30/11/2017

Skandal Tanah Sungai Yu - Azmin Senyap?




SHAH ALAM 26 Nov. - Belum pun terjawab siapa 18 ‘individu’ misteri yang diluluskan permohonannya dalam skandal tanah Sungai Yu biar pun nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini muncul pula bukti senarai nama penerima yang jelas memperlihatkan berlakunya kronisme kronik.




Daripada 175 penerima yang diluluskan permohonan, terdapat tiga keluarga dipercayai merupakan pemimpin PKR di Sungai Yu dikesan bertindak membolot sekurang-kurangnya 15 lot tanah dan mereka juga dipercayai Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dilantik Kerajaan PKR Selangor bagi menentukan siapa paling 'layak'.

Salah sebuah daripada tiga keluarga itu dikesan memperoleh sehingga sembilan lot tanah, iaitu selain atas nama sendiri, turut mendapat tanah ialah isteri, empat adiknya, dua anaknya serta seorang ipar, manakala sebuah lagi keluarga juga menggunakan kaedah sama apabila membolot empat lot (diri sendiri, ayah, adik-beradik).

Selain itu, ada juga pemohon yang diluluskan permohonannya dikesan menetap sejauh lebih 300 kilometer dari Sungai Yu, iaitu ada yang beralamat di Batu Kawan, Pulau Pinang; Ipoh Barat, di Perak; Masjid Tanah, di Melaka dan Rembau, di Negeri Sembilan, sedang­kan dalam syarat mengatakan penduduk tempatan diutamakan

K7L : Kena Jawab!...

PAS Tetap Jadikan Mahathir Musuh Utama!



Roslan SMS – Tun Dr Mahathir sudah dikatakan begitu. Namun ramai yang masih mahu menaruh kepercayaan pada beliau. DAP malah terlalu yakin yang Tun kononnya boleh membawa undi Melayu bagi menjamin kemenangan mereka menguasai Putrajaya dalam PRU ke 14 ini.

Begitulah politik matlamat menghalalkan cara. Walau mereka tahu Tun ini jenis “political animal” yang sangat berbahaya dan berbisa namun demi mencapai cita-cita politik masing-masing mereka julang dan usung juga.

Kedurjanaan politik Tun yang paling besar semasa PM selain Tragedi Berdarah di Memali dan Kes Tun Salleh Abas (yang kategori mega) adalah kezaliman terhadapa Dato Seri Anwar dan keluarga.

Tun pecat Anwar dari jawatan TPM dan kemudiannya Timbalan Presiden Umno atas alasan Anwar mengamalkan seks songsang dan kemudiannya Anwar didakwa dan akhirnya didapati bersalah dan dipenjara kerananya.

Lenyap karier cemerlang Anwar lantaran tindakan Tun.
Tun ketika itu bukan sekadar mahu menyingkirkan Anwar malah membunuh terus politik Anwar.
Tiadalah aib dan cela paling besar selain PM sendiri terbit dan mendakwa Anwar berperilaku homoseksual dan menggunakan tangannya melepaskan nafsu terhadap seorang lelaki lain terpapar di kaca TV ketika itu.

Peristiwa ini tidak dapat dan tidak boleh dilupakan rakyat. Ramai menyangka Tun kini sudah berubah. Mungkin beliau insaf dan sedar akan kesilapan lampaunya kerana itu DAP dan PKR sanggup menobatkannya sebagai ketua mereka.

Tetapi Tun tetap Tun. Terbukti dalam satu majlis forum Rabu baru ini sikap sebenarnya. Dalam forum dihadiri anak-anak muda itu Tun ditanya berkenaan kes pemecatan Anwar dahulu.

Ramai menyangka Tun akan mengaku kesalahan dan kesilapannya tetapi itu bukan Tun.
Tun menyebut dakwaan pihak polis terhadap Anwar, Tun sebut surat dari Umi Hafilda. Juga beliau sebut laporan terperinci pihak polis berkenaan aktiviti seksual Anwar yang diberikan padanya.

Beliau juga sebut berjumpa semua pihak yang terlibat. Kemudian beliau sebut polis yang memutuskan untuk mendakwa Anwar dan berkenaan jawatannya Umno yang memutuskan untuk memecat Anwar.

Sikit pun Tun tidak sebut beliau silap. Ringkasnya Anwar dipecat, diseret ke mahkamah dan kemudiannya dihumban ke penjara dan hilang semua jawatan lantaran angkara polis dan Umno, bukan PM dan Presiden Umno.

Boleh percaya? Bermakna semua yang membantah, protes dan gerakan reformasi dulu silap belaka dan sia-sia tindakan mereka. Bukan Mahathir yang perlu undur dan dipersalahkan tetapi polis dan Umno. Selamat mengenali kelicikkan dan tipudaya Mahathir yang orang PAS sudah terlalu masak dan maklum.

Undur Mahathir undur.

* Penulis, Roslan Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor

K7L : Undurlah jaga cucu...

Sedang Berlaku Di Pulau Pinang - PKR Bermusuh Dengan DAP?



Azizi Safar -Pertelingkahan antara DAP dan PKR Penang tidak boleh disembunyikan lagi. DAP dan PKR Penang banyak menyimpan dendam sesama mereka. Pertelingkahan sengit DAP vs PKR yang disembunyikan dari pengetahuan umum sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia bagaikan Gunung Merapi Agung yang mungkin meletus bila-bila masa saja.

Tindakan mengenepikan ADUN PKR-Kebun Bunga Cheah Kah Peng dari menguruskan program agihan bantuan atau pampasan banjir kepada penduduk DUN Kebun Bunga yang diwakilinya adalah satu penghinaan kepada PKR Pulau Pinang.

Dendam Lim Guan Eng terhadap Cheah Kah Peng sangat jelas. Sebelum ini Cheah Kah Peng pernah dikeluarkan dari Perbadanan Bukit Bendera dan digantikan dengan Anthony Loke MP DAP-Seremban yang dibawa dari DAP Negeri Sembilan.

Tindakan itu dibuat kerana Cheah Kah Peng mempertikai projek-projek tambakan laut yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng.

Seorang lagi ADUN PKR digugurkan dari Lembaga Pengarah Penang Golf Club (dulu Bukit Jambul Golf Club) dan digantikan dengan Tony Pua, MP DAP-Petaling Jaya Utara.

PKR Penang tidak mampu berbuat apa-apa apabila tindakan itu diambil ke atas dua ADUN PKR walaupun Anwar Ibrahim Ketua UMUM Pakatan Harapan dan Wan Azizah adalah Presidennya.

PKR diwakili oleh 3 orang ADUN dalam MMK Negeri Pulau Pinang; di mana seorang daripadanya adalah TKM1. Tapi jadi TKM1 pun macam tunggul kayu buruk saja.

Aku selalu sebut kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan ternyata ia adalah tepat dan benar. Yang ada di Penang bukan kerajaan Pakatan Harapan; yang ada cuma Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sahaja.

PAS bukan lagi sekutu dalam pakatan pembangkang itu manakala PAN tiada wakil dalam DUN dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala PKR sudah jadi melukut di tepi gantang DAP saja.Kupang tembaga tak laku

Desas-desus 3 ADUN PKR di atas akan tinggalkan DAP di Pulau-Pinang gara-gara Lim Guan Eng Kuku Besi, tetapi di negeri lain masih kekal seperti biasa.

K7L : Huhu.. PRU14 Pulang semula ke BN!..

Rumah Urut Beribu Ribu, Rumah Mampu Milik Rakyat Tiada Di Selangor



“Saya difahamkan sehingga kini terdapat lebih 6,000 rumah urut yang menawarkan khidmat seks sedang beroperasi di sekitar Selangor. Jumlah ini tidak termasuk rumah urut yang beroperasi secara haram” kata Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, ahli parlimen Kuala Selangor dalam sidang Dewan Rakyat.

Turut didedahkan oleh ahli parlimen Kuala Selangor itu adalah tentang pengusaha perkhidmatan seks di Selangor yang menggunakan medium Whatsapp dan Wechat untuk mempromosikan perniagaan mereka. Semua rumah urut ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi mereka.

“Persoalannya siapakah yang meluluskan permohonan mereka di bawah Undang Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Perniagaan Kesihatan 2007?” soal ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Sebelum 2008, bilangan rumah urut tidak lebih daripada 420 buah sahaja di Selangor, namun kini jumlah itu sudah jadi berpuluh puluh ribu buah rumah urut. Meningkat mendadak jumlahnya sejak PKR dan DAP memerintah negeri Selangor.

Rumah urut banyak dibina, tetapi rumah mampu milik untuk rakyat Selangor tidak pula menjadi keutamaan bagi kerajaan Azmin Ali. Pada 2 November 2017, Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendedahkan kira-kira 40,000 pembinaan rumah mampu milik di Selangor sudah menjadi projek terbantut.

“Kalau kerajaan negeri tak bagi bekerjasama dengan PR1MA dan PPR tentu kita akan hadapi masalah, kalau nak pastikan rumah PR1MA dilaksanakan rumah dengan lebih banyak, sebab sekarang ni baru 11 ribu sahaja yang kita bina, ada 40 ribu lagi yang belum kita laksanakan, pastikan BN menang dulu di Selangor PR1MA kita akan buat dengan lebih banyak lagi” kata Tan Sri Noh Omar.

Baru 11,000 rumah sudah dibina oleh kerajaan BN pusat bukannya kerajaan negeri Selangor. 40,000 lagi rumah PR1MA mahu dibina oleh kerajaan BN pusat untuk rakyat Selangor, namun Azmin Ali enggan beri kerjasama untuk membinanya. Kerajaan Negeri Selangor lebih senang beri kelulusan untuk lesen rumah urut dari meluluskan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.

18 April 2015, Azmin Ali janji hendak buat rumah mampu milik rakyat di Semenyih. Azmin janji hendak buat 15,000 unit rumah dalam masa 3 tahun menggunakan geran RM100 juta dari rezab kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini, sudah dua tahun lebih, tidak ada pun rumah mampu milik di Semenyih.

Yang ada adalah rumah mampu tengok dan lihat untuk rakyat Selangor. Rumah urut dan pusat judi yang bertambah tambah di Selangor, bukannya rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Lihatlah bagaimana kerajaan BN buat rumah untuk rakyat di Selangor. Baca pautan ini;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/kerajaan-bn-tidak-roboh-rumah-rakyat.html#.Wh4p_nlx3IU

Rumah urut bertambah menjadi hampir 25,597 buah di Selangor, 6,000 daripada rumah urut ini menawarkan khidmat seks menurut pendedahan yang dibuat oleh ahli parlimen Kuala Selangor.

Selain itu, pusat judi juga turut bertambah di Selangor menjadi 19,971 buah pusat judi daripada hanya 128 sahaja pada tahun 2008.

Hotel bajet juga bertambah dari sejumlah 68 buah pada tahun 2008 menjadi 23,583 buah di Selangor. Kelab dan pub juga bertambah. Pada tahun 2008 hanya ada sejumlah 38 sahaja lesen kelab dan pub diluluskan di Selangor, kini sudah berjumlah 9,394 buah kelab dan pub di Selangor.

Siapa yang meluluskan pertambahan rumah urut, pusat judi, kelab dan pub ini di Selangor? Siapa yang menguasai dan berada sebagai ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?

Lihatlah sendiri bagaimana keputusan undian untuk meluluskan pesta arak di Klang. Ahli Majlis dari parti mana yang lebih mendominasi dalam undian tersebut?

DAP lah yang menentukan segala galanya di Selangor. Daripada sejumlah 288 ahli majlis dalam 12 PBT di Selangor, DAP dan PKR yang menguasainya. Sejumlah 101 orang ahli majlis adalah daripada PKR, 96 orang ahli majlis adalah dari DAP, 72 orang adalah daripada PAS dan 8 orang adalah daripada PAN.

Mereka yang berada dalam ahli ahli majlis inilah yang perlu disiasat oleh SPRM dan pihak berkuasa. Ada kemungkinan mereka ini mempengaruhi dalam mesyuarat untuk memberi lesen bagi lambakan rumah urut, pusat judi dan pub di Selangor. Jumlah semua sekali rumah urut, pusat judi, hotel bajet, kelab dan pub di Selangor ini adalah 78,545 buah di Selangor.

Azmin hanya rancang 15,000 rumah sahaja rumah mampu milik untuk rakyat negeri Selangor. Itu pun Azmin bohong, duit rezab RM100 juta untuk projek itu lesap entah ke mana, rumah tidak juga siap siap.

Apa yang siap dan jadi adalah perancangan yang dibuat oleh ahli ahli majlis PKR dan DAP di setiap PBT ini, sampai puluhan ribu rumah urut dan pusat maksiat dibina di Selangor.

Rumah bilal kena roboh. Rumah untuk rakyat tidak siap. Rumah maksiat pula bercambah sampai berpuluh ribu unit di Selangor. Pesta arak dibenar dan diluluskan. Inilah cara PKR dan DAP memerintah bila mereka mendapat kuasa. Rakyat di bawah masih ternganga menanti rumah mereka.

Azmin biarkan sahaja ahli ahli majlis DAP dan PKR ini mengaut hasil dari rumah urut dan maksiat ini.

K7L : Melayu Selangor kena bangkit!...

29/11/2017

CEC DAP Hanya Untuk Penuhi Syarat ROS!



Seorang ahli DAP mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membatalkan Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 12 November lalu.

Surat aduan oleh Ahli DAP Cawangan Bukit Nenas, B.Kalayene yang tersebar di media sosial mendakwa pemilihan itu wajar diharamkan kerana ia berlangsung secara tidak telus bagi mengekalkan penguasaan kumpulan tertentu yang pro kepada Dinasti Lim.

Malah, dakwa beliau, pemilihan semula pimpinan DAP itu tetap membuahkan hasil yang sama iaitu tiada calon Melayu yang menang kecuali Zairil Khir Johari walaupun DAP selama ini mendakwa ia parti berbilang bangsa termasuk Melayu.

“Pemilihan kali ini dilihat sebagai telah dirancang, sekadar syarat memenuhi arahan ROS untuk terus mengukuhkan kedudukan Dinasti Lim,” dakwanya seperti yang terkandung dalam surat aduan kepada ROS tersebut semalam.



Pemilihan semula CEC) DAP baru-baru ini menyaksikan kebanyakan barisan kepimpinan lama kekal menerajui parti itu kecuali hanya dua muka baharu sahaja yang dipilih.

Kalayene mengemukakan beberapa bukti pemilihan semula CEC DAP itu telah dirancang oleh pimpinan DAP untuk mengekalkan penguasaan kumpulan pro Dinasti Lim seperti berikut:

1. Tiada pemerhati dibenarkan melihat proses pengiraan kertas undi pemilihan CEC DAP. Cuma Anthony Loke ahli DAP dibenarkan masuk ke tempat proses pengiraan undi menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

2. Jumlah sebenar delegasi dan cawangan yang layak memilih CEC DAP sebanyak 2,576, tetapi agak menghairankan jumlah kehadiran cuma 1,356. Sekretariat malah tidak mengumumkan jumlah cawangan yang hadir.

3. Perlembagaan DAP menghadkan jawatan Setiausaha Agung selama tiga penggal atau lapan tahun tetapi anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah memegang jawatan itu selama 13 tahun. Guan Eng sedang berhadapan kes mahkamah tetapi masih dibenarkan memegang jawatan Setiausaha Agung. -MYNEWSHUB.CC


Pakatan Habis Modal - Menyerang Isu Yang Tak Cukup Fakta!



WAN AZIZAH SALAH FAKTA KONONNYA GAJI KETUA PENGARAH JASA LEBIH TINGGI DARIPADA GAJI MENTERI

1. Tuduhan Kak Wan mengenai gaji KP JASA membuktikan pembangkang tidak selidiki terlebih dahulu fakta;

2. Gaji KP JASA adalah di bawah tajuk VU5 bukan VU7 (RM20,592) seperti yang didakwa oleh Kak Wan;

3. Gaji KP JASA sekarang di bawah tajuk VU5 adalah sebanyak RM19, 398;

4. Gaji KP JASA adalah gaji 'Lump Sum'. Bermakna dia tidak boleh claim elaun lain seperti keraian, perumahan, cola, insentif khas, pembantu rumah, elaun tetap jawatan JUSA dan elaun penyelenggaraan rumah dan lain-lain;

5. Gaji Menteri sebanyak RM14 ribu yang disebut oleh Kak Wan adalah 'gaji pokok' iaitu tidak termasuk elaun dan claim-claim lain. Kalau dicampurkan dengan elaun elaun lain jumlah gaji Menteri ialah lebih kurang RM38,000.00

6. KP JASA menerima gaji 'Lump Sum' sebab dia adalah pegawai 'Contract for Service' bukannya “Contract of Service”.

7. Bahkan Pegawai JUSA A “contract of service” turut layak menerima beberapa elaun seperti Menteri tetapi tidak kepada Pegawai “Contract for Service” seperti KP JASA sekarang.

8. Wan Azizah mungkin tidak tahu bahawa GAJI pokok di bawah VU5 (JUSA A) adalah RM9,038 (minimum) dan RM24,465 (maksimum) tidak termasuk elaun elaun lain berjumlah hampir RM12K.

9. Wan Azizah patut tanya kenapa GAJI pokok Saifuddin Nasution Pengarah Strategik Lim Guan Eng RM12,000 lebih tinggi daripada GAJI pokok wakil rakyat RM11,250.


K7L : Bubar je Harapan.. eh.. Tak cukup sifat mana boleh lari...

Maklumat Tentang Mereka Yang Layak Menerima BR1M


Klik untuk besarkan imej

Buat mereka yang kurang mengerti bagaimana untuk mendaftar BRIM 2018 dan penerima sedia ada yang ingin mengetahui cara-cara untuk kemaskini, disini kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk memohon dan kemaskini.

Berikut adalah bayaran mengikut kategori pendapatan:


Permohonan baru dan pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.
Permohonan BRIM 2018


Sebelum mendaftar BRIM 2018, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, iaitu:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
  5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
  6. Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.

Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:-

Memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau
semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.


Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:-

  1. MyKad pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.
Permohonan baru BRIM 2018 hanya akan dibuka mulai Disember 2017 SAHAJA. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, dapatkan Panduan Pengguna Permohonan Baru di https://ebr1m.hasil.gov.my.
Kemaskini BRIM 2018

Pemohon boleh kemaskini maklumat dengan 2 cara, iaitu:-

2. Secara Online
– Layari portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my
– Klik menu kemaskini Permohonan
– Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
– Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.

1. Secara Manual
Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

  • Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang)
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
  • Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan.
Bagi Skim Khairat Kematian BRIM, permohonan kemaskini maklumat waris adalah bermula 3 April – 31 Mei 2017. Anda diingatkan supaya peka dengan setiap pengumuman mengenai BR1M. Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

#RawangByPass - Satu Lagi Laluan Tanpa Tol!



Laluan Rawang By-Pass tanpa tol akan telah dibuka kepada umum bermula jam 6 pagi tadi. Berikut adalah sedikit maklumat yang Keris kongsi daripada TaikoTV.

Projek pembinaan lebuhraya ini merupakan antara yang terkompleks di dalam sejarah pembinaan lebuhraya di Malaysia dan juga merupakan yang paling kompleks daripada segi penentuan bahagian ketinggian jajaran.

Laluan sepanjang 23km ini direka arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar melibatkan penambahbaikan 10.72km jalan sedia ada dan pembinaan empat lorong dua hala untuk 12.58km bermula 16 Julai 2005 dan dijangka siap 12 Januari 2008 dengan kos anggaran RM203.47 juta.



Namun beberapa Perjanjian Tambahan dimetrai termasuklah peruntukan khas bagi kos kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik, pembinaan jalan alternatif sepanjang 3.3km melalui Taman Warisan Negeri Selangor, penambahbaikan 1.57km lebuhraya persekutuan, dan memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan RM390 juta dan dijangka siap pada tahun 2017.

Laluan ini dibina merentasi Taman Warisan Selangor, yang padat dengan hutan. Ia unik kerana ditiang sehingga 60m tinggi dan dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di mana setiap pokok perlu dielak seberapa banyak yang mungkin daripada terkorban.



Di sepanjang laluan ini, pengguna lebuh raya akan berada separas puncak pokok atau lebih tinggi bergantung pada kawasan dan selain itu juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.


Laluan ini penting dan dijangka memendek waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja. Ia juga bakal menaik pembangunan di Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim.

Pemandangan yang menarik menunggu anda jika berada di atas laluan tinggi tersebut.

K7L : Permulaan jalan tanpa tol.. Mahathir confirm sakit hati...

28/11/2017

Teguran Penganalisis Politik Untuk Kepimpinan UMNO!



PERHIMPUNAN Agung UMNO 2017 dari 5 hingga 9 Disember nanti yang terakhir sebelum pembubaran parlimen. Teka-teki sedang berlegar saat ini siapa calon parti terbesar orang Melayu itu yang bakal bertan­ding dalam ibu segala pilihan raya umum (PRU).

Dalam keghairahan itu, ada yang terlajak laris menonjolkan diri. Ada pula sudah terbayang mimpi indah jika dipilih pucuk pimpinan sebagai calon. Tidak kurang pula cemas dan panas punggung jika diketepikan.

Yang menarik untuk ditonton kali ini ialah keberanian untuk menampilkan bakat-bakat muda dengan daya kepimpinan segar, dinamik dan relevan dalam landskap politik semasa yang dipengaruhi sekelilingnya ter­utama golongan muda. Calon baharu dan muda walaupun tiada track-record untuk dinilai, boleh mencetuskan kebangkitan ke­sedaran politik era global.

Isu pemilihan calon warlord atau calon muda bukanlah baharu. Walaupun masih belum diuji kemampuan dan kekuatan, pengaruh calon baharu dan muda dalam politik amat signifikan dan perlu.

Cuba kita imbas kembali sejarah keberanian UMNO era 70-an 80-an yang berani menampilkan calon muda termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyandang jawatan Menteri Besar Pahang dalam usia 29 tahun.

Tan Sri Shahril Samad um­pamanya, dianggap sebagai war­lord rakyat yang mempu­nyai track-record baik dan masih berpengaruh kuat. Yang penting kita mahukan warlord yang sedia berkhidmat untuk masyarakat dan bukan ‘warlord bermusim’.

Warlord atau ‘otai’ politik ini sudah mempunyai track-record dan sudah masak dengan permainan politik.

Sebagai contoh, untuk kawasan mempunyai komposisi pengundi muda yang tinggi, calon-calon orang muda berwibawa hendaklah diutamakan. Contoh­nya, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi yang boleh disino­nimkan dengan watak ‘Jawa Kampung’ yang kelihatan lebih bersahaja, bersederhana serta mudah dirapati pengundi dan rakyat di kawasan beliau.

Dalam memilih calon bertan­ding, pemimpin di peringkat atasan perlu memiliki sikap tegas dan konsisten terhadap pujukan dan desakan pihak yang melobi untuk menjadi calon khususnya dalam kalangan ketua bahagian.

Jangan sampai di saat akhir, pemimpin berlembut hati dan menerima calon ‘payung terjun’. Dalam konteks menetapkan kriteria calon bertanding, faktor ‘sure menang’ mesti diambil perhatian kerana yang hendak kita pilih ini bukannya wakil parti tapi wakil rakyat.

Persoalannya, beranikah pucuk pimpinan untuk tidak mencalonkan mereka yang ‘terdesak’ dan ‘mendesak’ ini tetapi menampilkan calon mempunyai pesona dan karakter pasti menang?

Justeru semua perlu mengambil sikap ‘ukur baju di badan sendiri’. Ketepikan soal merajuk dan membawa diri kerana yang penting ialah kemenangan parti. Seseorang yang tidak berpotensi tinggi untuk menang tidak akan terkejar-kejar melonjakkan diri untuk dipilih.

Berdasarkan analisis di atas, UMNO perlu mempertimbangkan beberapa saranan iaitu:

Pertama, UMNO perlu menampilkan wakil rakyat yang mendukung inspirasi parti dan dekat dengan pengundi sehingga perasaan rakyat begitu terikat dengan perjuangan kepimpinan. Justeru, tidak mustahil mencalonkan muka baharu yang memiliki kehebatan dan keunikan tersendiri untuk menang dan tidak rugi menampilkan warlord yang peratus kemenangan amat jelas.

Kedua, individu dipilih ber­tanding nanti harus faham bahawa yang ingin dicari dalam pilihan raya ialah watak sebagai wakil rakyat bukannya sekadar calon. Wakil rakyat yang dipilih memikul amanah perjuangan untuk membangun dan menjayakan bangsa Melayu menjadi bangsa besar dan bermaruah tinggi.

Ketiga, jangan ‘kitar semula’ formula mencari wakil rakyat. UMNO harus terima hakikat, ke­tua bahagian yang pernah kalah dalam PRU sekurang-kurangnya dua kali bertanding serta tidak mempunyai ciri-ciri winnable dan likeable, perlu ditolak dahulu oleh parti sebelum disingkirkan oleh pengundi pada PRU nanti.

Keempat, pastikan UMNO berani mengemukakan calon baharu, muda dan popular bagi menggantikan tempat warlord. Mesti bertan­ding di kawasan putih atau ‘sure menang’. Bukannya sekadar ‘asalkan bertanding’ sahaja bagi memenuhi permintaan kuota orang muda. Pendek kata, jangan sabotaj calon baharu bertanding di kawasan hitam.

Kelima, warlord atau ketua bahagian yang hendak dipilih perlu diterima rakyat terlebih dahulu. Bukannya layak kerana jawatan ketua bahagian. Congakan atau perkiraan seumpama itu tidak boleh diguna pakai dalam PRU ke-14 (PRU-14). Mereka harus menerima perkara ini dengan hati yang terbuka kerana seluruh jentera dan peruntukan parti di bawah kawalan ketua bahagian. Jangan pula apabila tidak terpilih, ada ‘gerombolan’ ke Putrajaya untuk cubaan pujuk rayu.

Justeru, ketua bahagian yang tidak terpilih dalam PRU-14 kelak harus menerima sesiapa sahaja bakal wakil rakyat ditetapkan pucuk pimpinan parti. Sejujurnya, seluruh ahli parti lebih-lebih lagi pengundi muda memerhatikan sahaja dengan dekat sikap, watak dan gelagat warlord berjiwa besar ini adakah berani melakukan pe­ngorbanan demi parti yang sedang diuji dan berada di persimpangan jalan yang amat getir.

Berdepan PRU-14 bukannya ma­sa untuk berbangga dengan jenama parti. Yang utama adalah memberi sokongan padu dan membantu berkempen untuk calon yang dipilih pucuk pimpinan sama ada warlord atau muka baharu.

DATUK MOHD. NIZAR SUDIN ialah Penganalisis Politik merangkap Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

Mesyuarat Cawangan PPBM Tidak Mungkin Berlangsung Sebelum PRU14



Mulanya Mahathir mengaku bahawa PPBM lemah di peringkat akar umbi dan tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan. “Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik” kata Mahathir pada 13 November 2017.

26 Bahagian PPBM sudah mulai protes pada Mahathir. 358 aduan sudah pun dibuat mengenai kegagalan PPBM di peringkat bawah mengadakan mesyuarat. Ada disesetengah tempat mesyuarat yang dirancang bertukar jadi majlis hari jadi.

Betapa teruknya krisis yang berlaku dalam PPBM. Jumlah ahli pun masih lagi malu hendak umumkan. Di seluruh negara, sudah banyak yang keluar dari PPBM. Ainina, bekas Srikandi PPBM pun sudah gelar yang ada dalam PPBM hanyalah keldai dan lanun sahaja.

Apa lagi yang Mahathir hendak sorok? Satu negara sudah tahu PPBM memang layak digelar sebagai Parti Penuh BerMasalah, PPBM. Namun Mahathir tetap dengan egonya. Mula mula mengaku masalah yang ada, kemudian Mahathir buat pusingan “u turn” dan menyalahkan pula kerajaan BN pusat bila parti yang ditubuhnya sendiri gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan jika gagal mengikut peraturan ROS ini. Mahathir tulis dalam blognya tuduh Datuk Seri Najib yang salah.

Tuduh Datuk Seri Najib buat strategi ‘tidak jawab” bila partinya gagal adakan mesyuarat cawangan. Inilah sahaja cara yang Mahathir boleh buat untuk tutup kesalahannya sendiri. Mana Mahathir hendak mengaku kalah.

Lihatlah dalam isu liwat dan “melancapi” lelaki lain berkaitan dengan Anwar Ibrahim, sudah dua kali Mahathir ditanya dalam forum terbuka. Mahathir tidak menjawab. Mahathir tidak pernah hendak mengaku kalah. Masih menyalahkan orang lain sebagai bersalah.

Dalam isu partinya sendiri, Mahathir bersikap sama. Bila Pendaftar Pertubuhan menyatakan PPBM berkemungkinan dibubarkan kerana gagal mematuhi perlembagaan partinya sendiri, Mahathir tidak boleh menerima kenyataan itu. Masih menyatakan bahawa ROS tidak boleh bersikap sedemikian.

Padahal perlembagaan parti bunga itu dikarang dan dibuat oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri. Tidak ada paksaan daripada pihak lain untuk suruh mereka buat perlembagaan PPBM seperti yang ada sekarang. Lagi pun, hampir 90% perlembagaan PPBM itu tiru bulat bulat perlembagaan UMNO. Bila siap, kenapa susah sangat hendak ikut perlembagaan yang mereka tulis sendiri?

Buat mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pada 6 November 2016 hanya 12 orang sahaja yang hadir daripada 30 orang. Hanya 40% sahaja yang hadir. Kehadirannya lebih teruk daripada mereka yang hadir dalam pemilihan khas DAP.

Bermakna parti pimpinan Mahathir ini ikut hirarkinya adalah lebih teruk dari DAP, PKR dan PAN. Yang paling teruk sekali. 

Muhyiddin sendiri mengaku parti bunga mungkin tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan sebelum PRU14. Dalam satu kenyataan media pada 21 November 2017, Muhyiddin menyatakan “tidak dapat memberi jaminan sama ada mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti seperti dikehendaki Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang”.

Jadi, bila gagal uruskan parti sendiri, maka PPBM kenalah buat gimik lain supaya orang lupa tentang masalah sebenar mereka. Maka mereka curilah ADUN Anak Bukit dari PAS untuk lompat masuk jadi ahli PPBM di Kedah semalam. Kemudian Mukhriz pula cari gaduh dengan ROS.

Terpaksalah sebar cerita cerita palsu kononnya borang permohonan khas kad pengenalan untuk undi Barisan Nasional. Buat cerita tipu kata hendak ambil keputusan UPSR kena bayar yuran. Sensasikan cerita penukaran nama Proton dalam bahasa China dan serang peribadi orang yang sedang main golf.

Apa lagi PPBM hendak cerita bila harga minyak turun? Terpaksalah buat cerita karut ini.

Semua cerita persepsi dan palsu ini dibuat semata mata hanya untuk tutup cerita dalaman parti PPBM. Tidak mahu rakyat tahu tentang masalah PPBM yang gagal buat mesyuarat cawangan. Mula mula dahulu dakwa ada 6 juta orang ahli, kemudian sampai sekarang masih lagi malu hendak umum berapa ramai ahli.

Mesyuarat cawangan PPBM ini tidak akan berjaya dibuat sebelum PRU14 diadakan. Mahathir dan PPBM hanya akan bermain emosi rakyat sahaja. Jika PPBM dibubarkan, mereka akan menyalahkan kerajaan BN pusat sebagai pesalah. Padahal yang sebenarnya bermasalah adalah PPBM sendiri. Parti Penuh BerMasalah, PPBM.

K7L : Malunyaaaaa.....

Penyebaran Gambar/Video Kematian - Mohon Dihentikan Dalam Media Sosial




Ini antara pesanan daripada keluarga mangsa yang mana video dan gambar yang melibatkan kemalangan jiwa disebarkan. Sensitiviti kini tidak lagi menjadi keutamaan dalam memastikan penyebaran maklumat adalah wajar dan sesuai untuk dikongsi di lama sosial.


Di bawah ini juga merupakan luahan perasaan salah seorang daripada manusia yang akal fikiran sejajar dengan ilmu yang ada berlandaskan Islam. 

Luahan Puan Adilah Hamzah.

TERKILAN DENGAN KEBODOHAN MASYARAKAT

Petang tadi suami aku balik kerja agak lewat disebabkan hujan lebat. Dia hantar gambar melalui whatsapp, jalan jem sepanjang Beranang disebabkan pokok tumbang di depan, dia berhenti di wakaf tempat menunggu bas. Bertentangan wakaf tersebut ada kedai kosmetik, orang yang menjaga kedai tersebut panggil suami aku masuk ke kedainya sebab ribut di luar, angin kencang sampai terangkat bumbung kedainya.

Setelah hujan pun reda..suami aku start motor nak sambung perjalanan..dalam 100m ke depan, orang berkerumun di tempat pokok yang tumbang. Suami aku pun berhenti nak tengok juga apa yang menarik perhatian sangat orang ramai. Masing-masing tengah sibuk merakam dan mengambil gambar seorang pakcik tua yang dihempap pokok besar!! Betapa marahnya suami aku dengan kebodohan masyarakat kita yang berlumba-lumba nak jadi orang pertama sebarkan gambar di Facebook, Whatsapp,Instagram sehinggakan tak ada seorang pun yang nak tolong pakcik tersebut.

Suami aku gulung seluar kerjanya, meluru ke arah pakcik tersebut, rasa nadi di leher dan pergelangan tangan, tetapi pakcik itu sudah tiada. Suami aku jerkah orang sekeliling untuk tolong angkat pokok besar tu barulah orang terhegeh-hegeh nak tolong. Tetapi apakan daya,tidak awal dan lewat sesaat dua..pakcik itu sudah menemui ajalnya.

Apa yang suami aku kesalkan, jika mereka yang sibuk-sibuk ambil gambar untuk jadi orang pertama tu terlebih dahulu membantu pakcik yg tersepit di motornya disebabkan pokok yang menghempapnya mungkin pakcik itu boleh diselamatkan lagi. Tetapi manusia hari ini berebut untuk ambil gambar dahulu untuk disebarkan daripada berebut untuk menghulur bantuan. Pakcik tua tu, tak tahu siapa isterinya,tak tahu siapa anaknya..Bayangkan jika kita ini isterinya,kita anaknya alangkah sedih ayah yang dihempap pokok, anak yang jatuh dari Kenanga Wholesale, orang keliling sibuk mengambil gambar nak disebarkan di laman media sosial. Tak kena batang hidung sendiri memang tak sedar..

Semoga kekesalan suami aku hari ini menjadi pengajaran buat aku dan juga semua..Jika orang dalam kesusahan di tepi jalan raya,di masjid,di RNR, di kedai, di mana-mana sahaja,jadilah orang pertama hulurkan bantuan..bukan hulur handphone kau nak ambil gambar!

Suami aku yang memang tak ada Facebook, katanya nak guna handphone biasa-biasa sahaja,tak mahu ada whatsapp lagi kerana teknologi hari ini membunuh empati sesetengah masyarakat yang tidak berotak..

Begitulah bebelan aku malam ini..moga bermanfaat..
Wakaf Menunggu Bas,Beranang

K7L : Ambil gambar dan sebar lebih penting dari membantu.. bodoh!..

Apa Masalah Proton Nak Tukar Nama Kepada Baoteng?



Dek kerana sudah tiada isu. Maka cai-cai Pakatan mula menimbulkan isu yang akhirnya membuktikan kebodohan mereka sendiri. Isu penukaran nama Proton kepada Bao Teng dibangkitkan dan kononya akan memberi kesan kepada negara Malaysia.

Kesempitan pemikiran mereka menyebabkan mereka tidak mahu mencari kebenaran. Malahan isu kecil ini diperbesarkan seolah-olah memberi kesan terus kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

Fakta sebenar adalah pertukaran nama itu berlaku cuma di negara CHINA sahaja! Nama Bao Teng diambil bagi menggantikan nama Proton untuk Pasaran China. CEO baru Proton hanya bercadang untuk bawa nama pendaftaran tersebut di China

Sudah tentu tiada kaitan dan tiada perubahan langsung yang berlaku di Malaysia. Penggunaan nama Proton kekal untuk Pasaran Malaysia. Sebelum ini mereka mendaftarkan nama Pu Teng dan kini mereka bercadang menggantikan nama tersebut kepada Bao Teng yang memberi maksud Lebih Bertuah.

Benar kata rakan Keris iaitu Abu Aqif :

Mitsubishi tukar nama Proton,
Daihatsu tukar nama Produa,
KIA tukar nama Naza,
Hyundai tukar Inocom,

Ada nampak Jepun dan Korea meroyan cam khawarij-khawarij kat Malaysia? 

K7L : Cari kebenaran bukan sebar fitnah..

27/11/2017

Siapa Kata Kerajaan Pusat Tidak Beri Subsidi Pada Rakyat?



Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad minggu lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.

Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. 


Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.

K7L : Kena faham kesesuaian subsidi..

Kejatuhan Azmin Akan Direncana Sama Seperti Khalid Ibrahim?




Azmin kini diambang yang sangat bahaya. Ada gerakan dalam PKR yang sedang menyusun atur untuk melihat kejatuhan Azmin yang direncana lebih kurang seperti Khalid disingkirkan.

Gerakan ini dikatakan dibuat oleh dua team yang mana satu telah dipecat oleh Azmin daripada PKR dan satu lagi team yang bersedia untuk mengangkat seseorang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Dalam masa yang sama juga wujud kumpulan yang mahu menidakkan Azmin yang kini sedang menyusun langkah untuk menjadi Presiden PKR yang kedua selepas Wan Azizah yang semakin dimamah usia.

Apapun kumpulan yang bergerak ini bukan calang-calang. Mereka antara yang sangat memahami geopolitik PKR dan kelemahan Azmin. Kini Kem Azmin pun dengarnya ada yang beralih arah.

K7L : Ramai yang mula takut untuk terus berada dibelakang Azmin?..

Bukti Malaysia Negara Aman - Khas Untuk Mereka Yang Kufur Nikmat?



Orang di negara luar hendak datang tinggal di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit pencen mereka di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit mereka melancong dan membeli belah di Malaysia.

Ada juga yang sanggup naik bot dan tongkang beribu batu jauhnya kerana hendak mencari perlindungan dan rezeki di Malaysia. Ada yang sanggup jual tanah dan gadai harta benda semata mata hendak cari wang belanja datang ke Malaysia.

Ada pelabur sanggup habiskan berbillion dollar melabur di Malaysia. Di negara yang sedang berperang, rakyatnya mahu datang ke negara kita. Jadi peminta sedekah pun tidak mengapa di Malaysia.

Orang Jepun dan Korea memilih Malaysia sebagai destinasi mereka bila sudah berpencen. Ada yang suka habiskan wang untuk menikmati kemudahan kesihatan di Malaysia.

Namun rakyat Malaysia sendiri ada yang suka sabotaj negara sendiri. Cakap negara ini hendak bankrup dan bermacam macam lagi. Orang luar berpusu pusu mahu datang ke Malaysia, orang Malaysia pula ada yang mengutuk negara sendiri.

K7L : Haihh...

Azmin Gagal Di Selangor - Ramai Sudah Tidak Dengar Cakapnya?




Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat lemah kerana kegagalannya memperkukuh kerjasama pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah PKR, PAS dan DAP. Terutama sekali dengan tekanan PAN yang terus menerus menekan Azmin Ali untuk menyingkirkan PAS daripada Jawatankuasa.

Azmin juga dilihat mengeruhkan lagi konflik di antara PAS, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini dalam keadaan rapuh dan berpecah belah terutama dalam membuat keputusan.

Azmin Ali yang gagal menyatupadukan pembangkangterutama dalam pembahagian kerusi membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai kekuatan. 

PAS yang selama ini merupakan tiang kekuatan Azmin mungkin akan hilang. Sejauh mana Azmin mampu meraih kekuatan sedangkan didalam PKR sendiri sudah ada desas-desus untuk menjatuhkan kartelnya sendiri. 

K7L : Azmin Ali dalam kenangan?..

26/11/2017

Pakatan Tidak Boleh Lagi Harapkan PAS - Nga Kor Ming



Pakatan tidak boleh lagi harapakan PAS!

PAS tidak akan lupa dengan kata-kata Nga Kor Ming. Ini lidah bercabang 18 punya manusia, Hari ini dia maki PAS bila PRK dia pujuk PAS. Betul-betul bangsat punya manusia. 

Penyokong PAS kena ingat lidah MP Taiping ini ibarat suara DAP Perak sekaligus ada terkait dengan DAP Pusat. Inilah Parti yang beria mahu menghancurkan PAS sehingga mereka taja untuk gulingkan Presiden PAS yang akhirnya gagal.

Dan apabila gagal mereka jadi 'warlord' yang memecahkan lagi sokongan PAS yang mana tertubuhnya PAN yang kelihatan sangat Pro-DAP. Apapun kita kena ingat DAP adalah musuh kita semua. 

Musuh rakyat adalah chauvinisme DAP serta rakan-rakan yang duduk semeja dengan mereka. Apapun hukum mereka ketika PRU 14 kelak. Jangan kerana harga minyak yang tak ada kena mengena dengan Kerajaan yang tidak mampu mengawal harga dunia terus nak gadai Malaysia.

K7L : DAP musuh rakyat!...

Perwakilan DAP Pilih Mendiang Karpal Berbanding Calon DAP Melayu!


 

43 undi untuk mendiang Karpal Singh memberi signal bahawa calon DAP Melayu tidak layak pun menerima undi daripada perwakilan DAP yang datang. Mereka yang boikot CEC usah dikira tetapi yang hadir sah pro kepimpinan sedia ada.

Apa yang kita dapat lihat adalah DAP sebuah parti yang cauvinis dan rasis. Keterbukaan mereka yang cuba ditonjolkan dengan bakat-bakat muda dan beberapa nama Melayu adalah dongeng semata-mata.

Kalau dalam CEC DAP yang calon Melayu Tulen tak ada seorang pun menang, bayangkan bagaimana sikap mereka terhadap orang Melayu yang tidak mendaftar sebagai Ahli DAP? Sebab itu di Pulau Pinang mereka rampas ikut suka mereka.

Memetik artikel Bharian :

Barisan kepemimpinan Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baharu, disifatkan memberi mesej jelas membuktikan parti itu langsung tidak mengendahkan kepentingan pemimpin Melayu.
Bekas Timbalan Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, berkata ia dikeruhkan lagi apabila hanya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, terpilih dalam pemilihan itu, walaupun umum sebelum ini DAP hanya mengiktiraf beliau sebagai Islam dan bukannya Melayu.

"Ini fakta yang diketahui umum. Keputusan pemilihan CEC DAP baharu ini hanyalah suatu sejarah yang diulang tayang apabila kebanyakan pemimpin Melayu dalam DAP, hanya dilantik dan bukan dipilih perwakilan.

"Ini juga mesej jelas DAP hanya menggunakan kuota pemimpin Melayu yang dilantik dalam parti itu untuk meraih simpati masyarakat berkenaan," katanya ketika mengulas keputusan pemilihan CEC DAP yang baharu di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas ahli DAP, Rahmad Isahak, menggesa DAP meminda perlembagaan parti itu dengan memasukkan klausa khusus bahawa pemimpin Melayu hanya boleh dilantik dan bukan dipilih perwakilan.

"Saya juga cabar DAP untuk melantik atau mengemukakan calon pemimpin Melayu di tempat nombor dua dalam parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan mereka.
"Ini disebabkan tiada perubahan yang berlaku dalam DAP. Mereka hanya menggunakan Melayu untuk memberi gambaran bahawa parti itu kononnya mengetengahkan konsep masyarakat majmuk, sedangkan realitinya tidak benar," katanya.

Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, pula menyifatkan barisan kepemimpinan CEC DAP yang baharu itu membuktikan bahawa parti itu langsung tidak mengamalkan dasar kepelbagaian kaum seperti digambarkan kepada umum.

"DAP sepatutnya meletakkan calon yang diperlukan akar umbi dan bukannya syok sendiri. Malah, pemilihan baru ini juga meletakkan semua ahli dalam situasi tiada pilihan kerana kebanyakan mereka bukannya menerima sokongan akar umbi.

"Kalau nak cerita bab pemimpin Melayu, DAP perlu kaji semula sejarah bila Lim Guan Eng sengaja melengah-lengahkan penubuhan jawatankuasa DAP di Kedah yang dianggotai ramai ahli Melayu. Ia jelas bahawa DAP parti rasis," katanya.


K7L : Ahli DAP sendiri cakap macam itu, masih ada balaci sengal yang nak pertahankan DAP?

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Perlu Ijazah!



Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas,MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia).

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector

6. Welding QC Co-ordinator

7. Plant Inspector

8. Offshore Inspection

9. Non-destructive Testing

10. Plastics Welders

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar).

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.
14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda? Tetapu kalau anda nak tahu ada satu lagi kerjaya yang boleh jadi kaya raya dan tak perlu ijazah melainkan tahu tunduk dna jadi macai iaitu 

17. Presiden Parti Amanah Negara

Boleh dapat elaun daripada DAP dan macam-macam lagi. Tak percaya tanya Mat Sabu.

K7L : No 17 tu kelakar.. Haha!..

Inilah Mat Sabu Dalam DAP? - Buang Versi PAN!



Watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan terlalu banyak ketika ini. Hanya kerana marahkan UMNO sampai sanggup menjilat kaum pemakan ba**. Jangan nanti bila sudah terhantuk baru terngadah. "Tertutuplah hati,terkunci mati,maruah peribadi dah hilang.

Di dalam babak-babak terakhir Filem Sarjan Hassan, Melihatkan Buang yang cuba melarikan diri daripada dikejar oleh orang kampung. Disini melihatkan pada setiap pengkhianat bangsa akan sentiasa mementingkan diri sendiri, hatta mereka tiada pendirian kepada perjuangan mereka.

Bagaimana pula dengan penyokong penyokong kepada pengkhianatan yang telah dilakukan?  Adakah pemimpin pengkhianatan ini akan terus membantu perjuangan mereka sehingga ke akhir pengkhianatan?

Adakah sebagai penyokong kepada pengkhianatan akan mendapat perlindungan sama seperti pemimpin pemimpin pengkhianatan sama seperti yang di berikan oleh pihak penaja-penaja kepada pengkhianatan tersebut?

K7L : Kena tengok betul-betul..

25/11/2017

ADUN DAP-PKR Yang Dipecat Buktikan Cina Bukan Fix Deposit Pakatan?




Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.

Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina

Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.

“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.

“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya dalam Facebook.


Lihat sendiri perbezaan dengan ceramah yang dibuat oleh Pakataan Harapan. Jangankan orang Cina, orang Melayu atau India pun tak mahu datang.


K7L : Kita akan lihat DAP kalah teruk PRU14 ini?..

PAN Akan Bertindak Mengkritik SPR Jika Kalah Nanti?



Kini kecoh PAN sedang berebt untuk bertanding kerusi parlimen ataupun DUN yang dimenangi oleh PAS. Cita-cita utama mereka adalah untuk memastikan PAS tersungkur walaupun pada dasarnya ahli mereka tersangat jauh beza.

Dan PAN juga tidak mustahil akan menuding jari kepada pihak SPR sekiranya mereka kalah teruk pada PRU14 yang akan datang. Tidak mustahil SPR akan dikambinghitamkan untuk menutup kekalahan mereka sendiri.

PAN yang juga parti serpihan menjangka ramai memberi sokongan walhal kita lihat sendiri bagaimana PAS lebih dominan dalam Blok Pembangkang biarpun PKR-PAN-DAP-PPBM bergabung tenaga.

Ternyata lawan sebenar Barisan Nasional adalah PAS. Bukan Pakatan yang sebenarnya tak cukup sifat. Ada parti CEC buat dua kali sampai undi orang dah mati. Ada parti yang buat AGM tapi 12 orang sahaja yang datang.

Apapun kita akan lihat Mat Sabu akan jadi 'Frontliner' untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka jika kalah.

K7L : Dah boleh baca taktik baling mikrofon tu...

Nurse Bodoh! Nurse Pemalas! Nurse Tak Reti Buat Kerja!


Terlalu banyak kisah tentang jururawat yang kita dengar. Macam-macam jenis aduan. Ada yang ambil video mereka. Ada yang menjerit pekik pada mereka. Tidak lupa juga yang mengambil kesempatan kepada pihak Jururawat.


Bil hospital nak kena bayar tapi

servis lembab.nurse tak buat kerja..

Mau tak marah ..kan??

Tak tahu skop kerja sendiri gamak nya nurse nih..

Ingat Murah ke bil hospital nih?


Itu antara ayat yang pernah ditulis dilaman sosial. Baca sendiri luahan seorang jururawat 




Tapi...

Itu kan mak kau..

tengok lapik kain nya kotor kita bersihkan..

Tengok lampin dia dah berisi kita la tukar.

nak makan kita suap,dia nak mandi kita bawak..

kenapa nak harapkan nurse jugak..

jangan sebab awak bayar bil maknanya awak dah lepas tanggujawab jaga mak..

Memang nya kerja tukar laipk,bagi mandi,tukar lampin,suap makan,

tu semua tugas sebenar nurse ke??

waris cuma datang tunjuk muka dan balik??

saya kurang tahu tentang nih..


Anak-anak...

Masa nih la awak nak kumpul banyak pahala..

masa mak ayah sakit ni la..

kenapa nak merungut.

Bersyukur sikit awak ada peluang buat semua tu..


geli??

masa kita kecik2 dulu siapa yang

basuh berak kencing kita kalau bukan mak?

Mak tak pernah basuhkan???tipu!


kalau saya di tempat si ibu

saya malu la kalau orang lain yang mandikan saya,

cuci berak kencing saya..

macam tak de anak cucu pulak..

Anak2 tau datang tengok, betulkan selimut sikit2

lepas tu balik...

sedih .,,

Dah la pi ambik gambar dan viral kan di laman sosial..

lepas tu nak tunjuk salah orang..

sedangkan dia mendedahkan sikap buruk sendiri..



Lihat sendiri bagaimana dedikasi seorang jururawat. Sedang sakit masuk drip kerana dehidrasi, tetap melaksanakan tanggungjawab. Kerana apa? Kerana pekerjaan mereka amat penting untuk menyelamatkan nyawa.

Sedih apabila sikap bodoh segelintir rakyat Malaysia yang tuduh jururawat macam-macam. Aduan nombor satu. Tapi salah sendiri tak nampak. Ingat jururawat hamba kepada mereka nak buat semua benda cepat dan fokus pada dia sahaja?

Kalau kamu hidup dengan seorang jururawat, kamu akan tahu apa yang mereka alami. Please. Berhenti membuat aduan bodoh! Kalau setakat nak cari salah pergi balik dan buat semua benda sendiri.

K7L : Try pergi private mereka layan macam raja tapi duit nipis jangan tanya kenapa.. by the way di Hospital Swasta pun mereka layak untuk dihormati!..

Dah Lama Dah Bagitau, Mahathir Saja Yang Buat Buat Tidak Tahu



Memang penyakit "tidak tahu" ini digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bila berhadapan dengan sesuatu isu. Bila kantoi hilang RM32 billion, cakap tidak tahu. Bila Sultan Selangor murka kerana menghina etnik Bugis, sampai ke hari ini Mahathir masih buat "tidak tahu".

Malah bila berhadapan dengan masalah parti yang dia buat sendiri pun, Mahathir masih bersikap "tidak tahu" dan menyalahkan ROS.

Diri sendiri yang cuai namun orang lain yang dipersalahkan. Inilah perangai buruk pembangkang yang tidak henti-henti menyalah orang lain bagi mengelakkan diri mereka dipersalahkan. Contoh yang ketara adalah melibatkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Punca sebenar kelewatan pendaftaran PH adalah disebabkan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP mematuhi syarat yang oleh ROS. Namun malangnya, pembangkang menuduh kelewatan itu disengajakan dan dipolitikkan oleh kerajaan.

Sedangkan ROS pernah memberi amaran kepada PPBM mengenai tiga kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Manakala dalam isu DAP pula, parti itu berdepan dengan kemelut pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah sebelum ini dan perlu mengadakan semula pemilihan CEC baru.

DAP sudah lama diberitahu untuk buat pemilihan semula, mereka buat tidak tahu sahaja. Dekat dekat hendak PRU14 baru hendak buat. Itu pun separuh sahaja yang datang.

Namun begitu, selepas se­minggu mengadakan pemilihan semula CEC, parti tersebut masih belum menghantar laporan kepada ROS untuk pengesahan rasmi.

Jadi sebenarnya salah siapa dalam hal ini? Takkan semua kesalahan perlu diletakkan kepada kerajaan walhal dua parti ini telah diberikan peringatan lebih awal lagi sebelum ini.

ROS telah memberikan peringatan kepada PPBM supaya mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kerana jika lambat berbuat demikian, maka ia berdepan pembubaran. Peringatan itu diberikan pada September lalu, iaitu sudah lebih tiga bulan.

Hingga kini PPBM belum mengadakan AGM berkenaan. Malah kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh bahawa parti tersebut telah membuat AGM pada 2 November 2016 adalah tidak tepat.

Ini kerana hanya 12 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang direkodkan hadir sedangkan dalam Fasal 28 perlembagaan parti itu sendiri menyebut bahawa sebarang pindaan perlu dipersetujui tidak kurang daripada dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan agung tahunan atau perhimpunan agung khas.

Kalau 12 dari 30 orang sahaja yang hadir baru 40% yang hadir, tidak cukup 2/3. Apa sudah jadi, 60% lagi sudah hilang kepercayaan pada Mahathir kah?

Ini parti Mahathir Mohamad sendiri. Kenapa beliau tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal. Bukannya tiada peringatan diberikan dan kenapa PPBM tidak mengikut perlembagaan yang mereka sendiri tulis dan buat.

Realitinya, Mahathir lebih sibuk menganjurkan demo kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, malangnya demo berkenaan iaitu anti kleptokrasi yang diadakan di Petaling Jaya pada bulan lepas adalah gagal.

Bukan itu sahaja, Mahathir sendiri berdepan dengan tekanan akibat keceluparan mulutnya yang mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun ketika berucap pada demo berkenaan. Patutnya tumpuan diberikan kepada parti sendiri jika mahu PPBM mengambil bahagian dalam pilihan raya umum nanti.

Dalam isu DAP pula, ROS telah mengarahkan parti itu supaya mengadakan pemilihan semula CEC sejak bulan Julai lagi. Hanya selepas beberapa bulan, barulah pemilihan itu diadakan iaitu pada 12 November lalu.

Pada mulanya DAP membantah tetapi mereka terpaksa akur selepas beberapa kali didesak oleh ROS selepas mendapat aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri.

Jadi dalam isu kelewatan pendaftaran PH ini, pembangkang tidak perlu menuding jari kerana ROS bertindak atas peruntukan yang termaktub dalam undang-undangnya.

Tidak perlulah menuding jari kepada pihak lain. Selesaikan sendiri masalah dalaman mereka dengan segera dan ikutlah peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada adalah untuk diikuti, bukan dipandang sepi.

Usah buat perangai "tidak tahu" dalam hal ini. Undang undang parti sendiri pun mereka tidak mahu patuh apatah lagi janji janji manis mereka kepada rakyat.

Sudah pasti semua janji itu pun mereka akan mungkiri. Jangan percayalah pada pembangkang yang berperangai begini. Rakyat dah lama dah tahu taktik "tidak tahu" ini. Berapa kali hendak tipu rakyat?


K7L : PPBM mungkin akan buat Pemilihan.. dengar 7 orang nak lawan Ketua Haramda...

24/11/2017

Bencinya Senator DAP Kepada PAS Begitu Tinggi? - Part 2



“Sebegitu bencinya Senator kita ini pada PAS ya hingga mahu ia dilenyapkan terus dalam PRU 14.

“Cuma jangan sampai Senator kita ini pula yang dilenyapkan terus dari DAP selepas ini sudahlah,”kata Dr Kamarul Yusoff dalam Facebook.

Dalam perkembangan lain, Dr Kamarul berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ariffin berkenaan satu kenyataan yang memperlekehnya :

SAMAN TERHADAP DR ARIFFIN OMAR, SENATOR DAP

Sejak tiga hari kebelakangan ini saya agak tertekan bila dimaklumkan oleh ramai rakan mengenai kewujudan artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” dan “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page portal berita rasmi DAP, Roketkini, dan di dalam laman web dan page portal berita Malaysiakini, beserta komen-komen yang dibuat di bawahnya yang memburuk-burukkan saya dengan agak teruk.

Artikel yang memburuk-burukkan saya ini adalah berpunca daripada kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP yang tidak dilantik semula ke jawatan itu pada 12 November lalu, iaitu Dr Ariffin Omar, di mana beliau dipetik sebagai:

(i) Menempelak “tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”

(ii) Berkata “Tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”

(iii) Berkata “Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”

(iv) Berkata “Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

Kesemua kenyataan Dr Ariffin Omar ini membawa maksud dan difahami bahawa:

(i) Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.

(ii) Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi antara punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.

(iii) Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap.

(iv) Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang tidak munasabah.

Saya sangat tidak menyangka seorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah seperti Dr Ariffin Omar boleh menghina tahap keintelektualan saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang ahli akademik bertahap rendah yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal.

Ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini adalah maklum-balas beliau terhadap kenyataan Facebook saya pada 12 November lalu yang diterbitkan semula oleh portal-portal berita Harakah Daily, Isma Web, Malaysia Kini dan The Malaysian Insight.

Kenyataan Facebook saya ini pula merupakan satu komen sangat munasabah yang mempersoalkan kewajaran DAP melantik tokoh-tokoh Kristian ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu di saat ia sedang diserang dengan isu Kristianisasi.

Ini kerana, pada pendapat saya, tindakan DAP melantik sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini dari kalangan penganut agama Kristian hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi.

Saya sertakan sama bukti bahawa 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang, adalah penganut agama Kristian.

Apa yang sepatutnya Dr Ariffin Omar serta pemimpin DAP atau pemimpin sekutu DAP lakukan untuk menjawab hujah saya ialah untuk sama ada menafikan 7 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian atau memberi sebab mengapa mereka dilantik.

Memperlekeh-lekehkan saya dengan menyuruh saya membaca Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “DAP dari dulu parti sekular” dan “siapa-siapa pun boleh sertai DAP” bukanlah cara yang betul kerana saya tidak mempersoalkan mengenai keahlian DAP.

Yang saya persoalkan adalah mengapa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP ini adalah penganut agama Kristian dan ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli CEC DAP yang dipilih dalam Kongres Khas DAP pada 12 November lalu.

Ini kerana, mengikut Perlembagaan DAP, kuasa untuk melantik 10 orang ahli tambahan ini dipunyai oleh 20 orang ahli CEC DAP yang dipilih, jadi hanya mereka, bukan tokoh yang kalah seperti Dr Ariffin Omar, yang tahu mengapa perlantikan itu dibuat sebegitu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dr Ariffin Omar ini, yang telah diterbitkan secara bertulis yang mempunyai sifat kekal dan kesan yang berpanjangan, telah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli akademik dan seorang ahli masyarakat.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan seorang sahabat peguam, yang tahu mengenai kekangan kewangan saya dan hanya meminta saya membuat bayaran yang sangat minima ke atas perkhidmatan beliau, untuk memulakan tindakan saman ke atas Dr Ariffin Omar.

Saya juga tidak faham mengapa Dr Ariffin Omar masih mempertahankan DAP sedangkan, jika beliau betul-betul menggunakan akal, beliau sudah lama keluar dari DAP dan Pakatan Harapan, apa lagi setelah beliau tidak dilantik semula sebagai ahli tambahan CEC.

Ini kerana Dr Ariffin Omar sendiri telah menghentam teruk Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan yang sangat tajam di dalam kata-kata aluan buku tulisan Penasihat SUARAM, Dr Kua Kia Soong, bertajuk “Malaysia’s 14th General Elections: The Big Issues”.

Apa perkara negatif yang tidak disebut oleh Dr Ariffin Omar di dalam buku itu: Pakatan Harapan mempunyai kekurangan serius; mempunyai masalah besar sekitar urus tadbir baik, ketelusan dan rasuah; tidak mempunyai hala tuju yang jelas; malah bersifat opportunistik.

Begitu juga dengan kerjasama Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Dr Ariffin Omar sifatkan memeningkan dan tidak lebih daripada satu kepura-puraan serta kenyataan lain yang menunjukkan ketidaksetujuan beliau dengan Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai kritikan serius, sesetengahnya melebihi kritikan yang saya sendiri pernah buat terhadap Pakatan Harapan, saya tertanya-tanya mengapa Dr Ariffin Omar masih kekal berada di dalam DAP sedangkan DAP diketahui mendokong kuat Pakatan Harapan.

Jika Dr Ariffin Omar seorang individu yang berprinsip, beliau perlu segera keluar dari DAP.


K7L : Haa gaduh gaduh...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk