08/05/2012

Tun Mahathir 'Libas' #Bersih Sampai @anwaribrahim Perlu Buat Roadshow?



ALOR SETAR — Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat di negara ini mempertimbangkan sebaik-baiknya natijah menjatuhkan kerajaan menerusi rusuhan dan kekerasan, seperti yang cuba dilakukan pembangkang pada perhimpunan 28 April lepas di ibu kota.

Bekas Perdana Menteri itu juga percaya pembangkang akan terus melakukan pelbagai perkara untuk memburukkan kerajaan selagi matlamat menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak tercapai.

“Mereka nak jadikan Malaysia seperti Mesir, Tunisia yang dijatuhkan melalui rusuhan dan sekarang Syria…bila kerajaan tak jatuh, boleh minta kuasa asing tolong jatuhkan, tak kiralah guna senjata sekalipun.

“Rakyat kena fikir dan tidak boleh benarkan perkara ini berlaku dengan memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU (pilihan raya umum) akan datang,” katanya pada Wacana Negarawan anjuran Persatuan Bekas Wakil-wakil Rakyat BN (Mubarak), di sini malam Ahad.

Beliau juga percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus melakukan segala usaha yang memburukkan kepimpinan kerajaan bagi memenuhi matlamatnya menjadi perdana menteri. – BERNAMA


Selepas daripada beberapa komen Tun Mahathir yang membidas BERSIH serta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang pengharaman demonstrasi BERSIH, Anwar dilihat semakin terdesak memberi penerangan dan berbohong kepada penyokong-penyokongnya kerana khuatir kata-kata Tun M terkesan.

K7L : Dah tiba masa untuk kita pilih siapa yang benar-benar bawa suara rakyat..dan siapa yang mempergunakan perkataan 'RAKYAT'..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk