29/05/2012

[Video] @AkuAmySearch Masuk UMNO Dengan Mus May Dan Ibnor Riza! #BNPilihanRakyat



Pheewwiiiitttt! Tahniah UMNO kerana kemasukan artis lagenda tanahair masuk UMNO! Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza masuk UMNO tanpa dibayar dan paksaan. Tapi Keris tak pelik jika ada yang kata dibayar dan sebagainya namun begitu impak yang akan diterima oleh BN kali ini menakutkan pembangkang. 



Yang penting mereka tidak dipergunakan sepertimana Bob Lokman pergi merata dan jadi 'Ustaz Ekspress' dan mencaci UMNO. Jika lihat video di bawah mereka tidak menghentam mana-mana oihak tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk bersama-sama dengan UMNO.

Kuala Lumpur - Mengejutkan! Jam 2 petang tadi seramai tiga orang artis terkemuka tanah air telah menghadirkan diri ke pejabat UMNO untuk Majlis Penyerahan Borang UMNO. Dato' Rauf selaku Setiausaha Kerja UMNO Malaysia menjadi wakil untuk menerima borang-borang tersebut daripada Saudara Suhaimi Abdul Rahman, 54 tahun yang juga dikenali sebagai Amy Search bersama Saudara Mustapha Din dan Saudara Ibnor Riza Ibrahim masing-masing berumur 44 tahun dan 54 tahun.

Amy Search juga yang merupakan lagenda rock tanahair merasakan bahawa dirinya serta rakan-rakan masih belum terlambat untuk berjuang bersama UMNO setelah berfikir dalam jangkamasa yang lama. Beliau memetik kata-kata Allahyarham ayahnya,” Kita mesti melihat bagaimana kami dahulu berjuang untuk merdeka sehingga ke hari ini, Kamu ingat suatu ketika dahulu betapa susah untuk kita makan dan sekarang senang. Kalau kita sendiri tidak hargai kemerdekaan kita dengan asyik bercelaru tanpa apa-apa yang kita dapat”.

Mereka juga merasakan kini sudah tiba masa untuk kita semua bersatu dan memikirkan yang terbaik untuk masa hadapan negara. -
KLXpress

K7L : Awie dan Amy ahli UMNO..tensen Nik Aziz......

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk