30/09/2011

Lepas Hina Sultan Perak Isham Rais Jelir Lidah Pada Polis Pula?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Hendak dijadikan kisah, malam tadi SUARAM ada buat forum di Kuala Lumpur yang kononnya berbicara tentang hak anda serta kuasa polis tapi yang peliknya si Isham Rais salah seorang yang dijemput. Dia ni pakar polis atau pakar kena tangkap?



Di dalam forum ini Isham Rais menempelak pihak polis dengan mengatakan bahawa polis di Malaysia ganas dan dia nampak dengan matanya sendiri serta polis adalah struktur bagi sesebuah negara untuk memastikan kerajaan itu terus memerintah. Dia juga ada menyatakan untuk melaporkan keganasan polis PDRM di luar negara. Ehh pelik juga bunyi tu, Isham tukar warganegara dulu barulah buat laporan polis, cerita apa kau ni? Kau tahu tak Malaysia ini negara demokrasi berpalimen bukan diktaktor yang kau kata polis macam tu. Kau sedar tak polis yang kawal jenayah bukan Guan Eng!

Tweet SUARAM ada menyebut tentang melapor kepada luar neg
ara sebagai cara untuk menakutkan polis dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Isham Rais. Kenapa perlu takutkan polis? Kenapa kredibiliti polid fipertikaikan. Kalau tak buat salah tiadalah kena tangkap. Berani kerana benarlah bro!




Isham asyik mempersoalkan tentang keganasan PDRM dan mengatakan bahawa polis luar negara lagi ada 'class'. Mari kita bandingkan dua video dibawah, yang mana lebih ganas.

Polis Ketika Bersih 2.0


Polis Ketika London Riot


Nak cakap apa lagi?. Pada pendapat Keris kedua-dua polis itu tidak salah kerana mereka menjalankan tugas iaitu menjaga keselamatan serta keamanan negara masing-masing. Siapa suruh kau berdemo? Dah buat salahkan, berani buat berani tanggunglah!


Berkenaan perkara ini, pagi tadi Keris mengambil langkah untuk bertanya mengenai hal ini kepada otai polis iaitu bekas KPN Malaysia, Tan Sri Musa Hassan dan beliau berkata " Dia mahu laporkan kepada luar negara untuk apa? Ini semua cakap politik sahaja dari Isham Rais", beliau juga memberi komen sedikit mengenai 'Hak Anda dan Kuasa Polis' dengan berkata '' Ya benar setiap rakyat ada hak seperti hak asasi manusia dan beberapa hak yang lain namun hak polis juga tidak boleh dipertikaikan kerana polis ada hak dalam menyiasat atau melakukan sebarang siasatan mahupun penahanan yang melibatkan keselamatan masyarakat atau negara bukan kepada individu".


Dari pemahaman rakan Keris pula yang belajar di bidang undang-undang, "jika kita lebihkan hak kemanusiaan, bagaimana sebarang siasatan oleh pihak polis dilakukan sebab suspek pon dah tidak boleh ditahan. Bayangkan negara tanpa polis apa jadi?". 


Isham Rais ini mungkin takut pada PDRM kot sebab itu dia banyak pertikai kuasa serta kredibiliti polis. Macam Keris pernah tulis mengenai Isham di SINI iaitu "semua benda silap sahaja di mata dia. Manusia macam Isham Rais ni elok hidup dalam dunia dia sendiri dimana dialah hakim, dialah pesalah dan semuanya dia didalam dunia tersebut. Dah semua orang salah dan dia aje yang betul, baik duduk dalam dunia dia sendiri dan tak menggangu orang lain."


Lupa nak tanya, Isham ni asyik bising pasal kerajaan salah, UMNO salah, Polis salah , katak depan rumah salah, tapi dia ini dah daftar mengundi belum? Dia mengundi dimana? Bising sangat entah-entah mengundi pun tak pernah? Macamana tu ye?

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris ingatkan Mat Sabu je bodoh, rupanya Isham Rais lagi bodoh..yang sama adalah dua-dua hanya 'tin kosong'..

29/09/2011

Tabung Bantuan adik Faiz Aiman oleh GPMS Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Tabung Bantuan adik Faiz Aiman oleh GPMS Melaka






Nama : Faiz Aiman Bin Saiful Nizam Pelajar darjah 3, dari Cheng Melaka ini menghadapi penyakit kegagalan fungsi buah pinggang (Nephrotic sindrom) Aras 1 Wad 4, Hospital Melaka.

Adik kita akan dipindahkan ke Hospital Seremban dlm waktu terdekat utk mengambil sel tisu buah pinggang.. Ibubapa pelajar terpaksa berhenti kerja utk menjaga pelajar ini & hadapi kesulitan kewangan untuk menampung rawatan.

GPMS Melaka akan membantu & menggerakkan usaha membantu pelajar ini termasuk menubuhkan sebuah tabung utk membiayai sedikit kos yg berkaitan.
Kami mengharapkan bantuan daripada sahabat-sahabat , GPMS dan badan-badai berwajib untuk membantu adik kita untuk menampung kos rawatan di samping meringankan beban ibubapa yang terpaksa berhenti kerja.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :
Nama Ayah : Saiful Nizam Bin Ariffin No-Telefon : 017-2959399
No. Akaun : Maybank (104049304876 ) Saiful Nizam Bin Ariffin

untuk keterangan lanjut sila pergi ke page adik Faiz Aiman

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏عَنْ مُؤْمِنٍ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏الدُّنْيَا ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه. رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه والحاكم وقال صحيح على شرطهما.“Sesiapa yang melepaskan belenggu kesukaran saudara seIslam daripada belenggu kesukaran dunianya, nescaya Allah akan melepaskan belenggu kesukaran di akhirat kelak. Dan sesiapa yang memudahkan kepayahan (saudara seIslam) Allah akan memudahkan kepayahan dunia dan akhiratnya. Dan sesiapa yang menutup aib saudara seIslamnya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan sesungguhnya Allah akan sentiasa menolong seseorang hamba-Nya, selagi mana hambanya sentiasa menolong saudaranya”. Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Hakim dengan katanya Sahih menurut syarat-syaratnya.

قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: "الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدّ بَعْضُهُ بَعْضا. للإمام الترمذي هذا حديثٌ صحيحٌ.Bersabda Rasulullah SAW, seorang mu’min terhadap mu’min yang lain itu adalah ibarat bangunan yang sebahagiannya mengokohkan sebahagian yang lain.

‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ‏ما يحب لنفسه. صحيح مسلم.Nabi SAW telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Sama-sama kita hulurkan bantuan dna panjatkan doa buat dia..semoga adik Faiz cepat sembuh..

Undi DAP Masuk Syurga?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Mesyuarat Majlis Kepimpinan PR bersetuju Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan serta bukan menjadi suatu agenda manifesto Pakatan Rakyat, Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan juga turut dibincangkan bersama walaupun mereka sebenarnya bukan ada kuasa untuk membentangkan apa-apa.
 
Mereka habis bermesyuarat semalam lebih kurang jam 12 tengah malam.

Apa yang amat memalukan adalah dimana melayu PAS dan PKR hanya mengangguk kepala ketika DAP yang lantang berbicara sehingga ramai yang keliru samada Anwar Ibrahim masih menjawat jawatan Ketua Pengangkang Pembangkang atau jawatan itu kini disandang oleh pemimpin DAP.


Di dalam majlis tersebut sudah jelas menggambarkan bahawa setiap satu ayat DAP suarakan mereka perlu ikut, dimanakah ketegasan pihak PAS didalam isu hukum hudud? Mana Nik Aziz? Kenapa beliau diketepikan? Apakah PAS berada di tangga ketiga didalam PR tidak punya hak bersuara? Macamana ni?

Sekali lagi rakyat Kelantan ditipu oleh pemimpin-pemimpin PAS yang kini sudah menjadi 'lembu' kepada DAP. Hudud seperti yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan akhirnya terkubur dan tidak akan dilaksanakan demi memenuhi permintaan DAP. Lepas ini jangan terkejut kalau ada yang berkata 'Undi DAP Masuk Syurga'.

Bicara kes hudud? Tunggu lagi lima tahun sebelum pilihanraya lagi sekali cerita ini akan bermain di mulut mereka.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris rasa nama Parti Islam Se-Malaysia tu dah tak relevan dan tidak layak. Minta pihak PAS tukar nama parti sebab dah tak nampak ciri-ciri Islam dah..kumpulan pemimpin yang tiada pendirian..dasar 'lalang'

28/09/2011

Kurang Ajar! Hishamuddin Rais Hina Sultan Perak!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik dari PAGE MAMAT SENGAL NI..

ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah


Kurang Ajar!. Siapa dia untuk mempertikaikan sistem giliran Kesultanan Perak?. Lahir pun di Negeri Sembilan, mahu sibuk cerita pasal sultan negeri Perak?.

Keris rasa Isham ni hidup kurang kasih sayang itu pasal jadi macam itu, semua benda silap sahaja di mata dia. Manusia macam Isham Rais ni elok hidup dalam dunia dia sendiri dimana dialah hakim, dialah pesalah dan semuanya dia didalam dunia tersebut. Dah semua orang salah dan dia aje yang betul, baik duduk dalam dunia dia sendiri dan tak menggangu orang lain.

Mungkin kerana terlalu lama 'membuangkan dirinya' ke luar negara dia terlupa akan rukun negara iaitu 
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Keris perhatikan tiada satu pun garis panduan rukun negara yang diikuti oleh Isham Rais, layakkah dia duduk di Malaysia? Sejarah pun dia pertikaikan, kuasa polis diperkotak-katik, cakap memang takde sopan langsung. Dia ni bukan melayu kot. Buat malu bangsa je!


Kepada semua aktivis melayu, apa pandangan anda semua terhadap kenyataan biadap Isham Rais ini terhadap Sultan Perak? Dia menghina dengan meletakkan gambar 'permainan rebut kerusi' sebagai satu simbolik kepada penggiliran tersebut?. ISA ada lagi kan, tangkap jelah dia ini!!

Kepada kerajaan negeri Perak, sila ambil tindakan terhadap mamat kurang kasih sayang itu!

biarpun Keris lahir di Selangor namun Sultan Melayu tetap dihormati. 

DAULAT TUANKU!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Nanti Keris akan ceritakan Al kisah Isham Rais yang dikatakan bangga tidak pernah solat..tunggu...

27/09/2011

Misi Tawan Kembali Selangor Bangkit Semakin Hampir?!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah pasukan Selangor FC semakin menghampiri gelaran Piala Malaysia yang ke 33. Keputusan kemenangan 2-1 kepada Kuala Lumpur FC menjadikan misi tawan kembali Piala Malaysia semakin hampir.



Apapun Keris mahukan semua penyokong Selangor terus menyokong pasukan kita dan bagi pemain-pemain pula, momentum kemenangan serta semangat yang membara harus diteruskan.

Semoga berjaya apabila menghadapi lawan pada selasa hadapan iaitu bertemu dengan pasukan Perak FC.

Akhir kata dari Keris, misi kita bukan sahaja untuk menawan kembali gelaran Piala Malaysia, rakyat Selangor juga punya misi tersendiri iaitu selamatkan Selangor dari terus dipermainkan pihak PR.


Undilah Barisan Nasional dan Tolak PR!!!

VIVA RED GIANTS!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Merah kuning lambang kebanggaan! Selangor merancang kejayaan!

Wasiat Yang Perlu Guan Eng Faham Dan Kongsi Dengan Kawan-Kawannya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Keris pasti dia pernah tahu tentang tujuh wasiat ini. Tapi nampak macam tidak berkesan, apakata sekali lagi kita suruh dia baca. Khas buat dia dan rakan-rakannya yang masih kauvinis dan rasis!




















kredit : MyMassa

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kenapa mereka ini tidak ada datukship?..sebab tidak menghormati institusi raja-raja macamana nak dapat! mereka ini ultra kiasu!

Adakah Seorang Penzina Layak Diangkat Sebagai Pemimpin?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Kepemimpinan amat berkait rapat didalam pembentukan suatu motivasi serta suatu anjakan kepada penyokong atau pengikut dalam mencapai misi sesuatu organisasi. Dalam usaha mencapai matlamat ini, bersatu-padu , saling percaya, dan harga diri akan berkembang dimana sifat dan sikap pemimpin akan diterapkan kepada para penyokong atau pengikutnya. 


Seorang pemimpin yang baik akan membantu di dalam perkembangan nilai-nilai murni  sesebuah organisasi mahupun sebuah institusi, namun kegagalan seorang pemimpin dalam membina integriti akan meracuni semua kesatuan yang ada, menghancurkan kepercayaan sesama sendiri, dan mematahkan persatuan atau keutuhan organisasi.


Bercakap tentang integriti, skandal seks adalah salah satu aspek penting dalam pembentukan seseorang pemimpin . Jadi apabila menyebut dari segi zina atau skandal seks terutama pemimpin beragama Islam, maka persoalan yang akan timbul adalah 'layakkah penzina menjadi pemimpin? adakah beliau mempunyai integriti atau tidak?. 


Pada pendapat Keris, seorang pemimpin haruslah mempunyai standard integriti yang tinggi kerana 'Attitude Reflects Leadership'. Mari kita dengar ceramah seorang penceramah bebas mengenai isu ini.



Renungkan apa isi yang diperkatakan serta terjemahkan dengan keadaan politik sekarang. Anda pilih anda dapat!. 
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kepimpinan pusat harus bijak didalam memilih calon..'Winnable Candidates' harus dipilih oleh akar umbi..jangan jadi macam PR..carca marba..sampai presiden ngan timbalan presiden kongsi-kongsi..ptuih!

26/09/2011

Video: Apabila PAS For All Dipersenda!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Haa..Ini pandangan sinis seorang ustaz 'Non-Partisan' yang tidak berpuas hati dengan slogan PAS for All di atas sikap pihak PAS yang berat sebelah. Mari kita lihat apa Ustaz Kazim Elias cakap. 


Ustaz Kazim Elias ini sangat digemari oleh anak-anak muda kerana keikhlasan serta cara penyampaian dakwah yang santai. Jangan ada yang salah anggap pula, beliau bukan ahli politik okay! 



Lepas ini mungkin mereka tukar slogan kepada PAS For NOTHING??? Haha!


kredit : KedahKeKL

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris harap seluruh rakyat Malaysia jelas akan prinsip PAS yang lebih rela berpecah-belah untuk berkuasa daripada bersatu atas nama ISLAM..

25/09/2011

Hudud : Konspirasi PKR Untuk Terus Berkuasa & Perancang Perpecahan BN?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Kecoh! Sekarang yang sering bermain di blog adalah mengenai hudud. Keris ini tidaklah berapa pandai berpolitik tetapi setelah meneliti serta membaca situasi yang semakin hangat ini, Keris dapat merasakan kisah serta episod Hudud ini sebenarnya berpunca daripada dalaman mereka sendiri.

Ini kemungkinan besar ianya adalah satu konspirasi dalaman yang didalangi oleh Pemimpin PKR "Anugerah Tuhan' mereka iaitu Nuar Beraim yang tampak sudah tidak bertaring dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rebah. 

Kita dapat lihat dimana PKR sudah nampak akan 'kemerosotan' mereka apabila  DAP yang merupakan pemegang kerusi parlimen terbanyak di dalam PR mula menyalak dalam apa jua hal serta dilihat seperti dapat menjadikan PAS 'boneka' mereka. Maka dengan itu, mereka merancang untuk menghuru-harakan DAP dan PAS kerana mereka tahu bahawa undi kuda-kuda PAS yang menyebabkan DAP menang. Jadi mereka timbulkan semula isu sensitif DAP-PAS iaitu HUDUD!. Supaya mereka berbalah dan kemenangan akan berpihak kepada PKR. Supaya PKR terus berkuasa?


Jelas daripada keadaan perbalahan PAS-DAP, tiba-tiba Nuar Beraim menyokong pelaksanaan hudud sedangkan dia tahu yang kalau hudud dilaksanakan maka dia akan direjam sampai mati jika bersalah 'main belakang' Saiful. Mengapa dia sokong?, sebab dia pun sudah tiada suara di dalam PR, jadi mungkin dia dan jumud-jumudnya bersandiwara agar perbalahan tercetus. Ia juga boleh jadi satu "Diversion" supaya fokus rakyat ke permaslahan itu dan bukan kes liwatnya.

Mengenai kes 'ugutan' MCA, Keris pasti adalah juga 'musang berbulu ayam' yang mencucuk GERAKAN dan MCA yang mungkin tidak berapa faham akan situasi yang sedang berlaku supaya melatah. Apabila MCA mengeluarkan kenyataan sebegitu, maka konspirasi yang dirancang supaya perbalahan berlaku didalam BN yang fokusnya supaya perpecahan terjadi seakan berjaya namun MCA dan DAP adalah dua badan yang berbeza dimana MCA masih boleh mendengar penjelasan berbanding DAP yang mesti menurut kata mereka sahaja.



'Permainan' ini seakan boleh dibaca dan kemungkinan juga ini cuma sandiwara Karpal bersama Nik Aziz yang hanya mahu memancing undi dengan taktik lama iaitu DAP dengan penolakan negara Islam dan PAS dengan undang-undang hududnya yang retorik. Jangan lupa bahawa mereka ini memang gemar belakon. Jangan tertipu dan tingkatkan prestasi, jauhi konspirasi.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Dah boleh agak dah?

24/09/2011

Hudud? YB Zul Kata Apa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Ramai yang berbicara mengenai hudud, ada yang faham dan ada yang tidak faham. Kadang-kadang pelik juga kerana jika hudud dilaksanakan, ia tiada kena mengena dengan masyarakat beragama lain tapi mereka pula yang melatah lebih dari orang yang perlu takut dengan hukuman hudud seperti Nuar Beraim.

Nanti sekiranya ada masa InsyaAllah Keris akan berkongsi maklumat mengenai hudud serta pendapat Keris dengan 'episod hudud MCA, Gerakan serta DAP'. Mari kita lihat apa kata YB Zul dulu mengenai isu hangat ini.

Beliau telah menulis :

Salam 2 all.

Kitaran-putaran semula isu hudud dimainkan. Tengah dema sesak mengah dengan isu murtad, gereja dakyah, kes liwat Anwar, Mat CD berkondang-kondi dengan China-DOLL, Datuk Hasan Ali dimaki hamun kerana rela dipecat pertahankan aqidah umat, Mat Sabu mengagungkan komunis, Hantu Kamar 121 kembali , videoklip 13 Januari nak meletop, dan macam-macam lagi yang tidak terjawab oleh kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini; maka akhirnya Nik Aziz kitar lagu lama untuk menyelamatkan tengkok yang terjerat, konon PAS nak laksanakan hudud di Kelantan! Dan yang paling syok, Mat CD kali ni sokong Nik Aziz nak laksanakan hudud pulak. Kalau dah pembohong dan kaki putar alam. Sebab tu semalam teman buat statement, ni semua kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja ni yop!

Yang paling teman syok ialah respon Karpal setelah Anwar tiba-tiba sokong Nik Aziz nak buat hudud PAS Kelantan. Dia ingatkan antara lain, "dalam hudud, orang berzina kena rejam dengan batu sampai mati". Eh, macam Karpal dah tengok videoklip kondang-kondi China-DOLL dengan Mat CD je bunyinya. Ialah dia kapior yop, tak perlu 4 saksi macam Hadi. Tajam perli Karpal tu yop. Jangan lupa ni lah punjabi yang kata dia ada bukti Anwar kaki homoseks & liwat pada 22.10.1997 dalam Parlimen!

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak menolak hudud, atau apa sahaja undang-undang Islam. Malah teman percaya dan yakin perlaksanaan syariat Islam serta penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu umat Islam. Dan teman berpegang teguh kepada pendirian ini sejak dulu, kini dan selamanya insyallah. Dan teman tetap akan memperjuangkan kepada penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam, walaupun terpaksa berbuat sedemikian seorang diri. Teman lebih rela syahid memperjuangkan Islam, daripada hidup tetapi memperkudakan Islam!!!

Cuma teman paling benci kaum yang memperkuda dan melacurkan Islam untuk kepentingan politik kepartian. Dan teman nak tanya Nik Aziz dan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya, cuba jawab soalan-soalan dibawah ni sebelum nak bercakap tentang perlaksanaan hudud:

1. Bukankah Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan (na'uzubillah mintak dijauhkan ALLAH), maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan. Ini yang Karpal peringatkan Nik Aziz, seolah-olah Nik Aziz dengan begitu mudah melupakan perjanjian tersebut, atau sengaja buat-buat lupa! Nik Aziz bukan sahaja merestui, malah hadir dalam majlis tandatangan tersebut, siap berpeluk bergambar dengan Karpal lagi. Tu yang Karpal marah tu yop!

2. Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam yang kini ditongsampahkan oleh PAS. Dan Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?

3. Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?

4. YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah". Malah YAB Datuk Seri Azizan menegaskan "jangan samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan". Alasan yang digunakan oleh YAB Datuk Seri Azizan ialah di Kedah, PAS berkongsi kuasa dengan DAP & PKR. Nampaknya alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?

5. Teman nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang nak laksanakan hudud, Nik Aziz wajib nyatakan pendiriannya mengenai fahaman pluralisma anutan idolanya Anwar!

6. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang hudud, Nik Aziz wajib menyatakan pendiriannya mengenai isu mengagungkan komunis oleh Mat Sabu ini!

7. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah, sehingga balun bini kawan pun kira halal. Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud. Jadi sebelum Nik Aziz nak bercakap tentang melaksanakan hudud, beliau wajib menyatakan pendirian dia tentang penularan fahaman syiah didalam PAS, malah sudah merebak ke peringkat mereka yang kini dimartabatkan dan dinobatkan sebagai kepimpinan tinggi dalam PAS!

8. Teman juga nak tanya Nik Aziz apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?

9. Teman juga mahu bertanya kepada Nik Aziz, apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, malah dia memilih untuk tidak memberi keterangan didalam perbicaraan. Bukan itu sahaja, dia memaksa pulak orang yang tidak ada kena mengena dengan perliwatan dia terhadap Saiful menjadi saksi untuk dia dan memberi keterangan, termasuk YAB PM sendiri! Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful. Ini tak perlu tunggu perlaksanaan Enakmen Hudud, sebab didalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan pun dah ada peruntukkan untuk membawa pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar. Sanggupkah Nik Aziz buat begitu?

Sebenarnya yop, teman tahu Nik Aziz tidak akan mampu memberi jawapan ikhlas terhadap kesemua soalan diatas. Kerana apa? Kerana saperti mana lagu lama, macam itulah Nik Aziz dengan bijaknya cuba mengkitar-putar isu hudud. Nampak sangat Nik Aziz lebih berminat untuk mempolitikkan isu ini kerana dengan secepat kilat Nik Aziz menyalahkan Tun Mahathir. Kata dia, PAS Kelantan tidak dapat laksanakan hudud kerana Tun Mahathir tak bagi.

Pertama, ini adalah kenyataan paling tak cerdik kerana bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?

Kedua, Nik Aziz dengan sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Malah Anwar pernah melabelkan ustad-ustad PAS termasuk Nik Aziz sebagai "ulamak terompah"!!! Kenapa Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali? Jawapannya mudah, sebab Anwar sekarang tidoq sebantal dengan Nik Aziz. Jadi soalnya bukan isu nak laksanakan hudud, tetapi soal politiking kepartian yang memperkudakan Islam sebagai bahan politik!

Ketiga, adakah bagi Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Adakah dengan melaksanakan hudud maka selesailah segala perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Adakah itu sahaja perjuangan Nik Aziz, nak jadi MB sebab nak laksanakan hudud sahaja? Sampai lebih 20 tahun jadi MB masih tak buat-buat lagi! Bagaimana dengan banyak permasalahan dan isu lain? Bagaimana dengan masalah ekonomi? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Pada teman, kitar-putar semula isu hudud ini hanyalah sandiwara dan gimik politiking kepartian melampau oleh Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya. Nik Aziz konon nak buat hudud supaya umat Islam kembali sokong PAS. Lepas tu Karpal pulak akan maki hamun tolak hudud supaya Cina sokong DAP. Mat CD pulak tiba-tiba meroyan sokong hudud sebab nak lepaskan tengkok dia dari isu liwat dan videoklip China-DOLL, termasuk videoklip baru 13 Jan yang akan muncul tak lama lagi! Semuanya untuk persiapan untuk plihanraya ke 13 akan datang! Itu sahaja! Kalau dema berani, teman cabar Nik Aziz, Karpal & Mat CD buat manifesto Pakatan pembangkang dan nyatakan dengan jelas tanpa berselindung bahawa Pakatan pembangkang akan laksanakan hudud jika memerintah (na'zubillah).

Mike tak terkejut beruk ke yop tiba-tiba Mat CD buat kenyataan menyokong Nik Aziz untuk laksanakan hudud, tapi hanya hudud PAS untuk dilaksanakan di Kelantan sahaja! Kenapa tak laksanakan hudud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? Kenapa hanya di Kelantan?

Dan mike tak pelik Mat CD mahukan hudud? Mat CD sokong hudud? Orang yang dulu menyokong gila babi Tun Mahathir menentang hudud, hari ni jadi hero nak hudud? Orang yang menganut fahaman pluralisma tiba-tiba mahu hudud. Orang yang menghadapi pertuduhan meliwat stafnya sendiri tiba-tiba berkokok mahukan hudud? Orang yang enggan dan tak mau memberi keterangan dalam Mahkamah kerana meliwat stafnya Saiful tiba-tiba melalak mahukan hudud? Orang yang enggan bersumpah muhabalah menafikan videoklip yang didedahkan oleh kawannya sendiri tiba-tiba menyampuk mahukan hudud? Come on lah yop, waraskan aqal tu sikit! Ini semua sandiwara & gimik politiking oleh kaum yang dah terdesak aje.

Pokok pangkalnya, gunakanlah aqal. Aqal tu dok dalam otak yop. Otak tu ALLAH bagi bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi untuk diguna buat berpikior! Pikior-pikior sikitlah yop. Janganlah mike jadi kaum PBB: Pekak, Bisu & Buta. Main ikut na'am aje apa yang pemimpin mike cakap. Pemimpin mike tu semua dah gila, jangan ikut gila macam dema. Sebab ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni yop.

KITA BUKAN GILA KUASA!!!
TETAPI KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Syawal 1432
23 Sept 2011
Baca dan nilai ya! 

sumber : Zul4Kulim

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Teringin nak jumpa YB Zul..banyak soalan dalam kepala ni nak tanya..bila ye agaknya boleh?

Menteri KDN Cakap Apa Pasal MeloyaKini & The Gang?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Susulan daripada kenyataan media oleh KP Jabatan Imigresen Malaysia yang anda boleh baca di SINI, Menteri KDN pula membidas media baru yang berat sebelah seperti MalaysiaKini, MalaysianInsider dan Chronicle serta blogger-blogger PR (termasuk Fuziah Salleh si Pembohong) kerana sering memberi kenyataan yang tidak tepat serta pembohongan kepada pembaca di laman media mereka.


Kata beliau," Media baru diminta bersikap lebih profesional, berkredibiliti dan beretika dalam menyiarkan laporan dalam laman mereka. Media baru sepatutnya belajar dari sikap rakan media perdana yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan 'self regulatory'."


Jelas beliau lagi," Laporan berat sebelah mereka amat nyata apabila mereka langsung tidak menyiarkan berita penafian Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kenyataan rasmi KP Jabatan Pendaftaran Negara Datin Jariah Mohd Said serta yang terbaru mereka tidak melaporkan kenyataan media oleh KP Jabatan Imigresen Malaysia, Dato Alias Ahmad yang memberi fakta sebenar berhubung dakwaan pekerja asing warga Bangladesh diberi kerakyatan Malaysia."



Keris bersetuju dengan kenyataan menteri tersebut kerana setiap berita yang disampaikan harus mempunyai asas laporan yang kukuh serta fakta yang benar. Mereka harus ada sikap profesional dalam menyediakan sebarang maklumat atau berita di laman-laman mereka.




Keris tidaklah berapa pandai mengenai sebarang akta atau undang-undang berkaitan laman media baru tetapi Keris berpendapat satu akta baru harus diwujudkan oleh SKMM atau kajian semula mana-mana akta yang berkaitan dengan komunikasi supaya dapat mengawal segala jenis pembohongan di laman media baru yang berunsur fitnah, subversif atau mengancam keselamatan serta keamanan negara.


Apapun diharap para pembaca dapat menilai ''Siapa Kaca Siapa Permata" ketika mencari sebarang maklumat di laman-laman media baru. 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Malaysiakini & the gang ni ''Dengar boleh percaya jangan???"

23/09/2011

Apabila KP Imigresen Mula Bersuara!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ini kita dihidangkan dengan tohmahan mengenai pembohong tegar Milo Sohai dan Naib Presiden PKR yang tak berapa nak cerdik Fuziah Salleh ( Klik Sini dan Sini). Keris pada mulanya malas ambil berat hal ini kerana ia melibatkan Fuziah Salleh yang Keris lihat sebagai orang yang kurang cerdik dan hanya mahu publisiti, memandang ada yang bertanya serta Keris pun tidak berapa faham pembohongan dia maka Keris merujuk kepada yang lebih otai dan pakar. 

Hasilnya, Keris diberi sedikit maklumat mengenai isu itu dengan penerangan keterangan media oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan isu pemegang permit masuk yang kononnya jadi pengundi. Mari kita sama-sama baca dan faham.

DATO’ ALIAS AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Negara
PEMEGANG PERMIT MASUK (PR) TIDAK LAYAK JADI PENGUNDI
Khamis, 22 September 2011

1. Jabatan Imigresen Negara ingin memaklumkan bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan Permit Masuk atau Taraf Penduduk Tetap (PR) kepada warga asing.

2. Peraturan Imigresen sedia ada juga tidak membenarkan pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) memohon permit masuk atau PR di negara ini.

3. Dalam hal ini, warga asing yang memegang Permit Masuk atau PR adalah tidak layak untuk mendaftar sebagai pengundi di negara ini. Mereka juga tidak secara automatik menjadi warganegara selagi tidak memenuhi peraturan ditetapkan.

4. Ini sekali gus menafikan laporan laman web Malaysian Chronicle pada 17 September lalu yang kemudiannya turut dipetik oleh Malaysia Insider dengan dakwaan wujud tawaran daripada pihak Imigresen kepada pekerja warga Bangladesh di negara ini untuk status penduduk tetap bagi tujuan berdaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

5. Sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh turut menafikan laporan Malaysian Chronicle dengan menyifatkannya sebagai palsu, tidak berasas dan direka.

6. Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia beserta anak-anak berusia bawah enam (6) tahun dan telah menetap lima (5) tahun di negara ini secara berterusan bermula tarikh kelulusan Pas Lawatan (Sosial) layak memohon taraf penduduk tetap atau diistilahkan Permit Masuk mengikut Akta Imigresen.

7. Selain kumpulan tersebut, permohonan Permit Masuk ini turut dibuka untuk dipertimbangkan dua kategori lain iaitu kumpulan pelabur (high net worth individual) dan kumpulan pakar serta profesional.

8. Bagi kategori pelabur, pemohon perlu mempunyai pelaburan dalam bentuk simpanan tetap bernilai lebih USD2 juta (RM6.2 juta) di bank-bank tempatan dan syarat menetapkan bahawa ia tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh lima (5) tahun.

9. Bagaimanapun, pemohon yang mempunyai nilai pelaburan bernilai sekurang-kurang RM15 juta dalam bentuk aset harta di negara ini juga boleh dipertimbangkan di bawah kategori sama.

10. Bagi kategori pakar dan golongan profesional, permohonan dipecahkan kepada A1 dan A2. Di bawah A1, pemohon perlu memiliki kepakaran teknikal yang mencapai taraf piawaian antarabangsa dan diiktiraf badan khas di peringkat dunia, manakala di bawah A2, pemohon perlu memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang diperakukan Agensi Kawal Selia yang berkaitan di negara ini. Selain itu, pemohon di bawah kategori A2 ini juga ditetapkan telah bekerja dengan mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi tiga (3) tahun, dengan menyandang jawatan yang disahkan Agensi Kawal Selia yang berkaitan di negara ini.

11. Selari permohonan di bawah dua kategori tambahan ini, suami atau isteri pemohon beserta anak-anak berusia di bawah 18 tahun juga layak memohon untuk pertimbangan Permit Masuk, dengan syarat telah menetap sekurang-kurangnya lima tahun secara berterusan di negara ini.

12. Sementara itu, anak-anak pemegang Permit Masuk yang lahir di Malaysia juga boleh memohon, manakala untuk wanita warga asing yang berkahwin dengan rakyat negara ini, permohonan status warganegara Malaysia boleh dikemukakan menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan – tertakluk bahawa mereka telah memiliki Permit Masuk dan menepati syarat tinggal menetap di negara ini sekurang-kurangnya dua tahun secara terus menerus.

13. Penjelasan ini adalah susulan kekeliruan beberapa pihak yang beranggapan bahawa Permit Masuk dan status warganegara di Malaysia boleh diperolehi secara mudah melalui proses-proses yang longgar, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

14. Selain itu, Kerajaan juga boleh membatalkan Permit Masuk yang diberi sekiranya pemegang didapati melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan Akta Imigresen.

Maklumat ini boleh dikongsi untuk tujuan penerangan buat rakyat Malaysia yang mungkin keliru dan tidak jelas mengena isu tersebut. 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Malas nak ikut cerita Fuziah lah..dia ni bohong je lebih!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk