29/02/2016

Darah Komunis - Mereka Semua Ada Dalam DAP Dan Seorang Jadi Balaci Dalam Amanah!


 

Chin Peng, pengasas Parti Komunis Malaya (PKM) mempunyai pertalian kekeluargaan yang tokoh dengan tokoh-tokoh penting dalam DAP.

Pertalian kekeluargaan Chin Peng bermula di peringkat Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura dan bekas Setiausaha Agung PAP dan Lim Kit Siang, bekas Setiausaha Agung DAP yang kini merupakan penasihat parti kembar ‘PAP’ di Malaysia.

Chin Peng adalah pengasas Parti Komunis Malaya merupakan sepupu kepada Lim Kit Siang (Malaysia) dan Lee Kuan Yew (Singapura)

Chin Peng (陳平) yang lahir pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak juga mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan tokoh-tokoh penting DAP Perak.

(Bekas) Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngeh Kor Ming (Pengerusi DAP Perak sekarang) adalah anak saudara kepada Chin Peng.

Anthony Loke, DAP Negeri Sembilan adalah anak dua sepupu kepada Chin Peng. Teresa Kok adalah sepupu kepada isteri Lim Kit Siang. Tony Phua adalah anak sepupu kepada Lee Kuan Yew.

Nizar (bekas MB Perak) juga sepupu Ngeh dan Ngor. Kerana emak Nizar adik beradik dengan emak Ngeh dan Ngor, dia memeluk agama Islam kahwin dengan bapak Nizar. Sealin Itu Tony Pua Juga merupakan anak saudara kepada Lee Kuan Yew dan Teresa Kok adalah sepupu kepada Isteri Lim Kit Siang.

K7L : Semua ada darah komunis?..

PRN Sarawak - Pembangkang Sedia Lawan Sesama Sendiri?



Pakatan Harapan masih buntu dalam rancangan mengelak pertembungan tiga penjuru sesama parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana PAS terus bertegas mahu bertanding 11 kerusi yang ada antaranya turut jadi pilihan PKR, DAP dan AMANAH.

Sehingga kini pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan masih berlaku bagaimanapun ia akan diselesaikan sebelum pilihan raya berlangsung.

Bagi mengelak perkara ini berterusan dan menjejaskan persiapan kempen pilihan raya yang dijangka April depan, Pakatan Harapan bersetuju untuk tidak bertanding di semua 82 kerusi negeri.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat yang dihadiri oleh PKR, DAP dan AMANAH bersetuju berbuat demikian bagi memberi laluan kepada PAS untuk bertanding sama.

Bagaimanapun, katanya perbincangan antara PAS dan Pakatan Harapan masih berlangsung dan mereka masih belum dapat memutuskan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh setiap parti.

Kah Kah Kah! Nampaknya PKR cuba jadi hero walhal Wan Azizah sendiri kelam kabut orangnya. Kita akan lihat juga PAS melawan DAP. Mungkinkah kali ini DAP akan tergugat dengan calon PAS?

K7L : PAS dengarnya akan lawan mana sahaja Amanah dan DAP lawan..

Lebih Baik Jadi Ketua Pembangang Daripada Ketua Pembangkang #KhasBuatWanJijah



Wan Azizah selaku ketua PKR sepatutnya menyebelahi 2 Adun PKR yang dipecat dan meminta Guan Eng menjelaskan dengan lebih teliti, mengapa beliau memecat 2 wakil rakyat yang hanya tidak menyokong mengenai usul tambakan laut.

Dan perbalahan diantara Guan Eng dengan Azmin semakin meruncing. Kemungkinan besar Adun-Adun DAP di Selangor pula bakal terima nasib yang lebih kurang sama. 'Revenge of the Fallen' katanya.

Namun begitu, yang paling gagal ketika ini adalah Wan Azizah sendiri. Dia membuktikan lagi yang dirinya memang tidak layak langsung mengetuai pembangkang. Elok jad pembangang sebab dia sendiri keliru dengan identiti PKR.

Jika tidak masakan dia memihak kepada DAP walhal Adun yang kena buang itu adalah daripada PKR sendiri. Apapun harap rakyat dapat lihat. Inilah sekumpulan manusia-manusia yang utamakan kedudukan berbanding perjuangan.

K7L : Payah kalau bijak belajar tapi bodoh mentadbir..

Panel Penilaian Operasi SPRM Juga Jadi Bahan Fitnah? - #TolakBeritaPalsu



Panel Penilaian Operasi SPRM yang diketuai oleh Tan Sri Hamid Bugo telah mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya kandungan laporan media oleh Malaysian Insider di dalam artikel bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee”.

Menurut Hamid, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dilaporkan oleh portal terbabit serta tidak pernah menyerahkan sebarang urusan untuk membuat kenyataan rasmi kepada mana-mana pihak.


Malaysian Insider di dalam laporannya sebelum ini sekadar memetik “menurut sumber”.

Panel Penilai SPRM juga menafikan kenyataan SPRM semalam yang memetik kononnya wujud permintaan dari Panel Penilaian Operasi agar SPRM mengeluarkan kenyataan awam berhubung isu tersebut.

K7L : Maka layaklah TMI diblok dari terus menyebar berita fitnah..

Guan Eng Salahkan PKR Yang Singkir Khalid Dahulu - PKR Hanya Macai!



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak mengaku dirinya gila kuasa dan mengamalkan pemerintahan diktator, kerana menyingkirkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari syarikat milik kerajaan negeri. Kedua-dua Adun tersebut disingkirkan hanya kerana tidak sependapat dengannya.

Malah lebih teruk, kesalahan Guan Eng memecat dua Adun tersebut tanpa sebab yang kukuh dilemparkan pula kepada PKR. Ehhhhh, kenapa Guan Eng yang gila kuasa tapi PKR pula dipersalahkan??

Jelas Menteri Besar Pulau Pinang itu, PKR menjadi dalang kepada semua perbuatannya, kerana dia hanya mengikut jejak langkah parti PKR dalam konflik Langkah Kajang tahun 2013 yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan dari parti, sekaligus disingkirkan dari jawatan Menteri Besar.

Kononnya Guan Eng tiru apa yang dilakukan oleh PKR pada tiga tahun yang lalu, jadi jika PKR boleh buat sebegitu kenapa pula DAP tidak boleh melakukan hal yang sama?? Perangai Guan Eng yang macam anjing kurap tak mengaku kesalahan sendiri ini juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hatinya terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Nampaknya perang Guan Eng dengan Azmin akan melarat. Wan Azizah nampaknya lebih memilih Guan Eng berbanding Timbalan Presidennya sendiri. Apakah yang kita akan lihat nanti?

K7L : Azmin persiapkan diri lawan Presiden mungkin?...

@armand_pju Sound PKR - Tak Ada Ikon Dan Pemimpin Recycle!



Pakatan pembangkang terutama sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin terdesak dan semakin ketandusan pemimpin, apabila mereka terpaksa menggunakan nama pemimpin yang sedang meringkuk di dalam penjara bagi meraih simpati dan sokongan daripada rakyat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, ikon pembangkang hanyalah Anwar Ibrahim. Apabila Anwar dihumban masuk ke dalam penjara, maka mereka kehabisan ikon untuk dijadikan contoh kepada rakyat. Sebab itu mereka terpaksa guna pemimpin 'recycle'.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang melahirkan ramai pemimpin pelapis dan berwibawa untuk diketengahkan dan dijadikan contoh terbaik untuk rakyat.

“Selepas Anwar Ibrahim masuk penjara, pembangkang kini berpecah dari Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan, saya rasa dah tidak ada harapan sekarang ini, kerana harapan mereka hanya pada Anwar Ibrahim.

“Pakatan pembangkang yang berlindung atas nama rakyat, sudah tidak lagi mempunyai harapan, tidak mempunyai arah tuju kerana ikon yang mereka ada hanya Anwar Ibrahim yang mampu menyatukan parti-parti dalam pakatan pembangkang ini,”
- Armand Azha

Benar kata Armand. Selama hari ini pemimpin yang ada dalam PKR pun adalah pemimpin Recycle daripada UMNO. Mereka yang gila kuasa dan tak dapat tempat pindah ke PKR yang halatuju pun tak ada.

Ramai lupa PKR hanya sebuah parti yang ditubuhkan untuk Anwar Ibrahim semata-mata. Bukanlah untuk rakyat. Momokan mereka berjuang untuk rakyat hanyalah penipuan besar. Niat sebenarn hanyalah ingin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebelum dia 'gol'.

K7L : Kalau Anwar sudah tiada apa jadi?...

26/02/2016

Nga Kor Ming Kemungkinan Akan Dibaling Kasut Di Sarawak Kerana Rasis?



Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook kerana membuat fitnah berbaur rasis melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya.

Di dalam poster bertulisan Cina itu, Nga menyatakan perkataan yang boleh menimbulkan rusuhan kaum iaitu "Balik Tongsan, Cina Babi". Satu tuduhan melampau yang mengelirukan samada benar itu ayat yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah dipandang hina dengan politik murahan yang dilakukan. Anehnya dia masih bebas di luar sana.


Sepatutnya Nga ini boleh ditangkap kerana cuba menaikkan kemarahan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian di Malaysia. Dasar cauvinis yang sukakan huru-hara. Tidak pelik kerana sesungguhnya darah yang mengalir dalam dirinya ada DNA Chin Peng.


Ini bukan kali pertama Nga berkelakuan biadap seperti ini. Dahulu dia pernah cetuskan kemarahan umat Islam Malaysia kerana menghina pakaian purdah. Dasar manusia bajingan.

K7L : Tak layak jadi pemimpin..

Giliran PKR Ditelan DAP Setelah PAS Dah Hadam Dalam Perut DAP?


 
DAP dikhabarkan akan meletakkan calon-calon mereka di lima kawasan PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu dakwa beliau, DAP juga akan meletakkan calon-calon Melayu untuk bertanding di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas dalam tempoh tersebut.

Langkah tersebut jelas membuktikan DAP secara halus cuba memonopoli Pulau Pinang dan sanggup bertindak kejam menyingkirkan PKR walaupun menyedari parti itu bersama dalam pembangkang.

Dalam situasi ini, PKR tidak ubah se­perti ‘macai’ kerana kepemimpinan mereka langsung tiada peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri itu. Semua ini dilakukan untuk memberi pengajaran kepada PKR yang gagal mengawal Azmin untuk menyingkirkan musuh utama DAP iaitu PAS.

PAS sebelum ini juga 'ditanam' oelh DAP dengan memastikan PAS menang tidak banyak dan memberi posisi kecil dalam kepimpinan negeri. Kini PKR pula dilanyak di Pulau Pinang. Apakah Azmin akan turut singkirkan DAP kelak?

K7L : Kita tunggu dan lihat..

Mat Sabu Bimbang Dikalahkan Pemiliha Amanah Kerana Tiada Dana?



Dilaporkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam meraih keyakinan rakyat di negara ini selain berhadapan dengan masalah kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan dana.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tidak perlu malu alah untuk mengambil tindakan drastik dengan membubarkan parti berkenaan setelah mengakui betapa sukar untuk mendapatkan sokongan selain kekurangan dana.


Jika tidak bubar, dia mungkin akan ditentang oleh Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub yang kini dilihat agak 'senyap'. Mungkinkah perang pemilihan sudah bermula?

K7L : Gila jawatan memang camtu.. nak mati dengan jawatan kalau boleh..

Mangsa Banjir Sarawak Akan Terima Bantuan Secepat Mungkin!



Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua mangsa yang terjejas akibat banjir di Sarawak akan diberi bantuan secepat mungkin bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perdana Menteri berkata, buat masa sekarang fokus bantuan yang perlu disalurkan kepada 7,177 mangsa yang ditempatkan di 47 buah pusat pemindahan di negeri itu adalah barangan keperluan asas terutamanya makanan serta pakaian.

“Sebanyak 47 pusat pemindahan kini disediakan bagi menampung 7,177 orang setakat ini. Saya berkongsi perasaan sedih mereka yang kehilangan ahli keluarga serta harta benda akibat banjir di Sarawak. Salam takziah dari saya dan keluarga.

“Kerajaan akan mengenal pasti kesan bencana banjir ini kepada penduduk setempat dan membantu agar mangsa banjir dapat meneruskan kehidupan seperti biasa setelah banjir reda, insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Di KUCHING, banjir teruk yang melanda empat daerah di negeri ini, semakin pulih apabila hanya 4,867 mangsa daripada 1,305 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan hari ini.

Kebanyakan kawasan yang dinaiki air sudah surut ekoran tiada lagi hujan lebat dan cuaca kembali cerah sejak semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Siti Huzaimah Ibrahim berkata, setakat pukul 5 petang ini, jumlah mangsa banjir sudah berkurangan kepada 4,867 orang berbanding 7,327 semalam.

Katanya, kesemua mangsa daripada 1,305 keluarga itu masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan banjir di daerah ini, Bau, Serian dan Samarahan.

Jangan kata Kerajaan BN tak mahu bantu mangsa banjir. Selalunya ada sahaja mulut pemimpin pembangkang yang celupar. Apapun bila berkaitan dengan bencana Keris sarankan kita bantu sama-sama. Bukan menjatuhkan satu sama lain.

K7L : Semoga mangsa semua selamat dan kembali seperti sediakala..

PKR Jadi Macai Di Pulau Pinang, PAS Jadi Sampah Dari Dulu Lagi Di Mata DAP Penang



PKR kini bukan lagi level 'rakan' bagi DAP di Pulau Pinang. Semua tahu DAP amalkan diktaktorisme dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan mereka hanya menjaga Pemimpin DAP SAHAJA! Diulangi SAHAJA.

Sebab itu di sana PKR hanya diletakkan sebagai Macai. Kepimpinan mereka tidak kira ADUN ataupun Exco yang dilantik langsung tidak diberikan peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri.

Semuanya perlu mengikut telunjuk dan diibaratkan PKR hanyalah lembu-lembu yang dicucuk hidungnya. Dibawa ikut arus, Kalau melawan disembelih terus. Kalau dengar cakap diberi makan secukupnya sampai gemuk.

Jadi sekarang mahu pilih PKR? 

K7L : Buat apa pilih boneka?..

Pendaratan Cemas Pesawat TUDM CN235 - Anak Kapal Selamat!


 

Pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas berhampiran pantai di Kuala Selangor pagi tadi.

Menurut pengumuman rasmi TUDM, sebuah pesawat pengangkut CN-235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara TUDM Subang membuat pendaratan tersebut kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Satu panggilan kecemasan dibuat sepuluh minit sebelum kejadian.

TUDM juga memaklumkan lapan penumpang pesawat diselamatkan nelayan di kawasan itu.

TUDM akan menubuhkan kumpulan penyiasat bagi mengenalpasti punca kejadian, dan akan berusaha menyelamatkan pesawat itu.


K7L : InsyaAllah.. semuanya selamat..

25/02/2016

Contoh Berita Palsu Yang Dibuat Manusia Tak Ada Kerja!



Hari demi hari, pelbagai teknologi canggih dicipta bagi memudahkan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Daripada peranti-peranti berteknologi tinggi sehinggalah penemuan saintifik yang mengubah masa depan dunia, semuanya memperlihatkan kebijaksanaan manusia untuk menentukan survival mereka.

Lebih menakjubkan, teknologi-teknologi yang dicipta ini adakalanya melangkaui imaginasi umat manusia yang tidak mungkin kita gambarkan sebelum ini. Jika 20 hingga 30 tahun dahulu, kita diperkenalkan dengan internet, kini dunia pula dilanda dengan penggunaan media sosial yang kian berpengaruh dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat. Dengan hanya menekan punat pada perantinya, apa sahaja boleh dilayari dalam sekelip mata.

Manusia kini semakin bijak, lebih bijak daripada zaman datuk nenek terdahulu. Lebih bijak hinggakan ada kalanya kebijaksanaan yang dimiliki itu menyebabkan mereka ini terlalu alpa dan terikut-ikut dengan peredaran semasa.

Begitu kuat sekali pengaruh teknologi-teknologi yang canggih hinggakan manusia seolah-olah terpaksa berlumba-lumba untuk mendapatkannya bagi memastikan masing-masing tidak ketinggalan zaman.

Di sebalik kebijaksanaan dan kecerdikan itu, timbul satu sikap yang dilihat kurang menyenangkan dalam diri mereka apabila masing-masing terlalu taksub dengan penyebaran maklumat secara sewenang-wenangnya.

Dewasa ini, platform untuk berhubung antara satu sama lain begitu mudah. Adanya kemudahan media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter mahupun Instagram membolehkan manusia bertindak sebagai "world citizens" dan menjadi wartawan rakyat.

Bermacam-macam mesej diterima dan disebarkan kepada rakan-rakan mereka seolah-olah apa yang diterima itu benar-benar belaka. Akan tetapi, dalam keghairahan menyebarkan mesej-mesej tersebut, mereka mungkin terlupa dan tidak sedar bahawa bukan semua mesej yang disampaikan di media sosial adalah sahih belaka.

Beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini seperti penyebaran khabar angin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan oleh segelintir penulis blog tidak bertanggungjawab, penyebaran bahawa pihak kerajaan cuba menahan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini dan juga penyebaran berita kematian palsu seorang pemimpin pembangkang jelas membuktikan kebijaksanaan yang dimiliki itu adakalanya disalahguna untuk tujuan yang tidak bermanfaat.

Kita tidak salahkan penyebaran berita-berita kepada orang lain selagi penyebaran yang dilakukan itu dibuat dengan cara yang baik. Bagaimanapun, apabila penyebaran berita itu dibuat dengan niat untuk memporak-perandakan keadaan, untuk mengaibkan orang lain, maka perbuatan sedemikian perlu dihentikan segera.

Gunakan kebijaksanaan dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Pencipta untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Dalam konteks ini, pastinya rakyat perlulah bijak menilai sesuatu maklumat dan memastikan intipati maklumat yang diterima benar-benar sahih dan boleh dipercayai agar ia tidak memberi aib kepada diri kita sendiri dan orang lain.

Agak menyedihkan untuk memerhatikan gelagat sesetengah rakyat yang masih degil dan beria-ia menyebarkan maklumat yang diterima dari media sosial kepada rakan-rakan mereka secara terburu-buru. Dalam hal ini, PDRM mahupun SKMM sudah pun berkali-kali mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika menerima sebarang maklumat yang diragui.

Justeru, apabila nasihat dan teguran sudah diberikan, soal untuk menyalahkan kerajaan kerana tidak memantau media sosial tidak berbangkit. Yang pasti, semuanya ini memperlihatkan sikap atau takuk pemikiran rendah yang dimiliki oleh rakyat yang nyata lebih berminat dengan penyebaran khabar angin yang tidak berasas.

Bagi kumpulan manusia ini, khabar angin adalah segala-galanya. Khabar angin juga umpama senjata utama mereka untuk melaga-lagakan pihak tertentu. Bukankah ini bertentangan dengan apa yang telah diajar oleh guru-guru sekolah semasa zaman muda dahulu?

Jadi, dalam hal ini, apakah ini bermakna bahawa segala apa yang diajar oleh guru-guru sekolah kita dahulu sudah gagal? Ataupun sistem pendidikan negara yang harus dipertikaikan dan menjadi penyebab kepada gejala ini? Mengapakah juga rakyat Malaysia dilihat tidak mendengar arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung perkara yang dimaksudkan?

Nasihat penulis kepada pengkritik di luar sana ialah teliti dan semak terlebih dahulu sebelum menyebarkan apa-apa maklumat. Kita memahami sikap dan keghairahan seseorang untuk menghabiskan sesuatu cerita dengan cepat tapi amatlah merbahaya jika butiran penyebaran mesej itu salah dan tidak tepat.

Oleh yang demikian, jika rakyat kita masih terikut-ikut dengan takuk pemikiran sebegini, maka selagi itulah usaha-usaha berterusan pihak berkuasa untuk mendidik masyarakat akan menemui jalan buntu. Tanggungjawab untuk mendidik masyarakat tidak harus disandarkan pada bahu kerajaan semata-mata tetapi rakyat juga harus memainkan peranannya.

Rakyat perlu sedar dan bangkit daripada trend yang tidak sihat ini. Mereka boleh memainkan peranan tersendiri dengan tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih. Sebaik-baiknya ambil inisiatif untuk merujuk dahulu berita-berita sebegini dengan pihak berkuasa sebelum menyebarkannya.

Mutakhir ini, terdapat ramai orang 'gila' di luar sana yang dahagakan publisiti. Orang-orang 'gila' berkenaan tekad untuk menyebarkan berita-berita yang tidak sahih kepada orang lain biarpun menyedari penyebaran itu adalah salah dan memudaratkan.

Pihak sebegini sesungguhnya tidak harus diberikan ruang langsung untuk terus bermain-main dengan penyebaran berita yang tidak sahih. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti SKMM dan PDRM ialah untuk terus mendidik golongan rakyat agar sentiasa menjadi seorang warganegara yang berintegriti, jujur dan amanah. Jika ada keperluan untuk menghukum golongan yang jahil ini, maka tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi.

Sehubungan itu, kepada mereka yang masih beria-ia untuk menyebarkan maklumat, ingatlah apa yang ditulis atau dimuat naik ke dalam laman sesawang akan kekal buat selama-lamanya. Ini bermakna, "what goes online, stays online."

Disebabkan ruangan ini adalah terbuka dan boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia, sebarang tindakan tidak bertanggungjawab anda boleh memberi kesan kepada pihak lain. Juga, ketika melakukan sesuatu perkara, haruslah seseorang itu memikirkan kebajikan pihak yang lain. Banyak ketikanya, aspek ini sering dilupakan dan terlepas pandang. Dalam dunia yang cukup kompetitif ini, manusia tidak boleh bergantung kepada diri sendiri untuk survival tetapi juga bantuan daripada orang lain.

Pastinya juga, kita tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir berlaku di negara ini. Terma undang-undang rimba seperti mana yang kita pernah dengar selama ini tidak harus dibiarkan bertapak di negara ini kerana ia bukan acuan dan budaya masyarakat Malaysia.

Sebaliknya, acuan dan budaya masyarakat Malaysia yang dimaksudkan itu lebih menjurus kepada sikap tolak-ansur, rasional, peramah dan kesaksamaan yang menjadi tunjang utama kepada keharmonian negara sejak sekian lama. Inilah elemen-elemen utama yang wajar dipertahankan.

Moral di sebalik artikel yang panjang lebar ini ialah untuk menggesa rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab dalam tingkah laku mereka ketika menggunakan media sosial khasnya dalam menentusahkan mesej yang disebarkan itu. Biarpun cabaran untuk mendidik semua rakyat Malaysia adalah sukar dan memakan masa, akan tetapi perjuangan tersebut tidak boleh terbengkalai di pertengahan jalan. Kesukaran yang dihadapi ini juga tidak harus mematahkan semangat pihak berkuasa seperti SKMM dan PDRM untuk meneruskan program advokasi mereka yang akan memberi impak jangka panjang kepada semua pihak.

Sumber : Malay Mail
K7L : Kena faham konsep Tabayyun..

Beruntung Duduk Malaysia! - Berikut Adalah Kisah Tersebar Pasal Kawasan Di Luar Negara!



Dikatakan benda ini berlaku di Singapura. Bagaimana 'sekatan' dilaksanakan sehingga 'kebebasan' sudha tidak wujud lagi.


Beruntung duduk di Malaysia. Masih ada lagi tempat untuk gelandangan berbaring dan melepaskan lelah. Masih ada lagi ruang untuk anak-anak kecil kita bermain. Berikut adalah komen seorang rakyat Singapura yang telah berhijrah ke Malaysia.


K7L : Masih ramai yang rasa Malaysia tak best?..

Apakah Benar LGE Luluskan Bajet Untuk Meeting Freemason?




MyMassa yang dedahkan surat ini. Persoalannya benar atau tidak Ketua Menteri luluskan bantuan bajet sebanyak RM40,000? Wow! Kita tunggu dan lihat samada pihak DAP menafikan atau tidak.

Jika diam maka benarlah mereka bersekongkol dengan Freemason.

K7L : Selama ini mereka menyokong diam-diam untuk apa?..

Guan Eng Buang Orang PKR Kat Penang - PKR Masih Jadi Pak Turut?



Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.

Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.

“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi,” katanya.

Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.

Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai perkara itu.
Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.

“Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.

“Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam.

Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Wah! Hanya sebab tak sokong terus 'buang' dari kesenangan. DAP kini sudah tidak lihat bangsa tetapi hanya lihat Ahli DAP sahaja. Selama ini mereka berjuang untuk DAP semata-mata, bukan untuk bangsa cina apatah lagi bangsa lain.

K7L : Jahat kan? Kenapa sokong DAP?..

Guan Eng Tuduh Rakyat Pulau Pinang Buta, Pekak Dan Hati Mati?



Peperangan diantara wartawan ini dengan LGE nampaknya semakin berat. Wartawan berbangsa Cina ini nampaknya sudah tidak tahan lagi dengan sifat cauvinis yang dibuat oleh LGE.

Respon penulis akhbar berbahasa Cina kepada ucapan Lim Guan Eng Ahad lalu yang berkata " ... hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang":


" Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut."


"Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit."


" Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi "mayat yang hidup", kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500. "


Penulis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta bagi orang OKU.


K7L : Siapa yang OKU? Bukan DAP ke yang ramai cacat otak?..

Mat Sabu Tengah Mengemis - Amanah Mungkin Akan Bankrup?



Sebagai sebuah parti baharu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengakui berdepan masalah kewangan untuk menguruskan parti terutamanya melibatkan kos operasi bulanan.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAN memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk pengurusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan parti.

Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung, dua timbalan dan dua kakitangan lain.

“Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.

“Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di Wisma PAN Pahang di Taman Chengal di Temerloh, hari ini.

Sebelum ini, media alternating telah mendedahkan PAN sebuah parti yang berlagak mewah dengan pembukaan pejabat pusat dan negeri serta program jamuan makan malam, walaupun majoriti penggerak parti itu bukan bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Nampaknya Dana Israel DAP dah boleh dikongsi dengan Amanah. Jika tidak kita akan lihat mereka semua ini diserapkan dalam DAP. Ada kemungkinan juga akan wujud Sayap Parti Melayu dalam DAP. 

K7L : Tidak mustahil..

24/02/2016

1100 Ekar Tanah Bernilai RM12.5B - Kemana Pergi Wang Itu?



Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini. Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang.

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding.

Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

K7L : Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

Modus Operandi Gua Eng Jual Tanah Di Penang?



Keris memetik artikel daripada MyMassa yang mendedahkan cara kotor yang dibuat oleh Tokong DAP untuk menjual tanah Pulau Pinang. Lim Guan Eng didapati menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri selaku orang yang memegang portfolio tanah.

Bagi memudahkan cengkaman dan mempercepatkan urusan mengambil atau menjual tanah LGE menubuhkan Chief Minister of Penang (Incorporated). Selaku Ketua Menteri LGE adalah Pengerusinya.

Inilah cara LGE mengarahkan penjualan tanah Bayan Mutiara seluas 102 ekar pada 11/11/2011 dengan nilai RM 1.07 Bilion kepada Ivory Properties Group. Datuk Low Eng Hock pengerusi merangkap CEO Kumpulan Ivory mendapat laba dari projek ini.

Dalam masa sama Penang Development Corporation ( PDC) selaku pemilik tanah– melepaskan tanah negeri itu selaku rakan niaga Chief Minister of Penang (Incorporated). PDC turut dipengerusikan oleh LGE selaku Ketua Menteri.

Titik tarikh 11/11/2011 adalah satu perlambagan permulaan LGE mengorak langkah dan menjadi nombor satu dari kalangan masyarakat Cina, termasuk dalam hubungan dengan kelompok Big Business.

CMI (Inc) dan PDC menjual tanah Bayan Mutiara supaya boleh dibuat projek mega yang diberi nama Penang World City bernilai RM10 billion GDV (gross development value).

Pemajunya ialah Tropicana Ivory, iaitu JV (usaha sama) di antara Ivory Properties dan Dijaya Corporation iaitu syarikat Tan Sri Danny Tan, adik kepada taikun terkenal Vincent Tan.

Lim Guan Eng dan DAP terus menggerakkan usaha baru.

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011. Lim Guan Eng seorang yang cepat belajar mengenai proses dan prosedur kerajaan. Beliau licik untuk meletakan semua proses urusan mempunyai dokumentasi sah yang sukar dipertikaikan. LGE benar-benar menggunakan kuasanya semaksima mungkin.

Mereka kata DAP has arrived.

K7L : Apa lagi orang Penang mahu tahu?...

Mengenang Pejuang Bukit Kepong Dan Pengkhianat Mat Sabu!



23 Feb 1950-23 Feb 2016 genap 66 tahun serangan berdarah komunis di Balai Polis Bukit Kepong Muar. Al Fatihah dan takziah pada anggota yang terkorban. Semalam 66 tahun darah mereka mengalir ke bumi sebagai pejuang tanah air tulen.

Al Fatihah bagi mereka yang telah pergi. Sesungguhnya komunis memang jahat dan di Malaysia ada komunis yang bertopengkan parti politik. Dalam masa yang sama kita perlu tahu bahawa Mat Sabu pernah berucap dan mengatakan komunis adalah hero.

Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos 2011, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

K7L : Jahatnya mat sabu sama macam mat indera.. mereka pengkhianat bangsa...

@Armand_PJU Briged Kesatria Muda Report Polis - MB Selangor Menggelabah? #AzminSalahGunaKuasa



Briged Kesatria Pemuda UMNO Malaysia membuat satu laporan polis terhadap MB Selangor, Kerajaan Selangor dan Akhbar Selangorkini yang menyalah gunakan dana rakyat serta salah guna kuasa dalam kelulusan papan-papan iklan.

Ini adalah contoh papan iklan yang menjadi kesangsian tentang penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan salah guna dana yang umum tahu sewa papan iklan bukan seratus dua nilainya.


Apapun tahniah kepada Briged Kesatria Muda dan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang dengan beraninya untuk membuat laporan polis terhadap mereka yang bertanggungjawab. Siapa cakap PEMUDA tak buat kerja?


K7L : Gempur!!!!

Kah Kah Kah! @rafiziramli Kena Bahan Dalam Twitter Pasal Berlagak Tak Pernah Kena Saman?



Kena bahan juga Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli apabila dia mengeluarkan kenyataan yang disebarkan melalui Whatsapp bahawa beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana kes saman oleh pemimpin UMNO.

Hakikatnya, Rafizi Ramli ini memang jenis penipu besar. Tidak masuk akal langsung apabila beliau menuduh kononnya 'cyber troopers' UMNO yang kata dia bagi alasan bergurau bila memfitnah isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Sudah sah-sah media yang melaporkan ini adalah dari pro-pembangkang, The Malaysian Insider. 


Betul kata rakan Blogger CTS. 


Rafizi Ramli mengatakan beliau tidak pernah kalah mana-mana kes saman oleh pemimpin UMNO. Hakikatnya, Rafizi Ramli telah didapati bersalah di mahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM1,800 kerana membuat fitnah ke atas pemimpin UMNO. Baca The Malay Online, di sini.

Bak kata rakan blogger CTS :

Hakikatnya juga, hayat hidup netizen ini di akaun Rafizi Ramli tidak akan lama. Beliau, seperti mana ribuan akaun yang lain akan di 'block' oleh Rafizi Ramli, yang kononnya tegas, tetapi dalam hati ada taman. Maklumlah memiliki sifat sotong. Dari dulu, kini dan selamanya, Rafizi Ramli tetap seorang pembohong. #RafiziBergurau



i




K7L : Laka laka lah abang piji ni...

Kit Siang 75 Tahun - Bila Nak Bersara Dari Politik?



'Happy belated birthday' yang ke 75 Lim Kit Siang. Bagi seseorang yang sering melaungkan Malaysia akan bangkrap, nampak gayanya telahannya amat meleset sama sekali.

Ini kerana bagi seorang yang berumur 75 tahun boleh menyambut hari lahir secara mewah dan besar-besaran di Hotel Equatorial Penang dengan jemputan berpakaian cantik dan kek bertingkat-tingkat, Malaysia masih makmur dan mewah waima kemakmuran negara turut dapat dinikmati oleh pemimpin pembangkang.

Keluarga Lim sudah tidak zuhud macam dulu lagi untuk memikat hati rakyat. Jadi kalau hendak kata DAP parti rakyat, zuhud dan sosialis tidaklah boleh lagi, sebabnya DAP sekarang adalah parti nepotisme, parti buat duit dan diktatorisme.

Anehnya sudah berumur 75 tahun, Kit Siang sudah terlalu lama dalam politik iaitu sejak 1964 lagi sedangkan DAP kini membawa mesej 'ubah' sebagai sebahagian daripada kempen menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kata nak bawa 'change', dia sendiri patut ditukar kerana telah menjadi pemimpin sejak 1964 sampai 2016, macam mana kata nak ubah? Sekarang pun masih jadi ahli parlimen. Mungkin dah tiba masa Lim Kit Siang ubah haluan dan bersara.


K7L : Dah banyak sangat buat 'kemusnahan' pada Malaysia.. dah boleh pejam mata kalau perlu ye Kit Siang.

23/02/2016

Selepas Tabung Haji - KWSP Pula Dia Serang Tapi Dia Juga Untung?



Semua yang dia suruh tolak. Semuanya benda baik. Kalau sudah sifatnya jahat dan busuk hati, buat apa semuanya mesti yang buruk dan negatif sahaja. Dia lebih suka memfitnah dan menipu berbanding bercakap benar.

Politik 'Bohong' ini sangatlah tidak bagus. Teringat kisah beberapa orang yang termakan hasutan fitnah dia pasal Tabung Haji sampai ada yang rugi apabila dividen yang diumukan menuntungkan penyimpan.

Kini! Tahukah anda Simpana KWSP + simpanan Tabung Haji Rafizi telah mencecah lebih daripada RM1juta?

K7L : Kalau dia tak percaya untung kenapa dia berani simpan?..

Hentikan Semua Fitnah Ini - Najib Razak



Keris nak ulang semula kata-kata PM. Sesungguhnya hari ini terlalu banyak cerita yang mengelirukan dan terlalu banyak fitnah-fitanh yang dipercayai berbanding yang benar-benar berlaku. 


Mari kita baca nukilan PM bertarikh 12 February 2016 :

Semenjak-dua menjak ini, banyak berita dan khabar angin yang disebarkan berkaitan Tabung Haji di laman sesawang dan media sosial oleh golongan tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik dan peribadi semata-mata.

Penyebaran kenyataan yang tidak tepat dan tanpa usul periksa kemudiannya mewujudkan suasana tidak tenteram dan tidak percaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap institusi-institusi kewangan dan kebajikan Islam.

Jika ada dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan kenyataan tidak tepat ini sehinggakan mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Haji, ini amat mendukacitakan saya kerana mengikut terma yang telah ditetapkan, pelabur-pelabur kini mengalami bukan sahaja kerugian dari segi pulangan pelaburan dan simpanan malah dari segi peluang untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah.

Satu daripada peranan Tabung Haji adalah sebagai badan pelaburan dana Islam yang membolehkan umat Islam di Malaysia menyimpan serta melabur wang simpanan tersebut secara halal, berteraskan syariat Islam.

Disebabkan pelbagai kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, sekiranya ada umat Islam yang bertindak mengeluarkan simpanan mereka kini tidak dapat lagi menikmati pulangan oleh Tabung Haji.

Lebih malang lagi, mereka yang berbuat sedemikian juga mungkin kehilangan giliran menunaikan haji.

Kita tidak boleh lupakan bahawa peranan besar Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1963 adalah dengan matlamat utamanya membolehkan rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.

Kerajaan telah dan akan terus berusaha untuk membolehkan seramai mungkin umat Islam di Malaysia berupaya menunaikan fardhu haji, salah satu caranya melalui subsidi bagi mereka yang menunaikan haji buat kali pertama.

Bagi tahun 1437H, kos sebenar menunaikan haji adalah RM18,890 seorang, tetapi jumlah yang perlu dibayar oleh bakal haji cuma RM9,980. Selebihnya sebanyak RM8,910 ditanggung oleh Tabung Haji.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kos menunaikan haji bagi rakyat Malaysia ini adalah antara yang paling rendah.

Alhamdulillah, hasil hubungan diplomatik erat antara kedua negara juga, Kerajaan Arab Saudi dari semasa ke semasa telah memberikan kita kuota tambahan. Tahun lalu misalnya, kita telah menghantar tambahan sebanyak 2,100 lagi jemaah haji muassasah, di atas kuota asal sebanyak 22,320.

Walaupun begitu, Insya-Allah, pada masa sama, kerajaan akan terus berusaha untuk menambah lagi kuota jemaah haji Malaysia.

Setiap kali lawatan saya ke Arab Saudi, mereka sering memuji pengurusan haji cemerlang oleh Malaysia, dan juga sahsiah diri jemaah haji Malaysia yang sangat berdisiplin dalam beribadah dan menunaikan kewajiban kepada Allah SWT.

Bukankah teramat rugi dan sayang sekali, seandainya semua kerja keras, hubungan baik, pengiktirafan serta kelebihan menunaikan ibadah yang kita terima ini sia-sia akibat kenyataan tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh ahli politik dan pengguna media sosial?

Ada yang telah menyimpan lama di dalam Tabung Haji, sudah menghampiri umur senja, tetapi dek termakan kenyataan berbelit-belit, hilang giliran menunaikan haji mereka. Bukankah teramat rugi dan sayang sekali?

Saya faham ada sesetengah pihak yang berniat mencatur langkah politik dengan mempermainkan serta mencetuskan kebencian rakyat namun saya nasihatkan agar kesemua ini dihentikan.

Janganlah jadikan penyebaran yang berunsurkan politik jahat sebagai budaya kita. Janganlah sehinggakan ada yang kerugian seperti dalam hal ini yang nyaris mengakibatkan umat Islam hilang pendapatan dan peluang menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Wallahu'alam.

1) NR FACEBOOK
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10153308365890952

2) NR Twitter
https://twitter.com/najibrazak/status/698077538896072704

3)NAJIBRAZAK.COM
https://www.najibrazak.com/bm/blog/tabung-haji-dan-rukun-islam-kelima/

K7L : ......

Penangguhan Pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara 1MDB



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini membuat pengumuman penangguhan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap syarikat 1MDB yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari ini.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin, perkara ini disebabkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara termasuk yang mengerjakan ibadah Umrah.

"Pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB yang dijadualkan pada 24 Februari (Rabu) dan 25 Februari (Khamis) ini ditangguhkan," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, tarikh baru bagi pembentangan laporan tersebut dijangka pada minggu pertama bulan Mac.

"Penangguhan dibuat memandangkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara, ada yang menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

"Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB berkenaan," katanya lagi.

Penangguhan ini merupakan penagguhan kedua untuk pembentangan laporan tersebut yang pada mulanya dijadulakan pada 17 Disember lalu.

Penangguhan itu dibuat kerana laporan akhir tersebut perlu proses kemas kini. 

K7L : Kita tunggu semuanya akan diselesaikan kelak...

Mat Sabu Perlu Minta Maaf Sebab Kata Melayu Bodoh!


 

Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. - Utusan

Bodoh! Bangang! Bahalol kerana undi BN? Siapa yang bodoh sebenarnya? Sesuka hati melabel orang lain dengan bodoh bangang bahalol hanya kerana tidak mahu ikut jejak langkahnya menyokong DAP?

Hanya DAP yang menjadikan orang Melayu pandai? Sah dia yang gila dan bodoh. Sudah kalah pemilihan PAS buka parti sendiri. Kemudian nak salahkan Melayu bagai. Yang kalahkan kamu masa pemilihan tak undi BN lah!

Keris sarankan Mat Sabu letak jawatan dan mohon maaf pada semua orang Melayu di Malaysia.

K7L : Mat Sabu wajib minta maaf..

Ahmad Dhani Calon Gabenor Jakarta - Jangan Terkejut Ada Penaja Malaysia Bertanding PRU14?



Menurut Miss Hana daripada Utara News :

Pemuzik terkenal Ahmad Dhani dikatakan akan bertanding menentang Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dalam pilihan raya memilih Gabenor Jakarta tahun depan. Ahmad Dhani akan dicalonkan oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk merebut jawatan berkenaan.

Menurut Pegawai PKB, Abdul Aziz, Ahmad Dhani mempunyai bakat yang tidak dimiliki kebanyakan orang.. Dia merasakan Ahmad Dhani mampu mengembangkan pembangunan Jakarta.

Apabila Ahmad Dhani ditanya mengenai gaya rambut ala Mohawknya itu akan dikekalkan atau tidak, dia mengatakan dia akan tetap mempertahankan gaya rambut ala Mohawk sampai bila pun walaupun ditakdirkan suatu hari nanti dia dipilih sebagai Gabenor Jakarta.

Tapi sesuai ke Gabenor Jakarta dengan penampilan seperti itu?Kalau dah jiwa rock, rock juga lah sampai bila pun ye. Nampaknya Gabenor Jakarta selepas ini akan menampilkan sesuatu kelainanan.

Difahamkan, Parti Kebangkitan Bangsa mencadangkan supaya Ahmad Dhani dicalonkan sebagai Gabenor Jakarta dalam pemilihan 2017, kerana mengambil kira sumbangan ketua kumpulan Dewa 19 itu bersama pertubuhan berkenaan sejak 1998. Ahmad Dhani antara artis Indonesia yang aktif dalam politik.

Indonesia dikatakan mengamalkan demokrasi menyeluruh dalam pelantikan ketua kerajaan dengan mengadakan pilihan raya presiden, gabenor, datuk bandar hingga ketua kampung.

nampaknya sudah menjadi trend artis bertanding. Mungkinkah para penaja yang tak habis-habis menaja sana-sini juga akan menjadi calon pada pru14 akan datang? Marketing kan? Kita cakap je jangan marah!

K7L : YB PQP.. haha..

Wartawan Sin Chew Daily Mula Serang Guan Eng Sebab Hal Rumah?


 

Di Pulau Pinang, masalah penawaran perumahan kos rendah adalah merupakan masalah yang hangat diperbualkan pada masa kini. Di dapati sebanyak 40.000 senarai pemohon-pemohon yang berdaftar di pejabat perumahan Negeri Pulau Pinang yang masih menunggu giliran bagi memiliki rumah kos rendah di Pulau Pinang. 

Pada masa kini, tanggungjawab untuk menyediakan rumah kos rendah bukan sahaja ditujukan kepada sektor awam malah sektor swasta juga turut memainkan peranan utama dalam menyediakan bekalan rumah yang mencukupi bagi menampung permintaan penduduk.

Di Pulau Pinang, didapati peranan menyediakan rumah kos rendah tidak diambil pusing oleh Kerajaan DAP sebaliknya mereka lebih gemar untuk bersetuju dengan projek-projek rumah mewah.

Persoalannya, mampukah rakyat Pulau Pinang membelinya? Tidak hairan jika terdengar ramai warga Singapura yang membeli rumah di Pulau Pinang kelak. Entah-entah sudah ramai yang booking.

Mana janji guan eng untuk rakyat Pulau Pinang?

K7L : Harga mahal sebab siapa?..

22/02/2016

Dr Pakar Dedahkan Wang GST Mengalir Ke Mana?





Menarik! Satu pendedahan yang amat bagus daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir. Ramai yang tidak tahu dan pura-pura tidak tahu. Ada ramai yang komplen itu dan ini pasal GST dan Hospital Kerajaan. 

Mari kita baca dan fahami betul-betul apa yang ingin disampaikan.


SUBSIDI KESIHATAN MALAYSIA ADALAH YANG TERTINGGI DI DUNIA


Semalam di hospital ada pesakit yang alami serangan jantung yang agak teruk. Doktor yang merawat telah memohon aku melihat kes ini memandangkan kesnya agak kompleks dan memerlukan rawatan pakar. Aku pun periksa pesakit itu dan kemudian putuskan untuk memberikan ubat mencairkan darah yang berharga RM3,000 untuk pesakit itu.

Apabila doktor pakar merawat, adalah lumrah bagi doktor-doktor lain, staf dan pelajar perubatan untuk ikut sama bagi mengambil peluang belajar dari doktor pakar.

Aku pun beritahu tentang cara merawat kes berkenaan dan ubat yang digunakan itu berharga RM3,000. Namun pesakit hanya bayar RM1 sahaja untuk ubat itu. Rata-rata pelajar perubatan aku terkejut dan tidak percaya.

Dan aku maklumkan kerajaan Malaysia menanggung subsidi kesihatan untuk rakyat. Subsidi kesihatan kita adalah yang tertinggi di dunia. Di sinilah mengalirnya bayaran GST dan cukai anda.

Kita wajar mendidik generasi baru untuk bersyukur dan menjadi makhluk yang berterima kasih.

K7L : Jangan kita kufur nikmat..

Senarai Fitnah Rafizi Ramli? - Wajib Tahu!


 

Bukan satu atau dua. Bukan baru atau lama. Banyak sangat fitnah yang digarap oleh Rafizi yang kini berjawatan besar dalam PKR. Apakah dia masih lagi kita mahu jadikan rujukan dan kepercayaan?

K7L : Kena baca poster tu betul-betul..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk