31/12/2012

Mazlan Aliman Dedahkan Dirinya Yang Sapu Duit Orang Felda?




Mungkin ada sesetengah orang tak tahu bahawa peristiwa Felda Kemahang 3 ni. Meh sini Keris nak ulang tayang!

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. 

Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.


Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....


Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka jugamempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa orang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.Dah tahu macam mana ceritanya? Nak benda yang sama berulang lagi?

Siapa orang tengahnya? Siapa lagi kalau bukan si Mazlan Aliman. Peneroka dapat rm19 ribu sahaja. Peguam dan Mazlan Aliman dapat juta-juta. Jadi siapa sebenarnya yang menipu? 


Sambung baca di Kedah Ke KL

K7L : Apabila penipu disuruh menipu..memang laju..

#KafirkahAku - Kini Haji Hadi Sudah Mula Goyang Dengan Asakan Ulama Kelantan



KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.

Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.



Rasanya Rais Yatim dah setuju beri slot 1 jam dalam RTM kepada Hadi Awang untuk beri penjelasan 'Amanat Hadi Awang'. Tapi sebab dia nak lengahkan masa dan berdolak dalih, dia nak di TV3 pula.



Sekarang dia bersedia untuk tipu rakyat Malaysia lagi?

K7L : Dah berapa lama dia sesatkan ahli PAS?..

Rendang Anjing Di China Jadi Kesukaan Pelancong?




Semua sedia maklum bahawa di China banyak hidangan pelik-pelik belaka. Yang tak tercapai dek akal pun ada. Ini adalah salah satunya hidangan pelik di mana anjing dan kucing dijadikan makanan di sana. Tak tahulah apa khasiatnya, tapi ia kelihatannya mendapat sambutan hangat. Jika anda tidak sanggup melihat tolong jangan baca.








K7L : Perghhh..anjing pun dorang makan beb..

Kantoi Lagi Mogok Lapar Tapi Makan! Haha! #MogokYangYok


Alamak! Mogok Lapar anti #Lynas dah jadi Mogok Nasi Bungkus! Kih Kih Kih. Ini semua dusta semata-mata. Nampak sangat semua yang datang ini dibayar sebenarnya. Mogok tapi makan menunjukkan mereka hanya mahu simpati dan publisiti.

Mereka sebenarnya dalam usaha untuk menipu rakyat. Tapi kantoi pulak makan ketika Majlis Mogok lapar diadakan. Rakyat Malaysia harus sedar bahawa puak-puak ini memang penipu. Ini baru mogok lapar tapi makan, tak campur apa yang mereka cakap lagi tentang #Lynas, dah tentu semuanya bohong.




Siap ada bekalan air lagi untuk peserta Majlis Mogok Lapar. Agak-agak siapa yang sponsor? Puak yahudi atau NED? Bak kata pepatah baru - Sepandai-pandai barua berlapar akhirnya kantoi makan jua.


K7L : Inilah mereka yang jadi barua pembangkang..sekumpulan pembohong..

Pil Viagra Sebenarnya Dibuat Daripada Jus Katak Blender?



Taklah! Keris tahu nama benda itu adalah Jus Katak. Dikenali juga dengan Viagra dari Peru. Sesuai sekali untuk mereka para pengidap lemah syahwat. Permintaan pasaran untuk produk ‘Extracto de rana’ (Jus Katak) ini sangat tinggi di bandar Lima, ibu negara Peru. 


Selain untuk mengubati mati pucuk, jus ini juga mampu mengubati penyakit lain seperti, asma, bronkhitis, dan penyakit pernafasan lain. Namun ada satu bahan campuran yang ternyata meningkatkan khasiat daripada jus ini iaitu Maca, yang berupa tumbuhan sebagai ubat kuat berasal dari Amerika Selatan.


Kalau jadi pelancong jangan salah makan pulak ya..

K7L : Lagi sekali,.kenapa mesti kau letak benda-benda geli dalam blog aku?..

Karnival Sayangi Selangor Anjuran BN Disabotaj Oleh MDKL?




Pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengadakan operasi besar-besaran menurunkan 'banner' promosi 'Karnival Sayangi Selangor' di sekitar jalan utama di Kuala Langat malam kelmarin.

Terlebih rajinlah pulak. Anehnya, hanya Banner promosi Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional sahaja yang ditanggalkan. Yang ada terang-terang lambang DAP tak pulak ditanggalkan.

Apakah semua ini diarah oleh Ronnie Liu supaya sabotaj promosi karnival tersebut selepas hari pertama yang memberangsangkan di I-City?

Dah nampak tak yang kebebasan bersuara hanya untuk mereka, bukan untuk orang lain? Baca selanjutnya di blog Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok.

K7L : Takut sangat sampai kena sabotaj..keh3..petanda Ronnie Liu yakin mereka kalah di Selangor..

30/12/2012

Apabila @fuziah99 Tak Mahu Ambil Tahu Tentang Mangsa Banjir Di Kuantan!



Sudahlah tidak mahu turun padang, malahan YB ini dengar khabarnya tidak mahu ke kawasan Galing Besar sebab itu Kg Suffian Awang, Exco Pemuda UMNO Malaysia. 

Mak Aih! Bertanggungjawab ke sikap yang dia tunjuk ini?

Apapun baca apa yang Harapan Esok tulis [SINI]

K7L : Pentingkan diri sendiri..woi Fuziah! kenapa block aku kat Twitter!

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Pergi Makan Nasi! #PenipuRakyat



Mogok laparlah sangat. Inilah dia puak-puak yang nak raih simpati dengan menipu rakyat sampai sanggup tak bagi anak makan. Bagi anak tido kat luar tengah-tengah malam kena embun. 

Akhirnya mereka sendiri yang tak tahan dengan mogok lapar dan bertukar menjadi Mogok Kenyang. Ceh! Kelakar betul. Sekarang rakyat tengok siapa yang berusaha untuk menipu rakyat yang lain?

Kalau macam ini punya mogok lapar, jangankan 100 hari, 10 tahun pun boleh. Kih Kih Kih..



K7L : Malulah sikit..kata nak berlapar..ni berkenyang..hahaha

#PetuaMemasak : Cara Nak Tahu Telur Segar Atau Tak!




Dengan kaedah memasukkan telur ke dalam bekas berisi air, kita boleh mengetahui kesegaran telur tersebut:

(1) Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

(2) Berusia Seminggu-Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

(3) Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.


(4) Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air.So jangan makan.

Jadi lepas ini kalau nak masak rendamlah dulu. Karang ada masak maggi letak telur tembelang. Satu rumah bau beb!

K7L : Bercakap berdasarkan pengalaman..aku kena lepas subuh tadi..perghhh...

Apabila PAS Bekerjasama Dengan Syiah Yang Cerca Umar Al-Khattab Gay?



Lihat sendiri visual melalui video Ustaz Fathul BAri ini baru anda akan tahu betapa teruknya Syiah! Mereka mencerca Khalifah Umar Al-Khattab yang terkenal dengan gelaran Amirul Mukminin dituduh gay.

Itupun puak PAS masih mahu menerima SYIAH dalam PAS. Ini agenda memertabatkan Islam di Malaysia atau mahu melihat Islam tidak wujud lagi di bumi Melayu? Ataupun PAS diupah untuk menyokong Syiah sebab nak tunjuk yang kaki liwat macam Nuar boleh jadi pemimpin?


Apapun jelas di sini, PAS sudah sesat dimana kuasa politik didahulukan kemudian Islam boleh dilacurkan PAS hanya demi sepotong kuasa.

K7L : Gila puak PAS kalau sokong Syiah..

[Video] Tun Mahathir Dedahkan Siapa Sebenarnya Khalid Ibrahim?



Rupanya Khalid hanya orang yang masuk parti politik untuk buat duit? Dulu masuk UMNO buat bisnes, sekarang amsuk PKR dia sapu duit negeri? Inilah dia manusia yang kecewa setelah tak berjaya dapat projek.

Manusia yang tidak percaya kepada rezeki yang diturunkan oleh Allah. Itu yang sampai nak keluar parti sebab tak dapat. Bila niat dah nak buat duit maka jiwa sebagai pejuang tak akan wujud dalam hati.

Sekarang kita dah tahu siapa yang populis hanya untuk sakau duit rakyat, maka PRU13 nanti undilah Barisan Nasional!

K7L : Aset PKNS banyak kena jual..duit pergi mana?..

Siapa Sangka Burger Ular Ini Popular Di Indonesia?





Burger ini hanya boleh didapati di Yogyakarta, Indonesia. Di sana terdapat sebuah restoran yang menjual burger dengan menambahkan daging ular terutamanya ular tedung di dalamnya.

Sedia maklum, umat islam diharamkan memakan daging ular. Bagi yang beragama lain pula adakah korang tergamak nak makan burger daging ular ni? 
Harap daging burger ular ini tak sampai ke Malaysia.

Berikut adalah cara penyediaan burger ular tersebut.









Serius. Keris muntah lepas tengok cara mereka sediakan dan bayangkan bila termakan burger ukar tu. Siapa perasan yang itu ular!

K7L : Baso Tahu nggak ada ular kan SAR?

29/12/2012

Mogok Lapar #Lynas Hanya Tahan Makan Tetapi Boleh Minum Air?



Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.

Jika diambil kira orang luar dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Baca Selanjutnya di SINI

Inilah golongan yang tidak hormat kepada keputusan mahkamah. Mereka hanya akan sokong undang-undang yang menyebelahi mereka sahaja. Lebih baik buat negara sendiri kalau tak nak ikut dan hormat undang-undang sedia ada.

K7L ; Gila betul dorang ni..

Abby Sahkan Kerajaan PAS Kedah Rampas Tanah Rakyat Langkawi?



Mungkin kerana lidahnya sudah terlalu biasa menabur fitnah dan memburukkan UMNO, sehinggakan dia sendiri tersalah tuduh. Dia nak kata UMNO yang rampas tanah rakyat Langkawi walhal yang menjajah Kedah sekarang adalah PAS.

Kepada Abby, Keris nasihatkan supaya berhentilah berceramah kerana apa yang kamu buat ni bukan tambah pahala tetapi silap-silap boleh tersilap akidah sebab terlalu taksub dengan PAS.

Lebih baik beribadat berbanding berpolitik kerana tak kena langsung gaya Abby untuk buat macam itu. Orang yang tak cukup ilmu di dada bercakap pasal sesuatu yang diluar bidangnya akan menonjolkan kebodohan dirinya sendiri.

K7L : Jangan jadi Syiah ya Abby?..PAS ramai tu syiah..

Subhanallah! Gambar Yang Diambil Dari Angkasa Pada Waktu Malam!



NASA mengeluarkan gambar wajah bumi di wilayah Eropah, Afrika, dan Timur Tengah melalui Satelit Soumi pada malam hari.





K7L : Lawa kan?..

LUAS Nak Bagi Rakyat Selangor Minum Air Lopak Yang Ditapis?



Inilah jadinya kalau sebuah badan atau organisasi tidak faham apa tujuan mereka ditubuhkan. LUAS ditubuhkan untuk mengkaji dan memantau paras air serta kecukupan sumber air mentah untuk diproses selain memantau sistem pengurusan pemprosesan air.

Kalau lihat kini tugas LUAS amat besar namun masalah air tetap juga berlaku. Keris melihat LUAS seperti dijadikan bahan boneka untuk menipu dan mengelirukan rakyat Selangor berkenaan isu air. LUAS ada mengeluarkan kenyataan yang sangat menjilat Khalid.

Mereka kata jika ada usaha bagi menyimpan 40% sahaja daripada jumlah air larian permukaan negeri Selangor, sumber air mentah akan cukup sampai tahun 2030. Kenyataan ini dikeluarkan selepas rakyat Selangor dah mula bimbang apa akan terjadi jika kemarau yang dijangka berlaku pada lewat tahun 2014 nanti.

Dah huru-hara rakyat Subang, Cheras dan Pandan yang mengeluh pasal air tak ada, LUAS terus keluar kenyataan macamtu supaya dapat tutup kesilapan bodoh kerajaan negeri. Nak cover balik selepas Datuk Ong Tee Keat belasah kerajaan negeri. Maka mereka kata air cukup walhal kalau benar cukup masakan air boleh terganggu di kawasan-kawasan terbabit?

Ada sesuatu yang disembunyikan iaitu mampu atau atau tidak empangan-empangan tersebut meningkatkan pengeluaran air dengan loji rawatan air sedia ada? Contoh air kat rumah cukup untuk Ahmad, Sasha dan anak mereka Zam. Setahun kemudian Sasha melahirkan kembar sekaligus menjadikan keluarga mereka dari tiga orang kepada lima orang. Ini baru satu rumah belum rumah-rumah yang lain lagi.

Kalau benar air mentah cukup tapi mampu tak untuk hasilkan air terawat mengikut permintaan rakyat dan industri di Selangor? Konon LUAS nak bag itahu yang air empangan cukup, semua orang tahu sampai melimpah bagai, tapi kenapa tak cerita pasal air terawat? Masalahnya sekarang cukup untuk hasilkan air terawat sehingga tiada gangguan bekalan air untuk diagihkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya?

Bukan semua air mentah boleh dirawat. Rakyat Selangor guna air terawat, bukan air mentah, tak faham-faham lagi ke?





Ong Tee Keat menjelaskan tentang perbezaan air terawat dan air mentah.

Ini musim hujan bolehlah cerita kata air sampai melimpah, besok bila kemarau nak melimpah apanya? Rizab simpanan melalui air lopak, air lombong yang kotor dan air sungai yang tercemar? Cakap jenis tak fikir jangkamasa panjang memang macamni. Nak kumpul dan campurkan semua jumlah air yang ada tah kat ceruk mana di Selangor memang banyak tapi kualiti air?

Kenapa Keris kata kenyataan tersebut tak masuk akal? Tolong bagi tahu cara macamana mereka nak pastikan semua air-air merata ceruk tu nak sampai kepada loji-loji rawatan air sedia ada? Ke Khalid nak letak Tekonologi Membran kat setiap sumber air mentah yang dicakap?

Mana nak cari batang-batang paip untuk diagihkan kepada rakyat? SYABAS pun mereka tak luluskan untuk ganti paip inikan nak tambah paip lagi? Ke ini agenda untuk jadikan pertabahan paip atau menyediakan lori tangki air supaya kroni mereka dapat buat duit dan gunakan duit rakyat untuk membazir?

Jangan sampai dengar cerita air kencing pun nak ditapis semula. Dah boleh buat Loji Rawatan Air Langat 2 mereka lengahkan malahan sampai sekarang tak luluskan. Pun nak cerita kata air cukup. Ke nak guna air mentah aje kepada rakyat?

Ok! Keris ada satu cadangan untuk Pengarah LUAS yang heboh pasal air mentah cukup. Apa kata kalau dia gunakan air mentah untuk minum, masak untuk keluarga, buat basuh kereta dan buat mandi. Sanggup nak buat camtu?

Ironinya Khalid selalu hina pegawai kerajaan kata mereka tak reti buat kerja, sekarang bila LUAS keluar kenyataan yang melambung Khalid, terus jadi agensi terbaik? Woi! Air dah ada masalah dah pun masih nak nafikan lagi?

K7L : Galak Khalid puji LUAS lepas ni ya?...

24 Protokol Zionis Yang Anwar Nak Guna Di Malaysia?


Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Protokol Pertama

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Kedua


Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ketiga

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Keempat

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Keenam


Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ketujuh

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Kedua belas

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas

Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima belas

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh belas

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan belas

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Kesembilan belas

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh satu


Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua puluh empat

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Petikan di atas adalah ringkasan sebenar protokol yahudi. Untuk membaca penjelasan lengkap mengenai protokol yahudi ini, silalah ke http://www.biblebelievers.org.au/przion1.htm

K7L : Semua yang datang dari PAKATAN memang follow protokol zionis kan?

Gila! Peserta Mogok Lapar #Lynas Biarkan Anak Kelaparan Kerana Mogok Lapar!



Sayu rasa hati apabila melihat ada manusia yang tidak berhati perut mengheret anak-anak mereka untuk bersama-sama mogok lapar. Bawak anak berdemo dengan menyeksa mereka mereka tidur diluar bukanlah satu benda yang bijak.


Sepatutnya ibubapa perlu membuatkan anak mereka selesa tidur di rumah tapi kerana hasutan dan pemikiran cetek, mereka sanggup biar anak tak mandi semua. Pada Keris jika yang nak datang buat mogok lapar tu, tolong jangan babitkan anak-anak. 

Nak jadi bodoh biar sendiri-sendiri. Kesianlah sikit kepada anak-anak tu. Tak ada akal betul. Ini Keris nak kongsi dengan rakyat Malaysia, tahap mentaliti mereka yang terlibat dalam mogok lapar tersebut sebenarnya bukanlah datang daripada golongan pejuang rakyat tetapi mereka sebenarnya adalah golongan manusia yang pentingkan diri sendiri.

Kejam dan tak berhati perut langsung! Rakyat Malaysia nak sokong ke puak-puak yang sanggup seksa anak sendiri? Mereka ini sebenarnya sudah boleh dikatakan sebagai pendera! 

K7L : Brengsek!..sian lah sikit kat anak tu..

28/12/2012

Video Ini Buatkan Anwar Sering Tak Tido Malam!



Kisah-kisah Anwar dan bukti siapa dirinya terbongkar dengan video ini. Mahukah anada dipimpin manusia sebegini?

K7L : Geli dengar dia berbual dengan meor beb!

[Video] Nasihat Nik Aziz Tak Konsisten Buktikan Dirinya Sudah Nyanyuk?



Kejap kata ni, kejap kata tu. Mak aihh..cakap tukar-tukar nampak sangat dah biasa berbohong. Nak kata dia lupa takkan dia nyanyuk? Kalau dah nyanyuk kenapa dia jadi MB Kelantan lagi?

Atau memang agenda orang-orang PAS biar dia tadbir Kelantan supaya senang nak tipu Nik Aziz? Apapu nasihat Nik Aziz memang tak boleh pakai!

K7L : Sering cakap nabi berpolitik..kuang ajo betul dia ni...

Minyak Masak Dibuat Daripada Bangkai Organ Binatang?




Pihak polis di China berjaya merampas lebih dari 3,200 tan minyak yang dibuat dari lemak dan organ dalam haiwan yang sudah membusuk. Demikian diberitakan China Daily, Jumaat (6/4/2012). Keterangan ini disampaikan pihak Kementerian Keselamatan Awam China.

Lebih dari 100 orang ditangkap kerana menghasilkan minyak ini pada 21 Mac lalu setelah dilakukan operasi keselamatan produk makanan di dua bandar dan empat wilayah. Polisi juga menutup 13 kilang yang menghasilkan minyak itu. Sebelumnya, frasa gutter oil dimaksudkan berasal dari sisa minyak yang kemudian diolah kembali dan juga sisa dari restoran.

Meski demikian, kini ditemui jika gutter oil ini dibuat dari daging dan dijual melebih masa luput bahkan diambil dari lemak haiwan membusuk serta organ dalam. Pada Oktober tahun lalu, sejumlah warga di bandar Jinhua, Wilayah Zhejiang, mengatakan kepada polis tempatan jika mereka mencium bau yang tidak enak ada di pinggiran bandar dan curiga minyak itu dibuat di sana.

Setelah dilakukan penyiasatan penyiasatan selama lima bulan, polis mendapati kumpulan yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Li Weijian menghasilkan minyak haram dan ada banyak bangkai haiwan bertaburan di sekitar lokasi kilang itu. - via


K7L : Yakss..geli siot..

Kantoi! Surat Kerahan Ahli PAS Untuk Ikut ANAK Buat 1000 Ahlinya Keluar!



Pagi tadi Keris terima panggilan daripada seorang rakan dari FELDA belah Pahang. Katanya ramai orang PAS sedang bermesyuarat di depan markas mereka mendesak pemimpin kawasan situ menjelaskan mengapa Jawatankuasa PAS seolah mempergunakan mereka bagi menjayakan kumpulan ANAK.

Rupa-rupanya rami yang tak tahu mereka telah dikerah, khabarnya surat-surat kerahan ini hanya untuk pemimpin cawangan sahaja. Mudah untuk mereka keluarkan arahan mungkin. Haha! Rupanya ANAK tak kuat pun dan tak ada penyokong.

Sebab itu mereka kena paksa ahli sendiri untuk join. Rosaklah PAS ni! Perjuangan ISLAM ke memaksa orang? 

Sekarang dah kantoi nak salahkan UMNO?

K7L : Ya..beberapa ahli mereka juga sudah mengeluarkan kenyataan akan keluar PARTI..

Fakta Sains Yang Dikesan Sebagai Penipuan?



Biasanya kita akan lebih percaya kepada fakta sains kerana namanya FAKTA betul? Namun ada juga beberapa fakta yang telah dikenalpasti sebagai palsu. Keris kongsi sedikit bersama pembaca.

1. Tidak ada graviti di luar angkasa

Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali

Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera

Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan – dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah

Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya – tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut.

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan

Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat

Fakta ini tidak masuk akal . Jika terdapat kuman di lantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat. ( Hal ini sebenarnya membenarkan apa yang terdapat dalam hadis Nabi s.a.w:

Dari Anas r.a bahawa ia berkata:

“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan( makanan) salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”.

H/R Ahmad dan Muslim

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa

Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 – 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

Wallahualam… - Sumber


K7L : Semuanya perlu dikaji betul-betul..

27/12/2012

Antara Keajaiban Kisah Islam Yang Perlu Kita Tahu!



Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin anda semua bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida ‘Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, “Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu “.

[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda,

“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia “.

[HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu-berkata,


“Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu-berkata:” Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu’ alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah – shollallahu ‘alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut “.

[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu-berkata:

“Dulu Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu ‘alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) “.

[HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Batu mengucap salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-bersabda,

“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.

[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

Pengaduan Seekor unta


Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu-berkata, “Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu’ alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya.

Lalu Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.

Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-bersabda:

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang


Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu-berkata:


“Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro ‘bin Ma’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu

“. Kemudian Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, “Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus “. [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara


Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda:

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat “. [Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:” Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata “. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh “.

(QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin

Detik Islam


K7L : Subhanallah,..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk