Mungkin ada yang
berfikir untuk hidup bebas dan lalai. Mungkin ada yang hendak lari dari
sistem hidup berTuhan.
Hasilnya tentulah
sulit dalam memilih mana yang sepatutnya kerana nafsu akan mengajak ke
arah kejahatan. Apa-apapun eloklah baca paparan berikut. Kisah 10 orang
penjenayah dan akibat yang mereka tanggung sepatutnya dapat menginsafkan
anak cucu semua agar pandai memilih jalan kehidupan.
Botak Chin
Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala
botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam
bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau
'jobless chinese'.
Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam
kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak
dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau
dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya.
Pada
September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan
rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara
tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan
kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak
memuaskan hatinya.
Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan
geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin
(Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka
semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank
di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur,
sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba
Kuda sekitar Kuala Lumpur.
Segala hasil rompakan digunakan untuk
membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai
ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng
Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di
kawasan lombong tinggal di Jinjang.
Orang kanannya, Seh Chai, pula mati
membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak
Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang
dilarikan kira-kira RM400,000.
Pada masa sama, tujuh orangnya mati
ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata
api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam
hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli
gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh
pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.
Pegawai berkenaan
adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan
Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri
kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’
DSP S Kulasingam.
Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan
orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu
hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka.
Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu
das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih
berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.
Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu
gagal.
Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis
bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan
khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu
penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil
menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan
geng Botak Chin.
16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa
mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula
mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin.
Sebuah
kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki
keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek
buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain
memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan
pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari
kehadiran mereka.
Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan
menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara
penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin
ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang
lain telah mati ditembak.
Babak keganasan penjenayah itu berakhir
apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri
dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun
sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada
hukuman mati mandatori.
Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin
terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan
pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.
Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu,
Kuala Lumpur.
K7L : Jadikan sempadan bukan idola ye adik-adik...