Pembangkang yang katanya tidak mungkin boleh bersatu dan membawa Malaysia ke arah lebih baik kata bekas menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni hari ini.
Katanya pemimpin pembangkang yang parti mereka bergabung ketika ini tidak mampu bersatu di bawah satu bumbung bagi membawa Malaysia ke tahap lebih baik.
Tambahnya lagi , beliau sama sekali tidak percaya Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu, mampu bersatu.
"Kamu tahu Tun M (Dr Mahathir) siapa? Saya tahu sebab saya (bekas) Menteri Kewangan II. Kamu tahu apa yang berlaku ketika beli Pos Malaysia dan PERWAJA? Saya tahu. Kamu tahu Muhyiddin Yassin, kamu tidak tahu tapi saya tahu.
"Kamu tahu Anwar Ibrahim? saya 'orang' Anwar tapi saya tinggalkan dia lepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri.
"Boleh ke kita ikut mereka? Kit Siang, Guan Eng dan Mat Sabu, semua enam orang ini boleh ke bawa Malaysia bersatu untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik? saya tidak percaya, sebab itu pilihan raya akan datang adalah BN untuk masa depan," katanya.
Beliau berkata, dalam masyarakat Cina, ada satu falsafah kehidupan diamalkan iaitu mengikut satu kuda dan bukannya enam kuda.
"Saya ada kenalan dari kumpulan masyarakat Cina kebangsaan termasuk di Pulau Pinang, kalau kita mahu perubahan masa depan, kita bercakap 60 tahun Malaysia akan datang, kita kena ikut satu saja 'kuda'. Kalau 'kuda' itu silap kita boleh betulkan.
"Saya apabila keluar Kabinet saya ada jumpa (Datuk Seri) Najib (Razak). Saya nyatakan, kita mesti tukar masa depan, sebab kini kita ada persekitaran yang berbeza. Kita perlu bawa satu usaha supaya rasuah dihapuskan sepenuhnya.
"Najib kata ya.. betul Husni. Saya kata, letak dalam semua komuniti, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti ada situ, semua kementerian mesti letak SPRM dan dia kata sedang buat," katanya.
Beliau juga yakin di bawah kepemimpinan Najib, usaha membanteras rasuah akan dapat dilakukan sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara 'zero rasuah' satu masa nanti.
K7L : Kuda tua nak kira macam mana?..Tq Barisan Merdeka..
0 ulasan:
Post a Comment