16/05/2012

Apakah Motor Ini Akan Ditunggang Oleh @AaronAziz Di #HBN2012?



SEGMEN : FAST & FURIOUS

PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012

PENYELARAS PROJEK : NIK MOHD FITRA BIN WAN JAFFAR

NO. TEL : 03-88713179/0177591958

Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu.

Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad.

Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia.

Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk