06/05/2012

Ini Hadiah @AzminAli Kepada Mak Tom Sempena Hari Ibu - Kini Mak Tom Pula Dicerca!



Kerana video inilah ramai penyokong PKR dan Azmin tidak henti-henti membaut tuduhan bahawa Mak Tom  telah dibayar oleh UMNO untuk menftinah Azmin. Tidak cukup dengan itu ada juga perkhabaran yang menghina Mak Tom sebagai pencacai dan syaitan UMNO hanya kerana luahan ikhlasnya dari hati buat seorang anak dengan gugurnya airmata keibuan dalam menyatakan kesesalan.

Ya Allah mungkin Azmin ini mahu mati terseksa jangan sampai waktu hidup kau telah diazab. Mungkin Anwar telah mengaburi matanya daripada mengenal erti dosa dan ingatan bahawa 'Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu'. Namun marikita muhasabah diri dengan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Semoga kita dijauhkan dari menjadi golongan mereka yang derhaka kepada ibu bapa.

Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Ingatlah wahai Azmin bahawa dirimu itu seorang Islam jangan sampai timbul persoalan apakah kau kini penyembah matahari sehingga sanggup derhaka kepada ibu sendiri demi orang lain?

K7L : Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan..segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk