30/01/2015

Is Lim Guan Eng And DAP Just Power Crazy?



Lim Guan Eng has been extremely vocal in demanding for local government elections despite the Federal Court ruling that state government had no jurisdiction to hold such elections.

Why is Lim Guan Eng so adamant ? One could not help but think that Guan Eng and cohorts are just power crazy. After winning and taking over Penang, it would appear that their lust for power is growing by the day. 


They are moving at lightning speed to consolidate their position towards the envitable absolute power equation. Hence the demad for local government elections where the migrately Chinese forms the majority.

Every Malaysians know that chinese majority are in urban city especially in Penang. By holding local government election DAP would consolidate their power and politics even to the lowest ground level. Thus making it more easier for them to access their base and supporters.

However there is a lot of drawbacks if such elections are to be held. THe very first question to be answered would be who would foot the bill for holding local elections? Federal government would be footing the bill for local elections, therefore it is up to the state government. 

To cover the cost, state government would have to increase their revenue. The only way to get more money to hold local elections would be to raise local taxes and quit rent. So in the end the rakyat ends up paying higher quit rent and local government business taxes. 

It is sad that in Penang they have already raised the local government quit rent and business license recently and the rakyat would certainly not be happy if there is a further increase. So much for Pakatan Rakyat policy of understanding the rakyat plight. More hypocrissy and rhetoric than understanding.

If the local government elections are to be held, there would be an unfair racial representation. There are more chinese in these urban areas and therefore only one race is going represented while the other race would not. 

There would be unfair implementation of local government laws. Even without such elections, the current Penang government has not been fair. Chinese traders and businesses are reported to be given favourable advantage in local government licensing and most hawkers are given relaxed ruling while other races face stern action. 

One good example would be the Line Clear Nasi Kandar owner which were swiftly confiscated of their tables and wares. WHereas local chinese hawkers are given the leeway to free open their stall anywhere on the island even on congested streets and roads.

In conclusion, we could understand that Lim Guan Eng and DAP are just power hungry in their quest to hold local government elections. It is just to satisfy their unsatiable appetite for more power that they have right now. THe people should realize this and not to play in to their greed and reject their type of politics be it for local or national level. Fullstop.


K7L : I Speak English....

29/01/2015

Propaganda DAP Untuk Lemahkan Semangat PKR Dan Hapuskan PAS?



Dengarnya kini ada beberapa pemimpin DAP mahu PAS keluar cepat daripada Pakatan. Mereka sudah mula mendabik dada dan meyakini trio perempuan upahan mereka yang kini bergerak agresif mencari Melayu-melayu yang lain untuk dijadikan keldai DAP bagi menggantikan PAS.

Kerana itu hari ini mereka secara berterusan menghentam dan mencari 1001 alasan termaasuk berterusan menghina Presiden PAS sendiri. PAS kini hanyalah cebisan parti yang gagal membantu mereka.

Tatkala PKR juga akan terumbang-ambing dengan kemelut yang mereka akan hadapi sebaik sahaja Anwar masuk penjara kelak, DAP mengambil langkah ingin bergerak solo dan terus memerintah Penang yang mereka inginkan sejak dahulu lagi.

Sebab itu propaganda yang berkaitan PAS sebenarnya dibuat oleh strategis-strategis DAP. Kini mereka sedang cuba kaitkan PAS dengan UMNO. Dengan harapan PKR akan marah dan mendesak untuk PAS keluar dari Pakatan.

DAP juga merasa sedikit selamat kerana serpihan PAS iaitu PASMA telah berjanji setia menjadi tunggangan DAP. Jadi cita-cita DAP untuk pijak kepala Melayu sedikit tercapai. Apa perancangan mereka seterusnya?

K7L : Bumi dipijak milik orang...

Siapa Prof Hamdi Yang Kerap Dipertahankan Pemimpin PKR?



Kisah Bekas Timbalan VC Universiti Malaya tidak disambung kontrak secara tiba-tiba menjadi hangat. Persoalan mengapa tidak disambung semula sangat mengambil perhatian beberapa pemimpin PKR antaranya Nurul Izzah Anwar.

Secara tiba-tiba tuduhan melulu kepada pihak yang tidak menyambung dengan kenytaan Prof Hamdi tidak disambung kerana tidak menyokong UMNO.  Sudah tu tak akan nak simpan dia jadi Timbalan VC sampai dia mati? Sama macam kerusi Ketua Umum PKR dan Presiden PKR yang seolah-olah tidak boleh ditukar ganti?

Apapun mesti ada sebab. Orang lain pun ada yang lebih berkelayakan dalam memberi nafas baru untuk dilantik sebagai Timbalan VC Universiti Malaya. Kita memang memerlukan pembaharuan dalam meningkatkan prestasi pendidikan di Malaysia. 

Jadi apa MASALAH? Kenapa sampai kecoh sangat? Ini Keris nak dedahkan sikit kenapa puak-puak ini beria pertahankan dia.Hasil daripada maklumat dalama UM sendiri. Bukankah Prof Hamdi ini merupakan salah seorang pembantu (Inner Circle Ghauth)  dalam membuat dasar Universiti Malaya yang akan menyebabkan mahasiswa dan staf merasa benci kepada Kerajaan?

Dikhabarkan antara idea Prof Hamdi yang popular digunakan oleh Dr Ghauth adalah kes Hapuskan dewan makan di kolej kediaman, tidak membenarkan pelajar yang berhutang daripada mengambil peperiksaan dan penguatkuasaan undang-undang merokok. Nampak macam elok kan? Tapi ini semua buat pelajar dan staf menyampah, dimana mereka akan divert kebencian itu kepada pihak kerajaan.

Prof Hamdi ini juga yang berusaha untuk menghapuskan Jawatan TNC HEP yang berada direct dibawah seliaan Menteri Pendidikan dan mencadangkan tugas itu digalas oleh TNC Akademik (Dia berjawatan sebagai TNC Akademik sewaktu mencadangkan usul itu).

Kegagalan penghapusan jawatan itu membuatkan Prof Hamdi mengeluarkan kenyataan " Selepas ini tukar kerajaan PR, lebih mudah kita ubah UM ini". Sebab itu Pemimpin PKR beria pertahankan dia. Betul kan?

Sebab dia merupakan 'jambatan' perhubungan diantara pemimpin PKR dengan pelajar. Sebab itu Prof Hamdi dikhabarkan amat rapat dengan PMIUM yang pernah diterajui oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Dia juga selalu hadiri usrah-usrah serta menjadi dalang dalam beberapa insiden menentang kerajaan di dalam UM kan?

Namun begitu, dia tidak disambung tidak ada kena mengena dengan dosa-dosa yang dia buat. Erti kata lain dia dah boleh rehat dari merosakkan sistem yang baik di Universiti Malaya. Harap semua dah faham kenapa PKR pertahan dia. Sebab lepas ini tidak ada lagi orang dalam untuk merosakkan minda pelajar menentang kerajaan.

K7L : As simple as that..

27/01/2015

Anwar Ibrahim Yakin Dia Kalah? - Malaysiakini Perlu Belajar Menulis Bahasa Melayu Semula?


 

Ayat Anwar Ibrahim nampak macam sudah menyerah dan tahu kesalahannya kali ini tidak lagi boleh diselindung. Akibat nafsu yang songsang dirinya dihukum atas dosanya sendiri. Ramai yang tidak percaya sebab bukan mereka pun yang kena tala.

Anwar terkenal dengan sifat 'Bangga' apabila berucap. Satu teknik yang sering digunapakai di Indonesia dan Zimbabwe oleh ahli politik di negara terbabit. Tetapi apabila dia seolah-olah 'Stand-Down' dalam kenyataan baru-baru ini, membuktikan dia tahu dia akan kalah.

Dari segi moralnya, 1998 tidak akan berulang lagi kerana legasi penipuan oleh Team Anwar yang mana kebanyakan orang kuatnya telah meninggalkan dirinya. Manakala Azmin sedang sibuk 'persiapkan diri' untuk menggalas tugas Presiden PKR.

PKR yang sudah hilang arah tujunya pula akan kehilangan Wan Azizah yang akan menjadi kaca 0.01cm dan tunggu masa untuk 'dipecahkan' oleh orang-orang Azmin. Peperangan akan bermula dalam Pakatan dan PKR sendiri kelak.

Apa yang akan terjadi selepas ini? Apa nak jadi, jadilah....


Meloyakini pulak kena belajar menulis balik. Sebab ia portal berita bukan bloggers macam kami. Jadi penggunaan ayat yang betul mesti digunapakai. Ini main bantai ikut suka dah kenapa?

Mana datang perkataan 'Mentweet' tu? Menulis di laman twitter kan lebih molek bunyinya. Kalau tak tahu tulis bagitahu. Kami ajar.

K7L : Que Sera Sera..

@AzminAli Mula Cari Jalan Tuduh @Khalid_ibrahim Kes Datum Jelatek?





Penduduk Keramat tidak akan berdiam diri lagi, membiarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PKR memperbodohkan mereka, demikian kata salah seorang daripada penduduk kawasan itu.

Aiyokk Tak tahu siapa buat! Nampaknya benda dah semakin berat. Mungkinkah demo menentang Kerajaan Negeri akan berlaku selepas satu persatu 'pencabulan' kepada hak rakyat di Negeri Selangor?

Sejak DAP mengawal Kerajaan Negeri Selangor dan menyisihkan PAS, PKR tiada jalan lain lagi selain tunduk kepada kehendak mereka. Namun akibatnya sekarang rakyat Selangor yang menanggung kesan.

Apakah yang akan berlaku? Buat masa ini Keris lihat ada usaha untuk divert isu Datum Jelatek kembali kepada Khalid Ibrahim. Walhal sepatutnya sebagai Menteri Besar yang baru Azmin perlu berbuat sesuatu.

Apapun kita tunggu dan lihat sejauh manakah Azmin mampu bertahan dalam usaha berbohong kepada rakyat.

K7L : Rakyat Selangor dah tiba masa untuk Bangkit!..

Pemimpin-Pemimpin DAP Gelar Haji Hadi Anjing Tua & Babi Berjanggut?


 

Keris masih teringat perbualan dengan seorang ahli PAS pada PRU13 yang lalu. Katanya DAP sangat menghormati Haji Hadi. Tup tup kantoi pulak kes Haji Hadi dicerca dengan gelaran yang buruk sangat.

Dalam Group Whatsapps mereka injak-injak kepala Presiden PAS. Ahli PAS wajib tahu bagaimana orang DAP memandang mereka sebagai orang yang hina. Hanya semut-semut yang berada di bawah kaki mereka.

Itupun kalau tak sedar lagi tak tahu lah. Perang Mulut Mustafa Ali dengan Anthony Loke nampaknya makin hangat. Kedua mereka sebenarnya hanya proksi kepada 'Ketua' masing-masing. 

Apapun kita tunggu dan lihat. Selama ini pun DAP sudah hilang percaya kepada pengaruh Melayu PAS dan PKR. Sebab itu mereka upah Melati, Rara dan Diana. Apa orang PAS semua tak nampak lagi?

K7L : Jangan buta hati sebab nak kuasa...

Guan Eng Cuba Rompak Setiap Rumah RM0.90? Lagi Mahal Dari #GST



Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menarik balik keputusan mengenakan caj RM0.90 bagi bayaran bil di pejabat pos.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, caj tersebut tidak sepatutnya dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang malah ia perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak PBAPP memandangkan POS Malaysia telah memberi kemudahan kepada meraka.

“Pemuda UMNO Negeri menggesa caj ini dibatalkan segera dan beban caj ini ditanggung sepenuhnya oleh PBAPP memandangkan PBAPP telah menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus tahun lalu dan juga masih menunggu keputusan kenaikan tarif air di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas Rafizal, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya mencontohi kerajaan pusat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dengan menurunkan kos sara hidup.

“Kerajaan Negeri sepatutnya membantu rakyat dengan menurunkan lagi kos sara hidup dan bukan memperkenalkan caj baru yang semestinya membebankan rakyat Pulau Pinang,” ujarya.

Sehubungan itu, pihaknya membantah sekeras-kerasnya pengenalan caj RM0.90 oleh PBAPP selaras dengan slogan kerajaan negeri yang kononnya prihatin terhadap kebajikan rakyat.

K7L : Dia rompak tak apa.. kalau orang lain kenakan cukai dia kata zalim.. firaun betul...

26/01/2015

#LawakRotan Yang Buatkan Ramai Marah Pada Menteri?


 

Isu rotan terlalu hangat. Sampai semua orang dah jadi menteri. Kenyataan yang dipotong-potong menghangatkan suasana. Siapa yang bersalah dalam hal ini? Semua orang menuding jari. 

Ada yang pertahan dan ada yang menentang. Masa ini kita dengar macam-macam bahasa dan gaya keluar. Pada pendapat Keris, selagi ia mengikut hukum syarak yang mana tak ada lah sampai tahap mendera, maka tak ada masalah.

Keris dulu kena rotan jugak. Masalah hari ini ibu bapa terlalu manjakan anak. Itu realiti sebab tak semua yang mendidik cara orang lama. Betul perlukan kasih sayang, apa dulu kita kena sebat mak ayah tak sayang kita?

K7L : Fikir sebelum bercakap...

@Zapa__ Mahukan Tindakan Diambil Terhadap Editor @fmtoday


 

Aktivis media sosial Zaparuddin Abdul Rahim meminta pihak berkuasa menyiasat penulis portal FreeMalaysiaToday (FMT) bernama Mariam Mokhtar berikutan artikel yang berunsur hasutan.

Dalam laporan polisnya, Zaparuddin mengepilkan tulisan bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' yang ditulis Mariam dan siarkan tarikh 23 Januari lalu.

Menurut Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia itu, Mariam kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

"Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali," ujar beliau kepada pemberita di perkarangan balai polis Dang Wangi pada Isnin.

Katanya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci demi memelihara kesejahteraan rakyat, jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

"Mariam menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme. Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

"Selain itu, Mariam menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan Islam.

"Di dalam artikel tersebut juga dia ada menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

"Ini bukan kali pertama Mariam menulis artikel tanpa asas dan bukti yang kukuh. Telah beberapa kali dia memfitnah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa bukti yang sahih," ujarnya.

Zaparuddin mengharapkan polis segera menyiasat Mariam dan mengambil tindakan tegas kerana mendakwa penulis FMT itu mempunyai agenda jahat untuk menghasut dan melaga-lagakan rakyat Malaysia.-26/1/2015

K7L : Mariam akan lawan Zapa?..

Apa Jadi Dengan DAP Minta Maaf Kes Tuduh Pengundi Orang Bangla?


 

Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu. Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.



Tapi kenapa semudah ini DAP minta maaf? Kalau rakyat Malaysia perasan, DAP akan tuduh dan fitnah dengan teruknya. Bila kantoi mereka hanya minta maaf sebab mereka rasa tak ada yang berani nak hukum.

Kurang ajar. Begitu senang memaafkan orang yang sentiasa mencari ruang menghina negara. Mereka di Parlimen pun bukan tahu berdebat. Hanya pandai fitnah sahaja. Apapun diharap mereka yang dituduh bawa DAP ke muka pengadilan.

K7L : Orang PAS pun mereka tuduh macam..

23/01/2015

Agensi Atom Sahkan #Lynas Selamat -@fuziah99 Dah Puas Tipu Rakyat?


Fuziah Salleh merupakan orang yang paling lantang menentang projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan. Beliau telah fokuskan isu Lynas ini sebagai senjata utama untuk meraih undi dan populariti.

Walaupun penerangan terperinci berserta fakta dan bukti bahawa projek Lynas
ini tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitarnya namun Fuziah tetap menjalankan provokasi besar-besaran dan berterusan untuk memanipulasikan pemikiran dan pandangan penduduk setempat dan rakyat Malaysia. 

Beliau tidak menjalankan “kerja kotor” ini seorang diri. Bantuan dari DAP secara berterusan telah banyak menolong beliau. Kita dengar dulu pembohongan dia dulu :



Ok! Finish dengan penipuan dia. Ini pula Keris bagi maklumat tentang betapa bahanya Lynas kepada penduduk Gebeng yang mana mereka sendiri dah main-main Bahan Nadir Bumi itu dengan tangan.

 

Ok! Dah faham? Keris bagi pula kenyataan dari salah seorang kepimpinan Pakatan yang tidak boleh menerima episod pembohongan Fuziah.



Dan akhirnya Agensi Atom Antarabangsa memberi pengesahan bahawa Lynas selamat. Bahan Nadir yang diproses termasuk projek pemprosesan bebas daripada masalah radiasi sisa bahan radiokatif yang cuba dimomokkan oleh Fuziah.

 

Jadi Fuziah nak cakap apa? Jangan percaya cakap orang Pakatan. Pembunuh je semua.

K7L : Dah boleh minta maaf..

22/01/2015

Zamani Dirakam Menyanyi Sambil Tangan Bergari - @PDRMsia Sila Ambil Tindakan!



Sumber : Facebook Page


Sedih Keris tengok video Zamani yang diminta menyanyi ketika tangan masih lagi bergari. Yang peliknya, kalau bergari mesti ada polis. Jadi kemungkinan besar pihak polis yang rakam ini amatlah tinggi.

Kasihan dia, biarpun dia bersalah tak perlu dirakam dan disebarkan. Aib dia tu bang. Ko iya pun dia ditahan sebab dadah. Abang ingat dia suka-suka ke ambil dadah? Keris kesian sangat kat bro Zamani.

Tak patut dia diaibkan sebegini rupa. Apapun mohon pihak Polis Di Raja Malaysia ambil tindakan pada anggota yang terlibat dalam melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab ini.

Bukan ke kawasan balai tak boleh ada rakaman?

K7L : Jangan ambil mudah...

Misteri Kubur Atas Jalan Di Seksyen 10 Terbongkar?


Menyeramkan dan membimbangkan. Berikut adalah pendedahan oleh rakan blogger Keris, Bela 13 berkenaan isu kubur yang berada di tengah jalan. Mari baca dan teliti ini semua berpunca daripada apa!


Beberapa Gambar yang dikirimkan kepada saya pagi tadi melalui WhatsApp. Tengok gambar pertama dah cukup misteri bila tiba-tiba ada kubur atas jalanraya. Baca apa yang tersirat dari gambar superimpose tu.. Info dari pengirim gambar ni dirakamkan di Seksyen 10 Shah Alam.




Jarak tak sampai 10 minit untuk ke pejabat Menteri Besar Selangor. Mungkin MB tak pernah lalu jalan ni. Dan kalau lalu pun tak mungkin dia akan nampak sebab dia bukan lalu naik basikal pun.

Kalau dilihat dari lubang tu dah cukup bahaya bagi penunggang motorsikal. Mungkin tiada masalah bagi yang dah biasa lalu dah tentu mereka akan elak. Tapi macam mana dengan yang tak biasa?

Bila waktu hujan air bertakung, siapa tahu dekat situ ada lubang besar? Tayar pecah, rim bengkok boleh diganti lagi. Tapi kalau penunggang motosikal jatuh tergolek dan meninggal dekat situ Azmin Ali nak ganti dengan nyawa siapa?

Mereka akan guna alasan yang itu adalah lubang 'mainhole' tak boleh diturap dengan tar sebab nanti menyusahkan pihak yang nak menggunakan lubang tu. Tapi kalau terus dibiarkan macam tu tak menyusahkan orang lain? Nak tunggu ada kematian baru nak selesaikan masalah?

Bak kata orang "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jadi sepatutnya mereka yang sepatutnya dah fikirkan cara macam mana nak selesaikan masalah tu. Bukan bagi beribu alasan.

"Masa saya dekat situ tak sampai 10minit pun dah nampak ada beberapa motorsikal hampir terbabas sebab nak elak lubang" - Pengirim

"Ada juga pengunggang motor yang terlanggar lubang tu dan kemungkinan rim dia rosak. Mujur bukan nyawa yang melayang" - Pengirim

Jadi MB Selangor Azmin Ali bila nak berlakon jadi penurap jalan dekat Seksyen 10 tu?

K7L : Azmin Ali lebih utamakan babi daripada manusia?..

Anwar Dah Mula Yakinkan DAP Hudud Tak Wujud Dalam Pakatan!


 

Haha! Angan-angan PAS untuk laksankan hudud kian pudar? Apakah kedudukan PAS kini setelah sekian lama mereka jaja Pelaksanaan Hudud, tetapi ditolak mentah-mentah oleh DAP dan PKR?

Siapa yang berbincang dalam Konsensus Pakatan Rakyat bagi mewakili PAS? Mahfuz Omar, Mat Sabu ataupun Husam Musa? Nampak macam dah mula retak. Apa stand Haji Hadi dan Nik Abduh untuk kenyataan Anwar ini? 

Peperangan sudahpun bermula. Mereka yang memihak kepada kehendak DAP dan Anwar sudha mula mengorak langkah 'benam dan tawan' di beberapa posisi dalam PAS. Pertembungan 'dua orang Anwar dalam PAS' juga mungkin berlaku sekiranya Haji Hadi berjaya dibenam puak Anwarinnas PAS.

Apa yang menjadi tanda tanya, apakah akar umbi PAS tidak punyai kekuatan menentang sebarang penyelewengan perjuangan yang mana PAS dilihat tidak lagi mengikut wasiat Pemimipin-pemimpin mereka yang terdahulu?

Sejauh manakah kekuatan PAS dalam mengatur langkah bagi menghadapi PRU14? Tahukah anda semua jika PAS bertanding di kawasan PKR, PAS akan menang?

K7L : Perang dah mula.. 

21/01/2015

Mustafa Ali Vs Anthony Loke - DAP Mula Tak Sebulu Dengan PAS!



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam telah tampil menjawab kritikan Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke berhubung Pas membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud dengan berkata Pulau Pinang tidak boleh melaksanakan sesuatu tanpa persetujuan bersama PR.

Mustafa mempersoalkan pilihan kerajaan tempatan tiada dalam polisi bersama tetapi DAP tetap berkeras mahu melaksanakan tetapi hudud yang tiada dalam polisi tidak boleh dilaksanakan.

"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang.

Ini yang menjadi persoalan. Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," kata Mustafa.

Mustafa berkata, dalam hal ini DAP tidak pula merujuk kepada pimpinan pusat. Tidak pula di bawa ke mesyuarat bersama. Tahu-tahu sudah dilaksanakan. Adakah perkara ini disebabkan mereka mepunyai majoriti di negeri tersebut.

"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang kepututsan dibuat PR di peringkat negeri. Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya.

Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap 'arrogant' dan besar kepala walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi. Tambahnya,pemimpin DAP tidak pernah memberi kerjasama dalam politik sekarang. Mereke sudah membuang PKR dan PAS kerana mereka fikir mereka da cukup berkuasa.

"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arrogant sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang," ujarnya dengan tegas.

Sumber : Utara News

Luahan Ramli Pasal @QuPuteh #WajibBaca



Keris setuju gila dengan Ramli MS. Apa masalah kalau Qu Puteh nak keluar banyak kali dekat AJL29? Kalau kau bayar 3 juta, kau tak nak ke muka dan produk kau keluar dalam iklan?

Inilah Marketing Strategy yang terbaik daripada seorang usahawan Melayu. Keris tak pandang itu sebagai satu masalah. Nak pakai blogger ke nak pakai tv ke apa ke janji hari ini orang tahu Qu Puteh produk bumiputera.

Jadi ada masalah?




K7L : Nak putih.. Qu Puteh. Barulah putih.. 

Pendedahan Kes Nasi Kandar Line Clear Kena Sita? #SaveMalaysia


  

Keris memetik artikel The Vocket pasal Kedai Line Clear yang kena Clear pukul 4 pagi. :


1. Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang diserbu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan peralatan berniaga dirampas pada jam 4 pagi, 19 Januari 2015.

2. Dalam kejadian 4 pagi itu, beberapa orang pelanggan sedang menjamu selera ketika serbuan dilakukan.

3. Pada 3 Jun 2014, Nasi Kandar Line Clear pernah dinyatakan bakal dilarang beroperasi pada masa hadapan.

4. Keadaan ini berpunca selepas berlakunya pertelagahan antara saudara yang mahu menuntut waris perniagaan daripada keluarga asas.

5. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran muslim india yang terkenal di Pulau Pinang menghadapi masalah berkaitan perlesenan dengan MPPP dan berhadapan risiko ditutup.


6. Keretakan dalam gaya pengurusan secara bergilir-gilir yang telah diamalkan sejak tahun 1980an, telah memaksa Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengeluarkan kata dua kepada keempat-empat rakan kongsi, yang kesemuanya adalah sepupu.

7. Ahli keluarga selalunya akan mengambil alih giliran untuk menjalankan bisnes Nasi Kandar Line Clear tapi pengusaha sekarang, Abdul Hamid tidak menyerahkan bisnes itu sejak 2011.


8. Dalam perjanjian oleh keempat-empat pengusaha, yang mana mempunyai pertalian darah, mereka akan mengambil giliran untuk menguruskan restoran itu. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah gagal mematuhi perjanjian tersebut.

9. Abdul Hamid sepatutnya menjalankan bisnes itu dari tahun 2008 sehingga 2010 dan kemudian Sahubarali akan mengambil alih pada 2011. Tapi beliau enggan menyerahkannya.

10. Isu itu timbul apabila perjanjian lisan di kalangan ahli keluarga, yang telah dikatakan bersetuju untuk menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan mengambil giliran untuk menjalankan perniagaan, mula dingin selepas dua pengasas asal, saudara SN Seeni Pakir dan SN Sekandar, meninggal dunia.


11. Membalas tindakan Abdul Hamid, mereka yang lain telah membuat satu gerai disebelah restoran sedia ada menyebabkan kawasan di situ tidak bersih dan kotor.

12. MPPP berkata, pihaknya bertindak jam 4 pagi (19 Januari 2015) selepas mendapati restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen pada sejak awal tahun ini.

Keadaan restoran selepas peralatan berniaga diangkut pihak berkuasa #PrayForNasiKandarLineClear


K7L : Kalau banyak nasi kandar tutup.. boleh mengamuk rakyat Malaysia...

Ajaran DAP Kepada Orang Melayu DAP #JanganRosakkanMelayu


 

Aduhai. Sedih pula tengok. Inilah dia ikon Melayu yang cuba dibawa oleh DAP. Mesej yang cuba disampaikan adalah, Melayu mudah diperkudakan. Nak pakai tudung boleh, dedah kangkang pun boleh.

Peringatan buat semua. Jangan benarkan anak-anak anda dekati ikon DAP. Bimbang mereka juga 'jual tubuh' pada DAP kelak. Sayangilah anak bangsa kita.

K7L : Sorry.. nak cepat on the way beli Qu Puteh..

20/01/2015

Guan Eng Juga Akan Disiasat Sebab Hina JAKIM?



Ketua Menteri Pulau Pinang ini nampaknya bercakap main lepas sahaja sekarang ini. Dalam isu Eric Paulsen, nampaknya Guan Eng seolah cuba menyalahkan pihak polis bila menahan Eric untuk siasatan. Mengapa mereka dilihat cuba mempertahankan seorang yang telah tuduh JAKIM sebar unsur keganasan dalam Khutbah Jumaat?

Untuk rekod, bulan lepas Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila beliau berkata bukan Islam di Pulau Pinang bebas untuk menggunakan kalimah Allah. Lim dilaporkan mendakwa bahawa Enakmen Negeri Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004 tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam (baca sini)

Nampaknya Guan Eng juga perlu ditahan sama untuk disiasat kerana turut mempertikai kedudukan Islam di negara ini. Apakah orang Islam (yang masih ada dalam PAS, PKR dan yang mula hendak masuk DAP) tidak sebar apa rancangan besar mereka (DAP & PKR) sedang buat di negara ini.

Satu persatu mereka pertikaikan, apa tujuan akhir mereka sebenarnya?

Team Khalid Ibrahim Dah Mula Serang Guan Eng?



Alamak! Apa sudah jadi. Khalid Ibrahim yang dahulunya 'dibuang' kerana tidak mahu tunduk kepada arahan DAP mula berpencak menyerang orang yang 'mengarahkan' Anwar untuk menyingkirnya dahulu?

Betty Chew yang kini kantoi pakai duit rakyat beli handbag mahal-mahal, diserang bertubi-tubi oleh Team Khalid. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Sampai ke telinga Keris, mereka didalam Pakatan kini sudah mula retak menanti belah.

Satu persatu mula menyerang antara satu saa lain akibat mahu monopoli kuasa memandangkan Anwar Ibrahim kemungkinan akan disumbat ke dalam penjara kelak akibat tidak berjaya menahan nafsu songsangnya.

Apapun kita tunggu dan lihta sejauh mana mereka dapat bertahan.

K7L : Pakatan dah boleh disband?..

@RafiziRamli Awak Kat Mana Orang Panda Tanya?


 

Apa kena si Rafii Ramli yang juga adalah Ahli Parlimen Pandan bagi pihak PKR? Sibuk sangat pasal isu minyak tetapi tidak mengambil berat perihal orang di Parlimen Pandan. Baru sekarang orang di Pandan menyesal?

Selama ini mereka undi mereka ingat Rafizi sebagai balaci paling setia dengan Anwar akan dapat beri keuntungan kepada mereka. Tetapi hari ini, mereka telah belajar iaitu jangan sesekali percaya dengan Anwar and The Gang.

Mereka hanya pandai cakap tapi tak bantu rakyat. Kalau kata dia bawa suara rakyat, yang dia sibuk dengan 'game' minyak yang mana dah murah dia nak suruh naik pulak. Tetapi pasal penyelengaraan sampah dia baut tak tahu.

Ahli Majlis siapa yang lantik? Kan PKR yang menang maka kuota pun datang dari mereka kan? So hari ini nak salahkan siapa?

K7L : Tu orang Panda tanya..Rafizi kat mana... jawab..

19/01/2015

Anwar Mengaku 1998 Dia Yang Turunkan Harga Ringgit?



CTS punya olahan memang terbaik. Keris setuju dengan pendapatnya. 
Anwar Ibrahim kalau sehari tidak berbohong mungkin beliau tidak boleh hidup rasanya. Berbohong baginya mungkin seperti oksigen untuk kita bernafas. Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim ketika dipetik oleh portal FMT News semalam, menyatakan nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah kerana menyusut kepada RM3.55 untuk setiap USD1 daripada RM3.32 sejak setahun yang lalu. Ini akan mendorong nilai ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah. Baca pautan portal FMT News, di sini.

Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong. Atau beliau ini adalah seorang pesakit "selective memory, selective amnesia". Masihkah kita ingat, sewaktu beliau masih menjadi Menteri Kewangan pada 07 Januari 1998, ekonomi Malaysia mencatatkan nilai tukaran matawang terendah dengan kadar RM4.88 berbanding USD1? Mana lebih besar RM3.55 atau RM4.88 berbanding USD1?

Siapakah Menteri Kewangan yang menghancurkan ekonomi Malaysia pada masa itu (1998) yang menyebabkan inflasi yang teruk, kadar faedah yang tinggi sehingga menyebabkan ramai Rakyat yang sengsara. Ketika itu ringgit jatuh dan rakyat dibebani dengan kadar faedah pinjaman yang tinggi dan klasifikasi 'Non Performing Loan' (NPL) turun dari 6 bulan kepada 3 bulan. Ramai yang muflis atau harta mereka dilelong. Bagi macai-macai PR yang masih muda, mereka mungkin terpengaruh dengan kata-kata Anwar Ibrahim kerana mereka tidak merasa detik-detik itu. Baca juga kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bertarikh 09 Mac 1999, di sini.

Masihkah Anwar Ibrahim ingat, daripada September 1998 sehinggalah 2005, kadar Ringgit kita telah ditetapkan (pegged) pada RM3.80 untuk USD1, hasil kebijaksanaan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia? Atau Anwar Ibrahim juga turut terlupa bahawa 5 tahun dahulu, pada tahun 2009, USD1 adalah bersamaaan RM3.73? Cukup-cukuplah berbohong wahai Anwar Ibrahim. Simpanlah bohong itu untuk macai-macai PR sekali. Kalau Mendiang Karpal Singh masih hidup, pasti beliau akan mengulangi kata-kata yang pernah disebutnya, "Anwar Ibrahim harus bertaubat."

K7L  : Kena tipu dengan PKR jelaaa kalau sokong duit..

Apa Niat Ambiga Untuk Siasat Dan Tentukan Khutbah Jumaat?



Sampai bila kita nak biar orang ganggu umat Islam? Ambiga ini semakin hari semakin melampau. Tetapi rata-rata pemimpin pandang dia ini sebagai orang kecil walhal dia punya gerakan sedang bergerak laju dan perlu dihentikan.

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Jangan ingat mereka lupa dengan tuntutan mereka. 

K7L : Jangan sampai dah terhantuk..

Mahfus Cakap Sambil Minum Ketum? #PAS Flip Flop


 

Kelakar juga dengan sesetengah pemimpin PAS, lagi-lagi yang Anwarinnas. Cakap tak pakai otak kadang-kadang. Sebab terlalu suka dan banyak sangat cari salah orang, dia lupa yang PAS sendiri lagi teruk sikapnya.

Sibuk bela Mejar Zaidi yang dah memang salah. Tapi bila mereka sendiri buat takak pula merek abela bagai. Tapi yang orang tak tahu. Hanipa Maidin pun cover Mejar Zaidi tak habis. 

Dia pun lesap. Jadi rakyat jangan tertipu dengan 'pembelaan' yang PAS atau PKR buat. Jadi jangan percaya dengan mereka. Lagi-lagi DAP yang suka perkudakan PAS-PKR.

K7L : Jangan kena tipu..

15/01/2015

Rafizi Flip Flop Isu Minyak - Rakyat Malaysia Tak Bodoh Untuk Kena Tipu



Tidak sangka ada Ahli Parlimen sebodoh ini. Penipu dan cakap flip flop. Inilah dia manusia yang politikkan semua benda. Baru-baru ini dia kata harga minyak turun punca pengusaha minyak rugi.

 

Habis sebelum ini dia suruh turunkan harga minyak kenapa? Sebenarnya mamat poyo yang sibuk jaja dia pernah kerja Petronas ni tak sangka harga minyak diturunkan. Apatah lagi tindakan Kerajaan Malaysia yang biarkan harga minyak mengikut kadar minyak dunia tanpa subsidi.

Inilah dia Ahli Parlimen yang tak suka rakyat Malaysia hidup senang. Sebab kalau senang nanti tak ada alasan untuk dia tipu dan hasut rakyat lagi. Ini orang tak patut ada pun dalam parlimen. Cuba dia bertanding dekat Terengganu. Menang pun ehsan DAP. Mengarut.

K7L : Jangan Percaya Rafizi

Gadis Hampir Diculik Warga Asing @imigresenmy



SHAH ALAM – Seorang pelajar tidak menyangka insiden wanita atau kanak-kanak diculik menggunakan van putih seperti yang sering dibacanya di dalam akhbar dan laman sosial hampir menimpa dirinya.

Dikenali sebagi Nor, 21 tahun, pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur, masih trauma dengan kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu di sebuah perhentian bas di Jalan Subang Perdana, di sini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, dia sudi berkongsi insiden cemas yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu.

Difahamkan, ketika kejadian dia sedang menunggu bas untuk ke Stesen KL Sentral.

Ketika itu, terdapat tiga lelaki, dipercayai warga asing, di perhentian bas itu.

“Kawasan sekitar pula agak lengang. Hanya ada dua pemandu teksi dan seorang peniaga di gerai menjual kuih berhampiran.

“Tidak sampai beberapa minit di situ, tiba-tiba datang sebuah van berwarna kelabu dengan cermin sisinya (kiri) mungkin tercabut. Van itu berhenti di hadapan saya.

“Terdapat tiga lelaki di dalamnya. Pemandu serta seorang lelaki duduk di hadapan, manakala seorang lagi duduk belakang. Kelakuan mereka seperti lelaki gatal yang suka mengusik,” katanya.

Menurut Nor, lelaki yang berada di bahagian penumpang belakang turun dari van dan menarik tangan kirinya.

“Bimbang perkara buruk berlaku, saya terus merentap tangan, bangun dan lari ke arah pemandu teksi. Saya syak lelaki itu mungkin mahu merompak atau melarikan saya," katanya.

Berdasarkan pengamatan Nor, lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh kurus, kulit hitam manis, memakai kemeja-T dan seluar denim.

Menurut Nor, ketika kejadian, di tangannya hanya ada RM2.50, cukup untuk membayar tambang bas. Beg duit, komputer riba dan telefon bimbit pula di dalam beg galas.

Nor, yang masih ketakutan, tetap mengambil keputusan menunggu bas. Dia bimbang sekiranya dia berjalan pulang, dia akan diekori lelaki itu.

“Dada saya berdebar. Kaki pula masih sakit akibat terseliuh. Lelaki itu masih tidak berganjak dan terus memandang tepat ke arah saya.

“Tidak sampai lima minit kemudian, bas datang dan mereka masih di situ. Sebaik tiba di rumah ibu saudara di Kepong, saya menceritakan hal itu dan menghubungi kedua-dua ibu bapa,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang, semalam.-SH
 
Bahaya bukan? Inilah yang membimbangkan Keris. Sebab itu kita kena kawal. Kesian juga pada polis kalau perlu handle jenayah yang dilakukan warga asing. Mereka ini licik kerana tiada pengenalan diri yang mudah kita trace lebih-lebih lagi jika mereka PATI.

Apapun kita berusaha membendung perkara ini dari terus berlaku dengan melakukan langkah pertama. Iaitu kurangkan kemasukan warga asing dan kedua kita kurangkan jumlah mereka di Malaysia. Boleh baca ulasan panjang Keris di SINI.

K7L : Selamatkan Malaysia..

14/01/2015

Buku Ajar Seks Pada Tahun 4? @KemPendidikan


 

Keris tidak percaya 100% kerana masih belum melihat depan mata. Tetapi jika benar mungkin boleh kaji semula. Maaf. Keris bukan liberal tetapi tidak terbuka untuk menerima pendidikan sebegini. 

Sebab terlalu awal. Kalau Form 1 mungkin boleh dipertimbangkan sebab nak capai akil baligh. Rasanya tak sesuai untuk budak umur 10 tahun belajar pasal zakar masuk faraj. Sebab masa ni mereka lagi aktif nak buat eksperimen.

Rata-rata komen kata "Alaahh zaman sekarang budak pun tahu bl**job". Tapi kita nak ke anak kita buat semua tu? Mesti taknak kan? Kalau terbuka sangat pergi tempat lain lah. Bukan Malaysia.

Apapun Keris harapkan yang buku ini dikaji semula. Terus terang Keris rasa tak sesuai. 

K7L : Kadang-kadang lebih baik tak tahu daripada tahu..

DAP Maki Haji Hadi Sebab Benarkan Unit Amal Bekerjasama Dengan Sukarelawan BN?


 

Siapa sangka mereka boleh bekerjasama? Sebenarnya yang dalam PAS tak boleh bekerjasama dengan UNO cuma puak Anwarinnas macam Husam dan Mat Sabu sahaja. Yang lain ok sahaja tak ada masalah.

Tetapi melihat kepada gambar-gambar di bawah, Keris rasa DAP pun goyang. Sebab itu mereka marah tak mahu tolong. Yang dihantar cuma macai-macai melayu yang mereka perbodohkan setiap hari untuk bekerja keras bagi pihak mereka.

Apapun tahniah Keris ucapkan kepada para Sukarelawan BN dan Unit Amal PAS yang mana menolak ideologi politik, mementingkan kebajikan dan tidak ada masalah dalam melakukan amal.

Mungkinkah ini signal PAS akan tinggalkan Pakatan?








K7L : DAP cukup takut kalau Melayu bersatu..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk