31/01/2013

Bahaya Gula Kepada Rakyat Malaysia!



Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak
langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga
adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?


Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;


>Glukosa

>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?


1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?


Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis


Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!


Sumber : Isu Hangat

K7L : Jagalah kesihatan anda..

ADUN DAP Sah Ada Perempuan Simpanan? #Rainbow


Bangun oagi terbaca kat Blog MatDespatchOtai pasal ADUN DAP kantoi ada perempuan simpanan.


Kat bawah ni adalah surat layang pada seorang adun Dap di Taiping. Tak sudah-sudah pemimpin Pakatan di sabitkan dengan skandal. baca surat kat bawah,


Surat di atas adalah salinan surat layang kepada ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, sehingga dikatakan pembantu peribadinya itu yang dipanggil sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya, dalam bahasa moden mistress.

Surat ini telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat layan tersebut.

Kemungkinan besar, surat ini dibuat oleh lawan dalam parti Dap sendiri. Kerana ada pihak yang mahu Dap Perak tidak mencalonkan YB Yew sebagai calon semula pada PRU nanti.

Biasa la Dap pun ada juga 'sailang' ni, jangan dorang mai tuduh UMNO yang buat pula sudah.

Selanjutnya boleh tengok dekat blog KedahKeKL
K7L : Tak ada moral?..

[Video] Bayi 7 Tahun Menari Gangnam Style Capai 2 Juta Viewers!



2 juta beb orang tengok video baby ni menari Gangnam Style. Elok pasang je lagu terus excited menari. Hehe!. Kena tengok video dekat [SINI] sebab hanya boleh tengok di YouTube sahaja.

K7L : Teringin nak ada baby dah ni..

@mbnizar Kurang Ajar? - Samakan Mendiang Adik William Dengan Bangkai!



Kurang ajar! Memang tak ada adab langsung. Inilah di golongan PAS yang menolak ulama PAS. Mereka ini tak faham apa itu sensitiviti kematian. Asalkan boleh dipoltikkan, tak kisah langsung.

Menggunakan bahas Carcass atau 'Bangkai' untuk melabel kematian adik William merupakan satu tindakan paling bodoh pernah Nizar buat. Teringat kisah blogger Harapan Esok bercerita pagi tadi.

Jika orang UMO nampak orang eksiden, mereka akan turn dan bantu mangs tersebut. Tetapi lain pula jika orang PAS nampak, mereka tak tolong tapi mereka maki jalan lah, kereta lah bawak lajulah yang mana last sekali akan salahkan BN. Apapun Nizar, Pathetic!

Baca laporan penuh di blog Dr Novandri

K7L : Nak kena belajar moral pualk kot?..

30/01/2013

Barangan Yang Dilarang Dijual Di Beberapa Negara!



Haha! Yang kat atas ni cuma larangan dijual di kantin sekolah. Yang bawah ni baru betul barangan yang dilarang dijual di beberapa negara.

Gula-gula Getah

Singapura sudah melarang peredaran barang ini, baik import mahupun penjualan, gula getah di negaranya selama lebih dari 20 tahun. Alasannya sederhana, agar tempat awam di sana boleh terjaga kebersihannya.

Majalah wanita
Jangan sekali-kali melakukan aksi jual beli majalah wanita di Iran. Entah apa alasannya. Namun yang jelas tidak akan ada orang yang tahu atau peduli tentang gosip mahupun berita para artis Hollywood.

Hiasan Hari Natal

Kerana sebahagian besar penduduknya adalah pemeluk agama Islam, Arab Saudi pun melarang ada barangan hiasan Hari Natal di restoran atau tempat awam yang lain. Selain hiasan Hari Natal, hiasan yang hal-hal berbau non-Islam juga dilarang untuk dipasang.

PlayStation

PlayStation 3 dan kebanyakan peralatan video game dilarang diedarkan di China. Alasannya adalah pemerintah tidak mahu generasi muda di sana membuang-buang waktu hanya untuk bermain game.

Tembakau

Di Bhutan, aksi jual beli tembakau dianggap sebagai perbuatan yang haram. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kebahagiaan penduduk melalui penunjuk Gross National Happiness (GNH).

Senjata api

Hampir sama seperti di Malaysia, sukar untuk sekali membeli atau mendapatkan izin memiliki senjata api di Jepun. Fungsinya tentu saja untuk mengurangkan jumlah kematian akibat serangan dengan senjata api oleh warga tempatan.

Pokemon

Tayangan kartun yang satu ini juga di larang beredar di stesen televisyen negara Turki. Sebab pernah ada kecelakaan pada tahun 2000 yang menyebabkan dua budak kecil maut terjun dari balkoni rumahnya. Dua budak tersebut percaya bahawa dirinya adalah Pokemon.
Hari Valentine

Menjual hadiah untuk hari Valentine, termasuk mawar merah atau kad juga dilarang di Arab Saudi. Negara tersebut menganggap perayaan ini jauh dari kepercayaan Islam.

Foie Gras
Foie Gras adalah hidangan mewah yang dibuat dari hati angsa. Beberapa negara melarang peredarannya, seperti California, Chicago, Jerman, Italia, Argentina, Polandia, Norwegia, Denmark, dan Republik Ceko. Proses pembuatan Foie Gras memang kejam, jadi beberapa negara tersebut melarang peredaran makanan itu.

Four Loko

Four Loko merupakan produk minuman yang mencampurkan caffeine dan alkohol. Produk tersebut sebenarnya dijual di Amerika. Namun pada akhir tahun 2010, pihak Food and Drug Administration melarang peredarannya.

Itulah beberapa produk yang dilarang beredar di negara-negara seluruh dunia. Pastikan Anda tidak berusaha untuk memiliki atau memakainya saat melancong di negara yang sudah disebutkan di atas
.
K7L : Macam-macam..anyway thx BlogZaim..

Ustaz Azhar Idrus Tak Beritahu Isterinya Dosa Cukur Kening?




Wah biar betul apa yang kita lihat..Isteri kepada ostad yang terkenal dengan ceramah maki hamun 'boddoh...' nampak seakan mencukur kening..

Sekali tengok memang nampak kening bini ostad ni macam nipis dan tersusun...apa pun aku tak mahu fitnah...nanti kata aku ni boddoh..sama-sama kita tunggu jawapannya...


IPS kata dua bini ostad ni cukur kening...betul ke?


Keris nak tunggu Ustaz Azhar jawab samada ini fitnah atau tidak.

K7L : Yang penyokong UAI tak perlulah nak melompat ya..

Video Yang Cetuskan Kemarahan Masyarakat India - Cara Menyambut Thaipusam Ajaran DAP?



Kawan Keris bagitahu mereka sangat marah dengan pemuda-pemuda dalam video tu. Mencemar upacara keagamaan mereka. Pada pendapat Keris, jika ia melibatkan agama, sensitiviti perlu dititikberatkan.

Jangan main bedal ajae. Sama macam isu Kalimah Allah. Bukan boleh main suka suki je. Jadi nasihat Keris, siasat siapa punya angkar yang buat onar tu.

K7L : Dengar cerita puak DAP suka video ni?..

Blogger Pakatan Ditangkap Khalwat? Biar Betul!



Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.

 

Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net

Keris tak tahu apa-apa. Kalau nak tahu cerita sebenar sila [Klik Sini]

K7L : Apabila pemfitnah difitnah?..

29/01/2013

Ustaz Kamal Saidin Bersumpah Bahawa Wangian Kubur Memali Adalah Palsu!



Akhirnya terbongkar jua. Kisah Memali hanyalah ciptaan PAS. Banyak mangsa terkorban adalah hasil penipuan Amanat Haji Hadi. Kisah kubur para mangsa Memali berbau wangi rupanya ciptaan orang PAS untuk menarik simpati. 

Subhanalllah. Sampai begitu sekali mereka sanggup lakukan hanya untuk undi dan kuasa.Semoga puak-puak sebegini dijauhkan daripada mendapat kuasa lagi di Malaysia.

K7L : Syiah memang suka pada taqqiyyah..berpura-pura..

[Video] Pemilik Sebenar Suara Doraemon, Ultraman, Naruto & Boboiboi!



Teringat pula Keris pada zaman kanak-kanak dulu. Tak pernah miss Doraemon. Kih kih kih. Tapi Keris jenis tak suka sangat Ultraman. Tapi kalau masa kecik tak tengok semua ini, memang rrugi jadi budak la..hahaha..


K7L : Nak jumpa akak Doraemon ni!..

Muslimah Bertudung Dibaptis Dalam Gereja? @n-_izzah Dah Berjaya?


Sumber Gambar : MyMassa

Mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah. 

Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.


Jika perkara begini berterusan agaknya apa jadi pada anak-anak kita kelak? Tidak mustahil Anwar akan jadi seperti Gus Dur dalam video ini :


Segalanya mungkin bagi Anwar yang kemaruk mahukan kuasa. Percaya atau tidak ini akan berlaku?

K7L : Semoga Allah menyelamatkan kita dan Allah buka pintu hati Anwar Ibrahim untuk bertaubat..

Haji Hadi Dipaksa Ahli PAS Untuk Bertanggungjawab Diatas Kematian 14 Mangsa Memali?



Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?


Orang Pas tidak boleh pergi ke kenduri orang UMNO...haramm, orang Pas tidak boleh makan makanan sembelihan orang UMNO...harammm!! Sekarang apa dah jadi orang Pas sudah duduk makan bersama DAP tak HARAM!!!!



Amanat ini dipetik daripada ucapan YB. Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah puak-puak PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.

Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jemaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.

Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga. Akhbar Berita Harian 19hb. Julai 1982 juga turut menyiarkannya. Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu.

Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan. Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB. Haji Abd. Hadi Awang (Sahabatnya sendiri) ini.

Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu. Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB. Hj. Ab. Hadi tiba-tiba bangun dengan bongkaknya mencelah, "Itu memang benar ucapan saya"


Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.

Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.


Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.

Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa. Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab. Hadi Awang 07.04.1981.

YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHIDnya dulu (Rakaman video masih ada).

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan tanpa dikafankan hanya dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid" (YB. Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulama PAS Kedah).



Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh Nik Abd. Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan Nik Ab. Aziz, dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".

Akhinya Haji Hadi sedar bahawa perjuangan membangunkan negara Islam tiada dalam AlQuran demi untuk ke Putrajaya mereka membatalkan perjuangan Islam Pas selama ini kepada perjuangan negara kebajikan sahaja.

Yaaaa HJ Hadi Awang!!! Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?
Sumber : Bro Jinggo
K7L : Ini jadiny apabila kematian juga dipolitikkan..

@abby_abadi112 Keluar PAS Sebab Terasa Dengan Teori Cerai Nik Aziz?




Dipetik daripada blog Gelombang Kick :

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan semua wanita yang menjadi janda akibat diceraikan suami semuanya dikalangan golongan wanita yang bermasalah.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

Kenyataan itu dibuat ketika mempertahankan pendirian Pas berhubung pemecatan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sekaligus dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Nik Aziz juga mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap Pas selama ini.

"Semua benda kena ikut kaedah, kalau di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga pemain bola sepak boleh juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi kena cermat," katanya di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.

Pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas itu jelas menunjukkan sikap sebenar parti yang memperjuangkan Islam, jawatan bekas Timbalan Presiden adalah satu jawatan kedua tertinggi didalam parti, individu yang memegang jawatan itu pastinya orang penting didalam menentukan hala tuju sesebuah parti, maka bagaimana boleh kita fikir orang sepenting itu boleh dipecat? [Klik Sini Untuk Kenyataan Ustaz Nasharuddin Mat Isa]

Satu keadaan yang sangat luar biasa, apakah perjuangan parti yang memperjuangkan Islam sanggup membuang orang yang mengucap dua kalimah syahadah demi kaum kafir yang jelas menentang dasar Islam, atau adakah bekas Timbalan Presiden Pas itu menentang perlaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditentang oleh Karpal Singh. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau ikut teori Nik Aziz, Abby Abadi pun bermasalah juga, patutlah diceraikan suami, selalunya orang yang bermasalah turut akan pilih parti yang bermasalah. Sekarang, Abby Abadi terasa?


K7L : Pergilah marah Nik Aziz..nak kata dia tak salah?..kau bio beno abby oi!

28/01/2013

5 Bandar Yang Dijangka Akn Tenggelam Seperti Atlantis


Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.


1. Bangkok



Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.

Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.

Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.

2. Ho Chi Minh City



Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.

Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.

3. Shanghai


Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.

Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.

4. Mumbai


Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.

Dalam laporan yang berjudul 'Iklim Migran di Asia Selatan' Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.

5. Jakarta



Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.

Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
"Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter," jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.

Apabila Ustaz Yang Tertipu Dengan DAP Bangkit Dan Insaf!



Alhamdulillah. Akhirnya sedar juga. Semoga lebih ramai lagi umat Islam terselamat daripada penipuan puak DAP yang nyata mahu hapuskan Islam.

K7L : Jangan kerana kuasa..Islam diletak tepi..

Jawapan Ustaz Nasha Selepas Berita Dia Digugurkan Daripada Majlis Syura PAS!


Inilah layanan orang PAS kepada pejuang kebenaran. Kini tak perlu belajar agama, hanya perlu bijak menipu rakyat baru boleh diangkat sebagai ulama PAS. Berikut adalah jawapan Istaz Nasha selepas berita beliau digugurkan daripada Majlis Syura PAS.


Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa


K7L : Macam-macam orang PAS ni..

YB PAS Kedah Tak Senang Duduk Selepas Kantoi Tipu Rakyat Baling?



Di sebabkan tidak sanggup menanggung kerugian beribu ringgit, penduduk kampung berhampiran Kampung Iboi yang dijanjikan Kerajaan Negeri untuk diberikan geran tanah yang diusahakan mereka sejak dari dahulu lagi telah mencari inisiatif sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Negeri.



Menurut orang kampung, sudah beribu ringgit telah dihabiskan penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas bagi mendapatkan geran yang telah di janjikan.

Dalam permasalahan yang dihadapi penduduk kampung yang tertipu dengan janji Kerajaan Negeri, Ketua Pemuda UMNO Baling, Khairul Azhar dan Adun Bayu, YB Azmi Che Hussien telah tampil membantu penduduk kampung dengan mengadakan sesi dialog serta mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Saudara Tun Mohd Ammar Aziz dan Jefrizal Jaafar untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang di hadapi penduduk kampung dengan kerjasama Team Media Kedah.


Atas nasihat khidmat bantuan peguam, penduduk kampung yang ditipu Kerajaan Negeri disarankan supaya membentuk satu jawatankuasa bertindak untuk mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan polemik ini secepat mungkin atau membawa kes ini kepada pihak berkuasa Polis dan SPRM kerana ianya mempunyai unsur-unsur penyelewengan.


Sermai 119 mangsa telah menyatakan kekeliruan dan memohon nasihat daripada kedua peguam yang hadir termasuk pendapat YB Adun Bayu dan Ketua Pemuda UMNO Baling. Apapun kini Keris rasa pemimpin PAS yang bertanggung jawab dah mula menggelabah.



K7L : Haaaaa.. mana mau lari....

Kekasih @NazmiFaiz112 Curang Dengan Aidil Zafuan? Anwar-Shamsidar Terasa?


Cerita pasal sailang menyailang ni Keris kalau dalam dunia politik, mesti kita akan teringat kepada kisah Normah-Mat Sabu dan Badrol-Gadis 3 Pagi. Paling tak lupa adalah kisah Shamsidar yang curang dengan 'Pembesar Negara'? Ok fokus! Apa cerita beb? Pagi-pagi lagi Keris terima panggilan daripada wartawan PJO akan kebenaran tweet yang Keris RT?


BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai... baca berita penuh di
Putrajaya Online!

K7L : Aduhai..apa kes ni?..

27/01/2013

Video Yang Buat PAS Nak Saman Ustaz Kamal Saidin?



K7L : Teras ke orang PAS?..ada aku kisah?..

[Video] Anwar Menyanyi Sambil Bergelek?





K7L : Anwar..apapun tak boleh..

Gambar-Gambar Burung Hantu Yang Tak Menakutkan!




Eyes Of A Night Owl by Stuart Richards
Considering Flight by Stuart Richards
Lefthand Through The Eyeball by Stuart Richards
Your Tiny Majesty by Stuart Richards
Owl in Mono by Stuart Richards
On A Wing At Fir Tree by Stuart Richards
Baby Scops Owl In Profile by Stuart Richards
Regal by Jennifer Graevell
Screech Owl by gerry
Little Owl by Nicolò Bonazzi
Great Horned Owl in Flight by Vince Maidens
Snowy Owl by Tambako the Jaguar
South American owl by Tambako the Jaguar
CORUJA-BURAQUEIRA ( Athene cunicularia ) by Dario Sanches
owl's smile!! by merec0
Look into my eyes... by Johan J.Ingles-Le Nobel
“ooh-hu” by Hans Splinter
great grey owl by Hans Splinter
Great Grey Owl or Lapland Owl by Hans Splinter
Rock Eagle Owl by Hans Splinter

Sumber: Info Pelik

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk