27/05/2016

PAS Sudah Tutup Buku Dengan Pakatan Harapan - Tiada Rundingan Apa-Apa Lagi



Azmin sebelum ini telah melamar PAS untuk bersama Pakatan Harapan, namun PAS menolak sekeras-kerasnya lamaran tersebut. Menjelang Pilihan Raya Kecil, Azmin mengugut PAS supaya tidak meletakkan calon bagi memberi ruang kepada calon Pakatan Harapan.

Dan yang kita tahu perbincangan PKR bersama PAS mungkin berlangsung untuk membincangkan soal calon yang bakal bertanding semasa PRK. Tetapi PAS telah mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam masa yang sama, PAS menegaskan sudah lama ‘tutup buku’ untuk bersama mereka apatah lagi mahu bekerjasama dalam PRK. 


“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,
” - Nik Abduh

PAS akan bertahan untuk melawan mana-mana parti yang akan bertanding nanti meskipun Pakatan Harapan akan mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang dikatakan sanggup untuk turun berkempen bersama pembangkang.

K7L : PAS sudah trauma?..

Kertas Siasatan Guan Eng Siap - Tunggu Peguam Negara Sahaja


 

Akhirnya SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga luar biasa murah dan penjualan tanah Taman Mang­gis oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meneliti tindakan selanjutnya.

“Sekiranya Peguam Negara berpuas hati terhadap ketera­ngan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.

“Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara,”
- Datuk Azam Baki

Kita akan lihat keadilan yang dibawa untuk rakyat akan terbalas kelak. Selama ini dia bertindak kejam memusnahkan banyak rumah dan kedai. Kini balasan untuk dirinya akan hadir jua.

K7L : Cepat sikit.. pulangkan Pulau Pinang kepada BN!...

Rafizi Perlu Bawa Bukti Ke SPRM




Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

“Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat .

 

Nampaknya kita akan menyaksikan Rafizi diangkat sebagai hero PKR sebelum dia dilantik menjadi Timbalan Presiden PKR. Mungkinkah semua ini dirancang dari dalam penjara Sungai Buloh?

K7L : PKR hanya untuk keluarga Anwar.. ingat tu..

Gerakan Jatuhkan Azmin - Siapa Ganti Kerusi MB Selangor?



Belum sampai sepenggal pun lagi PKR telah berusaha untuk menjadikan nama ketiga sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Azmin samada meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan kelak.

Senario dalam politik Selangor dan PKR Pusat hari ini menjurus kepada serangan bertubi-tubi terhadap Azmin yang dilihat sebagai ancaman PKR apabila dia terus menerus membuat hubungan diplomatik dengan Mahathir yang akhirnya tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Kini persoalan yang timbul. Siapakah yang menjadi 'PKR Candidate' untuk mengisi kekosongan bagi kerusi Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR sekiranya Azmin 'disingkirkan dan ditanam' daripada terus berpolitik?

Mungkinkah Wan Azizah yang sebelum ini pernah dinamakan untuk menjadi Menteri Besar namun telah ditolak ataupun Nik Nazmi yang juga 'anak emas' Presiden PKR untuk dinaikkan sebagai Menteri Besar?

Dan pemilihan PKR yang akan berlaku pada 2017 akan menyaksikan Azmin bertembung dengan Rafizi Ramli yang mana 'favor' Anwar ketika itu akan memihak kepada Rafizi? Kita akan lihat segala macam percaturan dan kemungkinan.

Persoalannya akan terjawab dengan sendirinya andai kata semua itu berlaku kelak.

K7L : Amiruddin orang Azmin kan?..

Wakil PKR-DAP Berlawan Habis-Habisan Perihal Tambak Laut?



PKR sebelum ini dikatakan telah memberi mandat sepenuhnya kepada wakil rakyat mereka di Pulau Pinang sama ada menyokong atau menolak usul Umno-Barisan Nasional (BN), agar kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng itu membatalkan kerja-kerja penambakan laut.

Sebelum ini, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad telah mengusulkan kepada DUN negeri itu agar kerja-kerja penambakan laut bagi membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, bernilai RM27 bilion dibatalkan, demi kepentingan rakyat.

Usul yang sama dibawa Farid pada November tahun lalu menyaksikan pergeseran pendapat antara DAP dan PKR. Ia gara-gara lima ADUN PKR bersikap berkecuali dan enggan mengundi sekaligus menunjukkan ketidakbersamaan wakil rakyat parti itu dengan kerajaan negeri.

Tindakan lima ADUN PKR itu mengundang amarah Lim Guan Eng dan ketua menteri Pulau Pinang itu menyifatkan kesemua mereka tidak boleh dipercayai. Dua daripada mereka menerima nasib dipecat daripada beberapa jawatan negeri.

Guan Eng juga menerima tamparan hebat apabila ADUN DAP sendiri, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) menyokong usul Farid. Yee Cheu kemudiannya menarik balik sokongan itu dan bertindak melepaskan jawatan sebagai setiausaha penganjur DAP Pulau Pinang.

Kini mungkin usul tersebut akan terus disebut dan menjadikan pihak Guan Eng rimas sementelahan kes dia dengan SPRM sedang dalam siasatan lanjut. Apakah nasib politik Guan Eng akan berakhir?


K7L : ADUN DAP pun tak sokong Guan Eng?..

Mesyuarat Majlis Presiden Batal Kali Ketiga - Apa Yang Terjadi?



Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah pun dibatalkan buat kali ketiga menjadikan Mesyuarat tersebut masih belum dapat dilaksanakan selepas "Peristiwa Pertembungan Sarawak".

Walaupun mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada mulanya dibatalkan, namun ia tetap diadakan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mesyuarat yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di tingkat 14, Menara Parlimen itu diadakan kira-kira jam 1.25 petang dan diakhiri kira-kira jam 2 petang.

Ia dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Satu sahaja Keris nak beritahu, tidakkah anda semua pelik Lim Guan Eng dan Azmin sahaja yang tidak hadir? Apa yang sedang berlaku di antara mereka? Dan Wan Azizah dilihat tidak menghormati Azmin dan Guan Eng apabila meneruskan mesyuarat tanpa mereka.

Kini apa yang sedang berlaku? Mungkinkah keretakan di dalam PKR sudah merebak kepada Pakatan Harapan? Apa yang Keris lihat kini Wan Azizah dan orang-orang sedang membuat gerakan 'Pin-Pointing' kepada Azmin yang dipersalahkan dalam banyak perkara.

Apa akan terjadi kepada PKR kelak? Apakah Pakatan Harapan akan hilang PKR jika Azmin terus berdegil dan Guan Eng dengan pendirian tidak mahu duduk semeja dengan Azmin Ali? 

K7L : Tahun Timbalan Presiden ditukar ke apa 2016 ni?..

26/05/2016

Masih Ingat Kisah 5 Pemimpin PKR Mahu Jatuhkan Azmin?


 

Sebelum ini Keris ada menulis :

Jeng Jeng Jeng! Ada berita daripada orang PKR. Mereka yang merupakan antara penggerak AMK memberitahu sedikit maklumat tentang apa yang sedang berlaku didalam PKR.

Kumpulan AMK ini sebenarnya adalah orang Amiruddin yang juga bersama dengan Azmin. Mereka ada menyebut beberapa nama yang dikatakan sudahpun merancang pelan memastikan Azmin tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Selain itu mereka juga menyusun untuk Azmin tidak lagi boleh menang jika bertanding apa-apa jawatan di dalam PKR. Yang paling menarik nama orang yang pernah jadi senator dan jadi timbalan menteri disebut sebagai dalang.

Siapa 5 orang terbabit? Apapun nampaknya Kartel Azmin juga bersedia untuk mempertahankan kedudukannya. Pada Keris, Azmin juga bukan orang bodoh dalam PKR yang akan biarkan dirinya terjerat.


 

Apakah mereka yang terlibat dalam 5 pemimpin yang bersepakat untuk menjatuhkan Azmin antaranya adalah Rafizi dan Wan Azizah? Siapa lagi tiga? Tiga nama yang kita sudah boleh agak juga akan terdedah dengan sendirinya kelak.

Bukti dokumen pendedahan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang ingin diserahkan kepada SPRM membuatkan kedudukan Azmin sebagai MB Selangor dan reputasi sebagai Timbalan Presiden PKR akan terjejas.

Mungkinkah Rafizi sedang menyusun dirinya untuk menjadi Timbalan Presiden PKR selepas Azmin dijatuhkan kelak?

K7L : Cita-cita tinggi si sotong ni..

DAP -PAN Senada Dalam Pemilihan Calon Menjadikan PKR Diabaikan?



Apa yang berlaku didalam Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat kini adalah 'replacement' bukan sahaja pada nama namun pada kedudukan hierarki yang wujud sebelum ini.

Jika dahulu didalam PR, PAS paling macai dan diabaikan dalam banyak perkara sehinggakan PAS dilihat hanya sebagai agen penyokong bagi majlis-majlis tertentu yang memerlukan jumlah yang ramai.

Kini PKR pula diletakkan pada kasta terendah menjadikan mereka sama seperti PAS yang lalu. Ini kerana DAP dan PAN sendiri berbuat keputusan hanya sesama mereka dan PKR yang kononnya menjadi ketua selama ini hanya dipandang enteng.

Mungkinkah hayat bagi Pakatan Harapan ini akan berkubur tidak sampai kepada PRU14? Sesungguhnya kita merindui perlawanan banyak penjuru dan menjadikan DAP tidak mendapat sokongan PKR-PAS sekiranya perpecahan berlaku.

DAP yang kini hanya bersandarkan undi Melayu kepada PAN juga merasakan PKR sebagai ancaman dan tidak layak untuk berbuat keputusan biarpun kerusi Ketua Pembangkang diletakkan di atas bahu PKR.

Dalam masa yang sama DAP-PAN mengkucar-kacirkan PKR melalui orang-orang mereka untuk memastikan PKR lemah dan terencat kuasa mereka. Kini perebutan kuasa bukan lagi dengan Barisan Nasional namun sesama mereka.

K7L : Gila kuasa memang macam itu..

DAP Sokong Transgender - Melayu PAS-PKR-PAN Masih Sokong?


 

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)


Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. 


(Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Erti kata lain didalam Islam kita tidak menolak serta menyokong apatah lagi menggalakan mereka untuk diberi kebebasan berbuat begitu. Isu homoseksual bukanlah isu kemanusiaan kerana ianya jelas bertentangan dengan hukum alam.

Masa kan kita bersedia untuk menerima perkara yang menyongsangkan akidah ini? Nampaknya di Pulau Pinang DAP telah mengorak langkah untuk bersetuju dengan transgender dan menunjukan sikap 'Tidak ada masalah' dengan golongan ini.


Persoalannya, apakah PAS,PKR dan PAN akan berdiam diri dan hanya pejam mata melihat DAP berbuat songsang dan barangkali mampu menyesatkan generasi Islam masa hadapan di Malaysia?

La Ikraha Fiddiin. Tiada paksaan dalam memeluk agama namun apa yang kita kena tahu jelas mana satu yang baik dan mana satu yang buruk untuk memastikan apa yang dianuti adalah agama yang benar. 

Kini tugas kita sebagai Umat Islam adalah menentang golongan-golongan sebegini. Mampukah kita hanya mendiamkan diri demi kuasa politik?

K7L : DAP musuh Islam..

25/05/2016

Lawak Daripada Guan Eng Yang Buktikan Dirinya Bodoh Dan Sombong?



Ini lawak yang paling latest datang daripada seorang pemimpin DAP yang dibenci bukan sahaja rakyat Pulau Pinang, malahan ADUN PKR-DAP-PAS sendiri tidak menyukai dirinya sebab berlagak pandai tapi bengap sebenarnya.

Pasal kes kelulusan jambatan ketiga yang membazir duit rakyat. Mana mungkin lakaran diberikan selepas ianya diluluskan. Ini boleh diumpamakan kita jawab soalan SPM, kena luluskan dulu kemudian baru diserahkan kertas jawapan.

Maksudnya lepas ini kena lulus minta duit juta-juta daripada Guan Eng baru serah proposal? Ini juga mungkin cara yang sama dia buat di tanah Taman Manggis. Dia dah lulus kemudian baru syarikat itu beritahu nak buat apa yang menjadikan ia tak buat apa sampai sekarang.


Ini semua jangan ikut. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

K7L : Bila dia nak letak jawatan?..

Sekalipun Benci Tak Perlu Fitnah Sebegini!


 

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".

Kemudian beliau ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?"

Jawab beliau, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.


Ghibah maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan menciptakan keburukan orang. Edit gambar sebegitu rupa boleh dikategorikan dalam mencipta keburukan.

Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu).

Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. Hari ini ramai yang tidak faham ghibah. Apa mereka buat adalah menyebarkan ghibah yang akhirnya menjadi fitnah.

Mengapa kerana benci sampai tidak hiraukan dosa?

K7L : Macai mesti tak boleh terima nasihat ni..

#FitMasjid @KhairyKJ @cq_rain Timbulkan Kelainan - Berdakwah Dan Bina Tubuh Sihat!


 

Muslimin dan muslimat telah dijemput ke kuliah dan riadah bersama YB KJ dan Dato Ustaz Kazim Elias di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Shah Alam. Ini merupakan satu aktiviti sihat tubuh badan yang menggabungkan jasmani dan rohaniah.



Pada Keris aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang sangat baik serta lain daripada yang lain. Inilah antara cara terbaik dalam memastikan kita sihat luar dan dalam. Secara zahir dan batiniah. 

Semoga aktiviti ini diberkati Allah.

k7L : InsyaAllah..

Azmin Marah Bila Ditanya Wartawan Dan Bersifat Menjengkelkan?



Apabila ditanya mengapa mesyuarat PH ditangguhkan sehingga dua kali, Azmin cuba menafikan perkara itu.

“Belum ada tarikh (mesyuarat Majlis Presiden),” ujarnya ringkas.

Apabila ditanya lagi, kenapa tangguh mesyuarat?, Azmin menajawab” .. kenapa tangguh? habis nak buat dengan ‘you’ ?(wartawan), no delay (tak tangguh), why rush?” soal Azmin kembali.


Apa sebenarnya yang berlaku dan memberi tekanan kepada Azmin sampaikan seorang MP/ADUN yang paling mesra dengan media menjadi biadap dan terkeluar sifat sebenar dirinya yang menjengkelkan terhadap media?

Tidak lain tidak bukan adalah kerana tikaman luar dalam kiri kanan depan dan belakang terhadap dirinya yang dalam keadaan goyah lebih-lebih lagi apabila talian hayatnya sebagai MB Selangor sudah tidak sekufu dengannya.

Kini disebabkan itu puak-puak PKR mula bergerak mengikut kartel masing-masing. Bercakaran bukan sahaja hanya di Selangor tetapi telah melibatkan seluruh ahli PKR di Malaysia.

Kartel-kartel yang ada mula mengorak langkah persediaan menghadapi pergolakan yang bakal menyaksikan 'Last Man Standing' dalam PKR. Kali ini mungkin Presiden PKR juga 'terkorban' dalam perlawanan tersebut.


Yang kita nampak hari ini adalah daripada Team Wan Azizah. Mereka bermula dengan serangan daripada Chegu Bard dan disambut oleh Rafizi. Kartel Azmin buat apa? Mereka tunggu masa.

Dalam masa yang sama dalam Pakatan Harapan iaitu Mat Sabu dan Guan Eng dilihat bersedia untuk membantu Kem Wan Azizah memandangkan mereka tidak boleh mengawal Azmin.

Mungkin sebab itu mesyuarat PH sering tertangguh? Kini Azmin dalam tekanan yang paling hebat. Malahan lebih kasar kesannya berbanding yang dirasai oleh Khalid Ibrahim, musuh utama yang dia jatuhkan melalui cara yang sama dengan dirinya.

K7L : Ini semua poyo..

Azmin Nafi Walaupun Rafizi Hanya Tembak Peluru Tabur Pasal Habuan Seks?



Cerita pasal habuan seks di dalam Kerajaan Negeri Selangor mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi ianya telah didedahkan oleh pemimpin kanan dalam PKR iaitu Rafizi Sutun yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

Kenapa Azmin nafi walaupun secara halusnya Rafizi tidak tuju kepada dirinya? Semua ini sudah dirancangkan dengan begitu rapi selepas Azmin dikatakan semakin gila kuasa sehinggakan sanggup berkerjasama dengan Mahathir.

Wan Azizah sebagai Presiden PKR sendiri tak pernah setuju dengan Mahathir dan tak pernah hadir didalam program Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir dan DAP. Tapi Azmin pulak dengan bangga duduk sebelah Mahathir dan Kit Siang walaupun ditentang oleh Wan Azizah..

Dan atas dasar itulah 'shotgun' PKR iaitu Rafizi menjalankan peranan 'menjerat' sendiri kes yang pada Keris hanya dicipta dan kalau mengena itu bonus. Kalau tengok cara serangan dari dalam PKR sendiri terhadap Azmin kemungkinan besar sebelum PRU14 mungkin Azmin akan tumbang di Selangor dek kerana 'tembakan' dari musuh dalam selimut.

Apapun sampai hari ini Keris masih pelik kenapa nafi sedangkan ia tidak dituju buat dirinya? Bukankah orang Ampang yang patut terasa dalam hal ini?


K7L : Pemilihan PKR bila?..

Malaysia No Satu Dalam Senarai Negara Dunia Yang Punyai Hutang Tertinggi?


 

Alamak! Selama ini kisah "Malaysia banyak hutang", "Malaysia dah tak ada duit nak bayar gaji penjawat awam" dan "Malaysia dalam bahaya sebab tanggung hutang 1MDB". Eh! Banyak lagi cerita pasal hutang-menghutang negara.

Yang bercakap semua bijak pandai malahan ada yang beri komen mengalahkan orang ada PhD. Ada tu SPM pun tak sempat ambil lagi dia punya cerita tahu pasal hutang negara macam dia anak saudara Menteri Kewangan Malaysia.

Lagipun rata-rata mereka yang gemar 'menghukum' melalui media sosial seringkali terbabit dalam membandingkan Malaysia dengan negara lain terutamanya Jepun dan Singapura. Mari kita lihat senarai di atas, Jepun no 1 dan Singapura no 11.

Malaysia no 56 dalam senarai GDP bagi setiap negara. Jadi mahu cerita apa lagi? Ini merupakan fakta yang dikeluarkan oleh Global Competitive Nessa Ratio. Ini bukan bohong ya!

K7L : Mesti ramai macai akan marah dengan kenyataan ini..

24/05/2016

PAN Tunjuk Rasa Tidak Hormat Kepada Azmin Bila Mereka Lawan PRK?



Kini Azmin merasa tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh PAN. PAN telah memberitahu dunia bahawa rundingan mereka dengan PKR tidak berjaya membuktikan Azmin gagal dalam berunding.

Dalam masa yang sama PAN juga ingin meletakkan noktah kepada PKR supaya tidak masuk bertanding memandangkan PAN telah dipersetujui oleh DAP untuk berlawan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kini PAN sudah tidak hormat kepada Azmin yang dilihat gagal berunding dan kerapkali tidak berjaya.

KENYATAAN MEDIA AMANAH

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR


1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

Baca penuh di SINI

Yang paling menarik mengikut kenyataan itu ibaratnya PKR menjadi agen perunding untuk PAN walhal PKR membuat ugutan untuk memastikan PKR yang bertanding di Sungai Besar.

Walau apapun cerita akhirnya kita akan lihat PAN dan PAS akan berlawan dan siapa yang hilang wang deposit, dialah kalah dan mungkin akan terus dihina sampai bila-bila. Dengar cerita calon PAN dan PAS di Kuala Kangsar dah keluar?

K7L : Azmin dah boleh berhenti daripada politik lah.. sama je dengan Guan Eng..

'Bubble Lift' Komtar Kini Jadi Tukun Teritip Di Bangunan Komtar?



Sudah pasti rakyat Pulau Pinang tidak akan lupa pada janji-janji manis Tokong Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan pengubahsuaian yang melibatkan lif KOMTAR. 

Janjinya, lif berkenaan akan kelihatan cantik, nampak ke luar (see through) dan kelihatan moden.

Realitinya, ianya hanya satu struktur yang buruk. Seoalah-olah satu binaan konkrit yang tersembul di luar bangunan. Inilah Tokong pujaan Rakyat Pulau Pinang. Lain yang dijanji, lain pula yang dikotakan.



Agak-agak jika diaudit semula berapa agaknya kos yang telah diluluskan dengan kos sebenar pembinaan tersebut? Dia punya launching tak ingat dunia mewah dan ekslusif tapi hasilnya ini sahaja?

K7L : Bayar harga berlian tapi dapat batu kerikil..

Bekas Calon PKR Menentang PM Di Parlimen Pekan Sedang Sakit?



Setiausaha Pengelola PKR / mantan Timb Ketua AMK Malaysia / Pengerusi JINGGA 13 sdr FARIZ MUSA terpaksa potong kaki -

Salam. Makluman sdra cikgu fariz (Jingga 13) terpaksa dipotong kaki kiri hingga ke lutut hari ini kerana kronik diabetes. doakan yg terbaik utk sahabat kita. 


Biarpun politik menjadikan kita semua musuh dan lawan, tidak beerti sesama manusia tidak boleh ada sifat kemanusiaan untuk bersimpati dan bersedih diatas kesakitan yang dialami oleh pihak lawan.

Sebelum ini Fariz Musa pernah melawan YAB Perdana Menteri dan kalah. Ini tidak bermakna dia tidak layak untuk mendapat doa daripada kami para penyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Semoga kesihatan saudara Fariz Musa beransur baik. 

K7L : Kit Siang bila nak berhenti politik?..

Akar Umbi PKR Mahu Azmin Letak Jawatan MB Selangor?



Akar umbi PKR dikatakan mahu Timbalan Presiden mereka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berundur berikutan Menteri Besar itu didakwa semakin tamakkan kuasa sehingga menyebabkan parti tersebut semakin lemah.
Azmin dikatakan merupakan punca PKR kian lemah dan berpecah dengan kartel-kartelnya yang disusun kini sedang mempergiatkan aktiviti untuk mengambil alih pucuk kepemimpinan parti.

Perancangan dan gerakan tersebut dilakukan melalui pihak dalaman parti dengan kerjasama serta bantuan daripada pihak luar yang secara tidak langsung seperti bersekongkol de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dulu alasan dan justifikasi singkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar dan memecatnya sebagai ahli PKR kerana kemerosotan hubungannya dengan parti.

Pergolakan sejak akhir-akhir ini yang melanda dan merempuh PKR akibat keta­makan kuasa Mohamed Azmin dan percaturan politik Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli te­lah memaksa Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim memberi pe­ringatan melalui surat dari penjara.

Kepemimpinan terpaksa bertindak tegas bagi menyelamatkan parti kerana rakyat yang mendokong, menyokong terutamanya anggota parti yang waras fikiran dan berjiwa merdeka sedang menunggu dan memerhati dengan penuh sabar dan teliti.

Kini PKR diambang perpecahan dan sedang menunggu masa sahaja untuk terbelah keran retaknya telah mereka hingga hampir ke hujung. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku kelak.

K7L : Apa dah jadi...

Jambatan Ketiga Pulau Pinang Adalah Tidak Perlu? - #ProjekLGEMembazir



Jambatan ketiga yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut adalah tidak perlu kerana aliran trafik di jambatan kedua masih rendah. Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, jambatan kedua yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan kurang digunakan kerana pada masa ini, jambatan tersebut mencatatkan hanya 40 peratus daripada jumlah trafik.

“Kita tidak memerlukan jambatan ketiga kerana jumlah penduduk negeri ini adalah kecil iaitu kira-kira 700,000 orang yang tinggal di bahagian pulau itu dan 1 juta tinggal di tanah besar,”  - Dr Himi Yahaya

Jambatan ketiga itu akan menghubungkan Gurney Drive di George Town dengan Bagan Ajam di Butterworth, kedua-duanya kawasan sesak, dan menghubungkan kedua-dua kawasan itu akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan lebih teruk.

Sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa menggulung ucapan terima kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri berkata jika Kerajaan Persekutuan meululuskan pembinaan jambatan ketiga, kerajaan negeri akan membatalkan projek terowong dasar laut.

Guan Eng juga berkata, jambatan ketiga akan bebas tol untuk pengguna jika projek itu diluluskan. Menurut Hilmi, pembinaan jalan raya dan jambatan hanya akan mengurangkan masalah trafik untuk sementara sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.

Malah baginya satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan trafik ialah melalui penambahbaikan pengangkutan awam seperti yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP)

Tapi kalau projek yang tak beri untung kepada Lim Guan Eng, adakah dia nak buat?

K7L : Taman Manggis apa cer?..

PAN Sah Bertanding Melawan PAS Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar?


Selepas PAS masih berkeras untuk terus bertanding di Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar, kini PAN juga telah menetapkan pendirian mereka untuk berlawan dengan PAS bagi menentukan siapa yang paling baik untuk dipilih.

PAN dilihat sangat terdesak untuk menang kerana kini kemenangan masih lagi belum berpihak kepada parti yang ditubuhkan tidak sampai setahun itu setelah mereka semua kalah dalam pemilihan PAS.

Kini pertembungan siapa lebih bagus akan berlaku di dalam pilihanraya kecil kali ini membabitkan keadaan yang sangat menarik untuk kita tunggu keputusan serta siapa yang menang.


KENYATAAN MEDIA AMANAH

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA TANDING PRK SG. BESAR DAN KUALA KANGSAR


1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu adalah tidak mungkin Pas menarik diri.

5. Kesedian AMANAH untuk berhadapan dengan Pas di dua kerusi tersebut juga diketahui umum. Sekiranya Pas menarik diri maka ianya akan dilihat sebagai bukti bahawa Pas takut berhadapan dengan AMANAH.

6. Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut. Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.

7. AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

8. AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar.

"Harapan Baru"

KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

23 Mei 2016


K7L : Ini mesti DAP yang luluskan.. haha..

23/05/2016

Nik Abduh Sound Azmin Ali Manusia Kurang Ajar?



Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam parti’ yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),”Nik Abduh


Dalam video dibawah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.



  

“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

“Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden,”
- Azmin Ali 

Kini Azmin bukan sahaja berhadapan dengn musuhnya dalam PKR, dia juga sedang menambah bilangan musuh sedia ada yang menyaksikan Pemuda PAS pula masuk gelanggang.

K7L : Azmin dan Guan Eng kini dah boleh letak jawatan..

ADUN DAP-PKR Masih Keliru Dengan Projek Mega Lim Guan Eng?



Masih ingat pasal kejutan yang ditulis Keris tempohari? Inilah dia kejutan yang dimaksudkan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang dihentam bukan daripada ADUN UMNO tetapi daripada ADUN PKR dan ADUN DAP.

Wakil rakyat kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang mengakui mereka masih keliru mengenai projek mega yang dirancang kerajaan negeri termasuk Pelan Induk Pengangkutan (PIP).

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) secara terbuka mengakui, ketika ini wakil rakyat kerajaan negeri sendiri masih tidak mendapat gambaran mengenai projek mega itu.

Beliau berkata mereka berdepan kesukaran untuk menjelaskan projek itu kepada penduduk di kawasan mereka dan menggesa kerajaan negeri mendedahkan setiap laporan projek itu kepada awam secara kata demi kata.

"Sebenarnya ramai daripada kami masih keliru dengan projek PIP dan terowong dasar laut ini. Syarikat mana yang dapat projek, apa atau bagaimana proses bayaran dibuat dan untuk apa?

"Semua soalan ini pun ada ditanya di dalam dewan tetapi jawapan yang kami terima tidak sama dengan jawapan yang kami mahukan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) yang turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan yang diterima, berkata beliau tidak mendapat jawapan menyeluruh berhubung projek terowong dasar laut, antaranya mengenai kos kajian yang mencecah RM135 juta.

"Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri juga, jawapan yang diberi berbentuk teknikal serta tidak menyeluruh dan ada jawapan hanya dalam satu muka surat atau satu perenggan sahaja," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) berkata kekeliruan dalam kalangan penduduk dan wakil rakyat berlaku kerana terdapat terlalu banyak projek mega yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.

Lebih memburukkan keadaan, jelas beliau, projek mega itu seperti terowong dasar laut, tambakan laut untuk membentuk tiga pulau baharu dan lebuh raya, dirancang secara serentak.

"Jadi adalah penting untuk wakil rakyat mendapatkan maklumat lengkap berhubung projek ini untuk didedahkan kepada rakyat tetapi malangnya kami (ADUN) sendiri pun tidak faham kerana terlalu banyak projek mega," katanya.


Nampaknya Guan Eng memang kena letak jawatan tak lama lagi kalau berterusan begini. Boleh goyang Kerajaan Negeri ini macam.

K7L : DAP pun tak suka Guan Eng?..

Drama Apa Rafizi Cuba Buat Musuh Dengan Tipah Koya?


 

Ini semua propa yang dirancang untuk menunjukkan konon team Rafizi sedang berpecah. Umum tahu Tipah Koya dan Rafizi satu team sebab mereka tak ngam dengan Azmin dan Zuraida.

Ini semua cerita konon nak bagitahu yang konon Rafizi sedang bergaduh dengan team sendiri. Bajet nak tunjuk pada rakyat Rafizi tengah marah dan sedang cuba clearkan PKR. Kononnya begitulah.

Dalam masa yang sama dia 'bunuh politik' mereka yang bukan dalam team Rafizi memandangkan semua mata sedang tertumpu kepada pergaduhannya dengan Tipah Koya. 

"Operasi ketenteraan melibatkan tipu helah. Walaupun kamu hebat, tunjukan seolah-olah kamu lemah. Walaupun berkesan, tunjukan seperti tidak berkesan."

Kenapa printscreen ini keluar selepas cerita habuan perempuan dan wang untuk deal projek Kerajaan Negeri? Tak pelik ke? 

K7L : Ini semua berlakon..

Zunar Dan Mereka Yang Serupa Patut Dikenakan Sekatan Ke Luar Negara?





Telah difahamkan bahawa Jabatan Imigresen boleh mengenakan larangan ke luar negara sekiranya individu terbabit "discredit (mencemarkan nama baik), ridicule (mengejek / mencemuh) and disparage (memperlekeh / merendah-rendahkan) pentadbiran negara ketika berada di luar negara".

Kalau mengikut ketiga-tiga istilah tersebut, ianya amat relevan dengan kedua-dua kartun di atas sebagai contoh. Kartun ini memberi signal atau pemahaman kepada pihak luar, termasuk musuh dan penceroboh, bahawa Malaysia adalah lemah, dengan mudah boleh ditumpaskan (disparaging), bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak yakin dengan kekuatan pertahanan negara dan usaha melindungi kedaulatan negara (ridiculing). Kesannya, imej dan jenama negara terjejas (discrediting).

Kartun di atas dibuat oleh seorang yang amat tidak patriotik, kurang ajar, biadap dan pengkhianat. Seseorang seperti Zunar tidak teragak-agak untuk memomokkan sistem pertahanan negara dengan cara yang begitu rendah dan hina. 


Di samping itu, ia juga menjejaskan moral anggota tentera. Zunar adalah musuh negara. Perancis memiliki Charlie Hebdo dan malangnya Malaysia memiliki Zunar sebagai Rakyatnya. 

Sumber : CTS

K7L : Kurung dalam rumah pun tak apa kot?..tanpa internet..

Akhirnya Guan Eng Mengaku Memfitnah Kerajaan Persekutuan?



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak atau memberi kesukaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menerima kelulusan membina jambatan ketiga sehingga memerlukan pembinaan terowong.

Fadillah juga mengambil maklum bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengakui beliau tidak mempunyai keberanian secukupnya untuk mengemukakan permohonan bagi kelulusan seumpama itu biarpun fakta yang diakui beliau bahawa kos membina jambatan adalah lebih rendah sehingga RM2 billion daripada membina terowong.

Malah, beliau turut mengalu-alukan kenyataan Guan Eng hari ini yang memaklumkan akan menghantar surat kepadanya minggu depan bagi memohon pembinaan jambatan ketiga di Pulau Pinang.


Tindakan Guan Eng ini sebenarnya telah menjeratkan dirinya yang selama ini cuba berselindung di sebalik pelbagai helah akhirnya mengesahkan secara tidak langsung segala yang diucap sebelum ini adalah satu pembohongan semata-mata.

Nampaknya dendam kepada orang Sarawak akan lebih menebal dalam hati dia yang kian hari kian bengkak. Kena tuju dari pelbagai sudut. Ini bukan jadi tupai yang jatuh ke tanah tapi mungkin jadi katak yang mati dilanggar mercedes.

K7L : Menjawab lah kau..

Projek Jalanraya 3.65km Bernilai RM300 Juta? #OnlyInPenang




Makin lama makin pelik dengan projek-projek yang dijalankan di Pulau Pinang. Benda yang sepatutnya kecil jumlahnya secara tiba-tiba menjadi besar. Bayangkan nak buat jalanraya biasa sepanjang 3.65 kilometer mencecag RM300 juta?

Nak buat trek keretapi serta stesen yang sepatutnya menelan kos yang tinggi pun hanya bernilai RM100 juta. Ke jalan di Pulau Pinang dibuat bertatahkan berlian ataupun tar gred tinggi daripada luar negara?

Ini sedikit penerangan tapi dalam bahasa Inggeris berkenaan perbandingan dua projek untuk dinilai oleh pembaca sendiri :

The ERL to KLIA2 extension of 2.2 km is funded by Federal Government for RM100 million and is for use to build the train tracks and the train station. In return, ERL does not impose any additional charge for customers travelling to KLIA2 from KL Sentral and cost the same as travelling to KLIA. The ERL extension works out to be RM45 million per km but the cost includes building the stations.

KLIA2 extension, read here.

However, in Penang, a paired arterial road at Jalan Paya Terubong paired road, also known as Jalan Bukit Kukus, will directly link Lebuhraya Thean Teik in Bandar Baru Ayer Itam to Lebuh Bukit Jambul and "is expected to ease traffic congestion by 15%", said Chief Minister, Tokong Joseph Lim Guan Eng. This is a normal dual lane road (not highway) to be funded by Penang State Government will cost RM300 million for 3.65 km or RM82 million per km.

Penang Jalan Paya Terubong extension, read here.


Untuk makluman semua, garis panduan yang normal bagi kos pembuatan jalanraya adalah di antara RM 1 juta kepada RM 5 juta per kilometer. Apa yang berlaku di penang adalah setiap kilometer yang dibuat berharga RM 82 juta!
Tak pelik?

K7L : Makin mengarut DAP nampaknya?.. sakau duit terancang?.. 

20/05/2016

PKR Sudah Ada Nama Untuk Calon Sungai Besar? - PAN Sedia Langgar?


 

Dalam pada masing-masing berebut untuk bertanding di PRK Sg Besar, PKR sudah pun meletakkan calon mereka di Sg Besar. Dengarnya dalam diam-diam PKR tidak peduli dengan PAS yang telah diugut tempohari.

PKR kini merasakan PAS akan akur dan atas sebab itu juga PKR dah hantar calon mereka turun secara senyap ke Sg Besar dan buat kerja jumpa orang kampung. PAS juga nampaknya tidak akan berganjak daripada keputusan.

Dan dengan muktamadnya PKR dan PAS untuk terus bertanding di Sg Besar, apakah PAN sedia langgar untuk memuaskan hati mereka dan menuntut janji bahawa di mana PAS bertanding PAN akan bertanding?

Jika sebelum ini PKR membuat eksperimen untuk mengukur kekuatan dan dapatan undi mereka bila bertembung dengan DAP, mungkin kali ini mereka cuba eksperimenkan pula kedudukan melawan PAS sebagai persediaan untuk tidak bersama dengan PAS lagi.

K7L : Azmin nampak gelojoh dan gila kuasa...

Bekas Ahli PAS Yang Dipecat Doa PAS Kalah Teruk Ketika PRK?



Nampaknya tidak sampai setahun pun dipecat daripada menjadi Ahli PAS, bekas Naib Presiden PAS yang kalah teruk dalam pemilihan PAS yang lalu mula menabur racun kepada pAS.

Parti Pas dipercayai akan kalah teruk pada piihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika hanya berlaku pertandingan dua penjuru bertemu Barisan Nasional (BN) pada 18 Jun depan.

Kata Husam kekuatan Pas sudah semakin menurun sejak parti itu bertindak untuk bergerak bersendirian tanpa bergabung dengan parti pembangkang lain.

"Pas merasakan kawasan itu mereka yang punya seolah-olah parti pembangkang tidak boleh bertanding di situ. Mereka begitu yakin akan menang besar pada kedua-dua PRK itu padahal BN akan 'membungkus' Pas dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada pilihan raya umum lalu," - Husam Musa

Kini Husam masih lagi belum menerima untuk masuk kepada mana-mana parti. Dijangka Husam akan menjadi 'agen' luar untuk meranapkan PAS selepas gagal menjadi parasit dalam PAS apabila dipecat.

K7L : Dia dengan Midin dan Madey dah boleh gang..

PAS Tetap Akan Bertanding Di Sg Besar & Kuala Kangsar Biar 8 Penjuru Sekalipun?


  

Pas bertegas untuk meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung Jun depan. Presiden PAS menetapkan pendirian dan membuat prinsip tiada kompromi dengan Pakatan Harapan.

Paling menarik tatkala DAP desak beri kerusi pada PAN dan Azmin sibuk ugut supaya jagan letak calon, Datuk Seri Abdul Hadi berkata Majlis Syura parti itu telah meluluskan nama-nama calon yang bakal bertanding pada PRK itu.

"Kita kalau bertanding, Pas tidak rugi, sama ada menang atau kalah, kalau menang, kita untung, kalau kalah, kita balik modal. Barisan Nasional (BN) kalau kalah, mereka rugi, tapi kalau menang, mereka balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib." - Hadi Awang

Nampaknya PKR punya ugutan ala mafia tidak berkesan kepada PAS. Kini PAS dilihat menjadi pembangkang yang tidak mengamalkan politik kebencian. Sebab itu jentera PAS dan BN boleh minum kopi bersama-sama.

Berbanding Amanah, DAP dan PKR. Mereka parti yang diterapkan dengan sifat benci. Sifat yang tidak patut wujud sesama manusia. Apapun kita akan lihat mungkin 8 penjuru sekalipun PAS dan BN tetap akan bertanding.

K7L : PAS anggap semua lalat politik dan DAP serta Amanah sebagai musuh namun BN sebagai lawan.. Undi BN paling bagus..

Isu Rampas Roller Blade - Siapa Yang Kejam?



Ada yang berkata kepada Keris, di Pulau Pinang kini Guan Eng tengah cari pasal dan cari masalah. Mungkin itu adalah kesan daripada stress yang dihadapinya sejak terdedah skandal banglo murah dan kurang sokongan di dalam Dewan Negeri.

Difahamkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak bulan April lalu merampas kasut roda (roller blade) yang disewakan kepada orang awam dekat kawasan-kawasan rekreasi terbuka di Pulau Pinang.

"Saya minta, kalau boleh jangan diambil tindakan penguatkuasa.

"Kalau kita tidak menggalakkan mereka beriadah, apa lagi yang warga negeri Pulau Pinang boleh buat,"
 - ADUN DAP

Langkah penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas sejumlah kasut roda daripada pengusaha sekaligus dilihat tidak mesra rakyat dan buat ikut suka masing-masing.


Apa salahnya jika pihak berkuasa menguruskan isu aktiviti tersebut agar dapat mematuhi garis panduan berwajib serta tidak menjejaskan keselamatan semua pihak. Bukan nak runding atau bincang sebaliknya main rampas.

Ini semua gaya autokratik dan komunisme ala Korea Utara yang mana setiap keputusan hanya bersandarkan datu individu sahaja. Dasar keluarga Lim memang begini mungkin?

K7L : Dah tu nak buat apa?..

DAP Jangan Sibuk! - PAS Tak Layan Apa Cakap Parti Lain?



Bengang betul PAS bila DAP bising-bising supaya serahkan kerusi di Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar kepada Amanah yang menjadi wakil Pakatan Harapan biarpun PKR juga berminat.

Jangan menyibuk! Itulah yang dimaksudkan PAS kepada DAP khususnya dan seluruh komponen Pakatan Harapan yang sibu menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

DAP dikatakan tidak habis-habis meminta PAS untuk mengosongkan dua kerusi berkenaan bagi memberi ruang kepada wakil Pakatan Harapan untuk menentang Barisan Nasional. Kata Tuan Ibrahim, PAS bukan di dalam PH lagi yang perlu mengikut telunjuk atau desakan DAP.

Parti DAP sendiri kata Tuan Ibrahim tidak langsung berkompromi ketika PRN Sarawak, jadi mengapa kini mahu mengajar PAS untuk berkompromi? PKR pun tak boleh cakap banyak sebab mereka pun sama langgar janji.


Lawak betul DAP punya perangai. Dulu beria sangat buang dan hina PAS. Tak cukup dengan itu mereka maki sungguh-sunguh. Sampaikan ada 'team' yang dapat dana dari DAP untuk palam Hadi dan konco-konco.

Akhirnya mereka ajak berunding pula untuk kerusi Parlimen yang terkosong. Siap beri arahan bagai. Ingat PAS macam dulu gamaknya nak ikut cakap DAP. Mungkinkah kita akan lihat PAS juga akan melawan DAP pada PRU14 nanti?

K7L : PAS pun ada calon cina..

5 Adun PKR Bakal Buat Kejutan Sebentar Lagi?



Lima ADUN PKR yang sebelum ini mengambil langkah berkecuali terhadap usul dibawa Umno dalam isu penambakan laut di Pulau Pinang tahun lepas merancang untuk membuat kejutan..

Difahamkan usul tergempar terhadap isu penambakan itu akan dibentangkan bersama oleh lima ADUN PKR- Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubok), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Ong Chin Wen (Bukit Tengah).

Mereka disertai oleh Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), yang sebelum ini menyokong Umno semasa usul itu dibentangkan dan dibahaskan pada November tahun lepas. Difahamkan usul tergempar yang akan dibentangkan itu juga akan disokong ADUN BN dan lain-lain wakil daripada Pakatan Harapan.

 "Ia akan menjadi satu kejutan yang besar". - Norlela Ariffin

Kemungkinan usul itu menggesa kerajaan negeri supaya tidak meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dengan kos RM27 bilion sehingga Kajian Terpeinci Mengenai Kesan Alam Sekitar (DEIA) selesai.

Kerajaan negeri juga diminta untuk mencari alternatif lain dan bukannya dengan menambak tiga pulau buatan, untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Kini Lim Guan Eng nampak lebih tertekan.

Usul dua penggal juga mungkin ada dibawa sekali lagi. Jika perlukan pengundian maka tidak mustahil usul itu juga turut mendapat undi majoriti. Mungkinkah ini merupakan salam terakhir Guan Eng di Pulau Pinang?

K7L : Balik Melaka lepas itu tak jadi apa la...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk