29/04/2016

730 Kes Patukan Ular Sejak Januari 2016 - Hati-Hati!


Sejak musim panas ini, banyak kes ular masuk rumah, masuk kereta dan masuk pejabat berlaku. Sejak Januari pun telah berlaku 730 kes patukan ular. Jadi hati-hati dan sentiasa beringat.



PATUKAN ULAR DAN BAHAYANYA

Tujuan utamapanduan ini ialah memperlahankan atau mengurangkan penularan bisa (racun) ular, mengelakkan keadaan mangsa menjadi semakin teruk dan sebagai persediaan untuk mangsa menghadapi rawatan perubatan seterusnya.dengan ini komplikasi yang mungkin berlaku dapat dikurangkan. 


Pada amnya, ia bertujuan untuk memberikan rawatan secepat mungkin kepada mangsa yang mungkin dapat memebantu keadaanya, meredakan kesakitan yang dialami atau menyelamatkan nyawanya.

Pengurusan Sendiri

Langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda dipatuk oleh ular yang berbisa:

  • Biarkan luka patukan itu terus mengeluarkan darah dengan sendiri selama 15 hingga 30 saat.
  • Tanggalkan semua perhiasan atau pakaian yang ketat.
  • Dengan cepat, sapukan larutan pembersih antiseptik keseluruh bahagian yang terlibat.tuamkan dengan sesuatu yang sejuk dan sehampir mungkin dengan kecederaan tanpa mengganggu proses penyedutan.
  • Bersihkan dan basmi bahagian patukan dengan cepat menggunakan iodin atau bahan basmi ku,an yang lain.
Jangan Lakukan

  • Menanggalkan balutan atau tekanan pada bahagian patukan sehingga anda sampai ke klinik atau hospital dan bersedia untuk menerima intivium. Sebaik sahaja balutan dibuka,racun akan menjalar dan menimbulkan beberapa masalah yang sememangnya lazim diamali oleh mangsa patukan ular. Ketika ini, pasukan perubatan sepatutnya telah bersedia untuk memberikan intivium.
  • Makan atau minum kecuali disyorkan oleh doktor.
  • Terlalu aktif bergerak.
  • Menghisap racun dengan mulut. Gunakan alat penyedut khas.
  • Memotong atau membuat hirisan pada tempat patukan dengan menggunakan pisau.
  • Menggunakan renjatan elektrik.
  • Menuam dengan pek panas atau sejuk.
  • Mengikat atau menjerut dengan pengikat yang kecil seperti tali leher atau seumpamanya kerana ini akan menyekat pengaliran darah
  • Membuang masa atau mengambil risiko untuk mebunuh atau menangkap ular berkenaan.
  • Masa itu amat kritikal. Sebarang bisa atau racun yang wujud boleh mengancam nyawa dengan begitu cepat sekali.Jadi,bawalah bertenang dan iku segala petua yang diberikan di atas.
Nasihat Penting

Jangan mendekati, berkhemah, bekerja atau mengambil spesimen di kawasan yang disyaki adanya ular berbisa, kecuali ditemankan oleh sekurang-kurangnya dua orang rakan lain.
Sekiranya anda menemui ular di sesuatu tempat dan tidak dapat mengenal pasti jenisnya, jangan hampiri ular tersebut, cuba untuk memeriksa atau mengambil gambarnya.

K7L : Hati-hati.. Jaga diri..

DAP-PKR Minta Maaf Tapi Tak Ada Yang Tarik Diri - Kan Kelakar?



Apa yang menjadi isu kelakar sekarang adalah sikap DAP dan PKR yang cuba selindung daripada media. Keduanya difahamkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka. PKR rasanya diwakili oleh Sotong Pijie dan DAP diwakili oleh Dinasour Lim.

Mereka memohon maaf diatas pertembungan DAP dan PKR yang berlaku di Pilihanraya Negeri Sarawak. Namun yang kelakarnya adalah tak ada seroang pun daripada mereka yang menarik diri daripada bertanding.

Lepas itu kata jangan berkempen tetapi kalau salah seorang daripada calon DAP mahupun PKR berkempen maka 'perjanjian terbatal'. Apa benda ni? Inilah PAKATAN dalam kamus pembangkang.

Mereka buat semua benda tak sepakat tapi cerita macam muafakat tapi akhirnya tidak membawa berkat. Macam pantun bunyinya. 


Susah sangat nak pilih DAP atau PKR? Mudah sahaja. Keris cadangkan pilih sahaja #TeamAdenan. Pangkah Barisan Nasional pasti anda tidak menyesal. 

K7L : DAP dan PKR bukan parti rakyat Sarawak kan?..

DAP-PKR Umum Manifesto Secara Asing - Mereka Sudah Tidak Bersatu?



Kini kisah tidak sehaluan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP nampaknya berkesudahan dengan kisah yang tragis lagi menyedihkan. Sebelum ini mereka telah dijadualkan untuk mengumumkan manifesto bersama namun ianya dibatalakan di saat akhir.

Kini Pakatan Harapan dilihat semakin retak dan masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Semua ini berpunca daripada kes berebut kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 ini. Sampai masing-masing tak nak bertolak ansur dan terus keras kepala nak bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan PRN Sarawak.

DAP-PKR  juga dilihat menggunakan tema yang berbeza antara satu sama lain, isi kandungan manifesto mereka juga memfokuskan matlamat yang berlainan dan menampakkan lagi ketidaksepakatan sesama mereka.

Kalau PKR melancarkan manifesto bertemakan ‘Demi Sarawak’, bagi DAP pula mereka melancarkan manifesto dengan tema ‘Berani Ubah’. Semasa melancarkan manifesto masing-masing, langsung tiada kelibat ahli PKR dalam pelancaran manifesto DAP dan ahli DAP dalam majlis PKR.

Mungkinkah selepas keputusan PRN11 yang akan menyaksikan samada PKR atau DAP yang akan terkubur di Sarawak akan memberi kesan kepada perjanjian yang mereka tandatangi dalam Pakatan Harapan yang lalu ketika mereka tubuhkan?

K7L : Tiba masa Pakatan Harapan tinggal Harapan..

WSJ Menipu Pasal Gabenor Bank - Masih Lagi Nak Percaya?


Ini bukan kali pertama kita tertipu dan biarkan diri ditipu oleh Wall Street Journal yang kini menjadi rujukan beberapa pihak yang konon nak selamatkan Malaysia. Walhal portal yang menjadi rujukan mereka ini bukan milik rakyat Malaysia dan seringkali menipu.



Sebelum ini WSj didapati menipu berita berkaitan 1MDB. Dan kini apa yang mereka buat? Mereka tuduh individu tertentu untuk menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru. Dah dia pula yang umum lebih awal daripada Kerajaan Malaysia sendiri.

Yang memalukan ialah apabila laporan itu hanya sekadar pembohongan belaka tetapi WSJ masih mahu mempertahankan dongengan mereka itu! Dan kononnya Putrajaya telah buat U-turn!

Apa WSJ ingat mereka itu pemerintah di negara Malaysia ini kah? They know better than Yang Di-pertuan Agung, PM and government ?


Sejak bila WSJ lebih tahu apa yang berlaku di dalam Pejabat Perdana Menteri? Sejak bila WSJ yang boleh mendahului keputusan Kerajaan Malaysia dan perkenan YDP Agong? Apa masalah WSJ?

Kepada pihak yang selama ini menjadikan WSJ sebagai rujukan sila teliti betul-betul. Ini semua sampah. 

K7L : Tak payah asyik suruh saman.. kau percaya fitnah lebih daripada fakta..kau yang bodoh..

28/04/2016

Penangan Lim Guan Eng Di Sarawak - 10 Orang Sahaja Iringi Calon DAP N75 Senadin?




Di dalam DAP, kedudukan sebagai Setiausaha Agung adalah satu kedudukan paling besar kerana mereka mengikut fahaman komunisme dan cauvinisme dalam parti mereka. Jiak nama besar sudah tentu ramai yang akan ikut dia.

Namun mimpi ngeri telah melanda Lim Guan Eng. Siapa sangka hanya 10 orang penyokong DAP datang untuk penamaan calon bagi DUN N75 Senadin di PRN Sarawak. Man pergi ahli yang lain?


Ini adalah signal awal yang mengatakan bagaimana rakyat malahan ahli DAP sendiri menolak Lim Guan Eng daripada hadir ke bumi Sarawak. Pelik bukan?

K7L : Ramai sangat 10 orang tu..

PRN Sarawak Jadi Medan Guan Eng Lepaskan Marah Pada PKR?


 

Dikatakan semua pertembungan diantara PKR-DAP telah dirancang oleh Setiausaha Agung DAP sendiri. Kemungkinan besar dia ingin menerbitkan rasa marahnya melalui orang paling kanannya di Sarawak, Chong Chien Jin.

Kini DAP berkempen secara sendiri-sendiri. Tidak lagi bersama dengan PKR mahupun parti lain. Amanah itu lainlah, mereka kan parti yang ditubuhkan oleh DAP hanya untuk mengalahkan PAS.

Apa yang membuatkan DAP marah sangat pada PKR? Mengikut sumber, Guan Eng sangat marah kepada PKR kerana mangambil kedudukan mendiamkan diri tatkala dia diserang bertubi-tubi.

Tak ada yang betul-betul mempertahankannya tatkala skandal Taman Manggis dan Rumah Banglo Jalan Pinhorn terbongkar. Mungkin dia ada minta bantuan PKR tapi atas arahan Azmin mungkin, PKR diminta mendiamkan diri.

Kini apa DAP nak tunjuk di Sarawak? Mereka nak pastikan PKR kalah teruk dan nak beritahu DAP nombor satu dalam Pakatan. Nak show who's the boss. Apapun kini baru nak kenal siapa Guan Eng?

K7L : Keluarga jahat yang hidup dalam DAP...

Beri Peluang Kepada #TeamAdenan #TheAdenanWay - 15 Teras Utama Manifesto BN



15 teras utama dalam manifesto PRN Sarawak Bagi  Barisan Nasional :

  • Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
  • Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
  • Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
  • Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
  • Melindungi dan memulihara alam semulajadi
  • Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
  • Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
  • Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan
  • Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
  • Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
  • Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
  • Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
  • Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.
K7L : Terbaik untuk Sarawak..

Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim Sebagai Gabenor Bank Negara Diamkan Ramai Pihak?



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei 2016. 

Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz. 

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara. 

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” - YAB Perdana Menteri

Sedikit Biodata :


  • Nama: Muhammad Bin Ibrahim
  • Tarikh mula berkhidmat di BNM: 1984
  • Pengajian/Kelulusan akademik: Master Degree Universiti Harvard, Ijazah Perakaunan di Universiti Malaya, Diploma Perbankan Islam dan Kewangan Universiti Islam Antarabangsa malaysia.
  • Jawatan kini: Gabenor bank Negara Malaysia
  • Anak: mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  • Hobi: membaca dan pencinta seni

Kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor bank Negara yang ketujuh. 

Zeti merupakan gabenor wanita pertama negara telah menerajui Bank Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum bersara pada bulan ini. 

K7L : Masa untuk pembaharuan...

Manifesto SUPP - #TeamAdenan #SUPPSarawak #SokongDrSim


SUPP juga telah melancarkan manifesto mereka sendiri. Ia seiring dengan manifesto Barisan Nasional Sarawak yang dilancarkan sebelum ini. Berikut adalah senarai manifesto yang akan ditunaikan oleh SUPP.






 


K7L : Sokong BN!...

Hospital Sri Aman Adalah Projek Gajah Putih Barisan Nasional? #TeamAdenan


Baru mula kempen PRN Sarawak, kita dah jangka akan wujud mereka-mereka yang bijak pandai mencari salah tanpa siasat fakta sebenarnya. Yang baca pun mengiakan tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Ini salah satu daripada fitnah yang cuba disebarkan dengan memburuk-burukkan Barisan Nasional Sarawak. Hakikatnya hanya orang Sarawak lebih tahu apa yang berlaku.


Pasal isu diatas Keris kongsikan apa jawapan daripada PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB :

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr. Zulkifli Jantan memberitahu projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai tetapi masih di dalam proses pemendapan tanah.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih menunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.

"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Kalau proses pemendapan tanah tidak dilakukan, dikhuatiri akan menjejaskan struktur bangunan yang akan menyebabkan dinding retak atau bangunan runtuh.

Kalau tak buat gitu, nanti ada pula pihak kata kerajaan guna kroni lah, tak pandai bina bangunan lah dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan korang menjadi ahli nujum atau 'pakar' struktur bangunan ataupun arkitek, maka kerajaan guna pakai cara yang terbaik untuk mengawal keadaan tanah sini.

Untuk info, projek ini bernilai RM200 juta dan pembinaan dilakukan di atas tanah seluas 20.6 hektar.

Harap maklum.

Ini projek bukan tak jalan tapi tengah tunggu tanah mendap dengan elok. Jadi selepas ini kalau buat hospital tak ada masalah. Kalau semua benda nak cepat inilah jadinya. Owh makan tahun? Memanglah makan tahun nak kasi betul-betul elok.

At least ini tengah tunggu nak dibina. Yang Taman Manggis tak buat apa-apa langsung tak pula kamu bising?

K7L : Double standard betul...

27/04/2016

Budak DAP Bertanding Tasik Biru Berkempen Cara Budak Tadika?


 

Mengikut kempen DAP di Tasik Biru, mereka memberi gambaran seolah-olah mengalah awal. Mereka sedar mereka tidak akan menang dan memerintah maka mereka mencuba nasib untuk menjadi pengantara.

Untuk rakyat Sarawak, kena pilih Barisan Nasional sebenarnya. Jika DAP pun dah bagi signal mereka tak dapat memerintah, maka kalian kena pilih BN. Wakil Rakyat BN akan menjadi pengantara paling dekat dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Jangan tersalah pilih. Kalau setakat pilih wakil rakyat yang hanya tahu menuntut tapi tak buat apa-apa baik tak payah. Kalau nak cerita pasal jalan yang baik, Barisan Nasional siap buat Lebuhraya Pan Borneo lagi.

K7L : Jangan percaya penipu DAP!..

Rasa Kecewa Terbit Daripada Penjara Sungai Buloh?



Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal bahawa calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri.

Anwar bagaimanapun menyeru mereka supaya terus bekerjasama bagi memastikan kemenangan.

Kah Kah Kah! Masih boleh berunding kata Anwar Ibrahim. Ini apa punya pandangan Keris tak tahulah. Sudah terang lagi bersuluh DAP Sarawak dengan PKR Sarawak tidak sebulu dan tidak akan berunding lagi.


Tak akanlah mereka mahu berunding lagi sedangkan rundingan yang lepas pun tidak dituruti. Kini tiada lagi istilah 'percaya' antara DAP-Amanah dengan PKR. Ada kemungkinan juga sama ada PKR dikeluarkan daripada Pakatan ataupun Pakatan tersebut dibubarkan.

Apa yang Anwar sedang lihat adalah kehancuran Pakatan yang cuba dia bina suatu ketika dahulu. Kini hanya melalui tinta dia akan melihat kehancuran yang nyata kepada Pakatan. Dan kena ingat tanpa PAS dan DAP, belum tentu PKR akan menang banyak kerusi lagi pada PRU14.

K7L : Kalau menang pun hanya Permatang Pauh sahaja...

Lawan Sesama Sendiri - Pakatan Atau Jalan Sendiri?



DAP dan PKR menyalahkan satu sama lain dalam kemelut agihan kerusi yang membawa kepada kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kawasan pilihan raya Sarawak.

"Kami rasa DAP tidak menerima apa yang yang sepatutnya. Saya dapati ini amat mengecewakan...sudah pasti akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan penyokong," - Tokong Lim Guan Eng

Apa yang kita tahu akibat tindakan PKR bertanding lima kerusi yang telah dipersetujui untuk meletakkan calon DAP, maka DAP membalas dendam dengan meletakkan calon kerusi majoriti Cina, Bukit Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR dengan calon DAP berbangsa Melayu.

DAP merasakan bahawa PKR sepatutnya berpegang kepada perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang dicapai antara beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 7 April 2016 lalu.

Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak merasakan bahawa keputusan itu dibuat bersama pihak pusat dan negeri. Ini bermakna Azmin sendiri tahu mereka akan bertembung dengan DAP.

Adakah ini semua petanda Pakatan akan dibubarkan dan semua parti pembangkang akan memilih untuk berjalan sendiri?

K7L : DAP dah besar kepala..PKR rasa mereka pandai.. Amanah terus jadi bangang.. bubar jelah..

Amanah Kata DAP Lawan Sarawak Adalah Kerana Kegagalan Kepimpinan Pakatan Harapan



Menurut lidah mesra pembangkang, portal Mkini telah melaporkan bahawa Khalid Samad yang juga Ketua Penerangan AMANAH berkata :

"Pertembungan antara sekutu Pakatan Harapan - DAP dan PKR - di Sarawak adalah satu situasi malang yang berlaku kerana kegagalan kepimpinan dalam pakatan pembangkang itu.

Pertembungan antara kedua-dua parti itu di enam kerusi selepas pencalonan ditutup Isnin lalu, sepatutnya dielak sama sekali."

Kelakarnya bila mereka yang bertembung sesama sendiri tetapi Barisan Nasional pula yang telah dipersalahkan. Woi! Bukan BN yang hantar calon untuk DAP,PKR, Amanah mahupun PAS!

Apa masalah puak pembangang ni? Sungguh tidak berotak bila mengeluarkan kenyataan. Nak salahkan pihak lain walaupun mereka sudah tahu siapa yang akan bertanding namun masih hantar kenapa?

Bukankah boleh tarik balik daripada menamakan calon untuk terus bertanding? Cerita dia memang masing-masing nak bertanding juga. Jangan bila sudah bertembung terus salahkan orang lain!

K7L : Tak ada otak betul.

Fitnah Recycle - Pembangkang Dah Tak Ada Modal!



Kecoh di media sosial secara tiba-tiba pasal Tarif Elektrik dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. Dikatakan mesej tersebut dibuat oleh Najib Razak. Ini kes kitar semula namun masih juga ada yang tertipu.

Ini yang Keris pernah kata suatu ketika dahulu. Kebanyakan rakyat Malaysia suka nak dengar dan kongsikan cerita panas biarpun ianya fitnah. Ada tu tak baca apa pun lagi dah share kat Facebook.

Ini masalah betul. Cuba sebelum sebarkan baca dahulu intipati dan cari kebenaran. Jangan tahu nak marah kemudian maki-maki. Sia-sia sahaja dapat dosa dengan menyebarkan fitnah serta maki.

Diharap tidak ada orang yang cepat membuat percaya khabar angin yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan rasa marah kepada orang lain atas perkara yang tidak berasas.


Apa sahaja yang keluar dalam media sosial perlu disahkan dan perlu disahihkan terlebih dahulu.

K7L : Fitnah tetap Fitnah..

#LawakPagi - MB Selangor Marah Basuh Kereta Dan Siram Pokok Guna Air Bersih?


 

Dalam pada krisis DAP-PKR di Pulau Pinang dan Sarawak sedang hangat berlaku. Di Selangor lain pula ceritanya. MB Selangor yang kini dalam proses untuk dibuang oleh DAP telah membuat kenyataan lucu.

BANGI – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal dengan tindakan rakyat yang sewenang-wenangnya membasuh kereta dan menyiram pokok menggunakan bekalan air bersih.

Katanya, aktiviti itu sepatutnya menggunakan takungan air hujan yang disimpan oleh mereka, sebelum menjalankan aktiviti tersebut.

“Penduduk kena ingat kos rawat air cukup besar sebab itu kita ambil langkah pro aktif minta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air bersih,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM162 juta setahun hanya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat.

“Tapi saya dapati ramai yang guna air bersih sewenang-wenangnya untuk aktiviti yang sebenarnya boleh gunakan sumber air lain,”katanya.

Mohamed Azmin turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula reka bentuk rumah baharu dibina supaya pemaju membina kemudahan untuk takungan air hujan bagi aktiviti penduduk tersebut. - Sinar

Keris nak tengok MB sendiri takung air hujan yang jarang hujan kat Selangor. Cakap macam tak ada otak. Solusi apa yang dia pakai sebenarnya ni? Ini masalah bila orang kaya bercakap.

Pokok pun dah nak layu sebab kurang hujan dan terlalu panas. Pasal itulah MB sepatutnya luluskan Langat 2 dulu lagi. Ini sibuk sangat dengan projek sendiri yang akhirnya memberi masalah kepada rakyat.

Krisis air yang berlaku ini sebenarnya adalah 'dosa' Kerajaan PKR yang bodoh sombong ketika Kerajaan Persekutuan mahu membantu menyelesaikan masalah tersebut. Sibuk sangat nak itu ini sampai tangguh bukan main lama.

Akhirnya rakyat Selangor sendiri yang dipersalahkan. Siap suruh basuh kereta pakai air hujan dan siram pokok pakai air hujan. Besok lusa suruh basuh baju dan sayur pula pakai air takungan hujan.

K7L : MB suruh anak-anak sendiri buat dulu.. moron...

26/04/2016

Beri Peluang Kepada #TeamAdenan - Manifesto #PRNSarawak #TheAdenanWay



Barisan Nasional (BN) Sarawak mengumumkan manifesto parti bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdnan #theAdnanWay dengan menggariskan 15 perkara utama dalam usahanya mengekalkan kemenangan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei depan. 

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, melancarkan manifesto itu pada satu majlis di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Jalan Bako, di sini sebentar tadi.

BN menjadi parti politik pertama melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri ke-11. Sementara, PKR dan DAP mengumumkan manifestonya bersama disusuli parti pembangkang tempatan termasuk SNAP.

Manifesto BN diterbitkan dalam empat bahasa – Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan bahasa Cina, turut memuatkan perutusan Adenan. Adenan pada sidang media selepas pelancaran menjelaskan manifesto PRN kali ini, mengandungi 53 prinsip dan tindakan, dengan rangkuman kepada dua perkara utama iaitu komitmen sudah dilakukan BN sejak dua tahun lalu serta perancangan untuk masa depan.

Berikut senarai 15 teras utama dalam manifesto PRN BN:

  • Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
  • Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
  • Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
  • Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
  • Melindungi dan memulihara alam semulajadi
  • Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
  • Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
  • Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan
  • Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
  • Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
  • Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
  • Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
  • Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.
K7L : Kenyalangku Gemilang..

PAS Salahkan PKR-DAP Kerana Hantar Calon Di Kerusi N74 Pujut?



Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang hari ini menyalahkan PKR dan DAP diatas pertembungan calon pembangkang di beberapa kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.

Berucap dihadapan para petugas pilihanraya di Dun N74 Pujut hari ini, Hadi menyifatkan PKR dan DAP sengaja mahu menganggu peluang PAS untuk bertanding melawan BN di beberapa kawasan khususnya di Miri.

DAP dan PKR juga dianggap keras kepala kerana sengaja meletakkan calon mereka walaupun sudah tahu PAS mengumumkan akan bertanding disini. Walhal PAS paling awal mencalonkan calonnya di kerusi tersebut. 

Presiden PAS berpendapat DAP-PKR sengaja mahu merosakkan peluang PAS untuk menang di N74 Pujut yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru diantara calon BN, DAP, PAS dan juga Bebas.

Bagus sangat. Semua tuduh menuduh sekarang. Akhirnya kita akan menyaksikan keruntuhan Pakatan dan Pembangkang yang ada di Sarawak. Selepas ini kita akan lihat perpecahan Pakatan pula mungkin.

K7L : Tunggu dan lihat..

PAS Akan Pastikan DAP-PKR-Amanah Kalah Biarpun Beri Kemenangan Kepada BN?


 

PAS kini dilihat sebagai pembangkang solo yang tidak memihak kepada Pakatan DAP-PKR-Amanah. Kini mereka seakan bersedia untuk memberi kemenangan kepada BN asalkan DAP-PKR-Amanah kalah bertanding PRN kali ini.

Apa yang kita tahu sekarang PAS mahu buktikan kepada Pakatan bahawa tanpa PAS, Pakatan hanyalah parti yang tidak mendapat undi lebih. Mereka nak beri signal supaya Pakatan berpecah sahaja lebih baik.

PKR-DAP juga sedang berkonfrontasi dengan masalah-masalah yang masih belum selesai. Kata-kata Amanah yang mahukan PAS kalah teruk tidak menjadi masalah kerana PAS sendiri tahu kemampuan mereka.

Mengikut rekod, pilihan raya negeri ke-10 pada Mac 2011, PAS kalah di kesemua lima kerusi DUN yang ditandinginya. Maka kini mereka datang untuk memastikan PKR-DAP-Amanah juga menerima nasib yang sama.

K7L : PAS aim menang satu sahaja kerusi...

Hati-Hati Naik Eskalator - Tips Bawa Anak Naik Eskalator



Sejak dua menjak ini Keris lihat ada banyak berita tentang kemalangan yang melibatkan eskalator. kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak. Di sini Keris kongsikan tips daripada blog My Life Story Blog :

10 Langkah Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator

  • Sebelum menggunakan eskalator, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh supaya tidak terperangkap di antara alur eskalator.
  • Pastikan anda pegang kuat pemegang tepi eskalator dan sentiasa berpegang tangan dengan anak sepanjang berada di atas eskalator yang bergerak. Larang anak-anak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
  • Pastikan anak tidak bermain, tidak bersandar di tepi atau duduk di atas eskalator yang sedang bergerak.
  • Jangan menggunakan stroller/ kerusi roda ketika berada di atas eskalator. Cuba cari alternatif lain seperti elevator (lif) seboleh mungkin. Terdapat kajian yang dilakukan daripada 13,000 kejadian kanak-kanak yang berkaitan dengan kemalangan menggunakan eskalator, 723 kes adalah melibatkan Stroller. So, sayang anak ke sayang masa? Adalah lebih baik kalau kita luangkan sedikit masa untuk berjalan ke lif untuk menggunakannya sebelum terjadi perkara tak diingini. kan?
  • Mendukung anak ketika menggunakan escalator. Ini adalah lebih baik lebih-lebih lagi kalau anak-anak kita tu masih terlalu kecil dan belum mahir untuk imbangkan badan ketika berada di atas eskalator dan ketika nak keluar dari platform. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kadang-kadang teragak2 bila waktu perlu langkahkan kaki keluar dari eskalator. betul tak? Kalau anak-anak kita berdiri sendiri masa guna eskalator seeloknya masa dah sampai hujung sebelum melangkah tu angkatlah mereka keluar, to be safe.
  • Melangkah ke atas 'comb plate'. comb plate ni yang biasanya terdapat di hujung escalator sebelum melangkah keluar. benda alah ni kalau korang tak tahu sebenarnya merupakan alat keselamatan untuk mengelakkan pengguna berkemungkinan untuk terperangkap di antara jurang langkah dan comb tu. so make sure kita berpijak kat atas tu dan 'mendarat' lah dengan selamat. 
  • Berdiri betul-betul di tengah-tengah eskalator. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator. tidak terlalu ketepi tidak terlalu kedepan atau kebelakang. TENGAH-TENGAH. Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. 
  • Cuba elakkan memakai kasut yang fleksibel. Kajian menunjukkan terdapat Crocs atau jenis kasut yang sama yang boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Jika kedudukan kaki anak anda berada di tepi eskalator, ia boleh menyebabkan geseran dan mendapat risiko untuk kami terperangkap di dalamnya. 
  • Perhatikan keadaan persekitaran sebelum menggunakan eskalator. Kita mungkin aware dengan anak kita tapi kadangkala kita tak perasan dengan orang lain disekeliling.Berhati-hati dengan pengguna-pengguna lain yang mungkin tergesa-gesa menuruni/menaiki eskalator tanpa hiraukan pengguna lain terutama anda yang mempunyai anak kecil. Pengguna-pengguna ini mungkin boleh tertolak anak anda. So sebagai langkah keselamatan seeloknya biarkan ruang tangga yang kosong beberapa langkah sebelum menggunakannya.
  • Perhatikan setiap gerak langkah anak. anak-anak yang masih kecil belum faham apa erti keselamatan so as parent kena selalu peka. Jangan buat benda lain macam tengo HP ke, borak2 ke.. etc. Pastikan anak tak berlari, bermain, duduk atau cuba mengambil objek yang mungkin jatuh ketika berada di atas eskalator. Ini boleh menjadi punca kepada kejadian yang tak diingini
K7L : Nanti sambung cerita PRN Sarawak.. 

MP Tanjong DAP - "Ask PKR Go To Hell"



Kah Kah Kah! Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sudah pun selesai. Apabila kaunter ditutup,
 Barisan Nasional telah pun memenangi 2 kerusi iaitu di N79 Bukit Kota dan N82 Bukit Sari.

Ianya terjadi apabila calon PKR yang telah ditetapkan untuk bertanding tidak hadir sesi penamaan calon. Dikhabarkan atas dasar boikot kepada PKR Pusat dan ingin sabotaj Pakatan di Sarawak.

Umum tahu perebutan kerusi di antara PKR dan DAP memang berlaku walaupun ada beberapa pihak cuba menyembunyikan perkara tersebut dengan mengatakan ianya telah diselesaikan. 


Namun menjelang hari penamaan calon segalanya telah berubah. Dan disebabkan itu juga, macai kesayangan Lim Guan Eng telah memaki hamun PKR di dalam Facebook. DAP kini sudah mula tunjuk rasa marah mereka secara terbuka.

Keris kira mesej yang ingin disampaikan oleh Ng Wei Aik adalah mesej jelas keseluruhan DAP yang kini sedang bertegang urat dengan PKR. Bibit-bibit perpecahan Pakatan bakal dilihat akan berlaku tidak lama lagi. 

PKR akan menjadi lebih risau kerana mereka tidak ada 'steady seat' untuk memastikan mereka kekal berkuasa berbeza dengan DAP yang menguasai Pulau Pinang dan PAS yang memerintah Kelantan.

Realitinya bercakap untuk membentuk Pakatan memang senang tetapi zahirnya parti-parti pembangkang tidak ubah seperti sekawan Dubuk yang berebutkan bangkai yang sama spesis dengannya.

K7L : DAP also go to hell with PKR..

PKR Tak Dapat Sambutan Di Sarawak? Ceramah Dihadiri 25 Orang Sahaja?



PKR sebenarnya tengah susah hati apabila penerimaan rakyat Sarawak terhadap PKR agak dingin termasuk ahli-ahli mereka sendiri. Sebab itu baru-baru ini ceramah umum PKR yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Petra Jaya Kuchin tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Sudahlah penduduk tempatan tidak hadir, ahli PKR yang ada dikawasan itu juga tidak mahu dengar ceramah tersebut kerana merasakan jemputan yang hadir adalah pengkhianat kepada mereka PKR Sarawak.

Maka disebabkan faktor kurang sambutan orang untuk mendengar ceramah umum PKR. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membatalkan kehadiran mereka pada saat-saat akhir, walaupun pada awalnya mereka dijadualkan berceramah di situ.

Keris dapati orang tak datang setelah mereka baca risalah yang diedarkan, terang lagi nyata nama Azmin Ali dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR akan hadir memberikan ceramah.

Kerana tidak mahu menanggung malu maka keduanya tidak hadir ke ceramah tersebut. PKR mampu untuk melawan di Sarawak?

K7L : 25 orang tu ramai... haha..

PAN AKur Kehendak DAP Untuk Lawan PAS Di PRN Sarawak?



Difahamkan Parti Amanah Negara (PAN) telah meletakkan lima calon bertanding calon PAS dalam Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11.
Lima DUN yang menjadi rebutan PAN dan PAS adalah; N29 Beting Maro, N27 Sebuyau, N24 Sadong Jaya, N7 Samariang dan N16 Muara Tuang.

1. N29 Beting Maro – Andri Zulkarnaen Hamden (PAN) lawan Hamidah Mokhtar (PAS)

2. N27 Sebuyau – Andrew Jain (PAN) lawan Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (PAS)

3. N24 Sadong Jaya – Othman Mustapha (PAN) lawan Asan Singkro (PAS)

4. N7 Samariang – Nani Sahari (PAN) lawan Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS)

5. N16 Muara Tuang – Abang Abdul Halil Naili (PAN) lawan Zulkipli Ramzi (PAS).

Calon-calon PAN diumumkan oleh Timbalan Presiden parti itu, Salahuddin Ayub malam ini, sementara calon-calon PAS diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 8 April lalu.

Selain lima calon yang bertindih dengan PAS itu, PAN juga turut meletakkan lapan calon lain iaitu; Mohammad Fidzuan Zaidi (N5 Demak Laut), Rapelson Richard Hamit (N26 Gedong-DUN baharu), Jini Sahini (N40 Kabong-DUN baharu), Sufian Julaihi (N41 Kuala Rajang-nama lama Belawai), Fadillah Sabali (N42 Semop), Ibrahim Bayau (N43 Daro), Kiprawi Sabali (N44 Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (N58 Balingian).

Begitu juga dengan PAS turut meletakkan 6 calon lain iaitu; Jofri Jaraie (N74 Pujut), Mohammad Arifiriazul Paijo (N72 Lambir), Zharudin Narudin (N70 Samalaju-DUN baharu), Kiprawi Aman (N67 Jepak), Clement Bayang (N60 Kakus) dan Zainal Abidin Yet (N4 Pantai Damai).

Di DUN Pujut dan Samalaju, calon PAS telah bertembung dengan calon DAP. Motif PAN sebenarnya adalah untuk memastikan PAS tidak akan menang di kawasan-kawasan yang memang berpotensi untuk dimenangi oleh PAS.

Dalam masa yang sama PAN juga mencuba nasib di beberapa kerusi yang belum tentu mereka menang. Pertembungan dengan PKR juga sebenarnya dirancang oleh DAP untuk menyekat PKR daripada memiliki banyak kerusi.

Kini DAP-PAN-PKR telah kalah secara moral apabila mereka saling menikam antara satu sama lain pada hari penamaan calon. Inikah parti yang ingin rakyat pilih? 

K7L : Undilah Barisan Nasional...

25/04/2016

Senarai Penuh Pencalonan #PRNSarawak Ke-11 #TeamAdenan #KenyalangkuGemilang



SENARAI PENUH PENCALONAN UNTUK PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE - 11

N.1 OPAR

1. Ranum Mina - Calon langsung BN
2. Francis Teron Kadap (PKR),
3. Partick Anek Uren (PBDS)
4. Niponi Undek (Bebas)


N.2 TASIK BIRU

1. Henry Harry Jinep (SPDP)
2. Mordi anak Bimol (DAP)
3. Johnson Bilok (DNP)


N.3 TANJUNG DATU

1. Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB).
2. Jazolkipli Numan (PKR)


N.4 PANTAI DAMAI

1. Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi (PBB)
2. Zainal Abidin Bin Yet (PAS)


N.5 DEMAK LAUT

1. Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB)
2. Mohammad Fidzuan Zaidi (Amanah)


N.6 TUPONG

1. Fazzruddin Abdul Rahman (PBB)
2. Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR)


N.7 SEMARIANG

1. Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB)
2. Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (PAS)
3. Nani binti Sahari (Amanah)

N.8 SATOK

1. Datuk Amar Abang Johari (PBB)
2. Mohamed Salleh Shawkatali (PKR)


N.9 PADUNGAN

1. Peter Pau (SUPP)
2. Teo Kuang Kim (Star)
3. Wong King Wei (DAP),

N.10 PENDING

1. Milton Foo Tiang Wee (SUPP)
2. Violet Yong Wui (DAP)


N.11 BATU LINTANG
1. Sih Hua Tong (SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Lina Soo (Star)


N.12 KOTA SENTOSA

1. Wilfred Yap Yau Shin (SUPP)
2. Chong Chieng Jen (DAP)


N.13 BATU KITANG

1. Lo Khere Chiang (SUPP)
2. Voon Shiak Ni (PKR)
3. Abdul Aziz Isa (DAP)
4. Sulaiman Kadir (Bebas)
5. Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)


N.14 BATU KAWAH

1. Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP)
2. Christina Chiew Wang See (DAP)
3. Liu Thian Leong (Bebas)


N.15 ASAJAYA

1. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
2. Abang Junaidi Abang Gom (PKR)


N.16 MUARA TUANG

1. Datuk Idris Budang (PBB)
2. Zulkipli Bin Ramzi (PAS)
3. Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah)


N.17 STAKAN

1. Dato Sri Haji Mohamad Ali Mahmud (PBB)
2. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
3. Jatan Pangau Abas (DNP)


N.18 SEREMBU

1. Miro Simuh (Calon langsung (PBB)
2. Athina Klaywa Sim (PKR)
3. Buln Ribos (Star)
4. Ressa Billie (DNP)


N.19 MAMBONG

1. Datuk Dr Jerip Susil (UPP Calon langsung)
2. Willie Mongin (PKR)
3. Sanjan Daik (DAP)
4. John Sireg (DNP)

N.20 TARAT

1. Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB)
2. Musa anak Ngog (PKR)
3. Jospin (DNP)


N.21 TEBEDU

1. Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong (PBB)
2. Mark Barau (DAP)
3. Alex Saben Nipong @ Nyipong (PKR)


N.22 KEDUP

1. Martin Ben (PBB)
2. Andrew Nyaie (DAP)
3. Mark Murau (PBDS Baru)


N.23 BUKIT SEMUNJA

1. John Ak Ilus Calon Langsung- (PBB)
2. Andrew Edward Luwak (DAP)
3. Cobbold John (PBDS Baharu)
4. Johny Bob (Star)
5. Fredrick Bayoi Manggie (Bebas


N. 24 SADONG JAYA

1. Ir. Aidel Lariwoo (PBB)
2. Asan Bin Singkro, 63, (PAS)
3. Othman Bin Mustapha (Amanah)


N.25 SIMUNJAN

1. Awla Dris (PBB)
2. Petrius Lagan (DNP)
3. Jamilah Baharuddin (PKR)

N.26 GEDONG

1. Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB)
2. Rapelson Richard Hamit (Amanah)


N.27 SEBUYAU

1. Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB),
2. Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS)
3. Andrew Anak Jain (Amanah)


N.28 LINGGA

1. Simoi Haji Peri (PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
3. Dato Wan Abdillah Edruce (Bebas)


N.29 BETING MARO

1. Razaili Haji Gapor (PBB)
2. Hamidah Binti Mokhtar (PAS)
3. Andri Zulkarnean Hamden (Amanah)


N.30 BALAI RINGIN

1. Snowdan Lawan (PRS)
2. Nicholas Mujah Ason (PKR)
3. Sentosa Imam (Bebas)
4. Pok ak Ungkot (PBDA Baharu)


N.31 BUKIT BEGUNAN

1. Datuk Mong Dagang (PRS)
2. Juperi Atak (PKR)


N.32 SIMANGGANG

1. Datuk Francis Harden Holis (SUPP)
2. Norina Umoi Utot (PKR)
3. Datuk Dr Ngu Piew Seng (Bebas)
4. Leon Jimat Donald (DAP)


N.33 ENGKILILI

1. Dr. Johnical Rayong Ngipa (UPP Calon Langsung)
2. Nicholas Bawin ak Anggat(PKR)
3. Adan Sandom (Bebas)
4. Dr Ridi Bauk (Bebas)


N.34 BATANG AI

1. Malcom Mussem Lamoh (PRS)
2. Kolien Liong (PKR)


N.35 SARIBAS

1. Mohamad Radzi Sitam (PBB)
2. Yakup Daud (PKR)


N.36 LAYAR

1. Gerald Rentap Jabu (PBB)
2. Vernon Aji Kedit (PKR)
3. James Stanley Mikai (DNP)


N.37 BUKIT SABAN

1. YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
2. Noel Changgai Bucking (PKR)


N.38 KALAKA

1. Datuk Wahab Aziz (PBB)
2. Jemat Panjang (PKR)


N.39 KRIAN

1. Kilat Beriak (SPDP)
2. Ali Biju (PKR)
3. Polycarp Danson (DNP)


N.40 KABONG

1. Mohamad Chee Kadir (PBB)
2. Novert Sullang (DNP)
3. Jini Bin Sahini (Amanah)


N.41 KUALA RAJANG

1. Datu Haji Len Talif Salleh (PBB)
2. Sufian Bin Julaihi (Amanah)


N.42 SEMOP

1. Abdullah Haji Saidol (PBB)
2. Fadillah Bin Sabali (Amanah)


N.43 DARO

1. Shafiee Hj. Ahmad (PBB)
2. Ibrahim Bayau (Amanah)


N.44 JEMORENG

1. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB)
2. Dolah bin Shahminan (Bebas)
3. Kiprawi Bin Suhaili (Amanah)


N.45 REPOK

1. Dato Sri Huang Tiong Sii (UPP calon langsung)
2. Yong Siew Wei (DAP)
3. Wong Ching King, 50 (Bebas - Keluar DAP)


N.46 MERADONG

1. Ding Kuong Hiing (SUPP)
2. Ting Tze Fui (F) (DAP)


N.47 PAKAN

1. Tan Sri William Mawan (Calon Langsung BN)
2. Rinda Juliza Alexander (DAP)
3. Dr Jawie Jingot (Bebas)


N.48 MELUAN

1. Rolland Duat (SPDP)
2. Semana Sawang (PKR)
3. Jerry Clement (Bebas)
4. Elly Lawai Ngalai (Bebas)


N.49 NGEMAH

1. Alexander Vincent (PRS)
2. Thomas Laja (PKR)
3. Richard anak Lias (DAP)
4. Matthew Mudai (DNP)


N.50 MACHAN

1. Allen Siden Gramong (PBB)
2. George Chen Nguk Fa (PKR)
3. Playmond Raynold (DNP)


N.51 BUKIT ASSEK

1. Chieng Buong Toon (SUPP)
2. Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
3. Moh Hiong Kiong (Star)
4. Lina Kujak (DNP)


N.52 DUDONG

1. Datuk Tiong Thai King (UPP calon langsung)
2. Yap Hoi Liong (DAP)
3. Casper Kayong Umping (Bebas)
4. Dr Benny Lee (Bebas)
5. Mary Tiong Yiik Hong (Star)


N.53 BAWANG ASSAN

1. Datuk Sri Wong Soon Koh, (Calon langsung)
2. Wong Sing Wei (Star)
3. Chiew Sung Ngie (DAP)
4. Watson Bangau Ak Jonathan Renang (Bebas)
5. Yeu Bang Keng (Bebas)


N.54 PELAWAN

1. Datuk Janet Lau (UPP calon langsung)
2. Priscilla Lau (Star),
3. David Wong (DAP)


N.55 NANGKA

1. Dr. Haji Annuar Rapaee (PBB)
2. Abdul Raafidin Majidi (PKR)
3. Simon Tiong (Star)


N.56 DALAT

1. Datuk Hajah Fatimah Abdullah (PBB)
2. Sim Eng Hua (PKR)


N.57 TELLIAN

1. Yussibnosh Balo (PBB)
2. Asinii @ Hasni bin Yahya (PKR)


N.58 BALINGIAN

1. Abdul Yakub Arbi (PBB)
2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)


N.59 TAMIN

1. Christoper Gira, 45 (PRS)
2. Simon Joseph Usau (PKR)


N.60 KAKUS

1. Datuk John Sikie (PRS)
2. Clement Bayang (PAS)
3. Joshua Jabing @ Jabeng (PKR)
4. Anthony Ejau (DNP)


N.61 PELAGUS

1. Wilson Nyambong (PRS)
2. Yong Sibat (Bebas)
3. Frankie Bedindang (DAP)


N.62 KATIBAS

1. Ambrose Blikau
2. Paren Nyawi (DAP)
3. Munan Laja (SWP)
4. John Esot (DNP)


N.63 BUKIT GORAM

1. Jefferson Jamit anak Unyat (PBB)
2. Larry anak Asap (DAP)
3. Rentap Salau (DNP)


N.64 BALEH

1. Tan Sri James Jemut Masing (PRS)
2. Agong Linsong (DAP)


N.65 BELAGA

1. Liwan Lagang (PRS)
2. Alex Lihan (DAP)


N.66 MURUM

1. Chuk Pai Ugon  (PRS)
2. Abun Sui Anyit (PKR)
3. Kenneth Adan Silek (DAP)

N.67 JEPAK

1. Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB),
2. Kiprawi Bin Aman (PAS)
3. Abdul Jalil Bujang (PKR)
4. Jok Padan (DNP)


N.68 TANJONG BATU

1. Datuk Pau Chiong Ung (SUPP)
2. Chiew Chiu Sing (DAP)


N.69 KEMENA

1. Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB)
2. Leighton Manjah (DAP)


N.70 SAMALAJU

1. Majang Renggie (PRS)
2. Engr. Zharudin bin Narudin (PAS)
3. Michael Lias (Bebas)
4. Baba Emperan (DAP)


N.71 BEKENU

1. Rosey Yunus (Calon Langsung, Teras )
2. Bill Kayong (PKR)
3. Peter Jilin (Bebas)
4. Austin Sigi Melu (Bebas)


N.72 LAMBIR

1. Ripin Haji Lamat (PBB)
2. Mohammad Arifiriazul Bin Paijo (PAS)
3. Mohdak Ismail (PKR)
4. Attak Lee (Bebas)


N.73 PIASAU

1. Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew (SUPP)
2. Alan Ling Sie Kiong (DAP)


N.74 PUJUT

1. Datuk Hii King Chiong (UPP calon langsung)
2. Jofri Haji Jaraiee (PAS)
3. Fong Pau Teck (Bebas)
4. Dr Ting Tiong Choon (DAP)


N.75 SENADIN

1. Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
2. Dr Bob Baru Langup (DAP)
3. Steve Teo (PKR)
4. Bill Kayong (DNP)


N.76 MARUDI

1. Datu Dr Penguang Manggil (SPDP)
2. Elia Bit (PKR)
3. Louis Jalang (BEBAS)


N.77 TELANG USAN

1. Dennis Ngau (PBB)
2. Roland Engan (PKR)


N.78 MULU

1. Gerawat Gala- Calon Langsung (PBB)
2. Paul Baya (PKR)
3. Paul Raja (DAP)


N.79 BUKIT KOTA

1. Dr Haji Abdul Rahman Ismail (PBB)


N.80 BATU DANAU

1. Paulus Palu Gumbang (Teras) - Calon langsung
2. Nick Nabau (DNP),


N.81 BA’KELALAN

1. Willie Liau (SPDP)
2. Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)


N.82 BUKIT SARI

1. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)

K7L : Kenyalangku Gemilang..

Perang Berebut Kerusi Sarawak Buatkan Azmin-Guan Eng Makin Tarik Muka?



Plastik! Itulah hubungan DAP-PKR. Kalau mereka berjumpa nampak macam tak ada masalah namun sebenarnya mereka sedang melawan antara satu sama lain. Tapi dek kerana nak kekalkan kuasa maka masing-masing jadi hipokrit.

Namun di Sarawak tak sama macam di Semenanjung. DAP Sarawak yang dipimpin oleh anak buah kesayangan Guan Eng cuba nak buat kepala sama macam Guan Eng. Cubaan menjadi Tokong di Sarawak.

Namun Baru Bian yang merupakan orang kanan Azmin Ali pula tak bodoh macam Presiden PKR mereka. Sebab itulah mereka lawan juga DAP. Guan Eng nak kata dia rasa tertipu namun sebenarnya mereka yang menipu PKR.

Mereka awal-awal dah standby calon dengan wang pertaruhan semua. Ini semua drama poyo. Mereka awal-awal lagi sudah merancang untuk melawan PKR. Sebab itu Azmin kata 'malang'. 

Dia sendiri dah biasa dengan taktik jahat DAP yang hanya mahukan kuasa sehingga sanggup 'bunuh' kawan-kawan sendiri.

K7L : Never trust DAP or PKR.. both are stupid..

PKR Langgar Janji Punca DAP Hantar Calon Di Batu Kitang?



Hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menamakan calon masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang. Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.

DAP akhirnya telah menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni. Menurut maklumat, Abdul Aziz pada asalnya dikatakan akan bertanding di kerusi Stakan.

BN pula meletakkan Lo Khere Chiang (SUPP) sebagai calon. Selain itu Sulaiman Kadir, bekas pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur dan Datuk Seri Othman Bojeng, 59, yang juga ahli perniagaan telah bertanding di atas kerusi bebas.

Alasan yang diguna pakai oleh DAP untuk menghalalkan Aziz bertanding di Batu Kitang adalah dengan mesej PKR didapati telah melanggar perjanjian yang merek abuat sebelum ini bagi pembahagian kerusi diantara Pakatan Harapan Palsu itu. 

PKR dituduh tidak mempunyai integriti dan disebabkan itu Aziz 'diarahkan' untuk bertanding di Batu Kitang bagi memastikan PKR kalah di kerusi tersebut. Tetapi drama ini sebenarnya seperti dirancang oleh DAP.

Mereka sudah awal-awal lagi 'standby' Aziz untuk bertanding di Batu Kitang. Tak percaya? Takkan cepat betul mereka cari saksi dan sebagainya? Persoalannya sekarang, siapa tikam siapa?

K7L : PKR-DAP bakal berpecah tidak lama lagi?...

Perjanjian Pakatan Harapan Lebur Dan Jadi Sampah Di Sarawak?



Apa sebenarnya makna perjanjian kepada PKR-DAP-Amanah bagi pembahagian kerusi di Sarawak? DAP yang pada awalnya mengumumkan ingin bertanding hanya 29 kerusi akhirnya menambah dua kerusi pada saat akhir dan bertembung dengan PKR.

Begitu juga dengan PKR Sarawak di bawah pimpinan Baru Bian yang sememangnya tida bersetuju dengan janji yang dibuat PKR Sarawak, turut meletakkan calon di beberapa kawasan untuk bertembung dengan DAP mahupun Amanah.

Ini terjadi apabila mereka merasakan kerusi tersebut adalah kerusi boleh menang bagi DAP-PKR-Amanah. Akhirnya 5 kerusi menyaksikan pertembungan DAP-PKR dan PKR-Amanah.

Berikut adalah sebahagian kerusi yang membuat perhitungan melawan sesama sendiri di Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 tahun ini :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP

2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP

3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS

4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP

5. Murum N.66 - PKR vs DAP

6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP

7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP

8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP

9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH

10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH

11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH

12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS

13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR

14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP

15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH

16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

 

Apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan? Perjanjian yang mereka meterai sebelum ini hanyalah sandiwara politik. Di Semenanjung juga begitu, semua nak menang dan bertanding kawasan-kawasan tertentu.

Kini mereka hanyalah satu Pakatan Sampah!

K7L : Nak tengok PKR lawan DAP di Seputeh..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk