29/02/2012

Fakta Dan Auta Tentang #Lynas






















sumber : 1peluru

K7L : Siapa penipu dan siapa yang ditipu?..

Artikel Khas Buat @fuziah99 Tentang #Lynas - @malaysiakini Ok?


YB @fuziah99 perlu baca supaya dia lebih bersedia jika ditanya tentang Lynas kelak. Keris akan siarkan satu video tentang pandangan serta pertikaian yang ditimbulkan seorang pemimpin MCA di Pahang yang sehingga ke hari ini dominan apabila berdebat didalam 'twitter' dengan YB Fuziah apabila isu Lynas ini dibincangkan.

Apapun lihat dahulu video ini dan pembaca kenal dahulu siapa Fuziah Salleh.



"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

    Berikut merupakan 25 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

  • Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina
  • Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. 
  • Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.
  • 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.
  • China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.
  • Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.
  • Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah. 
  • Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda. 
  • Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat. 
  • Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.
  • Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi. 
  • Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.
  • Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.
  • Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.
  • Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
  • Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.
  • Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.
  • Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
  • Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.
  • Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
  • Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.
  • Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.
  • Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.
  • Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.
K7L : YB Fuziah..ada nak cakap pape?..

Fahami Konsep Berbai'ah Politik Dalam Islam - Penulis @harakah Perlu Peka!



POLITIK merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam Islam kerana ia termasuk dalam aktiviti berkaitan dengan peranan khalifah Allah di muka bumi. Ia berkaitan dengan syariah Islam kerana perkara-perkara berkaitan dengan politik adalah membicarakan soal kepimpinan dan pentadbiran negara.
Politik boleh berubah dan bertukar berdasarkan kepada suasana dan konteks semasa. Ia tidak boleh disamakan dengan perkara yang berkaitan dengan akidah iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman yang mana setiap perkara berkaitan dengan rukun-rukun tersebut tidak boleh diubah dan diingkari kerana ia boleh menggugurkan akidah individu Islam.

Kekuatan politik bergantung kepada bagaimana para pemimpin dan ahli-ahli politik menunjukkan sikap dan peranan mereka dalam masyarakat. Apabila membicarakan peranan khalifah Allah di muka bumi maka sikap dan sifat kepimpinan mesti berdasarkan kepada amanah, bertanggungjawab, dan tekun dalam mengendalikan soal keperluan asas rakyat dan pembentukan negara maju dan berwibawa.

Kegiatan begini memerlukan kepada kecekapan, kepintaran dan pengorbanan. Sebagai pemimpin ia tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Oleh itu teguran dan nasihat amat diperlukan bagi memantapkan kedudukan dan peranannya sebagai khalifah.

Bai'ah bukan merupakan senjata terpenting untuk mengekalkan kekuatan parti. Bai'ah setia kepada parti tidak menyalahi prinsip berpolitik di mana pemimpin dan ahli-ahli politik yang ingkar kepada peraturan parti boleh disingkirkan daripada parti.

Bai'ah yang memaksa individu mentaati parti sehingga boleh mendatangkan kecelakaan dan laknat daripada Allah apabila tidak akur kepada parti adalah bersalahan dengan etika berpolitik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Politik bukan satu agama tetapi ia hanya satu aspek yang dibicarakan dalam agama Islam. Pemimpin dan ahli-ahli parti politik mempunyai hak untuk menentang dan keluar daripada parti politik. Ia tidak membabitkan pembalasan di akhirat sama ada dimasukkan ke dalam neraka atau disiksa.

Perkara yang membabitkan dosa dan pahala dalam berpolitik adalah berdasarkan kepada sikap dan sifat para pemimpin dan ahli-ahli politik. Jika mereka amanah, jujur, bertanggungjawab dan berkorban untuk masyarakat dan negara, mereka juga dimasukkan ke dalam syurga walaupun parti politik mereka tidak menggunakan slogan Islam.

Parti politik yang sering menakutkan ahli-ahli mereka dengan pembalasan di akhirat jika mereka keluar daripada parti mempunyai ciri-ciri neo-Kharijites (menganuti ideologi Khawarij yang menghukum orang Islam yang bukan kumpulan mereka sebagai kafir). Pergerakan neo-Kharijites ini adalah terdiri daripada kumpulan fanatik yang radikal.

Parti politik begini tidak akan dapat memberi keselesaan kepada para ahli yang menyertai mereka kerana terdapat unsur-unsur yang menghapuskan fitrah ciptaan manusia yang bebas membuat keputusan berdasarkan kepada bisikan hati dan pemikiran yang rasional.

Parti politik yang menganuti sistem demokrasi tidak akan mengaitkan keingkaran para ahli menyertai politik tersebut dengan pembalasan di hari akhirat kerana anggapan begini adalah sama dengan konsep menggunakan agama demi kepentingan politik. Apabila ciri-ciri begini dipertonjolkan kepada masyarakat maka jelas menunjukkan bahawa parti politik tersebut tidak mengamalkan konsep demokrasi seperti mana dituntut oleh agama.

Realiti dan fakta sejarah berkaitan dengan politik umat Islam perlu dikaji supaya sikap dan tindak tanduk dalam berpolitik tidak mengundang perpecahan dan perselisihan umat yang keterlaluan sehingga menghancurkan sebuah negara Islam. Rakyat dan masyarakat bebas memilih setiap parti politik yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka, agama dan negara.

Dalam pertengahan abad ke-tujuh Masihi, Saidina Ali yang merupakan pemimpin parti politik memberi kebebasan kepada ahli-ahli politiknya keluar dari parti politiknya apabila mereka tidak bersetuju dengan prinsip berpolitik yang dianuti oleh beliau. Beliau tidak bersetuju dengan sekumpulan kecil penyokongnya yang terlalu ghairah menyalah gunakan ayat-ayat al-Quran menghukum Muawiyah (khalifah wilayah umat Islam ketika itu) sebagai kafir. Kumpulan tersebut keluar daripada parti Ali dan menubuhkan pergerakan sendiri yang mana dikenali sebagai Khawarij.

Saidina Ali mempunyai prinsip yang kukuh dalam berpolitik dan mamahami konsep berpolitik dalam Islam. Beliau menentang kumpulan Khawarij apabila mereka menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran. Beliau secara tegas mengatakan bahawa penentangan beliau terhadap Muawiyah hanyalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dalam negara bukan berkaitan dengan akidah Muawiyah.

Sikap dan pendirian Saidina Ali berkaitan dengan politk sepatutnya dijadikan panduan kepada umat Islam jika parti politik mereka tidak menerajui kepimpinan negara. Prinsip dan objektif perjuangan menentukan hala tuju perjuangan politik. Jika prinsip dan matlamat perjuangan hanya untuk mendapat kuasa maka pelbagai bentuk bai'ah yang menggerunkan digunakan kerana ditakuti kehilangan para ahli.

Jika prinsip dan objektif perjuangan berdasarkan kepada keredaan Ilahi dan kefahaman yang mendalam terhadap kepentingan agama dan masyarakat maka parti politik yang memperjuangkan syariah Islam tidak gentar mempunyai bilangan ahli yang sedikit kerana kekuatan parti bergantung kepada ketaatan dan kesetiaan secara sukarela bukan paksaan.

Perjuangan politik yang memperjuangkan Islam mempunyai pendirian yang mantap dan memahami kekuatan dan kelemahan parti politiknya. Kegigihan memperbaiki parti dan pemantauan terhadap kegiatan para pemimpin ahli politik dalam melaksanakan tugas dijadikan satu agenda terpenting untuk mendapat sokongan rakyat bukan berkompromi dengan musuh Islam sehingga mengorbankan prinsip dan objektif perjuangan suci.

Lantaran kuasa menjadi matlamat perjuangan maka kedudukan parti politik berslogan Islam terumbang-ambing dalam pergolakan pakatan parti politik yang tidak mempunyai haluan perjuangan Islam. Akhirnya, perjuangan selama berpuluh tahun terkandas dan prinsip perjuangan asal terkubur lantaran terlalu ghairah dengan kemenangan tanpa mengkaji risiko dan kesannya terhadap umat Islam.

Oleh itu, masyarakat Islam sepatutnya meneliti dan mengkaji sejauh manakah parti politik umat Islam memperjuangkan Islam sebelum membuat pilihan parti memerintah supaya mereka tidak terjerumus dalam peristiwa pisang berbuah dua kali.

Oleh Saodah Abd. Rahman
Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

K7L : Tolong tanya pada pemimpin PAS..kedudukan yang manakah mereka letakkan ancala keIslaman dalam perjuangan?

Phahrolrazi Memang Nak 'Bertumbuk' Dengan MB Kedah?




Haha! Banyak hal suungguh PAS Kedah ini. Almaklumlah dulu tak pernah dapat kuasa sekali dapat semua jadi 'gila'. Ikuti apa kata blogger Mctheory Croniez tentang pertelingkahan diantara 'Hero PAS Kedah' dengan 'Ustaz PAS' yang dituduh pro-UMNO ini :


Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!

Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.



K7L : Macam ni ke 'pemerintah'?..hancur Kedah lama-lama macamni bro.... 

28/02/2012

Matlamat Menghalalkan Cara - Ini Jurisdiksi Pakatan Haram!



Sama ada Ustaz ni benar atau Salah, adalah menjadi tanggungjawab kite untuk pertahankan die.


Sebab apa? Kerana die member kite, kalau dia tercemar bukan PKR sahaja tercemar tapi seluruh PAKATAN akan turut sama.

Sebelum cerita ini menjadi sahih. Apa perlu kita buat?

1. Cemarkan imej JAIP.
2. Cemarkan imej suami wanita tersebut.
3. Cemarkan imej saksi (jika ada).


Sebelum apa2 terjadi kita mesti mulakan dulu... pre emptive strike!"


Sumber : Pisau

Inikah keadilan yang mereka laungkan? Benar atau salah tetap dipertahankan?

Lihat sahaja UMNO yang dituduh dengan bermacam tohmahan tetapi masih menghukum sesiapa sahaja waimah pemimpin tertinggi UMNO jika benar dia bersalah. Sedarkah anda bahawa setiap kesalahan dan pembohongan akan ditutup demi undi atas pagar?

K7L : Hati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah mereka..ingat Kg Buah Pala? KOMTAR? Skandal Pasir?..

Ini Tahap Moral Demo Yang K7L Bimbangkan! @harakah Jawab!


Maaf Keris terpaksa siarkan gambar sebagai teladan

Perkara sebegini pernah Keris tanya kepada Penasihat Undang-Undang UMNO. Tahap melampau ini yang dikhuatiri akan menjadi ikutan anak-anak kecil kelak. Ingat bahawa setiap perlakuan orang dewasa akan menjadi contoh kepada generasi kecil. Media sosial pula tiada sekatan dan jaringannya tidak boleh dikawal penuh. Maka diri sendiri harus punya rasa tanggungjawab agar tidak berkelakuan tidak senonoh.

Pada Keris, Fuziah Salleh dan semua yang menyokong Himpunan Hijau harus bertanggung jawab dengan perlakuan 'Mamat Kurang Hijau' ini dan tindakannya harus diambil serius lebih-lebih lagi daripada sudut moral dan adab manusia bertamadun. Be Fair! Jika ia dilakukan oleh pihak Barisan Nasional sudah lama kami dihukum. Tidak kiralah mahu menyokong di pihak mana pun namun jangan sampai maruah diri sanggup dijual demi perhatian!

K7L : Inilah yang akan terjadi jika Sifu 'sumbang', pengikut lagi songsang!

#saveKelantan - 22 Perkara Yang Dituntut - Acu Test Sepenggal!



TUNTUTAN 22 PERKARA 
RAKYAT KELANTAN

KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI, KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT PADA PRU-13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN YANG PALING BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN.

TUNTUTAN PERTAMA (1)

RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.

TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN BADAN HISBAH DAN MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.

TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.

TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.

TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.

TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.

TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING).

TUNTUTAN KESEMBILAN (9)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.

TUNTUTAN KE SEPULUH (10)

RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.

TUNTUTAN KESEBELAS (11)

RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.

TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.

TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.

TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.

TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.

TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)

RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.

K7L : Tukar slalu boh!!

Tutup Kelemahan PKR Pahang Dan #Lynas - Badrul 'Kaki Pukul Bini'?




Keris tertaik dengan artikel Sharpshooter beberapa hari yang lalu tentang kenyataan 'Ustaz' Badrul Amin tempohari ;

SUNDAY, FEBRUARY 26, 2012
Sharpshooter at Sunday, February 26, 2012
Terkini - Penjelasan Ustaz Badrulamin
Baharon dan akan menyaman mereka
yang memfitnahnya


Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr
Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media
bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin
Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26
Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam
Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah
menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan
hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana
bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas
menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012,
beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa
beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih
setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya
mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri
ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan
nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi
termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha
membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah
menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut
bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau
mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami
wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak
dikenali menyerbu dan menyerang saya
. Suami wanita
tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya
pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng i
ni berhenti memukul
saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang
mereka
. Namun mereka masih tidak membenarkan saya
keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh
samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam
bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan
oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar
sama sekali.
Saya beranggapan bahawa kejadian ini
merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap
dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk
membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan
hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh
kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak
menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya
tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak yang
membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi
Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Melihat semula kepada kenyataan diatas, Keris berpendapat bahawa ini sebenarnya perancangan kelompok mereka sendiri. Drama yang dibuat hanya untuk menarik perhatian rakan-rakan blogger kedua-dua belah pihak supaya tertumpu kepada kes membabitkan khalwat dirinya. Hebat sungguh kuasa kepimpinan PKR! Demi meraih simpati mereka sanggup gadaikan 'maruah' dan berusaha untuk menutup kelemahan jentera PKR Pahang serta kegagalan mendapatkan perhatian warga Pahang menentang #Lynas. Mungkin ketika Temurapat mereka di Kuantan, mereka menyedari akan kelemahan tersebut maka terpaksa membuat 'filem' yang klimaks cerita mereka akhirnya akan menuduh ia sebagai konspirasi UMNO. Dahsyat tahap 'gadaian' mereka demi menjadikan impian 'Peliwat Bersiri' berjaya. 


Menjadikan Dr Badrul Amin sebagai 'Kambing Hitam' yang kononnya diserang dan dipukul sampai lebam ternyata satu cubaan 'bunuh diri' dalam perang siber. Badrul yang punya masalah sering memukul isterinya telah terbongkar. Mengapa dirinya pula menjadi pelakon utama drama PKR ini?



Pembaca nilai sendiri siapa sebenarnya 'Ustaz' kebanggaan PKR Selangor ini. Beginikah moral kepimpinan PKR? Tidak habis-habis dengan berbagai tuduhan salahlaku moral.Apakah Islam tidak menjadi keutamaan perjuangan PKR? 



Bercakap tentang diversi isu PKR. Mereka sebenarnya ingin menutup kelemahan dan kegagalan PKR di Pahang. Memetik semula artikel [Klik Sini], Keris ada menyebut ;

Apakah dengan seramai 500 orang yang mendengar ceramah dan beberapa orang yang membeli-belah di khemah-khemah berniaga milik orang PAS adalah jentera pilihanraya PKR Negeri Pahang? Inikah kekuatan yang ditunjukkan walaupun dengan kehadiran ketua umum PKR sanjungan mereka? Pada Keris, inilah bukti PKR sebenarnya dalam keadaan yang 'lemah' untuk menghadapi pilihanraya. Mereka sudah lemah sebab itu Fuziah beria-ia mahu lakukan Himpunan Dosa 2.0 esok pagi. Mereka terdesak untuk dapatkan undi!

Nampak tak isu disebalik isu?

K7L : Kesian tengok orang PAS sebab selalu jadi kuda 'event' PKR...

Bukti Kerajaan Barisan Nasional Telus!


PERSETUJUAN kerajaan membenarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai akses penuh kepada segala dokumen perisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan menjadi bukti betapa gagasan ketelusan kepimpinan Pusat bukan slogan kosong.

Ia menunjukkan komitmen dalam memastikan anggota pentadbiran termasuk barisan Kabinet dan timbalan-timbalan menteri dapat memperlihatkan integriti supaya menjadi teladan kepada rakyat.

Langkah terbaru itu, sejajar dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM, mudah dipersetujui oleh kerajaan kerana itulah antara usaha bersungguh-sungguh ke arah transperensi.

Bagi Awang, tidaklah keterlaluan jika menganggap ia langkah ke hadapan kerana sebelum ini pun seluruh anggota pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional dimestikan mengisytiharkan harta mereka serta milik anggota keluarga terdekat kepada Perdana Menteri.

Ia bukan sahaja setiap tambahan atau perolehan baru harta malah harta yang dilupuskan, yang dilakukan secara berkanun. Dalam hal ini, langkah itu dilakukan secara sukarela, tanpa terdesak atau dalam keadaan terdesak.

Tidak seperti pihak tertentu yang menonjolkan diri sebagai golongan paling komited ke arah ketelusan, namun sekadar berkokok kepada awam.

Malah Awang angkat topi apabila Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengkaji cadangan menjadikan status jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai jawatan berdasarkan Perlembagaan demi memastikan kebebasan dan ketelusan badan itu. -Bisik Bisik Awang Selamat-

K7L :  Telus dan jujur..kan bagus..

27/02/2012

K7L Sangsi Mengapa @harakah Tidak Siarkan Fakta Anti #Lynas Ini!




Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
    Berikut aku ringkaskan 25 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

  • Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina
  • Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. 
  • Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.
  • 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.
  • China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.
  • Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.
  • Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah. 
  • Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda. 
  • Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat. 
  • Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.
  • Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi. 
  • Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.
  • Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.
  • Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.
  • Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
  • Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.
  • Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.
  • Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
  • Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.
  • Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
  • Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.
  • Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.
  • Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.
  • Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Ini merupakan info yang Keris terima daripada rakan-rakan blogger yang lain. Kita akan berikan lagi penerangan demi penerangan agar rakyat tidak terus tertipu dan diperdaya oleh pemimpin pakatan lebih-lebih lagi Fuziah Salleh. Siapa yang berbohohong dan siapa yang berada dipihak yang benar harus dinilai pembaca sendiri. Pendedahan KEGAGALAN himpunan hijau akan diteruskan dan penerangan lanjut akan ditulis kemudian.

K7L : Keris dah terkena radiasi sehinggakan terus menerus menulis tentang Lynas..

Ucapan MB Pahang Yang Sokong #HimpunanHijau Diadakan?





Rentetan dari Himpunan Hijau di Dataran MPK 4 pagi tadi. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Dr. Adnan Yaakob telah mengeluarkan kenyataan semalam.


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia. 


Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini. Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.

Kedua, pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.

Ketiga, gerakan Anti Lynas yang berselindung di bawah nama Hijau Hijau nyata tidak laku (tak dapat sambutan). Rakyat tidak percaya dengan Pembangkang yang menabur kata-kata bohong pada setiap masa dan setiap tempat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan demontrasi secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan.

Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism in patut diteruskan untuk kebaikan bersama.

Salam 1 Malaysia.

Yang benar,
Dato Seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.


Memang kena tepat ke muka Fuziah. Nantikan pandangan peribadi Keris 7 Lok tentang Polis yang 'tidak buat kerja' ketika Himpunan Hijau Dosa 2.0.

K7L : MB Pahang ni jujur sangat..keh keh keh..padan muka Puziah!

Anwar Poorah - Video Anwar Kena 'Maki' Dengan Kaum India Kedah



Kalai vanar & alternative action team dengan kerjasama penganut kaun Hindu sungai petani membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke kuil Sri subramaniyar, dimana dulunya, beliau telah berjanji untuk memberikan cuti umum bagi perayaan Thaipusam di Kedah, pada pru12. Tetapi sampai ke saat ini 22 Feb 2012, janjinya masih tidak ditepati, namun kaum india menjangkakan, sekali lagi Anwar Ibrahim dengan niat menipu, ingin berjanji lagi kepada penganut hindu di Sungai Petani!


JANJI Anwar memanglah begitu, masihkah kaum India di Malaysia ingat tentang Peristiwa Kg Buah Pala? 




K7L : "Kalau tak buat jangan panggil saya Anwar Ibrahim"..panggil dia penipu...

Gempar - Bukti Pendemo @HimpunanHijau Dibayar Tersebar?


Wow! Keris terima gambar ini dan terkejut dengan jumlah yang diterima oleh seorang pendemo yang dibayar untuk turun ke MPK4. Mungkin ada yang dibayar oleh beberapa individu berkepentingan dalam himpunan dosa 2.0 ini. Patutlah ada yang datang daripada jauh sebab mereka ada 'elaun'. Keris akan beri sedikit analisa tentang perhimpunan hijau dosa itu kerana Keris ada disana dan tahu apa yang jadi.


K7L : Jadi pendemo pun masyukkkkkk.....

Published with Blogger-droid v2.0.3

26/02/2012

Syarat-Syarat Untuk Himpunan Dosa 2.0 - Gagal Sebelum Mula!



Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Dosa 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.

Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.

Penggunaan risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.

Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.

Syarat-syarat lain ialah:

  • Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
  • Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
  • Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
  • Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu
  • Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
  • Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
  • Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
  • Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Jangkaan seramai 20,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng membuatkan Keris terasa sedikit lucu. Ceramah pemimpin No 1 pembangkang pun tidak mendapat sambutan hangat, inikan pula dengan demonstrasi oleh 'Penipu' Fuziah?

Follow tweethandle Keris - @Keris7Lok untuk sebarang info baru mengenai Himpunan Dosa 2.0.

K7L : Jika sempat Keris buat Live Update...

Ceramah Anwar Dengan Hasan Ali - Buatkan @azminali Tak Nak Datang Himpunan Dosa?


Keris tidak mahu cerita banyak yang penting pembaca nilai sendiri dan terjemahkan gambar-gambar berikut kepada satu pemahaman yang penting dalam menunjukkan siapa yang lebih diiminati rakyat.


Anwar Ibrahim
Vs
Hasan Ali



K7L : Kenapa Anwar tak sebut apa-apa tentang Lynas mahupun Himpunan Dosa 2.0 tadi masa ceramah?

Isu Khalwat @drbadrulamin Jejaskan Ceramah Jentera PKR Pahang?



Insiden memalukan PKR dimana Ustaz Badrul Amin telah ditangkap khalwat di Swiss Garden Hotel, Kuantan dengan isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, wanita tersebut dikatakan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti di kawasan Rompin. Difahamkan Badrul Amin hadir di Kuantan untuk menyertai Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di MS Garden And Spa, Kuantan yg dijadualkan pada 24-25 Feb 2012 .

Diperkatakan 'Manager On Duty Hotel Swiss Garden telah memanggil salah seorang kepimpinan PKR yang turut menyertai majlis itu untuk memaklumkan penangkapan tersebut. Badrul Amin yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PR Selangor bertaraf Exco Kerajaan Negeri dilihat seumpama menjadi punca kegagalan ceramah di Pahang.


Gagal! Itu yang dapat Keris gambarkan suasana ketika ceramah perdana pelancaran jentera PKR untuk PRU13 di Dataran Rakyat Jalan Beserah, Kuantan, Pahang. Saat Keris sampai bersama rakan-rakan seramai 15 orang, Chegubard sedang 'meraban' di pentas bercerita tentang sawit dan menunjukkan dokumen hanya daripada atas pentas. Jika benar sebarkan sahaja dokumen itu. Ternyata retorik!




Setelah risikan dilakukan kami sedia maklum bahawa hanya Chegubard dan Anwar Ibrahim sahaja yang berpidato dalam Ceramah Jentera PKR Pahang tersebut. Aneh! Kemana perginya kepimpinan PKR yang lain terutamanya Fuziah Salleh? Apakah mereka tidak sebulu dengan Chegubard ataupun Anwar Ibrahim? Atau mereka tahu tidak ramai yang akan hadir maka mereka malu? 



Apakah dengan seramai 500 orang yang mendengar ceramah dan beberapa orang yang membeli-belah di khemah-khemah berniaga milik orang PAS adalah jentera pilihanraya PKR Negeri Pahang? Inikah kekuatan yang ditunjukkan walaupun dengan kehadiran ketua umum PKR sanjungan mereka? Pada Keris, inilah bukti PKR sebenarnya dalam keadaan yang 'lemah' untuk menghadapi pilihanraya. Mereka sudah lemah sebab itu Fuziah beria-ia mahu lakukan Himpunan Dosa 2.0 esok pagi. Mereka terdesak untuk dapatkan undi!

p/s: Nantikan video Anwar bercakap pasal Firaun..

K7L : Agak-agak kalau PAS keluar pakatan..PKR boleh hidup ke?

25/02/2012

Fatwa Haji Hadi Tentang Lynas? - @fuziah99 Mahu Kata Apa Lagi!

Ini bukti bahawa Haji Hadi juga dah suruh rujuk Dr Che Rosli Che Mat tapi kenapa Keris dengar bukan main ramai lagi orang PAS yang disuruh hadir? DAP dan PKR jadi pengarah, PAS ditunggang lagi selepas BERSIH 2.0?


Published with Blogger-droid v2.0.3

[Video] - Pemuda Serang Pejabat PKR Tentang Isu Anwar-Israel?





K7L : Dewan Pemuda PAS mana?..takkan diam je?.. 

Hadis Istimewa Daripada Blogger "Aku Budak Skema"



Hadis 1:

Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.

Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)

Hadis 2:

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hadis 3:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:

”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”

Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Hadis 4:

Dari Asma’ r.a katanya:

"Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ‘Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,”Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?” Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, “Ayat? (tanda kebesaran Allah?)” Jawab ‘Aisyah, “Ya! Tanda kebesaran Allah!”

Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ‘Asma selanjutnya,”Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah.

Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:”Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:
”Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:”Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.”

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur.
Katanya,:”Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.” Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,:”Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.” (Muslim)

Hadis 5:

Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:
"Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.” (Muslim)

Hadis 6:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.”(Muslim)

Hadis 7:

Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza’, dari Akramah katanya: ”Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali:”Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk.

Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:”Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda:”Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab:”Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah.”(Bukhari)

Hadis 8:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)

Sumber : Mie Tazkirah

K7L : Kalau tak faham boleh tanya pada Ustaz Fathul Bari..

Double Y Mahu Tembak Tun Faisal? - #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League'




Dipetik daripada blog YY " #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League' - Sirkit Pertama". Terasa geram pula tidak dapat bersama mereka untuk sama-sama menembak! Apakan daya perjuangan demi agama bangsa dan negara di aras tertinggi maka Keris tinggalkan jua niat untuk menembak blogger Putrajaya-Online secara dekat. Namun begitu anda semua jangan lepaskan peluang untuk menyertai mahupun hadir untuk melihat mereka semua beraksi!


Siri Kejohanan Paintball “Malaysia Woodsball League” merupakan satu kejohanan paintball scenario ataupun rekreasi (recreational paintball) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Siri kejohanan ini merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan di dalam 3 siri kejohanan tempatan dan 1 Kejohanan Antarabangsa.

Kesemua lokasi kejohanan tempatan dijalankan di seluruh Malaysia, manakala lokasi untuk acara antarabangsa masih di dalam perbincangan dan dijangka akan diumumkan selepas siri kedua kejohanan ini.

Sasaran penyertaan adalah pasukan paintball scenario tempatan dan dirantau ini manakala untuk siri antarabangsa penyertaan sulung dari pasukan pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Eropah turut dijangkakan.


OBJEKTIF KEJOHANAN “MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE”

Objektif MWL di dalam penganjuran Liga ini di Malaysia adalah berdasarkan perkara perkara berikut:
  • Meletakkan Malaysia sebagai hab sukan paintball di dunia.
  • Menyerlahkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan lasak dan pelancongan di Asia.
  • Membantu usaha kerajaan di dalam menggalakan kemasukkan pelancong asing ke Malaysia melalui sukan pelancongan.
  • Merealisasikan Program Penjenamaan Global Malaysia (Malaysia Global Branding Programme).


ATURCARA KEJOHANAN

Hari Pertama (25/2/2012)

7.30 pagi Pendaftaran Pasukan
8.30 pagi Kejohanan bermula
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
6.00 ptg Tamat Kejohanan Hari Pertama

Hari Kedua (26/2/2012)

8.30 pagi Kejohanan Hari kedua bersambung
10.00 pagi Ketibaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk upacara pelancaran Malaysia Woodsball League (MWL).
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
3.00 ptg Acara untuk Pengunjung Kejohanan
5.00 ptg Upacara Penutup Kejohanan dan Penyampaiaan Hadiah dan Cenderamata kejohanan kepada VVIP serta Sesi bergambar bersama Pasukan Pasukan.
6.00 ptg Tamat Kejohanan Sirkit Pertama

Kategori

1. Kategori Terbuka

Kategori ini terbuka kepada semua pasukan pasukan paintball dari semua liga paintball seluruh negara.
Jumlah peserta untuk satu pasukan ; 10 orang termasuk 3 pemain simpanan.
Masa Permainan : 10 minit
Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
Sasaran jumlah pasukan : 15 pasukan

2. Kategori Taktikal

Untuk pasukan pasukan novis dan kategori belia dan terhad kepada penggunaan perkalatan taktikal sahaja
Jumlah pemain satu pasukan : 10 orang termasuk 3 pemain simpanan
Masa permainan : 10 minit
Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
Sasaran jumlah pasukan : 20 pasukan

3. Kategori Milsim

Kategori Milsim merupakan kategori simulasi ketenteraan (milllitary simulation) dimana format dan objektif permainan mempunyai variasi berlainan bagi setiap siri. Kategori yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini dimainkan didalam tiga disiplin:

1. Ketahanan (Endurance)
2. Tepat dan Cepat (Fast and Accurate)
3. Misi dan Objektif (Mission and Objective)

Selamat menembak kepada team UMB + Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan semua yang terlibat!

K7L : Agak-agak Tun Faisal ada orang nak tembak dia tak?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk