06/11/2017

Orang Anwar Lupa 1998,Mahathir Dan Reformasi?



1. DS Anwar kini mencecah 71 tahun, manakala Tun Dr. Mahathir pula mencecah 93 tahun. Saya masih ingat, ketika krisis Anwar-Mahathir dalam bulan September 1998, saya berada di USM Pulau Pinang. Setiap hari Anwar dan ribuan pengikutnya membuat demonstrasi. Anwar sendiri terpaksa menaiki motorsikal ketika rally terbesar di Kuala Lumpur tidak silap pada 27 September 1998. Dengan motor itu Anwar berjaya keluar dari tangkapan pihak berkuasa. Namun begitu, Anwar ditangkap juga di rumahnya oleh pasukan khas. Kemudian, mata lebam Anwar menjadi picture of the year.

2. Hari ini, ramai orang Anwar lupa kekejaman itu. Anwar, Nurul Izzah, Dr. Wan Azizah terutama Nurul Nuha tidak mungkin bisa melupakan kekejaman itu. Namun, hari ini ramai orang Anwar alpa kerana mereka terpesona dengan politik Tun M.

3. Tun M seorang artis politik. Tun M sanggup makan masakan Mat Sabu seolah-olah tiada apa berlaku sejak sekian lama. Itulah cara Tun M meyakinkan Mat Sabu supaya bersamanya. Malah Tun M sanggup merendahkan ego duduk dan bersama-sama dengan musuh politiknya yang pernah dihumban di dalam penjara Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, tetapi tiada suara memohon maaf keluar dari mulut Tun M akan kekejaman politik suatu ketika dahulu. Tun M juga tidak pernah mahu memohon maaf kepada keluarga Anwar apatah lagi mengaku kesilapan lama. Bagi Tun M, memohon maaf adalah ketewasan politik yang mesti dielakkan.

4. Hari ini, ramai pemimpin PKR terpedaya. Ada di antara mereka sudah lembek dan berkata kekejaman Tun M yang lama lupakanlah, walhal mereka tidak tahu keluarga Anwar tidak pernah melupakan itu. Ada yang sudah tidak mampu berfikir lagi dan berkata maafkanlah kekejaman Tun M dahulu, walhal nama baik Anwar tidak pernah dibersihkan atas apa jua tuduhan liwat dan salahguna kuasa 1998. Mereka mudah terpesona, walaupun Tun M tidak mahu mengangkat plakad Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

5. Hari ini, sudah luntur malah hilang sudah cita-cita mereka mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sebilangan mereka terpesona dengan politik Tun M.

6. Tiada siapa keluarga Anwar menjemput Tun M hadir di mahkamah bertemu Anwar Ibrahim tempoh hari. Namun itulah kebijaksanaan politik Tun M. Sebabnya mudah, mereka tidak membaca buku Karl Marx, Winston Churchill, Martin Luther, Willy Brandt, Joseph Stalin dan sejarah Nabi Muhammad SAW. Mereka juga tidak membaca buku-buku pemikir moden seperti Francis Fukuyama, Chomsky, Huntington atau yang lebih junior seperti Allan Bloom dan Syed Naquib Al Attas. Kebanyakannya hanya membaca whatsapp sahaja.

7. Di Malaysia, hanya DS Najib dan Anwar Ibrahim sahaja yang mampu menutup tol bukan Tun M. Hanya Najib sahaja mampu membina lebuhraya tanpa tol (PAN Boneo) tatkala tol lebuhraya PLUS dan lain-lain lebuhraya bertol yang diluluskan Azmin Ali di Selangor juga sukar untuk dihapuskan.

8. Najib jenis tidak banyak bercakap tetapi kerajaan persekutuan melalui agensinya membantu Azmin Ali memberikan sewa Bas Percuma Selangor pada harga murah.

9. Begitu juga di Pulau Pinang, dalam Bajet 2018 kerajaan Pulau Pinang menerima bajet terbesar dan bacaan politik sesetengah pemimpin PKR ialah Najib mempunyai engagement yang luar biasa dengan LGE. Memang ada pemimpin PKR yang membaca politik itu.

10. PRU14 ini merupakan yang terakhir kepada Tun M sebab itulah Tun M bersungguh-sungguh mahu menubuhkan PH bermodelkan BN dan mahu mengetuainya.


11. Kepada Nurul Nuha, saya mencadangkan supaya Anwar Ibrahim kembali bersama Najib Razak. Saya diberitahu, Anwar Ibrahim tidak mempercayai Tun Mahathir.

12. Saya tahu Anwar tidak akan berkompromi isu integriti, rasuah dan campurtangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan. Anwar juga tahu, Tun M hanya mahu menjatuhkan Najib bukan menjatuhkan UMNO dan BN. Dan Tun M hanya mahu menjatuhkan Najib bukan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

13. Sudah pasti ada mekanisme dan indikator yang sesuai. Win-win.

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA.

28 Oktober 2017.

SUMBER

K7L : Hmm...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk