30/09/2015

Ramai Melayu Dalam Kabinet PAP Singapura? - Ini Yang DAP Mahu!




Kabinet baru Singapura telah dilantik, Ada berapa orang Melayu yang dilantik? Hanya dua orang sahaja itupun kerusi ehsan! Sekadar nak tutup mulut Melayu Singapura. Itulah yang akan dilakukan di Malaysia jika DAP diberi kuasa. 

Lihat sendiri Kerajaan Pulau Pinang, ada berapa orang Melayu dalam barisan Exco? Sendiri fikirlah wahai orang Melayu. jang tertipu dengan dua tiga ekor melayu belaan DAP. Mereka semua sudah disuap untuk menipu bangsa mereka sendiri.

Ingatlah sejarah Melayu yang terdahulu. Lupakah akan ratusan tahun Melayu ini diinjak dan dijajah? Keris petik kata-kata Ku Seman "Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan ‘dosa’ mengkhianati agama dan bangsa sendiri" -

K7L : Ambil pengajaran..

Apa Kata Penjajah Tentang Melayu? - Wajib Baca Tulisan Frank Swettenham


"MALAY SKETCHES": SIFAT BURUK ORANG MELAYU DIMATA PENJAJAH FRANK SWETTENHAM

 
Sir Frank Swettenham

Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", beliau telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Dalam bab pertama naskah beliau diberi tajuk " The Real Malay".

Naskah"Malay Sketches" ini yang dihasilkan pada tahun 1895 adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam Alam Melayu sebagai seorang pegawai British selama 24 tahun.

Mengikut Swettenham, untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka.

Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu.

Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

Sifat Buruk Orang Melayu
Gambar hiasan

Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:

  1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
  2. Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
  3. Suka mempercayai hal yang karut marut
  4. Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
  5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan
  6. Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
  7. Orang melayu tidak menghargai masa
  8. Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
  9. Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
  10. Orang melayu suka mengamok
  11. Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
  12. Orang melayu suka berpuak-puak
  13. Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.
Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar.

Gambarkan oleh Swettenham ini terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau.


Pandangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak.

Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut memperkatakan perihal orang orang Melayu. - Sumber

K7L : Wahai Melayu...benarkah kata penjajah?..

29/09/2015

Kisah Hannah Yeoh - Terdesak Sebab DAP Tak Buat Kerja?



  

Kecoh sebenarnya minggu lepas. Keris sengaja post semula sebab nak ingatkan rakyat. Bahawa DAP ini buat kerja tak pandai. Teruk dan biadap pun ya juga mereka semua ini. Mereka berjuang untuk diri mereka bukan untuk rakyat.

Yang mereka pandai adalah memecah-belah rakyat Malaysia, Nak jadi boss tapi tak mahu jadi kuli rakyat, mempergunakan rakyat serta menangguk di air yang keruh. Senang cerita mereka jenis cakap banyak tapi pemalas.

Seba itu sampai kena 'curi' hasil kerja orang lain untuk tutup kemalasan diri. Hati-hati dengan DAP. Mereka umpama syaitan yang duduk dalam parti cauvinis. Janagn termakan kata-kata mereka.


K7L : Bersyukur DAP Tak perintah Malaysia!!! 

Jerebu - Salah Indonesia Atau Siapa? #TerimaKasihIndonesia



Indonesia hari ini meminta Malaysia dan Singapura memahami usaha republik itu menangani isu jerebu yang semakin serius.

Ketua Staf Pejabat Presiden, Teten Masduki dipetik oleh portal-portal berita tempatan hari ini sebagai berkata, jerebu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana kawasan kebakaran di ladang kelapa sawit dan tanah gambut itu sangat luas.

Teten berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada Malaysia dan Singapura mengenai isu jerebu di kedua-dua buah negara itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Katanya, kerajaan Indonesia tidak berdiam diri dan sedang mengambil pelbagai usaha untuk memastikan kebakaran seumpama itu tidak berulang.

Beliau juga berkata, Malaysia dan Singapura selama ini telah menikmati hasil hutan Indonesia bukan sekadar bahan baku produk industri malah keberadaan hutan Indonesia juga turut menyumbang oksigen kepada kedua-dua buah negara itu.

"Saya kira Singapura juga cukup menikmati selama ini bekalan oksigen dari Indonesia selama sembilan bulan dan kita tahu juga banyak industri kebun dieksport ke Singapura," katanya.

Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di sekitar bandar raya negara itu.

Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima notis tindakan undang-undang.

Langkah itu berikutan kemelut diplomatik ekoran kegagalan Indonesia menghentikan jerebu berasap yang turut memberi kesan kepada Malaysia dan berterusan sejak bertahun-tahun.

Sementara itu, jerebu yang serius ditahap berbahaya masih melanda wilayah Pontianak di Kalimantan Barat dan semua sekolah di daerah Palangkaraya di wilayah itu terpaksa ditutup hari ini.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pontianak adalah antara 750 dan 800 sejak tengah hari tadi.

Selain itu, daerah Pekanbaru di Riau masih dalam keadaan darurat jerebu dan menurut laporan berita televisyen tempatan, jarak ketampakan di Pekanbaru sekarang hanya 100 meter dan bacaan IPU mencecah 858. - Awani

Dikhabarkan ada empat buah Gunung yang terlibat dalam kebakaran ini :

1. Gunung Merapi, Magelang
2. Gunung Sindoro, Jawa Tengah
3. Gunung Wilis, Jawa Timur
4. Gunung Arjuna, Jawa Timur

Di sini Keris sediakan sedikit info Jerebu :

Kesan yang bakal dialami jika terdedah terlalu lama/secara berterusan dengan jerebu.- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.

- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal
- Terasa sakit dada.

Tips menghadapi jerebu.

- Sentiasa basuh muka dengan bahagian kulit yang terdedah dengan jerebu dengan air bersih.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
- Sentiasa gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mereka yang bekerja di luar atau perlu berada di kawasan terbuka.
- Gunakan penghawa dingin ketika menaiki kenderaan (4 roda).
- Minum banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya jerebu semakin teruk, mereka yang berisiko tinggi adalah di nasihat keluar daripada kawasan tersebut.


Indeks pencermaran udara.


Adalah suatu yang amat penting untuk anda ketahui IPU di kawasan anda. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengukur atau mengetahui kualiti udara dan kesannya kepada kesihatan.

Sama-sama kita berdoa masalah jerebu ini selesai.

K7L : Kenapa salahkan Indonesia?.. salahkan orang yang bakar tu ok kot..

Jasa UMNO Yang Dihilangkan - PKR Wajib Tahu Perihal ini!



Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil evolusi sebuah kerajaan Melayu-Islam, yang berakar-umbi dari Kesultanan Melayu Melaka.

2. Asas kerajaan ini adalah Islam yang merupakan idealogi Negara dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi pertuturan/penulisan Negara.

3. Sistem ini warisan Kesultanan Melaka dan ia kekal sebagai struktur penting di kepulauan Nusantara walaupun selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

4. Kerajaan-kerajaan Nusantara selepas Melaka mengekalkan ciri-ciri Melayu-Islam, dari segi agama, bahasa, budaya, politik dan pentadbirannya.

5. Dasar penjajahan British mengakui entiti Kesultanan Melayu sebagai sebuah KERAJAAN dan mereka menandatangani perjanjian atas kapasiti tersebut.

6. Walaupun berlaku perubahan demografi penduduk dan politik akibat penjajahan British ia tidak menjejaskan asas tersebut.

7. Bagi pendatang Cina dan India pada awal dekad ke-20, mereka masih kekal sebagai kaum 'luar' dari masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

8. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India ke negara ini adalah sebagai kumpulan masyarakat pekerja yang diwujudkan oleh British untuk kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.

9. Kerana itulah pentadbiran British dan Raja-raja Melayu tidak menganggap kaum Cina dan India yang berhijrah sebagai rakyat pada masa itu.

10. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, generasi terawal Cina dan India diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan mudah.

11. Anak-anak mereka juga diberi kerakyatan secara langsung iaitu kerakyatan hak lahir atau JUS SOLI di bawah Perlembagaan yang dibentuk pada tahun 1957.

12. Akibatnya pada awal tahun 60-an hampir 44 peratus rakyat Malaya dari keturunan Cina dan India.

13. Kemasukan mereka mengubah tatacara negara dari negara Melayu yang ekslusif kepada negara pelbagai etnik. Persekutuan Tanah Melayu ke Malaya kemudian Malaysia.

14. Dalam proses ini, masyarakat Melayu yang dulunya membentuk NEGARA, kini berubah menjadi KOMUNITI.

15. Inilah titik permulaan dan pokok pangkal pengakomodasian dan penerimaan masyarakat bukan Melayu dalam sistem politik Negara.

16. Pada tahun 50-an, masyarakat Melayu sangat miskin berikutan dasar British yang menetapkan mereka sebagai pesawah padi untuk bekalan makanan utama negara (beras).

17. Menjadi petani merupakan PENGORBANAN besar orang Melayu, dibandingkan ekonomi kaum Cina yang berasaskan timah jauh lebih baik kerana upah yang mahal.

18. Majoriti masyarakat Melayu ketinggalan dan peratusan bukan Melayu semakin besar dan mereka adalah rakyat yang membentuk negara.

19. Tetapi persoalannya mengapakah masyarakat Melayu masih memilih untuk mengakomodasi mereka yang bukan Melayu pada ketika itu?

20. Apa faktor yang menyebabkan timbulnya konsensus penduduk pribumi menerima bukan pribumi berkongsi negara yang luar biasa itu?

21. Faktor utama penerimaan pribumi terhadap bukan pribumi ketika itu adalah ekonomi, ancaman komunis dan pengaruh pemimpin UMNO.

21A. Ekonomi: Kaum Cina dan India merupakan penyumbang utama sektor ekonomi yang penting seperti timah, getah dan perdagangan.

21A1. Golongan elit Melayu yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kerajaan British sedar sekiranya mereka tidak menerima dan mengakomodasi bukan pribumi akan wujud ketidakstabilan sosial yang ketara.

21A2. Di pihak masyarakat Cina dan India, pemimpin kaum masing-masing memarakkan semangat menuntut hak kerakyatan dan ianya disokong British.

21A3. Kerajaan British di England menyokong tuntutan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka dalam sektor getah, timah tidak terganggu walaupun selepas Malaya merdeka.

21A4. Memberi kerakyatan kepada bukan pribumi merupakan cara terbaik mengekalkan kepentingan ekonomi British ketika itu.

21B. Faktor kedua adalah ancaman komunis yang mendapat sokongan komuniti Cina pada tahun 1948 dan seterusnya.

21B1. Memberikan kerakyatan kepada bukan pribumi dapat menjauhkan kaum Cina dari idealogi komunis yang menjanjikan KESAMARATAAN.

21B2. Pemimpin UMNO menolak keras kesamarataan dan komunis dan berkongsi tekad bersama British bagi menghancurkan pemberontakan 1948.

21B3. Dengan memberi kerakyatan kepada bukan pribumi atas dasar konsensus, UMNO mengharapkan lahirnya semangat kesetiaan mereka pada Negara baru.

21C. Selain itu adalah peranan pemimpin MCA dan MIC yang berjaya menyakinkan pemimpin UMNO pada ketika itu untuk menerima bukan pribumi sebagai rakyat.

21C1. Semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC adalah tinggi kerana mereka bekerjasama erat menuntut kemerdekaan.

21C2. Semangat setiakawan UMNO, MCA, MIC itu membuka jalan bagi kaum pribumi memberikan konsensus kepada kerakyatan bukan pribumi.

22. Orentasi kepimpinan UMNO yang menjurus ke arah pengakodasian boleh dikaitkan dengan latar belakang sosial mereka.

23. Susur galur kepimpinan UMNO ketika itu terdiri dari golongan elit tradisonal (aristokrat/bangsawan), pentadbir dan guru.

24. Kerana latar belakang sosial ini, mereka berada dalam kedudukan istimewa dimata masyarakat Melayu, Cina dan India.

25. Sungguhpun kaum Cina lebih kaya (peniaga), tapi mereka tidak mampu mencabar status golongan bangsawan (hierarki feudal).

26. Ketika itu, antara pergerakan nasionalis Melayu, UMNO adalah kumpulan yang mempunyai pendedahan paling meluas kepada bukan Melayu.

27. Menerusi kedudukan sebagai Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan guru. Pemimpin-pemimpin utama UMNO terdedah dengan isu-isu kaum Cina, India yang mahu mendapat status sah.

28. Lagipun tiada ancaman ketara kerana simbol utama kerajaan Melayu iaitu KESULTANAN MELAYU kekal terpelihara dan dijamin Perlembagaan 1957.

29. Perlembagaan mengakui Sultan, Islam, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan dengan jaminan tersebut orang-orang Melayu tidak keberatan berkongsi negara.

30. PAS parti politik yang menggunakan label agama ketika itu MENENTANG akomodasi atas dasar Malaya hak Melayu.

31. PAS menentang isu kerakyatan bukan Melayu dan meletakkan ISLAM sebagai justifikasi bagi pendiriannya.

32. Pada Oktober 1962 PAS telah mengemukakan resolusi di Parlimen berkenaan isu tersebut.

33. Hanya selepas PRU 1969 (13 Mei) PAS menerima bukan Melayu sebagai status quo tanah air ini (fait accompli).

34. Dalam kata lain, kepimpinan UMNO lah yang menjadikan pengakomodasian kaum bukan Melayu satu kenyataan.

35. Selepas 13 Mei, wujud kesedaran dikalangan pemimpin negara untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pribumi dan bukan.

36. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat PERTAMA DEB iaitu 'menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum'.

37. Keperluan masyarakat yang menjadi panduan dalam memberi bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dasar perumahan dan lain-lain.

38. Matlamat kedua DEB adalah 'mengurangkan hubungan antara identifikasi fungsi ekonomi dengan etnik'.

39. Bagi menyelesai masalah ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu perlu memperkukuhkan KUASA POLITIK. Kuasa membaiki kesejahteraan ekonomi.

40. Tetapi dalam proses itu (selepas 13 Mei), pemimpin UMNO tidak pernah mengabaikan asas akomodasi dalam apa juga keadaaan pun.

41. Fakta kesediaan UMNO berkongsi kuasa adalah sejak dulu, kekal 1/3 ahli Parlimen Malaysia BN terdiri daripada bukan Melayu, Islam.

42. Nisbah yang sama dilihat dalam barisan Kabinet Persekutuan dan dasar perkhidmatan awam.

43. Sebelum dan selepas DEB peranan kaum Cina dalam sektor ekonomi kekal signifikan. Polisi kerajaan BN JELAS mengalakkan pertumbuhan.

44. Masyarakat Cina yang membentuk 1/4 dari penduduk Malaysia menguasai 3/4 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

45. Struktur kekayaan negara jelas membuktikan masyarakat Cina terus mendominasi lapisan atas sektor ekonomi sebelum dan selepas DEB.

46. Kecuali negara China dan India hanya Malaysia yang mengiktiraf Bahasa Cina/Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah.

47. Perbagai aspek budaya Cina, India dapat diamalkan tanpa halangan malah perayaan agama turut diberikan CUTI KEBANGSAAN.

48.Jika dinilai dengan jujur, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah melayani dan berkhidmat dengan adil, saksama sejak merdeka.-11/9/2013

*Tulisan ini berasal dari twitter dari akaun @ayathelme yang disiarkan dengan hashtaq #melayu sempena bulan Kemerdekaan.

K7L : Betul bukan?..

18/09/2015

PAS Pakai Tin Biskut - PAN Pakai Lambang Syarikat Bangladesh?



Selepas pelancaran Parti Amanah Negara (Amanah) secara gilang gemilang semalam di Shah Alam, kini parti berkenaan berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai logo sebuah syarikat elektrik di Bangladesh iaitu Al Sarwar Electric Department, Dhaka. 

Baca website syarikat berkenaan di sini. Logo Amanah mempunyai reka bentuk yang sama dengan syarikat dari Bangladesh ini cuma ditukarkan warnanya sahaja.


Logo ini juga mirip kepada logo Imayam TV di India. Lihat website mereka di sini. Yang pasti sama logo Al Sarwar maupun Imayam TV, kedua-dua syarikat ini pastinya tidak meniru dan menciplak logo Amanah. Kalau sebaliknya itu merupakan satu kemungkinan besar.


Pemimpin-pemimpin Amanah sepatutnya malu dengan pekerja-pekerja Bangladesh dan India yang datang ke Malaysia kerana tidak kreatif dan meniru lambang syarikat di negara mereka.

Bagaimanakah parti ini hendak AMANAH sedangkan logo parti sendiri diciplak? Untuk rekod, nama parti, logo dan bendera parti itu kini sedang dikaji oleh Perdaftar Pertubuhan (ROS) selepas Amanah menyerahkan kepada mereka.

K7L : Mat Sabu akhirnya dapat juga merasa jadi Presiden Parti walaupun bukan PAS. Haha

Masih Belum Habis Kata Himpunan Melayu Tak Ramai - Video ini Buktinya!


Hanya gambar dijadikan modal oleh pembangkang untuk menafikan kehadiran ribuan orang memenuhi Padang Merbok semalam. Jam berapa gambar tersebut diambil? Pada waktu tersebut masih ramai lagi yang sedang berarak menuju ke Padang Merbok.

Mengapa hanya sekeping gambar itu sahaja yang ditunjuk? Kenapa tidak tunjukkan video jalan jalan di Kuala Lumpur dan Padang Merbok kosong semalam?

Jangan mudah percaya pada sekeping gambar manipulasi yang dibuat oleh pihak pembangkang ini. Saksikan video penuh kehadiran ratusan ribu orang di Padang Merbok dan Kuala Lumpur semalam.



K7L : Meremang bulu roma masa Keris turut serta...

Apa Cerita Imam Masjid Negara Kena Tampar Masa Solat Jumaat Tadi?



KUALA LUMPUR: Seorang jemaah bertindak menampar imam ketika Solat Jumaat sedang dijalankan di Masjid Negara.

Individu berkenaan kini ditahan di pondok pengawal masjid sementara menunggu ketibaan pihak polis.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan berada di Masjid ketika itu mengatakan :

Afiq Sazlan

Rasa teruja apabila imam solat Jumaat di Masjid Negara baca permulaan surah Al Ankabut yang sudah dihafal.

Bila imam masuk ayat kelima, suaranya hilang. Bunyi mic jatuh ke atas karpet.
Diam. Lama.

Saya dan makmum lain di bahagian luar setia menantikan 'Allahu Akbar' agar kami boleh turut rukuk.

Tiba-tiba, "Diammmm! Arghhh!"

Suara pergelutan sipi-sipi tiba di telinga.

Apa yang berlaku? Imam diserangkah? Kes seperti Umar Al-Khattabkah?

Tapi kami masih setia berdiri. Cuba untuk khusyuk.

Hinggalah pengumuman memenuhi ruangan masjid: "Solat semula."

Kelihatan di hadapan sana, sekumpulan manusia cuba membawa seseorang pergi daripada ruangan solat. Orang itu masih terjerit-jeritkan sesuatu.
"Allahu Akbar."

Kami angkat takbir buat kali kedua.

...
Sambung baca di SINI

K7L : Apa daaaa..

15/09/2015

Bila Azmin Nak Nafikan Gambar YB Budiman Dedahkan? #DEIGSeleweng



Yb Budiman mengatakan Jika Beliau Salah Maka Pengurusan DEIG dan Yb Azmin Sendiri Sila Nafikan Gambar Yang Menunjukkan Syarikat DEIG Menyerahkan Mock Check Sebagai Bayaran Zakat


Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi belum kedengaran menjalankan siasatan terhadap Darul Ehsan Investment Group, sebuah syarikat bermodalkan RM 2.00 yang diberi autonomi di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor bagi menguruskan aset rakyat bernilai RM30 Billion.

Sebelum ini heboh di media massa bahawa wang zakat Lembaga Zakat Selangor diagih-agihkan kepada Cabang-cabang PKR seluruh negara bagi menjalankan aktiviti politik mereka.

Apabila Menteri Besar Selangor membuat kenyataan bahawa DEIG telah pun mengeluarkan zakat sebanyak RM5 juta, maka timbul persoalan di kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS dan DAP bagaimana syatikat yang akan beroperasi pada 2016 sudah boleh mengeluarkan zakat?

Apakah tindakan Ketua PKR Negeri Sembilan mengagihkan zakat atas nama DEIG tidak dianggap sesuatu yang pelik dan mengandungi banyak kemusykilan?

Rakyat Selangor sangat berharap agar suatu SIASATAN SEGERA dilakukan bagi merungkai kekeliruan.

K7L : Mana penafian?..

Azmin Kata DEIG Belum Operasi - Zakat RM5 Juta - LZS Tak Terima Lagi?




Azmin Ali kata DEIG belum beropersi. Tetapi DEIG sudah beri Zakat sebanyak RM5 juta. Aik mana datang 5 Juta? Dan betul ke bagi zakat?  
Adakah Azmin Ali menipu tentang operasi DEIG dan wang zakat yang dikeluarkan?

Lembaga Zakat Selangor menafikan ada terima duit zakat dari DEIG. Tapi ada sumbangan zakat disampaikan oleh pengerusi PKR negeri. 


DEIG keluarkan zakat bukan melalui Lembaga Zakat Selangor. Jadi adakah duit itu sampai kepada mereka yang layak terima zakat, atau ia digunakan untuk kegunaan politik?

Eh kenapa ada banyak sangat persoalan? Sampai hari ini Azmin masih terus membisu dan membisu. Apa dia ingat rakyat Selangor ini buta dan pekak? Tak ada otak? Rakyat Selangor pun dah boleh buka mata luas-luas.

Ini amaun lagi banyak. Ini kes duit rakyat Selangor. Air ada masalah setiap hari dan paling best konsisten masalah tak ada air. Tidak pula diselesaikan? 

K7L : Ini semua penipu punya suruhan DAP!..PKR bangsat!..

5 Sebab Puak Bersih Perlu Tahu Pasal Himpunan Rakyat Esok! #916



Sejak dari mula lagi, puak Bersih menunjukkan kebimbangan sekiranya esok yang hadir lebih ramai daripada yang mereka jangka. Sebab itu 'protes' terhadap perhimpunan itu diperbesarkan walhal mereka juga buat himpunan. 

Ada beberapa perkara yang membezakan Himpunan Rakyat dengan Beshit :

1. Himpunan tersebut merupakan HIMPUNAN RAKYAT yang sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Negara.

2. Himpunan-himpunan yang pernah disertai oleh Wan Azizah merupakan siri-siri himpunan haram yang bukan sahaja melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara, bahkan penuh dengan manipulasi, provokasi serta kerosakan harta awam.

3. Himpunan-himpunan Reformasi, BERSIH dan seumpamanya didalangi oleh parti-psrti politik pakatan prmbangkang sementara Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan dan disertai oleh pelbagai lapisan kaum dan agama yang patriotik dan cintakan tanahair.

4. Lokasi himpunan-himpunan haram yang didalangi oleh parti-parti politik pakatan pembangkang merupakan lokasi-lokasi yang menjejaskan sumber pendapatan peniaga dan usahawan kaum tertentu sementara lokasi Himpunan Rakyat Bersatu tidak menjejaskan peniaga dan usahawan mana-mana golongan.

5. Himpunan Rakyat Bersatu mengajak rakyat dan warganegara Malaysia menzahirkan sikap cintakan tanahair dan lebih bersifat sambutan Hari Malaysia anjuran RAKYAT Malaysia (biasanya anjuran kerajaan sebagaimana sambutan Hari Kemerdekaan dan seumpamanya) tetapi BERSIH 4 dan himpunan-himpuman haram lain bersifat menanamkan kebencian dan politik hasutan.

Sebab itu rakyat Malaysia seharusnya menolak pakatan pembangkang, sekutu-sekutu NGO mereka dan ideologi yang mereka bawa. Mereka buat boleh?

K7L : Ingat orang lain tak ada sokongan?..

14/09/2015

Pakatan Mula Resah Bila PAS Suarakan Niat Mereka Nak Lawan Tempat DAP?



Bila mana tindak tanduk DAP yang berkeras tidak mahu PAS bersama dalam Pakatan 2.0 maka terserlahlah sikap parti chauvinis ini yang cukup yakin dengan sokongan penuh masyarakat Cina terhadap perjuangan DAP.

DAP telah menunjukkan kepada umum bahawa sokongan terhadap parti itu telah jauh mengatasi sokongan dan kekuatan yang ada pada PKR dan lantaran itu, DAP paling layak menjadi parti utama dalam Pakatan 2.0.

Semestinya, DAP sudah sedar bahawa PKR tidak lagi kuat dan mampu berdiri dengan sendiri seperti dulu tanpa diapit PAS dan kehadiran Gerakan Harapan Baharu (GHB) telah menyediakan peluang pilihan kepada penyokong PAS dan PKR untuk mengubah haluan bernaung di bawah parti yang pastinya mengikut telunjuk DAP.. GHB barua DAP.

Semakin jelas kelihatan DAP bukan sekadar berjaya memecahbelahkan PAS malah memincangkan PKR.. dan PKR juga akan bakal menuju arah yang sama jika memilih untuk tidak mengikut telunjuk dan kemahuan parti chauvinis itu.

Sekaligus GHB yang didokongi DAP akan mengaut keuntungan mudah daripada keadaan kacau bilau dalaman parti PAS dan PKR yang membosankan penyokong, dan sekaligus mengukuhkan sokongan terhadap DAP untuk jangka panjang.


K7L : Biar buta mata jangan buta hati sokong DAP..

PAN Pecah Belahkan PAS - Mat Sabu Curi Ahli PAS?


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat mengulangi pendirian tegas Presiden parti bahawa PAS tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat 2.0 pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga berpendapat bahawa Parti Pekerja (Parti Amanah Negara belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan) pimpinan Hj. Mohamed Sabu sebagai pemecah belah umat Islam dan mencuri ahli-ahli PAS.

Presiden PAS, YB Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang tegas menyatakan bahawa antara sebab Tahaluf Siyasi dengan DAP dibatalkan adalah kerana parti perkauman DAP tersebut menentang keras pelaksanaan syariat Islam yang diperjuangkan PAS.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang BELUM DISAHKAN jawatannya berkata bahawa DAP tidak sesekali akan bekerjasama dengan PAS atau bersetuju dengan kemasukan PAS ke dalam Pakatan Rakyat 2.0 memandangkan parti tersebut telah menikam DAP dari belakang dan mahu melaksanakan hudud bersama UMNO.

K7L : Kah kah kah.. curi ahli...

Himpunan Merah Dibenarkan? - Macai Bersih Akan Mengamuk!




Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari ini memetik laporan dari Malaysia Insider.

Menurut Khalid perhimpunan tersebut dibenarkan setelah mendapat kebenaran dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan terbabit.

Tambah beliau, pihaknya juga akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur selain menasihati rakyat agar tidak percaya dengan khabar angin kemungkinan berlaku rusuhan.

“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.

“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya lagi. - Siakapkeli.my 


Nampaknya macai-macai Bersih yang cuba dapatkan permit tempohari akan mengamuk sakan. Kah! Mana Isham Rais? Awok tak dapat permit awok jangan mencarut lebih ya? Semoga Maria Chin kekal sabar dan tidak sakit jantung dengan berita ini.

K7L  :Macai everywhere...

11/09/2015

Apa Kaitan Si Bodoh Kaya Ini Dengan Peminta Derma Sekolah Tahfiz?






Andai diabaikan semual 'gelaran', nama sebenarnya, AZHAR WAHAB. Dia bekas ketua ajaran difaktwakan sesat pada Oktober 2004 kerana ajarannya didapati bercanggah dengan aqidah, syariat serta akhlak Islam.

Klik Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Selain menjadi pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd juga, Azhar, pembekal produk dipasarkan oleh pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah.

Kini, dia hidup terlalu mewah.

 

 

 


Tafsirkan gambar di bawah.


Lazimnya, bahasa tubuh tanpa disedari mencerminkan sikap sebenar manusia. Barangkali wang telah menutup perasaan hormat di hati. Tatkala kaca disangkakan permata, begitu jadinya.

Azhar juga taksub merakamkan klip video muzik bersama 'artis' wanita. Konsert dianjurkan setiap kali album terbaharunya dilancarkan.


Sambung baca di Mazidul

K7L : Ramai penipu hidup senang sekarang.. termasuk Azmin Ali...

8 Syarikat GLC Rugi Besar- Semua DEIG Telan Duit Rakyat?



Semenjak Selangor bertukar Menteri Besar, banyak peristiwa yang dianggap krisis berlaku dalam kerajaan negeri.

Tumpuan kita adalah kepada krisis sosio-ekonomi di mana rezab yang terkumpul di era TS Abdul Khalid Ibrahim sebanyak RM30 Billion menjadi rebutan dan membawa kepada penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar.

Sebelum ini umum didedahkan dengan penutupan dan penjualan dua buah hotel yang dianggap sebagai legasi Barisan Nasional, iaitu Hotel Brisdale dan Hotel Quality. Kedua-dua hotel tersebut dibina di zaman Barisan Nasional memerintah dan akhirnya ghaib di zaman Pakatan Rakyat pimpinan YAB Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Tidak cukup dengan itu, dari 28 syarikat-syarikat milik kerajaan negeri, hanya 8 syarikat sahaja yang mencatatkan keuntungan sementara 20 syarikat lagi mengalami kerugian ratusan juta ringgit pada 2014.

Apakah ini sumbangan parti-parti pakatan terhadap kemajuan dan kemakmuran yang telah dicipta di zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor?

K7L : Sedarlah anak-anak Selangor..

10/09/2015

Timbalan Perdana Menteri Tidak Halang Himpunan Baju Merah Kerana Itu Hak Peribadi?


 

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu untuk menyertai perhimpunan kumpulan "baju merah" yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya. "Ianya dianjurkan oleh pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno.

"Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya semasa sidang media di Perdana Putra hari ini.

Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu.

"Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Bagaimanapun pengkritik melihat himpunan itu bakal menimbulkan kekecohan disebabkan lokasi dan slogan berbaur provokasi perkauman.

“Himpunan Rakyat Bersatu” dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

K7L : Hmmmm...

Puteri Lantik Wakil Artis Sebagai Exco - Pemuda Patut Cadang @rozaidijamil Jadi Wakil Senator?



Khaidhirah Abu Zahar (Dira) hari ini dilantik sebagai Exco Pergerakan #PuteriUMNO Malaysia yang baru ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur. Tahniah!

Dira Abu Zahar merupakan salah seorang pelakon dan pengacara di Malaysia. Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dilahirkan di Merlimau, Melaka pada 2 Mac 1984. Beliau mempunyai seorang anak Tengku Anggun Deandra.

Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jim Ronda bersama Proton dan Melodi.

Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.
Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda. Dira juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV Alhijrah.
Dira Abu Zahar pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, tetapi mereka kini telahpun berpisah. Dira kemudian telah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Helmi Mohd Yusof, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.

Dira Abu Zahar pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Dira Abu Zahar beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Nampaknya Puteri telah mengambil langkah awal melantik ikon artis sebagai salah seorang barisan hadapan mereka. Mungkin Pemuda kena buat lagi gempak, Pemuda cadang wakil artis/Pemuda iaitu Zed Zaidi sebagai Senator, kan gempak?

K7L : Bagus bawa mereka sebab artis juga perlu diperjuangkan..

Siapa Taring Dengan @Armand_PJU ? #Taring #MCG2015 #SiapaTaring #MsiaCyberGames



Syukur Alhamdulilah selesai Pra-Pelancaran Malaysia Cybergames di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia yang dirasmikan oleh YB Dato Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak sebentar tadi.

‪#‎Taring‬ #SiapaTaring

Siapa Taring? Beranikah anda untuk menjadi Taring? Kena ikuti perkembangan mengenai Taring ini dari masa ke semasa.

‪Tahniah Buat Suara Anak Muda 1Malaysia yang berjaya menganjurkan satu program yang melibatkan minat anak-anak muda. Kita nak bawa mereka yang boleh mewakili Malaysia untuk bagitahu dekat dunia luar, anak muda kita ada banyak bakat.


 K7L : Semoga Allah SWT Permudahkan segalanya...

09/09/2015

PAS: Bai'ah Dan Talak - Apa Yang Kita Boleh Faham?



Jika benar, bai'ah dan sumpah PAS adalah seperti di dalam gambar:

"Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri atau dewan rakyat, maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak. Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram."

Di zaman Rasulullah, Nabi dibai'ah dengan cara bersalaman dengan lelaki. Bagi wanita, bai'ah diberikan dengan ucapan. Dan Nabi tidak pernah menyentuh mana-mana wanita yang bukan mahram untuk menerima bai'ah.

Nabi dibai'ah dengan ucapan, antaranya seperti yang diriwayatkan dari Ubadah bin al-Shomit:

"Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami. (Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan di sisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak di mana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela." [Lihat hadis riwayat al-Bukhari, nombor 7199, riwayat Muslim, nombor 1836].

Bai'ah umat Islam kepada Nabi tertegak atas asas iman dan taqwa, bukan asobiyyah dan kepentingan. Contohnya Allah berfirman, maksudnya:

"Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk berbai'ah, bahawa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang" [Surah Al-Mumtahanah, ayat 12].

Bai'ah kepada Rasulullah ini mendapat pengiktirafan dari Allah. Firman Allah, maksudnya:

"Allah telah reda ke atas orang-orang beriman ketika mereka berbai'ah kpdmu (Muhammad) di bawah pohon, maka Allah mengetahui segala sesutu di dalam hati mereka..." [Surah al-Fatah: 18].

Kerana itu, maksud bai'ah dari sudut istilah syarak adalah:

"perjanjian yang dimeteraikan bertujuan untuk memberikan ketaatan (dalam hal yang makruf), sepertimana seorang pemimpin dibai'ah oleh rakyatnya dengan tujuan pemimpin tersebut akan bertanggungjawab ke atas urusan rakyatnya dan kaum muslimin..." [Lihat: Muqaddimah, oleh Ibn Khaldun, ms 229].

Para ulama bersepakat bahawa bai'ah yang menepati syarak adalah bai'ah kepada Ulil Amri yang dilantik mengikut sistem yang diiktiraf Islam.

Bai'ah yang dipraktiskan oleh PAS ini, jika benar, bukanlah bukanlah bai'ah dari sudut istilah syarak, sebaliknya ia merupakan bai'ah dari sudut bahasa yang bermaksud perjanjian atau aqad semata-mata [Lihat: Lisanul 'Arab, oleh Ibnu Mandzur, 1/299].

Sumpah bai'ah yang menetapkan janji tertentu seperti jatuh talak dan lain-lain diasaskan oleh Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof, sekitar tahun 95H yang terkenal dengan kezalimannya.


Bai'ah tersebut digelar oleh para ulama sebagai bai'ah Hajjajiyyah. Sememangnya bai'ah seperti ini menyelisihi Al-Quran dan Al-Sunnah. [Lihat 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63].

Cuma persoalan yang perlu dirungkaikan adalah jatuh talak atau tidak bagi sesiapa yang keluar PAS atau lompat ke parti lain?

Ibnu al-Qayyim merungkaikan isu ini di dalam kitab beliau 'Ilam al-Muwaqqi'in, kata beliau:

"Hajjaj telah mencipta bentuk bai'ah yang baru bukan seperti bai'ah Nabi sallallahu alaihi wa sallam; bai'ah Hajjaj merangkumi sumpah dengan nama Allah, talak, bebaskan hamba, sedekah harta benda dan laksanakan haji. Maka para ulama berselisih pendapat tentang hal ini..." [Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63].

Pandangan Mazhab Maliki; Abu Bakr Ibnu al-'Arabi berkata:

"Telah ijmak ulama-ulama mutakhir (mazhab Maliki) bahawa jatuhnya talak isteri-isteri mereka yang melanggarkan sumpah bai'ah.." [Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 63].

Pandangan Mazhab Al-Syafie:

"Sekiranya lafaz sumpah itu jelas, bukan samar-samar maksudnya, beserta niat, maka jatuh talak." [Lihat: Al-majmu, oleh Al-Nawawi, 8/462].

Pandangan Mazhab Hanbali;

"Sesiapa yang memahami isi kandungan Sumpah bai'ah, dan memang berniat untuk mematuhi segala perjanjian ketika bersumpah, maka JATUH TALAK. [Lihat: al-Mughni, oleh Ibnu Qudamah, 11/408].

Kesimpulannya, sesiapa yang berbai'ah berkonsepkan bai'ah Hajjajiyyah-walaupun ia menyelisihi sunnah- contohnya JATUH TALAK ISTERI; secara sedar memahami apa yang dilafazkan, tanpa paksaan, dengan kerelaan dan niat, maka apabila dia melanggar sumpah bai'ah tersebut dengan sengaja, JATUHLAH TALAK KE ATAS ISTERINYA.

Cuma, ulama berbeza pendapat samada jatuh 3 talak -jika diniatkan jatuh 3 talak- atau hanya satu talak sahaja; dinukilkan dari sebahagian ulama mazhab Maliki, jatuh hanya satu talak. Manakala sebahagian yang lain menetapkan jatuh ketiga-tiga talak. [Lihat: 'Ilam al-Muwaqqi'in, oleh Ibnu al-Qayyim, ms 64]

Terdapat satu hadis yang diperselisihi statusnya, Nabi bersabda:

"Orang Islam itu (berpegang) dengan syarat-syarat (yang telah dipersetujui)" [HR Al-Tirmidzi, no. 1352].

Mungkin saudara-saudara di kalangan PAS berpegang dengan hadis di atas untuk mengharuskan bentuk bai'ah seperti ini. Syarat ini ditetapkan ke atas sesiapa yang ingin bertanding atas tiket PAS.

Jadi, jika tidak mahu terikat dengan syarat-syarat tersebut, maka janganlah bertanding atas tiket PAS, kemudian keluar atau lompat ke parti lain.

Namun saya berpendapat, konsep sumpah bai'ah yang PAS gunakan –jika benar– sangat mirip dengan konsep bai'ah Hajjajiyyah yang menetapkan kelaziman tertentu bagi sesiapa yang melanggarnya.

Sesungguhnya keburukannya lebih besar dari kebaikan. Bagaimana dengan status perkahwinan sebahagian ahli-ahli PAS yang telah berbai'ah namun kini meninggalkan PAS? Wallahul musta'an.

Cuma soal jatuh talak atau tidak, itu terpulang kepada mahkamah.

Dr. Fathul Bari Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sumber: DFB.com

K7L : Jangan memain dengan sumpah..

6 Cara Untuk Bezakan Daging Lembu Dengan Babi!



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. 

Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. 

Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

K7L : Jangan makan babi..

31 Sebab Kenapa Ultra Malaya Mengamuk Semalam? #‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬


Sesungguhnya inilah ruang mereka untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada negara. Semangat patriotisme yg tinggi. Sanggup memberi sokongan kepada pemain negara tanpa henti selama 90 minit permainan.

Harapan mereka sekali lagi dipunahkan, jantung mereka sekali lagi dirobek. Dengan kekalahan yg memalukan baru-baru ini.

Jika dahulu protes sebegini pernah terjadi di selayang dan hari ini di Shah Alam. kekecewaan mereka bukan kerana tidak sayangkan Malaysia tanah bertuah ini. Tapi kecewa terhadap pengurusan bola sepak Malaysia.


Usah politikkan isu ini. Keinginan anak muda. Zaman Kalian berbeza ini zaman mereka. Zaman anak muda hari ini. Protes Mereka adalah untuk Malaysia tidak lagi dipandang hina dan sipi di dalam sukan bola sepak kegemaran mereka.

‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk 'Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club'.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

K7L : Ini suara mereka.. Keris hanya sampaikan..

08/09/2015

Penyokong Melayu Bersih Patut Baca - 90 Tahun Baru Dapat Solat Jemaah!



Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com.

Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. 

Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925.

Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Akhirnya, selepas 13 AKP memerintah, Erdogan telah menarik balik larangan tersebut. Patutnya orang Malaysia bersyukur. Bayangkan dah ada masjid pun sibuk nak solat jemaah tengah jalan. 

K7L : Bersyukur sikit..ni siap kata Church bagi tidur bagus.. Kau ni Islam tak?...

Buku Si Pengecut Alvin Tan Dijual Di Pasaran? - Kenapa KDN Tak Gam?



Ini merupakan salah satu status provokasi oleh si pengecut Alvin Tan melalui media sosial. Dia menghina dan terus menghina Islam. Baculnya, dia tiada di Malaysia dan kini berada di United States of America.

Dalam masa yang sama, dia telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang kini telah dijual di pasaran. Boleh jumpa kat banyak tempat juga.


Soalan Keris, kenapa KDN tidak gam dan haramkan tulisan dia? Orang macam dia sepatutnya tidak boleh dijadikan ikon. Bimbang tulisan dia yang akan menjadi bacaan anak-anak muda akan merosakkan minda mereka.

Tajuk pun sudah guna perkataan SEX. Sudah tiba masa kita berkeras dan tidak lagi berlembut. Ambil semua dan tolong hentikan sebarang jenis perkara yang boleh beri keuntungan kepada manusia bacul tu!

K7L : Come on...

Habislah Malaysia! Nilai Matawang USD Naik Dan Apa Jadi Pada Matawag Dunia?



KENAIKAN nilai USD berbanding Ringgit Malaysia sedikit sebanyak telah meresahkan rakyat negara ini, terutama bagi mereka yang gagal untuk memahami mekanisme ini, apatah lagi situasi ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang anti-kerajaan.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini sewenangnya membuat pelbagai andaian dan tuduhan mengenai kejatuhan nilai matawang. Antaranya adalah salah laku dari pihak kerajaan yang korup, tidak amanah dan menggelapkan dana awam. Terdapat juga tuduhan yang mengaitkan kejatuhan Ringgit Malaysia ini dengan 1MDB, institusi pelaburan kewangan negara yang kononnya telah menghilangkan sejumlah RM42 bilion.

Namun, mereka tidak sedar bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah jauh dari hakikat yang sebenarnya. Punca utama meningkatnya USD berbanding matawang lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai “Dollar Super-Cycle”, yang berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama kesan krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun 2008.

Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai terhadap syarikat global dari negara tersebut yang mengakibatkan beberapa syarikat global menarik semula kilang dan operasi mereka dari negara lain dan kembali ke negara mereka.

Polisi tersebut turut mengurangkan aktiviti ketenteraan mereka di Timur Tengah yang seterusnya banyak membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan negara tersebut.

Seterusnya, pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun lepas berjaya meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut sehingga 2.5 kali ganda, dan secara tidak langsung telah meningkatkan bekalan minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan. Situasi ini sekaligus mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran terus menurun dengan mendadak (USD 110/ barrel kepada USD 44/barrel).

Situasi-situasi yang berlaku ini menyebabkan pelonjakan ekonomi US, sekaligus meningkatkan nilai matawang negara mereka bukan dengan Malaysia sahaja, malah dengan beberapa negara lain di seluruh dunia.

Tanggapan yang mengatakan bahawa kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding USD kerana indikator ekonomi di negara ini sedang tenat adalah salah sama sekali. Ini kerana beberapa agensi penarafan kewangan dunia seperti Fitch, Moody dan lain-lain telah menaiktarafkan gred kewangan negara ini.

Kesan dari krisis ekonomi yang berlaku pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri selepas beliau mula sedar bahawa kebergantungan kepada pelaburan dan pinjaman dari US sahaja sangat mendatangkan bahaya. Andai berlaku peningkatan matawang USD seperti pada zaman Tun Dr Mahathir, maka hutang nagara juga turut meningkat kesan daripada perbezaan nilai matawang.

Justeru, langkah yang diambil adalah dengan mengubah polisi fiscal negara dengan melakukan pinjaman dari luar negara kepada pinjaman dalaman. Keberkesanan langkah ini dapat dilihat apabila Malaysia tidak terkesan seperti negara lain ketika krisis ekonomi pada tahun 2008. Tambahan pula, Dato’ Sri Najib pada awal pemerintahannya telah melakukan kerjasama pelaburan dengan China.

Penarikan pelabur dari Qatar, Saudi Arabia dan Emiriah Arab Bersatu untuk membuat jalinan ekonomi negara berserta polisi pinjaman dalaman sekaligus dapat menyelamatkan negara di waktu nilai matawang USD mengalami kenaikan mendadak.

Malaysia pasti akan mengalami krisis ekonomi yang jauh lebih teruk dari tahun 1998 andai dua dasar utama ini tidak dilaksanakan oleh Dato’ Sri Najib. Namun, masih ada faktor ketiga iaitu kebergantungan kepada hasil petroleum yang mempengaruhi proses penyelesaian ekonomi negara ini.

Kebergantungan ini sangat membimbangkan dan satu jalan keluar harus difikirkan agar negara tidak bergantung pada hasil petroleum sahaja. Hal ini turut mendapat perhatian dari Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi yang turut menyatakan kerisauannya terhadap bekalan petroleum negara baginda yang semakin berkurangan (baki 260 trillion sahaja) ketika perbincangan bersama Dato’ Sri Najib.

Bagi mengalihkan kebergantungan negara Islam kepada hasil petroleum, kedua mereka bersepakat bahawa bidang pelaburan kewangan adalah langkah yang paling sesuai diambil, sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara Eropah.

Hasil perbincangan tersebut, maka lahirlah 1MDB yang diilhamkan sendiri oleh Dato’ Sri Najib Razak sebagai syarikat pelaburan kewangan Islam milik negara.

Dengan berasaskan model pinjaman, 1MDB berhasrat untuk menjana kewangan negara melalui pelaburan kewangan, dan langkah utama yang diambil ialah menguasai pasaran tenaga dalam dan luar negara. 1MDB apabila mencapai tahap matang dilihat mampu untuk menjadi hasil utama negara menggantikan hasil petroleum yang terlalu bergantung pada pasaran dunia.

Namun, pihak pembangkang dan mereka yang takut dengan kejayaan 1MDB telah terlebih dahulu menyerang syarikat ini sebelum ia sempat menjadi suatu kuasa kewangan yang menyeluruh.

Sumber : KL Xpress

K7L : Harap baca sampai habis ya...

07/09/2015

Ali Rustam - Sewaktu Di Atas Dia Dilambung - Kini Dilupakan?



Entah kenapa. Hari ini Keris dapat gambar daripada Facebook. Rasa hati terusik nak tulis pasal DSAR. Sedih sangat lepas lihat gambar di atas. Beginikah yang disebut sebagai PENGHARGAAN?

Keris teringat Kisah P.Ramlee, sewaktu hidupnya tidak ada seorang pun yang ada dengan dia saat dia dibuang kerana sudah lapuk dek zaman. Namun setelah beliau tiada, barulah gelaran Tan Sri diberikan, yang mana ketika hidup tidak dihargai.

Berkenaan DS Ali Rustam, sewaktu di puncak kepimpinan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disanjung segenap lapisan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian sentiasa memuji kewibawaan pemimpin bernama Ali Rustam yang juga digelar Tok Ali.

Pendek kata, Tok Ali selaku Ketua Menteri Melaka sentiasa mendapat pujian selama tiga penggal memimpin negeri bersejarah itu. Semua bahagian UMNO menyokong apa sahaja keputusan yang dibuatnya.

Sehinggalah tiba detik bersejarah, beliau tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu apabila tewas kepada calon pembangkang yang sunggguh di luar jangkaan. Keputusan mengejut itu disalahkan kepada pengundi Cina yang didakwa tidak menyokong Barisan Nasional.

Perkara sudah pun terjadi, tidak ada lagi yang boleh diubah. Kekalahan Ali sekali gus melenyapkan kehebatan Ali Rustam. Penyokong Tok Ali mula menjauhkan diri apabila Datuk Seri Idris Haron pula dilantik menjadi Ketua Menteri. 

Dan sebagaimana lazimnya, umpama gula, Idris dipandang tinggi dan dipuja oleh semua bekas penyokong Ali Rustam. Dalam gambar tersebut tiada yang salah. Cuma fikir sejenak. Inikah PENGHARGAAN?

K7L : Tidak mahu tidak rakyat sedang menilai UMNO 2015.....

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk