

Beliau bimbang isu sekolah Cina menjadi tuntutan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Pengurus Sekolah Cina, yang akhirnya menjejaskan hubungan di antara kaum. Hari ini Singapura mencapai kemajuan hasil perancangan ekonomi dan bukan kerana perpaduan.

Pengalaman kita di Malaysia amat berbeza. Sikap tolak ansur menyebabkan sekolah jenis kebangsaan membiak bagai cendawan. Pada 1977, isu Universiti Merdeka meledak dan menguji kepemimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Kerajaan ketika itu menolak Universiti Merdeka, tapi hari ini banyak pusat pengajian tinggi swasta yang mengabaikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama. Sikap membelakangi cita-cita nasional mendorong pihak tertentu memainkan isu kaum, mempersenda institusi beraja dan mengeluarkan kenyataan hasutan.

Ada rungutan graduan Melayu sukar mendapat tempat di syarikat Cina. Jika mendapat pekerjaan pun mereka diberi gaji dan tugas yang lebih rendah daripada pekerja Cina.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, berkali-kali mendesak supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan. Beliau mahu terma vernakular sekolah jenis kebangsaan ditukar kepada terma baru sekolah kebangsaan atau sekolah kerajaan bagi menggambarkan imej Malaysia yang sebenar.

Jika perkauman di sekolah gagal diatasi, perpaduan akan dicabar sepanjang masa. Selepas 56 tahun merdeka, kita wajar berlapang dada dan utamakan perpaduan nasional. Pendidikan berkesan untuk menyemai perpaduan. Meletakkan murid pelbagai kaum dalam sesebuah bilik darjah akan memudahkan persefahaman nasional. Kita wajar pandang ke hadapan kerana tidak mahu perkauman menjadi bara yang menakutkan. -Berita Harian, 25 Jun 2013

K7L : Hapuskan vernakular dan hidupkan sekolah satu aliran..

Mengapa Perlu Hadir #HariKoperasi13 Ya? Jom Pi Kedah!!!



HKN atau Hari Koperasi Negara telah menjadi acara tahunan bagi gerakan koperasi di negara ini bermula tahun 2002. Sambutan HKN kebiasaannya diadakan pada bulan Julai setiap tahun sebagai mengambil penghormatan bermulanya gerakan koperasi di negara ini pada bulan Julai 1922. Tetapi pada tahun ini, oleh kerana bulan Julai merupakan bulan puasa, sambutan HKN akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos 2013 iaitu selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Bertemakan “Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat”, HKN 2013 akan diadakan di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 11.00 pagi, 24 Ogos 2013.

Tujuan HKN diadakan adalah sebagai medan untuk menghebahkan dan menunjukkan kepada masyarakat umum tentang peranan serta aktiviti-aktiviti yang diceburi oleh koperasi yang masih kurang disedari ramai. Kebanyakan orang, apabila disebut sahaja koperasi, mungkin hanya mengaitkannya dengan aktiviti pinjam-meminjam sahaja. Walhal, koperasi kini telah jauh melangkah ke hadapan dengan menceburi pelbagai sektor ekonomi berskala seperti pertanian dan industri asas tani, pelancongan, pemborongan dan peruncitan serta perladangan.

Institusi koperasi telah melalui evolusi institusi secara beransur-ansur daripada bersifat tradisional kepada moden dan kompleks samada melalui proses perundangan, prosedur, interaksi, tadbir urus dan cara bekerja. Dengan sokongan kerajaan, koperasi menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan semasa untuk memberi manfaat kepada anggota dan negara umumnya.

Dengan adanya Dasar Koperasi Negara, peranan koperasi menjadi lebih mencabar untuk sama-sama menjayakan program transformasi ekonomi negara. Justeru pada hari sambutan HKN, koperasi-koperasi cemerlang akan diberi penghargaan sebagai tanda penghormatan ke atas pencapaian yang dihasilkan.

HKN juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan sumbangan gerakan koperasi kepada pembangunan negara terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan, mengurangkan kemiskinan dan mewujudkan integrasi sosial. Di mana-mana sahaja di dunia ini, koperasi telah digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup terutama bagi golongan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

Sejarah gerakan koperasi di negara ini bermula dengan penubuhan The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thrift and Loan Society Limited yang merupakan koperasi pertama ditubuhkan pada 21 Julai 1922. Kini dikenali dengan nama Koperasi Kakitangan Telekom Malaysia (KOTAMAS), ianya merupakan koperasi kredit pertama yang ditubuhkan di kawasan bandar ini dan masih aktif sehingga kini.

Hampir sedekad gerakan koperasi bertapak di negara ini dan setelah beberapa fasa perkembangan, institusi koperasi terus mantap sebagai institusi sosio-ekonomi yang boleh dibanggakan. Sehingga 31 Disember 2012 terdapat sejumlah 10,087 koperasi yang berdaftar dengan keanggotaan 7.03 juta orang, syer/yuran sebanyak RM11.71dan jumlah aset bernilai RM100.41 Bilion. Sepanjang tahun lalu, sektor koperasi negara yang menceburi pelbagai bidang perniagaan, berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM31.10 Billion.

Satu pameran galeri koperasi akan dibuka kepada orang ramai semasa sambutan HKN pada 23 hingga 25 Ogos 2013 yang akan membawa orang ramai menyusuri sejarah perkembangan gerakan koperasi dari dahulu hingga sekarang.

Berbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan HKN tahun ini yang akan menerima kunjungan lebih 30,000 pengunjung dari kalangan anggota dan bukan anggota koperasi. Sambutan tahun ini lebih istimewa kerana masih di dalam bulan Syawal dan kebetulan pula di dalam bulan kemerdekaan. Acara-acara yang disediakan berbentuk informatif dan menghiburkan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak sepanjang tiga hari sambutan HKN.

Selain daripada jualan dan ekspo produk koperasi dalam dan luar negara, akan diadakan persembahan kebudayaan daripada negeri-negeri, pertandingan tomoi Perlis dan pertandingan makan buah. Khidmat konsultasi serta klinik perniagaan berlandaskan koperasi untuk orang ramai yang berminat mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjalanan koperasi juga disediakan.

Pada hari pertama 23 Ogos 2013, program Forum Perdana akan berlangsung yang bertajuk “Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Rakyat”. Ahli-ahli Panel bagi Forum Perdana ini adalah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zulkarnain Hamzah yang akan mengupas tajuk tersebut bersama-sama dengan Ustaz Fauzi Mustafa sebagai Moderator. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid daripada kumpulan Far East .

Selepas acara perasmian pada 24 Ogos, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah dari 14 booth mengikut negeri sempena Hari Raya. Ini diikuti dengan persembahan artis, Motor Show dan pertunjukan wayang kulit. Bagi acara kanak-kanak, turut diadakan aktiviti mewarna yang akan menceriakan lagi suasana.

Sebagai penganjur, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengalu-alukan korperator dan orang ramai khususnya penduduk Kedah supaya datang beramai-ramai memeriahkan sambutan HKN di Dataran Darul Aman, Jitra, Kedah. Sambil berhibur dengan acara-acara keceriaan yang disediakan, orang ramai boleh mengambil peluang untuk memperluaskan pengetahuan mengenai koperasi yang merupakan entiti ekonomi yang unik dari segi falsafah, matlamat dan tujuan, serta hubungannya dengan anggota dan masyarakat.

[Video] Melayu Wajib Tengok Untuk Berjaya Dalam Berniaga! #HariKoperasi13 #KazimElias






Betul apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim tu, kalau kita tak bersatu, jangan harap kita nak kuat. Kalau tak mampu nak buat secara besar-besaran. Buat secara kecil-kecilan dulu.

Bila dah biasa dengan sistem koperasi ni, kita buat secara besar-besar, baru boleh bantu ramai orang. Melayu nak berjaya kena bersatu. 


Keris petik sikit dari blog Duke of UMNO :

Lebih-lebih lagi Ustaz Kazim dan Ustaz Zul kasi "tips baik punyaaaa" untuk kita umat Islam...khususnya untuk digunapakai bagi menyokong "boikot barangan Ah Beng"..! Heh! Meh sini aku cerita sikit...
Ustaz Kazim kata.. sepatutnya umat Islam di Malaysia ni rasa bertuah sebab kerajaan galakkan kita tubuh koperasi. Malangnya kita tak ambik peluang tu... Dia kata, koperasi merupakan medium terbaik untuk tingkatkan ekonomi ummah..!

Dia menyarankan agar Kerajaan beri AP barang-barang keperluan utama macam beras, tepung, gula, dan sebagainya kepada koperasi-koperasi bumiputera. Jadi, kita tak lagi bergantung pada "cha ya nun alif"...!

Contohnya, berikan AP gula pada "koperasi janda". Ustaz Kazim yakin, dalam masa 2-3 tahun, semua janda-janda ni akan hilang "status" janda sebab dipinang orang! Ye laaa.. bila koperasi janda monopoli bekalan gula, dah tentu la depa kaya...kan? Sapa tak mau kahwin dengan "janda kaya"? heh!
Contohnya lagi, AP ayam. Kalau diberikan AP ayam tu pada Koperasi Bekas Perajurit. Dah tentu la bekalan ayam akan dikawal oleh orang Islam. Jadi, bekalan ayam takkan jadi masalah lagi bila masuk bulan puasa atau hari raya... Takde la lagi kenyataan "tak payah makan ayam" nanti..kan? Heh!

Katanya, kalau AP diberi pada individu perseorangan, maka dia sorang saja la yang kaya. Tapi kalau diberik AP pada koperasi, maka ramai la yang akan berkongsi jadi kaya, kan? Lebih penting, kita takde lagi la bergantung pada "cha ya nun alif" untuk supply barang keperluan utama, kan?

Ustaz Zul pula menegaskan bahawa setiap koperasi perlukan Muraqabah, Muhasabah, Mujahadah, Mu'aqabah, Mu'atabah. Lima M (5M) bagi memastikan sesebuah koperasi tu betul-betul mantap.

Muraqabah untuk menyatupadukan silaturrahim sesama umat Islam. Muhasabah untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri - koperasi. Mujahadah untuk memperjuangkan ekonomi ummah. Mu'aqabah tu aku lupa apa maksudnya (sorry..adehh).. tapi Mua'tabah tu maksudnya konsistensi...

K7L : Ingat tu Melayu..BERSATU...

24/08/2013

Oh! Betulkah Tanda 4 Jari #R4BIA Tanda Demonik?





DIFORWARDKAN DARI: Berjuang Bersama Saya - Mohd Ali Rustam

yakjujmakjuj - PESANAN UNTUK UMMAH: Jauhilah samasekali dari musuh² kita dibawah Pakatan Judeo-Kristian (Yahud & Nasrani) yang sering menggunakan simbolisma² terahsia dari sihir² sigil Iblis & Syaitan dalam agenda perjuangan mereka untuk memesongkankita.

Saya terlihat semalam pada feed Ustaz Noor Derus melalui Amer Hamzah mengenai kepentingan mengingatkan semula sesama kita tentang agenda Color Revolution yang nampaknya sedang digerakkan semula oleh mereka² yang berkepentingan. Dalam sekelip mata saya lihat sudah dipenuhi dengan lambang² tangan dajjal. Dengan segala kelemahan pada diri saya, saya ingatkan saudara-saudari yang saya kasihi supaya berwaspadalah dalam zaman yang penuh dengan tipudaya ini. Kita sedang berhadapan dengan musuh² yang tersangat licik permainan mereka, dan segala kekuatan sedang dicatur untuk menyusun supaya umat Islam berbunuhan sesama sendiri, dan lebih banyak negara² Islam akan tumbang.

Sekiranya kehebatan anda dalam urusan agama dan akal fikiran menjadi penghalang bagi menerima teguran & pesanan sesama Muslim, maka itulah yang dikehendaki oleh mereka.. Bersatu padulah dan berkasih sayanglah sesama saudara kita yang seagama sebelum nasi menjadi bubur. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan turun berdemonstrasi dan berperang sesama sendiri, melainkan kita kembali bermuhasabah tentang kesilapan² yang telah kita lakukan.

Simbol atau lambang tersembunyi adalah perantara kekuatan yang digunakan pengikut aliran sesat untuk memohon bantuan kekuatan jahat dalam dunia ghaib dan pemujaan setan. Tetapi penggunaannya lebih berkesan jika dalam bentuk tiga dimensi. Simbol digunakan orang untuk menarik perhatian kuasa² gelap. Sebagian besar dari kita belum sepenuhnya menyedari kekuatan misterius dari simbol-simbol yang disalahgunakan. Dan anda juga tidak dapat merubah keadaan dengan membantu budaya² simbolisma yang sedang disusun sebagai rasukan mantra kegilaan terhadap ummah.

Semakin hari kita lihat umat Islam semakin ghairah memaki-hamun, mencaci-cerca, kafir mengkafir serta laknat melaknati sesama kita. Sedarilah saudara-saudari bahawa ini akan hanya mengundang lebih banyak bala bencana keatas kita dalam masa yang terdekat.

Ketahuilah kita sedang berhadapan dengan musuh² yang sejak turun temurun, zaman berzaman menjadi penyembah-penyembah Iblis dan Syaitan. Setiap langkah yang mereka ambil adalah berinspirasikan bisikan² jahat seteru kita yang nyata dalam tersembunyi. Setiap hari diseluruh dunia upacara² & ritual² penyembahan Iblis & Syaitan ini diadakan semakin hampirnya kita pada saat² yang getir dalam hayat ummah kita.

Ketahuilah sihir sigil adalah sihir yang digunakan oleh para penganut aliran Satanik. Sihir sigil merupakan sebuah sihir yang menggunakan simbol-simbol tertentu (simbol yang digunakan oleh aliran satanilk) agar mampu dilihat oleh mata kasar.

Sesiapa yang membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat sudah memadai bagi Iblis dan bala tenteranya untuk bergelak ketawa.Syaitan dan Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari atau bawah sedar sudah menjadi kabar gembira bagi mereka.

Istilah SIGIL berasal dari sigillum Latin, meskipun mungkin juga terkait dengan סגולה Ibrani (segulah arti “kata, tindakan, atau bahan untuk kesan spiritual”). Sigil mungkin memiliki bentuk abstrak, bergambar atau semi-abstrak. Penggunaan masakini berinspirasikan dari tradisi turun-temurun ilmu² sihir kuno. Sihir sigil lambang tangan rabia ini dengan pelbagai mantra pemujaan Iblis, Jin & Syaitan ini turut termaktub dalam kitab sihir kuno Arab AL AZIF.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389263677862298&l=5f07ae1215

Pakar ahli otak mengatakan, bahwa paparan gambar, bentuk, dan warna tertentu itu mampu mempengaruhi otak kita, khususnya otak bahagian reptilian (naluri), sehingga secara naluriah otak kita bekerja cenderung menggunakan naluri haiwani. Maknanya, pemikiran kita lebih bersifat emosional, tidak mementingkan rasional, atau baik dan buruknya. Mereka yang pakar dalam segala cabang ilmu ini akan sentiasa menggabungkan pelbagai medium ini untuk melemahkan ummah.

Pemikiran emosional akan menyebabkan seseorang merasa hal-hal yang difikirkan dan yang dirasakannya itu berasal dari dirinya sendiri, meski kenyataan pemikiran nya itu hasil dari pelbagai pengaruh lingkungan dan kawalan bawah sedar yang membentuknya, kerana itu pada hari ini tersangat ramai dari kita yang hidup dalam penafian akan hakikat ini.

Namun apabila diukur pada jatidiri kita sebagai ummah serta pembantaian yang dilakukan terhadap umat Islam sejagat, maka jelaslah kita sudah jauh menyimpang dari keperibadian sebuah ummah yang dinyatakan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia seluruh alam. Semoga ALLAH 'Azza wa Jalla memberi kita taufiq dan inayah untuk kembali pada jalanNYA yang benar.

Sumber : YJ

Perasmian #HariKoperasi2013 Tadi Berlaku Kekecohan?










Pakej Insentif kepada sektor koperasi di negara ini perlu dikaji semula supaya selaras dengan agenda transformasi negara dalam melonjakkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan mengutamakan kajian semula pakej insentif tersebut bagi memastikan koperasi terus diberikan peluang saksama untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baharu serta meningkatkan rantaian sedia ada.

Ini bertujuan memastikan gerakan koperasi turut sama menyumbang kepada agenda transformasi negara.

"Saya berpendapat sudah sampai masanya untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengkaji semula pakej insentif yang ditawarkan kepada sektor koperasi," katanya pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman.

Katanya hari ini koperasi memainkan peranan utama sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.

[Video] Gadis Bertomoi Di Kedah? #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia



Di Jitra, Kedah kini berlangsung Hari Koperasi Negara 2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin pada pukul 11 pagi nanti. Pelbagai aktiviti hebat ada disini. Tidak hanya booth-booth Koperasi dari seluruh negara, ada juga acara seperti perlawanan tomoi antara negeri, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan forum perdana.

Malam ini kalau mengikut aturcara akan ada konsert mini dari artis tempatan, diantaranya Jamal Abdilah, XPDC, Angah dan Nabil.

Kalau rasa nak hiburkan hati tu.. mai la turun, sesambil jeling booth koperasi kat sana tu. Banyak kebaikan koperasi ni, cuma orang kita ni tak suka amek tau. Salah satunya untuk meningkatkan ekonomi kendiri dan masyarakat.

Sorang memang susah untuk kumpul duit, tapi bila ramai kita ada banyak duit dan kuat, dari situ kita berniaga untuk menjana ekonomi.

22/08/2013

Gempar! Anwar #PartiKencingRakyat Umum Bendera Baru Untuk #PRU14




SEGAMBUT, 22 OGOS 2013 : Parti Kencing Rakyat Hari ini melancarkan logo barunya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang. Mursyidul Amnnya, Saudara Anuuuuar Berahi hari berkata, sejajar dengan Reformasi, Ubah, Ini Kalilah, beliau ingin membawa paradigma baru dalam partinya itu.

"Kita yakin, 400 Ribu Bangla akan diimport masuk dalam PRU14 yang akan datang" ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa akan datang sekiranya parti pemerintah jatuh dalam PRU 14, beliau berkata;

"Kita sudah sediakan pelan untuk menempatkan mereka-mereka yang kalah dalam sebuah kampus untuk memastikan ilmu-ilmu mereka dapat dikongsikan bersama-sama mahasiswa."
"Insyallah kalau pemerintah jatuh, kita akan lantik mereka semua jadi proffesor."

Ini benderanya :


Haha! Baca selanjutnya di Pena Minang

K7L : Sesuai sangat gambar tu..

Shahrizat Layak Pertahankan Jawatan Atau Terus Rebahkan Wanita UMNO?


Tengah duduk minum teh, Keris terbaca satu post daripada blogger Kedah. Keris kongsikan di entri ini supaya orang faham mengapa Shahrizat perlu berundur secara terhormat.


Dicelah-celah seronok menikmati Ramadhan dan kehangatan PRK di Kuala Besut, wanita UMNO mencuri sedikit tumpuan aku bila dikatakan ada pertembungan di kerusi no.1, Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Mami Ijat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai penyandang akan dicabar oleh bekas penaja dan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina. Hmmmm... menarik! Masing-masing ada kelebihan masing-masing...

Aku sokong siapa? Korang rasa? Korang nak aku take side? Aku sebenarnya tak pernah jumpa Mami Ijat atau Azalina secara personal. Selalunya kat sidang akhbar, majlis atau program tertentu saja. Tak pernah sembang berdepan...

Aku ikut perkembangan kedua-dua calon Ketua Wanita UMNO ni. Dan aku rasa sebagai ahli UMNO, aku wajar memilih dan menyokong mana-mana pihak yang aku rasa sesuai. Itu hak aku. Walaupun aku tak boleh undi dalam wanita, rasanya aku boleh beri pandangan aku, kan?

Mami Ijat ni naik jadi Ketua Wanita UMNO di zaman Pak Lah. Dalam ertikata lain, dia kalahkan Tan Sri Rafidah Aziz dalam pertandingan yang sama di zaman Pak Lah dan KJ.


Korang pelik tak? Camana Mami Ijat boleh kalahkan "the iron lady"? Rafidah memang kuat gila dalam Wanita UMNO. Dia memang perform sebagai Menteri MITI.
Siapa tak kenal Rafidah? Investor dari dalam dan luar negeri pun percaya kat dia... Dia memang boleh buat kerja dan memimpin. Tapi dia kalah pada Mami Ijat yang masa tu tak ada nama. Aku pelik sikit kat situ....

Lepas tu, Mami Ijat jadi Menteri Wanita. Rafidah terus tak dilantik jadi Menteri walaupun dia menang di Kuala Kangsar. Pak Lah tak letak nama Rafidah dalam kabinet pun.

Pada tahun 2008, Mami Ijat kalah pada Nurul Izzah, budak mentah anak Anwar Berahim di Lembah Pantai. Memang kecoh time tu. Wanita UMNO sikit punya kuat ke, tapi Ketuanya kalah di Lembah Pantai...

Tapi Mami Ijat terus jadi Menteri sehinggalah skandal NFC tercetus oleh seekor lembu yang bernama Rafizi. Masa tu, Mami Ijat tak disambung kontrak sebagai senator dan tak jadi Menteri dah. Settled pasal Mami Ijat...

Tapi Azalina lain. Dia ni berasal dari Puteri UMNO di zaman Tun M. Mungkin Tun M tengok Azalina ni ada potensi jadi pemimpin, Tun M suruh Azalina tubuhkan Puteri UMNO. Azalina jadi penaja time tu...

Masa Puteri ditubuhkan, imej Puteri memang marvelous! Aku tak nafikan. Masa tu, boleh dikatakan hampir seluruh mahasiswi di IPTA sokong Puteri UMNO. Depa masuk Puteri UMNO ramai-ramai. Buktinya, tengok masa program pelancaran penubuhan Puteri dulu... penuh stadium beb!


Masa tu Puteri UMNO memang kuat. Sebab apa? Sebab kebijaksanaan Azalina yang mahu semua Ketua Puteri UMNO tu educated, mesti ada degree dan paling kurang pun diploma. Beza pemikiran antara golongan educated dan tahap SPM boleh dilihat pada Puteri UMNO dulu dan sekarang...

Dulu, otak-otak yang lead Puteri UMNO semuanya pickup.. cepat tangkap strategi, arahan dan bijak menyesuaikan diri sebagai pemimpin politik. Cuba tengok Ketua-Ketua Puteri di zaman Azalina, semuanya tiptop dan berjaya menempatkan diri dalam dunia politik...

Rosnah Shirlin, Noraini, Suraya, Bibi Sharliza, Shahaniza Shamsuddin, Nordiana... ramai lagi la kalau aku sebut... semuanya dari team Azalina dulu. Semuanya mantap-mantap dan berjaya jadi pemimpin yang berjaya...kan?

Masa tu, Puteri memang hebat dan kehebatan tu menurun lepas Azalina tak jadi Puteri lagi dah. Masa tu Azalina jadi Menteri KBS atas lantikan Tun M. Azalina time tu cipta sejarah bila dia berjaya jadi Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Wanita jadi Ketua Bahagian tu bebbb...

Baca selanjutnya di SINI

K7L : Sampi bila Wanita akan dilanda kontroversi?..

Punca Kemalangan Ragut Nyawa Di Genting Highland Dikenalpasti?



Seorang wanita hanya mengetahui suaminya terbunuh dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam melalui syarikat perkhidmatan pengurusan jenazah. Lim Yee Ha, 64, berkata ini berikutan syarikat tersebut menghantar mayat mendiang suaminya, Choo Peng Kwan, 67, dari tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Lim, beliau tidak mengetahui pemergian suaminya ke Genting Highlands kerana mendiang tidak memaklumkan mengenai tempat ditujunya apabila keluar rumah awal pagi semalam.

"Beliau keluar rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini, sekitar pukul 9 pagi dan tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik sebelum itu," katanya ketika ditemui di rumah mayat HKL.

"Saya mendapat tahu mengenai kematian suami saya menerusi syarikat khidmat mengurus jenazah yang menghantar mayat dari tempat kejadian ke HKL kira-kira pukul 12 tengah malam tadi," katanya dengan nada sedih dan pilu.

Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja. Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.

Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini. Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari pusat peranginan itu ke ibu negara pada pukul 2.45 petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera termasuk 14 dalam keadaan kritikal. Daripada jumlah itu, lapan dimasukkan ke Hospital Selayang, lima di HKL, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.

Lagi gambar kemalangan sambung klik SINI

K7L : Hati-hati nak pergi mana-mana sekarang..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk