30/10/2015

#Bajet2016 - 'Benefit' Pendidikan Untuk Kemajuan Anak Bangsa




Pendidikan: 

  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional; 
  • Bantuan persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah; 
  • Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia; 
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf; 
  • Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun; 
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih; 
  • MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi; 
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP. 
Masih ada yang kata PM tak mahu bantu anak-anak sekolah? Banyak sebenarnya 'benefit' yang sektor pendidikan dapat kali ini. Yang ini orang swasta terutamanya pekerja kilang dapat banyak benefit pengecualian.

K7L : Pelepasan cukai tu.. kena faham betul-betul..

#Bajet2016 - Perumahan Untuk Rakyat Malaysia!



Perumahan: 

  • Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion; 
  • Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah; 
  • Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000; 
  • Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT; 
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit; 
  • Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel; 
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah; 
  • RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW. 
Kalau dilihat secara menyeluruh. Ini merupakan 'hadiah' untuk rakyat Malaysia yang mana rata-rata mengalami masalah untuk membeli rumah. Bagus juga! Bagi 'develepor' pening kepala sebab jual dengan harga tinggi.

K7L : Developer Melayu pun sama naik masalahnya..

#Bajet2016 - Apa Faedah Penjawat Awam Dapat?



Perkhidmatan Awam: 

  • Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yg akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion; 
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam; 
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kpd RM1200 sebulan yang akan manfaatkan 60 ribu penjawat awam; 
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50k pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; 
  • Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yg berkhidmat sekurang2nya 15 tahun. Memanfaatkan 10k pegawai kontrak. 
  • Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4b. 
Dan yang paling orang suka, bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016. Pesara Kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Kat sini Keris nak bagitahu. Untuk dapat semua benda ini, tidak kisah sekiranya penjawat awam tersebut merupakan Ketua Pemuda PAS ataupun UMNO. Sebab Bajet ini untuk rakyat.

Bukan bajet palsu garapan Pakatan yang penuh dengan khayalan.

K7L : Seronok jadi penjawat awam? Sokonglag BN bohhh...

29/10/2015

6 Tahun Pemerintahan Najib - Maju Atau Mundur?



Selama ini kita dikaburi dengan kisah Rosmah, 1MDB dan 2.6b. Tapi ada tak rakyat lihat secara mendalam apa sebenarnya yang berlaku di dalam ekonomi Malaysia? Mereka nak apa sekarang?

6 Tahun ini Keris lihat ada banyak perubahan. Sebab itu Bajet 2016 kali ini sangat baik. Di Sini Keris petik artikel Suara Melayu Baru :

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai cerita berhubung kemelut politik negara khususnya berkaitan kepimpinan YAB PM. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia, baik dari pihak pembangkang mahupun dari kalangan pemimpin dan ahli2 UMNO BN sendiri. Tidak kiralah samada kalangan mereka mempunyai kepentingan politik atau yang sekadar ikut-ikutan. Semuanya beranggapan seolah-olah Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita, walau sedikit kebaikan...

Ada yang sampai beranggapan 6 tahun pentadbiran Najib adalah sia-sia dan dengan angkuh mempersoalkan "Apa yg Najib dah buat selama jd PM... Abuk pun tarak"... Bagi aku, tak kisahla kalau korang nk bangkang atau bencikan Najib, itu hak korang... tp biarlah bangkang dgn bijak dan adil... tak perlu nk tolak mentah2 100 peratus apa yg telah Najib buat semata-mata nk tunjukkan tahap kebencian korang...


Rasa sedih bercampur geram apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Najib.

Memang dalam masa lapan bulan ini Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran, Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

Selama lima tahun Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.


Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.


Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.




Bencinya mereka kepada Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.


Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Najib.

Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.


Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.


Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
K7L : Bukan bodek ya..

JOM Daftar Untuk Hadiah RM300,000 #SiapaTaring #Taring #MCG #MCG2015 #MalaysiaCybergames



Anda merupakan seorang pemain Dota 2? Street Fighter 4? Counter Strike? ataupun pemain FIFA 2015? 

Mari daftar sebagai peserta dalam merebut peluang menjadi Taring serta wang berjumlah RM300,000. Jika anda seorang peminat maka jangn lupa untuk mendaftar sebagai pengunjung. 

Klik sahaja MalaysiaCyberGames.Com

#AkuTaring
#MalaysiaCybergames
#MCGSAM1M

5 Tunjang #Bajet2016 - Apa Orang Swasta Dapat Lagi-Lagi Pekerja Kilang?



Bajet 2016 memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama:

  • Memperteguh ketahanan ekonomi negara
  • Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
  • Mempersiaga modal insan
  • Memperkasa agenda bumiputera
  • Meringankan kos sara hidup rakyat
Ramai yang kata ini Bajet lebih kepada Sabah/Sarawak. Bajet ini mesra Penjawat Awam da bukan untuk rakyat keseluruhan. Siapa yang kata begitu maksudnya samada dia tidak dengar betul-betul atau dia bodoh piang.

Kerana intipati kali ini adalah yang terbaik buat masa ini. Keris sendiri rasa kagum dengan bait-bait yang digariskan dalam pembentangan Bajet 2016 ini. Ia berkonsep menyeluruh dan selektif.

Selektif secara komprehensif mengikut kehendak semasa dan aturan status rakyat yang sesuai. Sebab itu Keris agak kurang steuju bila kata pihak swasta seperti pekerja kilang tidak dapat apa-apa.

Allahu! BR1M dia tidak ikut swasta atau penjawat awam. Tetapi mengikut pendapatan isi rumah. Takkan setiap individu di Malaysia nak diberi BR1M? Di sini kita lihat mereka yang memerlukan diberi sedikit bantuan kewangan. 

Ada orag kata alah seciput pakai sehari habis. Allahu! Simpan atau guna sebaiknya dan pada waktu yang tepat. Kalau dapat BR1M lepas itu pergi main golf itu tak bijak namanya. 

Ada yang kata Kerajaan bagi bonus kepada Penjawat Awam sahaja. Haha! Yang ini kelakar. Sebab Kerajaan memang hanya beri bonus pada pekerja KERAJAAN yang tidak kira parti mana pun dia sokong. 

Banyak sebenarnya yang rakyat yan bekerja swasta dapat. Contohnya pelepasan cukai individu. InsyaAllah Keris akan kongsi dengan pembaca beberapa 'kelebihan' yang kita dapat daripada Bajet 2016.

K7L : Rasa nak marah...

28/10/2015

Sah! DAP Takut PAS Ganggu Undi Pilihanraya Ke-14?



Sehingga hari ini kelihatan Lim Kit Siang yang sudah lama tak mampus-mampus dalam politik nampak bimbang dengan kenyataan serta pendirian beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS.

Lagi dia risau bila PAS tak mahu join angkat plakad 'Mana 2.6 Billion' yang dilihat tidak matang dan bodoh oleh MP PAS. Apa yang lagi best Keris dengar daripada mulut orang PAS.

DAP ada hantar beberapa orang kanan mereka bertemu dengan pemimpin PAS. Untuk rundingan kerusi, mereka bimbang PAS akan ganggu undi DAP dan DAP akan kalah di banyak tempat.

Seperti yang kita tahu selama ini pun PAS merupakan 'Fix Deposit' untuk undian Melayu terhadap DAP dan PKR. Sekiranya PAS bertanding seluruh negara, maka undi akan pecah dan PAS akan menang banyak berbanding PKR-DAP-PAN.

Kebimbangan ini seperti tidak dirasai sangat oleh Lim Guan Eng kerana mereka menang penuh di Pulau Pinang. Tetapi PKR bakal kehilangan Selangor ke tangan PAS sekiranya PAS masih berkeras tidak mahu turuti pembahagian kerusi.

Sekarang, semuanya menati rebah. Yang tetap utuh masih Barisan Nasional. Pilihan Rakyat yang sebenarnya dan paling bijak.

K7L : Beza kerajaan untuk rakyat dengan kerajaan yang nak kuasa sahaja...

Senarai Wayang Buatan DAP Untuk Tipu PAS?



Hari Ini terpaksa kita dedahkan beberapa siri kisah DAP terhadap PAS yang selama ini tidak diketahui serta imej sebenar DAP.

* Sebenarnya kita kena faham Tahaluf Ialah Kerjasama atau persefahaman diantara dua pihak ataupun lebih dalam PERKARA-PERKARA YANG DISEPAKATI

* Sebelum DAP menang dan mengusai Pulau Pinang, Lim Guang Eng meyakinkan orang Islam dengan berkata bahawa

“ Kita tidak perlu takut kepada Undang-undang Hudud kerana hudud hendak menghukum orang yang jahat sahaja dan kita yang tidak jahat tidak perlu takut"

* Kemudian selepas kali pertama mengusai Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menambahkan lagi kepercayaan orang Islam kepada DAP dengan memberi ucapan Islamiknya yang berbunyi 


“ Tuan-tuan jangan bimbang, saya akan memberi keadilan kepada semua sebagaimana Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua rakyat "

* Seterusnya Pada 9/3/2012 DAP dengan sombong dan angkuhnya meluluskan Piliharan Raya Kerajaan Tempatan semasa sidang DUN Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas. Dan sekaligus mengkhianati Persetujuan bersama kononnya dipegang oleh DAP selama ini.

* 27/1/14 Adun PKR dari Kajang Meletak jawatan dan mengosongkan kerusi tersebut tanpa membincangkan terlebih dahulu dengan PAS serta merahsiakan daripada Pas tujuan sebenar kekosongan tersebut iaitu untuk pelantikan Menteri Besar.Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan Tujuan mereka yang Matlamat menghalalkan Cara

* Rakan Pakatan Rakyat yang lain mengenepikan keputusan Pas yang menolak “Kajang Move" serta pelantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru sebaliknya PAS terpaksa mencadangkan Yb Azmin Ali setelah pemecatan Yb Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak bermaruah

* Pas menolak Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas dasar pegangan Islam yang dibawa serta lantikan itu tidak memenuhi tuntutan Syara'. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadith sahih iaitu apabila mendapat berita tentang pelantikan Anak Perempuan Raja Kisra sebagai pemimpin selepas kematian bapanya. Baginda bersabda yang mafhumnya 

“ Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik orang perempuan sebagai pemimpin "

* 13 Mac, Pemimpin DAP yang tidak serupa bikin ini, yang tidak seIslamik dahulunya iaitu sebelum memenangi pilihan raya dengan angkuhnya berkata 

“ DAP konsisten menentang Hudud". Kata-kata ini dikeluarkan semasa taklimat oleh wakil PAS Kelantan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan Hudud di bangunan Parlimen.

* 19/3/2015 Sidang DUN Kelantan tetap meluluskan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 pindaan 2015 walaupun mendapat tentangan DAP yang sebelum ini pernah meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun tidak dipersetujui oleh Pas.

* Mereka tetap meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) dan “Kajang Move" yang bertujuan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan mereka,walaupun mendapat bantahan Pas.Sebaliknya Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan demi Allah dan kepentingan umat Islam ditentang habis-habisan.

* 23/3/2015 DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan President PAS ( Bermaksud putus hungan dengan Pas) serta menuduh President PAS sebagai tidak jujur,mengkhianati rakan Pakatan Rakyat, tidak bermaruah dll.

* Ekoran itu pada 27/3/2013 DAP Sarawak terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS

* 30/3/2013 DAP Sabah turut menurut jejak yang sama untuk memutus hubungan dengan PAS iaitu 3 bulan sebelum PAS melangsungkan Muktamar pada Jun 2015 dan sebelum cadangan untuk batal Tahaluf dengan DAP.

* 4-6/6/2015 , PAS hanya baru MENGUSULKAN/MENCADANGKAN untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

* 11/7/2015 iaitu sebulan kemudian Barulah PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui keputusan Majlis Syura Ulama.
Sekaligus menangkis tuduhan GHB yang menuduh PAS terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan DAP.

* Pimpinan PAS yang kalah dalam muktamar menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas alasan kecewa dengan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.
.........................................................
* Perpecahan DAP dengan PAS adalah bukan kerana Jawatan, kerana Kuasa dan lain-lain tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama.

* Perbincangan kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat berkaitan kepentingan Islam iaitu Hudud dituduhnya DAP bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, Tetapi perbincangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berkaitan Jambatan ke-2 dan Kerajaan Selangor berkaitan Air dan sebagainya maka tidak pula PAS tuduh mereka bersekongkol dengan UMNO

* Cadangan President PAS untuk mewujudkan Unity Government yang pada asalnya dipersetujui oleh DAP dan PKR telah diseweng oleh puak ini dengan tuduhan bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO. Sedangkan cadangan PKR untuk Konsensus Nasional dan Save Malaysia oleh DAP tidak pulak PAS menuduh mereka sebaliknya.

* Banyak Isu yang berkaitan dengan Agama Islam akan ditentang oleh DAP, dan yang menyedihkan terdapat segelintir daripada kalangan Islam yang membenarkan atas alasan bersikap terbuka

* Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama selain daripada itu bebas di Amalkan.Tetapi DAP masih menghalang kebebasan orang Islam mengamalkan Ajaran kita sedangkan mereka bebas beragama tanpa halangan daripada kita.

* PAS tidak bermasalah sekiranya bukan Islam tidak menyokong Hudud tetapi menjadi masalah apabila DAP mula MENENTANG hudud,iaitu bererti menentang pegangan orang Islam

* DAP juga menentang pengharaman Arak di kawasan majoriti Melayu semasa pimpinan Datuk Hassan Ali sebagai Exco Agama.

* DAP juga menentang Cadangan pihak Daerah untuk mengasingkan tempat duduk pasangan yang bukan mahram semasa menontong wayang di Bandar Seri Iskandar Perak.

* DAP tetap membina sebuah gereja yang besar di Prai Pulau Pinang yang bermajoriti Melayu walaupun mendapat bantahan dari pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam semasa mesyuarat.

* Isu kalimah ALLAH banyak diwakili oleh Peguam DAP dalam membenarkannya.

* Isu pengunaan pembesar suara semasa azan turut dibangkitkan DAP

* Isu merobohkan pusat penternakan Khinzir di Kedah suatu masa dahulu turut mendapat tentangan DAP.

* DAP pernah mendesak PAS untuk buang perkataan Islam suatu masa dahulu, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Boleh dikatakan DAP akan iktiraf Islam yang kita perjuangkan jika memenuhi kehendak kumpulan 25% minoriti Cina ini. Mereka selesa dengan GHB yang meringankan tanggungjawab Islam.Dimana Gah dan Rasa Mulianya 55% Islam berbanding 25% yang menentang ini.?

Jadi bagi ada yang tawar hati dengan PAS dan ingin berhijrah ke wadah baru yang dikatakan GHB ini,dinasihatkan jadilah orang yang bijak untuk berfikir, dapatkan maklumat yang cukup dalam segenap sudut.Janganlah sampai mudah diperalatkan sehingga sanggup menggadai prinsip atas nama keterbukaan. Dan janganlah terlalu mengharapkan janji-janji kemenangan yang segera sedangkan redha Allah dilupakan. Siapa yang berani jamin bahawa DAP akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan Islam yang diperjuangkan oleh GHB sedangkan PAS majoriti Islam serta mempunyai keahlian yang lebih 1 juta orang dan mengusai negeri pun masih ditekan oleh DAP. Apatah lagi GHB.

Sebaliknya Kekalah dalam Jamaah Islam dan Bekerjalah untuk mendaulatkan Islam,serta yakinlah dengan kemenangan dengan pertolongan Allah. Angkat dan letakkan kemuliaan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Percayalah janji Allah berbanding janji orang Kafir.Masakan Allah tidak menolong kita sedangkan kita bersungguh-sungguh untuk Agama Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (Agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolbong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan AgamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah


K7L : Kena tipu berapa lama?..

27/10/2015

Rakyat Wajib Tahu Berapa Juta #Bersih4 Bazirkan Wang Rakyat!



RM7.2 JUTA KOS KAWAL BERSIH 4.0, HIMPUNAN RAKYAT BERSATU

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos berjumlah RM7.2 juta bagi mengawal perhimpunan haram Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis mengerahkan seramai 2,610 pegawai dan anggotanya hanya untuk mengawal perhimpunan Bersih yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM2.7 juta.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bodoh kan? Semua sibuk tanya mana pergi duitlah apalah. Lepas itu turun Bersih. Nah! Ini pembaziran peserta Bersih 4 dah buat. Amaun tiga yang sebelumnya kita tak campur lagi. Nak salahkan siapa?

K7L : Sendiri buat..lepas tu salahkan orang?..

Kes Berita Palsu Berkaitan Jerebu - SKMM Akan Siasat?



Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diperingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita yang palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog, contohnya, boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini.

K7L : Jangan main main..

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Ponteng Parlimen Semalam?



Ke mana menghilangnya Ahli-ahli Parlimen pakatan sepanjang persidangan Parlimen semalam? Aduhai! Macamana jadi Ahli Parlimen kalau asyik ponteng sahaja? Bila ada penjelasan dalam sidang parlimen tak mahu dengar.

Apakah bukan suatu pembaziran dana awam (wang rakyat) digunakan untuk membayar gaji dan elaun mereka, tetapi mereka tidak hadir di Parlimen untuk membahaskan isu-isu demi kepentingan rakyat?

Kata jadi wakil rakyat di Parlimen? Ataupun sebenarnya mereka hanya nak kuasa dan kedudukan tanpa memahami intipati serta tanggungjawab sebagai seorang ahli parlimen yang menang bertanding pilihanraya?

Ini masalah kalau pilih orang yang bebal jadi Ahli Parlimen. Apa mahu buat?

K7L : Nasib badan......

26/10/2015

Isteri SUA Menteri KPT Hina PM? - Suatu Pencerahan!



Allahu. Hari ini manusia cukup gemar menghukum tanpa meminta penjelasan mahupun menyiasat sedalam-dalamnya sesuatu perkara. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat andaian sehingga menimbulkan fitnah.

Benar! Gambar itu diambil selepas YAB PM membentangkan Bajet 2016 yang sangat terbaik selepas PRU13 yang lalu. Dan gambar itu telah diupload di akaun Facebook milik Dina Murad, isteri kepada SUA Menteri KPT. 

Dan akaun FB tersebut gambar dimuatnaik dengan kapsyen "Bajet2016 settle. Terima kasih semua". Kemudian mengikut penjelasan saudara Danial, Kemudian reporter Msiakini ambil gambar tu & post di Instagram sendiri dgn tagline "Mana RM2.6b?" tanpa pengetahuan isteri sy."

Dan satu perkara yang membuatkan Keris ingin memberi pencerahan adalah permohonan maaf SUA Menteri KPT, 
"Maaf sekiranya gambar yg tersebar menimbulkan ketegangan".

Tiada niat untuk tidak menghormati PM. Puan Dina Murad itu sebenarnya hanya mangsa keadaan. Yang muatnaik di Instagram pun id dia zikha_z. Bukan Dina Murad. Mangsa kerakusan politik bodoh daripad Mkini?

K7L : Lepas ini jangan kawan dengan wartawan Mkini?.. siapa suruh percaya?

Sah! Lim Kit Siang Disabotaj MP PAS Untuk Digantung Parlimen?



Usul menggantung Ahli Parlimen Komunis, Lim Kit Siang dari Gelang Patah pada sidang Dewan Rakyat pagi ini telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Berikut keputusan undian yang dijalankan sebentar tadi terhadap 185 Ahli Dewan Rakyat. 

SETUJU - 107 undi 
TIDAK SETUJU - 77 undi 
BERKECUALI - 1 undi 
JUMLAH - 185 

Untuk rekod, kehadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seramai 97 orang saja. Secara confirmnya keputusan undian menjadi sejumlah tersebut saja disebabkan Ahli Parlimen BN memang takkan bagi untung langsung pada Pembangkang terutamanya kan. Namun lebih 10 undi menjadi tanda tanya. 

Adakah undian tersebut datang daripada YB dari Pembangkang juga? Atau ianya datang dari solidariti Ahli Parlimen BN & PAS? Atau kolaborasi Ahli Parlimen BN & PKR atau DAP? Nampaknya PAS sudah mula menggunakan undi mereka.

K7L : Kah Kah Kah..

23/10/2015

#Bajet2016 Khas Untuk Perumahan! #KPKT



PERUMAHAN 

KPKT

• RM863 juta untuk PPR membina 22,300 unit pangsapuri, 9,500 rumah teres.

• Peningkatan 34% lebih unit daripada tahun sebelum ini.

• RM200 juta Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.

• RM40 juta untuk pemulihan projek prumahan swasta terbengkalai, pengecualian duti stem.

• RM155 juta penyelenggaraan rumah awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) – untik pembiayaan 100% pembaikan lif, tangga, handrail dan pendawaian semula.

KEMENTERIAN LAIN & AGENSI

• RM1.6 bilion untuk membina 175,000 unit rumah PR1MA.

• RM200 juta untuk membina 10,000 unit rumah mesra rakyat.

• 100,000 unit rumah Penjawat Awam 1Malaysia menjelang 2018.

• 500 unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT.

• RM60 juta untuk pembinaan rumah masyarakat orang asli.

• 20,000 unit rumah Felda, 2,000 unit rumah Fecra, 2,000 unit rumah Risda untuk generasi kedua peneroka.
• Rumah Felda harga maksima turun dari RM90,000 kepada RM70,000.

• 8,000 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen LRT dan Pusat Bandar Damansara. 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Properties.

• RM150 juta membina dan membaikpulih 11,000 rumah daif kawasan luar bandar

K7L : Bersyukurlah..

Sebahagian Intipati Bajet 2016 #Bajet2016



Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".

Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.

* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.

* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.

K7L : Untung ka rugi?...

Bajet Awal Pembangkang Satu Retorik Khayalan Buatan Sendiri!



Tan Sri Shahrir Samad berkata, penyingkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 2016 adalah langkah yang akan dilakukan pembangkang kerana usul undi tidak percaya sukar dilaksanakan.

“Itulah yang barangkali dikatakan pembangkang sebelum ini bahawa ada cara lain selain usul undi tidak percara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini konvensyen dalam Parlimen. Mereka (pembangkang) pun tahu. Kalau bajet tidak lulus itulah tanda tidak ada sokongan kepada parti pemerintah,” kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu.

Shahrir berkata tanpa kelulusan kerajaan, dana kewangan tidak dapat dibelanjakan.

Tindakan ini katanya, pernah dilakukan pembangkang pada Bajet 2010 apabila usaha mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang dengan memujuk beberapa Ahli Parlimen BN lompat parti gagal.

Untuk rekod, pada bajet tersebut, selepas pengundian belah bahagi, bajet bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), keputusannya 64 suara menyokong manakala 63 menolak.

bajet 2016 4Drama lewat malam itu menyaksikan bajet hanya lulus dengan kelebihan satu undi dan yang menariknya, Najib dan timbalannya ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Menurut Shahrir, tindakan pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang mahu dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan gambaran seolah-olah mereka tidak faham.

“Kita berdepan satu kumpulan pembangkang pusing-memusing, putar-memutar peraturan ikut keperluan masing-masing, akan memutarkan keadaan,” katanya.

Itu juga tegas Shahrir, hanya cerita politik pembangkang selain tidak faham peraturan mesyuarat.

Sementara itu, jika benar pembangkang mahu menyingkirkan Perdana Menteri melalui Bajet 2016 yang akan dibentang Najib Jumaat ini, ia sebenarnya akan menguji kesetiaan dan integriti beberapa ahli parlimen BN yang diuar-uarkan akan menyokong tindakan pembangkang.

Antara nama yang dikaitkan adalah Muhyiddin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Selain nama-nama tersebut, pembangkang juga membayangkan beberapa lagi ahli parlimen BN akan menyokong mereka dengan bertindak tidak hadir ketika pengundian bagi meluluskan bajet berkenaan.

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sebelum ini meminta sokongan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk usul undi tidak percaya.

Besar kemungkinan, pembangkang juga berharap sokongan sama bagi penyingkiran Najib melalui Bajet 2016.

Haha! Setiap tahun mereka keluarkan awal. Nanti bila ada persamaan mereka kata Kerajaan tiru cadangan pakatan. Hadoi! Payah kalau ada parti yang suka simpan orang bodoh.

Apapun tunggu sahaja jam 4 petang nanti. 

K7L : Pembangkang lebih baik diam sebenarnya..

21/10/2015

Isu Jerebu - Jangan Kata Kerajaan Tak Ada Usaha!


 

Jabatan Meteorologi bersama-sama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempergiatkan operasi pembenihan awan setiap hari bagi membantu mengurangkan keadaan jerebu yang semakin teruk melanda negara ketika ini.

Timbalan Setiausaha Majlis Ke- selamatan Negara (MKN), Ogu Salim Omar berkata, sejak dilaksanakan pada Mac lalu, sebanyak 65 operasi pembenihan awan telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, operasi itu dijalankan secara berterusan oleh kedua-dua agensi itu bagi memastikan kualiti udara di negara ini kembali seperti sediakala.

“Arahan telah dikeluarkan kepada agensi berkenaan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan secara kerap setiap hari tetapi bergantung kepada keadaan cuaca untuk penerbangan serta kewujudan awan yang bersesuaian.

“Operasi ini dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca untuk penerbangan serta kewujudan awan kumulonimbus. Pembenihan awan akan diteruskan sehingga keadaan jerebu kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis menyambut kepulangan pesawat Bombardier CL-415 MP dan helikopter AS 365 N3 Dauphin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan di sini hari ini.

Keadaan jerebu yang melanda negara bermula Ogos lalu bertambah serius sejak tiga hari lalu sehingga menyebabkan sesi persekolahan di beberapa negeri terpaksa ditutup, selain turut menjejaskan sektor lain termasuk industri penerbangan.

Masalah tersebut berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia sehingga memberi kesan terhadap rakyat negara ini yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk kesihatan dan sebagainya. - Utusan

Keprihatinan pihak Kerajaan dalam membendung isu jerebu usahlah dipertikai. Sampaikan jerebu yang bukan berpunca daripada Malaysia mahupun Barisan Nasional dijadikan modla menyerang DS Najib.

Ini isu bala, bukan isu politik. Kena sama-sama usaha dan terus berdoa. Usah memandai-mandai untuk menuduh itu dan ini. Usaha tanpa henti daripada Kerajaan Malaysia sedikit sebanyak membantu dalam mengawal IPU yang kian teruk.

Apapun kita sebagai individu perlu mengurangkan aktiviti luar dan sebagai masyarakat, kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa memakai topeng muka di luar serta kurangkan aktiviti luar.

K7L : Banyak hal betul..

Hadi Samakan Hanipa Maidin Dan Rakan Sebagai Monyet?


 

Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.

Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."

"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan.

"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di sini, Sabtu.

Teruk juga hinaan Presiden PAS kepada orang-orang Amanah. Yang mana Presiden dia tak ada kerusi Wakil Rakyat. Haha! Tapi dalam masa yang sama, apa yang Keris faham rupanya PAS selama ini parti beruk?

Sebab dia ibaratkan PAS itu pokok yang ada monyet, yang duduk sebab ada buah, tak ada buah monyet itu lompat. Apakah semua ahli PAS pun monyet?

K7L : Hati-hati kalau nak bahan orang sekalipun..

20/10/2015

@tengkuadnanreal Hentikan Warga Asing Di Dapur Restoran? - Tindakan Tegas Yang Bijak!



Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak demam kepialu atau tifoid menular di beberapa kawasan di ibu negara dan sebanyak 32 kes direkodkan sejak minggu pertama bulan Ogos lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4) namun belum ada kes kematian dilaporkan.

Beliau berkata, kes demam kepialu yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhii pada mulanya dikesan dalam kalangan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar raya.

“Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.

“Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan.

Katanya, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.

“Sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella Typhii.

“Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur adalah baik,”katanya.

Menurutnya, Kuala Lumpur merupakan kawasan yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun. - Utusan

Maka Keris bersetuju dengan Menteri Wilayah Persekutuan. Ini kerana sikap para peniaga yang ingin membayar murah sehingga sanggup menggajikan warga asing sebagai tukang masak.

Yang paling tidak sedap untuk didengar, ada dikalangan mereka tidak membuat pemeriksaan kesihatan serta tiada permit. Ketegasan oleh DS Tengku Adnan sememngnya wajar. 

Sampai bila harus kita beri muka? Apa sudah tidak cukup tukang masak di Malaysia ini?

K7L : Kalau untuk Maid tak apa kot.. bukan untuk kedai makan...
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4) namun belum ada kes kematian dilaporkan.
Beliau berkata, kes demam kepialu yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhii pada mulanya dikesan dalam kalangan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar raya.
“Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.
“Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan.
Katanya, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.
“Sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella Typhii.
“Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur adalah baik,”katanya.
Menurutnya, Kuala Lumpur merupakan kawasan yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/32-kes-demam-kepialu-dikesan-di-ibu-negara-1.148528#sthash.51cRKDw7.dpuf
Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak demam kepialu atau tifoid menular di beberapa kawasan di ibu negara dan sebanyak 32 kes direkodkan sejak minggu pertama bulan Ogos lalu sehingga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4) namun belum ada kes kematian dilaporkan.
Beliau berkata, kes demam kepialu yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhii pada mulanya dikesan dalam kalangan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar raya.
“Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.
“Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan.
Katanya, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.
“Sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella Typhii.
“Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur adalah baik,”katanya.
Menurutnya, Kuala Lumpur merupakan kawasan yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/32-kes-demam-kepialu-dikesan-di-ibu-negara-1.148528#sthash.51cRKDw7.dpuf
Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak demam kepialu atau tifoid menular di beberapa kawasan di ibu negara dan sebanyak 32 kes direkodkan sejak minggu pertama bulan Ogos lalu sehingga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4) namun belum ada kes kematian dilaporkan.
Beliau berkata, kes demam kepialu yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhii pada mulanya dikesan dalam kalangan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar raya.
“Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.
“Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan.
Katanya, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.
“Sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella Typhii.
“Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur adalah baik,”katanya.
Menurutnya, Kuala Lumpur merupakan kawasan yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/32-kes-demam-kepialu-dikesan-di-ibu-negara-1.148528#sthash.51cRKDw7.dpuf

Jumlah Majoriti Pakatan Berkurang - DAP Bimbang Undi PAS?


 

Nampaknya DAP adalah syaitan pembangkang yang paling gelabah hari ini selepas mereka hadir semalam dalam pembukaan Dewan Rakyat untuk bersidang. Susunan Kerusi telah berubah. 

Penurunan mendadak jumlah Undi Pakatan amatlah membimbangkan DAP memandangkan terdapat 14 undi PAS dan 1 Bebas, membuatkan mereka kecut perut. Segala perancangan yang disusun tampak gagal.

Sebab itu Tony Pua kantoi bila nak buat usul tidak percaya. PKR pula merasakan dengan membawa masuk sampah UMNO iaitu Pudin, dapat mempengaruhi MP BN yang mereka sangka turut sama bodoh macam Pudin.

Apapun, kita akan ligat sarkis daripada pembangkang akan digarap. Apa akan jadi kelak? Mungkinkah PAS akan jadikan medan di Parlimen untuk memalukan PAN? Mungkinkah PAN akan terus menikus dan mengelak bertembung debat dengan PAS?

K7L : Rileks.. baru episod 2..

DUN Rawang Dikosongkan Untuk Pudin? - MB Selangor Tukar Lagi?


  

Apakah benar apa yang tersebar sejak semalam? Berita mengenai kekosongan yang akan dilakukan oleh PKR di Selangor mungkin akan berlaku. Nampaknya MB Selangor akan membuat sejarah apabila bertukar MB buat kali ketiga dalam satu penggal?

 

Mungkinkah ini ada berkait rapat dengan tindakan Azmin Ali yang menidakkan permintaan DAP-PKR-PAN untuk menyingkitrkan PAS daripada kepimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor?

Pudin disebut sebagai nama baru yang bersedia untuk menggantikan tempat Azmin dan memenuhi segala nafsu serakah politik DAP-PKR-PAN? Ini semua mungkin berlaku dan bukanlah sesuatu yang mustahil.

politik kotor yang membenam sesama sendiri memang wujud dalam diri Pakatan Harapan yang sudah tidak ada harapan lagi. Wan Azizah tidak diterima walaupun itu wujud dalam Langkah Kajang, Apakah Langkah Rawang pula akan dijalankan?

K7L : Tukar lah Pudin tu... korang tak tahu dia ni sampah..

19/10/2015

Isu Berebut Kerusi - PAN Takut Duduk Sebelah PAS?



Isu perebutan tempat duduk dijangka menghangatkan pembukaan sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia berikutan pertukaran parti beberapa Ahli Parlimen Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah).

"Walaupun nampak remeh, namun ia tetap menjadi tumpuan awal pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas kali ini.

"Sekarang ini, mereka akan bergaduh soal kerusi. Jadi perlu juga saya cerita tentang tempat duduk. Pertengkaran akan berkisar mengenai parti baharu selepas bercerai dari parti lama.

"Satu lagi adalah soal di mana pemberita akan diletakkan, itu juga akan menjadi panas. Saya sebenarnya mahu muntah dengan politik sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kenyataan YDP Dewan Rakyat sebenarnya ada asas. PAN yang tujuh ekor itu confirm akan goyang untuk duduk sebaris atau bersebelahan dengan Ahli-Ahli Parlimen PAS. Mahukan tidak goyang.

Kalau dah hari-hari mereka sumpah seranah sejak mereka kalah dalam pemilihan PAS, hari ini mereka nak duduk sekali? Mesti tidak. PAS nampaknya suda mula steady dan tahu musuh sebenar mereka adalah DAP dan konco-konconya.

Kita tengok apa akan berlaku memandangkan tadi baru mula.

K7L : Hatta berani bercakap tapi tak berani tentang mata dengan MP PAS?..

Jerebu Kembali Melanda - Jangan Lupa Minum Air! #TerimaKasihIndonesia


 

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan di Semenanjung Malaysia yang menca­tatkan paras tertinggi mengikut bacaan IPU pada pukul 5 petang adalah Cheras 103, Port Dickson 109, Petaling Jaya 109, Putrajaya 112, Bukit Rambai 114, Pelabuhan Klang 115, Nilai 117, Seremban 118, Bandaraya Melaka 121 dan Ban­ting, Selangor 122.

Katanya, bagi kawasan Sabah dan Sarawak pula, sebanyak dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Tawau 130 dan Samarahan 110.

“Sebanyak 27 kawasan lain mencatatkan IPU bacaan sederhana, manakala 11 kawasan lain mencatatkan paras bacaan baik setakat ini.

“Antara kawasan yang menca­tatkan bacaan IPU tahap sederhana adalah Alor Setar 57 Kota Tinggi 58 dan Perai, Pulau Pinang 66,” katanya menerusi laman web tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata, status kualiti udara tahap tidak sihat adalah berpunca daripada tiupan angin arah Barat Daya yang membawa pencemaran tersebut merentasi sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

“Keadaan ini berikutan terdapatnya dua ribut tropika yang aktif di Lautan Pasifik, iaitu Ribut Tropika Koppu dan Ribut Tropika Champi yang mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara ini.

“Taburan hujan juga dijangka berkurangan kerana kawasan serantau di negara kita akan dipengaruhi oleh tiupan angin Barat Daya dengan kelajuan yang sederhana. Sehubungan itu, hujan dan ribut petir boleh berlaku di kawasan pantai negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, kawasan Pantai Sarawak dan Barat Sabah pada awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, hujan dan ribut petir di satu-satu tempat boleh berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, pedalaman Sarawak dan semua bahagian di Sabah. - Utusan

Nampaknya Jerebu masih belum ada pengakhirannya lagi. Ini sebenarnya merupakan Bala Allah kepada kita. Ini Keris baca sampai ada yang nak doa bagi jerebu teruk sebab nak cuti. Haihh.. Apapun ini tips dan peringatan buat semua :

  • Kurangkan Aktiviti Luar – banyakkan berada di dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar. Kalau bekerja, bawa bekal siap-siap dari rumah so waktu nanti rehat nanti, tak perlu keluar pejabat.
  • Minum air – Air merupakan perkara paling penting dalam tubuh kita kerana ia menyalurkan tenaga dan amat baik untuk kesihatan. Kita digalakkan untuk minum 2Liter air sehari.
  • Jangan Merokok – Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan tahap kesihatan lebih terjejas.
  • Pastikan Rumah Sentiasa Bersih – Rumah yang bersih akan menyebabkan anda selesa dan terhindar daripada sebarang penyakit
  • Membasuh Tangan dan Muka setelah melakukan Aktiviti Luar – Anda harus mencuci muka dan tangan untuk mengelakkan kesan jerebu mempengaruhi tahap kesihatan anda.
  • Jumpa doktor – Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar perubatan jika kesihatan anda terjejas seperti demam akibat faktor masalah jerebu.
  • Gunakan Nasal Mask (Penutup Hidung) – Gunakan mask untuk melindungi anda daripada menghirup udara yang tidak sihat apabila berada di luar. Dengan penutup hidung serba sedikit boleh menghindari masalah jerebu di negara kita.
K7L : Jaga kesihatan...

DAP Cadangkan PAS Bertanding Ikut Tempat - Hadi Ludah Muka Kit Siang?



PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru, malam tadi.

Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.

"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. – Bernama,18 Oktober, 2015.
Kah Kah Kah! DAP kena ludah dengan Presiden PAS? Dimalukan selepas menidakkan. Sebelum ini kita dengar PAS ditekan oleh DAP untuk keluar daripada Pakatan termasuk didesak letak jawatan di Selangor.

Tetapi sekarang ini DAP berpendirian untuk melihat PAS bertanding mengikut agihan kerusi. Aik? Pelik bukan? Ini untuk rakyat atau untuk kelangsungan DAP? Cuba pembaca fikirkan.

K7L : Kelakar dah drama ni.. episod lawak telah bermula!.. 

16/10/2015

Siapakah Sebenarnya 7 Pemuda Dalam Kisah Ashabul Kahfi?




SIAPA gerangan yang tidak tahu kisah Ashabul Kahfi? Kisah ini sangat terkenal baik bagi penganut agama Islam atau Kristian. Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur lelap dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.

Lokasi Gua:


Banyak terjadi perselisihan faham tentang lokasi gua. Ada yang mengatakan berada di Syria, ada pula yang mengatakan di turkia, akan tetapi banyak yang berpendapat lokasi gua terdapat di Jordan di perkampungan Al-Rajib atau dalam Al-Quran di sebut Al-Raqim, yang terletak 1.5 km dari bandar Abu A'landa dekat kota Amman-Jordan.

Info terkini yang diperolehi bahawa Raja Abdullah ke 2 (Raja Jordan) telah merasmikan untuk mendirikan di muka gua Ashhabul Kahfi masjid dan ma'had yang diberi nama "Masjid Gua Ahlul Kahfi" dan Ma'had Da'wah dan Dai '.

Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika adapun anjing bernama Kithmir.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran:

Kisah bermula dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk membantahnya. Yahudi tadi berkata "Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahunya maka ia benar sebagai Nabi". Lalu orang kafir tadi bertanya kepada Rasulullah saw tantang kisah tersebut.

Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan membantah beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah trb sebagaimana tertera dalam Al-Qur'an dalam surat Al-Kahfi.

18:9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?


18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini) ".

18:11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,

18:12. kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua-dua puak itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

18:13. Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk;

18:14. dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".

18:15. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah?

18:16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

18:17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

18:18. Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

18:19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari". Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun .

18:20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika berlaku demikian, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya ".

18:21. Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya".

18:22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing", sebagai terkaan terhadap barang yang ghaib dan ( yang lain lagi) mengatakan: "(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan ialah anjing". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.


Sumber : Detik Islam

K7L : Siapa ya?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk