30/06/2016

Kenyataan Paling Pendek Untuk DAP Dan Paling Menyakitkan Hati?



Press Statement by PCM VP Datuk Major (R) Huan Cheng Guan

30 June 2016.

For Immediate Release

THE ISSUE OF THE PENANG CHIEF MINISTER CHARGED IN COURT FOR CORRUPTION

"Padan muka"

Datuk Huan Cheng Guan.
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia


K7L : Ini kelakar...

Mufti Pahang Dan Isu Kafir Harbi?



1. Nampaknya, terdapat segelintir pihak yang hati sakit dan sakit hati dengan kenyataan Mufti Pahang dalam isu Kafir Harbi. Amat malang juga, mereka tidak memeriksa kenyataan yang sahih keluar dari mulut Mufti Pahang sebaliknya mereka lebih tergoda dan mempercayai cerita atas angin yang dibentangkan di lembaran wassap, facebook dan media maya.

2. DAP kelihatan sangat-sangat marah. Amat malang pula beberapa kerat individu Islam turut sama membalun Mufti Pahang secara membabi buta, semberono dan mentafsir sendiri bacaan portal atas angin, FB dan wassap sahaja. Saya yakin Mufti Perlis pun tidak pernah menemui Mufti Pahang untuk mendapatkan penjelasannya. Maka kelihatan buruklah Islam itu kerana Mufti sesama Mufti dilihat saling bercakaran. Musuh-musuh sebenar Islam pun bertepuk-tanganlah.

2. Saya menggunakan pendekatan lain. Saya berjumpa sendiri dengan Mufti Pahang dan mendengar sendiri dari mulut beliau. Berikut catatan saya seterusnya.

3. Selepas mendengar penerangan Mufti Pahang, saya mendapati tidak ada asas untuk mendakwa beliau dalam Akta Hasutan. Sebaliknya, bagi saya mereka yang mengapi-apikan, mereka yang menambah-nambah cili padi dalam kenyataan itu yang perlu dikenakan Akta Hasutan. Mufti Pahang tidak pun menujukan kenyataan itu kepada DAP dan kita semua sangat pelik mengapa DAP kelihatan kepanasan dan sangat takut ?

4. Mufti Pahang tidak pernah menyebut menyeru umat Islam mengangkat senjata supaya memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Perbuatan sesetengah pihak memberi gambaran Mufti Pahang sebagai pengganas adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang sepatutnya dikenakan Akta Hasutan kerana mengapi-apikan rakyat Malaysia dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

6. DAP dan mereka yang sewaktu dengannyalah yang patut diperbetulkan. Kenapa reaction DAP berlebih-lebihan? Adakah untuk melarikan isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibicarakan? Sebenarnya, saranan Mufti Pahang adalah untuk kebaikan umat Islam. DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam sebagaimana jua Mufti-Mufti tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

7. Contohnya, pindaaan enakmen Mahkamah Syariah yang dibacakan oleh DS TG Hj. Hadi Awang adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk mereka yang Bukan Islam. Kenapa DAP khususnya gundah gulana?. Jika undang-undang mengenai salahlaku mencuri, merompak, menipu dan sebagainya dikuatkuasakan, yang untungnya semua orang termasuklah peniaga Bukan Islam. Bukankah itu satu kebaikan? Undang-Undang Islam memberi kebaikan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam turut menikmatinya.

6. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak melainkan Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. Perbuatan memusuhi Islam tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata tetapi juga dalam bentuk ideologi, politik dan sosio-ekonomi. Justeru, perbuatan memusuhi Islam dan menyokong kumpulan yang memusuhi Islam wajib ditentang dengan penuh hikmah dan bijajksana.

7. Perangi itu bukannya bermaksud perang mengangkat senjata. Perangi yang dimaksudkan ialah dengan tidak menyokong sesiapa yang menentang ajaran Islam. Maknanya sesiapa sahaja yang bukan Islam yang tergolong di dalam kafir harbi (kerana dia menentang syariat Islam) maka umat Islam tidak boleh menyokongnya terutama apabila sangat-sangat nyata dia menentang Islam. Perangi juga boleh dalam erti kata jihad membantu ekonomi umat Islam. Maka perangi itu bukanlah bermakna mengangkat senjata.

Sumber

K7L : DAP memang kuffar...

Pemimpin DAP Korup! - Didakwa Atas Sebab Apa?


 

Semalam ketika berbuka Keris menerima berita penahanan pemimpin korup DAP iaitu Lim Guan Eng. Hari ini keadaan nampak kecoh dan mulalah berbondong-bondong bunyi 'keadilan' untuk Guan Eng yang memang korup.

Sejak semalam lagi Keris sudah agak akan tuduhan-tuduhan terhadap Kerajaan konon wuud konspirasi walhal bukti bukti yang ada menunjukkan bahawa LGE sudah boleh didakwa di mahkamah.


 

Namun sudah menjadi perangai pembangkang. Kalau kena pada batang hidung sendiri, mereka sahaja yang betul termasuk SPRM dan Mahkamah. Kalau kena pada pihak lawan SPRM dan Mahkamah paling nombor satu sekali.

Apapun kita tunggu perbicaraan dan kita akan lihat kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

K7L  :Adun Tanjong Bungah dah mula tempah suit?..

29/06/2016

Apa Orang Pulau Pinang Cakap Pasal Hock Seng Dan DAP?


Susulan video Hock Seng maki bodoh dan celaka. Apa kata surveyyyyyy?





K7L : Klik gambar dan baca sendiri apa mereka tulis.. #ByeDAP

Hock Seng Maki Rakyat Pulau Pinang Celaka Dan Bodoh?




Semalam, Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan telah mengadakan majlis debat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut". Debat tersebut melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

YB DAP Lim Hock Seng dalam debat semalam tidak bertindak profesionalisme dan berlagak seperti samseng apabila beliau menempelak di atas pentas debat berkenaan dengan mengatakan penyokong parti Barisan Nasional dan pengundinya adalah golongan yang "bodoh" dan "celaka". Lihat video di SINI


Inilah wajah DAP yang sebenar. Golongan samseng dan kuat maki hamun. Bila sudah kalah debat, jadi macam orang gila. Dulu ramai orang Cina tidak nampak perangai sebegini. Semalam, mereka sudah saksikan sendiri. Negara boleh hancur jika pemimpin sebegini memimpin negara. Golongan seperti inipun masih ada yang hendak mengundi DAP dan parti proksi mereka PAN.



K7L : Bukan main mulut...nak kena cili...

8 Julai 2016 - Di Isytihar Sebagai Cuti Peristiwa



Kerajaan sebelum ini ada membuat cadanga untuk mempertimbang permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh 8 Julai ini iaitu hari Jumaat yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata permohonan yang disampaikan menerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

Hari ini 8 Juali 2016 (Jumaat) telah diluluskan untuk di isytihar sebagai Cuti Peristiwa oleh Kabinet. 

K7L : Suka betul rakyat Malaysia dengan cuti.. Selamat Bercuti..

28/06/2016

Selepas Anti Vaksin - Kini Wujud Anti Pusat Zakat - Kegilaan Apakah Ini?



Selepas kewujudan golongan anti-vaksin, kini wujud pula golongan anti-pusat zakat. Ikut kepala sendiri nak bagi zakat kat sesiapa yang dia rasakan asnaf.

Dakwaan 1
Agihan zakat dianggap lambat, banyak prosedur dan leceh

Jawapan: Zakat adalah ibadah wajib yang mempunyai tatacaranya. Salah satu tatacara yang perlu dititkberatkan adalah siasatan golongan yang ingin diberikan zakat.

Dakwaan 2

Pusat zakat tidak proaktif mencari fakir miskin dan menunggu sahaja di pejabat

Jawapan: Boleh rujuk akaun Facebook pusat zakat, di mana banyak diaparkan aktiviti pusat zakat yang turun padang bekerja membela nasib asnaf.

Dakwaan 3

Yakin zakat yang diagih sendiri lebih berkesan membantu asnaf

Jawapan: Jangan diambil remeh peranan pusat zakat mengagihkan zakat. Di Selangor sahaja, jumlah keluarga fakir miskin mencecah 50,000 buah. Apakah agihan secara adil boleh dibuat jika dilakukan secara persendirian?

Dakwaan 4

Ragu dengan ketelusan agihan zakat

Jawapan: Hal ini boleh disemak Laporan Tahunan Pengurusan Zakat. Malah Jabatan Audit Negara melaksanakan audit tahunan dan diberikan Sijil Bersih, bukti tiada penyelewengan.

Dakwaan 5

Kecekapan kutipan tidak sama dengan kecekapan agihan

Jawapan: Pusat-pusat zakat cuba memaksimumkan kecekapan agihan. Kaunter Bergerak dan Kaunter Express diwujudkan. Masa memproses permohonan cuba dipendekkan. Tetapi banyak aspek lain yang turut memainkan peranan, seperti perbezaan jenis permohonan serta lengkap atau tidak dokumen permohonan oleh pemohon atau asnaf.

Dakwaan 6

Anggap tidak salah di sisi syarak beri zakat sendiri

Jawapan: Zakat adalah urusan pemerintahan. Ayat zakat disebut jelas di dalam al-Quran dan dikaitkan dengan pemerintahan (rujuk al-Hajj ayat 41). Hanya jika urusan zakat terbukti diseleweng, maka ada cara pengagihan yang lain.

Dakwaan 7

Anggap pusat zakat memanipulasi hukum Islam

Jawapan: Hukum Islam dalam isu zakat sudah sangat jelas. Fatwa digubal demi manfaat semua orang, bukan meraikan golongan tertentu. Rujuklah dalam pelbagai kitab fiqh untuk melihat perkembangan hukum zakat. Apa yang penting, natijah zakat adalah untuk seluruh umat Islam. Hukum zakat menjurus ke arah itu.

Dakwaan 8

Mempertikaikan institusi zakat atau agama menggunakan wang zakat

Jawapan: Mereka yang membuat tuduhan, buatlah homework. Paling tidak, mereka boleh bertanya kepada mana-mana pusat zakat, tentang penggunaan wang zakat itu. Bukankah Allah SWT telah memberikan arahan agar 1/8 daripada agihan zakat menjadi hak kepada asnaf amil? Melarang amil menggunakan wang zakat, bukankah bererti mempertikaikan Allah SWT? (Rujuk at-Taubah, ayat 60).

Dakwaan 9

Pengalaman ‘gagal’ memohon zakat dijadikan sandaran

Jawapan: Gagal dalam permohonan adalah lumrah. Jangankan zakat, Perkeso dan KWSP malah pihak bank pun berhak menolak permohonan yang tidak menepati syarat. Namun jika benar pusat zakat menolak dengan salah, sila buat laporan rasmi kepada pihak berwajib. Kesilapan di sesebuah negeri, tidak wajar dilambakkan kepada semua negeri.

Dakwaan 10

Marah dengan insiden tertentu sebelum ini yang melibatkan zakat

Jawapan : Tidak dinafikan, pusat-pusat zakat ada melakukan kesilapan dalam gerak kerjanya. Namun, kesilapan itu diperbaiki hari demi hari. Apa yang berlaku, insiden lima atau enam tahun silam, dipanaskan lagi. Tidak adil menghukum kesalahan yang sudah diperbaiki. Malah ia menjadi fitnah yang tidak berkesudahan.

K7L : Lepas ini nak muncul anti apa pulak?.. Anti Mahathir tak apa...

Ada Umat Islam Yang Benarkan Bukan Islam Berucap Di Mimbar Masjid?



Menurut rakan blogger CTS, ada satu perkara yang tidak baik telahpun berlaku. Malangnya beberapa umat Islam tidak mempertahankan kedudukan mereka sebagai seorang muslim dengan baik.

Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu, Sabtu lepas.

Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28/08/2010 yang melarang orang bukan Islam dari memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu. Sila baca di sini.


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan, tindakan Ahli Parlimen itu juga telah mencemarkan kesucian Masjid, melainkan Ahli Parlimen berkenaan sudah mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih lagi kejadian sebegini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

K7L : Apa sudah jadi?..

Wabak Campak Meningkat - Semua Sebab Kebodohan Keluarga Yang Tolak Vaksin!



Sebanyak 873 kes wabak campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, sekaligus menunjukkan peningkatan 340 peratus berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes demam campak itu disebabkan kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi.

Beliau berkata majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6 peratus), diikuti institusi (28.8 peratus) dan komuniti (7.6 peratus).

"Sepanjang tahun 2015, terdapat 1,318 kes wabak demam campak dengan dua kematian dan belum ada kematian pada tahun ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 66 kes wabak demam campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, iaitu peningkatan hingga lima kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Pada 2014, hanya 11 wabak demam campak dilaporkan (bagi tempoh berkenaan) dan meningkat kepada 57 wabak pada 2015," katanya.

Bagi wabak cacar air atau chicken pox, Dr Noor Hisham berkata, 109 kes dilapor pada tahun ini iaitu menurun 34.7 peratus berbanding 167 pada 2015 dan 125 pada 2014.

Katanya, tiada kematian akibat cacar air pernah dilaporkan dalam tempoh tiga tahun, serta majoriti kes bagi tahun ini melibatkan institusi (90 peratus) seperti taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat tahanan.

Beliau berkata, demam campak dan cacar air adalah penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung kepada titisan cecair pesakit.

Katanya, imunisasi demam campak akan diberikan kepada kanak-kanak pada umur sembilan dan 12 bulan, manakala imunisasi cacar air tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Menurutnya, gerakan antivaksin turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sehingga menyebabkan liputan itu boleh menurun sehingga kurang daripada 95 peratus.

Katanya data dari klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes pada tahun 2014.

Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa campak dan cacar air adalah sejenis penyakit yang amat mudah merebak dan kanak-kanak yang dijangkitinya perlu diasingkan dan tidak dihantar ke pusat asuhan, taska, tadika atau sekolah.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan bekerjasama dengan memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi, sama ada pada tarikh hari lahir pertama anak atau semasa kempen imunisasi campak dijalankan dalam komuniti



Ini menjadi masalah kepada orang lain. Disebabkan kebodohan kumpulan anti vaksin. Maka penularan penyakit ini semakin teruk. Hanya kerana ikutkan hati dan keliru dengan maklumat, menjadikan ramai mangsa terlibat termasuk anak sendiri.


Sebab itu kena faham sejarah dan kena tahu mengapa vaksin-vaksin ini diwujudkan. Siap kata haram lah, senjata biologi bagai walhal ini untuk kebaikan bayi serta bayi-bayi yang berada disekelilingnya.

Mari baca pasal vaksin : 

Sebelum vaksin rubela diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS), setiap tahun seramai 20,000 kanak-kanak telah dilahirkan dengan Sindrom Kongenital Rubela yang menyebabkan kecacatan jantung, cacat pendengaran dan kecacatan mental pada bayi yang baru dilahirkan.

Kini terdapat banyak fakta sains yang menunjukkan bahawa tiada kaitan antara MMR (atau sebarang vaksin yang lain) dengan autisme. Malah, penyelidikan terbaru dari Denmark yang melibatkan kajian ke atas 500,000 orang kanak-kanak telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya tiada sebarang hubungan antara vaksin MMR dengan autisme.

Satu lagi masalah yang terdapat pada hipotesis bahawa MMR berkaitan dengan autisme ialah bahawa sebenarnya, campak dalam bentuk semula jadi tidak pernah dikaitkan dengan autisme. Oleh itu, memanglah menghairankan jika vaksin yang merupakan bentuk virus campak yang telah dijadikan lemah dikatakan boleh menyebabkan autisme.

Satu lagi kesilapan yang ditemui dalam hipotesis tersebut ialah vaksin campak yang lemah ini telah dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang berisiko tinggi seperti autisme berbanding dengan campak dari jenis liar yang lebih virulen. - 
Artikel Penuh: Utusan


K7L : Dah senjata biologi bagai..makin gila kumpulan ni..

Sehingga Kini DAP Berdiam Diri Dihukum Pengundi Cina Ketika PRK?

 

Aneh. Seringkali DAP tampak berlagak dan sombong biarpun kalah sebelum ini. Namun hari ini kita lihat pihak DAP termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini berkokok bagai ayam serama kini menjadi ayam pencen hilang bulu.

Jelas dan nyata DAP dan PAN dihukum pengundi Cina yang sudah tidak tahan dengan politkk DAP yang mahu 'Melayukan DAP' dengan menjadkan PAN sebagai kunci untuk perjuangan ala komunis DAP.

Ternyata pengundi Cina lebih memilih Barisan Nasional yang konsisten tanpa agenda peribadi. Kini tidak lagi kedengaran kidung puak DAP. Mungkinkah ini petanda DAP akan tewas seperti di Sarawak kelak?

Apa yang pasti pengundi Cina telah sedar akan agenda DAP yang sebenarnya bukan untuk mereka pun. Sebaliknya hanya untuk 'orang-orang DAP' sahaja. Lihat apa berlaku di Pulau Pinang.

Hanya DAP sahaja mendapat keistimewaan. Kena faham bahawa pengundi cina juga terkesan dengan diktator ala komunis yang tidak memberi untung kepada rakyat. Semoga PRU14 kita akan melihat kehilangan kerusi buat DAP-PAN-PKR.

K7L : Masa untuk Barisan Nasional..beri BN untuk terus bekerja..

Satu Lagi Dokumen Penyelewengan Rasuah Oleh Lim Guan Eng Terdedah?



Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew adalah rakan perniagaan Phang Li Koon sejak tiga tahun lalu, dedah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Raja Kamaruddin dalam lamannya, Malaysia-Today.

Betty Chew dan Phang merupakan pengarah syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.
Sumber : MyMassa



K7L : Apa cerita ni?..

Setiap Ahli UMNO Berjiwa Pejuang - Tidak Khianat Parti Demi Seorang Manusia!



SETIAP AHLI UMNO BERJIWA PEJUANG
Bagi mereka yang berjiwa kecil, kehilangan seorang sahabat, kekasih atau pasangan hidup akan membuatkan seseorang itu bersedih seolah-olah hidupnya sudah berakhir. Bagi mereka yang berjiwa besar, setiap kehilangan merupakan titik permulaan ke arah sebuah kehidupan yang lebih cemerlang.

Sesiapa sahaja yang ikhlas berjuang untuk UMNO tidak akan dapat lari dari kesedihan sekiranya kesemua Ketua Bahagian dan AJK Bahagian serta sayap-sayap Bahagian Semporna, Pagoh atau Jerlun mengisytiharkan keluar parti dan meletakkan jawatan.

Tetapi pejuang parti sejati tidak akan merasai kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya ia adalah titik permulaan ke arah pemantapan dan pemerkasaan parti agar terus relevan dan cemerlang pada PRU 14.

Gelombang ketiga-tiga Bahagian tersebut umpama setitis air di lautan jika dibandingkan dengan krisis kepimpinan UMNO 1987 dan 1998. Gelombang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang diterajui oleh Parti Melayu S46 serta gelombang reformasi 1998 JAUH LEBIH KRITIKAL kepada parti keramat UMNO.

Namun AHLI-AHLI DAN PEMIMPIN UMNO bergerak maju kehadapan dan berjaya mengatasinya, bukan kerana pucuk kepimpinan ketika itu, tapi kerana KESETIAAN AHLI AKAR UMBI pada parti yang telah banyak berjasa pada Agama, Bangsa dan Negara.

Apa sangatlah yang hendak disedihkan sekiranya anda kehilangan sahabat-sahabat yang mengkhianati perjuangan parti sedangkan MAJORITI RAKYAT MALAYSIA menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi bagi anda membuktikan bahawa UMNO TETAP RELEVAN, Dulu, Kini & Selamanya, INSYA ALLAH!!!

Melangkah dan terus melangkah. Maju ke hadapan dan hadapi segala cabaran. Lupakan mereka yang kecewa.

RAKYAT TETAP BERSAMAMU, UMNO TETAP DI HATI.


K7L : Nukilan ZMT yang memberi kesan untuk ahli UMNO..

27/06/2016

PKR Sanggup Jadi 'Belaan DAP' Untuk Serang Mufti Pahang?




Ketika Retreat Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan 2012 yang merumuskan bahawa parti perkauman DAP adalah KAFIR HARBI, tiada mana-mana pihak membuat laporan polis mengenainya, terutama kepada Tuan Guru Abdullah Samaah.

Ketika PAS membatalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP atas alasan "DAP Adalah Anti Islam Dan Menentang Pelaksanaan Syariah Islam (KAFIR HARBI), tiada mana-mana pihak yang membuat laporan polis.

Tetapi apabila Mufti Pahang bercakap pasal Kafir Harbi, kenapa PKR buat laporan? Nampak sangat dengan arahan DAP mereka sentiasa akur.

K7L : Nak sebab apa lagi untuk tolak PKR?.. Islam pun bukan lagi perjuangan mereka..

PAS Tidak Mungkin Akan Duduk Semeja Dengan PAN?


 

PAS nampaknya masih keras hati. Puas sudah geng PKR pujuk termasuk beberapa orang pemimpin kanan DAP yang dihantar bertemu dengan Presiden PAS. Namun gagal adalah jawapan kepada semua persoalan.

Kini PAN yang sebelum ini beria-ia menentang PAS nampak seperti diam setelah mereka gagal memenangi mana-mana kerusi sepanjang mereka bertanding semenjak penubuhan mereka yang telah berpecah daripada PAS.

Kini kelihatan DAP dan PAN seperti minta nyawa dengan PAS. PAS nampaknya tidak akan sesekali kembali menjalinkan hubungan dengan DAP dan PAN. Mereka lebih selesa menjadi pembangkang yang betul-betul membangkang untuk menjadikan Kerajaan Malaysia lebih baik.

Bukan dengan meletakkan keharmonian negara untuk diperjudikan dan keadaan ekonomi negara sebagai taruhan untuk memastikan mereka menjadi Kerajaan. Nampaknya Barisan Nasional masih lagi relevan berbanding yang lain.

K7L : Apapun kita akan lihat PAN terbubar nanti.

Rombakan Kabinet 2016 - Selamat Menjalankan Tugas




Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua
Datuk Johari Ghani

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Nasron Mansor

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Datuk Seri K Devamany

Timbalan Menteri Kewangan 
Datuk Lee Chee Leong

K7L : Tahniah!..

24/06/2016

Tugas Kita Laporkan Asnaf - Tanggungjawab Bersama #ZakatSelangor




Kebelakangan ini kecoh dalam laman sosial tentang zakat. Ada yang pertikai lebih daripada polis pasal kemana wang zakat pergi. Kalau boleh semua perincian pengagihan wang zakat mesti dilaporkan terus kepada mereka.

Di sini Keris nak maklum kepada semua pembaca. Sila sampaikan juga kepada mereka yang 'bijak pandai' dalam soal Zakat. Terbaru ada yang mengecam pusat zakat kerana tidak membantu sesetengah keluarga yang susah. 

Erti kata lain asnaf yang layak mendapat zakat tidak menerima wang zakat. Maka para penghukum Facebook dan Twitter mula mengecam Pusat Zakat yang ada. Tetapi tahukah anda semua tentang Zakat?

Sebenarnya tugas untuk mencari asnaf bukan tanggungjawab pusat Zakat sahaja, tetapi ia tanggungjawab masyarakat. Kita sebagai umat Islam yang baik tidak perlu mencari salah orang alin sebaliknya boleh bantu dengen melapor jika terjumpa asnaf yang memerlukan bantuan.

Pastikan laporan sahih dan benar atau ia hanya akan mengganggu proses kelancaran asnaf yang lain yang benar-benar memerlukan. Kini tugas ini tugas seranta umat Islam. Ini kifayah kita bersama.

K7L : Ada yang tak tahu Amil tapi sibuk cerita asnaf?..

PKR Kini Berdepan Dengan Keretakan Hubungan Dengan PAS?


 

Sebenarnya ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar berlangsung. Kita sememangnya ingin melihat sendiri pendirian PKR yang bermain tarik tali dengan PAS dan DAP berhubung sokongan mereka.

Pada awalan pengumuman calon PH, Wan Azizah hadir tanpa Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR. Mungkin saat itu Presiden PKR tidak yakin dengan Azmin yang berkeras mahu kekalkan PAS didalam Kerajaan Negeri Selangor.

Namun Menteri Besar Selangor itu akur dengan permintaan pucuk pimpinan PH yang mendesak dirinya untuk menyatakan pendirian. Akhirnya dia menyatakan sokongan terbuka kepada PAN.

Sekaligus mengguris hati PAS yang selama ini merasakan Azmin sentiasa bersama dan menyokong mereka. Kini dengan hati-hati yang terluka, apakah yang akan berlaku kelak? Siapa yang akan bertindak lebih awal?

Samada PAS atau PKR yang mula membuka bunga langkah. Nyata sokongan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan hubungan mereka. PKR sudah bersedian untuk kehilangan sokongan?

K7L : Tak sabar tunggu PRU14.. nak tengok mungkin hanya Permatang Pauh sahaja yang tinggal?..

23/06/2016

1.5 Bulan Bonus Gaji Kerajaan Negeri Selangor Nampak Mewah? Disebaliknya Ini Tersembunyi!




Ini merupakan sedikit penjelasan daripada seorang rakan FB yang dikenali dengan nama pena EM. Kena faham pasal bonus penjawat awam ini. Berbaur politik tapi tak dapat dielakkan.

Kerajaan Persekutuan (BN) + Kerajaan Negeri BN + Kerajaan Negeri PAS = RM 500 seorang. Bos-bos besar tak dapat.

Kerajaan DAP Selangor = 1 bulan + 1/2 bulan gaji

Kerajaan DAP Penang = 3/4 bulan gaji


Maka ramai lah yg buat perbandingan, malah ada yg kata punca dapat RM 500 sebab Kerajaan Persekutuan nak bankrup

Yang penjawat awam terutamanya Selangor pula puji melambung Kerajaan Negeri mereka, dengan dakwaan hasil negeri dipulangkan semula kepada rakyat. Namun mereka tak nampak yang bos bos besar pun dapat bonus yang lebih banyak.

Berapa jumlah penjawat awam persekutuan vs penjawat awam negeri selangor/penang? Adakah kerajaan selangor/penang turut menanggung kos rakyat lain seperti hospital, pendidikan dsb? Selain cukai tanah, pintu dan perniagaan yang naik saban tahun di selangor/penang, tol2 di selangor dan penang juga dimiliki oleh kerajaan negeri.

Siapakah yang sebenarnya menikmati faedah maksimum bonus tersebut di selangor dan penang? Rm500 bantuan hari raya hanya untuk penjawat awam persekutuan bawah gred jusa. Dengan kata lain, untuk persekutuan bos tak dapat bantuan raya, tapi di selangor dan penang, tidak dinyatakan secara jelas siapa yang dapat dan tidak. Kalau semua merasa bonus 1 1/2 bulan gaji, maka MB dan exco kerajaan negeri lah yang paling untung sekali (sila semak kenaikan terkini gaji MB, exco dan wakil rakyat di selangor)

Di mana letaknya hasil negeri yang kononnya dipulangkan semula kepada rakyat kalau hanya segelintir sahaja yang bermewah dengan kekayaan hasil negeri selangor dan penang? Patutlah majlis perbandaran semacam rakus merobohkan perniagaan kecil orang Melayu, bak kata kawan, dapat dedak lebat.

Bukankah bonus 1 1/2 bulan atau 3/4 bulan ini seumpama rompakan terancang licik untuk berhari raya setelah kenyang dengan 'komisen' projek pembangunan sepanjang tahun sehingga menyebabkan nilai hartanah menjadi tidak masuk akal?

Penjawat awam persekutuan berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Seorang penjawat awam secara purata mempunyai sekurang kurangnya 4 orang keluarga terdekat iaitu ibu, bapa, isteri dan anak. Maka bonus RM500 ini sebenarnya memberikan manfaat bukan hanya kepada 2 juta penjawat awam, tetapi kepada sekurang-kurangnya kira kira 8 juta rakyat Malaysia atau 4 dari 15 rakyat malaysia. Ini baru namanya GST atau hasil lain Kerajaan dipulangkan kepada rakyat.

Berapa pula nisbah penjawat awam selangor/penang dengan rakyat selangor atau penang? Berbaloikah cukai dan tol yang dibayar selama ini?

K7L : Jangan termakan suapan pembangkang..

Selangor Juara Wabak Denggi Untuk Tahun Yang Ke Berapa? #UndurAzmin



Apa yang kita tahu sejak hampir dua tahun ini, Selangor nyata tidak pernah gagal menjuarai kategori ‘negeri paling banyak kes denggi’. Sehinggakan pernah berlaku satu taman perumahan tidak ada rumah yang tiada pesakit denggi.

Apakah kerajaan negeri telah hilang arah dan tidak mempunyai sebarang panduan bagaimana untuk menangani kes denggi di Selangor? Atau mereka sekadar tidak peduli ke atas wabak ini kerana tidak menjadi isu politik besar kepada rakyat?

Jika kerajaan negeri mengambil berat tentulah ia tidak sekadar memperuntukkan RM1.5 juta untuk pencegahan denggi dalam Bajet Selangor 2016. Malah, kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dan berminat kepada soal politik de­ngan menaikkan papan tanda untuk kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding nyawa penduduk Selangor dan isu bonus yang berat sebelah.

Semua ini memang berpunca daripada Kerajaan Negeri Selangor. Isu pengurusan sampah di Selangor wajar diatasi bagi mengatasi masalah penularan kes denggi di Selangor yang tidak pernah surut.

Kadang tertanya-tanya mana pergi pihak berkuasa tempatan (PBT). Roboh khemah orang berniaga dan saman parking memang cukup cekap. Tak perlu diajar kadang-kadang. Tetapi berkaitan perkara yang lebih sesius seperti denggi apa tindakan mereka?

.Apapun dilihat Azmin telah tertulis dalam sejarah Selangor sebagai Menteri Besar Nyamuk Aedes kerana zaman dialah wabak ini tidak terkawal.

K7L : Penghisap darah..

Rafizi Salahkan Pengundi Kerana Mereka Kalah? Siapa Yang Bodoh?



Kesilapan besar Rafizi Ramli ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh menerima fitnah-fitnah yang dilemparkannya. Contohnya, Rafizi membangkitkan isu DS Rosmah katanya menyewa jet bernilai jutaan ringgit. Anda boleh membaca tuduhan dalam blog Rafizi ternyata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah politik.

Fakta-fakta yang dipungut oleh Rafizi adalah daripada sumber-sumber sekunder dan sumber ketiga, hear say dan info daripada laman penerbangan umum yang tidak boleh diterimapakai di dalam perundangan. Maklumat di dalam laman media sosial yang bersifat umum tidak boleh diterima kerana pergerakan rasmi adalah bergantung juga kepada faktor keselamatan dan faktor-faktor lain.

Gambar dan video dari sumber wassap, youtube, dan sekunder tidak boleh diterimapakai sebagai betul contohnysa tuduhan caption semua beg itu kononnya beg DS Rosmah kerana rakyat pun berfikir sudah tentu beg kakitangan lain jua. Rakyat yang berfikir pun tahu, tak kanlah beg pakaian Rosmah 10 beg! Maka janganlah memberi gambaran sedemikian rupa.

Sedangkan jika kita pergi melancong ke luar negara, kita sendiri membawa berbelas beg milik isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Kita faham, harapan Rafizi ialah semoga tuduhan-tuduhannya itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi di Sg. Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi calon Barisan Nasional. Malangnya, harapan Rafizi itu dijawab dengan pukulan TKO apabila pengundi-pengundi memberikan majoriti luar biasa di Sg. Besar (majoriti 6,969) dan Kuala Kangsar (majoriti 9,191).

Angka majoriti yang luar biasa ini menutup terus mulut Rafizi daripada terus menyerang Perdana Menteri dan isteri. Angka itu adalah suara rakyat dan benchmark. Jika PKR dan Rafizi peka, dia patut meletak jawatan ataupun PKR memecatnya dan menukar dengan orang lain yang lebih sederhana seperti Tan Sri Annuar Musa!

Saya berpendapat, jika Rafizi banyak berdiam diri, Pakatan Harapan akan memperolehi undi dan sokongan yang lebih besar berbanding sekarang. Parti PKR perlu memikirkan kaedah lain iaitu mendiamkan pemimpin-pemimpin mereka yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang terbaik.

K7L : Pandangan menarik untuk Keris kongsikan..

Sah Team Kak Wan Perancang Untuk Benam Kartel Azmin?



Kenyataan media Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepadanya menjadi viral di media sosial.

Gesaan Wan Azizah itu juga turut mendapat liputan di portal berita Post Metro dan Bicara News.

AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.

Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-

1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00

2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00

3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00

4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00

Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.

Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.

KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
21 Jun 2016

Nampaknya sudah mula taktik 'pancung' oleh kem Wan Azizah. Mula bergerak dengan taktikal Sun Tzu dengan 'memancung' kepala-kepala dalam Kartel Azmin. Azmin yang dilihat kuat kini sedang dilemahkan.

Apakah kemungkinan pertembungan di antara Azmin - Wan Azizah benar-benar akan berlaku. Mungkin senario politik PKR akan berubah selepas itu. Mungkin juga akan ada yang keluar parti sama seperti PAN?

Apapun kini Zuraida tidak mahu tidak tetap perlu menafikan jika pendedahan tersebut tidak benar. Selama ini Zuraida mengeji pemimpin UMNO dan PAS. Hari ini kita lihat siapa yang berlagak suci dan sederhana dengan jumlah kereta yang dimilikinya?

K7L : Ini kata nak beri kesaksamaan kepada rakyat?..

Siapa Yang Dedahkan Kekayaan Orang Azmin Di Ampang?



Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dipertikai sumber pendapatan untuk melayakkan beliau memiliki sembilan buah kenderaan peribadi.

“Gaji Ahli Parlimen yang baru RM16k. Agak-agak sepadan tak dengan pendapatannya. Belum masuk rumah dan lain-lain, “
Rafi Awg Kechik 

Turut ditempelak Rafi berkaitan sikap Zuraida yang dilihatnya ‘tertekan’ apabila mencabar individu yang membuat pendedahan mengenai peribadinya tampil ke hadapan.

Sembilan buah kereta yang didakwa milik Zuraida adalah seperti berikut :

1. BNT9138 – KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 – KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 – KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 – KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U – MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J – KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 – KERETA VOLVO XC90 2.5T

“Mengejutkan! BNT 9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 didaftarkan atas nama sebuah syarikat cina iaitu ; Hanspec (M) Sdn Bhd, Suite 6.01 6th Floor, MENARA TKSS NO 206, JALAN SEGAMBUT, 51200 KL,” 

 

Siapa yang telah membuat pendedahan? Dengarnya pemilihan PKR akan berlansung tahun hadapan. Mungkinkah ini adalah permainan awal pihak yang ingin melawannya ataupun perangkap yang cuba dipasang oleh Kem Kak Wan?

K7L : Kita tunggu dan lihat siapa yang akan melompat...

Tutup Pulau Jerejak Tanpa NOTIS? - Apa Yang Cuba Disembunyikan LGE?



Aneh. Pelik. Janggal. Keris terasa amat pelik apabila membaca artikel Utusan tempohari yang mana melaporkan :

Penutupan pusat peranginan tropika di Pulau Jerejak di sini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa sebarang notis awal menimbulkan pelbagai persoalan banyak pihak.

Ketua Biro Pelancongan Pemuda Gerakan negeri, Yap Kheng Chew berkata, pusat peranginan tropika di pulau ber­kenaan mula ditutup sejak minggu lalu.

Katanya, perkara berkenaan perlu dijelaskan kerana melibatkan imej negeri ini sebagai lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Minggu lepas, saya dan keluarga datang ke sini untuk menaiki feri ke Pulau Jerejak namun dimaklumkan pusat peranginan itu ditutup dan perkhidmatan feri juga tidak beroperasi.

“Pada mulanya saya menyangka pusat peranginan berkenaan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau penganjuran majlis tertutup, namun pemeriksaan sekali lagi selepas itu mendapati masih tidak dibuka,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau mahukan penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan negeri, Danny Law Heng Kiang mengenai status sebenar pusat pelancongan tersebut yang ditutup tanpa sebarang notis.

Dalam masa sama, ujarnya, rakyat negeri ini wajar dimaklumkan sama ada penutupan ber­kenaan bersifat sementara atau Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai pelan pembangunan lain di situ.

Selain itu, kata beliau, persoalan juga timbul apabila Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan rakan kongsi kepada pemilik pusat pe­ranginan berkenaan berdiam diri dalam isu tersebut tanpa sebarang pengumuman.

“Situasi ini jika dibiarkan boleh menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini apabila pelancong yang datang dari luar negara hanya mengetahui penutupan ber­kenaan setibanya di jeti untuk ke Pulau Jerejak,” ujarnya.

Tidakkah sesuatu yang pelik apabila kawasan tersebut yang selama ini menjadi tumpuan pelancong secara mengejut ditutup tanpa notis dan pemberitahuan? Apa sebenarnya yang ingin disembunyikan?

Apakah ianya berkaitan dengan pasir? Penambakan ataupun ada lagi cerita yang diselindung sebelum terdedah memandangkan satu persatu perihal kerajaan DAP Pulau Pinang terdedah dengan penyelewengan terancang?

K7L : Something fishy..

21/06/2016

Masjid LGE Lebih Mulia Daripada Masjid Yang Beratus Dibina Kerajaan?



Masjid Lim Guan Eng

Menerima satu info dalam group whatsapp tentang penubuhan masjid baru di Pulau Pinang yang kononya dibina oleh kerajaan Lim Guan Eng dan dalam masa yang sama memperlekehkan Perdana Menteri. Berikut adalah respon ringkas saya:

1. Beratus masjid telah dibina oleh kerajaan malah telah terbina banyak masjid sebelum wujud kerajaan DAP pun. Jika bina satu masjid dipuja dan dipuji sebegitu rupa, maka adalah lebih layak kerajaan Islam sedia ada dipuja dan dipuji dari kerajaan Lim Guan Eng.

2. Pembinaan masjid oleh parti kafir bukanlah satu alasan untuk memuliakannya lebih dari orang Islam. Orang Islam tetap lebih mulia dengan tauhidnya kepada Allah. Sepatutnya kita sudah khatam bab Al wala' wal bara'.

3. Berlumba-lumba bina masjid sangat dituntut. Tapi adakah dituntut bermegah-megah dengan siapa yang bina masjid itu? Setahu saya ia dilarang dan semoga tidak menjadi debu di 'timbangan' nanti.

4. Ini bukanlah masjid pertama dibina oleh orang kafir. Zaman Nabi juga pernah berlaku. Rujuk peristiwa pembinaan Masjid Dhirar. Bukanlah nak kata masjid tu masjid dhirar tapi jika buat masjid untuk orang Islam lebih berpecah, dah ada satu ciri-ciri tersebut bukan?

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)." [at-Taubah/9:107]

5. Tahniah di atas penubuhan masjid baru. Namun cabaran yang baru bermula adalah dengan mengimarahkannya. Semoga menjadi masjid sunnah yang tiada syirik dan bidaah di dalamnya. InsyaAllah.

6. Bulan Ramadhan kita hentikanlah sindir-menyindir, menyebabkan kemarahan atau membangkitkan permusuhan. Berpuasalah.. jika tidak mahu berpuasa pun, janganlah merosakkan puasa orang lain dengan sindiran-sindiran dan provokasi anda.

"Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya" [HR Bukhari no. 10]

K7L : Pasal Masjid pun nak dipolitikkan.. inilah agenda DAP..

Ada PRK Di Sarawak Selepas Raya?



Difahamkan melalui rakan blogger TFK, SPR awal-awal lagi telah dapat mengesan tentang pemilikan dua kewarganegaraan oleh mana-mana calon pilihanraya. SPR ada kemudahan itu tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. 

Ia samalah seperti SPR tidak berbuat apa-apa dalam meningkatkan kapasiti talian Internet di kawasan-kawasan berlakunya PRK atau PRU, walaupun SPR adalah pihak yang paling layak meminta TELCO untuk meningkatkan keupayaan mereka sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

Sepatutnya ada tapisan yang lebih ketat terhadap calon-calon pilihanraya. Mana-mana calon yang gagal berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan, secara automatik mereka tidak layak untuk menjadi calon. 

Mana-mana calon yang diketahui mempunyai rekod membenci Malaysia, secara automatik tidak boleh menjadi calon bagi mana-mana parti politik. Malahan orang itu seharusnya diheret ke mahkamah bagi kemungkinan melucutkan kewarganegaraannya.

Di Malaysia ini, semuanya akan hanya kelihatan, menjadi bahan perdebatan, hangat sementara dan mencetuskan panik di kalangan pemuka-pemuka pemerintah apabila ianya sudah berlaku.

Sebab itulah, apabila media mendedahkan tentang warga asing yang bermaharajalela di negara ini, barulah Imigresen kelam-kabut buat kenyataan, panggil wartawan tv dan media lain untuk buat liputan operasi, mencipta keazaman yang bukan-bukan, cuba menunjukkan yang operasi membanteras imigran haram berlangsung setiap masa, tetapi akhirnya rakyat melihat bahawa ia tidak ubah sebagai satu lakonan semata-mata kerana usaha tersebut tidak pernah dibuat secara berterusan.

Di DUN N74 Pujut, ADUN nya dari DAP, Dr. Ting Tiong Choon dikatakan memiliki dua kewarganegaraan. Datuk Hii King Chiong, calon BN untuk DUN tersebut, telah mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.

Peguamnya, Peter Lin Kuah Yuh berkata, petisyen itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri atas alasan kemenangan Dr. Ting Tiong Choon dari DAP tidak sah kerana dia adalah warganegara sebuah negara lain.

Petisyen tersebut difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17 (g) Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan. Mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang ADUN akan hilang kelayakan sekiranya dia secara sukarela memperolehi kewarganegaraan sebuah negara lain.

Dalam PRN Mei Lepas, Ting Choon menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan BEBAS.

K7L : PRK lagi...hurmmm...

18/06/2016

Mengapa Perlu Undi Orang Luar? Kitakan Orang Sungai Besar?



Mereka yang mengundi di situ layak dipilih sebagai wakil rakyat. Sajak dengan undian dan cara yann betul. Calon BN Sg Besar telah membuktikan dirinya boleh mengundi di Sungai Besar. 

Mengapa perlu orang luar?

 

K7L : Undilah Budiman!..

16/06/2016

Kaum Cina Sekinchan Menolak Ng Suee Lim Dan PAN! #UndilahBudimaN


 

Sangat menggemparkan apabila selama ini orang di Sekinchan telah dilabel terlalu sinonim dengan DAP. Menjadikan sebelum ini DAP menang di kerusi tersebut yang mana mempunyai pecahan pengundi 42 % Melayu, 56 % Cina dan 2% India.

Hari ini, sokongan kaum cina jelas telah menolak kepimpinn DAP serta calon Melayu upahan mereka melali Parti Amanah Negara. Sekaligus suasana politik di Sg Besar talh berubah terutama di Sekinchan yang merupakan kawasan DUN di dalam Parlimen Sg Besar.

Penolakan ini lebih jelas kelihatan apabila 'gelonmbang biru' yang sekian lama tidak wujud di Sekinchan tampak jelas. Malahan beberapa kumpulan yang selama ini menyokong DAP telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional.

Kini DAP telah berada dalam keadaan yang sangat bahaya apabila angin perubahan dilihat bertiup kencang di Sekinchan. Apakah pertaruhan DAP terhadap PAN akan berubah selepas PRK kelak?

K7L : Salam Dua Jari.. Undi BudimaN..

07/06/2016

Calon Import PAS Telah Import Bekas MB Selangor Raih Undi Tapi Tak Bersalaman?



Petang semalam dalam pukul enam petang. Kehadiran Calon Import PAS, Dr Rani Osman yang merupakan ADUN Meru (Bukan Sg Panjang atau Sekinchan) telah hadir bersama seorang lagi player import PAS.


Turut serta adalah Timbalan Presiden PAS yang hadir membawa player-player import untuk beramah mesra. Kebetulan ada orang disitu turut serta dalam program tersebut telah terperasan sesuatu.

Mereka hadir tetapi semua itu hanyalah lakonan! Mereka nampak mesra tetapi langsung tidak bersalaman. Masa kan mereka hadir untuk program tetapi tidak bersalaman? Rani Osman yang merupakan calon import nampaknya sangat desperado.

Apa yang Keris dapat lihat adalah betapa terdesaknya PAs untuk meraih undi bagi calon import mereka. Sampaikan sanggup ambil seorang pemimpin yang telah disingkirkan daripada partinya dan Pakatan Rakyat yang teah terkubur.



Yakin dan pasti. Pengundi di Parlimen Sg Besar tidak akan menerima calon yang diimport. Calon PAS dan Calon PAN kedua-duanya adalah calon yang tidak boleh mengundi diri mereka sendiri.

Bagaimana untuk berkhidmat bagi rakyat? Berbeza dengan calon Barisan Nasional yang merupakan anak jati Sg Besar.


K7L : Inilah Budiman

03/06/2016

Muslimat PAS Pula Buat Musuh Dengan PKR?



Selepas Pemuda PAS dilihat sangat agresif menyerang DAP. Muslimat PAS pula mengorak langkah ingin menyatakan hasrat mereka yang tidak menyenangi hubungan politik dengan PKR lagi. 

Usul mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang telah dibuat dan diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan. Ini kerana pada pendapat mereka PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas memusuhi PAS.

Selama ini kita tahu PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya. Dan kita juga nak lihat sekiranya tanpa PAS mampukah PKR berdiri teguh seperti sekarang?

Antara faktor yang menjadi punca usul tersebut dibuat adalah kerana PKR telah meletakkan calon sedangkan PAS telah sedia bertanding di kawasan tersebut dan ia dilihat sebagai pertembungan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kini PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. PAN sedang ambil tempat PKR di hati DAP dan PAS pula bersedia untuk menceraikan PKR dan berjalan sendiri seperti dulu. Mungkinkah kita akan lihat 'The Downfall of PKR'?

K7L : PRU14 akan menjadi medan kehancuran PKR dan PAN...

Nik Abduh DAP 'Beri Arak' Punca PAN Ditubuhkan?


Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH). Nampaknya Nik Abduh sungguh-sunguh mahu jadikan DAP sebagai musuh utama PAS.

"Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.

"DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP.

"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎,
" - Nik Abduh


Kini Nik Abduh pula telah dilabel sebagai angkuh susulan cadangan agar PAS mengkaji semula kerusi yang 'dipinjamkan' kepada bekas rakan sekutunya sebelum ini. DAP-PAN-PKR mula tidak senang duduk dengan Pemuda PAS dan Muslimat PAS.

K7L : Dulu buang sangat.. sekarang lawan..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk