Keris lihat dan dengar sendiri apa yang diucapkan oleh NKP Kampar ini. Jika nak kira mereka yang kecewa, Keris juga kecewa dengan birokrasi, kerenah pemimpin dan sebagainya namun begitu perjuangan parti Keris tidak akan jual. Dengan memilih jalan untuk masuk DAP terus membuatkan Keris teringat pada kisah 'RM50000 dan Tunku Abdul Aziz'. Jika kita kaji semula video ini keluar tidak lama selepas pengumuman Tunku Abdul Aziz keluar DAP.
Keris tidak menuduh namun jangan terkejut jika saudara kita yang marah-marah ini akan dapat jawatan yang tinggi dalam DAP kelak. Kena ingat dendam kesumat DAP setelah kehilangan Perak. Kebetulan perkara ini berlaku di kampar dan 'tiba-tiba' Nizar juga hadir. Nizar yang tidak habis-habis menyagka dirinya Menteri Besar datang dan beri sokongan. Nampak tak plot kepada semua cerita ini?. Apapun Keris mahu pembaca nilai sendiri mengapa ia berlaku. Sokongan orang Melayu kepada DAP sangat diperlukan untuk PRU13?
"Oh susah, tidak ada kajian dibuat untuk menentukan perkara tersebut, kita boleh tahu samada seseorang itu ahli UMNO atau orang UMNO, bila dia kecewa......." Ini kata Tun Faisal dalam video temuramah oleh wartawan Malaysia Digest. Memetik daripada blog beliau Keris kongsi apa pendapat peribadinya terhadap perkara yang berlaku di negeri kelahiran beliau :
Tun Faisal Dot Com
1. Ramai di antara kita ahli UMNO, termasuk saya yang rasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC.
2. Ada kalanya kita tahu, kaum lain dan orang lain yang bukan UMNO, selalunya kroni pegawai dan kapten GLC mendapat apa yang mereka mahu melalui pelbagai jalan yang tidak telus, termasuk melalui rasuah.
3. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan pemimpin politik yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah ini jauh lebih kecil berbanding pegawai kerajaan dan kapten GLC yang rasuah
4. Pemimpin tertinggi parti membuat dasar di dalam mesyurat majlis tertinggi, manakala Ahli Parlimen membuat dasar dan meluluskan bajet untuk melaksanakan dasar tersebut di Parlimen. Bagaimanapun pelaksana dasar dan pengurus kewangan bagi pelaksanaan dasar adalah pegawai kerajaan dan kapten GLC.
5. Rakyat, termasuk ahli UMNO akan kecewa bila pelaksanaan dasar tidak dilaksanakan secara efisien, telus, betul dan tepat pada waktunya, sehingga impak dan limpahan dari suatu dasar yang baik tidak dapat dirasai oleh rakyat, seperti apa yang berlaku semasa tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Sepanjang pengalaman saya, terdapat sejumlah Little Napoleon di kalangan pelaksana dasar baik di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC sehingga menjejaskan nama baik institusi kerajaan dan GLC, kerajaan BN, dan maruah diri dan keluarga mereka.
6. Lebih mengecewakan lagi bila ahli UMNO diberi layanan kelas kedua dan didiskriminasikan dalam pengagihan sesuatu peluang. NGO yang saya pengerusikan misalnya, tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan, semata-mata kerana ada pegawai dalam kementerian tertentu yang mahu mengelakkan isu apabila memberikan peluang kepada NGO yang diketuai oleh ahli parti politik UMNO.
7. Kecewa? Ya saya juga kecewa.
8. Bezanya, saya faham bahawa dari segi dasar, dasar yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin parti dan Ahli Parlimen BN adalah dasar yang baik dan diberikan bajet yang mencukupi untuk pelaksanaannya. Bagaimanapun masalahnya adalah dari segi pelaksanaan yang akan di`hijack' oleh pelaksana dasar di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC, atau institusi yang diberi amanah untuk melaksanakan dasar yang telah diluluskan, dan mungkin sejumlah kecil pemimpin politik dalam kerajaan yang korup.
9. NKP UMNO Bahagian Kampar juga kecewa. Berdasarkan video di atas, saya mengandaikan bahawa pertama, dia kecewa dengan Pegawai Kerajaan, mungkin DO.Kedua, dia kecewa kerana Dasar yang diluluskan oleh Kerajaan BN tidak dilaksanakan dengan telus. Ketiga, dia kecewa dengan sikap mengutamakan kroni dan tidak amanah pegawai yang boleh memberikan peluang kepada kaum lain secara kowtim. Keempat, bila dia menyebut nama Amin, dia kecewa dengan sikap `little Napoleon' dalam pejabat kerajaan yang terlibat. Kelima, dia kecewa kerana tidak mendapat peluang walaupun dia kaum Melayu dan dia ahli UMNO.
10. Dia kecewa. Saya percaya ramai orang Melayu dan ahli UMNO dapat memahami kekecewaannya kerana mereka juga (termasuk saya) pernah menyaksikan dan mengalami perkara yang hampir serupa walaupun tidak sama.
11. Persamaan kami semua, kami kecewa, tidak gembira dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan kapten GLC tertentu sehingga rakyat, termasuk ahli UMNO menjadi mangsa amalan rasuah, kronisme dan diskriminasi. Sedikit sebanyak, rakyat juga akan merasa marah dengan pemimpin kerajaan BN yang mentadbir kementerian dan agensi serta yang mengawasi GLC terbabit kerana dilihat sebagai lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka.
12. Perbezaan kami dan dia, saya percaya ramai orang UMNO diluar sana yang tidak setuju dan mengutuk perbuatan meninggalkan perjuangan agama, bangsa dan negara kerana kecewa, lebih-lebih lagi jika kekecewaan itu bukan atas sebab dasar dan prinsip perjuangan, sebaliknya disebabkan tidak mendapat kepentingan material yang dikehendaki. Apa lagi bila dia keluar untuk bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan dasar yang bertentangan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara,
13. Bagi pemimpin di atas, dengar-dengarlah suara hati rakyat, mereka bukan buta. Mereka marah dengan penjawat awam dan kapten GLC yang korup dan menyalah gunakan kuasa. Bukan semua, tapi mereka memang wujud.
Ada dua sudut pandangan yang boleh diterjemahkan namun kaitan yang boleh kita simpulkan - biarpun kecewa demi perjuangan kita harus teruskan.
K7L : Tak perlu keluar parti..kita lawan dari dalam..baru benar pejuang sejati..
Sebenarnya ada pegawai kerajaan dan kapten GLC tersebut adalah ahli kepada pembangkang... mereka inilah duri dalam daging yg berusaha menggagalkan usaha kerajaan..umpama mereka ini musang berbulu ayam...tidak sedar diri wang gaji mereka siapa yg bayar?
ReplyDeletesenang.rakyat yg bayar.
Delete