11/11/2017

Wakil Presiden RI Minta Mahathir Mohon Maaf Perihal Bugis?



JAKARTA, 7 Nov – INDONESIA. Wakil presiden Indonesia Jusuf Kalla mahu Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap orang Bugis yang dikaitkan dengan lanun.

Menurut Agensi Berita Antara, Jusuf berkata kenyataan bekas perdana menteri Malaysia itu bukan sahaja menyinggung dan menghina suku Bugis di Malaysia, malah di Indonesia.

"Pertama, sebagai orang Bugis saya protes dan terkejut. Maka, Mahathir harus minta maaf … orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia," katanya di Jakarta pada Selasa.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Semalam, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata menyedari tanggungjawabnya sebagai duta dalam menjaga keharmonian kedua-dua negara, beliau telah mengambil inisiatif mengutus surat kepada Dr Mahathir pada 23 Oktober lepas supaya Dr Mahathir mengambil langkah sewajarnya untuk menjernihkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Namun, jawapan Dr Mahathir dalam surat bertarikh 1 November itu bukan sahaja tanpa memohon maaf, malah berterusan memburuk-burukkan Najib, katanya.

Kenyataan Dr Mahathir itu telah menimbulkan rasa kurang senang orang Bugis di Indonesia, sehinggakan Kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kedutaan, selain turut menerima memorandum daripada Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia pada 20 Oktober lepas menyatakan rasa marah mereka terhadap kenyataan Dr Mahathir. – Bernama


K7L : Macai kata tak apa...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk