30/09/2013

Jawapan Gardenia Sakitkan Hati Puak RBA Yang Anti-Bumiputera?



Golongan pemfitnah ini (kemungkinan tentera Red Bean Army-RBA) sedaya upaya cuba untuk memburukkan roti-roti keluaran Gardenia milik sepenuhnya Bumiputera. Terbaru adalah dakwaan kononnya satu ujikaji telah dijalankan bagi menentukan tahap pengawetan roti bagi 3 jenis roti iaitu keluaran Bread History, Massimo dan Gardenia.

Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini:

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu “Kromotografi Ion (IC)” yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti.

Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari:

• Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara “wholesale”.
• Bahan-bahan semulajadi – seperti Pekatan Jus Kismis.


Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran.

Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat. 

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melanjutkan atau kongsi laporan asal daripada makmal-makmal bebas tersebut dengan anda kerana kami perlu mematuhi klausa(peraturan)daripada mereka yang menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak boleh digunakan sebagai iklan atau dibuat salinan.

Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang “stringent”, kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah.

Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas
.
K7L : Perasan atau tidak?..pembangkang sedaya upaya nak kambus ekonomi bumiputera?..

49 Dari 68 Calon Sebenar CEC DAP - Melayu Diperbodohkan Dalam DAP Tak Nak Sedar?



Seramai 1,823 perwakilan telah mengambil bahagian dalam proses mengundi dalam pemilihan DAP pada bulan Disember 2012 sementara dalam pemilihan DAP yang baru berlangsung semalam, 1,725 orang ahli telah membuang undi,

Dalam pemilihan asal tahun lepas, 68 calon masuk gelanggang dan nama-nama mereka dikekalkan dalam senarai ulang.

Namun kali ini, sejumlah 17 orang telah menarik diri daripada menawarkan diri sebagai calon, termasuk Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjung) dan orang kanan Lim Guan Eng manakala dua orang lagi sudah keluar parti.

Maka tinggal 49 orang calon sahaja yang bertanding kelmarin.

Dalam pemilihan 2012, calon Melayu yang paling tinggi prestasinya iaitu Ariffin S. M. Omar telah mendapat 348 undi untuk menduduki tangga ke-37.

Dalam pemilihan DAP yang baru berlangsung semalam, Ariffin kali ini berjaya meraih sebanyak 441 undi — satu angka picisan memandangkan begitu ramai calon yang sudah berundur (berlandaskan konsep ‘less man more share’, maka dengan berkurangnya bilangan calon, maka Ariffin seharusnya mendapat undi yang lebih).

Ariffin, yang kini sudah dilantik sebagai Senator DAP beserta naib pengerusi parti menggantikan kuota Melayu Tunku Aziz, hanya berjaya mengatasi prestasinya yang sebelum ini dengan tambahan 93 undi sahaja sungguhpun diberikan jawatan besar oleh Lim Guan Eng.

Jurang perbezaan undi yang diperoleh Zairil dan Ariffin begitu jauh sekali. Zairil telah mendapat 1,132 undi, yakni dia mengatasi Ariffin dengan sebanyak 691 undi.

Tahap sokongan terhadap Ariffin adalah gambaran tepat dan benar tahap sokongan yang diberikan perwakilan DAP kepada seseorang calon Melayu yang paling bagus. Tahap sokongan terhadap Zairil pula adalah gambaran palsu kerana ia atas desakan Dinasti Lim terhadap konco-konco mereka yang akur kepada arahan Dear Leader.

Calon Melayu lain yang menyusuri Senator Ariffin dalam pemilihan DAP yang lepas pada bulan Disember ialah Ahmad Ton yang telah mendapat 327 undi. Semalam beliau telah mendapat 351 undi. Jumlah 351 undi tersebut bagi Ahmad Ton adalah dekat-dekat dengan 327 undi yang pernah diperolehinya sebelum ini.

Begitulah dinamik dalam hubungan kaum dalam DAP.

Baca selanjutnya di SINI

29/09/2013

Liew Chin Tong Bakal Setiausaha Agung Baru DAP? #CecDAP


Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen DAP nampaknya menang lebih 2 undi daripada Penasihat Sampai Mati DAP, Lim Kit Siang. Apakah semua ini hanya satu rancangan atau benar pilihan akar umbi?


Yang sampai pada telinga Keris, kini ada usaha untuk menjadikan Liew Chin Tong sebagai Setiausaha Agung DAP memandangkan dia menang no 1 dalam CEC yang baru. Guan Eng pula hanya dapat no 5 dengan 1304 berbanding Chin Tong 1438.

Ini merupakan keputusan CEC yang diadakan di One Word Hotel :

1. Liew Chin Tong - 1,438
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Khim - 1,164
11. Tony Pua - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Teresa Kok - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh Koo Ham - 809

Persoalannya sekarang mampukah Dinasti Lim terima pilihan akar umbi?

K7L : SUA hanya lantikan..senang je kan?..

27/09/2013

#Hope4TF Ini Rayuan @tunfaisal - Bawa Aspirasi Ramai Anak Muda! @NajibRazak @Khairykj


Seperti yang saya sebutkan di dalam tulisan sebelum ini, membuat rayuan adalah tanggung jawab saya, kerana ia bukan sahaja mengenai saya, Pemuda UMNO Malaysia dan Pemilihan UMNO 2013, tetapi kerana ia akan menjadi rujukan atau 'precedent' kepada banyak perkara selepas ini.


Rayuan Calon MT bukan soal pemilihan 2013 semata-mata @KhairyKJ @NajibRazak

http://tunfaisal.blogspot.com/2013/09/rayuan-calon-mt-bukan-soal-pemilihan.html

Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.
Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:- 

1. Keputusan untuk menawarkan diri dan penyerahan Borang Pendaftaran Calon dibuat selepas saya merujuk pelbagai pihak dalam pentadbiran parti termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali. Hanya selepas mendapat pandangan mereka, barulah saya menyerahkan Borang Pendaftaran Calon kepada Urusetia Pendaftaran Calon di Tingkat 5, PWTC.

[Nota: Masih ada pertanyaan mengenai status saya yang belum dijawab, iaitu berkenaan hak saya untuk mengundi dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara serentak di bahagian-bahagian pada 12 Oktober nanti. Jika saya masih mempunyai hak disebabkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih belum bersidang, bagaimana dan di manakah saya harus mengundi pada tarikh itu. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, saya telah bertanyakan kepada pihak-pihak tertentu mengenai kedudukan saya]

2. Pengguguran nama saya dari senarai calon agak tidak konsisten dengan semangat pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh perwakilan semasa Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2009. Keputusan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menambah syarat minimum kelayakan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi adalah “bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri.”
Persoalannya hari ini, adakah jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia di peringkat Pusat mempunyai kewibawaan yang lebih rendah daripada kewibawaan jawatan Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian? Kedua, adakah berdasarkan rekod prestasi dan pendirian saya selama ini di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya dilihat sebagai BELUM DAPAT LAGI“menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar”sehingga belum layak menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi parti.

3. Walaupun ada alasan bahawa ia merupakan peruntukan di dalam Perlembagaan Parti dan Peraturan Pemilihan Parti, namun saya percaya sedikit pengecualian masih boleh diberikan untuk kes-kes terpencil seperti kes ini, sama seperti pengecualian yang dibuat bagi calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO yang lahir pada tarikh 1 Januari 1973. Pengecualian ini boleh dilakukan tanpa menjejaskan semangat dan hasrat sebenar peruntukan dan pindaan Perlembagaan.

4. Mungkin terdapat sedikit kekhilafan dalam menafsirkan semangat pindaan Perlembagaan UMNO tahun 2009. Dari sudut pandangan saya, tambahan syarat minimum sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal, seharusnya dibaca BUKAN sebagai syarat untuk MENGHALANG pemimpin yang berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya harus ditafsirkan sebagai syarat untuk MENGGALAKKAN lebih ramai pemimpin yang layak untuk menawarkan diri ke peringkat tertinggi sesuai dengan hasrat untuk menjadikan UMNO itu LEBIH DEMOKRATIK, LEBIH INKLUSIF DAN LEBIH TERBUKA.”
5. Penolakan pemegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda di peringkat Pusat untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi boleh mengakibatkan tafsiran bahawa jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit yang lebih rendah daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian. Tindakan ini boleh dianggap sebagai rujukan atau `precedent’ dan mempunyai kesannya terhadap moral, heirarki dan mungkin pelbagai aspek lain lagi di masa hadapan.
Di atas lima sebab di atas dan juga rekod pencapaian serta perkhidmatan selama ini kepada parti dan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air, saya memohon pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengekalkan saya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sidang 2013-2016.

Seperti yang saya nyatakan, niat dan tujuan saya membuat rayuan adalah jelas, ia bukan mengenai saya semata-mata, tetapi beberapa perkara lain yang berkaitan. Apa pun keputusan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya akan tetap menghormatinya. Saya tetap ORANG UMNO dan tetap akan istiqamah dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

25/09/2013

Pengajaran Buat Umat Islam Selangor! Ini Jadinya Jika MP DAP Yang Menang!


 

Ini merupakan Kawasan Tanah Perkuburan Islam di Klang, Selangor. Lihat sendiri apa sudah terjadi kepada kawasan tersebut? Sampah dibuang begitu sahaja dan tiada pihak yang kedepan untuk bertanggungjawab membersihkannya?

Inilah jadinya bila pembangkang jadi wakil rakyat. Islam tidak dititikberatkan. Agaknya sampai bila Melayu PAS dan PKR mahu sedar akan masalah ini? Nak tunggu Islam betul-betul 'dibenam' oleh puak DAP ke?..

Sedih dengan keadaan ini. Apa nak jadi?

K7L : Kalau pembaca ada kat sana..tengok semak samun pun ada..

Kata-Kata Penutup @JamawiJaafar Di #WacanaBakalNKP Buatkan Perwakilan Kagum!



Malam tadi ramai perwakilan hadir ke bangunan UMNO Ampang. Untuk apa mereka berpusu-pusu hadir? Mereka hadir untuk mendengar serta menilai sendiri calon-calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysian berdiskusi dan melontarkan pandangan masing-masing.

Rata-rata daripada mereka berpuashati dengan cara dan gaya setiap calon berhujah. Masing-masing punyai kredibiliti tersendiri yang perlu dinilai oleh perwakilan sebelum diundi pada 12 Oktober nanti.


Ada banyak pendapat yang dilontarkan setiap panel yang hadir membuatkan sesi wacana tersebut tidak bosan. Apa yang menarik pada Wacana tersebut, usai mereka berdiskusi ramai yang mengulangi ayat yang disebut oleh salah seorang calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

"Walaupun saya tidak sehebat Saudara Lokman Adam untuk berkata-kata dan tidak pandai berniaga seperti Saudara Azwan, tetapi saya mampu menyumbang kepada Pemuda UMNO jika dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia"

Itu kata-kata penutup daripada Jamawi Jaafar yang membuatkan ramai perwakilan kagum serta merasai semangat perjuangan UMNO dalam dirinya yang tampak benar-benar mahu berkhidmat demi keutuhan Pemuda UMNO Malaysia.

Keris nak cakap sikit, rasanya malam tadi hanya Jamawi Jaafar seorang sahaja yang menyebut nama seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda yang tidak menjadi panelis, Saudara Irwan. Begini barulah pertandingan adik beradik yang sihat!

K7L : #SayaPilihJamawi selepas dengar hujah beliau..

19/09/2013

Apa Nasib Veteran UMNO Yang Lama? #Pemilihan2013



Kadang-kadang Keris bertanya kepada diri sendiri. Apa nasib mereka yang sudah lama berjuang dengan UMNO tetapi kalah di peringkat Cawangan atau erti kata lain 'dikuburkan' daripada cawangan?

Baca tentang bekas SUB Pengkalan Chepa di Gelombang Kick

K7L : UMNO ini milik siapa?..

Yahudi Kata Kaum A'ad Tak Wujud - Ini Bukti Yahudi Penyebar Dakyah Sejarah Palsu!



Kota Iram yang dirakam satelit NASA

Satu ketika dahulu, ramai yang ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata Orang Yahudi Silap


Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.

Lawrence of Arabia

Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyahsekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah danKing Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.

‘Jasa’ Lawrence Of Arabia


Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan ‘Lost City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’. Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung di dalam al-Quran.

Atlantis of the Sands

Lokasi Kota Iram

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins mengetuai pencarian Kota Iram

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA, SPOT (Satellite Pour I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.

Lakaran Kota Iram oleh pelukis

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.

Keajaiban Al-Quran


Peninggalan binaan di Kota Iram

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.

1. Tiang-Tiang Tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi.

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
(Surah al-Fajr ayat 6-8)

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.

2. Membina Benteng-Benteng

Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.

Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main. Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.
(Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130)

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.

3. Terdapat Kebun-Kebun Dan Mata Air

Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak. Dan kebun-kebun dan mata air.
(Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134)

Sebuah runtuhan oasis

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.

4. Dimusnahkan Oleh Angin Kencang

Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)

Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.

Penutup

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini. Lihat dokumentari penemuan dan gambaran Kota Iram.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah Yusuf ayat 111)

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Kota Iram (Ubar)





















Pekan Iram yang dibina selepas Kota Iram dijumpai pada 1992
Sumber asal 

Bagi yang blur-blur tentang kisah Nabi Hud ni, boleh baca kat SINI, untuk rujukan.

UMNO Perlukan MT Yang Mampu Berkhidmat Sepenuh Masa! @tunfaisal #TF4MT


KUALA LUMPUR: Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.

Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sebagai contoh jika dipilih sebagai ahli MT beliau mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan tugas kerana tidak terikat dengan tugas di dalam kerajaan, mahupun wakil rakyat.

"Saya mempunyai masa yang lebih untuk turun padang bagi melaksanakan program-program politik selain memberi penerangan orang ramai mengenai dasar-dasar parti secara berterusan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, apabila beliau diumumkan bertanding jawatan itu respons daripada ahli seperti ada keterujaan baru kerana sebelum ini calon terdiri daripada mereka yang mempunyai jawatan tinggi sahaja.

Menurut beliau, jika pemimpin di dalam kerajaan dan parti adalah orang yang sama ia menyebabkan input yang diperolehi terhad serta tidak lagi segar.

"Dalam pentadbiran, memang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengenalpasti golongan muda, tetapi di dalam parti perlu pemimpin yang berbeza supaya dapat memberi input yang segar," katanya.
Tun Faizal Ismail yang juga Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO berkata, pengalaman beliau dalam dunia siber sejak 1999 juga akan dapat digunakan bagi memantapkan lagi parti.

"UMNO perlu mempunyai gerakan siber sendiri supaya kelihatan terkehadapan dan bukan menyerahkannya kepada pihak luar atau konsultan kerana akhirnya apabila gagal, UMNO juga yang dituduh tidak melakukan apa-apa," katanya.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan MT iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Tun Faisal Ismail. - MalaysiaGazette

K7L : Semoga berjaya Tun Faisal Ismail Aziz..

Keburukan Gabungan PAS-DAP Mula Tersebar!


Keris terima komen daripada pembaca yang sangat menarik untuk dikongsikan dimana nampak ada isi dalam komen tersebut. Atas permintaan Ana Muslimah, Keris kongsikan pandangan tersebut.




Saudara Blogger


Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.

TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)

(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.



Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...
" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.
Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

Ana Muslimah

K7L : Kenapa tidak UMNO-PAS bergabung?..

Orang Dalam DAP Dalangi Pendedahan Pemilihan Semula CEC DAP? #DAPenipu



Sebuah blog milik individu bernama Peter, THE DAP INSIDER bakal mendedahkan bahawa Pemilihan Semula CEC oleh Parti DAP mempunyai sebuah agenda tersendiri dan penuh dengan penipuan.

Apa yang menariknya, laman blog tersebut milik Ahli DAP cawangan Johor. Peter dilihat sangat kecewa dan hilang kepercayaan (Swing) terhadap DAP. Apa sebabnya, Wallahualaam.

The DAP Insider akan mendedahkan secara terperinci bagaimana cara Dinasti Lim, Tony Pua, Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP. Nampaknya 'game' Pemilihan CEC ini semakin rancak dan pucuk pimpinan mereka pun semakin 'kecil laangkah' untuk melangkah. Diharap dengan segera Dinasti Lim dapat turun dan tukar yang lain kerana daripada analisis yang dibuat, mereka ialah punca sentimen perkauman MELAYU-CINA hangat di Malaysia.


Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim. 

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. 

Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

Sekarang kita nantikan apa lagi yang orang dalam DAP nak dedahkan.

K7L : Pemilihan UMNO?..

18/09/2013

@KhairyKJ Peringatkan Perwakilan Pemuda Untuk Sokong 4 Calon MT Dari Pemuda!



Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.


 

Ada 25 kerusi MT yang perlu dipilih oleh Perwakilan UMNO kelak. Rasanya tidak salah jika 4 daripada 25 kerusi tersebut diberikan kepada 4 calon Pemuda yang menawarkan diri bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO.

Keris cabar Perwakilan UMNO untuk sahut cabaran bagi meremajakan UMNO. Moga keempat-empat mereka menang demi keutuhan perjuangan agama, bangsa dan negara melalui kepimpinan parti UMNO yang keramat.

K7L : UMNO akan lebih gagah dengan perubahan yang drastik!..

Akhramsyah Dicerca Walhal Dia Paling Berani Mencabar @KhairyKJ #UMNOAmalDemokrasi




Beberapa blog serta laman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Menurut penulisannya :


Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.


Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.

Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. 

Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.

Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.

Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.

Ikhlas dari calon anda...
Akhramsyah Sanusi


Sebenarnya ramai yang terkejut dengan pengumuman Akhram Shah Sanusi untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang oleh KJ. Kalau anda mengenali si Akhram, memang dia darah pahlawan dan terkenal dengan semangat juang Melayunya.

Keris setuju dengan kata-kata Mctheory :

Jangan ada orang lain kutuk si Akhram, sebab diantara beratus ribu pemuda UMNO, hanya si Akhram saja yang berani mencabar KJ untuk pertandingan Ketua Pemuda. Sebelum ni ada juga dengar suara-suara sumbang nak cabar KJ. Tapi hanya hangat-hangat taik ayam. Bunyi saja kuat, tapi dalam kosong habuk pun tarak.

Ini menjadi bukti bahawa UMNO mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja yang layak bertanding dan mahu menawarkan diri, tiada ruang yang perlu ditutup. Keris yakin YB KJ juga bersedia untuk dilawan walaupun ramai tahu kemungkinan Akhram akan kalah teruk.

Tapi siapa tahu? Ramai juga yang sudah tersungkur sehingga ada yang dituduh orang itu dan orang ini. Tetapi jika Akhramshah menang, jangan pula dia dituduh tikam belakang kerana mengalahkan KJ ataupun dicerca sebagai musuh dalam selimut hanya kerana berani melawan Benteng Besi Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.

Apapun Keris ucapkan selamat berkempen dan selamat bertanding. Kalah menang adat pertandingan. Mungkin Akhramshah yang juga anak pemimpin perlu rasa KALAH dahulu? Ingat jika dalam politik terlalu mudah lorongan diberikan maka kepimpinan akan porak peranda dan tidak stabil. Menanglah secara adil dan secara pertandingan yang sihat.

K7L : Tiada istilah 'memberi muka pada pemimpin berjasa' dalam pengertian DEMOKRASI..

Misteri Piramid Giza Terbongkar Melalui Al-Quran! Bukan Pengkaji Barat!



Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan


Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.


 

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

 

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

 

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!

 

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. 


K7L : Kita asyik ditipu walhal barat hanya ciplak sahaja!..

Warkah Raihan Sulaiman Palestine Buatkan Calon Ketua Wanita UMNO Lain Goyang?




Assalamualaikum W.B.T

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemberi rezeki siang dan malam. Pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.

Sejak kebelakangan ini, begitu ramai yang prihatin dengan niat saya untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO. Ada yang mempersoal dan tidak kurang juga menyokong penuh niat saya ini. Kepada anda semua, saya panjatkan syukur kepada Yang Esa, hanya Dia mampu membalas jasa baik kalian.

Saya mengambil keputusan untuk bertanding bukan atas niat suka-suka. Anda semestinya tahu risiko disebalik keinginan saya ini. Seperti ditemubual oleh Buletin Rakyat tempoh hari, saya menegaskan bahawa niat utama saya ialah menjadikan Sayap UMNO ini mantap seiring dengan agenda parti. Wanita UMNO tidak perlu direvolusikan atau ditukar jenama, kerana kita kuat, tetapi sayap ini perlu dikembalikan kepada zat dan roh agar Sayap ini boleh terbang lebih tinggi dan lebih jauh.

Semua menerima hakikat bahawa UMNO adalah parti terkuat di Malaysia. Lim Guan Eng mahupun DS Anwar Ibrahim juga menyedari hakikat ini. Tetapi, kita perlu juga bermuhasabah akan kekuatan parti. Apakah apabila kita kuat, kita sudah tidak perlu memperbaiki diri? Kalau perlu, timbul persoalan lain, apakah jenis atau kaedah yang akan saya gunapakai untuk menambahbaik Wanita UMNO?

1. Saya akan menggunakan pendekatan Wasatiyyah. Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa sepanjang PRU yang lepas, Saya telah diminta untuk membantu jentera kempen UMNO Terengganu untuk turun ke akar umbi memberikan ceramah-ceramah untuk parti keramat ini. Sepanjang pendekatan saya ini, saya mengambil kaedah kembali kepada fitrah. Mengenal erti UMNO. Menyedarkan rakyat bahawa UMNO yang perjuangkan kemerdekaan dahulu kala masih dan tetap relevan untuk pertahankan kemerdekaan pada hari ini. Saya seru untuk kembali kepada fitrah. Sebab yakinlah, apabila seseorang kembali kepada fitrah, saat itulah mereka akan mengutamakan agama dan bangsa mereka.

2. Dari penghayatan Wasatiyyah ini, Saya akan kembangkan konsep ini untuk diterapkan kepada seluruh jentera kepimpinan Wanita UMNO. Saya dambakan keseluruhan pemimpin-pemimpin wanita kelak akan utuh dengan nilai kesederhanaan, akur kepada kepimpinan dan sayang kepada rakyat yang memerlukan kita. Pasti anda impikan Wanita UMNO kelak sentiasa menjadi nadi denyut rakyat. Telinga dan bahu kepada rakyat. Memeluk rakyat dengan penuh kasih sayang dan menjadi agen pendamai rakyat. Ini yang perlu Wanita UMNO lakukan kelak.

Benar, zaman sudah berubah. Tetapi, nilai kasih sayang tetap akan mengubat hati duka dan mencantum erat rakyat dan UMNO. Percayalah.

3. Pengalaman saya lebih 25 tahun bersama golongan anak yatim memberi saya kekuatan untuk memegang tampuk Wanita UMNO. Malah, pengalaman bersama akar umbi di Terengganu selama lebih 11 bulan telah membawa saya untuk membantu Wanita UMNO. Saya melihat dan memerhati, Wanita UMNO cukup kuat diperingkat akar umbi, tetapi kekuatan ini harus diakari dengan suatu fahaman yang jelas agar Sayap ini tidak sesekali terpecah. Jesteru, Saya merancang untuk memperkasakan Wanita UMNO sebagai Ibu Rakyat dengan dengan mewajibkan setiap cawangan mempunyai perancangan secara strategik untuk membangunkan kepimpinan Wanita UMNO luar bandar. Ia bukan soal berkursus atau berseminar, tetapi aktiviti grassroot perlu dilaksankanakan pada frekuensi yang tetap. Seorang Ibu tidak akan datang dan meninggalkan anak-anak mereka begitu sahaja. Ingat! Konsep Wasatiyyah akan menjadi modul utama dalam kepimpinan Wanita UMNO kelak.

4. Untuk skop wanita bekerjaya, Saya cukup berharap agar Wanita UMNO dapat "engage" dengan mereka secara terus dan telus. Mereka sukar mendekati parti keramat ini kerana mereka tersalah faham akan konsep eklusiviti yang ada. Tetapi kelak, Wanita UMNO perlu untuk menubuhkan satu unit khas untuk engagement ini. Wanita bekerjaya bukan sahaja aset negara tetapi aset bangsa dan agama kita. Jesteru, tugas Wanita UMNO adalah menjadi penghubung mereka ini dengan kerajaan juga dengan rakyat. Dengan cara inilah, segala dasar kerajaan akan lebih mesra wanita.

5. Untuk terus maju dan berdaya saing, Saya juga impikan untuk melahirkan lebih ramai Speaker/Orator/Penceramah daripada kalangan Wanita. Mereka-mereka ini akan dibimbing untuk membimbing rakyat di luar sana. Kita tidak mahu melahirkan penceramah yang retorik semata-mata, tetapi memahami asas perjuangan dan dipadu dengan ilmu semasa seperti perihal ekonomi, isu global dan sosial. Ini akan meningkatkan lagi keupayaan dan kekuatan sayap ini.

Kenyataan ini hanyalah bersifat idea. Saya akan kemukakan kenyataan penuh berkaitan dengan Menifesto dan Pelan Memperkasa Wanita UMNO sebagai Ibu Rakyat selepas saya mencalonkan diri secara rasmi kelak. Segala cadangan dan idea berkaitan menwasatiyyahkan Wanita bolehlah diemelkan terus ke raihan4umno@gmail.com

Mungkin saya bukan calon popular. Saya juga mengakui perkara ini sebelum saya menawarkan diri, tetapi ini bukanlah satu risiko yang besar kerana. Saya cukup percaya, perwakilan kelak sudah bijak menentukan siapakah yang layak, malah isu popular atau tidak bukan isu utama. Mereka undi, pada hemat dan pemerhatian mereka terhadap kualiti calon. In sha Allah.

PadaNya kita berserah.

Daripada:
Raihan Suleiman Palestine


K7L : Jika Azalina tidak berani untuk bertanding Ketua Wanita..Keris sokong Kak Raihan untuk bawa perubahan dalam UMNO..

Bila Pelajar UIAM Diajar Oleh WUFI Untuk Jadi Biadap? @IIUMOnline




Semalam TPM telah melawat UIAM atas satu urusan ingin bertemu dengan pelajar-pelajar UIAM. Namun begitu kumpulan mahasiswa pro pembangkang UIAM, WUFI telah mula menunjukkan kebodohan diri masing-masing yang mengedarkan risalah yang tidak sepatutnya.



Keris rasa WUFI (We Unite For Islam) itu sudha wajar ditukar kerana segala gerak geri mereka tidak mencerminkan penyatuan Islam malahan mereka memberi gambaran Islam itu suka berpuak-puak. 

Nanti bila tiba masa Keris akan cerita pasal WUFI dan mengapa mereka ini tidak wajar. Di sini Kkeris kongsikan artikel Keris Pusaka berkenaan tindakan biadap dan tidak bermoral :

Pada hari ini,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak akan menerima kedatangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin yang akan tiba sekitar jam 1 tengahari.Pelbagai persiapan telah pun diatur untuk menerima kunjungan hormat TPM yang juga Menteri Pendidikan 1 yang akan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar UIAM .

Tetapi,agak menyedihkan dengan sikap kurang ajar dan tidak sesetengah pihak yang tidak senang dan cuba menghasut pelajar-pelajar untuk tidak menghormati kehadiran TPM ke UIAM. Dengan menggelarkan TPM sebagai "TPM 20 sen" membuktikan inilah akhlak WUFI yang melaungkan Islam dibibir tapi hatinya penuh hasad dan khianat.

Pelajar-pelajar taksub akan sentimen politik seperti wajar diambil tindakan oleh pihak universiti agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi .Mohon jasa baik Presiden UIAM Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Rektor untuk melihat isu ini dan mengambil tindakan susulan menurut undang-undang univerisiti


Sumber : Keris Pusaka

K7L : WUFI patut tukar jadi WLFA iaitu We Lie For Anwar!

@mbnizar Mengamuk Bila @JamawiJaafar Berkeras Halang Abu Mayat Chin Peng?




Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Mesti ramai yang bertanya mengapa perlu Nizar nak marah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini?


Tahukah anda semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak. Tahukah anda semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama iaitu Chin Peng.

Dan tahukah anda apa hubungan DS IR Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!


Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.

Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.

Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.

Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.

Memetik artikel Zul Noordin yang menulis mengenai Chin Peng :

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;

2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;

3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;

4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;

5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;

6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;

7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand. Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;

8. Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Persoalannya kini kenapa pembangkang heboh nak bawa abu mayat Chin Peng balik? Anwar Ibrahim cuba jadi hero lagi?


K7L : Baju dia pun jangan dibawa masuk ke Malaysia!..

16/09/2013

Kenapa Saddam Hussein Digantung Sampai Mati? Satu Penjelasan!




Ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein..

Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?
Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?

Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?

Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?

Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.

Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah..-sumber FB

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk