12/02/2012

Part 3 - Dimanakah Letaknya Penguasaan Akidah - Huraian Ilmuwan Muda Tentang Masalah Sosial



Ini huraian serta kupasan yang mahu Keris sampaikan setelah Kisah Seorang Anak (Siri 1) dan Sejarah Masalah Sosial Di Malaysia (Siri 2), Keris beri jawapan yang boleh kita fahami dan berfikir Dimanakah Letaknya Penguasaan Akidah dalam membendung masalah sosial. Daripada blog sahabat Keris, Abu Aqif kita baca sama-sama. 


Soalan : Bagaiman ubat yang terbaik untuk merawat penyakit sosial begini?

UFB : Islam telah memberikan jalan penyelesaian, secara prinsip dan dasarnya. Ini seperti kata Nabi dalam sebuah hadis dari sahabat 'Irbadh bin Sariyah,

"Rasulullah saw telah menasihati kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati kami sehingga menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.

Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"
(Sunan Abu Dawud dan Tirmidzi)

Nabi menyebutkan perselisihan secara umum, bermakna apa jua bentuk perselisihan. Dan isu LGBT ini juga memunculkan perselisihan yang dikira bukan sebagai perselisihan yang kecil. Kerana ia melibatkan prinsip dan dasar agama.

Oleh itu perkara pertama yang boleh diambil ialah usaha mengembalikan semula masyarakat kepada agama, bermula dengan akidah. Isu murtad sebagai suatu isu akidah merupakan perkara yang serius, Umat Islam perlu memahami akidah yang sahih, akidah yang benar.

Lihat kepada contoh yang ditunjukkan oleh Nabi selama 13 tahun di Mekah Mukarramah. Penekanan Nabi ialah kepada isu-isu akidah. Hasilnya dilihat ketika di Madinah, apabila turunya ayat mengharamkan arak, mereka terus memecahkan kendi-kendi yang berada ditangan. Begitu juga apabila turun ayat tentang hijab (menutup aurat), para wanita terus menarik langsir-langsir rumah untuk menutup aurat mereka.

Ini menunjukkan bahawa akidah yang benar akan membentuk akhlak dan tingkah laku yang benar. Sebalik akidah yang rosak akan melahirkan tingkah laku dan adab yang rosak..

Kemudian yang kedua ialah ilmu, yakni memberi pendedahan ilmu kepada masyarakat berkaitan hal-hal seperti ini. Adakalanya perkataan-perkataan seperti hak asasi didoktrinkan secara salah, tanpa memberi perspektif dan sudut pandang Islam akan hal itu.

Apabila tiada atau kurangnya ilmu yang benar tentang sesuatu perkara, maka terjadilah banyak fitnah dan kekacauan seperti yang dijelaskan oleh Nabi dari sahabat Abu Hurairah berkaitan akhir zaman,

"Zaman saling berdekatan, ilmu dihilangkan, berbagai fitnah bermunculan, kebakhilan dilemparkan (ke dalam hati), dan pembunuhan semakin banyak." (Sahih Muslim)

Pengajaran dan Iktibar dari Lahirnya Kelompok Songsang

Jika kita kembali kepada sejarah, Nabi menyebutkan satu hadis,

"Akan ada di penghujung umat ini, orang yang ditimpa tanah runtuh, orang yang dirubah wajah, dan orang yang dipanah petir dan batu."

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah. Adakah kami akan musnah walaupun ada orang soleh di kalangan kami?"
"Ya, sekiranya banyak berlaku perkara jijik." (Sunan Tirmidzi)

Imam al-Aini menjelaskan pengertian jijik ialah banyaknya perzinaan dan anak luar nikah.

Apabila dikatakan perzinaan, ia juga bermaksud perkara jijik lagi keji iaitu liwat. Ini kerana kedua-dua hal ini yakni zina dan liwat Allah sebutkan sebagai perkara yang keji (fahisyah),

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (As-Isra' 17 : 32)

Begitu juga ayat tentang liwat, perkataan "fahisyah" digunakan :

"Dan Nabi Lut juga berkata kepada kaum : "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (Al-A'raf 7 : 80)

Maka bersiap-sedialah kepada sesiapa yang menyokong atau mendokong kepada perkara seperti ini, mereka akan terdedah dengan bala Allah; pertama 'Khasaf" ditimpa tanah runtuh, kedua "masakh" diubah wajah atau karekter menjadi lebih buruk dari binatang, dan yang ketiga akan ditimpa dengan panahan petir dan halilintar. Ini tiga ancaman dari Nabi.

Iktibar dan pengajaran yang boleh diambil yang pertamanya ialah berdasarkan sejarah ini.

Keduanya ialah kesan kepada nilai murni dalam masyarakat. Baik ia berupa modal insan ataupun integriti yang sering diperkatakan. Lebih-lebih lagi sepertiyang dijelaskan oleh Tan Sri Harussani bahawa tidak ada agama yang mengiktiraf amalan ini. Bukan sahaja itu, agama Islam yang menjadi agama rasmi dala negara ini melarang perbuatan tersebut dan di sokong oleh undang-undang negara.

Penolakan ini bukanlah dibuat atas dasar sentimen atau emosi. Sebaliknya ia melihat kepada keburukan atau mafsadah yang lebih besar dari faedah yang sedia ada. Dan kita juga berharap para ilmuan Islam bersuara dan menyatakan pandangan atas dasar Islam.

*Disalin dari rakaman rancangan Soal Jawab TV3. 

Editor : Abu Abdillah Riduan Khairi, Biro Penerbitan dan Multimedia, iLMU.

K7L : Sama-sama kita renungkan dan selamatkan akidah umat Islam di Malaysia..masih belum terlambat walaupun Kita Sudah Tiada Masa..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk