Dari kerana mataaaa..yang mempunyai kuasaaaa...ohhhh aku tergoda..aku tergoda terkecewa..dari kerana mataaaaaa... Hehe.. Kalau Harapan Esok berseloka. Apa salahnya Keris nak mendendangkan sebuah lagu buat Team Media Kedah dan Mctheory?
Ya. Sejak siang lagi ramai yang 'membengongkan' Mc bila dia dan kumpulannya tampak diperkotak-katikkan seperti bulu-bulu hidung yang tidak diperlukan lagi setelah jerebu berakhir.
Keris dengar cerita ini terus tanya pada rakan yang bekerja di UMNO Kedah. Kebetulan dia juga adalah saudara kepada rakan blogger Harapan Esok. Adik Ipar dia rasanya. Jadi dia bagitahu Keris melalui SMS, "La ni kami ada di Vietnam, orang besaq UMNO Kedah belanja makan angin".
Tudiaaa.. Keris telefon Mc tanya dia "Hang la ni ada kat Kedah ka kat Vietnam?". Sinis dia jawab' "Malam nanti aku pi sat, aku bangkit tidoq kira aku sampai Malaysia baliklah". Haha!
Baguih dok ada! Staff UMNO yang bekerja Keras telah dibawa bercuti selepas mereka bertungkus lumus waktu pilihanraya. Keris tak salahkan mereka. Tetapi apa jadi kepada blogger TMK yang bersengkang mata mempertahankan Kedah dengan menyerang bertubi-tubi kepada PAS sampaikan mereka sendiri dah tak tahan nak lawan?
Nak kata mereka tak ada peranan? Dalam kereta Evo10, kalau kereta laju tapi takdak Air Cond, tak bantu jugak kan? Siapa yang tak kenang budi sekarang? TMK yang tinggal anak bini, ada yang kena buang kerja, ada yang hampir putus tunang, tetap istiqamah dalam peruangan demi memastikan Kedah menang #PRU13.
Tok Bashah tak nampak atau memang nak kena tukar spek? Yang depan mata ni dok pulun buat kerja tak dipandang. Yang tah dari mana dilambung sampai ke awan biru. Apa cerita ni tok? Dah rasa hebat ka bila menang?
TMK mungkin tak reti nak lobi aau kipas sebab depa ni fokus nak attack. Bukan nak bagi 'Air Cond' kat ketiak pemimpin. Objektif jelas tapi janganlah perjuangan mereka itu dipandang enteng sebegini sekali.
Apapun. Kalau rasa mereka tak diperlukan, jangan gantung mereka tidak bertali. Mereka ada maruah perjuangan untuk terus dipikul!
"BN Menang, Kedah Senang, Blogger Dibuang?"
K7L : Rumah terbakar nampak asapnya..TMK kecewa siapa yang tahu?