SEGMEN : FIT AND ACTIVE
PROGRAM : PERTANDINGAN BADANG GIM 1 MALAYSIA
PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR
NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607
PERTANDINGAN BADANG GIM 1MALAYSIA MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM BERTERASKAN KECERGASAN YANG MEMBERI FOKUS KEPADA KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL PESERTA. PROGRAM INI AKAN DILAKSANAKAN OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN MELALUI CAWANGAN KECERGASAN NASIONAL DENGAN KERJASAMA PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA DAN KELAB GYM 1 MALAYSIA.
PROGRAM INI AKAN DILAKSANAKAN PADA 26 MEI (SABTU) SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012. PROGRAM YANG TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT GYM 1MALAYSIA DI SELURUH NEGARA INI DIJANGKA AKAN MENARIK MINAT SEMUA LAPISAN MASYARAKAT UNTUK TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
ANTARA DISIPLIN YANG AKAN DIPERTANDINGKAN ADALAH TOLAK TAYAR JENGKAUT SEJAUH 30 METER (PENGIRAAN MARKAH BERDASARKAN JUMLAH MASA PALING CEPAT), TARIK LORI SEJAUH 30 METER (PENGIRAAN MARKAH BERDASARKAN JUMLAH MASA PALING CEPAT), ANGKAT KERETA (VIVA) (PENGIRAAN MARKAH BERDASARKAN JUMLAH KEKERAPAN/ULANGAN PALING BANYAK) DAN LARI ULANG ALIK 30 METER MENJINJING BONGKAH KAYU.
0 ulasan:
Post a Comment