31/10/2017

Ketua Armada PPBM Bengap Dan Tak Layak Jadi Pemimpin?



Ketua Armada PPBM baru-baru mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak mempunyai fakta asas disamping tidak mendengar secara teliti apa yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan negara semalam.

Dalam pembentangan tempohzri, Perdana Menteri mengumumkan bahawa peruntukan untuk TVET adalah sebanyak RM 4.9 billion dan peruntukan untuk biasiswa pelajar cemerlang TVET adalah sebanyak RM 4.5 juta.

Tapi dalam kenyataan Syed Saddiq menyatakan kekecewaan kerana peruntukan untuk TVET adalah sebanyak RM 4.5 juta sahaja.

Apa yang Sangkakala nak persoalkan disini, adakah Syed Saddiq dalam keadaan mabuk semasa mengeluarkan kenyataan beliau? Dan adakah Syed Saddiq mendengar dengan jelas apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri?

Kalau setakat dengar sambil lalu dan kemudian mengemukakan kenyataan, rasanya ia menjatuhkan nama dan reputasi PPBM selaku parti yang di ketuai oleh seorang bekas Perdana Menteri.

Lain kali nak keluar kenyataan tolong kaji dulu. Ini yang Shahril Sufian Hamdan pernah sound jangan cakap bulan dan bintang. Nak jual Harapan tapi tak memberi Harapan langsung.

K7L : Belajar bagi habis.. pemimpin mee maggi ni kita tak layan..

Pembangkang Janji Nak Hapus Tol Tapi Tetap Tak Hapus!



Pembangkang janji hendak hapuskan tol sejak 2008 lagi. Namun bila mereka berkuasa di dua buah negeri, di Selangor dan Pulau Pinang, tiada satu plaza tol pun dihapuskan.

Tol Sungai Nyiur ada dalam janji DAP di Pulau Pinang. 50 sen sahaja, tetapi dah 9 tahun tidak juga dihapuskan DAP.



16 Oktober 2015, Azmin Ali kata "itu luar bidang kuasa kita (kerajaan negeri), kita hanya minoriti (dalam pegangan saham). Namun, kita akan gunakan wakil kita bantah dalam isu kenaikan tol,”

Azmin dan Guan Eng tidak mampu hapuskan satu plaza tol pun di Selangor dan Pulau Pinang.

Sepanjang jadi PM selama 22 tahun, Mahathir hanya hapus satu plaza tol sahaja di Slim River.

Orang di parlimen Kubang Pasu kena bayar tol RM2.50 di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam selama berpuluh tahun lamanya. Sebentar tadi dalam Bajet 2018, barulah Datuk Seri Najib mansuhkan.

Secara keseluruhannya, Tun Mahathir mansuh 1, Pak Lah mansuh 4 dan Dato Seri Najib mansuh 7 plaza tol. Azmin Ali kosong dan Guan Eng kosong

Jadi, jangan percayalah dengan janji mereka untuk hapuskan tol. Yang pernah berkuasa lama berpuluh tahun dan sedang berkuasa pun tidak mansuh tol pun. Ini hanya janji untuk umpan undi sahaja.

K7L : Apa cerita...

Bajet 2018 - Realiti Atau Retorik?



Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet".

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan.

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6. Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah.

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang. 


K7L : Jeng Jeng Jeng..

Khalid Samad Tuduh PAS Lari - Pengundi Shah Alam Akan Balas Dendam?




Khalid Samad dilihat berkeras tidak mencuri kerusi rasanya adalah amat tidak tepat kerana pada Piliharaya Umum ke 12, Pakatan Harapan tidak pernah wujud sama sekali dan pakatan itu hanya wujud selepas tiga parti pembangkang memenangi 4 buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain mengekalkan kerusi kerajaan negeri di Kelantan.

Tindakan Khalid Samad mengatakan bahawa PAS mencuri kerusi adalah tidak tepat sama sekali memandangkan kerusi parlimen berkenaan (Shah Alam) adalah milik PAS kerana pada ketika itu Khalid mewakili PAS dan bukannnya mewakili Amanah yang wujud selepas Piliharaya Umum ke 13 apabila Mat Sabu kalah bertanding sebagai Presiden PAS menentang Datuk Seri Hadi Awang.

Kem Mat Sabu yang terdiri daripada Mat Sabu, Khalid, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa ADUN dalam negeri Selangor bertindak keluar dari PAS dan membuka sebuah parti baru dinamakan Amanah setelah Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS kalah dalam pertandingan merebut jawatan dalam PAS.

Khalid juga dilihat tidak berfungsi di kerusi Parlimen Shah Alam apabila tidak membawa apa apa pembaharuan dalam kawasan selain dari mengekalkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebelumnya iaitu Barisan Nasional.

Kalau setakat nak mengekalkan apa yang ada, rasanya sesiapa juga mampu untuk duduk di kerusi berkenaan dan jika ianya berada di tangan Barisan Nasional sudah pasti akan ada lebih banyak pembangunan dan kerancakan ekonomi di kawasan berkenaan.

Sudah sampai masanya penduduk Shah Alam khususnya para pengundi mengembalikan kegemilangan Shah Alam dan Selangor dengan memberikan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional menerajui kerajaan negeri.

Pengundi PAS yang selama ini beri undi pada Khalid pun mungkin akan balas dendam pada PRU14. PAN ingat mereka boleh menang tanpa undi PAS? Pakatan akan kalah teruk PRU14.

K7L : Khalid Samad nak lari mana pula nanti?..

Pendidikan Percuma - Unisel Apa Jadi @AzminAli ?


Dalam Bajet Alternatif DAP-Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. Memang satu janji yang dibuat untuk mengaburi mata mak dan ayah yang anak-anak mereka akan melanjutkan pelajaran. 

Tetapi apa yang mereka tak tahu adalah anggaran kos untuk percuma di semua universiti hampir RM60 billion. Yelah tak ambl tahu ko stapi nak cerita pasal janji sahaja.



UNISEL yang di bawah kerajaan negeri Selangor pun rugi teruk tiga tahun berturut-turut.Tahun 2014, rugi RM10.6 juta. Tahun 2015, rugi RM16.6 juta dan tahun 2016, rugi 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 jutaKalau satu Universiti pun tak boleh nak uruskan macam mana nak jaga 22 Universiti awam?

Itu tak campur IPTA yang lain macam GiatMARA, Politeknik, KPTM, ILP, Kolej Komuniti dan banyak lagi. Jangan percaya bulan dan bintang kelak mata terpejam tidak melihat matahari lagi.

K7L : Kelakar betul cerita mengarut Pakatan ni..

29/10/2017

Apa Isu Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau?



Benarkah dakwaan yang mengatakan perjanjian konsesi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat pada 2018? 

Mari kita semak beberapa fakta penting di sebalik dakwaan ini. 

1. Plaza tol Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 yang dikenali sebagai Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

2. Pada 18 April 2015, PLUS melalui satu kenyataan menyatakan bahawa  perjanjian konsesi kedua-dua tol ini yang sepatutnya berakhir pada 2018 telah dilanjutkan hingga 2038.

3. Keputusan ini sejajar dengan semakan yang dibuat pada tahun 2011 yang melanjutkan perjanjian konsesi PLUS di semua plaza tol hingga 2038.

4. Dalam pengumuman yang sama, PLUS menyatakan bahawa para pengguna di kedua-dua laluan ini hanya perlu membayar  kutipan tol pada kadar separuh harga sahaja.

5. Mengikut terma perjanjian asal yang ditandatangani pada era Tun Dr. Mahathir, kadar tol yang sepatutnya dikenakan ke atas pengguna di kedua-dua laluan ini sekarang ialah RM2.40.

6. Di  bawah perjanjian baru (pelanjutan hingga 2038), kutipan dikekalkan pada kadar RM1.10 bagi mengurangkan bebanan pengguna. Kadar ini kekal sejak tahun 2005.

7. Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau ini dimansuhkan sepenuhnya bermula Januari 2018. 

Justeru adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan konsesi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat 2018 kerana ia telah dilanjutkan hingga 2038 melalui semakan dan perjanjian semula yang dibuat pada 2011.

Walau bagaimanapun, atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kutipan di kedua-dua plaza tol ini telah dimansuhkan sepenuhnya.

K7L : Terima kasih PM. 

Apa Sebenarnya Ada Pada #Bajet2018 ? #KekalNajib




Bajet BN Lebih Menyeluruh Untuk Rakyat Malaysia

Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet".

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan.

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6. Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah.

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang

Guan Eng Merah Padam Sebab Pantun Ini Sampai Tak Bercakap?


 



Tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang mengorbankan lebih daripada 10 nyawa berpunca daripada keangkuhan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

ADUN DAP Tanjung Bungah meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri dan syarikat pemaju yang enggan mendengar bantahan orang ramai sebelum ini. Dia meminta Kerajaan Negeri dan Pemaju untuk bertanggungjawab.

Dan Ahli Parlimen Kepong juga sindir Guan Eng. Disambut oleh PM ketika bentang Bajet 2018. Nampaknya Guan Eng panas hati dan hilang punca sebab ahli DAP sendiri sudah tidak percaya dengan dirinya.

K7L : CEC DAP bakal saksikan Guan Eng kalah?

Ayat Ini Punca Azmin Ali Meroyan Tak Sudah?




Kehangatan Bajet 2018 masih lagi terasa. Azmin Ali berterusan meroyan dan claim kerja. Paling menarik dia sangat sentap dengan ayat PM. Cerita pasal Jual Negara ke China, terkena pula pada mukanya.

Memang kena kaw kaw. Nakal PM kalau berucap masa bajet. Akhirnya selepas Bajet 2018 dibentangkan, Ahli Parlimen PAS dan PKR tidak bersama DAP dan PAN yang mengangkat plakad hapus GST.

Kini Azmin Ali dalam keadaan meroyan tak habis. Tunggu dia bentang Bajet untuk Selangor Keris yakin akan ada banyak plagiat dan claim kerja.

K7L : Tak lena tidur dengan aiskrim..

27/10/2017

Lawak #Bajet2018 Yang Kita Dapat Jangka




Telah viral kisah lucu ini :

Can imagine mkini headline after the budget presentation :

1) Nothing much in budget
2) Its election goody
3) Defisit High

Bla...bla....demeaning the budget

Opposition leaders

Question : Sir, what's your opinion on budget?

1) Kit Siang : Worst budget ever & country going to
bankrupt

Question : Madam, whats opinion on the budget

Wan Azizah : Pls release my husband , he is sick

Question : Madam, its budget question

Wan Aizah : Oops...budget no good..no good


Question : Tun, whats your opinion on budget?

Tun M : Where is RM 2.6 b...Najib penipu

Question : Tun, its budget question

Tun M : Saya mudah lupa...hmm apa nama?


Question : Sir, whats your opinion on budget?

Mat Sabu : Budget kepala otak..mana mike..mana

mike...aku ketuk kepala hang...


Question : Public, whats your opinion on budget?

Opposition : Its election budget & goodies..Najib Tipu

Supporter ( dalam hati dpt bonus & br1m aku sapu

juga)


So no wonder how good the budget will be ..std reply from opposition & their supporters

K7L : Kah Kah Kah...

#Bajet2018 Tun Daim Orang Mahathir Setuju Dengan GST - Apa Cerita?




Mansuh GST menjadi "main product" dan "selling point" pembangkang untuk mendapatkan undi dari rakyat pada PRU14. Namun sebelum terpedaya dengan mereka, rakyat kena menilai dulu apa yang Tun Daim dan Anwar Ibrahim sendiri pernah sebut mengenai GST.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

“Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efesien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2013

Kesimpulannya, mereka berdua tahu GST adalah sistem yang paling telus dan efesien. Oleh itu, ada kemungkinan GST tidak akan dimansuh jika pembangkang yang mendapat kuasa.

Slogan mahu "mansuh GST" hanya dibuat untuk dapat undi semata mata. Bila dapat apa yang mereka hendak, belum tentu mereka akan tunaikan apa yang dijanji itu.


K7L : Ok jom tunggu apa PM nak cakap!..

#Bajet2018 - Azmin Akui GST Taoi Kenapa Bajet Autanatif Nak Hapuskan?



Janji dan harapan palsu semata semata. Begitulah yang boleh kita gambarkan daripada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018. Hampir 90% bajet alternetif itu hanyalah “copy paste” bajet mereka yang terdahulu. Manakala di ruangan lampiran pula boleh dilihat dengan jelas, mereka tiru bulat bulat cara Barisan Nasional mencari hasil.

GST tetap menjadi retorik utama pembangkang dalam bajet khayalan mereka semalam. Dua tahun berturut turut, pembangkang menyatakan dalam bajet alternatif pada 2016 dan 2017 bahawa kadar GST mereka adalah pada 0%. Semalam, dalam bajet alternatif mereka untuk 2018, mereka kata hendak mansuh GST.

Namun bila diteliti balik satu persatu ayat ayat yang mereka tulis dalam bajet itu, sebenarnya mereka masih lagi tidak mansuh GST. Hanya pusing dan putar belit ayat sahaja untuk kelirukan rakyat.

Lihat apa yang pembangkang tulis ini dalam mukasurat 36 ini:

“Perlaksanaannya mungkin mengambil masa setahun selepas memenangi PRU14 kerana kami perlu menyediakan dan mendidik pengguna dan perniagaan. Kami akan mengekalkan sistem pelaporan yang telah dilaksanakan di bawah rejim GST tetapi akan kadar sifarkan kebanyakan barangan serta kembali ke persamaan SST”

Lihat pada ayat “mungkin ambil masa setahun” dan ‘kadar sifarkan” itu. Ini bermakna pembangkang tidak akan hapus GST serta merta. Mereka akan letak 0% pada kadar GST, sama seperti bajet alternatif yang mereka buat pada dua tahun lepas.

Oleh itu, tidak mustahil, mereka akan kekalkan GST jika hasil negara yang mereka andaikan tidak menjadi. Mereka ada kecenderungan untuk mungkir janji kerana pada mereka manifesto bukanlah janji. Banyak sudah pun janji janji yang mereka mungkiri di Selangor dan Pulau Pinang.

Bila hasil negara sudah berkurang sebanyak RM25.5 billion, pembangkang hanya buat andaian mahu menampung kekurangan itu dengan menjimatkan RM20 billion daripada Jabatan Perdana Menteri yang dianggap pembangkang satu belanja yang membazirkan. Ini dinyatakan dalam mukasurat 25.

Pembangkang kata peruntukan yang RM20 billion ini banyak sangat untuk diagihkan bagi agensi seperti BTN, Esszone, Suhakam, Felda, APMM, bantuan bencana, Lembaga Tabung Haji, PR1MA dan lain lain lagi. Mereka hendak tutup semua agensi ini termasuklah yang menguruskan haji, felda dan bencana.

Inilah hajat DAP yang sebenar. Ribuan orang akan kena pecat daripada penjimatan cara DAP ini. Memang sudah lama DAP mahu buang penjawat awam. Mahathir pun sudah cakap semasa demo di Padang Timur, Petaling Jaya baru baru ini bahawa mahu singkirkan penjawat awam yang tidak sebulu dengannya.

Buang penjawat awam kerana hasil negara kurang RM25.5 billion bila GST dimansuhkan. Kemudian bergantung kepada andaian bahawa rakyat akan membeli lebih banyak barang import bila GST akan dimansuhkan. Ini andaian yang dinyatakan dalam mukasurat 17.

Mengharap rakyat akan beli kenderaan import dan hasil kononnya akan meningkat sebanyak RM1.46 billion.

Menguruskan hasil negara ini tidak boleh dibuat berdasarkan andaian sebegini. Negara akan lingkup dan jahanam jika bergantung pada cara penjimatan membuang orang dan mengharap rakyat akan beli barang import bila GST sudah dimansuh. Ini satu andaian mengarut pembangkang.

Bila andaian tidak menjadi, hasil tetap kurang, pembangkang sudah tentu akan ikut jejak langkah seperti Singapura yang menaikkan kadar GST selepas itu. Itulah sebab sebenar kenapa pembangkang tidak mahu hapus GST serta mereka dan meletakkan kadar itu pada 0% sahaja

Nurul Izzah pun pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% ini. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Bapa Nurul Izzah pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efesien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efesien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST, hanya letak pada kadar 0% sahaja dan cakap ambil masa setahun hendak mansuh.

Lepas itu, bila tiada hasil nanti mereka akan naikkan kadar GST. Tidak percaya? Tengoklah nanti. Anwar, Azmin dan Tun Daim pun tidak setuju GST dimansuhkan. Apa yang ditulis dalam Bajet Alternatif itu hanya laungan retorik semata mata.


K7L : Nak kaburkan mata orang.. jangan lupa spek mata kan ada...

#Bajet2018 10 Perkara Pelik & Meragukan Dalam Bajet Alternatif



Bajet Alternatif yang dikemukakan pembangkang semalam sebenarnya adalah #BajetAutanatif. Bila dikaji satu persatu, dokumen setebal 88 mukasurat itu ada 10 perkara mencurigakan dan pelik.

1. Hasil Tidak Sama Dengan Belanja

Dalam bajet Pakatan Harapan ini, pembangkang kata dengan pemansuhan GST akan menyebabkan kekurangan hasil sebanyak RM25.5 bilion.

Sudahlah kurang RM25.5 billion, terdapat beberapa lagi perbelanjaan tambahan yang tidak diambil kira. Misalnya, pembangkang janji hendak beri subsidi minyak RM1 billion dan hapus tol berjumlah RM36 billion.

Selain itu, mahu beri peruntukan geran RM2 bilion kepada universiti awam dan RM700 juta yang akan diberikan dalam bentuk dana khas untuk menaik taraf kemudahan dalam semua jenis sekolah.

Jumlah semua belanja janji ini RM65.2 billion. Dari sumber hasil mana tidak disebut dan dinyatakan dalam lampiran imbangan duga diakhir dokumen bajet mereka. Hanya sedap petik angka sahaja. Modal air liur sahaja.

2. GST Tetap Dilaksanakan Pada Kadar Sifar Peratus

Perkara kedua yang mencurigakan ialah berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam #BajetAutanatif itu apabila ia dilihat seolah olah mahu dilaksanakan pada kadar kosong peratus pada tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. Ini terkandung dalam mukasurat 36 #BajetAutanatif mereka. Pada lampiran akhir dokumen itu boleh dilihat hasil GST diletak dengan nilai kosong (0), bukannya nilai "tiada (-).

3. Galakkan Beli Barangan Import

Mukasurat 17, dalam bajet PH, ada galakan untuk rakyat membeli barangan import demi untuk meningkatkan duti eksais bagi menampung kekurangan hasil GST.

Ini amat kontradiks dengan saranan Pengerusi PH, Mahathir yang mahu menubuhkan syarikat Proton kedua kalau PH menang. Agenda Proton kedua ini tidak ditulis pun dalam Bajet Alternatif.

Pembangkang membuat andaian mahu hasil sejumlah RM1.46 billion dari duti import dan eksais. Oleh itu apa jadi pada barang buatan Malaysia?

4. Memperjudikan Kedaulatan Negara

Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam Belanjawan Alternatif 2018 ini ialah perbuatan PH yang cenderung memperjudikan soal kedaulatan negara. PH mahu jimat RM20 billion di JPM dan menghapuskan EssZone.

EssZone kini mengawal keselamatan di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau selepas berlakunya tragedi serangan pencerobohan di Lahad Datu.

Kalau EssZone ini ditiadakan, maka ianya satu risiko besar untuk keselamatan negara. Soal kedaulatan negara bukan lagi keutamaan pembangkang.

Nurul Izzah didedahkan ada berjumpa dengan anak perempuan Ketua Kumpulan Bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III. Apa matlamat sebenar pembangkang ini? Mahu mengkhianati negara sendiri?

5. Syarat BR1M Yang Mengelirukan

PH hendak meniru tetapi tidak pandai. Dulu kata BR1M rasuah dan dedak, sekarang mereka pula yang tiru apa yang dimulakan Datuk Seri Najib itu.

Dalam Belanjawan Alternatif 2018, pembangkang buat syarat yang mengelirukan untuk penerima BR1M. Silap silap ada penerima BR1M sekarang yang akan hilang kelayakan terima BR1M jika PH memerintah.

Duit BR1M hanya boleh beli barangan runcit seperti makanan kepada keluarga, menyelesaikan bil utiliti dan tujuan pendidikan. Tidak boleh beli rokok dan alkohol.

Bagaimana mereka hendak memantau pelaksanaan syarat ini ? Adakah benar kebanyakan penerima BR1M membeli barangan tidak berfaedah seperti yang pakatan katakan?

6. Penjawat Awam Akan Dibuang
Penjawat awam ketika ini pasti gusar jika Pakatan Harapan berjaya jadi kerajaan, kerana sudah pasti ramai kakitangan awam akan dibuang kerja.

Jika agensi seperti SPAD, EzzZone, Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), BTN, SUHAKAM dan Felda akan dirombak serta ditutup, ke mana kakitangan awam di agensi berkenaan akan diletakkan?

Ribuan akan hilang kerja kerana mahu jimat RM20 billlion setelah mansuhkan GST. Bila hasil tiada, maka PH akan mula membuang orang.

Dalam mukasurat 17, PH mahu tutup satu bangunan kementerian di Putrajaya. Kakitangan sokongan mahu dibuang. PH jangka akan dapat jimat RM5 billion setiap tahun dengan membuang dan menutup beberapa kementerian yang mereka anggap tidak relevan lagi.

7. Retorik Menghapuskan Tol

Jika benar-benar pemansuhan tol ini mahu dilakukan oleh PH, sudah lama tol di Sungai Nyior di Pulau Pinang dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh DAP selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU12) pada tahun 2008 lagi.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga gagal memansuhkan tol yang ada di negerinya kerana menyatakan beliau tidak mampu untuk melaksanakannya.

Dari mana pula PH hendak ambil dana RM36 billion untuk mansuh tol ini? Konsesi tol itu sebenarnya mahu diberi pada kroni Mahathir dari Maju Holding Sdn Bhd. Ini semua retorik sahaja. Mahu beri projek pada kroni, bukannya mahu mansuh tol pun.

8. Pinjaman PTPTN

Dasar berkaitan PTPTN yang diumumkan oleh PH ini bakal menyebabkan ramai pelajar baru mungkin tidak dapat masuk universiti.

PH kata, jika gaji yang diperolehi oleh peminjam RM4,000 ke bawah, faedah pinjaman pengajian mereka tidak perlu dibayar. Ia hanya perlu dibayar selepas gaji mereka mencecah RM4,000.

Jika sebegitu, jumlah bayaran balik pinjaman yang diterima PTPTN akan berkurangan dan pinjaman sukar diberi kepada penerima selepas itu kerana dana yang diterima hasil bayaran balik tidak mencukupi. Silap silap PTPTN pun tutup nanti.

Dulu kata hendak mansuh PTPTN, bukan main lagi Rafizi jaja cerita dulu mahu langsaikan hutang PTPTN. Sekarang nampaknya janji itu sudah dimungkiri mereka sendiri. Janji janji baru ini juga belum pasti mereka tepati lagi.

9. Dasar Pelaburan
Langkah mahu menangguhkan beberapa projek besar di negara ini adalah langkah yang bakal membuatkan puluhan ribu orang bakal kehilangan pekerjaan.

ECRL menawarkan kira-kira 45,000 peluang pekerjaan manakala projek HSR KL-Singapura menawarkan 35,000 peluang pekerjaan.Jika ia ditangguhkan, ramai orang muda akan hilang peluang kerja.

Lucu bila PH berbangga dengan IKEA sebagai tanda atas kejayaan pelaburan di Pulau Pinang. Di dua negeri yang PH tadbir iaitu di Selangor dan Pulau Pinang pun merudum teruk pelaburan asing dan peluang kerja. Tidak usahlah jadikan IKEA untuk tutup kelemahan di dua negeri itu.

10. Retorik Rasuah


Dalam mukasurat 40, PH bercakap mahu basmi rasuah. Perenggan pertama pun sudah nampak pembohongnya. Sejak bila Guan Eng dan Azmin beriltizam perangi rasuah?

Guan Eng masih lagi ada dua kes rasuah di mahkamah. Pelbagai isu rasuah melanda kerajaan negeri Pulau Pinang. Banjir, kilang haram dan tanah runtuh.

Azmin pula masih enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PH tidak layak bercakap mengenai rasuah selagi Guan Eng masih jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Berkokok berderai derai, tidak sedar ekor sendiri penuh bergelumang taik

Inilah 10 perkara pelik mengenai #BajetAutanatif. Ini belum lagi dibincang bab gaji minimum, rumah mampu milik dan bab royalti minyak.

Paling pelik semalam, orang yang mengaku "top dog" tiada pun masa pembentangan bajet. Dia setuju kah bagi BR1M ini? Nanti kalau dia tiba tiba "U TURN" kata tidak setuju dan kata membazir, apa akan jadi?

Janji PRU12 dan PRU13, banyak lagi yang belum dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor. PH sudah pernah jadi kerajaan di dua negeri ini. Ramai tahu apa sikap sebenar mereka bila sudah ada kuasa. Rakyat sukar hendak ditipu lagi.

K7L : Mengarut...

Kat Mana Nak Tengok PM Bentang #Bajet2018




SIARAN LANGSUNG SECARA "ONLINE STREAMING", DAN "LIVE TWEET" PEMBENTANGAN #BAJET2018 OLEH YAB PERDANA MENTERI

Cadangan dan input rakyat sentiasa memainkan peranan penting dalam proses pembentukan Bajet negara. Tahun ini, sebanyak 13,837 cadangan telah diterima melalui kempen "crowdsourcing" yang berakhir pada 18 September 2017.

Melalui tinjaun yang dijalankan, kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kehidupan bandar, pekerjaan serta pencukaian, perniagaan dan kewangan merupakan 5 perkara teratas yang paling dekat di hati rakyat.

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak akan membentangkan #Bajet2018 pada 27 Oktober 2017 (Jumaat), jam 3.30 petang.

Semua dijemput untuk mengikuti siaran langsung di www.facebook.com/NajibRazak, www.youtube.com/NajibRazak atau di www.najibrazak.com.

Saluran www.twitter.com/NajibRazak juga akan dikemaskini secara langsung (Live tweet).

Pejabat Perdana Menteri
26 Oktober 017

LIVE STREAMING AND LIVE TWEETING OF #BAJET2018 TABLING BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER

The rakyat’s suggestions and feedback have always played an important part in the formation of the national budget. This year’s crowdsourcing campaign which ended on the 18th of September 2017, received 13,837 suggestions.

Subsequently, the top 5 categories voted for by the public during the polling campaign from the 25th September to the 6th of October 2017 are Cost of Living; Education; Housing and Urban Living; Employment as well as Taxation, Business and Finance.

Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak will present #Bajet2018 this Friday, the 27th of October 2017 at 3.30pm. Public can follow the live streaming of the tabling on NajibRazak.com, Facebook.com/NajibRazak and Youtube.com/NajibRazak. Highlights of the speech will also be tweeted live on Twitter.com/NajibRazak.

Prime Minister’s Office
26 October 2017


1) PMO FACEBOOK

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/1924698614212775

2) PMO TWITTER

https://twitter.com/pmomalaysia/status/923407741225377793

K7L : PM pakai Baju Melayu Warna Putih hari ini?

26/10/2017

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Malukan Lim Guan Eng?


Tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang mengorbankan lebih daripada 10 nyawa berpunca daripada keangkuhan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu semasa melawat lokasi kejadian.


“Pesuruhjaya (PAS negeri) sempat menyatakan kepada YB DAP Tanjung Bungah hasil dari kesombongan Ketua Menteri Guan Eng mengadakan Oktoberfest di Pulau Pinang, negeri bukan Taliban menyebabkan Kemurkaan Allah Azawajala telah mendatangkan bala bencana Alam satu persatu petaka bencana dari banjir kilat 24 kali kejadian sejak awal tahun dan kini tanah runtuh membunuh 14 nyawa.

“Ini adalah suatu dosa DAP Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang yang perlu dipertanggungjawabkan oleh Ketua Menteri DAP,kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Iszuree Ibrahim dalam Facebook.

K7L : Mana Guan Eng nak letak muka?..

ADUN DAP Hentam Lim Guan Eng Pasal Tanah Runtuh?



"Kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab".

Mengikut sumber BHarian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu, kata memang Kerajaan Negeri dan Pemaju yang bertanggungjawab terhadap tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

YB Yee kata dia mengetahui mengenai projek itu sejak tiga tahun lalu, dan ia tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya.


"Tiga tahun lalu, pihak pemaju ada menghantar permohonan mengenai projek ini ke pejabat saya untuk ulasan, tetapi saya tidak setuju.

"Apabila ia diluluskan, saya terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan. Saya hanya tahu melalui orang awam yang memaklumkan projek ini sudah mula," 


Dan Yee Cheu kata pihaknya berjaya mengesan tiga lagi projek perumahan puluhan tingkat sedang dijalankan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah. Apa yang membimbangkan sekurang-kurangnya 10 lagi projek pembangunan berisiko tinggi sedang dalam proses untuk diluluskan oleh pihak bertanggungjawab.

CM Penang yang berasal daripada Melaka kini sedang ditunjal-tunjal kepalanya dengan anak jati Pulau Pinang. Sebab itu jangan serah negeri kepada orang bukan asalnya situ. Tengok Selangor, lahir luar negara terus lulus pesta arak sebab dia bukan peduli apa pun.

K7L : Serah pada BN Semula!...

Surat Reject Dari JAS Pun Ada - Guan Eng Nak Lari Mana?



Kes tanah runtuh pula, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan surat tidak menyokong pembinaan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah berikutan terdapat sebuah kuari berada berhampiran dengan tapak projek.

Persoalannya sekarang, bagaimana Kerajaan Negeri boleh meluluskan projek tanpa mendapat sokongan atau kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar yang sudah pastinya lebih maklum dengan keselamatan cerun bukit berkenaan?

Adakah terdapat unsur rasuah didalam kelulusan pembinaan tersebut? Siapa yang menerima dan memberi?  Perkara ini perlu disiasat dengan lebih terperinci memandangkan ianya melibatkan nyawa manusia.

K7L : Guan Eng nak lari mana?..

Rahman Dahalan Smash Bajet Altenatif Sampai Pakatan Terdiam!



1. Bajet Alternatif yang dikeluarkan Pakatan Harapan hari ini boleh dirumuskan kepada 3 perkataan - tidak bertanggungjawab, tidak realistik dan tidak mampan.

2. Mereka berjanji bahawa mereka akan berbelanja secara berhemah, memotong cukai dan mahu rakyat memilih harapan.

3. Mereka tidak akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan mengurus kerajaan negeri Pulau Pinang meningkat berkali-kali ganda daripada RM252.3 juta (2007) kepada RM825.9 juta (2016) dan Selangor daripada RM1.15 billion (2008) kepada RM2.34 billion (2016).

4. Sekiranya mereka telah berbelanja secara berhemah, sepatutnya perbelanjaan mengurus mereka menurun bukannya meningkat.

5. Kemudian mereka menjanjikan pemotongan cukai seperti memansuhkan GST dan mengurangkan kadar duti eksais ke atas kenderaan.

6. Di samping itu mereka juga menjanjikan pemansuhan lebuhraya bertol, pendidikan percuma dan menjimatkan RM20 billion dengan membanteras rasuah.

7. Seperti belanjawan alternatif tahun tahun sebelum ini, tidak ada rancangan bagaimana mereka mahu menampung kos membeli konsesi konsesi tol, tiada rancangan yang jelas bagaimana mereka akan membayar RM40 billion pinjaman PTPTN daripada institusi-institusi kewangan atau bagaimana mereka mahu menjimatkan RM20 billion setiap tahun dengan membanteras rasuah.

8. Ini belum mengambil kira fakta bahawa menghapuskan tol, menyediakan pendidikan percuma dan meningkatkan gaji minima akan menelan belanja beratus billion Ringgit untuk jangka masa panjang.

9. Janji-janji ini bukan sahaja tidak akan mencipta pekerjaan, meningkatkan pendapatan atau mengurangkan kos sara hidup sebaliknya janji janji ini akan menyebabkan perniagaan berhenti mengambil pekerja, pekerja akan kehilangan pekerjaan, agensi penarafan akan menurunkan penarafan kredit bon kerajaan yang akan menyebabkan kos pinjaman kerajaan meningkat dan banyak kesan besar negatif yang akan melibatkan rakyat secara terus.

10. Di Pulau Pinang contohnya, konsep C.A.T yang kononnya diamalkan kerajaan negeri tidak menghalang Ketua Menteri mereka daripada menyalahgunakuasa untuk kepentingan peribadinya.

11. Tahun demi tahun, pembangkang memperdayakan rakyat menunjukkan mereka hanya pandai berjanji.

12. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi-agensi penarafan semuanya mengakui usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar fiskal yang mampan seperti melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan dan merasionalisasi subsidi adalah usaha ke arah yang betul. Sementara itu pembangkang mahu melaksanakan dasar-dasar berlawanan dengan apa yang sudah dilaksanakan kerajaan.

13. Rakyat Malaysia patut sedar bahawa Bajet yang akan memberi kesan positif kepada mereka adalah Bajet yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Abdul Razak Jumaat ini di Dewan Rakyat.

14. Kita tidak patut memperjudikan masa depan kita dengan bergantung kepada janji-janji pembangkang yang tidak masuk akal. Kerajaan ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab yang bukan sahaja memikirkan untuk jangka masa pendek, tetapi juga jangka masa panjang. Satu perkara yang boleh kita harap daripada pembangkang adalah, mereka kemungkinan besar akan keluar dari Dewan Rakyat semasa bajet sedang dibentangkan seperti mana mereka lakukan tahun lepas.


Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

K7L : Nah amek kau ubat!...

25/10/2017

4 Tahun Hilang Dari Radar - @n_izzah Muncul Dari Bawah Tanah?




Hampir 4 tahun lesap dari kawasan yang dimenanginya di Lembah Pantai, akhirnya baru Nurul Izzah tersedar tentang tanggungjawabnya. Maka dia turun memberi roti dan buah kepada pengundinya.

Bak kata blogger Jawa Bernam :

"Begitu besar pengorbanan seorang Ahli Parlimen PKR ini terhadap pengundi-pengundi beliau yang masih setia dan menyokong segala tindak tanduk beliau walaupun tidak pernah melawat mereka."


Pengundi di Lembah Pantai perlu tahu akan tugas Nurul Izzah anak kepada Anwar yang sibuk memberikan ceramah-ceramah penerangan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui jalan raya. Pengundi Lembah Pantai juga kena tahu Nurul Izzah bukan ikhlas pun menjadi Wakil Rakyat di Lembah Pantai.

Pengundi Lembah Pantai juga mungkin sudah terbiasa tanpa kehadiran Ahli Parlimen mereka, mereka juga masih mampu menjalankan hidup mereka dengan sempurna. Kini Nurul Izzah seakan muncul dari bawah tanah. 

Ada aduan untuk membina bumper di depan Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai pun dia tak layan, apakah Lembah Pantai masih setia untuk memberi undi kepada Nurul Izzah yang lebih kerap hilang berbanding Chipsmore?

K7L : Kejap ada..Lama tak ada...

DAP Kini Jadi 'Developer Action Party'



1. Sejak DAP memerintah Pulau Pinang pada 2008, episod kemusnahan alam sekitar tercetus dari semasa ke semasa. Berdikit-dikit kemusnahan dan kerosakan melanda negeri dan rakyat di Pulau Pinang.

2. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengelak dengan mengatakan tragedi itu adalah kemalangan. Namun orangnya sendiri, ADUN Tanjung Bungah (DAP), Teh Yee Cheu mendedahkan kepincangan dan kelemahan kerajaan DAP ini.

3. Sepanjang 9 tahun kerajaan DAP memerintah, sudah banyak kerosakan yang dibuat. Itupun masih tidak diakui oleh parti itu, malah cuba menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

4. Lebih jelik, DAP meneruskan lakonan mereka prihatin dengan nasib rakyat. Kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat. Walhal mereka yang rakus menindas hak rakyat dan membawa kerosakan kepada negeri di bawah pentadbiran mereka.

5. Itulah sebabnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebelum ini pun membantah keras rancangan kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat negeri itu.

6. Antaranya, cadangan Projek Tiga Jalan Utama di Pulau Pinang yang didakwa tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini.

7. Ramai penduduk Pulau Pinang tidak menyedari bahawa Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) bagi cadangan projek tiga jalan utama di Pulau Pinang telah dipamerkan untuk ulasan awam sejak 19 Jun.

8. Biasanya, laporan EIA akan dipamerkan selama sebulan untuk disemak orang awam dan dua minggu berikutnya akan diperuntukkan untuk mengemukakan ulasan. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini, walaupun ia melibatkan sebahagian besar penduduk Pulau Pinang.

9. Tragedi di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa bukan insiden terbaharu membabitkan bencana alam. Maka selayaknya DAP diberi gelaran baharu- 'Developer Action Party' atau 'Parti Tindakan Pemaju'.

K7L : Ini yang Mahathir sayang...

Apa Sebenarnya Ada Pada #Bajet2018 Nanti? #KekalNajib



1. Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.

2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.

3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.

4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.

5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

6. Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."

7. Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.

8. Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

9. Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.

10. Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.

11. Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.

12. Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.

13. Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.

14. Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya - sabotaj ekonomi.

15. Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

16. Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya "Najibnomics" – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini - yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.

17. Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.

18. 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

19. Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion - angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

20. Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

21. Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.

22. Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 - kali kedua mereka melakukannya tahun ini!

23. Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.

24. Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.

25. Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.

26. Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.

27. Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.

28. Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf - contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.

29. Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek "vanity" dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.

30. Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.

31. Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.

32. Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.

33. Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.

34. Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.

35. Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.

36. Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.

37. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.

38. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.

39. Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.

40. Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

41. Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.

42. Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016. Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 - yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.

43. Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita - yang mengukur kesaksamaan pendapatan - turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.

44. Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

45. Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan - tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

46. Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

47. Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.

48. Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.

49. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

50. Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

51. Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.

52. Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.

53. Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.

54. Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.

55. Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

56. Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

57. Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.

58. Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

59. Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk - Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu - akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

60. Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% - jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

61. Kebanyakan negara - lebih daripada 160 di seluruh dunia - telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST - tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.

62. Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.

63. 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.

64. 1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.

65. Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

66. Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.

67. Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah - yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.

68. Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.

69. Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

70. Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!

71. Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.

72. Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.

73. Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik - seperti ramalan semua pakar ekonomi - Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.

74. Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.

75. Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

76. Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.

77. Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai 'Negara Terbaik untuk Melabur'.

78. Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band "A", dan keputusan OECD adalah: "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya ... hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. "
79. Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular - tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.

80. Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

81. Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.

K7L : Inilah visi PM!..

Lim Kit Siang Kini Duduk Dalam Gua Pasal Anaknya?


 

Ketika kes Sekolah Tahfiz terbakar di Keramat, Lim Kit Siang dengan lantangnya meminta Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar supaya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Dituduhnya Menteri tak buat kerja dan macam-macam lagi.

Tetapi anehnya bila tanah runtuh di Tanjung Bungah, Lim Kit Siang seperti bisu dan pekak serta buta. Cengkerik bunyi lagi kuat dari salakan Kit Siang. Kenapa perlu double standard dan nampak tidak ikhlas dalam berpolitik.

Di sini rakyat Malaysi kena lihat inilah golongan yang kini menjadi rakan baik kepada Mahathir, Mukhriz dan Wan Azizah. Apakah ini masa depan yang kita mahukan untuk anak cucu kita?

Selamatkan Malaysai daripada siapa sebenarnya? Alasan 1MDB dan kleptokrasi sebenarnya hanya buatan dan bualan yang mewujudkan persepsi negatif semata-mata. Kes yang DAP buat di Pulau Pinang lebih terang dan nyata. Masih ada masalah untuk memilih?

K7L : Undi BN untuk tolak DAP..

Tanah Runtuh - Satu Lagi Malapetaka Angkara DAP



Bukan sekali dua, sebaliknya sudah berpuluh kali teguran diberikan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai risiko bencana akibat pembangunan di lereng bukit. Namun kesudahannya, kerajaan DAP di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menutup telinga.

Akhirnya apa yang dibimbangi telah berlaku. Tragedi tanah runtuh berlaku di tapak projek Tanjung Bungah hingga menimbus 20 orang dan mengorbankan 11 nyawa.

Jabatan Alam Sekitar sudah menolak kelulusan projek ini. Jadi siapa yang meluuskan projek ini. Difahamkan, projek ini dapat pada kroni Guan Eng. Patutlah Zairil sibuk sangat main telefon di tapak projek.

Sebenarnya, aduan mengenai risiko berkenaan sudah acap kali disuarakan, bukan sahaja di kalangan pakar malah badan bukan kerajaan (NGO) turut menyuarakannya. Mereka melahirkan kebimbangan itu kerana sebelum ini pun sudah banyak kali banjir kilat melanda negeri berkenaan.

Sebelum ini, jurucakap Penang Forum, Dr. Lim Mah Hui memaklumkan kes risiko bencana akibat pembangunan di lereng bukit telah diketengahkan pihaknya menerusi inisiatif ‘Penang Hills Watch’ yang memantau aktiviti penggondolan bukit di negeri itu.

Pihaknya telah menghantar laporan mengenai kerja-kerja di lereng bukit itu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei lalu namun tiada sebarang jawapan atau maklum balas diberikan.

Lebih malang, kata Mah apabila garis panduan berkenaan pembangunan di lereng bukit sudah digazetkan tetapi tidak dipatuhi.

Dan semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pula mendedahkan tiga lagi projek pembinaan dalam bentuk bangunan puluhan tingkat sedang dilaksanakan di Tanjung Bungah dan ia berisiko dilanda tanah runtuh.

Sebagai seorang Adun di kawasan berkenaan, Teh pastinya tahu mengenai bahaya yang menimpa hingga sanggup mengkritik projek pembangunan itu, namun suara beliau tidak didengari.

Malah kerajaan negeri seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada bencana banjir yang kerap melanda Pulau Pinang dan meluluskan banyak kerja-kerja penebangan pokok serta penarahan bukit sepanjang jalan untuk pelbagai projek pembangunan.

Sepatutnya, kerajaan negeri mengambil langkah menanam lebih banyak pokok untuk mencegah hakisan dan larian air permukaan, bukannya dengan meluluskan projek pembangunan di lereng bukit.

Sampai bila penduduk di Pulau Pinang perlu mengalami mimpi buruk ini? Dulu banjir, kini masalah tanah runtuh pula.

Isu banjir juga masih membelengu penduduk. Mengikut laporan media, sebanyak 23 kejadian banjir kilat berlaku di seluruh Pulau Pinang bagi tempoh 2015 hingga September lepas.

Sedangkan sejak 2006, kerajaan persekutuan telah melaburkan sejumlah RM2.5 bilion ringgit untuk pelbagai projek, termasuk 29 projek besar untuk mitigasi banjir di negeri tersebut.

Hakikatnya, sejak peralihan kuasa pada 2008, DAP hanya menaburkan janji-janji kosong. Seperti biasa apabila berlaku banjir kilat dan tanah runtuh ini, Guan Eng akan menyalahkan cuaca.

Kilang haram ada 7 orang terbunuh, banjir kilat lepas ada seorang mati dan kini tanah runtuh ada 11 orang meninggal dunia. Sudah 19 orang mati di Pulau Pinang. Guan Eng masih main wayang dan salahkan orang lain?

Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang kena bertanggungjawab. Apa mereka mahu lihat ada lagi orang mati selepas ini? Rakyat kena ajar kerajaan DAP ini dalam PRU14. Jangan sampai ada orang mati lagi selepas ini.

K7L : Tolak DAP!...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk