Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.
Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina
Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.
“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.
“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya dalam Facebook.
Lihat sendiri perbezaan dengan ceramah yang dibuat oleh Pakataan Harapan. Jangankan orang Cina, orang Melayu atau India pun tak mahu datang.
K7L : Kita akan lihat DAP kalah teruk PRU14 ini?..
0 ulasan:
Post a Comment