30/06/2014

Cuti Nuzul Al Quran Untuk Wilayah Persekutuan



Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 2014.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, malam tadi, mengumumkan hari kelepasan am berkenaan sudahpun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan terbabit iaitu pada Isnin, 3 Februari 2014.

Ini berikutan berlaku pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada Sabtu, 1 Februari 2014.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.

"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu

Pudin Letak Jawatan Bila Prof Pro Anwar Tak Sambung Kontrak UM? #UMCEDEL



The Flying Kick ada menyebut tentang perletakan jawatan di Pudin :

Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang kalah di Parlimen Temerloh pada PRU-13 lalu di tangan Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS, hari ini meletak jawatan sebagai Fellow Penyelidik Kanan Universiti Malaya selepas kawan baiknya yang sangat pro-Anwar Ibrahim, Redzhuan Othman, Pengarah UMCEDEL dan Dekan FSSS, UM, diarahkan meletak jawatan oleh Kementerian Pelajaran.

Perihal perangai Redzhuan Othman, ramai yang sudah memperkatakannya. UMCEDEL ditubuhkan oleh Redzhuan untuk menggunakan dana Universiti Malaya bagi menaikkan imej dan menjalankan strategi Anwar Ibrahim di kalangan pelajar-pelajar universiti. Dan sekalipun UMCEDEL diwujudkan, Universiti Malaya tidak pernah naik rating dan mutunya dalam senarai universiti dunia.

Saifuddin Abdullah pula merupakan 'anggota' PKR di dalam UMNO yang cuba memastikan UMNO dan Barisan Nasional kalah kepada Anwar Ibrahim dengan sebarang cara. Saifuddin Abdullah tidak pernah menyerang Anwar Ibrahim berbanding dia menyerang Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional.

Dengan bermodalkan POLITIK BARU, Saifuddin Abdullah cuba menyebarkan idea tentang perlunya kepimpinan negara ditukar kepada bentuk yang lebih liberal dan sentiasa mengalah kepada kehendak pembangkang.

Perletakan jawatan Saifuddin Abdullah sesungguhnya membenarkan telahan selama ini bahawa dia adalah ANJING ANWAR IBRAHIM dalam UMNO. Lebih ramai pro-Anwar Ibrahim yang berjaya dikesan dan disingkirkan keluar, Saifuddin Abdullah yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Akademi Belia dan pernah mendesak agar SPR dibubarkan bersama-sama BERSIH yang diketuai oleh Marina Chin Abdullah, akan cemas dan melakukan sedaya upaya untuk memberi tekanan agar kesemua pro-Anwar dikekalkan.



Nampaknya siapa Pudin yang sebenar sudah mula terbongkar. Ni nak cerita pulak pasal si Redzuan Cacai Anwar ni. Dia ni memang semua orang di UM tahu hubungan akrabnya dengan Anwar Ibrahim.


Memang semua kajian-kajian yang dibuat dilihat 'diberatkan' supaya condong kepada Anwar atas dasar terhutang budi. Ini semua kroni Anwar berzaman dah.

Pasal Dekan pula, fakulti sasteras ada banyak jabatan beb. Ketua Jabatan akan ditukar secara 'rotation' untuk menjadi Dekan dalam jangkamasa setiap dua tahun. Peliknya si Redzuan ni jadi dekan bukan main lama.

Apa rahsia dia? Talian hayat dia yang merupakan bekas VC UM iaitu Ghauth Jasmun yang dah tamat kontrak tahun lepas. Sekarang tak ada lagi orang yang boleh jadi pedinding untuk dia jadi Dekan lagi.

Soalan Keris kepada Pudin dan Redzuan. Apa korang ingat jawatan tu boleh pegang sampai mati?

K7L : Gila betul la..

Kisah Ikan Bernama Ambar Dan Angkatan Perang Rasulullah S.A.W. #RenungRamadhan


Kisah ini berlaku ketika Nabi Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai. Angkatan tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.

Sebelum berangkat, Nabi Muhamad SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera tersebut. Namun, belum genap lima belas hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.


Ketika itu, Qais ra telah membeli tiga ekor unta daripada orang-orangnya sendiri untuk dijadikan hidangan tentera mereka setiap hari. Mereka tidak lagi kebuluran tetapi ini bermakna alat pengangkutan mereka akan berkurangan hari demi hari. Memikirkan akibat itu, Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta diberhentikan dengan serta merta.

“Wahai sahabatku sekalian, kumpulkan semua buah tamar yang ada pada kalian. Kita perlu menjimatkan makanan kita untuk hidup,” ujar Abu Ubaidah.

Para sahabatnya yang lain tanpa berlengah mengumpulkan tamar yang tinggal di dalam satu bekas. Kemudiannya buah tamar ini dicatukan kepada sebiji untuk seorang. Bagaimana mereka dapat hidup hanya dengan sebiji buah tamar?

Walaupun cuba berdikit-dikit dengan makanan yang ada, akhirnya tamar sebiji seorang itu pun habis. Mereka sudah hampir kebuluran. Demi menyambung nyawa, mereka terpaksa memakan daun-daun kayu. Untuk mengurangkan rasa kasar dan keras daun kayu itu, mereka menyiramnya dengan air terlebih dahulu sebelum dimakan.

Allah Yang Maha Mengasihani merasa belas melihat hamba-hambanya yang sedang menderita. Apatah lagi, mereka itu sedang berjihad ke jalan-Nya. Ditakdirkan, seekor ikan yang amat besar telah terdampar di tepi pantai. Ikan besar itu bernama ‘Ambar’. Seumur hidup mereka, tidak pernah melihat ikan itu dan terdetik rasa hairan di hati masing-masing, dari mana datangnya ikan sebesar itu.

Mulai detik itu, ‘Ambar’ dijadikan hidangan dan makanan mereka selama lapan belas hari. Tiada lagi kelaparan malahan ikan itu seolah-olah tidak luak dan cukup pula untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan mereka pulang ke Madinah.

Setibanya di Madinah, cerita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda berkata,

“Ikan itu adalah bekalan yang dikurniakan Allah untuk kamu semua. Ingatlah,penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para nabi, kemudian kepada orang yang kedudukannya rendah sedikit daripada nabi dan kemudian kepada mereka yang paling baik di kalangan kaum Muslimin lainnya.”

K7L : Jika berjihad ke jalan Allah..pasti ada kurnianNya..

26/06/2014

Kayuh Basikal Solo Dari Utara Ke Selatan - 40 Jam Untuk 866 km? #MualafJerman



Orang pertama dunia yang menyeberangi Semenanjung Malaysia dari Utara ke Selatan. Sejauh 866 kilometer yang mengambil masa kurang daripada 40 jam. Yang mengagumkan adalah pengayuh basikal ini berumur 44 tahun berkayuh tanpa henti!

Farouk Jorg Baer merupakan seorang mualaf daripada Germany. Apapun tahniah! Boleh ikuti perkembangan nya di Twitter @LIMBCMALAYSIA.

K7L : 1 kilo pun dah semput...

PAS Selangor Dalam Perancangan Mahu Keluar Dari Pakatan?


Pemuda PAS Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal propembangkang untuk memperburuk-buruk imej Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan apabila The Malaysian Insider (TMI) telah meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

“Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

“Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

“Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama,”katanya.

Kenyataan penuh :

Pemuda Pas Selangor Pertahan Presiden Dari Fitnah

Saya tidak hairan melihat TMI berhari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.

Yang menariknya serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan TKSI disingkirkan ketika ini.

Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian Pas Selangor berhubung dengan beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak TKSI.

Ketika ini, sepatutnya Pas Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.TSKI perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.

Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.

Ia juga adalah rentetan “projek langgar Hadi” yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru ; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI.

Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasan TGHH yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Memang dalam sirah Rasulullah SAW pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.

Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai ‘sumber dalaman’.

Saya mencabar media yang menyatakan ‘sumber dalaman’ itu utk menyatakan siapa gerangan ‘sumber dalaman’ dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.

Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka grand design ini. Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama. Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini.

Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini.

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
21 Jun 2014

Johari Abdul Sahkan Kes Pukul Pakai Kerusi Atas Sebab Apa?


 

Semua tahu pasal kes kerusi terbang masa pemilihan PKR yang makan masa lebih kurang setengah tahun untuk selesai. Difahamkan JPP juga dah jumpa bukti kenapa bertumbuk masa pemilihan.

Rupanya sebab perkara tak masuk akal. Ini Johari yang cakap bukan Keris yang cakap. Dia kata kadang-kadang bergaduh sebab girlfriend boleh jadi hal masa pemilihan. Ini bermakna mereka yang ada dalam PKR adalah golongan yang tidak matang.

Tak reti pakai otak. Itu diperakui oleh Pengerusi JPP sendiri beb. Sendiri mengaku ahli PKR bengap dan tak rasional. Jadi rakyat dah boleh nilai sendiri.

K7L : Parti budak hingusan...

25/06/2014

12 Kaum Yang Dibinasakan Allah #MuhasabahDiri


 

1. Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Salleh

Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

K7L : jangan tunggu kaum kita dibinisakan baru nak sedar sudah..

5 MCA 1 Gerakan - Tahniah @NajibRazak - Sila Terus Bagi Muka Pada Yang 'Menangkan' BN




1. Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
2. Mah Siew Keong - JPM
3. Wee Ka Siong - JPM
4. Lee Chee Leong - Timbalan Menteri, MITI
5. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
6. Senator Chu Mei Fun - Timbalan Menteri Wanita

Tahniah! Ini baru dikatakan demokrasi terpimpin. 5 MCA dan 1 Gerakan. Ok fine Gerakan memang kita dah janji dan memang ada kuota untuk mereka. MCA dulu kata tak mahu ada dalam kabinet jika tak membantu kenapa lepas tukar Presiden semua berbondong-bondong nak ada dalam kabinet.

Orang yang kalah pun dapat jawatan. Sebab itu BN kena faham, kalau dah kalah tak perlu lantik senator lepas tu lantik dalam kabinet. Tak kisahlah dia jawatan apa pun. Naib Presiden ke Ketua apa ke. Patut jadikan ruang 'kekosongan' untuk bantu parti dengan jawatan yang dipilih ahli parti. Tak ada dalam kabinet tak apa sebab rakyat tak pilih tu sudahlah.

Beri muka sangat akan menunjukkan kita lemah. Tapi Keris agak setuju dengan pendapat beberapa rakan iaitu kita beri peluang. Malas dan tak kompeten lagi, kita boleh hentam cukup-cukup.

Ada dalam 3 tahun untuk MCA buat kerja sungguh-sungguh. Diharap tak ada pula perasaan buat kerja acah-acah mak enon sebab tahu kalau kalah lagi sekali pun tetap ada dalam kabinet. 

Apapun aku yakin ini semua penasihat yang salah bisik pada telinga PM. Dah tiba masa reshuffe pegawai-pegawai dalam PMO?

K7L : Nak bagitahu.. reshuffle bukan tambahan..

23/06/2014

@KhalidSamad Malu Besar - PAS Selangor Tak Mengaku Kenyataan Sekat Kuasa MAIS?



Haha! Ini betul punya swing. Nampaknya PAS Selangor tidak menyokong pendirian yag dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen PAS kawasan Selangor berkenaan penyekatan kuasa eksekutif MAIS bersama-sama pihak Istana.

Khalid Samad, MP Shah Alam yang sudah tidak laku lagi hari ini malu besar setelah terkantoi dengan kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas. Ianya berikutan mereka seakan bimbang MAIS lebih tegas terhadap 'kerja-kerja kotor' mereka mungkin.

Benda sama macam hudud. Kalau tak buat salah orang mesti tak takut. Sekarang Khalid Samad yang poyo cakap depan wartawan nak buat apa?

Rasanya dah boleh kot untuk minta maaf secara terbuka. Gentle sikit bang. Dah buat salah kena minta maaf. Kata nak jadi contoh kepada orang muda. Ini cakap tak pakai otak lepas tu nak ego payah.

Apapun PAS Selangor nampak macam bersedia untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ready jelah dengar berita.

K7L : Malam tadi ada beberapa nama besar PAS Selangor berjumpa..apa agenda?..

Harakah Sebar Gambar Lelaki Dedah Aurat - Tak Hormat Muslimah? @hdaily09



Inikah harakah yang merupakan lidah parti paling 'Isle' dalam Malaysia? Kata Islam sangat tapi artikel tak boleh blah. Tak tahu pula harakah hanya lelaki sahaja yang baca. Ini siap guna tajuh 'lelaki hot'. 

Ke Harakah dah terpengaruh dengan Anwar yang hot tengok lelaki? Inilah lidah rasmi PAS. Masih nak baca?



K7L : Kot iya pun musim bola.. tak perlu kot lidah rasmi Parti Islam Semalaysia letak gaabr tak tutup aurat..

20/06/2014

Bapok Tak Guna @azwanhjali Mencarut Orang Dalam Twitter - Adik @AzminAli Kan?



Dari Kedah Ke KL yang kini bertukar prospek dari seorang penulis politik kepada penganalisa artis tanah air. Haha!

Siapa la tak kenal si Azwan Ali ni kan? Pengacara propa mulut laser yang menyakitkan hati orang. Lani, dah tak laku masuk TV, dia dok laser kat twitter la pulak.

Status Twitter Azwan Ali sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Saban hari, ada sahaja isu yang diketengahkan oleh pengacara tersebut.

Namun, beberapa status yang dimuatnaik oleh Azwan menarik perhatian kami. Malah, ia dipercayai dibalas semula dengan sindiran sinis oleh Adibah Noor.
Ha..Kalau anda memang Twitter freak dan rajin follow artis, sudah pasti anda pun dapat menghidu perkara yang sama. Tapi apa yang berlaku sebenarnya?



Antara status ‘panas’ Twitter Azwan Ali

Apa sudah jadi? Tak tahu daripada mana puncanya, suasana hangat ini dikatakan bermula apabila kedua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM.

Adibah Noor juga dilihat seakan-akan tidak mengalah dan membalas status Twitter tersebut dengan sindiran yang tidak kurang pedasnya.



Ha.. berlawan kata sinis nampak. Ada tak sesiapa kat sini dapat agak ataupun nak teka apa sebenarnya punca ‘perang dingin’ antara dua bintang terkemuka ini?

Tentu ada salah faham di set, kemudian diluahkan pula di twitter. he he he..

Tapi sesiapa pun akan menyampah dengan Azwan Ali tu.. diva pala angguk dia.

K7L : Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik http://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Kami Sokong Kenyataan @razlanrafii Pasal Pusat Judi! #SelamatkanAkidah



Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membantah lagi sebarang permohonan tambahan judi.

Kami mendapat berita ada permohonan Pusat Judi akan dibuka di Bukit Tinggi, sebagai sebuah negara yang meletakan Agama Persekutuan adalah Agama Islam, segala usaha untuk menghapuskan apa sahaja yang haram dalam Islam mesti di tingkatkan.

Contohi Indonesian yang sudah berjaya mengharamkan lesen perjudian di Negara itu.

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menolak segala permohonan lesen judi masa kini dan masa akan datang.

Kita kena ada usaha mengurangkan, bukan menambah.

Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan


Betul tu! Keris setuju sebab lesen untuk buka pusat judi mudah sangat. Nak buka cybercafe pun mudah sangat sampai tukar jadi pusat judi. Tunggu aduan aje kerjanya. Kan bagus tubuh pasukan elit untuk siasat. 

Lagi satu nak tambah dosa untuk Malaysia? Hentikan judi di Malaysia!

K7L : Rasa berdosa kalau tak sokong amar makruf nahi mungkar...

Mike Tyson Lupa Dosa Lama - Cuba Ikut Syiah Mat Sabu? #PASesat



Bekas Naib Presiden UMNO, Muhammad Muhd Taib mendakwa UMNO tidak mampu mendidik umat Islam di negara ini menjadi insan yang dikehendaki oleh agama Islam kerana UMNO hanya tahu menyogok rakyat dengan hiburan yang melalaikan. Muhd Taib juga menuduh UMNO hanya mementingkan keduniaan semata-mata dengan membina prasarana tetapi melupakan tugas untuk mendidik rakyat kearah menyebarkan agama.

(Muahahahah... didik rakyat sebar agama dengan demonstrasi, kebencian dan memecah belahkan ummah...sokong LGBT, murtad, curi pasir...?)

Beliau mendakwa, UMNO hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata dan tidak yakin UMNO mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

(Muahahahaha... lebih baik bina jalan raya dari baring dan melalak atas jalan raya macam lembu weh)

"UMNO lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan. "Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam ke seluruh dunia," katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh.

(Muahahahaha...patutla engko dulu pi Ostolia mengembara bawak duit banyak-banyak...ko pergi Ostolia tu sebarkan Islam ke?...masa ko perintah Selangor dulu pun banyak hiburan, ko tak halang pun)

Muhd Taib mendakwa Kelantan harus dijadikan contoh pentadbiran terbaik berbanding negeri-negeri lain kerana pemimpin PAS Kelantan katanya amat bersih, jujur dan juga amanah. Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

(Muahahahaha...Tak perlulah nak puji sangat pembangunan Kelantan di bawah Nik Ajiz tu. 23 tahun memerintah ramai yang berhijrah keluar sebab tak de kerja di negeri sendiri. 23 tahun perintah hudud ke mana... seludup plak yang banyak)


Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru itu yang disifatkannya sebagai seorang yang benar-benar mulia akhlaknya dalam mentadbir Kelantan menjadi negeri yang terbaik diantara negeri-negeri lain.

(Muahahahaha...Buat malu guna nama Serambi Mekah kalau jenayah semakin berleluasa, rogol bergilir-gilir sesedap rasa. Sedangkan Aceh pun dah laksanakan hudud sejak 2006, sedangkan di Mekah sendiri dah ada sistem monorel tapi PAS di Kelantan hanya tahu rompak balak untuk kroni)

"Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan," kata beliau. -UtaraNews.com

(Cukup-cukuplah mengipas PAS la wei, Ko kecewa sebab dipinggirkan UMNO dari menjadi calon PRU 13 lalu ko masuk PAS kerana nak cuci dosa...Nik Ajiz pun dah mengaku kesilapannya mentadbir Kelantan, ko bila plak nak mengaku salah tadbir Selangor dulu?)

Serambi Mekah atau Serambi Bermukah?

Gambar Hiasan: Rogol beramai-ramai menjadi trend terbaru di Kelantan di bawah pemerintahan PAS sepertimana berlaku di Ketereh baru-baru ini. 

K7L : Cakap tak serupa bikin..

19/06/2014

Kisah Sebenar DI Sebalik Gambar Naga Yang Tersebar #NagaWujud



Ini kisah semalam. Tahu pasal naga?

Naga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah fantasi. Namun begitu naga juga dikatakan sejenis haiwan legenda dan didakwa pernah wujud suatu masa dahulu di muka bumi ini. Bagaimanapun setakat ini masih belum terdapat bukti akan kewujuduan naga ini.


Ahli-ahli paleontologi dan kaji sejarah masih belum menemui sebarang bukti bahawa naga pernah mendiami muka bumi ini. Setakat ini yang sering ditemui adalah fosil-fosil dinosaur yang memang pernah wujud di zaman purba.

Mungkinkah naga itu sebenarnya dinosaur yang masih belum pupus sewaktu tamadun manusia mula berkembang? Mungkin dinosaur tersebut disalah anggap sebagai naga oleh manusia pada waktu itu. Cerita mengenai naga pula kemudian ditokok tambah seperti mempunyai sayap dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya.


Mengikut ahli sejarah, seorang ahli sejarah China purba bernama Chang Qu pernah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah menemui rangka naga di sebuah tempat bernama Wucheng dalam wilayah Sichuan sekitar tahun 300 Sebelum Masehi. Bagaimanapun penemuan itu ditolak oleh ahli sejarah dan berpendapat bahawa rangka tersebut berkemungkinan besar merupakan fosil dinosaur.


Penemuan naga juga turut dicatatkan oleh dua pengembara yang terkenal iaitu Herodotus dan Marco Polo. Herodotus, pengembara berketurunan Greek yang digelar Bapa Sejarah oleh ahli falsafah Cicero telah menulis di dalam catatannya bahawa beliau telah mengembara ke sebuah tempat bernama Judea sekitar 450 Sebelum Masehi. Beliau telah mendengar cerita dari penduduk tempatan bahawa terdapat seekor naga yang dikurung berhampiran negara Jordan.

Herodotus kemudian melawat ke tempat tersebut dan menjumpai banyak rangka berbentuk ular. Herodotus kemudian mencatatkan bahawa rangka itu adalah seekor ular yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir dan telah bertembung dengan burung Ibis lalu mati dibunuh oleh burung tersebut.


Pedagang dan pengembara terkenal dari Venice iaitu Marco Polo pula telah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah diserang dengan makhluk seperti naga yang berterbangan sewaktu ekspedisinya melalui padang pasir di Anatolia untuk menuju ke Persia.


Di Tanah Melayu, Tasik Chini yang terletak di Pahang dikatakan pernah dihuni oleh seekor naga. Misteri tentang kewujudan naga di Tasik Chini masih belum dapat dihuraikan sehingga sekarang.

SUMBER : PAGE FB Misteri & Keajaiban Alam

18/06/2014

Siapa @cmlimguaneng Nak Letakkan Syarat? Ingat Kedah Kit Siang Kau Punya?



Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah? Itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.


Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf.

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta.




Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat.

Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail memberi peringatan supaya menghentikan gelagat 'kiasu' yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri.

Sikap 'kiasu' Guan Eng dilihat semakin menjadi-jadi sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan cadangan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

"Sejak itu, nampak sangat dia (Guan Eng) tidak senang duduk. Saya sendiri pun tak faham sebab apa dia jadi begitu kalau bukan kerana 'kiasu'. Orang 'kiasu' ni memang macam tu, tak boleh tengok orang senang. Dalam kata lain, dia cemburu atau iri hati.

"Sebab itu dia bantah kita bawa permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim," katanya.

Istilah 'kiasu' mengikut dialek Hokkien bermaksud takut kalah.

Ku Abdul Rahman berkata, cadangan Kedah mahu bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim sama sekali tidak akan menjejaskan Pulau Pinang yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

"Ini kerana mengikut kajian, LTABL akan capai tahap tepu atau kapasiti maksimum dalam tempoh dua tahun lagi dan jumlah kargo pula kian menurun setiap tahun. Ertinya zon utara memerlukan sebuah lapangan antarabangsa yang baru.

"Persoalannya di mana?

Dengan keadaan lalu lintas yang begitu sesak di Pulau Pinang walaupun sudah ada jambatan kedua dan masalah tanah yang terhad, kita kira yang paling sesuai adalah di Kulim.

Walaupun dia (Guan Eng) sebut Pulau Pinang paling banyak dapat FDI (Foreign Direct Investment atau Pelaburan Langsung Asing) tahun lalu, apa salahnya kalau kita nak majukan Kulim?.

"Kita sudah ada Taman Teknologi Tinggi di Kulim yang kita boleh tawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelabur dengan adanya lapangan terbang antarabangsa. Ini usaha kita, apa pula masalah dia?," katanya.

Ku Abdul Rahman berkata, pencapaianekonomi Kedah pada masa ini juga sudah mengatasi Pulau Pinang berdasarkan jumlah pelaburan pada suku pertama 2014 di mana negeri itu berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4 bilion di bawah Sarawak yang mendapat pelaburan RM7.3 bilion.

"Pulau Pinang hanya berada di tempat kelima dengan pelaburan RM831 juta, apa yang dia nak angkat diri sangat?," katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang juga tidak seharusnya berasa terancam jika cadangan pembinaan lapangan terbang itu direalisasikan kerana LTABL akan kekal dengan kedudukan sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri itu.

"Pelancong asing memang ramai ke Pulau Pinang dan tak akan terjejas. Saya yakin," katanya.

Mengenai lokasi, Ku Abdul Rahman berkata, nampak jelas sikap 'kiasu' Guan Eng yang menuntut LTABL dinaik taraf termasuk penambahan landasan malah bersedia menambak laut untuk mengatasi masalah tapak yang terhad.

"Mengapa perlu tambak laut sedangkan kita di Kedah tidak ada masalah itu. Tambak laut memerlukan kos lebih tinggi sedangkan manfaat penggunaannya mungkin hanya meningkat sedikit.

Di Kulim, tak perlu semua itu (tambak laut) sedangkan kita akan dapat lapangan terbang baru yang boleh memangkin peningkatan ekonomi berlipat kali ganda bagi zon utara termasuk Pulau Pinang sendiri.

"Soal tapak kita tak ada masalah kerana kita ada ladang kelapa sawit seluas lebih 6,000 hektar untuk tujuan itu. Tak perlu tambak laut yang boleh menjejaskan alam sekitar," tegasnya.

Katanya, Guan Eng tidak perlu masuk campur apa lagi meletak syarat kerana soal kelulusan bukan di tangan beliau tetapi Kerajaan Pusat.

"Apa perlu dia sebut pasal syarat? Itu menunjukkan dia takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kita bukan nak berlawan dengan dia pun. Kita fikirkan kepentingan negara, bukan Kedah semata-mata macam dia yang hanya fikir hal Pulau Pinang.

"Kita yakin lapangan terbang baru ini boleh bawa manfaat besar bukan kepada Kedah saja tetapi Perak dan Pulau Pinang ," katanya. Ku Abdul Rahman turut menempelak sikap Guan Eng yang menurut beliau, bukan daripada jenis jiran yang baik.

"Kalau dia jiran yang baik, dia tak akan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Kita nak bawa kebaikan kepada rakyat, mengapa dia nak bantah?

Dia lupakah selama ini kita (Kedah) sudah banyak berkorban untuk dia, korbankan hasil balak kita untuk jaga empangan pastikan dapat terus hantar air ke Pulau Pinang.

"Mereka tak bayar pun sedangkan di negeri lain, semua kena bayar. Pahang hantar ke Selangor kena bayar, Melaka pun bayar kepada Johor. Singapura juga bayar kepada Johor," tegasnya.

K7L : Sibuk sangat pasal Kedah kenapa?..

Messi Tebus Balik Tak Salam Maskot - Bapak Untung Weyh! #WorldCup2014



Sebelum ini kecoh di laman sosial pasal Messi yang dikatakan sombong hanya kerana terlepas untuk salam seorang peminat dari kalangan maskot FIFA. Berlaku sebelum perlawanan bermula.

Kuasa media sosial akhirnya kanak-kanak yang kecewa kerana dianggap 'tidak dilayan' Messi menerima hadiah yang lebih besar. Bagi budak berumur itu, dapat duduk atas riba dan bergambar dengan Messi, sampai tua beb dia bangga.


K7L : Ini dikatakan hikmah..Dia nak salam..Allah bagi dia lebih dari tu..

Kedudukan MCA-Gerakan-SUPP - Nostalgia 1968 Dalam Ingatan?



Nampaknya suara MCA-Gerakan-SUPP semakin senada dengan DAP. Selepas kegagalan parti-parti komponen berorientasikan kaum cina dilihat lemah berdasarkan keputusan pilihanraya, mereka mula 'bersuara' apabila melihat keadaan yang lemah ini mereka terpaksa bersatu.

Oh! Jangan kata kenyataan Keris rasis sedangkan mereka yang cauvinis dan lebih rasis. Antara yang mengusik Keris dengan kenyataan mereka adalah perihal hudud. Mempersenda untuk dapat apa? Malangnya pihak UMNO dan Pemuda khususnya tidak ada kenyataan yang lebih tegas.


Kini secara tiba-tiba usaha baik yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah ditempelak oleh Barisan Nasional Pulau Pinang. Ironinya suara bantahan pembinaan Lapangan Terbang Kulim yang dirancang untuk dibuka di Sidam datang dari mereka yang 'menang' kerusi paling banyak di Pulau Pinang.


Kemudian secara sesuka hati mahu menyuruh Perdana Menteri menggugurkan DS Jamil Khir dari Kabinet kerana kenyataan berkenaan Malaysia bukan negara sekular. Come on! Malaysia selama hari ini aman, kenapa nak mula mempertikai hal ehwal Islam?

Inilah suara yang datang dari parti-parti yang mempunyai masalah dalam yang tidak selesai-selesai lagi. Ada dua perkara Keris nak sentuh pasal MCA.

1. Kalau kamu tak perform tolong jangan cakap banyak

2. Tahu kira atau tidak bilangan Kerusi MCA di Parlimen?

Keris petik kata-kata CTS

Adalah diharapkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak tegas memberi ingatan kepada parti melukut di tepi gantang ini supaya cepart sedar diri dan tidak terlalu angkuh tidak bertempat. Diam orang-orang Melayu bukan diam pengecut dan jangan terlalu mencabar kesabaran mereka

K7L : Ramai yang memerhati..ingat anak muda pun ramai yang radikal dalam BN.. :)

Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah



Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda (bahasa Inggeris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.

Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing

Sejarah awal

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.

Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.

Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA & THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami peristiwa yang berlaku disekeliling kita.

AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu.

Salah satu artikel yang dikeluarkan kira-kira 2 tahun lalu telah saya siarkan semula di blog ini pada Januari 2010, Sekarang masih lagi dibaca dan menjadi antara artikel yang popular. Malaysia 2013 ?? unleash riots... moslems, ..must read Anehnya apa yang disebut dalam artikel itu menunjukkan bahawa AfterDark mempunyai sentuhan yang istimewa. Banyak kebenaran telah dapat beliau singkap untuk diketengahkan..Jangan hiraukan pegangan politiknya, ambil pengetahuan yang dikongsikan. Saya percaya beliau seorang yang jujur.

Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.

MEKAH, MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat

Kita tinggalkan politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara paranormal.

Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) ) mengenai Dajjal dan medan tenaga bumi.

Tetapi sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa? Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama pada awal perbincangan.


Mengasingkan mereka yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu, adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan Sains.

Kami bermula dalam nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.

Hollywood telah melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti "Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem. Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?


Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay, di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai persamaan?

tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf, masa anda sudah tamat.

Adakah anda belum tahu lagi? Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang sangat kuat.Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik? Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal.


Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal, Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.

Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.


Saya tidak mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?

Kedua, hujah Isa Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau, maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti yang sama.


Ketiga, kepala lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak sebelum Dajjal dilahirkan.

Oleh itu, garis masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan elektromagnet yang kuat.

Sesaorang boleh terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.

Membina dinding biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang dan malam.

Fakta wujudnya bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar pulau Dajjal .

Teori pertama sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap "Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah dan bercakap melalui handpone terlalu lama.


Ia adalah teori yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS, apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah dan Madinah.


Dalam usaha untuk melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS) yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah, tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat terlarang ialah Mekah dan Madinah.

Tambahan lagi, jika benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.

Oleh kerana rakan Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah, sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu. Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa singkat (sepontan).

Pada pandangan saya kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari "pengawal keselamatan".

Mengapa saya mengatakan begitu?

Ia adalah satu pengetahuan yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau hantu).


Hakikatnya semua makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov. Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak tidak bernyawa.

Jika benar kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).

Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan "Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda) berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).

Harus kita ingat bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz, 'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar biasa.


Saya fikir ia juga boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortalyang paling merbahaya di dunia.

Jika jumlah tentera besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.

Walau bagaimanapun, teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya, jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera, tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif. Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.


Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini.

Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi

Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life (Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.

Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini

Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.


Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).

Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.

Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..

Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:


"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.

Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.

Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita

Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda. penghargaan untuk AfterDarkWriters


apa kaitan dengan keris?

Tolong beri jawapan kerana saya tiada jawapannya.

Mengapa Melayu tidak menggunakan pedang sebagaimana bangsa lain?
Sebaliknya terus menggunakan keris. Sesuatu yang pelik.

Apa itu Lorong waktu (worm holes)?

Dalam sejarah, manusia, kapal-kapal, pesawat terbang dan lain-lain sebagainya yang hilang secara misteri seperti yang sering kita dengar di perairan Segitiga Bermuda, sebenarnya adalah masuk ke dalam lorong waktu yang misteri ini.

Seorang ilmuan Amerika yang bernama Ado Snandick berpendapat, mata manusia tidak dapat melihat keberadaan suatu benda dalam ruang lain, itulah objektif keberadaan lorong waktu.

Dalam penyelidikannya terhadap lorong waktu ini, John Buckally mengemukakan teori hipotesisnya sebagai berikut:

* Keberadaan lorong waktu adalah bersifat kebendaan (material), tidak terlihat, tidak dapat disentuh, tertutup untuk dunia fana kehidupan umat manusia, namun tidak mutlak, karena kadang-kadang ia akan terbuka.

* Lorong waktu dengan dunia manusia bukanlah suatu sistem waktu, setelah memasuki seperingkat sistem waktu, ada kemungkinan kembali ke masa lalu yang sangat jauh, atau memasuki masa hadapan, karena di dalam lorong waktu tersebut, waktu dapat bersifat searah atau pun berlawanan arah, boleh bergerak lurus atau sebaliknya, dan bahkan boleh berada dalam keadaan diam membeku.

* Terhadap dunia fana di bumi, jika memasuki lorong waktu, berarti hilang secara misteri, dan jika keluar dari lorong waktu itu, maka ia muncul pula secara misteri.

Disebabkan lorong waktu dan bumi bukan merupakan sebuah sistem waktu, dan oleh kerana waktu boleh diam membeku, maka meskipun telah hilang selama 3 tahun, 5 tahun, bahkan 30 atau 50 tahun, waktunya sama seperti dengan satu atau setengah hari.

Meskipun beberapa teori dilontarkan, namun tidak ada yang memuaskan sebab munculnya tambahan seperti benda asing bersinar yang mengelilingi pesawat sebelum kontak dengan menara pengawas terputus dan pesawat lenyap. (sebahagian sumber)
Satu lagi misteri untuk dikongsi bersama. Masih banyak rahsia alam yang belum dapat diteroka oleh makhluk lemah bernama manusia. Namun malangnya dalam kegelapan kejahilan, sebahagian manusia ini begitu angkuh berdiri cuba memakai pakaian Tuhan dan mengaku mereka pandai dan tahu segalanya.

Tiga Titik Aneh

Cuba buat satu garisan melintasi mukabumi (secara kasar) dan bahagikan dengan angka 3 (mengapa 3? tak perlulah kita fikirkan), kita akan lihat ada tiga tempat yang mana dua darinya amat terkenal dan telah disentuh dalam artikel di atas. Satu titik lagi terus tersembunyi, walaupun ada yang cuba menyelongkarnya, namun ia terhenti begitu sahaja. Keganjilannya semakin bertambah dan siapakah yang berani (dengan ikhlas) cuba selesaikannya? Menghairankan, titik satu, sejuk tetapi panas di dalamnya, titik kedua panas diluar sejuk di dalamnya, bagaimana dengan titik ketiga yang pernah digelar Segitiga Naga? Bersifat panas-sejuk?

Semoga ada yang berani membuka rahsia ini.... atau ia akan terus kekal sebagai rahsia selamanya?

klik untuk besarkan

Salam hormat dari Abatasa, jika panjang umur kita berjumpa lagi. Semoga Allah mengasihi saudara semua dan dilimpahi rahmat tak terhingga, Amin.

*Sumber dari akhzaman.blogspot.com

K7L : Terlalu banyak rahsia di dunia..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk