Apa yang kita dapat lihat adalah DAP sebuah parti yang cauvinis dan rasis. Keterbukaan mereka yang cuba ditonjolkan dengan bakat-bakat muda dan beberapa nama Melayu adalah dongeng semata-mata.
Kalau dalam CEC DAP yang calon Melayu Tulen tak ada seorang pun menang, bayangkan bagaimana sikap mereka terhadap orang Melayu yang tidak mendaftar sebagai Ahli DAP? Sebab itu di Pulau Pinang mereka rampas ikut suka mereka.
Memetik artikel Bharian :
Barisan kepemimpinan Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baharu, disifatkan memberi mesej jelas membuktikan parti itu langsung tidak mengendahkan kepentingan pemimpin Melayu.
Bekas Timbalan Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, berkata ia dikeruhkan lagi apabila hanya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, terpilih dalam pemilihan itu, walaupun umum sebelum ini DAP hanya mengiktiraf beliau sebagai Islam dan bukannya Melayu.
"Ini fakta yang diketahui umum. Keputusan pemilihan CEC DAP baharu ini hanyalah suatu sejarah yang diulang tayang apabila kebanyakan pemimpin Melayu dalam DAP, hanya dilantik dan bukan dipilih perwakilan.
"Ini juga mesej jelas DAP hanya menggunakan kuota pemimpin Melayu yang dilantik dalam parti itu untuk meraih simpati masyarakat berkenaan," katanya ketika mengulas keputusan pemilihan CEC DAP yang baharu di sini, hari ini.
Sementara itu, bekas ahli DAP, Rahmad Isahak, menggesa DAP meminda perlembagaan parti itu dengan memasukkan klausa khusus bahawa pemimpin Melayu hanya boleh dilantik dan bukan dipilih perwakilan.
"Saya juga cabar DAP untuk melantik atau mengemukakan calon pemimpin Melayu di tempat nombor dua dalam parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan mereka.

"Ini disebabkan tiada perubahan yang berlaku dalam DAP. Mereka hanya menggunakan Melayu untuk memberi gambaran bahawa parti itu kononnya mengetengahkan konsep masyarakat majmuk, sedangkan realitinya tidak benar," katanya.
Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, pula menyifatkan barisan kepemimpinan CEC DAP yang baharu itu membuktikan bahawa parti itu langsung tidak mengamalkan dasar kepelbagaian kaum seperti digambarkan kepada umum.
"DAP sepatutnya meletakkan calon yang diperlukan akar umbi dan bukannya syok sendiri. Malah, pemilihan baru ini juga meletakkan semua ahli dalam situasi tiada pilihan kerana kebanyakan mereka bukannya menerima sokongan akar umbi.
"Kalau nak cerita bab pemimpin Melayu, DAP perlu kaji semula sejarah bila Lim Guan Eng sengaja melengah-lengahkan penubuhan jawatankuasa DAP di Kedah yang dianggotai ramai ahli Melayu. Ia jelas bahawa DAP parti rasis," katanya.
K7L : Ahli DAP sendiri cakap macam itu, masih ada balaci sengal yang nak pertahankan DAP?

0 ulasan:
Post a Comment