06/05/2012

Kerugian @PDRMsia Ketika #Bersih3 - Siapa Nak Tanggung?



Berikut adalah kenyantaan rasmi KSU KDN :

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sangat prihatin di atas pengorbanan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Di samping bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut, PDRM telah mengalami kerugian harta benda dan aset serta tanggungan yang berjumlah RM1,828,610.00. Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram Bersih 3.0 tidak berlaku.

Seramai 14,331 anggota PDRM telah bertugas sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0 berlangsung yang melibatkan pegawai dari Jabatan Pengurusan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas, PULAPOL KL, IPK KL dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Dalam masa yang sama pihak PDRM sedang mengesan pihak perusuh yang bertindak ganas mencederakan anggota Polis dan petugas media serta harta awam sepanjang perhimpunan haram Bersih 3.0. Di samping itu juga, kerajaan akan mendedahkan semua rakaman sebenar apa yang berlaku semasa perhimpunan tersebut dan mengedar gambar-gambar individu yang terlibat dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri.


Bayangkan berapa banyak yang terpaksa ditanggung disebabkan demonstrasi yang sia-sia itu. Pada Keris mudah sahaja, siapa yang hadir ke sana tempohari adalah mereka yang tidak reti bersyukur dan tidak faham apa itu 'DEMOKRASI BERPALIMEN'. Lihat sahaja tindakan agresif bak binatang mereka ketika berdemo. Malas nak cakap banyak, Keris berharap rakyat   tidak silap dalam memilih pada PRU13 kelak.

K7L : Keris taknak demo hari-hari..tengok pembangkang..demo dah macam makan nasi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk