21/11/2017

Pandangan Anak Muda Perihal Subsidi Minyak! Ramai Terasa?



Hari ini rata-rata pengamal media sosial yang juga merangkumi hampir 80 peratus anak muda senatiasa membincangkan perihal kenaikan harga minyak terutama sekali kenaikan harga petrol baru-baru ini. 

Ramai pula yang bertukar profesion, di dunia realiti mereka ada yang pemandu, despatch, pegawai kerajaan, cikgu sekolah dan macam-macam lagi yang bertukar menjadi pakar ekonomi negara serta penganalisis minyak dunia di saluran media sosial.

Dapat disimpulkan pakar-pakar ekonomi tidak bertauliah ini meramalkan kenaikan harga minyak ini akan menjurus kepada kenaikan harga barang yang lain. Semua keperluan hidup automatik naik, erti kata lain harga minyak petrol seolah-olah melangkaui kuasa Allah sebab petrol lebih penting dalam menentukan kos sara hidup. 

Dan atas sebab itu mereka mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan semula subsidi minyak Petrol dan pelbagai lagi kaedah dangkal yang dicadangkan untuk mengawal harga minyak. 

Apa yang lebih menyedihkan, Malaysia kini sedang menuju Transformasi Negara 2050 sekaligus kebergantungan rakyat harus dikurangkan seminima mungkin terhadap subsidi Kerajaan. 

Mengambil contoh sistem Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah mewujudkan Universiti Ber-Autonomi. Langkah ini diambil bagi membenarkan pengurusan Universiti membuat keputusan lebih pantas tanpa bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi. 

Selain itu Universiti juga boleh mencari dana sendiri untuk memacu perjalanan pengurusan tanpa mengharapkan bantuan penuh daripada Kerajaan Malaysia. Maka dana yang tidak diambil oleh pihak Universiti boleh disalurkan kepada pembangunan yang lain. 

Sistem ini perlu diterapkan kepada jiwa rakyat Malaysia. Kebergantungan perlu dikurangkan dan sebaliknya menjana pendapatan untuk negara seiring dengan teknologi adalah lebih baik. 

TN50 tidak akan berjaya sekiranya kita tidak mengamalkan 'Autonomy Citizen'. Rakyat hari ini sentiasa meminta-minta tanpa memberi apa-apa kepada Negara. Memetik kata-kata sahabat saya, tiada pemimpin yang zalim mahupun kerajaan yang zalim namun yang wujud adalah rakyat yang zalim. 

Kita ambil Ibrah daripada kisah Rasulullah SAW. Disebutkan dalam riwayat bahawa di zaman sahabat pernah terjadi kenaikan harga. Mereka mendatangi Nabi sallallahu alaihi wa sallam dan mengadu tentangnya. Mereka menyatakan,

"Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang." Mendengar keluhan ini, Nabi sallallahu alaihi wa sallam menjawab,

"Sesungguhnya Allah adalah Zat yang MENETAPKAN HARGA, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Sang Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah mahu pun harta." [HR. Ahmad 12591, Abu Daud 3451, Tirmidzi 1314, Ibnu Majah 2200, dan disahihkan Al-Albani].

Semoga Allah merahmati kita semua

Aliff Ramli
Rakyat Menuju TN50

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk