Terlalu banyak kisah tentang jururawat yang kita dengar. Macam-macam jenis aduan. Ada yang ambil video mereka. Ada yang menjerit pekik pada mereka. Tidak lupa juga yang mengambil kesempatan kepada pihak Jururawat.
Bil hospital nak kena bayar tapi
servis lembab.nurse tak buat kerja..
Mau tak marah ..kan??
Tak tahu skop kerja sendiri gamak nya nurse nih..
Ingat Murah ke bil hospital nih?
Itu antara ayat yang pernah ditulis dilaman sosial. Baca sendiri luahan seorang jururawat
Tapi...
Itu kan mak kau..
tengok lapik kain nya kotor kita bersihkan..
Tengok lampin dia dah berisi kita la tukar.
nak makan kita suap,dia nak mandi kita bawak..
kenapa nak harapkan nurse jugak..
jangan sebab awak bayar bil maknanya awak dah lepas tanggujawab jaga mak..
Memang nya kerja tukar laipk,bagi mandi,tukar lampin,suap makan,
tu semua tugas sebenar nurse ke??
waris cuma datang tunjuk muka dan balik??
saya kurang tahu tentang nih..
Anak-anak...
Masa nih la awak nak kumpul banyak pahala..
masa mak ayah sakit ni la..
kenapa nak merungut.
Bersyukur sikit awak ada peluang buat semua tu..
geli??
masa kita kecik2 dulu siapa yang
basuh berak kencing kita kalau bukan mak?
Mak tak pernah basuhkan???tipu!
kalau saya di tempat si ibu
saya malu la kalau orang lain yang mandikan saya,
cuci berak kencing saya..
macam tak de anak cucu pulak..
Anak2 tau datang tengok, betulkan selimut sikit2
lepas tu balik...
sedih .,,
Dah la pi ambik gambar dan viral kan di laman sosial..
lepas tu nak tunjuk salah orang..
sedangkan dia mendedahkan sikap buruk sendiri..
Lihat sendiri bagaimana dedikasi seorang jururawat. Sedang sakit masuk drip kerana dehidrasi, tetap melaksanakan tanggungjawab. Kerana apa? Kerana pekerjaan mereka amat penting untuk menyelamatkan nyawa.
Sedih apabila sikap bodoh segelintir rakyat Malaysia yang tuduh jururawat macam-macam. Aduan nombor satu. Tapi salah sendiri tak nampak. Ingat jururawat hamba kepada mereka nak buat semua benda cepat dan fokus pada dia sahaja?
Kalau kamu hidup dengan seorang jururawat, kamu akan tahu apa yang mereka alami. Please. Berhenti membuat aduan bodoh! Kalau setakat nak cari salah pergi balik dan buat semua benda sendiri.
K7L : Try pergi private mereka layan macam raja tapi duit nipis jangan tanya kenapa.. by the way di Hospital Swasta pun mereka layak untuk dihormati!..
0 ulasan:
Post a Comment