08/11/2017

Isu Dr Yang Ulas Bajet 2018 Pasal MRSM - Suatu Pencerahan!



1. Ramai orang terasyik menyaksikan rakaman diskusi Bajet 2018 baru-baru ini. Pandangan Dr Muhammad Abdul Khalid (MAK) sangat menarik. Saya tertarik kepada perkara yang dibangkitkannya dalam konteks realiti kehidupan di peringkat grassroot dan menengah. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang diungkapkannya tidak adil dan ianya perlu diperbaiki.


2. Pertama, jika hanya melihat dari aspek realiti sebahagian peringkat sahaja seperti golongan menengah dan ke bawah, ianya memang mudah meletakkan kelemahan kepada kerajaan. Sebaliknya, ianya akan lebih adil jika kita dapat melihat juga kesungguhan kerajaan mengelola zaman kemelesetan ekonomi sekarang tanpa mengabaikan hak-hak golongan lain di pelbagai dimensi.

3. Ada segelintir pakar ekonomi melihat sesuatu benih itu seperti melihat tanaman yang lengkap. Kemudian dia ingin supaya benih ini sempurna segala-galanya. Walhal, untuk menjadi tumbuhan yang sempurna,memerlukan proses penumbuhan. Benih yang baik juga memerlukan tanah yang subur. Di manakah dan bagaimanakah tanah yang subur itu? Ini yang gagal dijawab oleh sesetengah pakar ekonomi kita. Kerana kebanyakan mereka hanya melihat kepada angka-angka sahaja.

4. Ahli-ahli kenegaraan yang sudah terbukti seperti Karl Marx, Mao Tze Dong dan Winston Churchill nampak lebih jelas patriotik ekonomi mereka dalam memandu golongan menengah, kapitalis dan marhaen.

5. Melihat keadaan ekonomi dari aspek realiti dan data-data sahaja amat bahaya kerana ianya akan memberi implikasi tidak adil. Contohnya, saya tidak percaya MARA mengabaikan anak-anak luar bandar kerana dasar MARA adalah untuk anak-anak luar bandar yang layak dan memerlukan. Pada masa yang sama, anak-anak cemerlang di dalam bandar dan pinggir bandar juga berhak. Barangkali yang dimaksudkan DR MAK ialah keperluan menambah peruntukan supaya lebih ramai diberi peluang.

6. Pengalaman saya bersama pelajar-pelajar MARA di USA, kebanyakan mereka adalah dari golongan sederhana dan menengah. Dengan adanya MARA mereka berjaya belajar di USA, ada yang bekerja di sana dan ada yang kembali ke Malaysia untuk berkhidmat semula kepada negara. Jika mereka cemerlang semasa SPM, STPM dan Matrikulasi, tanpa bantuan dari MARA sukar mereka ke sana melainkan ibu bapa yang kaya dan raya. Proses menjadikan mereka manusiawi pun tidak senang kerana banyak halangan sosial seperti ancaman dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Semua ini tidak boleh diukur dijelaskan dengan data-data sahaja.

7. Sebab itu saya sangat bimbang jika pandangan populis diberi tempat berbanding pandangan yang lebih konstruktif. Dr MAK perlu juga melihat aspek world view dan perlakuan sosiopolitik semasa dalam dan luar negara supaya pandangan yang diberikan lebih adil dan sempurna.

8. Contohnya keadaan hari ini tidak semewah dulu. Pada zaman Tun M misalnya, Petronas sangat mewah apatah lagi dengan hanya kapasiti kira-kira 15 juta (1981) dan 25 juta (2002) penduduk sahaja. Berbanding hari ini, Petronas menghadapi cabaran besar. Penduduk Malaysia juga menghampiri 32 juta (2017). Jika dilihat dari aspek itu sahaja, pandangan Dr MAK kurang adil khususnya kepada negara dan kerajaan. Jika anda bercakap tentang hutang negara semakin tinggi tapi anda tidak pula bercakap tentang aset negara yang juga semakin bertambah dan semakin pelbagai, pandangan anda pasti menjadi tidak adil kepada negara dan kerajaan.

9. Mantan Ketua Menteri Sabah, TS Harris Salleh lebih patriotik economi apabila mencadang kepada Putrajaya supaya kembali kepada Dasar Ekonomi Pertanian. Kesilapan lama terlalu cenderung kepada industrialisasi dengan meninggalkan bidang pertanian negara juga merupakan salahsatu faktor.

10. Keempat, pandangan Dr MAK kelihatan bersifat individualistik. Dalam kajian oleh Prof Ulung (UKM) mengenai mamakization, restoran-restoran mamak yang tidak pernah kosong selama 24 jam didatangi oleh semua kaum. Ianya menjadi platform patriotik ekonomi. Samada ekonomi merudum atau tidak, mamakization tetap berjalan.

11. Sebab itu, jika kita lihat setiap pasar malam, pasar pagi, pasar minggu, shopping complexes, Tanah Abang di Jakarta, Bandung, Korea, China, London dan sebagainya penuh dengan rakyat Malaysia sepanjang masa dan sepanjang tahun. Permohonan syarikat-syarikat tours bertambah setiap hari. Seorang sahabat saya dari Jepun bertanya, 'tang mana ekonomi Malaysia tidak baik' jika itu keadaan yang dilihatnya di Malaysia.

12. Dr MAK juga tidak adil dalam mengungkap realiti. Kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji tahunan setiap tahun dan ianya memberi implikasi kenaikan elaun-elaun lain. Saya percaya kakitangan swasta juga menikmati kenaikan gaji serupa atau lebih baik berbanding kakitangan kerajaan. Itu tidak termasuk kemudahan pendidikan keluarga di sekolah hingga universiti, kesihatan daripada sebelum lahir kepada selepas lahir dan pelbagai bantuan kerajaan yang tidak berbentuk wang ringgit tetapi berbentuk makro dan mikro.

13. Ada orang berkata itu tanggungjawab kerajaan, benar itulah yang kerajaan sedang lakukan. Pengalaman saya di USA, membawa anak yang sakit perut di bahagian kecemasan, rawatan yang sekejap, menunggu masa yang lama, kos yang perlu dibayar hampir mencecah USD6,000 (2015) dan ubat kena beli di farmasi luar. Tetapi, jika di Malaysia dengan rawatan yang hampir sama, kerajaan tidak mengenakan apa-apa bayaran ataupun bayaran pendaftaran cuma RM1.00 sahaja dengan ubat percuma. Sebab itulah pandangan perlu lebih adil dengan mengambil prinsip-prinsip kenegaraan yang jelas, bukan hanya melihat dari aspek ekonomi dan angka-angka sahaja.

14. Sebab itu bagi saya seseorang ahli ekonomi perlu ada suntikan patriotik yang jelas. Jika tidak, ianya akan memberi ulasan buruk sahaja kepada negara dan kerajaan semasa keadaan ekonomi global merudum. Walhal, jika seseorng itu patriotik pandangan kenegaraannya akan menjadi sangat jelas samada ketika negara dalam kemewahan atau zaman sakit.

15. Seseorang ahli ekonomi perlu mempunyai prinsip negara dan rakyat yang jelas. Sebab itu antara contoh lain, kerajaan mencipta banyak peluang pekerjaan seperti pembinaan MRT, ECRL Kelantan-KL, KL-Singapura, PAN Borneo tanpa tol, bisnes digital, hubungan baik dengan China dan USA, pembangunan federal dalam Bajet2018 di Pulau Pinang dan sebagainya. Tujuannya supaya ada pekerjaan kepada siswazah baharu yang memasuki pasaran buruh dan sebagainya. Ianya tidak boleh diukur dengan angka dan data sahaja.

16. Keadaan geopolitik serantau dan konflik di negara jiran memberi ancaman kepada keselamatan ekonomi negara. Sebab itu kita memerlukan pakar ekonomi yang patriotik dan worldview yang jelas dan adil. Harus dilihat dari semua aspek. Namun, segelintir mereka hanya mahu memberi pandangan yang bersifat populis sahaja. Economist seperti Adam Smith anda boleh bersetuju, tetapi secara praktikal ia tidak sesuai di Malaysia.

17. Kesimpulannya, pandangan Dr MAK nampak menarik, sedap didengar tetapi kurang patriotik, berat sebelah dan tidak adil khususnya dalam rangka prinsip-prinsip kenegaraan yang merupakan teras penting keselamatan negara, rakyat dan ekonomi negara kita.

Selamat Membaca.

KLIA-Sandakan.- SUMBER

K7L : Nah kauu...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk