09/05/2018

#DosaDosaMahathir - Siri 5 - Siapa Yang Terus Kaya? #SinsOfMahathir


Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003.

Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

Apapun Mahathir belum senang kerana kes Forex Bank Negara rugi AS 10 bilion adalah seterusnya bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.


Sumber : Captain M

Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Barisan Nasional













Sebelum Mengundi Wajib Lihat Semua Video Mahathir Ini!

















Bukti Kukuh, Satu Undi Untuk PKR = Satu Undi Untuk DAP



"One vote for PKR = 1 Vote for DAP"

Ini kalau orang Melayu tak faham juga tak tahulah. DAP yang kini sedang menunggang Mahathir dan logo PKR untuk tipu orang Melayu. Bayangkan muka Cauvinis DAP atau Melayu DAP pada bahan promosi kempen membuatkan rakyat keliru DAP atau PKR.

Berbeza dengan calon daripada MCA dan Gerakan yang memang umum tahu menghormati keharmonian negara. Dek kerana itu DAP memilih untuk menunggang logo PKR bagi mendapat undi orang Melayu yang keliru.

Sebab itu boleh Keris katakan hari ini kita jangan sesekali undi logo PKR kerana kita tahi satu undi kepada mereka beerti memberi kemenangan kepada perosak keharmonian negara yang bernama DAP..

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 4 - Berbelanja Lebih 

#MalaysiaOkayLer



Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.

Episod 4: Berbelanja Lebih



 

#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!


08/05/2018

Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Dia 'Jalan'?



Nga Kor Ming adalah calon Ahli Parlimen Teluk Intan dan dijanjikan Menteri oleh Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng, jika Pakatan Harapan memerintah.

Lihatlah sendiri kerjasama DAP dan PPBM. Hanya untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan merampas kuasa. Selepas menang Nga Kor Ming kata Mahathir boleh join Lee Kuan Yew main mahjong. Buat masa sekarang, kata Nga Kor Ming, Mahathir jangan mampos dulu.


Kerjasama politik disebabkan kebencian tidak akan bertahan. Tiada idealisme yang mengikat antara mereka. Kalau Nga Ming boleh mempersendakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, adakah anda rasa beliau akan hormat kepada pengundi marhaen. Tepuk dada tanya akal.

Sumber :  CTS

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 3 - Kadar Jenayah 

#MalaysiaOkayLer


Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.



Episod 3: Kadar Jenayah








 

#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!


Beza Zaman Mahathir vs Zaman Najib - #RinduZamanTun



BEZA ZAMAN MAHATHIR DAN ZAMAN NAJIB 

 PTPTN 
-Mahathir: interest 4%
-Najib : Interest 1%

*Zaman najib maintain bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai ptptn sekaligus dapat diskaun 20%

 TOL 
-Mahathir: Tol naik 5% setiap 3 tahun
-Najib : Pembinaan highway pan borneo, highway KL-Kelantan melalui merapoh, highway bertingkat rawang semua bebas tol.

 PENGANGKUTAN AWAM 
-Mahathir : Tambang ERL naik 10% setiap 5 tahun.
-Najib : kerajaan beri subsidi untuk  tambang MRT.

 ISA 
-Mahathir : 1200 orang ditahan bawah ISA
-Najib : Hapus ISA

 HUTANG NEGARA 
-Mahathir: 103%
-Najib: 54%

 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 
-Mahatir: Menghentikan pembinaan LPT bila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan
-Najib: Meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan. Juga membina highway Kota Bharu-Kuala Krai walau diperintah pembangkang.

 CUKAI BARANGAN 
-Mahathir: SST 5% 10% 20%
-Najib: GST 6%

 YURAN SEKOLAH 
-Mahathir: Ada yuran sekolah
-Najib: Yuran sekolah dihapuskan

 BANTUAN SEKOLAH 
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM100

 BUKU TEKS SEKOLAH 
-Mahathir: Bergantung kepada pendapatan ibubapa. Ada pelajar perlu beli buku teks.
-Najib: Semua pelajar dapat buku teks secara percuma.

 BR1M 
-MAHATHIR: Tiada
-Najib: Ada, sehingga RM2000

 VOUCER BUKU UNTUK MAHASISWA 
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM250

 KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA 
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bot dan bas

 KLINIK 1MALAYSIA 
-Mahathir: Tiada
-Najib : Ada, bayaran RM1.

 GAJI MINIMUM 
-Mahathir: Tiada
-Najib: Ada, RM1000

 BAKI SIMPANAN PETRONAS 
Mahathir: RM30 bilion
Najib: RM128 bilion

 KENAIKN PENCEN 
Mahathir: Tiada
Najib: Ada, 2% setiap tahun.

 RUMAH PENJAWAT AWAM Mahathir:Tiada
Najib: Ada, Rumah penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M)

 RUMAH UNTUK RAKYAT 
Mahathir:PPRT
Najib:PPRT, SPNB (gaji bwh RM3000 & ada tanah, kerajaan subsidi RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 keatas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000)

 TAJA RAKYAT TUNAI HAJI 
Mahathir: Tiada
Najib : Ada, 1000 orang ditaja tunai haji setiap tahun secara percuma.

 BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 
Mahathir :Tiada
Najib : Ada, RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah.

 SKIM ELAUN SARA HIDUP NELAYAN 
Mahathir : Tiada
Najib : Ada, RM300 sebulan.

#DosaDosaMahathir - Siri 4 - Skandal PKFZ #SinsOfMahathir


SKANDAL PKFZ- LING LIONG SIK  DIKAMBING HITAMKAN


Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

Apakah pertuduhannya? untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata

"Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

Apa jadi pada Skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhanpada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum saja.

Sumber : Captain M

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 2 - Kosa Sara Hidup 

#MalaysiaOkayLer



Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.


Episod 2: Kos Sara Hidup












#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!


07/05/2018

Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu Fitnah? #TsunamiPHitnah



Seorang ahli DAP seumur hidup, yang juga anggota propaganda parti itu semalam mendedahkan DAP akan menggunakan kaedah menyebarkan propaganda JAHAT, PALSU yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada PRU14 ini.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat, merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad. Dedah Amran, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.

K7L : Sangat terdesak puak DAP...

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 1 - Public Transport 

#MalaysiaOkayLer



Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.




Episod 1: Pengangkutan Awam





 

#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!


Video Perbualan KJ Dengan DS Najib - Buatkan Mahathir Meroyan?



Entah kenapa ketika scene YB KJ dan DS Najib Razak bersembang ini betul-betul masuk ke dalam kalbu. Ucapan dan rintihan ini amta benar sekali. Fitnah jadi makanan mereka yang menjual harapan palsu.

Tanpa sokongan padu dan pemahaman yang jitu daripada rakyat, tidak mampu kita secara bersama membina negara yang maju dan makmur. Ketahuilah bahawa Malaysia semakin maju.

Apapun hayati video itu sedalam-dalamnya. Boleh lihat video penuh yang penuh dengan kiasan.


K7L : BN Mesti Menang!..

Suara Anak Sri Gading! - Pakatan Harapan Johor Mengamuk Pasal Ini? @AKaprawi



Saksikan klip video Suara Anak Sri Gading yang menceritakan kepesatan pembangunan dan kemajuan Sri Gading sejak 10 tahun lalu serta kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Kerajaan menjadi kebanggaan kepada Anak Sri Gading.



#HebatkanNegaraku

#BersamaBN

#SriGadingSatuBarisan

 

Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?



Salah satu segmen belia yang amat dekat dengan hati saya adalah anak-anak muda dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang pastinya mempunyai cabaran tersendiri dalam mengejar impian masing-masing.

Tugas dan tanggungjawab saya selaku bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini membolehkan saya memerhatikan dengan lebih dekat bagaimana hebatnya usaha seseorang atlet OKU itu untuk berjaya, namun diberi perhatian dan dibantu oleh sistem di bawah Majlis Paralimpik Malaysia dan sebagainya. Itu merupakan saluran yang baik buat atlet OKU dalam mengembangkan bakat dan karier masing-masing.

Namun selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) saya percaya para belia OKU boleh turut cemerlang bukan sahaja dalam sukan, malah bidang seperti keusahawanan dan sebagainya.

Oleh itu, manifesto Jaminan Orang Muda BN melalui jaminan ketujuh komited untuk memberi peluang bukan sahaja buat OKU malahan belia dari semua segmen yang ada di negara ini.

Selain inisiatif memudah cara belia OKU ke dalam pekerjaan dan latihan arus perdana, BN akan memastikan peluang akan disediakan buat belia Orang Asli untuk terlibat dalam syarikat berkaitan industri hijau.

Inisiatif lain termasuk memadankan lepasan sekolah pondok dengan syarikat industri halal dan memberi peluang kedua kepada bekas pesalah juvana, bekas penagih, ibu tunggal remaja dan gelandangan agar mereka turut berpeluang untuk membina masa depan yang cerah.

Layari https://www.barisannasional.org.my/manif…/jaminan-orang-mudauntuk maklumat lanjut berhubung Jaminan dan Inisiatif JOM yang menanti anda.

Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda!

#JomBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku


06/05/2018

#DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #SinsOfMahathir


SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG

Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.


Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

Mahathir si pemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.

Sumber : Captain M

Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?



Siapakah sebenarnya individu bernama Abdul Hamid yang tiba-tiba muncul dan mendapat perhatian luar biasa pada hari ini, terutama sekali daripada pihak DAP?

Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Negeri Perak merangkap Setiausaha Politik bekas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming segera menggunakan isu yang dibangkitkan itu dengan membawanya ke pengetahuan SPRM menerusi laporan yang dibuat kepada pihak Polis.

Dalam kenyataan medianya, Chong Zhemin berkata laporan SPRM itu dibuat kerana dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid bahawa Tun Mahathir menyerang DS Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa masuk dana berjumlah RM1.194 Trilion ke Malaysia, sekaligus menjadikan Mahathir secara tidak rasmi merupakan orang yang terkaya di dunia.

"Bekas rakan karib Tun Mahathir, Abdul Hamid mendakwa, antara alasan yang menyebabkan Mahathir menyerang Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan wang berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa, Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani dokumen penting yang membolehkan dana tersebut dibawa masuk.

"Seandainya pendedahan tersebut adalah benar, ianya amat memeranjatkan dan telah memecahkan tiga rekod dunia sekaligus.

"Pertama, dengan RM1.194 Trilion (USD279 bilion), akan menjadikan Mahathir sebagai orang yang terkaya di dunia, di mana nilai kekayaan bersihnya akan menjadi 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada orang terkaya di dunia menurut Forbes 2015 yang hanya memiliki USD79.2 bilion.

"Kedua, dengan RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir itu, akan menjadikan dia satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan terkumpul bersamaan dengan 4.47 kali ganda berbanding dengan belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam belanjawan 2016 adalah RM267 Bilion sahaja.

"Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan luar biasa yang boleh membayar keseluruhan hutang luar negara Malaysia. Hutang luar negara sekarang ini adalah berjumlah RM740.7 Billion.

"Mahathir perlu menjelaskan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa tersebut yang merupakan 3.5 kali ganda berbanding dengan kekayaan bersih Bill Gates, 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara dan 1.6 kali ganda berbanding hutang luar negara Malaysia. Dia perlu menjelaskan dari mana sumber kewangannya dan juga jumlah cukai yang telah dibayar daripada kekayaan luar biasa itu.

"DAP Perak hari ini telah membuat laporan rasmi di SPRM Ipoh ke atas Tun Mahathir berdasarkan dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya menggesa, SPRM untuk melakukan siasatan forensik sekiranya RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir adalah secara haram dan tidak sah, juga mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang salahguna kuasa dan salah laku." - Chong Zhemin.

Nota Kaki: Sebahagiannya mungkin merupakan DUIT Notes RM1,000 dan RM500 yang pernah diterbitkan oleh BNM di zaman Tun Mahathir yang dikatakan tersimpan di Bank of Swiss, juga di bank di Macau. Ia kini telah menjadi notes yang tidak sah kerana telah dibatalkan.

Pergeseran TM dan DSN bermula apabila DSN tidak mahu endorsed Mukhriz selaku Naib Presiden UMNO. Sebaliknya menyokong DsAZH, H2O dan SA untuk jawatan tertinggi parti.

TM kemudian menggunakan Muhyiddin, SR dan WSJ untuk serang DSN.. STRATEGI YANG DIGUNA ADALAH PEMBUNUHAN.KAREKTOR. Mahathit kemudian bersekongkol dengan Muhyiddin dan Shafie Afdal dengan menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam dan batu loncatan untuk mendesak dan menjatuhkan Najib.

Apabila Mukhriz tersingkir sebagai MB Kedah.. TM mula menyerang DSN secara terbuka. Percubaan untuk kemuka usul UNDI TIDAK PERCAYA di PAU2016 dan PAU2017 telah gagal. DSN dan DSAZH kekal jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding. Ekoran itu Pemilehan MT, Bahagian dan Cawangan ditangguh sehingga 9 April 2019, menutup ketat sebarang peluang Mukhriz untuk menjadi Presiden. So TM memutuskan untuk menubuhkan PPBM. Dia ingat semua ahli UMNO akan ikut dia keluar parti tetapi tidak. Akhirnya beliau terpaksa bersekongkol dengan PKR dan DAP.

K7L : Madey End..

04/05/2018

Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS Cukup-Cukup Ya?



"Bukan mati syahid, tapi mati katak". Disambut dengan gelak tawa hadirin. Ucapan Mahathir di Lembah Pantai malam semalam. Allahuakbar.

"Sungguh, saya cukup terkesan dengan gurauan Tun walaupun saya bukanlah saudara mara mangsa Memali. Tapi itu sudah melampau Tun." - Hamidi Zamri


Entahlah apa yang merasuk Mahathir. Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan dan mula tunjuk belangnya yang sebenar. Masih lagi nak jadi Perdana Menteri pada umur 93 tahun.

Ini semua hilang akal punya kerja.

K7L : Apapun tak boleh..

#DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir




Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 


BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNBmalah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.


Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. 


BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!


Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. 


Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.

Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!




Sumber : Captain M

Haji Hadi Sindir Pakatan Harapan - Mahathir Melompat Teruk?



Soalan yang cuba menimbulkan suasana hangat akhirnya menjadi pecah perut apabila Haji Hadi menjawab soalan berkenaan Rafidah Aziz, Tun Daim dan Rais Yatim yang dilihat berkempen untuk Pakatan Harapan.

Dengan tenang Haji Hadi jawab "Itu menunjukkan Pakatan sangat terdesak sampai orang dah bersara pun dikerah bantu kempen". Ini realiti PPBM dan Pakatan Harapan yang sudah tidak ada tokoh untuk mereka minta tolong.

Sebab itu semua yang pernah 'merasa' zaman Mahathir dipaksa lawan Barisan Nasional yang selama ini memberi ruang dan peluang untuk mereka menjadi wakil rakyat.

K7L : Terdesak sangat...

Lepas Cerita Jet Rosak Tidak Menjadi, Datang Pula Surat Rayuan Minta Simpati



Sesudah cerita jet rosak, jet kononnya kena sabotaj tidak menjadi datanglah pula surat rayuan untuk tagih undi dan simpati. Surat rayuan yang ditulis Mahathir itu diedar pada penduduk Langkawi bertarikh 26 April 2018. 

Dalam perenggan pertama surat itu, Mahathir berkata kena pilih wakil rakyat yang boleh bela nasib rakyat. Ya, kalau hendak wakil rakyat yang begitu kena undi wakil rakyat yang sedia ada yang boleh angkat panggilan telefon jam 1.00 pagi untuk membantu penduduk Langkawi. 

Kalau pilih Mahathir, bantuan akan lambat sampai kerana Mahathir kena naik jet peribadi dulu dari Kuala Lumpur. Kalau ada "terkejut tergempaq" hendak minta tolong malam malam, susah. 

Kemudian Mahathir tulis lagi tentang kesetiaan orang Langkawi pada Barisan Nasional. Ya, orang Langkawi tidak seperti Mahathir yang tiada prinsip dan sanggup menjadi kuda DAP hanya semata mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan BN. 

Dalam perenggan ke-7, Mahathir kata dia mewakili PPBM yang diharamkan, kononnya PPBM itu haram kerana salah ROS. Padahal satu Malaysia tahu, PPBM diharamkan kerana gagal buat mesyuarat cawangan dan bahagian. 

Mahathir hendak putar belit cerita pasal PPBM ini dan hendak bangkit kebencian rakyat pada kerajaan BN. Padahal, semua tahu kucar kacirnya PPBM, ramai keluar parti dan protes marah pada Mahathir. Orang Langkawi kena tanya Ainina mengenai PPBM, dia tahu kisahnya. 

Dalam mukasurat kedua surat, akhirnya Mahathir mengaku juga UMNO yang berjasa memajukan Langkawi. UMNO yang naikkan Mahathir jadi PM, Mahathir kini lupa jasa UMNO kepadanya.

Mahathir kini bukan lagi Mahathir yang dulu lagi. Mahathir kini sudah bersahabat dengan DAP. Parti yang orang Melayu tahu dan kenal sangat apa dosa dosa parti itu pada bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Mahathir sendiri yang bercerita dulu DAP adalah parti rasis dan chauvinis. 

Kini orang yang digelar "hantu no. 1" oleh DAP itu telah menjadi alat bagi DAP. Alat bagi mengumpan dan memecah belah undi Melayu. Mahathir kata UMNO rosak tetapi yang rosak teruk sebenarnya adalah Mahathir sendiri. 

Rosak teruk kerana sanggup jilat balik ludah lama. Sanggup guna logo mata lebam yang diasaskan oleh orang yang dia panggil peliwat dulu. Mahathir sudah tiada prinsip, gadai semuanya demi mengejar kuasa. 

Dulu Mahathir kata DAP macam macam, kini Mahathir peluk cium balik DAP. Lihat video Sini. 

Kerosakan berterusan akan berlaku di negara ini kalau orang Melayu undi PKR, undi kuda kuda DAP seperti Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Tengku Zulpuri, Nik Omar dan Rara. 

Rosak dan lingkup habis KWSP, PNB, Mara, Tabung Haji kalau DAP yang memerintah. Mahathir mana ada kuasa, yang berkuasa adalah DAP. Sebab itulah Guan Eng sudah lantik tiga orang ahli parlimen DAP jadi menteri tanpa merujuk Mahathir pun. 

9 Mei ini adalah usaha terakhir DAP untuk pergunakan Melayu. Dengar apa Ustaz Kazim sebut dalam video Sini

Jangan sesekali bagi peluang pada DAP. Jangan terperangkap dengan surat simpati dan pelbagai lagi drama simpati DAP. Lingkup habis negara ini dikerjakan DAP. Ingat kena #BersamaBN #HebatkanNegaraku


Syed Saddiq Calon Paling Sengal Dalam Sejarah? - Benda Ada Katanya Tiada!



Jangan terdesak sangat. Buat point tanpa fakta itu bukanlah petanda layak menjadi seorang wakil rakyat. Ya memang benar nampak hebat sebab muda dah bertanding. Tapi kalau nak calon muda carilah seperti Shahril Hamdan, muda segar berwawasan.

Dengar sendiri bagaimana dia kena sekolah dengan Calon BN untuk Parlimen Kuala Langat

 

K7L : Talking about Harapan but ain't selling any harapan..

03/05/2018

Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #TsunamiPhitnah





Rupa-rupanya potong gambar Tun Mahathir adalah dirancang oleh DAP sendiri. Bila dah potong, mereka BUAT-BUAT KECOH kononnya petugas SPR buat tindakan tidak wajar.

Inilah Liew Chin Tong, pemimpin DAP yang dijanjikan jawatan MENTERI.


K7L : Terdesak...

Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangkang!



Hari ini bukan main galak lagi pemimpin PH bercakap hendak hapus GST kalau mereka berkuasa di Putrajaya. Seolah olah esok mansuh GST, esok juga harga barang akan turun. 

Harga barang tidak akan turun. "Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, adakah anda merasakan harga barang akan turun? Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, harga barang nak turun ke tidak? 

Saya tidak merasakan itu akan terjadi" ini ulasan yang diberikan oleh Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd. Aziz Abu Bakar. Baca kenyataan penuhnya Klik SINI

Jadi, janji manis hendak mansuh GST ini hanyalah laungan retorik sahaja. Dulu pembangkang sering laung janji kalau esok perintah, maka harga minyak akan turun. 

Kini tidak ada lagi laungan pasal minyak, bukti jelas selama ini pembangkang hanya menanam tebu di bibir sahaja. Lihatlah sahajalah dalam ceramah ceramah pembangkang, mana sebut hal manifesto mereka pun, sibuk cakap hal lain pula.

Samalah macam GST, rakyat banyak yang sudah terlupa apa yang pemimpin pemimpin pembangkang pernah sebut dahulu mengenai GST. 

Nurul Izzah pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% dalam Bajet Alternatif mereka pada tahun 2016 dan 2017. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Anwar Ibrahim pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efisien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali pada 31 Oktober 2013 di parlimen.

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST. Mereka hanya umpan janji itu untuk dapat undi semata mata. 

Rakyat kena ingat apa yang pembangkang pernah sebut pasal GST ini. India dan Arab Saudi contohi sistem GST Malaysia. 164 negara lain pun laksanakan GST dan kadar 6% GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia. 

Duit GST yang disoal ke mana perginya itu telah dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi BR1M, baucer buku, elaun JKKK, imam, tok bilal dan ramai lagi. Kalau mansuh GST, silap silap rakyat tidak dapat BR1M lagi. 

Teruskan nikmat BR1M yang dikongsi bersama oleh berjuta rakyat Malaysia ini. #BersamaBN #HebatkanNegaraku.

K7L : Nak tahu lebih lanjut Klik Kemana Pergi GST?

Zairil Khir Calon DAP Kena Makin Dengan Penduduk Cina?



Nampaknya Calon DAP ini telah digelar oleh penduduk Tanjung Bungah sebagai Wakli Pemaju dan bukan Wakil Rakyat. Zairil sebelum ini juga difahamkan tidak bersama rakyat selepas menang dan muncul macam biskut.

Apapun sekali kena soal, terus terkedu. Jangan ingat semua orang boleh pilih dia sebab dia DAP. Tsunami Cina? Kita tunggu dan lihat.

K7L : Kita tolak perasuah..

Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?



Agenda menghapuskan GST adalah agenda golongan borjuis - peniaga, kelas menengah atas dan elit. Mereka paling banyak bayar GST dan paling kurang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan seperti hospital dan sekolah. 

Mereka hantar anak-anak ke sekolah swasta dan menggunakan hospital swasta. Mereka ini perasan serba pandai, hebat dan memandang rendah kepada pemimpin negara. Mereka lupa kerajaanlah yang mewujudkan peluang ekonomi dan perniagaan sehingga membolehkan mereka jadi kaya. 

Sebelum ini mereka selalu mengelak cukai pendapatan dan cukai perniagaan melalui pelbagai cara dan taktik, yang dibenarkan dan yang melalui “jalan belakang”. 

Melalui pengenalan GST yang merupakan sistem percukaian berasaskan perbelanjaan, golongan borjuis  yang berbelanja lebih dan membeli barang mewah akan membayar cukai yang lebih tinggi. 

Orang seperti Tun Mahathir, Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Shapie Apdal nampak berbelanja melebihi pendapatan yang diisytiharkan. Cuba tanya berapa cukai pendapatan mereka isytiharkan setiap tahun. 

Ada juga syarikat yang membayar gaji kepada seluruh ahli keluarga mereka bagi mengelak cukai pendapatan dalam kelompok (bracket) tinggi. Apabila GST diperkenalkan mereka tiada dapat elak membayar cukai. Jika beli baju sehelai RM1,000 maka mereka harus bayar cukai sebanyak RM60. 

Inilah punca mengapa mereka marah dan mahu menghapuskan GST. Syarikat-syarikat mereka juga tidak lagi boleh menipu seperti mana dalam sistem Cukai Jualan. Pendapatan syarikat juga sukar lagi disembunyikan berikutan jualan mereka direkod dalam sistem GST. 

Sebaliknya,  kumpulan berpendapatan rendah membayar cukai  yang minimum kerana kebanyakan barang keperluan asas seperti beras, ikan, sayur, gas memasak, buah-buahan, petrol RON95 dan ubat-ubatan dikecualikan GST. 

Dalam masa yang sama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ini menerima pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan seperti subsidi pendidikan anak-anak, subsidi kesihatan dan perubatan, bantuan pekebun kecil, bantuan usahawan kecil, biasiswa dan latihan meningkatkan kemahiran, subsidi perumahan, bantuan Kebajikan Masyarakat,  Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain. 

Maka kita lihat golongan borjuis ini mula menghasut rakyat bahawa GST punca kesusahan hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. 

Mereka memadamkan semua kebaikan yang diwujudkan kerajaan hasil kutipan GST. Mereka  hanya menceritakan bahawa GST punca barang naik dan hidup rakyat menjadi sengsara. 

Cuba lihat nama Mahathir. Pernahkah beliau bersimpati dengan orang miskin semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau menolak gaji minumum, beliau mengenakan yuran sekolah, yuran peperiksaan SPM, Skim Pinjaman Buku Teks yang terhad dan jumlah bantuan kepada rakyat tidak sebanyak hari ini. Beliau juga memperkenalkan pinjaman PTPTN dengan caj 4%. 

Jadi agenda hapuskan GST bukan kerana simpati kepada rakyat berpendapatan rendah tapi untuk mereka dan keluarga mereka mengelak cukai. 

Jangan percaya hasutan kumpulan ini. Zaman Mahathir pun harga barang sentiasa naik. Apabila dihapuskan GST pun harga barang tidak akan turun. Mahathir telah nyatakan akan memperkenalkan cukai lain. 

Namun faedah dan bantuan kepada rakyat akan berkurangan. Mahathir sudah menyatakan mereka akan memperkenal sistem BR1M baru bagi mengurangkan jumlah penerima. Hakikatnyan Undi PKR sekadar mengulangi cerita zaman Mahathir yang penuh ketirisan dan penswastaan yang membebankan rakyat.

02/05/2018

Calon BN P112 Kuala Langat Mengujakan Pengundi PRU14! #BersamaBN



BANTING: Calon muda Parlimen Kuala Langat yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) ternyata mengujakan penduduk sekitar.

Rata-rata pengundi yang ditemui berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap satu kelainan kerana PRU sebelum ini kebiasaannya dikuasai golongan berusia.

Penduduk, Rohati Ahmad, 50, berkata pencalonan calon BN, Shahril Sufian Hamdan, 32, dianggap sebagai 'fenomena baharu' kepada semua penduduk.

"Sebelum ini, kita selalu lihat calon yang sudah berusia tetapi kali ini calon muda yang bergaya.

"Walaupun muda, cara dia bercakap dan berjumpa penduduk menunjukkan dia matang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medan, Sijangkang.

Terdahulu, Shahril melawat penduduk sekitar kampung itu yang kurang sihat dan kurang berkemampuan.

Seorang lagi penduduk, Fatimah Lobeh, 51, yang lumpuh separuh badan sejak empat tahun lalu berkata, beliau teruja dengan kehadiran anak muda itu di Parlimen Kuala Langat.



CALON Barisan Nasional Parlimen Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan ketika mendengar nasihat memohon bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia merangkan bekas ADUN Banting, Datuk Paduka Fatimah Suhaimi. - Foto Norrasyidah Arshad
"Saya lebih semangat untuk turun mengundi. Walau apa pun cara, saya tetap akan pergi mengundi," katanya.

Pada sesi sama, Shahril turut bertemu bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Fatimah Suhaimi.

"Dia (Shahril) mengingatkan diri saya dahulu. Saya dahulu juga aktif politik pada usia 25 tahun dan menjadi calon DUN Banting ketika usia 35 tahun.

"Saya mahu ingatkan dia, jangan lupa pada yang tua, jadikan golongan muda sebagai rakan.

"Jangan burukkan pihak lawan. Utamakan misi dan visi selain solat hajat untuk diri sendiri," kata Fatimah yang menjadi ADUN Banting selama tiga penggal.


K7L : Muda. Segar. Berwawasan.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk