16/11/2017

Mahathir Dikelilingi Mereka Yang Sentiasa Mencerca Dirinya?


 

Selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau dilihat telah membuli parti pembangkang dengan pelbagai helah.

Namun kini apa yang dilihat adalah sebaliknya apabila dengan usia meningkat lebih 90 tahun, beliau pula menjadi mangsa buli pakatan harapan yang dianggotai oleh pakatan pembangkang yang pernah dibuli oleh beliau satu masa dulu.

Pakatan Harapan kini dilihat membuli warga emas ini dengan membiarkan Tun Mahathir kesana kesini untuk berkempen demi satu tujuan iaitu melihat kejatuhan Barisan Nasional.

Bayangkan dengan umur yang begitu lanjut, Tun Mahathir diheret kesana kesini melaksanakan misi yang dirancang oleh Pakatan yang kita ketahui di monopoli oleh DAP.

Sejak dari mula kewujudan Pakatan, DAP hanya mendiamkan diri dan membiarkan PAS (ketika itu dalam pakatan) melakukan kerja kerja politik mereka sehinggalah Pakatan mencapai kemenangan di Pulau Pinang dan Selangor pada PRU13.

Kini apabila negara dalam suasana bersiap sedia untuk pilihanraya umum yang ke 14, Tun Mahathir dibiarkan dibuli oleh Pakatan oleh penyokong beliau sendiri sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah dikritik hingga melepaskan jawatan oleh Tun Mahathir duduk dalam keadaan selesa disamping keluarga.


Sedih juga lihat Mahathir di hujung usianya dibuli dek kerana mahu memuaskan hati kroni-kroninya yang telah hilang punca. Dek kerana kroni-kroni dia melawan kerajaan yang dia pernah jadi Perdana Menterinya.

Sedar atau tidak semua yang berada di sekelilingnya adalah mereka yang tidak berhenti mencerca dirinya. Apakah kalian lupa Reformasi untuk tumbangkan siapa? PKR ditubuhkan untuk tumbangkan Mahathir. Jadi apa motif PKR sekarang?

K7L : PPBM dengar cerita tak boleh buat AGM betul ke?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk