30/11/2017

Skandal Tanah Sungai Yu - Azmin Senyap?




SHAH ALAM 26 Nov. - Belum pun terjawab siapa 18 ‘individu’ misteri yang diluluskan permohonannya dalam skandal tanah Sungai Yu biar pun nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini muncul pula bukti senarai nama penerima yang jelas memperlihatkan berlakunya kronisme kronik.




Daripada 175 penerima yang diluluskan permohonan, terdapat tiga keluarga dipercayai merupakan pemimpin PKR di Sungai Yu dikesan bertindak membolot sekurang-kurangnya 15 lot tanah dan mereka juga dipercayai Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dilantik Kerajaan PKR Selangor bagi menentukan siapa paling 'layak'.

Salah sebuah daripada tiga keluarga itu dikesan memperoleh sehingga sembilan lot tanah, iaitu selain atas nama sendiri, turut mendapat tanah ialah isteri, empat adiknya, dua anaknya serta seorang ipar, manakala sebuah lagi keluarga juga menggunakan kaedah sama apabila membolot empat lot (diri sendiri, ayah, adik-beradik).

Selain itu, ada juga pemohon yang diluluskan permohonannya dikesan menetap sejauh lebih 300 kilometer dari Sungai Yu, iaitu ada yang beralamat di Batu Kawan, Pulau Pinang; Ipoh Barat, di Perak; Masjid Tanah, di Melaka dan Rembau, di Negeri Sembilan, sedang­kan dalam syarat mengatakan penduduk tempatan diutamakan

K7L : Kena Jawab!...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk