31/03/2014

Bekas Presiden PAS Akui Syiah Menular Dalam PAS Sejak Dulu Lagi

 


Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Haji Muda [Presiden PAS ke-3]

Pada suatu ketika selepas PAS menguasai Kelantan dan Terengganu, pernah dibangkitkan bahawa PAS sengaja mempermainkan isu kafir mengkafir untuk menarik pengundi dan sokongan rakyat khususnya umat Islam, sehingga pada suatu ketika suasana masyarakat begitu tegang di Kelantan. Banyak ulama tergugat, pengajian pondok sering diganggu. Kadang-kadang pengajaran tafsir juga menjadi suatu momok yang membimbangkan, terutamanya apabila pentafsiran mengenai ayat-ayat tertentu.

Sebenarnya sepanjang yang saya tahu, PAS sendiri tidak pernah mengambil sebarang ketetapan atau keputusan dalam mana-mana mesyuarat pun, baik peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan. Badan yang berhak memutuskan dalam hal seperti ini ialah Dewan Ulama; sedangkan Dewan Ulama tidak pernah membuat keputusan sama ada dengan bertulis atau dengan lisan. Pada ingatan saya ada suatu ketika muncul cadangan tentang perkara yang tersebut untuk dibincangkan dalam suatu persidangan muktamar, akan tetapi cadangan itu tidak diterima untuk dihabaskan oleh Ketua Dewan Ulama. Jadi mengaitkan isu kafir-mengkafir dengan PAS pada masa dahulu tidaklah adil.

Cuma pada peringkat akhir kepimpinan saya dalam PAS sesudah tidak berada dalam Barisan Nasional lagi, mulailah timbul berbagai-bagai karenah. Pada suatu pagi, telah berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur seorang pemimpin muda PAS. Waktu itu Dato' Seri Dr. Mahathir baru sahaja mengambil alih pimpinan UMNO. Surat khabar pada pagi itu telah memuatkan kenyataan pertama daripada pemimpin UMNO yang baru itu tentang arah langkah dan masa depan UMNO. Pokok utama yang ditimbulkan ialah penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan negara demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat. Pemimpin muda PAS itu mendedahkan perasaan kebimbangannya tentang masa depan PAS, sehingga terluah segumpal ayat "Kalau begitu taktik Mahathir dengan UMNOnya, habislah PAS". Saya lantas bertanya : "Kenapa PAS boleh habis? Katanya "Rakyat akan berpaling daripada PAS, sebab yang diperjuangkan oleh Mahathir hampir sama dengan PAS."

Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan kepadanya ; bahawa kewajipan memperjuang dan menegakkan Islam itu ialah kewajipan semua umat Islam baik daripada PAS mahupun daripada UMNO dan daripada golongan mana sahaja. Kalau UMNO melalui suara pemimpinnya mahu memberikan saham dalam perjuagan global ini, syukurlah kita. UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintah negara tentu lebih berkemampuan untuk meneruskan jihad besar ini, kita harus mengucapkan terima kasih kepadanya.

Pemimpin muda PAS itu lantas menjawab bahawa dia tidak percaya kepada ucapan pemimpin UMNO itu. Bagi beliau ucapan itu adalah pemanis mulut sahaja, sekadar untuk mengatasi dan menghancurkan PAS, tidak bersungguh-sungguh dan tidak ikhlas. Saya katakan kepadanya, bahawa ikhlas atau tidak hanya bagi ALLAH yang menilainya. Adapun kita manusia biasa ini, sekadar berpegang kepada kata-kata dan ucapannya semata-mata sebab kepada kita sebagai manusia cukuplah berpegang kepada ikrar dan pengakuan, jangan sama sekali penerimaan ikrar dan pengakuan dirosakkan oleh syak wasangka dan kebimbangan yang melulu, sebelum kita menyaksikan lambai dan langkah serta haluannya yang menyeluruh.

Pemimpin muda itu juga membangkitkan, kalau demikian apa lagi yang dapat dilakukan oleh PAS, kalau UMNO mengambil alih perjuangan ini? Saya dengan senyum menjawabnya bahawa masih banyak ruang bagi kita untuk bergerak. Kita boleh sokong tetapi tetap bersedia memberikan pandangan demi untuk kelancaran cita-cita itu disamping teguran dan kritikan yang membina sesuai dengan peranan kita sebagai pembangkang yang sihat.

Akhirnya beliau beredar dari rumah saya dengan perasaan tidak puas hati, malah ternyata dalam pandangan saya, beliau begitu kecewa dengan sikap dan pendirian saya yang mungkin begitu aneh baginya. 

Kemudian daripada kejadian tersebut, hubungan pun mulailah renggang dan kemesraan yang diikat oleh ukhwah mulalilah terungkai sedikit demi sedikit. Di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan khususnya, telah muncul beraneka kejadian yang dimulai dengan kafir-mengkafir sesama sendiri mengakibatkan perpecahan masyarakat, bahkan perpecahan keluarga. Anak berpecah dengan bapa, suami isteri berkelahi dan jadilah masyarakat yang dibahagi-bahagikan oleh perbezaan politik yang menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan lahirnya dua masjid semukim, lahirnya kubur berasingan. Kenduri kendara, mati relai dan sakit demam tidak lagi menjenguk silai. Pernag berlaku kenduri kahwin oleh satu pihak tidak dihadiri oleh pihak yang satu lagi sehingga sebahagian besar lauk pauk yang disediakan menjadi basi dan terpaksa dibuang ke parit. Sesungguhnya berbagai-bagailah cencela yang berlaku.

Sebahagian pemuda PAS mulai berkursus di luar negeri, malah telah ada anggota parti yang dijemput berkunjung ke Iran. Sebagai Yang Dipertua Agung, saya tidak pernah diberitahu. Apabila pada suatu hari saya bersungut kepada orang tertentu sama ada benar berlaku pengiriman orang-orang PAS ke Iran, tetapi semuanya malah menggeleng kepala, tidak tahu. Padahal seorang pemuda telah berjumpa dengan saya dan menceritakan bahawa beberapa orang lagi anggota PAS akan berangkat ke Iran sambil menunjukkan tiket-tiket penerbangan ke Iran yang baru diterima dari sebuah kedutaan asing.

Revolusi Iran baru mencapai kejayaan dan seluruh dunia gempar. Malaysia juga tidak ketinggalan. Betapa hebatnya sebuah revolusi atas nama Islam dapat mencapai kejayaan, sedangkan yang dihadapinya ialah suatu kekuatan yang didukung oleh Amerika sendiri. Pada suatu ketika semangat Iran membumbung tinggi, sebahagian anak muda begitu terpengaruh dengan kejayaan Iran. Pernah saya memberikan ulasan kepada akhbar bahawa kita semua memang bangga atas kejayaan Iran yang membebaskan negara daripada pengaruh Amerika dan berjaya menegakkan sebuah negara Islam. Sungguhpun begitu cara revolusi yang berlaku di Iran itu sama sekali tidak sesuai dengan iklim dan suasana negara kita. Selain faktor komposisi masyarakat yang sedemikian uniknya yang memerlukan kebijaksanaan serta strategi yang mampan, maka hasrat serta keupayaan yang dalam jangka panjangnya memang menuju kepada suatu matlamat yang kita cita-citakan.

Walaubagaimanapun sikap ekstrim yang dilahirkan oleh sesetengah kalangan, terutamanya di kalangan Dewan Pemuda yang telah mengadakan muktamar tahunannya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan suara prorevolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya ke dalam seluruh organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menonjolnya nilai-nilai revolusi Iran yang dilaungkan dan dipamerkan. Inilah salah satu daripada sebab punca yang menjadikan saya berasa tidak mampu lagi memegang pimpinan, apatah lagi pendapat dan arahan saya tidak dipatuhi. Akhirnya saya terpaksa mengambil sikap mengundurkan diri daripada memegang teraju pimpinan.

Akhirnya tindakan tata tertib telah diambil atas diri saya bersama rakan-rakan saya, dan apa yang dinamakan 'Kumpulan 13'. Sebenarnya kumpulan 13 itu dikaitkan dengan kejadian 13 orang tokoh PAS Kelantan yang telah dikenakan tindakan tata tertib oleh pucuk pimpinan sebagai akibat daripada simpati dan berpihak kepada saya setelah meletakkan jawatan Yang Dipertua Agung pada 23Oktober 1982. Mereka itu ialah Allahyarham Dato' Haji Ishak Lotfi Omar, bekas Menteri Besar Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Kelantan dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan; Dato' Nik Man Nik Mat, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan bekas Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Mas; saya sendiri; Haji Wan Ismail Ibrahim, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, bekas ahli Jawatankuasa Agung PAS dan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan,; Haji Hassan Haji Muhammad, bekas Bendahari Agung PAS, bekas ahli Dewan Rakyat kawasan Rantau Panjang; Haji Azhari Awang, bekas ahli Jawatankuasa Agung PAS, bekas Naib Ketua Pemuda PAS pusat, bekas Yang Dipertua PAS Kuala Krai dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kampung Baru; Haji Salahuddin Abdullah, bekas Exco Kerajaan Kelantan, bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, dan bekas Yang Dipertua PAS kawasan Kota Bharu; Haji Abdul Hamid Salleh, bekas Exco Kerajaan Kelantan dan bekas Yang Dipertua PAS Kota Bharu dan Nilam Puri : Mohd Shaari Awang Ali, bekas Setiausaha PAS Rantau Panjang; Mohd Fakhruddin Haji Abdullah, bekas Jawatankuasa Agung PAS dan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan dan bekas ahli Parlimen Pasir Mas; Haji Mohd Zain Abdullah, bekas ahli jawatankuasa Agung PAS, bekas Yang Dipertua PAS Bachok dan bekas ahli Parlimen Bachok; Haji Wan Sulaiman Haji Ibrahim, bekas Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, bekas Exco Negeri Kelantan dan bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh dan Haji Wan Ibrahim Wan Abdullah bekas ahli Parlimen Pasir Mas.

Dalam surat yang dihantar kepada tiga belas ahli yang berkenaan yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS itu, tiada dinyatakan sebarang alasan yang diberikan atas tindakan tatatertib itu.

Beberapa orang tokoh PAS dari Kedah antaranya Dato' Haji Sudin Wahab, Allahyarham Haji Othman Alyunusi - bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, dan Haji Mohd Ramli Abdullah, ahli Jawatankuasa Agung PAS dan Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat; telah mengambil inisiatif menjalankan usaha dan ikhtiar untuk Islah atau kebaikan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan tertentu di kalangan pucuk pimpinan PAS, namun usaha mereka gagal, atas sebab-sebab yang tidak perli dirakamkan disini. Hanya ALLAH jua yang maha mengetahui.

Berikutan dengan tindakan tatatertib ini, maka saya diberi arahan agar tidak membuat sebarang kenyataan baik di dalam Dewan Undangan Negeri atau sebagainya, dan dimaklumkan bahawa perlantikan saya sebagai Ketua Pembangkang di dalam dewan itu telah ditarik balik.

Setelah mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar fikiran dengan sahabat handai dan rakan taulan, kami telah mengambil suatu keputusan membentuk sebuah badan politik sebagai platform memberitahu masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Maka dalam satu pertemuan di kediaman Dato' Haji Ishak Lotfi di Kota Bharu telah dicapai keputusan untuk menubuhkan sebuah organisasi politik baru yang dinamakan Hizbul Muslimin Malaysia atau sebutan ringkasnya HAMIM, mengambil sempena nama sebuah pertubuhan politik dibawah pimpinan Allahyarham Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Pertubuhan itu telah diharamkan oleh pihak berkuasa Inggeris berikutan pengistiharan darurat tahun 1948

Artikel ini dipetik dari : Memoir Politik Asri : Menitis Arus yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993


Sumber : Pena Minang 

K7L : Cantik..

Khas Buat Bangsa Melayu Dan Melayu Bangsat Pengkhianat Perjuangan!



RATIB MERDEKA



Dari dulu ratib bangsaku bergema
Datuk Sagor Mat Kilau dan Entah 
Siapa tidak berangka
Ratib bangsaku sepi sebentar
Bila benggali putih meratib
Bila orang kenit meratib
Bila orang malam meratib
Bangsaku terus meratib

Ratib-ratibnya dari pagi menjangkau malam
Keris sejengkal lembing sedepa mengamuk memburu
Kadangkala pekak anak telinga dibuatnya
Dato’ Onn dan konconya terus meratib

Meratib babak perjuangan
Jeritan dan pekikan kemerdekaan bergema
Dipadang hiliran
Sehelai kain berdaulat dikibarkan
Tanah Melayu bebas dari cengkaman
Tanah Melayu jadi rebutan
Pada penyangak-penyangak di halaman

Bangsaku tidak jujur
Bangsaku lupa diri
Bangsaku pentingkan diri
Bangsaku lupa tanggungjawabnya
Bangsaku gelap mata
Bangsaku bermuka-muka
Jangan kamu lupa

Tuah pernah berkata
Takkan Melayu hilang di dunia
Tapi..
Aku cabar kau Tuah
Mengapa kita bersengketa
Mengapa kita berpecah belah
Mengapa kita tak bersatu
Bukankah tanah ini kamu yang punya

Pesan datuk nenek
Jaga ladangmu
Jaga kebunmu
Mengapa tidak kau pagarnya
Supaya tidak ada babi hutan yang datang
Mengharuk menghakis tanamannya
Hey ..
Bangsaku
Bukan itu dan ini yang kau ratibkan
Bukan perempuan simpanan
Atau wang sogokan yang kau ratibkan
Bukan tanah tidak bernama di hutan
Yang kau ratibkan

Siapa yang menjual sebuah syurga
Datuk nenek kita?
Siapa yang menempah telaga celaka
Adakah Datuk nenek kita?
Sekarang koyak campak dan bakar
Kita yang penuh ayat songsang
Kitab yang mengajar permusuhan
Kitab yang menjahanamkan bangsa
Kuburkan fahaman songsang
Akhirnya membawa Mim,lam, ya, sin ,ya, alif
Hancur!!

Bukan tuduh menuduh
Bukan cakar mencakar
Bukan berpuak-puak
Kembalikan kita bersatu kembalikan martabat kita
Agar kita menjadi satu.

K7L : Aku cabar kau Tuah!..

27/03/2014

NUFAM Bertindak Ikut Emosi Atau Sogokan? #MH370DalamKenangan


Semalam NUFAM, kesatuan sekerja yang ditolak dan kepimpinan mereka dipecat atau digantung oleh MAS menunjukkan sifat jaga kepentingan diri dan berdendam ketika MAS perlu sokongan dari pelbagai lapis masyarakat dan pekerjanya.

NUFAM adalah kesatuan sekerja yang kononnya mewakili kesemua pramugari atau pramugara (flight attendant) kebangsaan. Sebenarnya mereka hanya diwakili oleh flight attendents yang mahu jadi ketua kesatuan sekerja untuk mendapat manfaat peribadi.

Selama ini dan puluhan tahun MAS berurusan dengan union dalaman yang lebih memahami masaalah dalaman dan lebih bekerjasama serta tolak ansur dengan syarikat.

Tiba-tiba muncul NUFAM yang kewujudan mereka berkait rapat dengan permainan politik Tan Sri Tony fernandez yang angkuh dan tamak haloba. Tujuannya adalah untuk menguasai MAS secara tidak langsung dengan menguasai kesatuan NUFAM.

NUFAM akan dikuasai oleh Air asia dan cabin crew MAS yang bioleh diumpan dengan wang dan pangkat. Kebanyakkan mereka dari MAS yang terlibat adalah pekerja yang tidak cemerlanag dan bermasaalah.

Semalam NUFAm telah membuat kenyataan supaya Ahmad Jauhari letak jawatan tamak haloba dan Air Asia di Malaysiakini SINI. Padahal Ahmad Jauhari tidak bersalah dalam hal MH370 dan dua insiden lain.

Malahan NUFAM patut tegur pekerja dan pengurus khusus yang tak bertanggungjawab termasuk juruterbang dan bukan bersikap peribadi untuk memberi tekanan ke atas Ahmad jauhari.

Setelah tiada sokongan dari dalam MAS, beberapa kerat pekerja pentingkan diri ini bersekongkol dengan media pembangkang. Sepatutnya mereka menunjukkan keikhlasan mereka sebagai pekerja untuk memberi sokongan dan membantu syarikat mereka ketika keadaan yang paling geting begini.

Ini betul perangai macam hyena yang makan bangkai. Ahmad jauhari bertindak tepat untuk bersungguh tidak mengiktiraf NUFAM.

Baca komen Malaysia Digest SINI - The Unspinners


Pada pendapat Keris, sepatutnya ketika saat dunia bersedih dan keluarga krew serta penumpang MH370 dalam keadaan traumatik serta hiba mengenangkan pemergian yang berlaku secara tiba-tiba selepas harapan pencarian selama 17 hari mencapai penamatnya.

Muncul pula pihak-pihak yang datang bersuara memberi pendapat yang Keris lihat lebih membawa wadah emosi berbanding ingin benar-benar membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Timbul dalam benak hati persoalan apakah NUFAM yang beria-ia mendesak Ahmad Jauhari ataupun AJ? Apakah mereka disogok oleh pihak berkepentingan untuk terus menjatuhkan reputasi Malaysia Airlines yang memegang title Syarikat Penerbangan nombor satu Malaysia?

K7L : Emosi atau sogokan?..

Mengapa Zahid Dikritik Hebat Tatkala RBA Mengeruhkan Hubungan China-Malaysia?



Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa menyekat tohmahan, fitnah dan hasutan ini menerusi pelbagai cara, termasuklah akta dan undang-undang sedia ada.

Malaysia ada agensi yang pelbagai untuk tujuan ini termasuklah Suruhanjaya Multimedia.

Malah Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi ketika kempen Pemilihan Agung UMNO tidak lama dahulu sedang rancak, begitu bersungguh-sungguh untuk mengekang sebarang unsur-unsur subversif yang boleh menjahanamkan negara ini.

Cerita tentang RBA (Red Bean Army) bukanlah baru diperkatakan. Sudah terlalu lama. Namun sehingga kini, tidak seorang pun subversif tersebut ditangkap, didakwa, ditahan mahupun dihukum. Kebanyakan daripada bebas begitu sahaja.

Sedangkan pada masa yang sama, beberapa pemain siber yang pro-Kerajaan pula telah dipanggil, diberi amaran keras, malah dihukum kerana melakukan provokasi terhadap Pakatan Rakyat, bukannya negara!

Timbul persoalan, apakah sebenarnya pihak berkuasa Malaysia tidak cekap? Atau barangkali juga sekadar memandang remeh peranan yang dimainkan oleh RBA yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP?

Apakah cubaan RBA untuk mewujudkan ketegangan antara rakyat negara China dengan Malaysia, bukan perkara besar yang perlu diatasi secepat mungkin?

Petikan dari MyKMU

Hmm. Apakah yang sedang berlaku ketika ini? Keris yakin Zahid Hamidi yang sebelum pemilihan sangat besar dan panjang taringnya melaksanakan beberapa perkara. Mengapa beliau dilihat kurang efektif sebagai Menteri KDN?

Dahulu DS Hishammuddin yang pegang ramai kata dia penakut dan pondan tapi hari ini Zahid pun digelar seangkatan dengannya? Mudah atau susah sebenarnya jadi Menteri Dalam Negeri? 

Perihal RBA sila kotakan janji anda. Jangan kata perlu bukti Gred A pula?

K7L : Perwakilan beringatlah..

Khalid Ibrahim Isytihar Perang Untuk Kerusi Timbalan Presiden PKR?



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didapati bertindak melulu mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau menyifatkan bahawa usaha untuk menstruktur industri air termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor merupakan usaha yang kompleks, tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini kerana, katanya, dalam isu pengambilalihan syarikat konsesi, Selangor merupakan negeri pertama akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Maka sebab itu saya minta (pemimpin parti) supaya tidak membuat sesuatu tindakan melulu (jump the gun) dalam hal ini. Kita kena hargai kompleksiti untuk menyelesaikan pelaksanaan (penstrukturan industri air) ini.

"Tidak ada penstrukturan operasi air di negeri lain yang melibatkan penggunaan Seksyen 114 WSIA. Sebab itu kita kena beri masa yang cukup untuk pelaksanaan penstrukturan air ini, pada masa sama negeri juga turut memberi input untuk memastikan usaha ini dilaksanakan dengan lebih efektif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang menerusi laporan akhbar 18 Mac lalu mendakwa, kerajaan Persekutuan mengkhianati memorandum persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri kerana enggan menggunakan WSIA untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini.

Berdasarkan laporan itu, dakwaan dibuat menerusi kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa WSIA digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.

Nampaknya bibit-bibit Khalid untuk bersedia melawan 'musuh dalam selimut'nya semakin terang. Apakah mungkin Khalid akan menganggu gugat kedudukan Zuraidah pula selepas ini?

K7L : Siapa yang akan lawan Zuraidah?..

25/03/2014

Ustaz Segera PAS Yang Maki Petronas Pasal Minyak Naik Dibenarkan Berceramah Dalam Surau Petronas




Siapa sebenarnya yang menerajui Surau Petronas sampaikan ada orang yang tak bertauliah dijadikan orang untuk beri tazkirah? Siapa yang benarkan Ustaz Segera PAS Bob Lokman, untuk memberi ceramah / tazkirah waktu Zohor sebentar tadi. Sudah tidak adakah lagi ustaz yang berwibawa dan berilmu yang dapat dipanggil oleh Petronas untuk berceramah dan memberi tazkirah? 

Apa kelulusan Agama Bob Lokman? Adakah Bob Lokman mendapat tauliah dari mana-mana Majlis Agama Islam untuk memberi ceramah / tazkirah? Kenapakah Petronas sebagai tulang belakang Kerajaan menjemput Ustaz Segera PAS yang saban hari memaki hamun Kerajaan? Adakah AJK-AJK Surau Petronas telah dipenuhi dengan juak-juak PAS, tak ubah seperti gunting dalam lipatan?


Hari ini Petronas perlu periksa mereka-mereka yang menyokong pembangkang tidak layak mendapat keistimewaan yang disediakan Petronas. Jangan sampai dah luka parah baru nak rawat. Dah lupa yang rafizi juga dulu kerja Petronas? 

K7L : Ironinya..Petronas dijaga baik dengan orang PAS banyak makan gaji..yang UMNO macam Radicare dilayan macam apa?

Dalam Dunia Bersedih - Wujud Manusia Bodoh Mengaku Ahli Politik #AlfatihahMH370


Takdirmu MH370 

17 hari kami menanti beritamu, 
Sebak dan sayu kami ditanpamu,
10 malam, 24 Mac petunjuk ditemui, 
Kami pasrah dengan takdir illahi, 

MH370 kami sudah berusaha,
Mencarimu di laut luas penuh gelora
Airmata & doa seluruh dunia
Mengharap ada berita gembira

Namun Tuhan lebih Maha Kuasa, 
Harapan gembira bertukar hiba, 
Seluruh nelayan, rakyat & tentera
Mencarimu tanpa rasa putus asa

Lautan Hindi tempatmu melayang, 
Ramai kehilangan orang tersayang
Taufan, gelap gelora jadi penghalang
Seluruh dunia terasa kehilangan 

Anak menanti ibu bapanya..
Ayah ibu menanti cucunya..
Isteri menanti akan suaminya..
Namun kami pasrah kau tiada

MH370..doa kami untuk semua..
Kerna itulah takdirmu dunia
Semoga syurga tempat semua..
Akan kami iringi kamu dengan doa

Amin.



Dalam pada kita berduka, masih ada yang mahu mempolitikkan situasi. Bodoh! Itu satu ucapan paling bagus untuk manusia sebegini. Rakyat sudah bosan dan menyampah dengan bangsat-bangsat macam ini di Malaysia.


PKR memang tak layak. Seluruh line up penuh masalah dan terdiri daripada 'rejected' person. Apakah PAS masih mahu tunduk kepada Anwar?

K7L : Kalau zaman dulu kompom kena tembak dengan senapang gajah..

22/03/2014

Biro Penerangan #Prihatin - Hari Ke-12 Rakyat Malaysia Tidak Berhenti #Pray4MH370 @jamawijaafar




Dalam pada kesibukan berkempen pada hari terakhir untuk PRK N25 Kajang, Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membuat satu majlis kecil supaya kita ingat dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya Kapal Terbang MAS MH370 berjaya ditemui.


Sudah masuk hari ke-12, misi Search and Rescue masih berjalan lagi. Selain itu, pihak Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia juga ingin menyatakan rasa kagum dan bangga dengan pasukan Search and Rescue dari Malaysia serta menghargai usaha Kerajaan Malaysia yang sedia bekerjasama dengan negara-negara luar dengan harapan kapal tersebut dijumpai.

Hampir seluruh AJK Biro Peneranga Pemuda UMNO hadir memberi sokongan. 









K7L : Apapun Bendahari Penerangan Pemuda UMNO Malaysia memang handsome buss...hahahaha

21/03/2014

Mei Fun Tak Kira Kaum - Politik Bakti! #PRKKajang


Berbeza wadah dengan kak Wan yang kata dirinya lebih cina dari cina






20/03/2014

Kerja Kotor PKR Menjelang Hari Mengundi Dah Kantoi! #PRKKajang




Tidak berhenti sikap puak PKR ini untuk berpolitik cara kotor demi mendapatkan kuasa. Hari ini mereka yang sudah berada dalam keadaan terdesak telah merancang satu lagi taktik kotor untuk menang PRK Kajang.


Difahamkan sehari sebelum hari mengundi iaitu pada 22 Mac 2014, sekumpulan pasukan akan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil mengenalpasti pengundi Melayu atas pagar di N25 Kajang. 

Mereka akan memberi wang sogokan dan memujuk supaya undi pada 23 Mac akan diberikan kepada calon PKR, Kak Wan Air Mata. Kemudian mereka juga akan menghasut beberapa kumpulan penyokong tegar PKR dari kaum Cina dan India untuk melakukan provokasi. 

Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan penyokong Barisan Nasional supaya tidak keluar mengundi. Akan ada juga kumpulan yang menunggu di beberapa tempat bertujuan menghalang mereka yang memakai baju BN daripada bertugas dan mengundi.

Malam itu juga mereka membuat perancangan untuk mengawal dan mengawasi PDM dengan alasan bimbang Barisan Nasional akan membuat sabotaj walhal mereka akan memaksa orang mengundi PKR di PDM tersebut.


Dalang gerakan ini tidak lain tidak bukan Macai yang tak dapat tempat dalam PKR iaitu Cegubard dan Sam Ketot yang bakal diganti pada pemilihan kali ini.Ini semua kerja nak nama. 

Mereka juga akan berjumpa dengan penyokong PAS dan memberi wang sogokan demi memastikan undi dari PAS dapat diberikan kepada PKR. Ia berkaitan isu saman RM 2juta oleh ahli PKR terhadap Haji Hadi yang juga presiden PAS.

K7L : Jijik bukan cara mereka meraih undi?

What Do The Voters In Kajang Want? #PRKKajang



First of all, the Kajang by-election was called upon by the resigning of the current ADUN of Kajang Lee Chin Cheh. The ADUN in what is known as the “kajang move” executed the orders of the “Gift of God” Anwar Ibrahim to make way for him to be the next Mentri Besar. A move Anwar says would prevent Selangor going the way just like Perak in 2009.

Confident of his move or perhaps with ulterior motives knowing his pending sodomy trial appeal decision, the by-election is just another one of Anwar’s politicking strategy.
Within the PKR and Pakatan, everything is not well. The move is seen to be kicking out Tan Sri Khalid Ibrahim from his post of MB of Selangor. Even the PAS of Selangor were against the “Kajang Move” at first. Everything were all about one person, Anwar Ibrahim and his crazy obsession to be in power.


The plan hit a snag when Anwar was found guilty again by the appeals court on the sodomy charges. Anwar found himself disqualified and could not contest in Kajang. So steps in the ever loyal other half of Anwar, Mrs Anwar Ibrahim- Wan Azizah.

What people of Kajang should know about Wan Azizah? Just like the husband, Wan Azizah is a compulsive liar. Perhaps influenced by the way the husband always make promises to people, Wan Azizah also has no problem doing the same. From the practice of cronyism that Anwar often preaches that he hates, up to the time that Wan Azizah failed to produce the “Omega” watch of Anwar when asked to. It shows that Wan Azizah has no problem replicating the antics of her husband.

What could Kajang get out of this “kajang move”? Since 2008 that the Pakatan took over in governing the state, Kajang have constantly facing problems of traffic, clogged drains, uncollected rubbish and worst of all, bad road conditions. And for “kajang move” this time, the same manifesto is being recycled and shoved into the face of the kajang people again? It is not enough that Wan Azizah is the recycle candidate, the promises are recycled too!

Perhaps it is the right time for the people of Kajang to come back and give Chew Mei Fun a chance to serve them. Let the voice of integrity and crediblity shine through and Kajang would then be able to move forward and expand. It is the chance to make known that Kajang people deserves something better. Deserves people’s representative that would serve the people and not serve the political appetite of an individual. Vote for progress.


K7L : Do u mind if i write in english?..

Bogelkan Calon BN - Politik Biadap Ala Pakatan Cemarkan #PRKKajang





Makin lama makin melampau kempen yang dilakukan oleh puak Pakatan ni. Hingga mereka sanggup menyebarkan gambar separuh lucah calon BN yang telah diubahsuai gambarnya.

Mungkin niat asal nak hancurkan integriti calon BN tu, tetapi mereka silap, hanya orang bodoh saja yang boleh percaya dengan gambar macam tu.




Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi peringatan kepada jentera siber pro-pembangkang, Red Bean Army (RBA) supaya berhenti daripada terus mengelirukan rakyat dengan menyebarkan pelbagai fitnah berhubung Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Presiden Kongres Muka Buku Selangor (KMBS), Mohd Haziq Syahmi, RBA bertindak secara keterlaluan apabila sesuka hati menyebarkan maklumat tidak benar dan mengguna teknik ‘photoshop’ untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.


“Golongan itu sangat jahat dan tidak mempunyai perasaan, mereka hanya mahu memalukan dan memburukkan imej calon BN.


“Cukup-cukuplah RBA. Sampai bila anda mahu menjadi ‘hamba’ kepada ahli politik yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa politik?” katanya ketika dihubungi Selangor Press, hari ini.


Menurut Mohd Haziq, RBA juga bertindak melampau apabila memperlekehkan usaha calon BN mendekati masyarakat Cina di Kajang.


Hari ini, sebuah akuan di Facebook dikesan menyebarkan gambar fitnah calon BN dalam keadaan separuh bogel. Gambar itu turut tersebar di Twitter.


Pelbagai jenis cara kotor cuba dilakukan oleh PKR khususnya dalam menyerang calon Barisan Nasional. Mereka dalam keadaan terdesak sebab Kak Wan sedang ditolak mentah-mentah oleh orang Kajang.

Tetapi dengan menggunakan gambar separuh lucah itu tidak baik. Mereka ini lupa mungkin di Kajang masih ramai anak-anak kecil termasuk yang masih bersekolah mungkin akan terlihat poster yang mereka edarkan.

Ini jadinya bila kuasa mendahului keperluan rakyat. Moral diletak tepi sedangkan mereka yang mendapat kuasa diberi amanah dan tanggungjawab yang berat. Mereka anggap kerusi DUN hanya satu mainan. Wajarkah rakyat Kajang terus memilih PKR?

K7L : Sekali salah pilih tak apa tapi kalau dua kali itu tongap namanya..

19/03/2014

Tanggal Bendera Guna PBT - Tanda PKR Mengaku Kalah! #PRKKajang


Apa punya perangai puak Pakatan ni? Selama ini bukti mengatakan bahawa pihak PBT di negeri Selangor memang dijadikan patung mainan oleh puak Pakatan. Jika dulu Ronnie Liu memang cukup gemar mempergunakan PBT dalam melaksanakan hal-hal kotornya.

Hari ini masih ada juga orang yang mempergunakan kuasa mereka sebagai Kerajaan Negeri untuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan membuat kerja kotor mengikut kehendak nafsu pemimpin PRK.

Kini gelombang Barisan Nasional telah Berjaya memberi kesan kepada kempen Kak Wan yang Nampak hambar dan tidak meyakinkan pengundi. Maka mereka telah mengambil langkah kurang ajar dengan mengarahakan pihak Majlis Perbandandaran Kajang untuk menanggalkan bendera Barisan Nasinal.

Anehnya, pemasangan bendera tersebut tidak melanggar akta pilihanraya yang telah ditetapkan. Mengapa mesti mereka tanggalkan tanpa sebab? Apapun sikap takut pada bayang-bayang sendiri membuktikan PKR lemah di Kajang.

Jika baru digertak pun mereka sudah goyang, apakah Kak Wan boleh berdiri berjuang untuk rakyat? Tindakan mempergunakn PBT sekaligus menutup perjuangan dan keadilan demokrasi yang Pakatan sering sebut.

Berlaku tidak adil ketika berkempen memberi signal kepada rakyat bahawa mereka hanya fikirkan kuasa sehingga sanggup membuat kerja kotor sebegitu. Pilih pejuang rakyat atau pejuang kuasa demi suami?


K7L : Pembohong!

Syaheedah Bukan Menantu Anwar? - Kak Wan Tipu Apa?



Semakin menarik dan semakin meragukan!

Wan Azizah menafikan Anwar Ibrahim mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah. Katanya, walaupun Zaharie Ahmad Shah, mustahil Anwar Ibrahim mengenali juruterbang itu secara peribadi. Malah dia juga katanya, amat kecewa dengan tuduhan yang mengaitkan suaminya.

Yang tidak dijawab oleh Wan Azizah adalah mengapa dia cuba mengaitkan Raja Bomoh VVIP yang gemar perasan yang dia pemimpin UMNO atau rapat dengan UMNO dengan pin berlogokan 1Malaysia dengan UMNO, bahkan menuduh UMNO yang mengupah bomoh itu mencari publisiti di tengah-tengah lautan kamera dan wartawan di KLIA.

Yang tidak dijawab oleh Wan Azizah juga adalah, bagaimana Anwar Ibrahim tidak mengenali Eskay, tidak kenali Saiful Bukhari Azlan, tidak kenal Nallakaruppan, tidak kenal Shamsidar Taharin, tidak kenal beberapa perempuan cantik lain yang ada sesetengah daripada mereka mengaku, Anwar jenis gelojoh dan sambil berdiri pun, boleh bersetubuh dengan mereka serta tidak mengambil masa yang lama untuk 'selesai'.

Wan Azizah nak kecewa apanya?

Memang Anwar Ibrahim merupakan penjahat yang paling tidak dikehendaki di Malaysia tetapi disebabkan dia seorang yang bijak berbohong, ditambah pula dengan kebodohan dan kebangangan para pengikutnya, Anwar Ibrahim terus diperkatakan dan dipercayai. Sedangkan mereka yagn sudah lama dengan Anwar Ibrahim, KESEMUA MEREKA, kecuali Azmin Ali, telah lama meninggalkannya.

Bahkan Wan Azizah sendiri pun sudah tiga kali cuba memfasakhkan Anwar Ibrahim. Kalau bukan kerana imej politik Anwar Ibrahim, barangkali sekarang ini Wan Azizah adalah janda Anwar Ibrahim yang sudah ditalak tiga kali!

K7L : Rosak...

10 Mitos Pasal Lelaki Yang Kita Perlu Baca!




Beberapa mitos dan fakta yang menjadi tanggapan orang mengenai kesihatan lelaki sering dijadikan sebagai rujukan. Fakta-fakta di bawah akan membetulkan tanggapan sebenar andamengenai kesihatan lelaki. Mitos ini adakalanya boleh menjadikan kita keliru, namun ia bergantung kepada kajian yang dilakukan. Jom lihat apakah mitos dan fakta di bawah ini. 

1. Memakai topi atau menggunakan pengering rambut menyebabkan kebotakan.

Mitos: Tiada bukti yang menunjukkan penggunaan pengering rambut menyebabkan kebotakan. Paten keguguran rambut lelaki adalah disebabkan liang-liang rambut semakin mengecil menyebabkan rambut menjadi semakin pendek, halus dan akhirnya tiada rambut.

2. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunyai lebih rendah bilangan sperma.

Walaupun terdedah dengan suhu yang tinggi secara berpanjangan mampu memberi kesan kepada bilangan sperma, bukti-bukti yang mengatakan memakai seluar dalam mengurangkan bilangan sperma adalah tidak konsisten.

3. Semakin banyak anda bercukur semakin tebal janggut anda.
Saiz dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur rambut anda. Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut. Bulu mungkin akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan mengubah saiz atau bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan menyebabkan janggut anda menjadi tebal.

4. Semakin besar saiz kasut, semakin besar penis.

2 orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah melakukan kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada statistik yang signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.

5. Lelaki mencapai kemuncak seksual pada umur 18.

Benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.

6. No pain, no gain. Sekiranya anda tidak berasa sakit ketika workout, ia adalah tidak efektif.

Tidak benar. Anda tidak akan mencapai tahap optimum semasa workout sekiranya anda berasa sakit. Sekiranya, anda mula merasa sakit yang berkaitan dengan sendi-sendi ia mungkin akan memberi kecederaan sekiranya anda terus melakukannya. No pain no gain sepatutnya adalah anda melakukan sesuatu workout sehingga anda tidak mampu melakukannya, bukannya sehingga anda berasa sakit.

7. Banyak lelaki mati disebabkan kanser prostat berbanding dengan kanser-kanser yang lain.

Tidak benar. Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita. Dan kanser prostat adalah yang kedua.

8. Lelaki tidak akan dapat kanser payudara.

Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.

9. Lelaki tidak perlu menghiraukan tentang osteoporosis.

Tidak benar. Osteoporosis merupakan penyakit yang menyebabkan tulang manusia menjadi semakin lemah dan tidak kuat menyebabkan risiko patah mudah berlaku. Ia jarang berlaku pada lelaki kerana lelaki mempunyai tulang yang lebih kuat dan mereka tidak mengalami proses menopaus yang menyebabkan perubahan hormon yang mendadak. Walaubagaimanapun, terdapat lelaki yang mempunyai risiko untuk mendapat osteoporosis terutama apabila umur mereka semakin tua. Faktor risiko lelaki adalah seperti umur, tahap hormon testosteron yang rendah, alkohol berlebihan, merokok, penyakit usus, penggunaan steroid dan tubuh badan yang tidak bergerak.

10. Penis lelaki boleh patah.

Benar. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.

Sila Kenakan Tindakan Bagi Penjawat Awam Sedar! Mohon ISA Diaktifkan Semula!



Semakin hari semakin ramai yang berani nak komen di Media Sosial yang berbentuk hasutan. Sepatutnya pihak Kementerian perlu tegas dalam menghukum mereka yang melampau ini. Hari ini mereka rasa mereka sudah kebal.

Sampai ada yang bersuara "Apa Kerajaan boleh buat dekat aku"? Kalau nak sokong parti mana tu lantaklah, tak ada siapa kisah pun tapi jangan melampau sampai menghasut. Kutuk PM sendiri macam PM tu Abu Jahal pulak.

Seorang Medical Assistant yang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan sepatutnya berbakti kepada masyarakat bukan menghasut membenci kerajaan. 



Sila kembalikan ISA. Sebelum makin melampau puak-puak yang diajar oleh Pakatan untuk berlaku biadap ini naik kepala. Hukuman setakat tukar tempat kerja tak memberi apa-apa effect pun. Eloknya mereka ini ditugaskan di kawasan pedalaman. Baru dia tahu menilai kemajuan dan bantuan Kerajaan.

K7L : Tak sedar dek untung..

Perkara Yang Lee Chin Cheh Janji - Kak Wan Cuba Tak Masuk Campur? #PRKKajang




Kak Wan kini sudah mula resah. Kempen PKR kian gagal mendapat sambutan para pengundi Kajang. Jika ada ceramah dibuat, yang hadir bukan dari kalangan pengundi tetapi jentera PKR sahaja yang memenuhi ruang.

Idea untuk meraih simpati juga sudah kehabisan skrip. Sementara menunggu skrip baru sedang digarap, Kak Wan mula merayau sampai kena sindir bila terserempak semula dengan orang Permatang Pauh yang pernah Kak Wan aniaya.

Kak Wan hari-hari menyerang peribadi Chew Mei Fun, mengkritik kerajaan persekutuan tanpa sebab dan mempermainkan kehilangan pesawat MH370. Berbeza dengan Chew Mei FUn yang setiap hari melihat apa yang boleh beliau bantu jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Apa 5 masalah yang Kak Wan tak endah tetapi diambil berat oleh Chew Mei Fun :






Masalah-masalah ini pernah dijanjikan untuk diselesaikan oleh mantan ADUN PKR yang telah meletakkan jawatan sehingga menyusahkan rakyat Kajang. Sudahlah masa jadi wakil rakyat pun tak tunaikan janji, dah letak jawatan pun menyusahkan. 

Sekarang tinggal pengundi Kajang untuk menilai apakah masih lagi mahu PKR jadi wakil rakyat? Belajarlah untuk serik setelah masuk penggal kedua pun tak jadi apa.

K7L : Fikir elok-elok..

24 Jam Untuk Rakyat - Satu Pengorbanan Besar Mei Fun Jika Dipilih #PRKKajang






Calon BN bagi PRK Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berjanji sekiranya beliau menang, bantuan kepada masyarakat Kajang akan diberi melalui dirinya sendiri bukan melalui orang tengah. Jelasnya, pendekatan itu berbeza dengan kebanyakan wakil rakyat lain, yang lazimnya memberi bantuan menerusi 'orang lain'. Sebaliknya kata Mei Fun, beliau akan memberi bantuan melalui tangannya sendiri.

Mei Fun dengan rendah diri mohon restu semua supaya menyokongnya dalam PRK Dun Kajang nanti. Beliau berjanji untuk bekerja keras serta mainkan peranan sebagai ADUN yang kompetetif sekiranya menang. Beliau juga berjanji akan senang didampingi dan senang untuk dihubungi. Paling mengujakan apabila beliau berjanji untuk memberi bantuan kepada masyarakat secara individu dan bukan melalui pembantu atau setiausaha saya. Beliau berkata demikian ketika majlis Sepetang Bersama Anggota Rela Daerah Hulu Langat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang semalam.


K7L : Wan Azizah jumpa pun tak tegur apatah lagi nak telefon..

18/03/2014

Masalah Di Kajang - Apa PKR Buat 2008-2014? - Part 5 Kesesakan Lalulintas



Setiap hari kita akan lihat Kajang pasti akan sesak. Keluhan rakyat Kajang kian hambar kerana seakan tidak ada jalan lagi untuk masalah itu diselesaikan. Janji Lee Chin Cheh sebelum ini sikit pun tidak tertunai.

Hari ini Kak Wan 'offer' konsultan pula untuk selesaikan masalah. Entah berapa banyak duit rakyat akan dihabiskan untuk bayar kroni dia nanti. Siap nak buat pasukan trafik Kajang bagai. Apa polis trafik tak cukup bagus?

Berbeza dengan Mei Fun yang membuat akujanji yang relevan. Antara yang paling bagus adalah cadangan membuat sistem parking bertingkat. Maka tiada lagi orang akan parking di tepi-tepi jalanraya.

5 Masalah Utama di Kajang namun Kak Wan hanya main-main. Mei Fun ingin benar-benar berkhidmat. Jangan tersalah undi kelak sepenggal Kajang ditipu lagi.


Baca juga:

Masalah Di Kajang - Apa PKR Buat 2008-2014? - Part 4 Peniaga/Penjaja Kecil



MPKj rata-rata ahli lembaga mereka daripada pemimpin pembangkang. Sikap mereka menekan para peniaga dan penjaja kecil di Kajang amatlah zalim. Hanaya zalim yang mampu menggambarkan betapa teruknya jika PKR yang mendapat kuasa.

Sepatutnya pihak ADUN PKR yang lepas menyediakan prasarana supaya para peniaga boleh terus mencari rezeki. Ini mereka terus 'mengunci pintu' atas sebab mereka nak tunjuk kuasa. Rakyat Kajang harus lihat perkara ini lebih mendalam.

Berbeza dengan Calon Barisan Nasional yang ingin memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan. Sekaligus dapat membawa para peniaga kecil ini menambah pendapatan mereka andai Kajang selalu ada aktiviti.



Jika bercakap pasal berniaga, hari ini Kak Wan telah bertemu semula dengan peniaga yang pernah dihalau dari berniaga di PERDA ( dalam Parlimen Permatang Pauh) ketika zaman Kak Wan jadi Ahli Parlimen.

Bayangkan kalau tempat yang dikatakan kubu kuat Anwar pun tidak dijaga apatah lagi Kajang yang cuma anak angkat pada Kak Wan? Itu beza antara mereka yang berkhidmat untuk rakyat atau mereka yang berjuang untuk cita-cita politik suami.

Baca juga:


Part 1 - Denggi
Part 2 - Banjir

Part 3 - Sampah

K7L : Part yang terkahir selepas ini..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk