Sumber : Klik Sini
Terbaca mengenai rungutan anak muda yang bernama Megat didalam laman sosial Facebook.. Katanya, gaji RM 2600 tak cukup untuk menampung kos kehidupan zaman sekarang kerana ianya habis digunakan untuk membayar bill dan keperluan asas..
Kalau ikut perkiraan Megat, gaji RM 2600 itu akan habis dan hanya berbaki RM 50 sahaja.. Bagi Megat, itulah realiti kehidupan di Malaysia yang baginya sangat memeritkan dan sangat menghimpit dirinya yang terpaksa berkerja keras bagi membayar hutang..
Bagi orang yang mampu berfikir dengan waras, Megat adalah merupakan satu contoh terbaik generasi muda yang tak tahu menguruskan kewangan dengan baik.. Megat juga merupakan contoh dimana anak-anak muda kita hanya tahu berbelanja tanpa tahu berjimat dan bersusah payah.
Jika Megat mampu berjimat dan sanggup tahan sikit nafsu berbelanjanya.., dia mungkin boleh menyimpan lebih dari RM 1000 daripada gaji yang diterimanya setiap bulan. Tapi apakan daya, Megat terlampau boros dan mementingkan gaya hidup berbanding berjimat cermat.
Yang memalukan ialah, Megat tahu pula merungut apabila gajinya hanya berbaki RM 50 selepas ditolak segala hutang dan perbelanjaan. Siapa yang hendak disalahkan? Majikan? Ibubapa? Guru? Ataupun kerajaan yang memerintah?
Sudah tentu anak-anak muda yang tak tahu bersyukur seperti Megat akan menyalahkan kerajaan kerana kononnya menyebabkan duit gajinya tinggal sedikit. Walhal jika difikirkan, tak ada pun yang DIWAJIBKAN oleh kerajaan untuk dibayar oleh Megat KECUALI bayaran balik PTPTN.
Cuba lihat pula gambar ini...,
Jika gaji yang diterima oleh Megat diuruskan dengan baik, duit gajinya masih berbaki RM 1100 kerana banyak perkara yang kurang perlu boleh dielakkan. Tapi biasalah.., anak muda sekarang lebih mementingkan gaya dan rupa berbanding otak yang bijak. Mungkin dengan berlagak naik kereta sendiri mampu jadi macho berbanding naik pengangkutan awam atau motor kapcai.
Sebagai orang bujang.., Megat tak perlupun Astro dirumahnya.., dan Megat mampu berjimat jika tak terlalu boros didalam menggunakan telefon.
Dan yang paling utama, kenapa perlu menghabiskan duit parking sampai RM150 dan Tol sebanyak RM150? Duit Petrol juga tak perlu sampai RM400 jika Megat menggunakan pengangkutan awam.
Bagi ansuran kereta pula, jika mampu tak apalah.., tapi jika tak berdaya, motor kapcai pun masih mampu untuk sesekali 'usung' awek makan-makan sambil tengok wayang dihari gaji. Takkan lah awek yang Megat berjanji sehidup semati tu tak mahu susah senang bersama? Kalau nak senang selalu, itu bukannya calon isteri yang baik untuk Megat rasanya..
Kesimpulannya, semuanya terletak diatas kebijaksanaan kita sendiri didalam menguruskan kos perbelanjaan kehidupan. Ada yang sanggup berhutang melebihi kemampuan untuk nampak mewah bergaya, dan ada juga yang bijak berjimat dan menyimpan untuk hari depan.
Bagi yang berhutang dan mementingkan gaya, tak perlu rasanya nak melalak menyalahkan kerajaan dan orang sekeliling jika terasa beban dengan kos kehidupan dirinya,.., dia yg nak pilih macam tu kann. Kalau nak disalahkan juga, elok saja salahkan Tuhan sebab Tuhan menjadikannya orang biasa dan bukan anak raja.
Trend kebanyakan manusia zaman sekarang adalah merungut dan melalak dengan semua perkara yang dia tak puas hati. Nak beli baju anak sekolah pun melalak.., nak bayar hutang pelajaran pun bising.., nak bayar hantaran kahwin pun mengeluh dan setiap sen yang dikeluarkan akan disalahkan pada kerajaan.
Sendiri nak anak.., sendiri nak hutang belajar.., sendiri nak kahwin dan sendiri nak bermewah dan enjoy tanpa sedar diri tu susah dan tak cukup duit.. Ada kerajaan paksa semua tu? Dan dah kenapa pula kerajaan juga akhirnya yang disalahkan? Inilah mentaliti orang-orang jahil murakkab yang tak tahu bersyukur dengan nikmat dunia oleh Tuhan.
Dan semakin akhir zaman ini, makin ramai golongan jahil murakkab dan kufur nikmat ini muncul didalam masyarakat kita. Adakah kita juga tergolong dikalangan mereka seperti Megat diatas? Fikir-fikirkanlah...
K7L : Kos Sara Hidup dengan Kos Gaya Hidup..